Tajuk 1

FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF. PENGINTEGRASIAN, GABUNGJALIN DAN KESEPADUAN MATA PELAJARAN LAIN DALAM PENDIDIKAN LUAR, REKREASI DAN KESENGGANGAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi falsafah, konsep, definisi, matlamat dan objektif serta sejarah dalam Pendidikan Luar. Ia juga merangkumi pengintegrasian, gabungjalin dan kesepaduan mata pelajaran lain dalam Pendidikan Luar. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menghuraikan falsafah dan konsep Pendidikan Luar Menghuraikan objektif dan matlamat Pendidikan Luar Mencirikan konsep Pendidikan Luar merentasi kurikulum Menghuraikan dan memberi contoh penggabungjalinan dan kesepaduan dalam Pendidikan Luar Menjelaskan penerapan nilai dan pembentukan sahsiah dalam Pendidikan Luar

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
Falsafah, Konsep, Objektif dan Matlamat

Falsafah, Konsep dan Definisi

Matlamat dan Objektif

Sejarah Pendidikan Luar

Pengintegrasian, Gabungjalin dan Kesepaduan Matapelajaran Lain dalam Pendidikan Luar

Pendidikan Luar Merentasi Kurikulum

Penggabungjalinan Mata Pelajaran

Berteraskan Akademik

Penerapan Nilai

Pembentukan Sahsiah

1

rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. pengetahuan dan pengalaman diperolehi dengan konsep ‘hands on’ / ‘first hand experience’. Pendekatan Pendidikan Luar banyak tertumpu kepada kaedah penemuan.1 Definisi. Pemanfaatan persekitaran dan alam semulajadi sebagai tempat pembelajaran secara terus akan menajamkan kepekaan individu apabila pengetahuan yang diperolehi melibatkan deria. Oleh yang demikian Program Pendidikan Luar dapat dijadikan media untuk memurnikan hasrat berkenaan. Penekanan pembelajaran dalam Pendidikan Luar menggalakkan pelajar memperolehi pengalaman melalui sesuatu yang dilakukan sendiri.KANDUNGAN 1. Pendedahan kepada kedua-dua konsep ini secara tidak langsung akan melahirkan individu yang sempurna di mana segala aspek yang 2 .1 Falsafah Pendidikan Luar Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani. Di samping itu. ianya juga adalah satu proses pembelajaran secara langsung (learning by doing so). Ilmu.1. Dalam hal ini Pendidikan Luar mengutamakan aspek penaakulan oleh individu dan perlakuan motor yang melibatkan semua deria umpamanya dalam mengenal alam flora dan fauna. konsep dan falsafah 1. emosi. eksperimen dan kajian lapangan. Pendidikan Luar merangkumi pelbagai tujuan dan amalan yang dapat memperkayakan dan memperkukuhkan pengalaman pendidikan formal dengan melihat alam semulajadi sebagai ‘makmal hidup’. Konsep pendekatan yang sedemikian diamalkan kerana pegangan falsafah pendidikan luar yang mempercayai bahawa adalah sukar mengajar seseorang itu belajar tetapi lebih mudah menolong seseorang itu belajar.

berfaedah dan bermakna. Contohnya sebelum mengikuti Pendidikan Luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti Pendidikan Luar yang lebih cekap dan berkesan. Konsep Pendidikan Luar Modul konsep pendidikan luar yang dikemukan oleh MCRAE (1990) menyatakan pendidikan luar adalah pembelajaran berlaku di luar bilik darjah keadaan ini berlainan daripada bentuk tradisi. Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti antara aspek perlu difikirkan oleh perancang kurikulum pendidikan luar ialah: Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterpretasi. pengamatan dan pengukuhan. pemahaman.2. perkaitan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan Pendidikan Luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin Pendidikan Luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik. Dengan kata lain Pendidikan Luar bukan sahaja memberi latihan fizikal tetapi unsur kemahiran berfikir seperti penyelesaian masalah.1. 1. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan perangsang pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan. 3 . Pendidikan luar menggunakan alam sekitar sebagai laluan atau tujuan mendidik. Dengan melibatkan diri kepada corak pendidikan seperti ini potensi individu akan dapat dikembangkan secara menyeluruh.diberi penekanan iaitu fizikal. mental. Individu dapat meningkatkan tahap kreativitinya dengan menggabungjalin dan menggembelingkan segala ilmu pengetahuan dan fakta-fakta yang diperolehinya bagi mencetuskan satu corak pemikiran kreatif. penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti Pendidikan Luar. Program Pendidikan Luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. kreativiti. kebolehan. sosial dan rohani dapat dimantapkan. emosi.

Pendidikan Luar menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain. Perkembangan individu melibatkan sikap. menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama secara berkumpulan bagi menjayakan aktiviti fizikal. dalam hampir kesemua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. peserta akan membentuk persefahaman serta berperanan secara luaran dan 4 . mengiktiraf sumbangan. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. ketangkasan. aspirasi dan nilai serta pembentukan sahsiah. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti Pendidikan Luar. Antara aspek kemahiran psikomotor yang perlu difokus dalam Pendidikan Luar ialah:       Imej tubuh Kawalan objek Orientasi spatial ( ruang ) Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor Perkembangan kemahiran Kecergasan Aspek afektif Matlamat utama yang diingini. Emosi adalah suatu elemen yang penting di dalam perkembangan individu melalui penglibatan di dalam Pendidikan Luar. penggunaan masa lapang yang berguna. daya tahan kardiovaskular dan otot. kepantasan dan kelajuan. Contohnya dengan aktiviti Pendidikan Luar. Aktiviti Pendidikan Luar akan membentuk emosi yang stabil di kalangan pesertanya. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan. kelenturan. emosi. memiliki sikap positif terhadap kecergasan.Aspek kemahiran psikomotor Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. kepentingan menjaga kesihatan.

Penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan sebaya dan mewujudkan perpaduan sesama mereka. Melibatkan Diri. nilai-nilai murni dan sahsiah) dan 5 . Berunding. Bekerjasama. kemanusiaan (kemahiran. Memulakan dan Menukar. Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Luar KOGNITIF PSIKOMOTOR AFEKTIF SOSIAL Pendidikan melalui alam sekitar Pendidikan untuk alam sekitar ajah 1. Aspek Sosial Dettmer ( 1997 ) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan / tingkah laku sosial. pengetahuan.1. Konsep Pendidikan Luar MCRAE (1990) Dalam proses pembelajaran melalui Pendidikan Luar. Menghakim. Melalui aktiviti-aktiviti fizikal adalah diharapkan negara dapat melahirkan rakyat yang sihat serta menggalakkan integrasi kaum dan mengelakkan daripada berlaku perselisihan faham. Penglibatan pelajar di dalam aktiviti fizikal dapat memupuk integrasi antara kaum. pegangan agama dan nilai sejagat).1. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif.dalaman diri. Berkomunikasi. Pendidikan Luar perlu berpaksikan ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan. iaitu: Berhubung. Pendidikan Luar adalah suatu medium yang dapat membantu di dalam pembangunan sosial. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadikan Pendidikan Luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial. iaitu Domain Sosial. manusia mempelajari tentang alam semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapat kebaikan daripada aspek pembelajaran dan pengalaman. Konsep Pendidikan Luar MCRAE (1990) Rajah 1. Pendidikan Luar akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat.

Pendidikan Luar adalah keadaan di mana golongan peserta keluar ke alam semulajadi serta menyelesaikan masalah di sekitaran.3 Definisi Pendidikan Luar Pendidikan Luar merupakan salah satu daripada pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan elektif dan bijaksana. Simon Priest (1986). Kedua golongan tersebut ialah: o o Berdasarkan aktiviti Berdasarkan psikologi Golongan ini mendefinisikan Pendidikan Luar sebagai satu aktiviti fizikal tanpa melihat Pendidikan Luar sebagai alat untuk membangun ciri-ciri pendidikan yang tersirat. Hubungan yang wujud ini bukan sahaja antara alam sekitar dengan manusia tetapi antara manusia dengan manusia. Priest (1990) menggambarkan Pendidikan Luar merupakan proses ujikaji dengan menggunakan pancaindera sebagai alat dan alam semulajadi sebagai makmal. pengolahan dan pengisian aktiviti secara teori dan praktikal akan membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman baru. menyatakan Pendidikan Luar adalah pendidikan yang berkaitan dengan hubungan simbiosis yang wujud dalam alam semulajadi. semangat cintakan negara). Dengan lain perkataan golongan ini melihat Pendidikan Luar sebagai aktiviti yang tertumpu kepada psikomotor (elemen tersurat) tanpa menyatakan aspek lain seperti aspek sosial. Adalah diharapkan individu yang terbentuk dari Pendidikan Luar akan lebih mantap dari aspek mental. 6 . Menurut Kethies (1990). emosi.1. fizikal. 1. Dalam Pendidikan Luar pembentukan individu merupakan perkara penting dan tidak boleh ditinggalkan. pemeringkatan. Pendidikan Luar berlaku apabila segolongan peserta menyertai aktiviti lasak dalam keadaan alam semula jadi yang sebenar. Pembentukan individu yang mantap adalah merupakan asas kepada pembentukan masyarakat dan negara.kenegaraan (mengenali negara. Pendekatan. Secara keseluruhan dalam mendefinisi Pendidikan Luar terdapat dua pendapat yang berlainan. kognitif dan afektif (elemen tersirat) Berdasarkan aktiviti Menurut Neill 2003. kemahiran dan sosial. Mereka menggunakan sekitaran untuk menyelesaikan masalah.

D. school camping. Sementara Phyllis Ford (1981) mendefinisikan pendidikan luar adalah pendidikan yang mempunyai tiga domain utama iaitu pengetahuan. “Outdoor education is. 7 . program Pendidikan Luar (PPL) adalah satu program yang akan mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas serta memantapkan kurikulum Pendidikan Jasmani. Pendidikan Luar bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap alam sekitar. wilderness therapy. kemahiran dan sikap yang digabungkan untuk membentuk pendidikan insan yang seimbang. Hammerman. dalam pendidikan luar pelajar akan menggunakan keseluruhan pancaindera untuk memerhati dan membuat persepsi. and some aspects of outdoor recreation” Rumusan Definisi Pendidikan Luar Pendidikan Luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta mempunyai kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek keselamatan dan pendidikan (Psikomotor. A. Menurut Maznah Hassan.. Hammerman. Untuk mencapai objektif yang tersurat dan tersirat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Luar menggunakan sumber luar bilik darjah. kemahiran dan sikap individu.Berdasarkan psikologi Menurut the outdoor institute Pendidikan Luar didefinisikan sebagai pendidikan yang bertujuan memberikan pengalaman dalam aktiviti-aktiviti di luar kelas dan membangun insan secara keseluruhan. kognitif dan afektif) sebagai komponen utama. M.. Outdoor education broadly includes environmental education.a means of curriculum enrichment. R. adventure education. pertalian dan ekologikal serta penghargaan dan tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar. conservation education. Menurut Edward Lappin (2000). whereby the process of learning takes place out of doors. Lewis (1975). Hammerman. menyatakan pendidikan luar adalah gabungan berbagai disiplin dalam pendidikan untuk mencapai matlamat dan objektif dalam kurikulum. Menurut C. & E. Alam semulajadi bertindak sebagai alat untuk memperkembangkan pengetahuan. L. W.

2 Matlamat dan objektif Program Pendidikan Luar perlu dirangka dengan teliti dan mempunyai matlamat yang jelas. pula menyatakan Pendidikan Luar sebagai landasan untuk mengenalpasti pengalaman yang boleh dipraktikkan dalam situasi harian. kematangan dan sikap khususnya dalam penggunaan waktu senggang. Knap (1981) menyatakan “Pendidikan Luar sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi” Apa yang dimaksudkan dari pernyataan tersebut adalah Pendidikan Luar boleh dijadikan satu kaedah untuk mengorientasikan individu atau kumpulan berdasarkan falsafah. Pelajar dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman– pengalaman yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang 8 . Ini merangkumi perkembangan pengetahuan. pelaziman dan pengukuhan pembelajaran. menegaskan Pendidikan Luar sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum yang sedia ada. Pendidikan Luar juga akan memupuk individu yang dapat menggunakan masa lapang yang bijak melalui penglibatan dalam kegiatan rekreasi. Ford (1981). mengurus dan mengelolakan aktiviti–aktiviti Pendidikan Luar Pelajar dapat menguasai kemahiran–kemahiran asas kegiatan luar mengikut kemampuan diri Pelajar dapat menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap keindahan dan kekayaan alam semulajadi termasuk isu alam sekitar 4. 2. memanjat. Kemahiran-kemahiran ikhtiar hidup seperti berenang. 3. Hammerman (1985). menyelesaikan masalah dan tekanan banyak dipelajari dalam Pendidikan Luar. Pelajar dapat merancang. mendaki. 1.Pendidikan Luar juga bertujuan membentuk insan yang mempunyai nilai dan sahsiah yang teguh serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Pendidikan luar adalah sebagai salah satu sub disiplin ilmu dalam pendidikan. Contoh matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang mengambil matapelajaran Pendidikan Jasmani ialah : 1.

semangat kewarganegaraan. disiplin dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa 6. pegangan agama dan nilai sejagat) o o o o o Memahami dan menyaksikan kebesaran pencipta Meningkatkan kepercayaan kepada agama Menyakinkan kebesaran pencipta Mensyukuri kurniaan pencipta kepada kita Memberi pendidikan kepada pelajar untuk merancang. bekerjasama dan mengeratkan perhubungan sesama mereka atau orang yang lebih dewasa o o Menggalakkan pelajar menjalankan aktiviti riadah yang lebih berfaedah Memberi ruang kepada pelajar muhasabah diri 9 . (2000) matlamat Pendidikan Luar secara am boleh dibahagikan kepada tiga komponen besar iaitu:  ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan. nilai-nilai murni dan sahsiah) o o o o o o o Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dengan menjadikan alam sekitar sebagai perantara Memberi kesedaran terhadap keperluan memilihara alam sekitar Meningkatkan sensitiviti serta kesedaran terhadap alam sekitar Menyerapkan nilai dan sahsiah kepada pelajar Meningkatkan disiplin di kalangan pelajar Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam aktiviti luar Memberi ruang kepada pelajar belajar berinteraksi. kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat patriotisme 7. Pelajar dapat menunjukkan sikap positif. Pelajar dapat membina ketahanan. Pelajar dapat mengembangkan sifat–sifat kreatif dan inovatif serta membuat keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas. Menurut Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. mengelola program pendidikan luar  Kemanusiaan (pengetahuan. kemahiran.berbeza–beza 5.

Terdapat berapa kategori kenapa Pendidikan Luar diadakan. Pendidikan Luar ini lebih menumpu kepada aktiviti akademik  Pendidikan Luar juga digunakan sebagai medium yang penting untuk membentuk perpaduan di kalangan pesertanya. Pendidikan Luar yang bermatlamat untuk membentuk perpaduan di kalangan ahlinya tanpa mengira kaum lebih memberi tumpuan kepada aktiviti kerjasama dan berkumpulan. putri islam. Dengan menyertai aktiviti ini peserta akan dapat membina kekuatan motor serta kemahiran dalam aktiviti fizikal. Contohnya Pendidikan Luar bagi subjek geografi.o Memberi peserta rasa keseronokan menyertai aktiviti Pendidikan Luar  Kenegaraan (semangat cintakan Negara) o o o 1. Pendidikan Luar ini selalu 10 .2. Pendidikan Luar ini dianjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap. disiplin dan cara menghormati uniform. persatuan bulan sabit merah  Pendidikan luar bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran tradisonal di kelas kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak menjadi bosan dan berkebolehan berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Program Pendidikan Luar ini biasanya dianjurkan oleh badan-badan atau persatuan-persatuan outdoors sama ada di peringkat daerah atau negeri. Dalam pendidikan bercorak ini peserta kursus akan didedahkan dengan ilmu perkhemahan. Pendidikan Luar ini dilaksanakan bagi melihat keupayaan fizikal pesertanya.  Pendidikan luar yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang ilmu pengetahuan dan membentuk displin dalam badan beruniform.1 Menanamkan sikap cinta dan sayangkan Negara Membina kefahaman terhadap masyarakat majmuk Merangsang untuk mengurangkan polarisasi kaum Tujuan Pendidikan Luar Tujuan Pendidikan Luar bergantung kepada kehendak penganjur. Antara kategorinya ialah :  Pendidikan Luar bertujuan membina ketahanan fizikal. Pelajar akan dapat berinteraksi dengan bahan dan keadaan sebenar.

pelajar akan ditanam dengan sifat-sifat serta nilai-nilai terpuji.  Pendidikan Luar juga boleh meneguhkan lagi kepercayaan tentang wujudnya pencipta alam. Aktiviti Pendidikan Luar adalah tempat terbaik bagi pelajar mengasah bakat kepimpinanan mereka. Peserta yang menyertai pendidikan luar dapat mengurangkan rasa tertekan dengan menyertai aktiviti fizikal yang mencabar. Melalui pemerhatian tentang keindahan serta sifat alam semula jadi ini akan meneguhkan lagi kepercayaan serta rasa kesyukuran terhadap pencipta. Oleh sebab itu aktiviti Pendidikan Luar akan dapat memupuk dan merangsang sifat kepimpinan dan mempelajari cara kepimpinan. Dalam setiap aktiviti Pendidikan Luar pelajar akan dipimpin atau terpimpin. 1.3 Sejarah Pendidikan Luar Dalam melihat sejarah Pendidikan Luar pengkaji perlu melihat dua era iaitu Pendidikan Luar di zaman purba dan zaman moden.3.1 Pendidikan Luar Di Zaman Purba Tidak dapat dipastikan bilakah PendidikanLuar bermula. yang banyak melibatkan aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula untuk mendapat makanan amat penting sejak zaman awal kewujudan 11 .dianjurkan oleh badan-badan belia dan perpaduan  Pendidikan Luar yang bertujuan untuk melihat dan mengasah kepimpinan pelajar.  Pendidikan Luar juga dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik di kalangan pelajar.  Dewasa ini Pendidikan Luar juga dilihat sebagai jalan terbaik untuk berekreasi. Namun menurut Shivers (1989) Pendidikan Luar telah pun dijalankan sejak zaman kuno lagi. 1. Pendidikan Luar ini biasanya dianjurkan oleh persatuan-persatuan agama. Bagi pelajar pula aktiviti Pendidikan Luar ini dapat mengubah suasana bilik darjah dan rumah kepada suasana lapang dan bebas. Dalam setiap aktiviti Pendidikan Luar. Oleh itu Pendidikan Luar boleh bertujuan untuk menanam sifat-sifat terpuji serta membentuk sahsiah yang cemerlang.

Penganjur Pendidikan Luar bukan lagi terdiri daripada persatuan berunifom malah persatuan-persatuan akademik seperti persatuan matematik. Selepas itu beliau telah menganjurkan banyak program Pendidikan Luar. Di peringkat awal program Pendidikan Luar lebih tertumpu kepada kekuatan fizikal. Setiap maktab perguruan perlu mewujudkan Jawatankuasa 12 . Di Institut perguruan pada tahun 1993 semua Guru Pelatih Kursus Perguruan Asas (KPA) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah (KPLI) diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar (PPL). Unsur-unsur nilai murni serta pembangunan sahsiah mula diserapkan dengan lebih jelas ke dalam aktiviti Pendidikan Luar. Corak latihan zaman purba dalam bentuk cara memburu. Disiplin pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan fizikal saja tetapi telah diluaskan kepada elemen kognitif dan afektif.3. Kewujudkan konsep adventure travel dan eco pelancongan telah merancakkan lagi aktiviti Pendidikan Luar. membina tempat tinggal. kemahiran perkhemahan dan disiplin dalam persatuan serta sebagai ahli persatuan. 1. Manusia di zaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapat bahan makanan.2 Pendidikan Luar Era Moden Pada tahun 1907 Lord Baden Powell yang merupakan pengasas pergerakan pengakap dunia telah membawa 12 orang remaja ke Pulau Brownsea. Bermula tahun 1990an program Pendidikan Luar mula dikomersialkan secara meluas. Di peringkat awal juga program Pendidikan Luar dianjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap dan pandu puteri Bermula daripada 1980an terdapat perubahan dalam aktiviti Pendidikan Luar. persatuan sains. Kanak-kanak zaman purba perlu dilatih untuk membina kehidupan mengikut zaman itu. Dalam bidang pendidikan program Pendidikan Luar masa cuti atau kem motivasi diperkenalkan oleh syarikat swasta. menjaga keselamatan dan memasak dilihat merupakan permulaan Pendidikan Luar.manusia. Atas kepercayaan alam sekitar yang segar boleh membantu menyembuhkan penyakit dewasa ini Pendidikan Luar digunakan dalam industri kesihatan. persatuan agama islam dan lain-lain lagi. Mereka juga tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk membina habitat.

Dalam konsep Pendidikan Luar merentasi kurikulum guru mengajar subjek yang berlainan dengan menjadikan Pendidikan Luar sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Program tersebut mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani guru pelatih KDPM-PJ. Semua guru pelatih major dan minor PJ dikehendaki menjalani Program Pendidikan Luar. Dalam melaksanakan pengajaran geografi contohnya. Penggabungjalinan merupakan satu proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam satu mata pelajaran. kemahiran. norma dan nilai masyarakat yang dirancang untuk pelajar sekolah. beberapa kemahiran akan diperolehi oleh pelajar secara serentak dan terpadu. 1. Dengan kata lain kurikulum merupakan segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang meliputi semua ilmu pengetahuan serta kemahiran. 1. Program tersebut telah dihentikan pada tahun 1996.5. nilai dan norma. Bagi pelatih (KDPM) Kursus Diploma Perguruan Malaysia dan KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) major atau minor Pendidikan Jasmani (PJ) .1 i. Program Pendidikan Luar. Rasionalnya adalah dengan cara ini. Kurikulum juga mengandungi unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada satu generasi kepada satu generasi lain. Guru pelatih yang mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar. 1. Program Pendidikan Luar merupakan sebahagian daripada kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ). Ciri-ciri penggabungjalinan Merupakan gabungan beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata 13 .Pendidikan Luar khusus untuk menyediakan perancangan dan penyelarasan. Pendidikan Luar boleh dirancang supaya pelajar dapat berinteraksi dengan alam semula jadi untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar. Kurikulum didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan.5 Penggabungjalinan Mata Pelajaran.4 Pendidikan Luar Merentasi Kurikulum.

2 i.5.pelajaran.3 Kepentingan Penggabungjalinan Dapat mengelakkan kebosanan terhadap pembelajaran jika hanya satu kemahiran sahaja diajar Melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna Menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan Kesepaduan Kesepaduan adalah merupakan satu strategi yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab pelbagai kemahiran digabungjalinkan. ii. Berlaku secara antara disiplin iaitu kemahiran-kemahiran adalah dari bidangbidang berlainan Berlaku secara intradisiplin Organisasi pembelajaran adalah adalah fleksibel iaitu tekanan terhadap kemahiran-kemahiran sampingan boleh berubah-ubah dan tidak mengikut satu urutan tertentu v. interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar adalah lebih mesra 1. beberapa ilmu pengetahuan dari bidang yang berlainan disebatikan dalam satu mata pelajaran. aktiviti ini berkonsepkan penyebatian mata pelajaran matematik dan geografi ke dalam Pendidikan Luar. Rajah: Model penyebatian mata pelajaran geografi dan matematik dalam Pendidikan Luar Matem atik Geog rafi Pendidikan Luar 14 . Kesepaduan ialah proses menyatupadukan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran ke dalam matapelajaran yang lain. Kebanyakan proses kesepaduan berlaku secara inter disiplin. iv.5. ii. Dengan kata lain kesepaduan atau penyebatian merupakan proses menyatukan isi atau kandungan daripada beberapa mata pelajaran. dalam Pendidikan Luar terdapat pelajaran membaca kompas. iii. iii. (Rujuk rajah) Selain daripada mata pelajaran nilai juga boleh disebati ke dalam aktiviti Pendidikan Luar. 1. Contohnya.

matlamat dan objektif tersendiri.6 Berteraskan Akademik Konsep berteraskan akademik boleh difahamkan sebagai sesuatu yang berlandaskan sukatan.1. Ini bermakna. Suasana yang dihadapi akan menjadikan individu lebih berkeyakinan 15 . 1. Dalam proses penguasaan dan pendedahan kemahiran.4 i. Pendidikan Luar merupakan satu sukatan yang telah digariskan di dalam kurikulum di sekolah dan aktiviti-aktivitinya telah dirancang dengan teliti dan dikelolakan dengan sebaik mungkin dalam usaha untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai dalam diri pelajar untuk menghadapi situasi sebenar dalam kehidupan. iv.5. ii.5. iii. Jika dilihat dari sudut Pendidikan Luar. iii. Ciri-ciri Kesepaduan Faslitator seharusnya mempunyai pengetahuan terhadap mata pelajaran yang hendak disebatikan Aspek kesepaduan akan membantu pemahaman pelajar Penyebatian bergantung kepada kebolehan dan pencapaian pelajar Kesepaduan seharusnya berdasarkan berfokuskan objektif mata pelajaran Tujuan strategi kesepaduan Melalui proses kesepaduan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak Menimbulkan susana pembelajaran yang lebih terbuka Membolehkan pelajar membuat ulangkaji bagi subjek tertentu secara tidak langsung 1. Spektrum ini menjadi lebih penting apabila potensi dan kemahuan individu diperkembangkan dalam menghadapi situasi dan persekitaran yang berubah dan mencabar. mempunyai huraian. ii. ia merupakan salah satu daripada spectrum dalam skop Pendidikan Jasmani. elemen-elemen alam sekitar dan keselamatan merupakan elemen teras dalam proses pengajaran dan pembelajaran.5 i.

Pendidikan Luar akan lebih berfungsi dalam menghayati konsep pendidikan seumur hidup dalam pembentukan individu yang sihat dan seimbang dalam semua aspek. hubungan. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah penerapan nilai-nilai murni yang ditekankan ialah: o o kebersihan dari segi mental dan fizikal belas kasihan 16 . dasar sosial. Masyarakat perlu mempertahan nilai-nilai yang baik atau nilai-nilai murni bagi mengatasi segala kejahilan. Untuk membina insan sempurna dan insan kamil yang menekankan kepada jasmani. 1. Penerapan nilai murni hendaklah dilakukan secara bersahaja dan tidak langsung. aspek nilai murni haruslah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penerapan nilai-nilai murni perlulah bersifat sarwajagat selaras dengan tuntutan agama. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani. rohani dan intelek. Nilai-nilai ini amat perlu dalam melaksanakan segala dasar kerajaan contohnya dasar pembangunan. emosi. Masalah sosial dan krisis moral tidak akan dapat dibendung sekiranya nilainilai tidak di pertahankan oleh masyarakat. urusan perniagaan. Walau bagai mana setiap aktiviti mempunyai beberapa nilai murni dan usaha menerapkan nilai-nilai hendaklah merupakan satu proses yang berulang dan berterusan. Kita tidak boleh menerapkan kesemua nilai murni dalam satu mata pelajaran atau satu masa. peraturan dan undang-undang.7 Penerapan nilai Nilai murni sewajarnya menjadi asas kepada pembinaan dan pembangunan manusia. kejahatan dan kemusnahan. penerapan nilainilai murni perlulah dilakukan dalam semua kaedah pengajaran yang dilaksanakan. kemungkaran. emosi dan intelektual. Lantaran itu.dan bermotivasi. budaya dan norma masyarakat Malaysia.

merasa tingkah laku dan hubungannya dengan sekitaran. Sahsiah sebagai cara individu mengorganisasi watak. 17 .8 Pembentukan Sahsiah. Kagan J dan Segal J (1988) mendefinisikan sahsiah sebagai personaliti seorang individu yang merangkumi proses berfikir. o Berdikari o Bekerjasama o Menepati masa o Sabar o Bersyukur o Cintakan Negara o Bersikap positif 1. Menurut kamus dewan sahsiah membawa maksud keperibadian. intelek. o Berdisiplin o Bersemangat waja o Berkeyakinan diri o Setia kepada Negara o Sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan o Memupuk kerjasama o Perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini.o o o o o o o o o o kesederhanaan kerajinan berterima kasih kejujuran keadilan hormat menghormati semangat bermasyarakat kasih sayang tidak angkuh kebebasan Dalam program Pendidikan Luar yang berasaskan pendidikan secara amnya nilai-nilai murni ini mudah diserapkan di dalam aktivitinya. perangai.

Sahsiah dengan kata lain merujuk kepada cara pembentukan peribadi individu secara keseluruhan. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dirancang dengan teliti akan merangsang pembentukan personaliti yang baik. bentuk badan. Aktiviti Pendidikan Luar dilihat dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik kepada peserta. interaksi. kepercayaan.posture gerakan badan dan menentukan penyesuaian yang unik terhadap sekitran. sentimen. Dengan merujuk daripada bahan daripada buku dan internet. Nilai-nilai yang sentiasa ditanam dalam aktiviti Pendidikan Luar dapat membantu merangsangkan pembentukan sahsiah. Keupayaan pelajar berinteraksi dengan alam sekitar secara langsung akan membenarkan pelajar membentuk kemantapan sahsiah. 18 . kecergasan. Huraikan kenyataan “Pendidikan Luar Merentasi Kurikulum” PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy. sikap. cita-cita dan nilai-nilai. 2. TUGASAN TERARAH 1. minat. jelaskan perkaitan dan kepentingan Pendidikan Luar dalam KBSR. Sahsiah merangkumi perangai.

L. Prouty. Hammerman (1985). M. A.com 19 .org/wiki/outdoor www. Outdoor Program Administration: Principles and Practices. Lewis (1975). Outdoor Education: Method and Strategies. Harrison & M. IL G. Adventure Education: Theory and Applications.outdoorrevice. Champaign.RUJUKAN C. Collinson (2007). Hammerman.com www. R.wikipedia. Teaching in the Outdoors. Hammerman. The Administration of Outdoor Education Programs. & R.en. & E. Danville.org www. Human Kinetics. IL Modul Pendidikan Luar (1993). Dubuque.com www. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia LAMAN WEB www. Human Kinetics.outdoor. Champaign. IL K. Human Kinetics.about. W.en. IA: Kendall-Hunt D. Erpelding (2012). J. Gilbertson et. IL: Interstate D.al (2005). Panicucci.wikibooks.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful