You are on page 1of 15

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 1.

1 Tujuan penyelidikan dalam pendidikan Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber (1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan, rasional membuat penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut. · Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction). Penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. · Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (Improvement) Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki kelemahan yang ada. · Memberi penjelasan (explanation) Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena yang dikaji. · Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description) Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji. Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak tertentunya. Contohnya, Policy Makers. · Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving) Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul 1.2 Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu mempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik. (a) Langkah-langkah logikal · Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan. · Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu. · Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah. · Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu. · Membuat kesimpulan dan generalisasi.

(b) Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif. · Keterangan Induktif : daripada kenyataan kenyatan khusus kepada kenyataan umum.Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap peristiswa-peristiswa tetentu (fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu.

Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataankenyataan khusus “Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar”

1.3 Pendekatan inkuiri dalam penyelidikan pendidikan a. · · · · · · · Pendekatan ‘positivist’ Proses penyelidikan dilakukan secara objektif Menggunakan instrumen untuk mengukur pembolehubah tertentu Data dianalisis secara numerik dan juga secara statistik Bersifat Kuantitatif Untuk mendapatkan penjelasan Membuat pembuktian atau mengesahkan Untuk membuat generalisasi

b. Pendekatan ‘interpretive’ · Proses penyelidikan yang dilakukan untuk membolehkan penyelidik memahami fenomena yang dikaji melalui penelitian kepada subjek yang yang ada dalam fenomena itu · Makna dan kefahaman diperolehi melalui pentafsiran secara subjektif melalui pemerhatian, dokumen atau temubual c. Pendekatan ‘critical’ · Mengkaji nilai-nilai yang ada dalam sesuatu masyarakat bagi menentukan perkara-perkara yang kurang sesuai diamalkan · Tugas penyelidik mengutarakan pandangan dan cadangan untuk perubahan 1.4 Pendekatan penyelidikan di sekolah 1. Pendekatan kuantitatif Penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan nilai numerikal atau statistik. Tujuannya ialah untuk : · Menguji teori · Melihat hubungkait angkubah · Menerang fenomena dari segi “sebab penyebab” · Membuat ramalan · Membuat tinjauan

Tujuannya ialah: · Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya · Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji · Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih · Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam · Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian) 3. Input akhirnya ialah satu hasil kajian yang memberi kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan sebenar responden yang dikaji (Patton.2. 1985). berinteraksi. Perbezaan Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif KUANTITATIF Eksperimental „Hard data‟ Perspektif luaran Empirikal Positivist Fakta sosial Statistik „Etic‟ KUALITATIF Etnografi (Kajian tentang sosio budaya) Kerja lapangan „Soft data‟ „Symbolic Interaction‟ Perspektif dalaman „Naturalistic‟ Ethnomethodologi Diskriptif Pemerhatian turut serta „Phenomenological‟ Dokumentari Riwayat hidup Kajian kes Ekologikal „Emic‟ Makna Pemahaman sejagat Definisi situasi Kehidupan harian Pemahaman Proses Rundingan bertujuan praktikal pembinaan sosial „Grounded Theory‟ „Symbolic Interaction‟ „Ethnomethodology‟ „Phenomenology‟ Gabungan Akademik Matlamat PERKARA Istilah yang berkaitan dengan pendekata n Reka bentuk Penulisan cadangan penyelidik an Konsep utama Gabungan teori Pemboleh ubah Mengoperasi Definisi Kebolehpercaya an Hipotesis Kesahan Kesignifikanan statistik Replikasi ramalan Structural functionalisim Realism. Pendekatan kualitatif Satu usaha untuk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri. Positivism Behavioralisme „Logical Empiricm‟ „Systems Theory‟ Psikologi Ekonomi Sosiologi Sains politik Menguji teori Memperjelaskan fakta Perihalan statistik Hubungan antara pemboleh ubah Ramalan Berstruktur Ditentukan lebih awal Formal Spesifik Prosedur kajian yang terperinci Panjang lebar Terperinci dan jelas fokusnya Prosedur spesifik dan terperinci Tinjauan bahan kajian yang mendalam Ditulis sebelum data dipungut Menyatakan hipotesis Kuantitatif Koding boleh dikira Kiraan dan ukuran Pembolehubah yang boleh didefinisikan Statistik Besar Berstrata Kumpulan Budaya Idealisme Sosiologi Sejarah Anthropologi Membina konsep Memerihal realiti pelbagai „Grounded Theory‟ Meningkatkan pemahaman Terbuka kepada perubahan Fleksibel Umum Membuat tekaan terhadap cara penyelidikan Ringkas Spekulatif Mencadangkan bidang penyelidikan yang hendak dikaji Ditulis selepas mendapat sebahagian daripada data Tinjauan bahan kajian tidak mendalam Pernyataan pendekatan yang umum Data Diskriptif Dokumen peribadi Nota kerja lapangan Gambar Pendapat perseorangan Dokumen rasmi Bahan-bahan artifak Persampel an Kecil Tidak mewakili populasi Persampelan teoritikal . menjalani kehidupan harian secara neutral. menunjukkan reaksi dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang ditempuhi. Bagaimana individu itu bertindak.

Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi etika semasa menjalankan penyelidikan. o Perlindungan hak responden diutamakan. o Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam penyelidikan tersebut. o Sekiranya fokus atau sampling berubah. o Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong respondent. Penglibatan (Participation) Permerhatian Mengkaji pelbagai dokumen dan artifak Pemerhatian turut serta Temubual tidak berstruktur Empati Menekankan unsur kepercayaan Kesamarataan Hubungan mesra Responden sebagai rakan Mengutamakan keobjektifan Alat Kajian Alat perakam suara „Transciber‟ Penyelidik bertindak sebagai alat kajian Analisis data Berterusan Model. a) Kod etika penyelidikan Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh penyelidik seperti berikut: 1. tema dan konsep Induktif Analisis bersifat induktif „Constant Comparative method‟ Mengambil masa panjang Kesukaran menyaring data Kebolehpercayaan Prosedur tidak rigid Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya Permasala han dalam mengguna kan pendekata n o Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat. Mendapat Kebenaran (informed consent) Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks. cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak responden.  Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam komuniti penyelidikan . Kerahsiaan (Confidentiality) o Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsian maklumat dijamin berkesan. kaedah. 2. 3. „Informed Consent‟ merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah memahami beberapa perkara berikut: o Matlamat dan tujuan kajian o Apa yang dikendaki oleh responden o Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam penyelidikan. faedah dan masalah yang mungkin timbul dalam kajian.Teknik / kaedah Hubungan dengan responden kawalan Tepat Pemilihan secara rawak Mengawal pengganggu pembolehubah Eksperimen Tinjauan Temubual berstruktur Kuasi eksperimental Pemerhatian berstruktur Set data Jangka pendek Hubungan tidak akrab Mengekalkan status sebagai penyelidik dan responden Inventori Soal selidik Indeks Komputer Skala Ujian Deduktif Dilaksanakan selepas pungutan data Statistikal Mengawal pemboleh ubah yang lain Terlalu rigid Kesahan Perposive (bertujuan) 1.5 Etika dalam penyelidikan pendidikan a) Etika penyelidikan Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/ code atau satu set prinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. perundingan semula perlu dibuat  Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk memberi kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak. o Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apaapa kesan negatif o Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan mengikut prosedur tertentu.

§ Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah. Statistik deskriptif: min. bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam laporan akhir atau teks umum.4. Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian dibandingkan untuk menentukan perbezaan keberkesanan rawatan-rawatan yang telah diberi. kecekapan. . Sebelum kajian dijalankan kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. kekerapan . Penyelidikan asas: · Menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan. median. · Memperoleh data empirikal yang boleh digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori. § Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan. Kedua-dua kumpulan diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada. nota pemerhatian. § Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang akan diiukti untuk „clearing‟ data „field‟ berkait dengan peserta seperti transkrip. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah pertama. 2. 1 Jenis-Jenis Penyelidikan a) Penyelidikan asas Penyelidikan yang dijalankan untuk menerbitkan dapatan baru. sementara kumpulan yang satu lagi diberi rawatan dengan kaedah kedua. BAB 2 : JENIS PENYELIDIKAN 2. § Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau draf laporan atau transkrip temubual. a) Kajian eksperimental Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua kumpulan. · Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah praktis b) Penyelidikan gunaan · Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan. keberkesanan dan impak sesuatu program yang telah dijalankan. § Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan. Biasanya ia menilai kesesuaian. § Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta. pemikiran atau tingkahlaku mereka. § Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi. ilmu baru atau teori baru. peratus. mengubah suai. contohnya identiti respondent. Selepas itu kumpulan pertama menjalani rawatan dengan kaedah pertama . atau mengembangkan sesuatu teori baru. mod. Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan mengambil ujian pasca. 1992) d) Penyelidikan penilaian Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan untuk menilai sesuatu program. Anomiti o Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta. Kumpulan yang kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. · Lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang pendidikan secara lebih mendalam.2 Pengenalan kepada pelbagai jenis reka bentuk penyelidikan pendidikan · Penyelidikan kuantitatif o Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik? § Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk menjalankan kajian. c) Penyelidikan tindakan Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran (Carl Glickman. § Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubahpembolehubah kawalan b) Kuasi-eksperimental Peserta-peserta tidak dibahagikan secara rawak. c) Kajian tinjauan Kajian tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat statistik untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi. Di akhir kajian min prestasi keduadua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan kedua-dua rawatan yang telah diberikan. Rundingan (Negotiation) Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut: Mendapat kebenaran dari institusi Mendapat kebenaran untuk access data Penggunaan data Penulisan laporan Melindungi peserta daripada masalah yang timbul · Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori. o § § § § § 5.

2 Menetapkan objektif kajian Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Instrumen yang sedia ada boleh digunakan. kuasi-experimental.8 Menentukan prosedur persampelan Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan. c) Kajian sejarah Mengkaji tentang sebab-sebab. Apakah jenis penyelidikan yang akan digunakan. (Kajian Experimental. tepat dan dapat menggambarkan dengan benar persoalan. Ia memberi tumpuan kepada makna yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka. 3. Terdapat beberapa kesahan yang perlu ditentukan. perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan. d) Kajian naratif Satu jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana manusia membina makna dalam kehidupan mereka. kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara pada masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka masa akan datang.7 Mereka bentuk kajian Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekan kuantatitaif yang akan digunakan.9 Membina instrumen kajian Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau membuat pengumpulan data. objektif dan persoalan kajian.4 Menghasilkan hipotesis kajian Bagi kajian kuantitatif hipotesis digunakan untuk menentukan samada sesuatu yang dikaji itu benar atau salah. rawatan berjaya atau tidak dsbnya.11 Menentukan prosedur pengumpulan data Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang dikumpul adalah mencukupi. prosedur pelaksanaan kajian 3.6 Merancang kaedah kajian Menentukan instrumen. tepat dan berfokus.5 Melakukan tinjauan literatur Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui senario. mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan. sekumpulan manusia. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga perlu ditentukan. Sampel yang betul perlu dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh menggambarkan ciri populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu fenomena yang dikaji 3.12 Mengumpul data Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian. 3. Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian.10 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya.1 Menyatakan masalah kajian Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau persoalan pokok yang kita akan kaji. Melibatkan seorang individu.3 Membentuk soalan kajian Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian. kesahan konstruk dan kesahan muka. kajian kes digunakan untuk memahami mendalam tentang subjek yang dikaji. BAB 3 PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3. korelasi) 3. Jika instrumen belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan 3. memokus tentang proses berbanding output. satu masyarakat. isu. Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang dikaji dan dapatan-dapatan kajian yang lepas boleh membantu penyelidik membincangkan dapatan kajiannya. 3. b) Kajian kes Menurut Merriem (1998). Ia juga menggambarkan pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan.d) Kajian korelasi Menentukan perhubungan di antara dua pembolehubah yang dapat diberikan nilai numerikal · Penyelidikan kualitatif 3. Penyelidik juga perlu menentukan apakah teknik pengumpulan data. 3. Terdapat berbagai strategi dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data a) Kajian etnografi Satu kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji sosio budaya mereka. Soalan kajian membantu penyelidik memberi halatuju yang jelas kepada proses penyelidikan dan meudahkannya menulis laporan penyelidikan . satu bilik darjah. iaitu kesahan kandungan. maka data perlu dikutip. fenomena atau kes yang dikaji. 3. Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Soalan kajian mestilah jelas. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi) alat pengukuran 3.

penerangan tentang dapatan kajian dan juga cadangan-cadangan yang perlu bagi menjawab masalah yang telah dikenal pasti.14 Membincang hasil kajian Dapatan kajian haruslah dibincangkan. cara data di analisis. BAB 4 PENYELIDIKAN TINDAKAN Lingkaran pertama (i) Merancang (plan) (ii) Bertindak (act) (iii) Merefleksi (reflect) Lingkaran kedua (i) Mengubah rancangan (ii) Bertindak (iii) Memerhati (iv) Merefleks 4.atau maklumat dalam penyelidikan. berdasarkan perbandingan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. objektif kajian. 3. Dalam laporan penyelidik perlu menulis tujuan kajian. Hasil perbincangan akan menghasilkan rumusan. Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat dijalankan untuk menentukan sama ada objektif kajian dicapai atau tidak. penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan persoalan kajian atau hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan dibuktikan kebenarannya. keesahan dan kebolehan untuk generalisasi. kebolehanpercayaan.1946) • Satu pendekatan penyelidikan untuk mempertingkatkan kualiti P&P(Elliot.2 Ciri-ciri penyelidikan tindakan • Matlamatnya perubahan yang positif akan berlaku pada akhir penyelidikan • Kajian yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah sosial.1 Definisi dan konsep • Kajian yang dilakukan secara terus untuk menyelesaikan sesuatu masalah sosial (Lewin. masyarakat.13 Menganalisis data Dalam langkah ini. pendidikan • Kajian untuk memperbaiki keadaan semasa • Berkaitan dengan tugasan harian • Kajian tindakan ialah suatu proses reflektif inkuiri refleksi kendiri • Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian • Kajian tindakan ditentukan oleh pengamal sendiri(practitioners) • Kajian tindakan dilaksanakan secara sistematik • Ada tindakan praktikal & intervensi (treatment) • Data lebih cenderung berbentuk gabungan antara kuantitatif dan kualitatif kajian tindakan Kemmis di huraikan lagi ke bentuk yang lebih kompleks melibatkan 5 fasa yang berlainan iaitu : (i) Diagnosis (ii) Perancangan tindakan (iii) Mengambil tindakan (iv) Menilai (v) Mengambil tindakan spesifik .15 Melaporkan kajian Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis laporan tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya. persoalan kajian atau hipotesis kajian. terangkan rekabentuk kajian. Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti. • • • Satu proses yang berulang atau berterusan (cyclical basis) Lebih berfokus kepada proses berbanding output Tidak digunakan untuk menguji hipotesis 4. penambahbaikan.4.cadangan dan Implikasi penyelidikan. keobjektifan. Model-model kajian tindakan (i) Model Stephen Kemmis 3. 1995) 4. 1981) • Kajian yang sistematik ke arah usaha-usaha untuk meningkatkan amalan pendidikan oleh golongan yang terlibat dalam pendidikan (Ebbutt. menerangkan tentang latarbelakang kajian. 3.3 Kepentingan penyelidikan tindakan · Untuk menambahbaik pengajaran &pembelajaran · Meningkatkan kualiti diri sebagai pendidik · Memperbaiki keadaan tempat kerja · Meningkatkan kepuasan bekerja · Peluang untuk membuat perubahan ke arah peningkatan profesionalisme (hasil pengupayaan) · Pembangunan profesionalisme 4.

prinsip hidup. kualiti kerja dan sebagainya akibat daripada kajian yang berterusan melibatkan pengumpulan data atau maklumat. Model ini memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti diri seseorang yang berkaitan dengan konsep kendiri. (v) Model Jean mcniff Model Jean McNiff adalah model yang diubahsuai daripada model sebelum itu). (iii) Model Dave Ebbutt Dave Ebbutt (1985) memperkenalkan model kajian tindakan yang berbentuk kitaran di mana dalam sebuah kitaran akan berlaku maklumbalas sama ada maklumbalas itu berlaku dalam kitaran atau di antara kitaran . Model yang dipaparkan adalah suatu kitar tindakan-refleksi (Action-Reflection Cycle) yang berbentuk bulatan atau nombor 6. komitmen. mengubahsuai idea dan tindakan.Model Dave Ebbutt Model ini berkaitan dengan living theory (teori kehidupan). (iv) Model Jack Whitehead (iii).(ii) Model John Elliott John Elliott (1991) menyatakan model Kemmis terlalu ringkas lalu mereka sebuah model lingkaran seperti Kemmis tetapi menunjukkan proses-proses dengan lebih terperinci. membuat penilaian.

Mengenal pasti masalah berkaitan amalan Masalah yang dipilih daripada pengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran. menyelesaikan masalah. Meningkatkan kefahaman dan penglibatan gutugutu dalam penyelidikan tindakan BAB 5 . semasa dan selepas tindakan) 4. 3.1992: •Mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan •Merancang tindakan •Melaksana tindakan •Mengumpul data •Membuat refleksi terhadap tindakan (sebelum. Proses kajian tindakan: 5.(vi) Model Kurt Lewin 1. 4.1 Adaptasi dari model Lewin. 6. Masalah boleh diselesaikan dalam jangkamasa yang ditetapkan. . meningkatkan kualiti P&P dan sebagainya.5 Jenis kajian tindakan (i) Kajian tindakan kritikal Kajian tindakan yang dijalankan untuk mengubah nilai atau amalan dalam sesuatu masyarakat atau diri sendiri. MenganalisisMasalah (Perbincangan penyelidik guru &pensyarah Tinjauan karya) konseptualisasi Masalah: Prinsip/Teori Berhubung Dengan Masalah Pembentukan Pelan Tindakan & Penetapan Alat Kajian Kaedah Penilaian Pelaksanaan Tindakan Mengutip dan menganalisis data Refleksi dan penilaian b. Bagaimana kajian tindakan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran? ii. 1946 dan Laidlaw. Isu pendidikan berkaitan kajian tindakan i. menambahbaik amalan murid. 2. (ii) Kajian tindakan praktikal Kajian tindakan yang dilakukan secara langsung oleh untuk membaiki amalan praktikal seperti menambahbaik amalan sendiri dalam pelaksanaan kerja. 5.2 Proses kajian tindakan: i. Masalah yang dipilih dalam kawalan penyelidik dan boleh diselesaikan oleh penyelidik. PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.

prosiding seminar. merekabentuk kajiannya. mengumpul maklumat seperti dokumen sokongan lain dibuat sendiri oleh penyelidik iv. Isu atau masalah itu samada masalah guru. vi. Di samping itu analisis berterusan membolehkan penyelidik menentukan kesesuaian tindakan untuk membolehkan modifikasi tindakan dibuat atau memlaksanakan tindakan baru yang difikirkan sesuai. atau membuat pemerhatian menggunakan senarai semak. Penyelidik boleh membuat tafsiran kejayaan atas rawatan yang diberikan. Sumber literatur boleh diambil daripada jurnal. Ia membolehkan penyelidik memperbaiki amalannya dan mengambil langkah perlu dalam meningkatkan kualiti P&Pnya vii. ii. Reka bentuk kajian Penyelidik harus menentukan pendekatan yang akan digunakan samada pendekatan kualitatif. Penyelidik sendiri yang menjalankan penyelidikan kerana penyelidik adalah juga instrumen kajian. Membuat refleksi terhadap tindakan Refleksi di peringkat akhir sesuatu kitaran membolehkan penyelidik menilai kesan tindakan atau rawatan yang telah dijalankan. iv. instrumen pengumpulan data. thesis. v. Refleksi seperti ini membolehkan penyelidik mempelajari perkara-perkara yang baru atau terus membuat penambahbaikan tanpa perlu menunggu pada kitaran yang seterusnya. buku. Subjek kajian Subjek kajian boleh melibatkan satu bilikdarjah. Menyediakan jadual pelaksanaan penyelidikan. Melaksana tindakan Menjalankan penyelidikan seperti yang yang telah ditetapkan. masalah murid. Sumber literatur Sumber literatur haruslah membolehkan penyelidik menulis latarbelakang kajian. Refleksi bukan sahaja boleh dilakukan di peringkat akhir kitaran. menambahbaik amalan guru atau amalan murid. Mengumpul data dan menganalisis Dalam kajian tindakan mengumpul data dan menganalisis berjalan serentak. refleksi boleh dilakukan juga pada mana-mana peringkat dalam satu kitaran. Merancang kitaran kedua Memikirkan langkah-langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam kitaran kedua atau kitaran seterusnya BAB 6. sekumpulan murid atau seorang murid atau guru sendiri sebagai subjek. laporan dan sebagainya. Namun urusan temubual. Data atau maklumat yang dikumpul dianalisis berterusan untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh subjek. Seterusnya tentukan jenis data yang diperlukan dan teknik pengumpulan data yang akan digunakan. Bantuan juga boleh diperolehi daripada rakan sejawat sebagai contoh membuat rakaman video proses pengajaran dan pembelajaran. Fokus kajian / masalah kajian Menetukan isu/masalah yang ingin dikaji berdasarkan refleksi pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Dia boleh meneruskan rawatan ke dalam kitaran yang seterusnya sekiranya rawatan kurang berkesan dengan membuat pengubahsuaian rawatan atau mengenalkan rawatan yang baru. Kedua-dua ciri ini membantu penyelidik merancang tindakan yang sesuai. iii. . Menyediakan carta Gantt pelaksanaan proses penyelidikan. Soalan kajian Menentukan soalan kajian yang jelas dan berfokus. pendekatan kualitatif atau kombinasi kedua-dua pendekatan. v.ii. kaedah analisis data serta menyediakan peralatan yang diperlukan. mencari literatur yang sesuai dan memilih subjek kajian. Dia juga boleh menamatkan kajiannya sekiaranya dia berpuas hati dengan pencapaian muridmuridnya. Subjek yang dipilih adalah berdasarkan kaedah persampelan bertujuan (purposeful sampling) yang mempunyai ciri yang menepati objektif kajian. merekabentuk kajiannya dan membincangkan dapatan kajiannya. · · · · · · · · · · · PENYELIDIKAN TINDAKAN : RANCANGAN & CADANGAN Fokus kajian / masalah kajian Soalan kajian Sumber literatur Reka bentuk kajian Subjek kajian Pelan tindakan Strategi pengumpulan data Analisis data Jadual kerja Perbelanjaan Sumber rujukan Cadangan kajian tindakan i. Isu yang ingin dikaji itu haruslah dalam kawalan guru dan mampu diselesaikan oleh guru sendiri. iii. Mengambil tindakan susulan Tindakan susulan dibuat selepas tamat sesuatu kajian tindakan. Merancang tindakan Memilih apakah tindakan yang sesuai dengan masalah yang dihadapi. atau masalah yang sedang dihadapi.

Aktiviti yang akan dijalankan.soalan spesifik disediakan dan ditanyakan tetapi pencungkilan dilakukan dengan bebas ke atas jawapan yang diberikan. pihak yang terlibat. sesuai untuk individu atau kumpulan (kumpulan fokus). laporan dan sebagainya. Strategi pengumpulan data Strategi pengumpulan data melibatkan penentuan jenis data. Bertujuan untuk mendapatkan maklumat asas atau untuk membuat pengesahan · Separa-berstruktur . pemerhatian penuh Pemerhati penuh – Seorang penyelidik merupakan salah seorang peserta yang dikaji.3 Temu bual: Temu bual berstruktur. . 7. Analisis data Kaedah analisis data dinyatakan dengan jelas. Penyelidik boleh membuat catatan apa yang telah diperhatikannya di masa lain apabila tidak bersama-sama dengan peserta. Sumber rujukan Sumber literatur boleh diambil daripada jurnal. prosiding seminar. Penyelidik turut serta menjalani aktiviti bersama-sama peserta yang dikajinya. Penulisan rujukan haruslah menggunakan format APA BAB 7 : PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA KAJIAN TINDAKAN 7.1 Pemerhatian: Pemerhati penuh. semi-struktur. laporan kertas projek penulisan ilmiah. bukan antara penyelidik dan ahli kumpulan 7.mempunyai jadual khusus. Pelan tindakan Perancangan yang teliti membantu penyelidik melaksanakan kajiannya secara sistematik dan dapat menyiapkan kajian dalam tempoh masa yang ditetapkan. peserta sebagai pemerhati. Perbelanjaan Senaraikan perincian keperluan bagi menjalankan kajian beserta kos yang diperlukan xi. sesuai untuk individu dan kumpulan · Tidak berstruktur – penyelidik boleh meneroka dan melakukan pencungkilan dengan bebas.4 Triangulasi data kajian Triangulasi. perlu ada kerangka atau senarai tema atau topik yang dikehendaki. statistik deskriptif (data kuantitatif) atau menggunakan analisis kandungan (data kualitatif) ix.2 Data berbentuk dokumentasi Berbagai maklumat seperti minit mesyuarat. penyelidik perlu mahir · Kumpulan fokus § Apakah temu bual kumpulan fokus? § Temu bual diinisiasi oleh penyelidik. soalan disediakan dalam urutan. instrumen yang digunakan dan teknik pengumpulan data dinyatakan dengan jelas viii. digunakan dengan meluas dalam tinjauan dan kajian pasaran. Peranannya sebagai penyelidik tidak diketahui oleh peserta. prosiding seminar. Pemerhatian penuh – Penyelidik tidak langsung mempunyai interaksi dengan peserta. tidak berstruktur · Berstruktur . Peserta sebagai pemerhati – Dalam situasi ini fungsi penyelidik diketahui oleh peserta. Dia hanya membuat pemerhatian penuh dan membuat catatan tingkahlaku peserta 7. Jadual kerja Menyediakan carta Gantt pelaksanaan kajian mengandungi aktiviti yang akan dijalankan dan jangkaan tarikhnya x. pada masa berbeza dan. thesis. keperluan peralatan dan prosedur pelaksanaan kajian disenaraikan dan dinyatakan dengan jelas vii. buku. daripada sumber yang berlainan. majalah. Triangulasi data dapat meningkatkan kesahan dan keboleh percayaan penyelidikan tindakan. . selalu digunakan untuk kajian pasaran dan parti politik § Terletak antara temu bual individu dengan pemerhatian kumpulan secara naturalistik § Selalunya berfokuskan tema tertentu atau suatu set isu khusus § Perbincangan dikawal moderator § Data diperoleh daripada interaksi antara ahli kumpulan. surat khabar dan sebagainya boleh digunakan sebagai maklumat penyelidikan. gred. Dalam masa yang sama penyelidik membuat catatan apa yang diperhatikannya. iaitu membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah. thesis. Nyatakan samada menggunakan markah mentah. laporan. Segala tingkahlaku peserta diperhatikan oleh penyelidik untuk membuat kajian mengenai isu yang dikaji.vi.

8 Slid Slid boleh digunakan untuk menggambarkan turutan sesuatu proses atau sesuatu peristiwa. Sebagai bukti yang membantu proses membuat analisis kajian. siapa yang terlibat atau menjadi bukti penglibatan seseorang. Rakaman tersebut kemudiannya dianalisis untuk membolehkan penyelidik membuat analisis isu yang dikajinya.2 Keesahan: Keesahan bermaksud kebenaran yang dapat menggambarkan fenomena sosial sebenar seperti yang dimaksudkan (Hammerslay 1990:57) Kesahan kajian tindakan dapat ditingkatkan melalui: (a) Kritikan luaran (keaslian data) Pendapar pakar diperlukan untuk memberi pandangan kepada dapatan. 8. dilihat.10 Diari Catatan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang ditulis setiap hari.BAB 8 : PENYELIDIKAN TINDKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA KAJIAN TINDAKAN 8.3 Kebolehpercayaan: Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan data yang disepakati oleh beberapa penyelidik yang sama atau penyelidik lain. daripada sumber yang berlainan 9. (c) Triangulasi data Membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah. I.6. pengalaman yang dilalui dan pemikiran yang timbul semasa mengumpul dan membuat refleksi terhadap data.2 Rakaman video dan kaset Rakaman video boleh digunakan untuk merakamkan sesuatu fenomena atau peristiwa yang dikaji. Sebagai contoh seorang penyelidik membuat rakaman satu sesi pengajaran dan pembelajaran. (b) Kritikan dalaman (ketepatan data) Dapatan atau hasil kajian dientangkan kepada rakan sejawat atau orang yang pernah menjalankan kajian yang sama. Menggunakan senarai semak. Perkara yang dicatatkan dalam buku log boleh digunakan sebagai bukti penglibatan atau aktiviti yang dilakukan oleh seseorang 8. PENYELIDIKAN TINDAKAN : PERTIMBANGAN SEMASA MENGUMPUL DATA KAJIAN TINDAKAN 9. Pengesahan dan pandangan yang diberikan oleh pakar akan meningkatkan kesahan dapatan. pada masa berbeza dan. Senarai semak pemerhatian Senarai semak mengandungi senarai item-item atau aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan untuk diperhatikan dalam sesuatu pemerhatian. Pandangan atau pengesahan yang diberikan akan meningkatkan kesahan dapatan. bidang tugas. 8. memberi gambaran peristiwa yang berlaku. Diari boleh digunakan sebagai data aktiviti atau peristiwa yang berlaku pada seseorang individu. Mengandung deskripsi dan dialog yang releven tentang latar konteks dan peserta yang dikaji.3 Log Catatan log seperti buku log juga boleh digunakan sebagai maklumat. Catatan temubual mengandungi perkara-perkara penting yang ditekodkan semasa temubual dijalankan 8.. sama ada dalam situasi yang sama atau yang berbeza (Hammerslay 1992a:67) Kebolehpercayaan data kajian tindakan dapat ditingkatkan antaranya melalui: · · · · Penulisan nota lapangan yang sistematik Ujian rintis temu bual Pembentangan hasil laporan untuk interpretasi semula Penglibatan yang lama dengan tempat kajian . 8.Sesuatu peristiwa atau fenomena yang dirakam melalui gambarfoto boleh digunakan untuk menganalisis aktiviti yang dilakukan.7 Borang catatan temu bual Borang catatan temubual digunakan sebagai ganti temubual yang tidak direkodkan. penglibatan dan hasil kerja seseorang.5 Fotografi Gambarfoto boleh digunakan sebagai sumber maklumat. 8. Portfolio sering digunakan sebagai salah satu sumber maklumat dalam menilai kualiti diri dan kompetensi diri seseorang dan kualiti kerja yang dihasilkannya 8. 8. Portfolio Portfolio mengandungi maklumat peribadi. BAB 9.4 Nota lapangan Nota lapangan merupakan penulisan yang dibuat oleh penyelidik berdasarkan apa yang didengar. seseorang pemerhati boleh memberi tumpuan kepada aktiviti yang difokuskan dan membantunya menetukan kekerapan sesuatu aktiviti berlaku. Rakaman video membolehkan seseorang penyelidik merakam semua peristiwa yang berlaku dan tiada maklumat yang terlepas berbanding melalui bentuk pemerhatian yang lain.9 Laporan jurnal Laporan yang ditulis tentang sesuatu pengalaman atau peristiwa yang dilalui oleh seseorang untuk melakukan refleksi supaya seseorang mendapat pembelajaran daripada pengalaman yang dilalui. 8.

34.4.7 3. pembentukaaan tema. 50.7 2.= 67. 4.7.9 2 (iv) Carikan sisihan piawai bagi set markah berikut 44. 76 dan 94 43 + 34 + 86 + 71 + 76 + 94 -----------------------------------. 86. 96. 4. Etika Contoh (i) Carikan min bagi set markah berikut Dalam etika penyelidikan tindakan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh penyelidik seperti berikut: I. 2. 3. 3. 4. 39. 5.7.1 Data kualitatif Data kualitatif dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. maklumat yang mewakili ciri tertentu dikodkan kepada kod-kod tertentu 2. Rundingan (Negotiation  Min = 43. 92.3.3 6 (ii) Carikan mod bagi set markah berikut 34. 50 44 + 50 + 38 + 96 + 42 + 47 + 40 + 39 + 46 + 50 Min = x ---------------------------------------------------------------. 4.7. Kerahsiaan (Confidentiality) IV. 4.7.1.3. kategori-kategori kemudiannya dikelompokkan ke dalam tema-tema tertentu BAB 11: PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA 11. melibatkan : 1. 4.4.9. 47. 4. 40.4. mengenalpasti tema/pola dan makna. Penglibatan (Participation) III.7. 3.k od-kod kemudiannya dikelompokkan ke dalam kategori-kategori tertentu.1 Median = -----------. 4.1. 38. 94 BAB 10 : PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA 10. 2. mengkategori data. 4. 5. min. 4. median 6. 3. 88. 2. 3. 3.1. 4.= 3. 4. mengkod data 2. aksial coding. 3.7 + 4. 3.= 49.8 2.9.1. Mendapat Kebenaran (informed conse II. 2. mod.7. Pekali kolerasi Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan tertinggi iaitu 76 (iii) Carikan median bagi set data berikut: Median ialah penengah taburan markah (a) 3. 4. 2.7.1. 4. sisihan piawai. 2. menyusun data dalam grid analisis 4. 3. 71.1 Data kuantitatif Data kajian tindakan dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu 1. 86.4. 4.7.2 10 (b) . 2.8 3. 46. 42.7. 4. frekuensi. Anomiti (keselamatan) V. 76.9. peratusan.1.4 Pemerhatian yang berterusan dalam satu tempoh masa tertentu.7.3. 43. 4.9.7. 3. 4.· 9.1. menentukan aktiviti kajian susulan Analisis kandungan terbahagi kepadatiga peringkat utama: 1. selective coding. 3.7.1.7.7 Median ialah 3. 4.7. 76. 3. 7. 3.3.

Antara pekara yang perlu diterangkan ialah perincian tindakan yang diambil. mengenali punca dan mengaitkannya dengan pengalaman yang lepas.2 46-49.8 (x – min)² 27. isu-isu dan perkembangan yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan. Melalui pendekatan ini penyelidik akan dapat menulis sumber literatur dengan baik dan releven dengan dapatan kajian yang akan dibahaskan. Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian Memberi penerangan tentang isu atau masalah yang dikaji. Bahan-bahan sumber literatur harus ditulis semula dalam ayat sendiri dalam subtopik yang selari dengan objektif kajian. II.2 = 0.2 39-49.2 = -5.36 9 = 16. IV.64 125. BAB 12 MENGHURAIKAN DATA KAJIAN TINDAKAN 12. Kesemua perkara ini haruslah dilaporkan dalam bahagian ini. Pelan tindakan Dalam bahagian ini penyelidik haruslah membincangkan dengan terperinci langkah-langkah yang dirancang ketika melaksanakan tindakan. Latar belakang kajian Memberi penerangan tentang scenario. Di bahagian ini juga penyelidik perlu menyatakan justifikasi dan rasional mengapa kajian perlu dijalankan. Sumber literatur Dalam bahagian ini penyelidik harus menulis dan merumuskan bahan-bahan literatur yang berkaitan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas.2 =-9.04 2522. 12.1 Mengintegrasikan data dengan pengalaman personal Ketika membahaskan dapatan kajian seseorang penyelidik haruslah mengaitkan dapatan kajian dengan pengalamannya.2.8 42-49.2 96-49.2 = -10. Di samping itu penyelidik juga harus menerangkan kepentingan kajian yang akan dijalankan.3 Merumus dan membincang hasil kajian Seseorang penyelidik harus mampu menyatakan implikasi kajiannya kepada dunia pedidikan dan boleh memberi cadangan untuk kajian yang seterusnya dan mencadangkan penambahbaikan kepada pendidik lain.2 47-49. amalan muridnya untuk meningkatkan lagi keberkesanan P&P.04 0.2 = -.24 51.44 2190.04 0.BAB 13 FORMAT PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN x 44 50 38 96 42 47 40 39 46 50 ∑ x – min 44-49.2 50-49. V. III. Strategi pengumpulan data Dalam bahagian ini penyelidik haruslah menerangkan dengan jelas kaedah. bagaimana isu itu ditemui.2 50-49.84 4.36 · · · · · · · · · Latar belakang kajian Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian Sumber literatur Pelan tindakan Strategi pengumpulan data Analisis data Refleksi Langkah seterusnya Sumber rujukan SP = SP = SP = ∑( x – x)2 n-1 2522. menganalisis masalah dengan mendalam sehingga boleh mencadangkan tindakan yang paling sesuai untuk menangani masalah tersebut.36 10-1 2522.84 17.2 Menghubungkaitkan data dengan literature Seseorang penyelidik juga perlu membandingkan dengan teori dan dapatan kajian-kajian lepas untuk menyemak samada dapatan kajian selari dengan teori dan kajian lepas atau bertentangan untuk membolehkannya membuat perbincangan dan merumuskan dapatan kajiannya.74 I. teknik dan strategi yang telah digunakan dalam pengumpulan data. data yang perlu dikumpul dan instrumen yang digunakan dalam pengumpulan data.2 = -7.2 = -11. 12. prosedur menjalankan tindakan.64 27. Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan tindakan yang diambil ialah apabila penyelidik dapat mentafsir masalah dengan tepat. Dalam bahagian ini penyelidik juga perlu menerangkan dengan jelas masalah yang dikaji.2 40-49.2 =0.64 104.8 38-49.2 = 46. Dia perlu membuat perbandingan dapatan dengan amalannya untuk membuat penambahbaikan kepada amalannya.2 =-3. .

Di bahagian ini penyelidik harus mengaitkan dapatan kajian dengan tindakan yang telah diambil dalam aspek kekuatan dan kelemahan tindakan.VI. BAB 14. Sumber rujukan Dalam bahagian ini penyelidik menyenaraikan senarai rujukan yang telah digunakan dalam penyelidikannya. Abstrak yang baik dapat memberi maklumat kepada pembaca untuk memahami kajian yang telah dijalankan. Seterusnya keputusan analisis data diterangkan dengan jelas dan dirumuskan. Seterusnya penyelidik perlu menerangkan implikasi dapatan kajiannya dan memberi cadangan penyelidikan yang seterusnya yang perlu dijalankan. pelilihan subjek. Abstrak mestilah ditulis dengan ringkas dan padat. Dia harus menerangkan latarbelakang sekolah dan latarbelakang subjek. VII. Strategi pengumpulan data VII. Penerangan yang jelas kepada aspek-aspek tersebut akan memberi kefahaman kepada pembaca tentang persekitaran kehidupan subjek. IX. Abstrak Abstrak ialah intipati yang menyatakan dengan ringkas keseluruhan kajian. Konteks Dalam bahagian ini penulis menerangkan konteks bagi penyelidikannya. Melalui cara ini pembaca akan dapat lebih menghayati pelaporan kajian tindakan yang dilaporkan dalam bentuk penulisan ilmiah yang dibacanya. Fokus kajia IV. graf dan sebaginya. tindakan yang diambil. Tindakan susulan X. III. Pelaksanaan pelan tindakan VI. FORMAT PENULISAN ARTIKEL/MAKALAH KAJIAN TINDAKAN I. Refleksi Dalam bahagian ini penyelidik membuat refleksi kepada keputusan penyelidikannya dan apa yang dipelajari daripada pengalaman menjalankan penyelidikan. dapatan penyelidikan. II. Kesimpulan dibuat terhadap objektif penyelidikan samada ianya tercapai atau tidak. VIII. Abstrak harus ditulis dalam satu perenggan sahaja. Refleksi dan implikasi IX. Format rujukan APA digunakan sebagai tatacara penulisan rujukan yang standard. Langkah seterusnya Dalam bahagian ini penyelidik perlu menerangkan apakah usaha yang akan dilakukan seterusnya berdasarkan dapatan kajiannya. Penyelidik perlu menerangkan jenis analisis data yang telah digunakan samada penggunaan statistic deskriptif atau pendekatan analisis kandungan. Analisis data Dalam bahagian ini penyelidik harus memaparkan data yang dikumpul dalam dalam bentuk jadual. proses-proses penyelidikan dan dapatan kajian serta implikasi kajian. subjek yang terlibat. Apakah tindakan akan diteruskan dalam kitaran seterusnya dengan penambahbaikan atau dia perlu mengenalkan tindakan baru atau menamatkan tindakan sekiranya masalah telah dapat diatasi. Pelan tindakan V. Di samping itu penyelidik juga harus membincangkan usaha-usaha penambahbaikan terhadap amalannya dalam pengajaran dan pembelajaran. carta. analisis data yang digunakan. Analisis dan penemuan VIII. instrumen yang digunakan. Sumber rujukan    BAB 15 PENYEBARAN HASIL KAJIAN TINDAKAN Seminar Penerbitan Rangkaian kajian tindakan (on-line networks . Ia meliputi tujuan kajian dijalankan. implikasi kajian dan cadangan untuk penyelidikan yang seterusnya.