You are on page 1of 19

Topik 8

Reka Bentuk dan Teknologi Kod Kursus : RBT 3118
Sistem pendawaian domestik
Sistem pendawaian domestik
 Papan Agihan Sistem Bekalan Elektrik di Rumah (Satu Fasa) Suis utama RCD (Residual Current Device) MCB (Miniature Circuit Breaker) Sistem Pendawaian Bekalan Ke Rumah Litar Pengguna Litar Akhir Peraturan Litar Akhir Pendawaian Kabel Elektrik

        

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8

165

rumah pangsa dan rumahrumah di kampung. Papan Agihan Sistem Bekalan Elektrik di Rumah (Satu Fasa) Rajah 1 : Papan Agihan Bekalan Elektrik Rajah 1 di atas menunjukkan kotak agihan (Distribution Board . RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 166 . 8. Suis utama Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah. Ia biasanya terdapat di rumah-rumah teres.DB) sistem bekalan elektrik 1 fasa. Sistem pendawaian 3 fasa – kawasan industri dan komersial (industrial dan commercial area).1.Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3118) 3 ( 2 + 1 ) Pendawaian Elektrik Pengenalan    Sistem pendawaian elektrik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: Sistem pendawaian 1 fasa – biasa di kawasan kediaman (residential area) kecil dan sederhana. Ada rumah yang menggunakan fius menggantikan suis utama.1.1. 8.

Ia berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB.1. Alat ini merupakan alat paling penting kerana ia melindungi anda dari renjatan elektrik dan peralatan elektrik dari voltan tinggi akibat kilat.2. Kapasiti MCB yang selalu digunakan adalah    6A (untuk pendawaian lampu/kipas) 20A (untuk pendawaian soket plug) 32A (untuk pendawaian soket plug) 8. Y atau B) dan neutral dari sistem 3 fasa 4 dawai (sambungan Y). RCD (Residual Current Device) Kadangkala dikenali sebagai RCCB (Residual Current Circuit Breaker) atau ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker). Bekalan ini diperolehi daripada sambungan antara talian (sama ada R.8. Rajah 2: Sistem bekalan pengguna kecil arus ulang-alik (1fasa) RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 167 .1.2. Kapasiti RCD yang sering digunakan adalah 40A dan 63A yang mempunyai kepekaan 100mA atau 300mA.3. Sistem Pendawaian Bekalan Ke Rumah    Bekalan elektrik yang diterima di rumah kediaman (kecil/sederhana) biasanya ialah AC 1-fasa 240 V. 50 Hz. Sumber 3 fasa adalah dari pencawang (substation) yang berhampiran. MCB (Miniature Circuit Breaker) Disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu/kipas. Arus tinggi berlaku disebabkan berlaku litar pintas antara wayar hidup dan wayar neutral ataupun penggunaan peralatan elektrik yang terlalu banyak. 8.

Di papan ini terdapat fius perkhidmatan dan talian neutral. Litar akhir akan mempunyai 3 dawai iaitu hidup.8. 50 Hz) RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 168 . bekalan elektrik akan disambung ke meter kilowatt jam (Watt hour meter).1. neutral dan bumi (earth). 30. Selepas pangkalan perkhidmatan. neutral dan bumi. 45 A atau 6.Fasa.residual current circuit breaker).2. Fius – fius (pemutus litar miniatur @ miniature circuit breaker (MCB)) yang berkadaran sama ada 5. 1. Rajah 3: Sistem Bekalan Elektrik Di Rumah (240 V. 16 dan 32 A ini akan disambung daripada busbar Hidup(live) ke litar akhir yang bersesuaian. Litar pengguna bermula dengan papan suis utama (main switch board (msb)) atau pengasing berkadar 60. Bar neutral dan busbar bumi akan disambung terus pada litar akhir – tidak perlu melalui MCB lagi. Dua alat ini milik TNB dan menjadi tanggungjawabnya. Seterusnya ialah pemutus litar ke bumi (ELCB – earth leakage circuit breaker atau RCCB . 80 dan 100A. Litar Pengguna           Kabel atau talian yang masuk ke bangunan terus disambung ke satu papan penyambung (pangkalan perkhidmatan). Diikuti dengan papan fius agihan atau papan agihan. Di papan fius agihan ini terdapat 3 busbar penyambungan iaitu wayar hidup (live). 15.

peti sejuk dll. 169 RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 . Peraturan Litar Akhir    Litar akhir hendaklah diasingkan untuk peralatan yang berbeza (berlainan fius dan kawalannya) bagi mencegah gangguan bekalan jika litar akhir lain mengalami kerosakan. Pendawaian setiap litar akhir hendaklah diasingkan secara elektrik (neutral dan live berlainan) kecuali ke bumi. Rajah 4: Pemencilan secara elektrik Umumnya. Sebagai contoh. litar akhir untuk kediaman boleh dibahagikan kepada kumpulan berikut:    Litar akhir pada kadaran arus kurang daripada 15 A.2. Litar akhir pada kadaran arus lebih daripada 15 A tetapi tertumpu pada soket alir keluar 13 A sahaja. kelengkapan atau soket alir keluar seperti lampu. Litar akhir pada kadaran arus lebih daripada 15 A.3. 8. TV. antara lampu dan soket alir keluar hendaklah diasingkan fiusnya.8. kipas atau melalui soket alit keluar seperti sterika.2. Litar Akhir Litar yang keluar daripada papan fius agihan bagi membekalkan satu atau lebih titik-titik kelengkapan atau soket alur keluar tanpa perantaraan papan agihan lain atau dengan kata lain litar yang bersedia membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan.

4. (ii) Sesalur. bukan keluli dan boleh lentur. Pendawaian Pembuluh (conduit) : (i) Pembuluh keluli. Pendawaian Terbenam.Rajah 5: Contoh gambar rajah skematik bagi pelbagai litar akhir 8. Pendawaian / Wiring Terdapat 3 jenis pendawaian elektrik iaitu:    Pendawaian Permukaan. (iii) Salur Faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan jenis pendawaian adalah:           Jenis beban yang hendak dipasang Keadaan tempat pemasangan Kos perbelanjaan Tempoh ketahanan pemasangan Kekemasan dan kecantikan Keadaan sekeliling Tempoh masa menyiapkan Perubahan atau penambahan litar di masa akan datang Jenis voltan bekalan Keselamatan dan kelulusan JBE/TNB/JKR 170 RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 .

1. Kabel tersebut mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atasnya.8. Jenis klip yang biasa digunakan ialah klip aluminium atau plumbum. pemasangan tambahan juga mudah dilakukan. Pada kebiasaannya ia dibuat semasa peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja penurapan simen (plaster) dijalankan. Rajah 6: Pendawaian yang bertebat di permukaan      Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu satu simen. Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)   Satu sistem di mana kabel – kabel yang digunakan dalam sesuatu pemasangan dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan. 171 RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 .4.4. Pendawaian Terbenam (Embedded or Conceal Wiring)     Kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori atau beban. tidak cantik dan sistem perlindungan mekanik yang kurang memuaskan. Kaedah ini dilakukan dengan membenamkan kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan. Kebaikan sistem ini ialah ia mudah disiapkan dengan perbelanjaan yang murah. 8. Biasanya diaplikasikan di rumah kediaman (lama dan sudah tidak digunakan di kawasan perumahan baru untuk tujuan keselamatan). kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum ini dipakukan ke dinding atau siling. Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut kerana terdedah kepada keadaan persekitaran dan kerosakan mekanikal.2. Kelemahan sistem ini ialah ia tidak tahan dengan suhu yang panas dan lembap.

bengkel. kedai-kedai dan sebagainya. Ia tidak menghadapi bahaya mekanikal permukaan dan tahan pada perubahan cuaca. 8. Sistem ini digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia. dapat mengelakkan kebakaran dan kabelnya tidak mudah tercacat. konduit digunakan untuk menyalurkan kabel–kabel.3. makmal. contohnya di kilang–kilang perusahaan. Kaedah ini cantik dan kemas. Beberapa keistimewaan pendawaian sistem ini ialah konduit ini boleh dijadikan pengalir perlindung litar (grounding). tahan lama.4. pipe wiring)   Dalam sistem ini. 172 RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 .I. mudah diubahsuai untuk tambahan. Rajah 8: Penyesuai dan pembuluh boleh lentur   Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi. Pendawaian Pembuluh (conduit or G. Rajah 7 : Pendawaian Terbenam  Tetapi sistem ini kelemahan sukar untuk dibaiki apabila berlaku kerosakan dan boleh mendatangkan bahaya semasa memaku dinding yang tersimpan kabel yang tersembunyi. tahan lama.

Rajah 9: Palang bas sesalur atas Rajah 10: Sistem pendawaian palang bas sesalur atas RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 173 . Untuk pembuluh boleh lentur (logam) yang boleh dibentuk mengikut kehendak pemasangan amat berguna terutamanya untuk sambungan bagi penghujung beban yang bergerak atau di tempat – tempat yang bebannya selalu diubahsuai. Kabel dimuatkan dalam sesalur dan biasanya bersaiz besar serta bilangan yang banyak. Sesalur – Sistem pendawaian ini menggunakan sesalurlogam atau bahan penebat yang pada kebiasaanya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.      Sistem ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi serta mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Bentuknya tidak kemas jika dipasang pada permukaan.

salur ini tersembunyi di bawah lantai yang biasa disebut salur bawah lantai.  Plan bentangan domestik menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman.5. Jika dilihat dari atas.     Salur – dibuat daripada logam yang berbentuk segi empat bujur memanjang tanpa penutup. Lazimnya. Sistem ini amat sesuai digunakan di pejabat kerana alatan dan perkakas sering diubah – ubah kedudukannya.  Terdapat dua jenis lukisan pendawaian iaitu lukisan pendawaian bentangan domestik (plan bentangan domestik) dan lukisan pendawaian bentangan industri (plan bentangan industri). Kesemua kotak simpang berada pada selekoh bengkokan 90 darjah.  Plan bentangan domestik menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman. sistem ini dipasang seperti sistem grid dalam sesebuah bangunan. LUKISAN PENDAWAIAN  Terdapat dua jenis lukisan pendawaian iaitu lukisan pendawaian bentangan domestik (plan bentangan domestik) dan lukisan pendawaian bentangan industri (plan bentangan industri). Rajah 11: Sistem pendawaian salur bawah tanah 8. RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 174 .

suis utama.5.2. mata lampu. pemutus litar kenit (MCB) atau fius.5. Lukisan pendawaian PKU Pendawaian elektrik adalah terdiri dari kelengkapan elektrik seperti kabel. penangkap kilat dan lain-lain lekapan elektrik. papan suis. Rajah 12 : Lukisan Pendawaian Elektrik 8. Lukisan pendawaian litar lampu dan litar kuasa Rajah 13: Satu unit lampu dikawal oleh satu suis satu hala RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 175 .8. mata kuasa. pemutus litar arus baki (PAB/RCD).1.

Rajah 14 : Dua unit lampu dikawal oleh satu suis satu hala Rajah 15 : Dua unit lampu dikawal oleh dua suis satu hala secara berasingan RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 176 .

Rajah 16 : Dua unit lampu dikawal oleh suis dua hala Rajah 17 : Satu unit lampu dikawal oleh suis dua hala RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 177 .

Rajah 18 : Pendawaian Satu Soket Rajah 19 : Dua soket di sambung secara jejari RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 178 .

1. 8. 2. 179 RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 . Umumnya.6. Saiz fius yang biasa digunakan pula ialah 5 A. Kabel   Kabel ialah bahan pengalir yang membenarkan arus mengalir.2.5.5 dan 4 mm2. Penentuan Saiz Kabel dan Peranti Perlindungan     Kadar fius atau pemutus litar miniatur yang mengawal sesuatu litar akhir hendaklah tidak melebihi kadar kemampuan membawa arus mana–mana kabel dalam litar tersebut. Kabel Elektrik 8.6.Rajah 20 : Enam soket di sambungan secara gelang 8. saiz kabel yang digunakan ialah 1. Besar kecilnya kabel dan fius sesuatu litar adalah bergantung pada jenis beban yang hendak digunakan.6. Ia menjadi perantaraan sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik. bagi rumah kediaman. 15 A dan 30 A.

Sarung kabel (jacket). cth 1. Contoh kabel 7/0. kabel juga dibuat berbeza – beza bagi menyesuaikannya dengan keperluan aplikasi tersebut. Penebat – bahan penebat yang mengelilingi pengalir untuk mencegah arus daripada terbocor. Kadaran arus – kadaran arus maksimum yang mampu dibawa oleh kabel tanpa memanaskan pengalir atau merosakkan penebatnya. kertas dll.85 mm ialah kabel saiz 4mm2. 19. penebat dan perlindungan mekanik pada kabel bertebat pvc berperisai wayar keluli RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 180 . 8. Penebat kabel sesuai dengan keadaan (kabel PVK sesuai untuk suhu 0 . Luas keratan rentas pengalir – jumlah luas keratan rentas setiap lembar pengalir. Contoh penebat getah. Contoh 600/1000 V bermakna 600 V adalah ketahanan voltan antara pengalir dengan bumi manakala 1000 V adalah ketahanan voltan antara pengalir dengan pengalir.5 % voltan bekalan.04 mm (7 lembar dan garis pusat setiap lembar ialah 1.6. 24. voltan. Contoh kabel 7/1. Kadaran voltan – kadar ketahanan kabel dari segi penebatnya apabila sesuatu voltan dikenakan. Teras (core) – pengalir bertebat. 7. 3. Bahagian–bahagian kabel dan Istilah Kabel          Lazimnya kabel elektrik mempunyai bahagian yang dikenali sebagai pengalir. 37. keadaan alat dan tempat yang berbeza – beza. polivinil klorida (PVK). aluminium. 8. Susut voltan tidak melebihi 2. Oleh sebab kadaran arus. biasanya 3. Pengalir – bahan yang selalu digunakan ialah kuprum. 91 dll.04 mm). Rajah 21: Keratan rentas satu kabel yang menunjukkan pengalir.6.3.65 °C). Lembar (strand) – bilangan pengalir pada sesuatu teras. Faktor Pemilihan Kabel    Saiz kabel mampu membawa arus yang diperlukan oleh sesuatu beban tanpa memanaskan kabel. perak dll. penebat dan perlindungan mekanik. 2.4. 4 dll.

Pendawaian elektrik akan diagihkan ke dalam rumah melalui MCB. Panduan Merekabentuk Pendawaian Elektrik Di Rumah  Sebenarnya tiada pengiraan khusus untuk menentukan saiz wayar.  Pendawaian elektrik rumah bermula daripada papan agihan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut Distribution Board (DB). MCB. RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 181 . Papan agihan terdiri daripada suis utama.7. RCCB dan MCB. Sistem pendawaian elektrik dilakukan berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai IEEE (Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik). RCCB dan bilangan mata kuasa.Warna Teras Kabel (tidak boleh lentur) – Penebat PVC dan Getah Fungsi Kabel Pengenalan Warna       Bumi / Pengalir perlindungan Hijau dan kuning @ hijau Pengalir 1 fasa Merah @ kuning @ biru Fasa R bagi litar 3 fasa Merah Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning Fasa B bagi litar 3 fasa Biru Neutral bagi litar AC 1 fasa dan 3 fasa Hitam 8.

litar khusus 2 untuk penghawa dingin pertama dan litar khusus 3 untuk penghawa dingin kedua. rumah anda mempunyai satu unit pemancur air panas dan 2 unit penghawa dingin. litar gelang dan litar pencahayaan boleh lebih dari satu. 3. Sebagai contoh. Soket alir keluar 13A di luar bilik (seperti ruang tamu dan dapur) biasanya disambung pada litar gelang. Jumlah maksimum mata kuasa yang dibenarkan untuk litar pencahayaan adalah 10 unit. Sebagai contoh. bilangan litar jejari. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2. oven dan penghawa dingin. rumah 2 tingkat dengan 4 bilik. litar pencahayaan dan litar gelang pertama adalah untuk tingkat bawah manakala litar jejari. pencahayaan dan litar khusus. loceng pintu dan jam elektrik disambung pada litar pencahayaan. Jumlah maksimum soket plug yang dibenarkan pada satu litar jejari adalah 6 unit.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 6A. Setiap peralatan ini hendaklah dikhususkan satu litar pendawaian terus dari papan agihan. Terdapat 4 jenis litar pendawaian elektrik rumah iaitu litar gelang. kipas. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 1. 4.Gambar di atas menunjukkan sistem pendawaian elektrik yang biasa dipasang untuk rumah 1 tingkat 3 bilik. RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 182 . disambung pada MCB bersaiz 20A dengan saiz minimum wayar 2. Ini bermakna anda memerlukan 3 litar khusus untuk peralatan tersebut. 1. Litar gelang Litar gelang adalah di mana pangkal dan hujung wayarnya disambung pada MCB yang sama. Litar jejari.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A. Litar khusus 1 untuk pemancur air panas. Litar pencahayaan Lampu. litar jejari. Litar jejari Soket alir keluar 13A (soket plug) di dalam bilik disambung pada litar jejari. 2. Dalam sesebuah rumah. Litar khusus Litar khusus adalah untuk peralatan elektrik yang kuasanya melebihi 2000 Watt seperti pemancur air panas.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A. Jumlah maksimum soket plug yang dibenarkan pada satu litar gelang adalah 10 unit.5mm² bertebat PVC.

wayar elektrik yang perlu digunakan adalah jenis double insulated (2 lapis penebat). Oleh itu wayar double insulated diperlukan supaya penebat wayar elektrik masih dalam berkeadaan baik sekiranya lapisan pertama penebat telah terkoyak. RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 8 183 . Jika lebih dari 20 unit dan mempunyai peralatan elektrik 2000W ke atas. Sekiranya pendawaian dilakukan dalam konduit GI (paip besi bergalvani). Gunakan RCCB yang mempunyai kepekaan 100mA. Ini kerana jika kerja pendawaian dilakukan dalam elektrik paip besi. Kesemua MCB ini akan disambung pada RCCB dengan menggunakan wayar bersaiz 4mm² (minimum). RCCB 63A diperlukan.litar pencahayaan dan litar gelang yang kedua adalah untuk tingkat atas. sekiranya dilakukan dengan kasar ia boleh menyebabkan lapisan penebat wayar terkoyak. RCCB bersaiz 40A sudah mencukui. Sekiranya rumah anda memerlukan soket plug dan mata kuasa kipas/lampu tidak melebihi 20 unit dan tiada penggunaan peralatan elektrik berkuasa lebih 2000W. Terdapat dua saiz RCCB yang sesuai untuk pendawaian elektrik dalam rumah iaitu 40A dan 63A.