You are on page 1of 31

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 1

2. PENDAHULUAN 2

3. OBJEKTIF KAJIAN 3

4. KAWASAN KAJIAN 4-7

5. KAEDAH KAJIAN 8

6. HASIL KAJIAN 9-19

6.1 JENIS-JENIS PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN

6.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

6.3 FUNGSI PETEMPATAN

6.4 MASALAH PETEMPATAN

6.5 LANGKAH- LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH PETEMPATAN

7.RUMUSAN 20-21

8.LAMPIRAN 22-28

9.RUJUKAN 29
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA, dapat

saya menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Di sini, saya ingin mengucapakan

ribuan terima kasih kepada Guru Geografi saya, Encik Norharizal yang memberi tunjuk

ajar dan panduan semasa menjalankan kerja kursus ini.

Seterusnya, ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya

yang banyak memberi sokongan dan dorongan yang padu kepada saya.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya

yang banyak bertukar maklumat dan pandangan semasa menjayakan KGT ini dengan

sempurna

1
PENDAHULUAN

i) kawasan kajian / lokasi kajian

Kawasan kajian saya ialah Kampung Pantai Puteri. Kawasan ini terletak di daerah

Melaka Tengah, Melaka. Kawasan ini boleh dihubungkan melalui rangkaian jaringan

pengangkutan darat iaitu jalan raya. Negara perbandingan saya pula ialah Tokyo, Jepun.

ii) sebab pemilihan kawasan

Saya memilih Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka sebagai kawasan kajian

kerana kawasan ini berhampiran dengan pantai dan rumah saya. Perkara ini

memudahkan saya mengumpul data dan membuat kajian bersesuaian dengan kerja kursus

saya. Manakala pemilihan Tokyo, Jepun sebagai negara bandingan kerana negara itu

mempunyai kegiatan ekonomi yang mirip dengan kawasan kajian saya.

iii)tempoh masa dijalankan

Tempoh masa yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah selama 6-8 minggu

bermula Februari hingga Julai.

2
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut :

1. Menama dan menghuraikan pola petempatan di Kampung Pantai Puteri, Melaka

Tengah, Melaka dan dibandingkan dengan Tokyo, Jepun.

2. Menyenaraikan dan menghuraikan faktor petempatan di Kampung Pantai Puteri,

Melaka Tengah, Melaka dan dibandingkan dengan Tokyo, Jepun.

3. Menghuraikan fungsi petempatan di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah,

Melaka dan dibandingkan dengan Tokyo, Jepun.

4. Menyenaraikan dan menghuraikan masalah yang dialami di Kampung Pantai

Puteri, Melaka Tengah, Melaka dan dibandingkan dengan Tokyo, Jepun.

5. Menyenarai dan menghuraikan langkah-langkah penyelasaian masalah di

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka dan dibandingkan dengan

Tokyo, Jepun.

6. Menerapkan nilai dan unsur patrotisme terhadap Kampung Pantai Puteri, Melaka

Tengah, Melaka

3
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka manakala

negara yang dibandingkan ialah Tokyo, Jepun. Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah,

Melaka terletak di pinggir laut. Kawasan ini sebahagian besar diliputi tanah berpasir yang

sesuai untuk tanaman kelapa. Kawasan ini terletak di daerah Melaka Tengah. Kawasan

ini juga terletak di luar bandar. Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

terkemuka dengan kegiatan pelancongan. Kawasan ini juga terdapat kegiatan

perindustrian. Ini kerana terdapat pusat perindustrian utama di situ. Kawasan ini juga

sesuai untuk kegiatan perikanan dan pelancongan. Jarak antara Kampung Pantai Puteri,

Melaka Tengah, Melaka dengan bandaraya Melaka adalah lebih kurang 20 kilometer.

Arah mata angin dari bandaraya Melaka ke Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah,

Melaka adalah tenggara. Tokyo pula merupakan ibu negara Jepun. Tokyo berpenduduk

padat. Tokyo, Jepun adalah daerah metropolitan terbesar di dunia berdasarkan jumlah

penduduknya seramai 33 750 000 di bandar dan sekitarnya

4
PETA DAERAH MELAKA TENGAH

5
PETA KAMPUNG PANTAI PUTERI,

MELAKA TENGAH, MELAKA

6
PETA TOKYO, JEPUN

7
KAEDAH KAJIAN
Semasa menjalankan kajian ini, beberapa kaedah telah digunakan iaitu :

1.Soal selidik

Melalui kaedah ini, saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk

kampung untuk mengenal pasti dan mengumpul maklumat tentang di Kampung

Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka. Saya memilih kaedah ini kerana mudah

dilakukan kerana kawasan kajian berada dekat di rumah saya

2. Rujukan

Saya telah merujuk buku teks serta buku rujukan untuk mendapatkan maklumat tentang

masalah petempatan Tokyo, Jepun. Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan

peta kawasan kajian yang saya kaji dan maklumat tentang petempatan di negara

bandingan.

3. temu bual

Melalui kaedah ini, saya telah menemu bual 3 orang dari Kampung Pantai Puteri, Melaka

Tengah, Melaka untuk mendapatkan pandangan mereka tentang kemudahan infrastruktur

di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka.

8
1. Nama:Encik Mohammad bin Junus

Umur: 39 tahun

Jawatan : nelayan

2. Nama: Puan Norarifah binti Nordin

Umur: 42 tahun

Jawatan: penyambut tetamu di Hotel Bidara Puteri

3. Nama: Muhammad Siddiq Bin Yusof

Umur: 52 tahun

Jawatan: Ketua kampung


9

DAPATAN KAJIAN
6.1 jenis dan pola petempatan

• Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka terletak di luar bandar. Kawasan

ini mempunyai pola petempatan jenis berselerak.. Perkara ini adalah disebabkan

susunan petempatan yang dibina jauh-jauh dan tidak tersusun antara satu sama

lain .

• Tokyo, Jepun

Tokyo, Jepun merupakan sebuah bandar yang pesat. Tokyo juga merupakan ibu

negara Jepun Negara bandingan ini mempunyai pola petempatan jenis

berpusat.Petempatan di Tokyo dibina rapat-rapat. Tokyo, Jepun juga kelihatan

padat kerana pola petempatannya jenis berpusat. Saya berbangga kerana pola

petempatan saya bersesuaian dengan kegiatan ekonomi yang dilakukan.


10

6.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan

Bentuk muka bumi

• Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka mempunyai bentuk muka bumi jenis

pinggir laut. Perkara ini telah menyebabkan banyak kegiatan ekonomi berlaku di sini bagi

menggalakkan petempatan dibina. Salah satu daripadanya adalah kegiatan

pelancongan.Kawasan ini juga diliputi tanah berpasir dan sesuai untuk menanam kelapa.

• Tokyo, Jepun

Di Tokyo Jepun juga mempunyai bentuk muka bumi jenis pinggir laut dan ini amat sesuai

untuk menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Antara kegiatan ekonomi yang

dijalankan di sana adalah kegiatan pelancongan, perindustrian, pelabuhan dan banyak

lagi.
11

Kegiatan ekonomi

• Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka ada menjalankan beberapa kegiatan

ekonomi. Salah satu daripadanya ialah kegiatan pelancongan. Kegiatan ekonomi ini

merupakan kegiatan ekonomi utama di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka.

Para pelancong berminat melancong di sini kerana perkhidmatan hotel disediakan.

Infrastruktur ini disediakan bagi memudahkan para pelancong menikmati masa gembira

lebih lama bersama keluarga di samping merehatkan minda.

• Tokyo, Jepun

Tokyo juga mempunyai banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan di sana mirip dengan

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka. Contohnya ,kegiatan pelancongan yang

dijalankan di kawasan ini amat menarik perhatian pelancong untuk melancong di Tokyo.

Di Tokyo juga terdapat sebuah pulau yang dinamakan Pulau Ezu. Saya bersyukur kerana

kawasan kajian saya mempunyai bentuk muka bumi yang membolehkan penduduk di

kawasan ini menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi.


12
6.3 Fungsi petempatan

Walaupun Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka terletak di luar bandar, namun

kawasan ini mempunyai banyak fungsi. Antaranya ialah:

• Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah,Melaka berfungsi sebagai tempat pelancongan.

Ini kerana kawasan ini berada di pingggir laut dan menarik minat pelancong.

Perkhidmatan hotel disediakan di sini.. Perkara ini telah menyebabkan adanya peluang

pekerjaan yang banyak seterusnya menggalakkan petempatan berlaku

• Tokyo, Jepun

Di Tokyo, Jepun juga mempunyai banyak fungsi. Oleh sebab itulah kawasan itu menjadi

sebuah bandar yang besar. Salah satu fungsi petempatan yang ada di sana adalah untuk

memenuhkan peluang pekerjaan bagi sektor perindustrian.Banyak kilang telah dibina di

situ seperti Perusahaan Keihin. Saya berbangga kerana fungsi petempatan di Kampung

Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka membolehkan kawasan ini menjadi tempat yang

terkenal satu hari nanti.


13

6.4 masalah petempatan

Walaupun Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka menjalankan banyak

kegiatan ekonomi, terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti semasa menjalankan

kajian ini. Antaranya adalah :

• Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Sampah sarap di merata tempat

• Oleh kerana kawasan ini berada di pinggir laut, ia telah berkembang

sebagai pusat pelancongan tetapi terdapat satu masalah yang berlaku iaitu

sampah sarap telah dibuang di merata tempat oleh pelancong yang

melancong di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka. Ini telah

mengakibatkan beberapa masalah wujud. Sebagai contoh, kawasan ini

mempunyai banyak lalat. Kawasan ini juga terdedah kepada wabak

penyakit yang berbahaya seperti demam denggi

Kemalangan

• Selain itu, banyak kemalangan telah berlaku di kawasan kajian saya

terutamanya pada musim cuti sekolah. Perkara ini adalah disebabkan oleh

ketiadaan lampu isyarat khas untuk pejalan kaki. Para pelancong melintas

jalan dalam keadaan yang tidak dijamin keselamatannya.


14

Terdapat juga beberapa masalah yang dikenal pasti di negara bandingan semasa

menjalankan kajian ini menggunakan kaedah melayari internet. Antaranya adalah :

• Tokyo, Jepun

Kesesakan lalulintas

• Oleh kerana kawasan ini merupakan sebuah bandar yang besar dan pesat,

kesesakan lalulintas telah berlaku di Tokyo. Ini kerana kawasan ini

menjadi tumpuan penduduk yang ramai. Oleh itu, agak sukar kepada

penduduk di sini untuk pergi kerja dan balik daripada kerja. Masalah ini

juga menyebabkan beberapa masalah lain yang berlaku seperti

pencemaran udara dan pencemaran bunyi.

Kekurangan tempat tinggal

• Oleh sebab kawasan ini menjadi tumpuan penduduk, masalah kekurangan

tempat tinggal telah berlaku. Harga tanah semakin tinggi dan jalan

semakin sempit. Perkara ini boleh mengakibatkan pulau haba terjadi. Saya

berasa sungguh bertuah kerana masalah petempatan yang dihadapi di

kawasan kajian saya dapat diatasi kerana masih banyak tempat yang

belum diteroka.
Di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Masalah Punca Kesan

• Kekurangan • Ketiadaan lampu • Keselamatan diri

infrastuktur isyarat tidak terjamin

• Kemalangan

meningkat

• Pencemaran • Para pelancong • Penyakit berjangkit

membuang sampah
• Kesihatan tidak
sesuka hati
terjamin

Di Tokyo, Jepun

• Kesesakan lalu • Kenderaan banyak • Pencemaran udara

lintas dan bunyi

• Kemalangan

meningkat
• Kekurangan • Kawasan ini • Jalan sempit

tempat tinggal menjadi tumpuan • Pulau haba

penduduk

15
Jadual 1: Masalah petempatan

16

6.5 langkah-langkah penyelesaian untuk mengurangkan masalah petempatan

• Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Menyediakan tong sampah

• Dalam usaha untuk menangani masalah yang serius ini, jawatankuasa

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka telah bekerjasama dengan

pihak pengurusan pantai untuk menyediakan tong sampah di merata tempat

supaya para pelancong tidak membuang sampah sesuka hati. Alhamdulillah,

atas kerjasama semua pihak, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan

baik tanpa apa-apa masalah.

Menyediakan lampu isyarat

• Lampu isyarat telah disediakan khusus untuk pejalan kaki supaya para

pelancong mudah untuk melintas jalan seterusnya mengelakkan kemalangan

dari terus berlaku terutamanya pada musim cuti sekolah. Usaha ini telah
dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak yang bertanggungjawab dan

mengambil serius tentang perkara ini.

17

• Tokyo, Jepun

Menyediakan perkhidmatan infrastruktur.

• Pihak pentadbir Jepun telah menyediakan perkhidmatan infrasturktur khas untuk

pengangkutan seperti perkhidmatan kereta api berpeluru iaitu di Shinkasen. Selain

itu, mereka juga telah membina landasan kereta api bawah tanah supaya masalah

kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Langkah penyelesaian yang diambil ini berjaya

dan masalah kesesakan lalu lintas di Tokyo berkurangan.

Membina apartmen

• Pihak pentabir Jepun juga telah membina apartmen yang tinggi berhampiran

dengan bandar Tokyo iaitu di Danci. Dengan langkah penyelesaian seperti ini,

masalah kekurangan tempat tinggal dan pulau haba dapat diatasi dengan

sebaiknya. Penduduk di Tokyo juga hidup dengan selesa. Saya sebagai pengakaji

di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka amat berterima kasih kepada
pihak yang mengambil serius tentang masalah yang dihadapi di kawasan kajian

saya.

18

Langkah-
langkah
penyelesaian
Di Kampung
Di Tokyo, Pantai Puteri,
Jepun Melaka
Tengah,
Melaka

Menyediakan Menyediakan Menyediakan


perkhidmatan Membina
tong sampah lampu isyarat
infrastuktur apartmen

Kereta Kereta
api api Peta minda 1: langkah- langkah unuk menyelesaikam masalah petempatan
berpeluru bawah
tanah
19

RUMUSAN

Konklusinya, hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan Kampung

Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka mempunyai petempatan jenis berselerak. Kawasan

ini terletak di luar bandar. Di Tokyo, Jepun pula, petempatannya jenis berpusat kerana

Tokyo merupakan sebuah bandar yang pesat..


Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka mempunyai bentuk muka bumi

jenis pinggir laut. Tokyo, Jepun juga mempunyai bentuk muka bumi jenis pinggir laut

sama dengan kawasan kajian saya..

Walaupun Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka terletak di luar bandar,

namun kawasan ini mempunyai beberapa fungsi iaitu sebagai pusat pelancongan. Oleh

sebab itulah adanya peluang pekerjaan yang banyak seterusnya menggalakkan

petempatan dibina di sini. Di Tokyo, Jepun juga mempunyai banyak fungsi. Salah satu

daripadanya adalah kegiatan perindusrian yang sedang giat dijalankan serta

mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

Terdapat beberapa masalah yang dapat dikenalpasti semasa menjalankan kajian di

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka. Antaranya adalah, sampah-sarap telah

dijumpai di merata tempat dan kemalangan yang tidak diingini sering berlaku. Syukur,

Alhamdulillah kerana pihak yang bertanggungjawab telah berusaha untuk menangani

masalah ini dari berterusan berlaku. Pihak yang bertanggungjawab telah menyediakan

tong sampah di merata tempat dan lampu isyarat khas untuk pejalan kaki disediakan. Di

Tokyo, Jepun pula, masalah yang dihadapi oleh penduduk di sana adalah kesesakan lalu

lintas dan kekurangan tempat tinggal. Pihak yang bertanggungjawab

20
telah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menyediakan

perkhidmatan infrastruktur seperti kereta api peluru dan membina landasan kereta api

bawah tanah. Selain itu, mereka juga mengambil langkah penyelesaian dengan

membina apartmen bagi mengatasi masalah kekurangan tempat tinggal.


Saya berpendapat bahawa kawasan kajian saya ini berpotensi untuk menjadi salah

satu pusat pelancongan terkenal sau hari nanti kerana pelbagai kemudahan telah

disediakan di sini yang bertujuan menarik minat para pelancong dating ke mari. Saya

bersyukur dan berbangga kerana kawasan kajian saya ini mempunyai bentuk muka

bumi yang menarik yang menggalakkan banyak kegiatan ekonomi dijalankan seperti

perikanan, perindustrian dan pelancongan.

21
LAMPIRAN
22

RUJUKAN

Internet

http://www.scribd.com/folio-geografi-2008

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=pmr&s=geo&b=jul&m=2&t

http://www.wikipedia.org./wiki/tokyo

http://www.tourism-melaka.com/TanjungKling.html

melawat tempat kajian

Kampung Pantai Puteri, 76400 Melaka Tengah, Melaka

Orang sumber

Encik Mohammad bin Junus, 39 tahun, c-7685, Pantai Puteri, Batu 10 76400 Melaka Tengah,

Melaka.
Puan Norarifah ibnti Nordin, 42 tahun, No. 13 Taman Puteri, Jalan Puteri Tujuh, 76400 Melaka

Tengah, Melaka.

Muhammad Siddiq bin Yusof, 52 tahun, C-7262, Pantai Puteri, Batu 10, 76400 Melaka Tengah,

Melaka.

Buku teks

Abd Rahim Md Nor, 2008, Cerdik Publication Sdn. Bhd, buku teks Geografi tingkatan 3

29

6.3 Faktor yang mempengaruhi petempatan

Bentuk muka bumi

• Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka mempunyai bentuk muka bumi jenis

pinggir laut. Perkara ini telah menyebabkan banyak kegiatan ekonomi berlaku di sini bagi

menggalakkan petempatan dibina. Salah satu daripadanya adalah kegiatan

pelancongan.Kawasan ini juga diliputi tanah berpasir dan sesuai untuk menanam kelapa.
• Tokyo, Jepun

Di Tokyo Jepun juga mempunyai bentuk muka bumi jenis pinggir laut dan ini amat sesuai

untuk menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Antara kegiatan ekonomi yang

dijalankan di sana adalah kegiatan pelancongan, perindustrian, pelabuhan dan banyak

lagi.

11

Kegiatan ekonomi

• Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka ada menjalankan beberapa kegiatan

ekonomi. Salah satu daripadanya ialah kegiatan pelancongan. Kegiatan ekonomi ini

merupakan kegiatan ekonomi utama di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka.

Para pelancong berminat melancong di sini kerana perkhidmatan hotel disediakan.

Infrastruktur ini disediakan bagi memudahkan para pelancong menikmati masa gembira

lebih lama bersama keluarga di samping merehatkan minda.


• Tokyo, Jepun

Tokyo juga mempunyai banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan di sana mirip dengan

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka. Contohnya ,kegiatan pelancongan yang

dijalankan di kawasan ini amat menarik perhatian pelancong untuk melancong di Tokyo.

Di Tokyo juga terdapat sebuah pulau yang dinamakan Pulau Ezu. Saya bersyukur kerana

kawasan kajian saya mempunyai bentuk muka bumi yang membolehkan penduduk di

kawasan ini menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi.

12

You might also like