You are on page 1of 15

Top i k

Mobail

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pelajaran ini pelajar dapat: 1. 2. 3. 4. 5. memahami dan membezakan arca mobail dengan arca yang lain; memahami konsep mobail dan konsep peragaannya; mobail dibina melalui pemahaman konstruktivisme dan teori kecerdasan pelbagai; mobail boleh membentuk suatu fenomena baru di ruang udara dan bahagian atas bangunan, pokok, gunung dan pulau; dan mengaplikasikan pemahaman mobail kepada sketsa dan penghasilan mobail.

X PENGENALAN
Ketika pengarca mencari satu konsep baru dan tersendiri, muncullah idea untuk mengapungkan atau menggunakan ruang atas udara sebagai kaedah menampilkan dalam peragaan arca yang seterusnya diterima sebagai karya seni. Arca sedemikian dinamakan sebagai mobail. Arca mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika Syarikat. Arca mobail yang sifatnya boleh bergerak digelar juga sebagai mobail kinetik. Ia diperkenalkan pada awal tahun 1930-an. Calder telah menghasilkan monumen di tempat umum dan menjadi perangsang kepada seniman untuk mereka bentuk yang yang lebih menarik dan canggih. Suatu kehebatan Calder dalam penghasilan mobail ini ialah elemen geometri yang diadaptasi berasaskan kepingan logam industri dan disusun secara sekuen untuk menghasilkan suatu urutan yang terancang dan teraputik. Apabila dunia inginkan perubahan, mobail disepadukan dengan mesin dan jentera yang boleh bergerak melalui kawalan secara manual atau automatik dan terhasillah mobail kinetik. Mobail kinetik

TOPIK 6 MOBAIL

W 75

yang diberi tajuk Flamingo (1974), Myxomatose (1953) dan Pisson Volant mengadaptasikan bunyi dedaunan, beburung yang berterbangan dan serangga yang berdesir. Idea wau yang berdengung di udara, unggas berterbangan, ombak yang berdeburan menjadi sebahagian ciri mobail kinetik yang menjadi perhatian pengarca.

Rajah 6.1: Mobail karya Alexander Calder, Trap and Fish Tail, 1939

Rajah 6.2: Alexander Calder Myxomatose (1953)

Rajah 6.3: Alexander Calder: Poisson Volant, 1957

76 X TOPIK 6 MOBAIL

6.1
6.1.1

ALAT DAN MEDIA


Alatan
7. Gerudi eletrik + Pelbagai jenis mata gerudi 1. Playar - playar pemotong - playar muncung - playar pengapit 6.2.1 PENGGUNAAN ALATAN UNTUK MENGHASILKAN MOBAIL

6. Tukul besi Tukul kayu Ganden kayu Tukul kepala muncung

5. Pemotong besi gergaji besi elektrik

4. Alat pengimpal termasuk bahan pematri, kepingan logam,besi dan bar besi

3. Ragum - ragum apit - ragum meja

2. Gunting dawai/zing - gergaji besi

Rajah 6.4: Penggunaan alatan untuk menghasilkan mobail

AKTIVITI 6.1
Bagaimanakah faktor pesekitaran boleh dijadikan sebagai rujukan utama di dalam menjalankan aktiviti mobail di tempat anda bertugas?

LATIHAN 6.1
Merujuk kepada alam sekitar, senaraikan bahan-bahan yang boleh anda dijadikan arca mobail. Apakah kekangan-kekangan yang mungkin anda tempohi dalam proses penghasilan mobail tersebut?

TOPIK 6 MOBAIL

W 77

6.1.2

Alatan Untuk Menghasilkan Mobail

Gerudi dan mata gerudi, scrapper, gergaji jig, sarung tangan kulit, playar pemotong dan playar pengepit, thinner, gam gajah.

Ganden besi, spanar hidup kecil dan besar, ganden logam, tukul kepala dempak dan lonjong, rod besi, playar pengapit, ragum meja dan pengalas untuk kerja mengetuk.

Pelbagai jenis pahat: pahat mata bulat, pahat mata rata, pahat mata lengkung, pahat ukir, pahat penebuk.

Angkup luar, angkup dalam, sesiku sudut, berus dawai, berus keluli, berus gigi, span, batu asah, kertas pasir.

78 X TOPIK 6 MOBAIL

6.1.3

Media Mobail
8. Tanah liat/kepingan tembikar 9. Bahan buangan dari ciptaan manusia 1. Aluminiam/ kepingan aluminium, loyang

7. Fiber glass

6. Kepingan plastik/perspek

PENGGUNAAN BAHAN/ MEDIA UNTUK MENGHASILKAN MOBAIL

2. Cermin/ kepingan kaca

5. Dawai Tali tangsi 4. Kepingan tembaga Kepingan timah, zink

3. Kertas tebal/ Straw board.

Rajah 6.5: Penggunaan bahan untuk menghasilkan mobail

Rajah 6.6: Mobail berasaskan sumi

Rajah 6.7: Mobail berasaskan pelbagai bahan

TOPIK 6 MOBAIL

W 79

6.1.4

Media untuk Menghasilkan Mobail

Kepingan logam mengikut jenis dan bungkah keluli serta ketulan besi yang boleh dijadikan sebagai asas untuk pembentukan mobail.

Kepingan perspek dan kepingan plastik yang menjadi pilihan utama pengarca mobail kerana sifatnya yang ringan dan tahan lasak. Ia digabungkan dengan media lain termasuk penggunaan cat untuk mendapatkan penampilan yang bermakna dan mapan.

Pelbagai kertas untuk dijadikan mobail. Kertas tebal seperti maounting board, boleh dimplimentasikan di bahagian ruang dalam bangunan.

straw board, hard-board, conqueror, box-board yang

kertas

LATIHAN 6.2
Jika tema dan subjek mobail yang akan dihasilkan berasaskan karangan laut, apakah alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan mobail tersebut?

80 X TOPIK 6 MOBAIL

6.1.5

Bagaimana Proses Mobail Dihasilkan?


Menggunakan skru, bol dan nat Jahitan Kimpalan

Proses Mobail

Ikatan

Gam plastik

Tanggam

Rajah 6.8: Bahan yang digunakan untuk membentuk mobail

6.1.6

Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Mobail

Mobail direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan mobail; Menentukan subjek dan tema Subjek dan tema ini mungkin berkaitan dengan isu-isu semasa, kritikan, sindiran, saranan dan nukilan pengarca. Menentukan alat dan media Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan mobail.

TOPIK 6 MOBAIL

W 81

tumbnail-print (membuat lakaran-lakaran kecil). Apakah pentingnya thumbnail-print? Sebelum sesuatu mobail dihasilkan, kita seharusnya melobi gagasan-gasasan dan pengideaan melalui konsep trial and error. Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilkan seharusnya dihasilkan atau diperbanyakkan dapatannya. Daripada sejumlah besar sketsa ini tentunya ada yang mantap dan hebat yang tentunya pilihan yang sedemikian inilah yang dipilih. Memilih salah satu lakaran yang terbaik Pilih lakaran atau sketsa yang
baik. Ciri baik dalam kriteria pemilihan ini berkaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada mobail yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.

Membuat

Memperinci lakaran Setelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah


untuk memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari mobail yang akan dihasilkan nanti.

Membuat karya/mobail Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek


ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Kesemuanya diselaraskan dengan bahan dan alatan, kos pembinaan dan masa yang diperlukan.

6.1.7

Proses Membentuk Mobail

Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan mobail.
1. Membuat model kecil atau prototaip

4. Kemasan dan peragaan/ persembahan

PROSES MEMBEN TUK MOBAIL

2. Membuat kerangka atau struktur

3.Membuat mobail yang sebenar

Rajah 6.9: Proses membentuk mobail

82 X TOPIK 6 MOBAIL

6.2
6.2.1

PERSEMBAHAN HASIL KERJA


Ekspresi Diri

Persembahan hasil kerja yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan strukur seni. Ia diolah dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik. Seterusnya hasilan ini mengambil kira kepada beberapa ciri yang berikut: 1. Bentuk Mobail Menepati Tema dan Tajuk Tema adalah gambaran mesej yang ingin disampai dan dikongsi oleh pengarca kepada pemerhati. Lazimnya isu-isu semasa menjadi pilihan tema pengarca kerana keselarian isu dan minat pemerhati mengikut faktor semasa. Namun begitu, latar belakang minat pengarca juga boleh menjadi pilihan kerana ekspresi dalaman pengarca yang ingin dikongsi kepada umum. Misalnya, persoalan kepincangan masyarakat, isu agama dan gelagat politik semasa. Bahan Binaan Mobail Sesuai dengan Tujuan Hasilan Pilihan bahan penting kerana sifat bahan menentukan ketahanan dan kesesuaian mobail yang akan dihasilkan. Seringkali bahan binaan yang tahan lasak dan kuat digunakan untuk mobail di luar. Sebaliknya, bahanbahan yang kurang lasak di dalam bangunan dan di tempat yang bertutup. Ringkasnya bahan binaan ini boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu mobail diluar dan mobail di dalam bangunan atau tempat yang tertutup.
KLASIFIKASI BAHAN MOBAIL

2.

LUAR DAN TERDEDAH Keluli Besi Timah Tembikar Aloi Marmar

DALAM DAN TERTUTUP Plastik Kayu Kertas Tembikar Aluminium Bahan terbuang

Rajah 6.10: Klasifikasi bahan mobail

TOPIK 6 MOBAIL

W 83

3.

Pastikan ia Kuat, Kukuh dan Selamat Soal kekuatan, keliutan dan ketahanan bahan perlu diambil pertimbangan. Mobail perlu mempunyai jangka hayat yang panjang. Mobail juga perlu kukuh kerana peragaan diluar seringkali diancam oleh proses pengluluhawaan dan bencana alam. Tidak ada ertinya sesuatu mobail yang diperagakan sekadar dalam tempoh waktu yang pendek kerana tidak lasak dan tidak kuat. Tidak cukup dengan kukuh semata-mata, tetapi juga selamat terhadap pemerhati dan pengunjung. Pemerhati ada kemungkinan menyentuh dan mengusik mobail tersebut. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik, Membentuk Suatu Komposisi Gubahan yang Artistik Menyusun atur komposisi bahan penting untuk artistik bahan dan mobail. Adunan rentak, pergerakan dan kontra bahan diteliti dan dinilai berkalikali. Tujuannya jelas, untuk penampilan karya yang simple tetapi menarik. Tambahan pula kelainan bahan mempunyai cara atau teknik adunan yang berbeza dan kesesuaiannya. Mengaplikasi Prinsip-prinsip Rekaan seperti Rentak, Pergerakan, Kontra, Warna, Imbangan, Harmoni dan Kesatuan yang Menarik
Rentak Imbangan

4.

Pergerakan Harmoni APLIKASI PRINSIP REKAAN MOBAIL

Warna

Kontra

Rajah 6.11: Aplikasi prinsip rekaan mobail

6.

Asli, Unik dan Berketrampilan Keaslian, keunikan dan ketrampilan boleh dihasilkan melalui proses kreativiti yang tinggi. Jauhi plagiarism dan hasilan klise. Ia boleh dilakukan dengan melakukan tindakan-tindakan yang berikut:

84 X TOPIK 6 MOBAIL

Suatu penampilan yang baru penemuan melalui percubaan Inovasi atau improvisiasi yang positif Pemerhatian, penelitian dan rumusan pro-aktif Cuba jaya yang tidak kenal erti putus asa. Ramalan kepada reka bentuk baru dan bersifat futuristik.

6.2.2

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada lima perkara yang berikut:
1. Kesesuaian dengan pemilihan bahan dan alat yang dikaitkan dengan tajuk, tema dan hal benda (subject-matter). Fikirkan lokasi peragaan dan isu yang ingin ditonjolkan.

2. Daripada beberapa tumbnail-print yang dihasilkan, rancangkan pemilihan alat dan bahan yang berkaitan bertujuan untuk membuat penghasilan mobail mengikut pilihan yang terbaik.

3. Pilih satu thumbnail-print yang baik, fikirkan kaedah, teknik dan tata aturan penggunaan alat dan bahan untuk penghasilan mobail

4. Fikirkan soal kemasan. Bagi tujuan peragaan yang menarik dan berkesan, bahan penyudah seperti syelek, varnish, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik boleh diaplikasikan pada mobail. Namun, lazimnya mobail tidak terlalu fancy

5. Bagi tujuan peragaan yang menarik, kaedah menggantung, ruang peragaan dan persekitaran perlu diteliti dan difahami. Konsep ambient perlu dipetimbangkan untuk peragaan yang baik. Rajah 6.12: Kemahiran-kemahiran dalam mengaplikasi alat dan bahan mobail

TOPIK 6 MOBAIL

W 85

Rajah 6.13

LATIHAN 6.3
Teliti Rajah 6.13 di atas. Jika anda bercadang untuk menghasilkan mobail berasaskan alat dan bahan di atas, apakah jenis mobail yang sesuai dihasilkan? Apakah bahan tambahan yang anda perlukan?

6.2.3

Apresiasi Mobail

Garisan simetri Karangan laut

Batang aluminium

Rajah 6.14: Mobail daripada pelbagai bahan

86 X TOPIK 6 MOBAIL

4. Kesesuaian secara keseluruhan

2. Alat dan bahan yang sesuai

APRESIASI MOBAIL

3. Pilihan reka bentuk berasaskan warna dan padanan imej

1. Tajuk dan tema yang sesuai

Rajah 6.15: Apresiasi mobail

LATIHAN 6.4
Mobail diatas dihasilkan oleh Alexander Calder dan diberi tajuk Antennae with Red and Blue Dots Berpandukan mobail di atas, buat apresiasi seni mengenai karya di atas.

TOPIK 6 MOBAIL

W 87

LATIHAN 6.5
Mengapakah mobail tidak perlu fancy? Apakah mobail berfungsi yang sering diaplikasi sebagai sambuatan hari perayaan Tahun Baru Cina?

Mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika Syarikat. Konsep mobail dikaitkan dengan objek apungan di udara tetapi mempunyai konsep simetri yang menarik. Simetri mobail boleh bersifat tulen atau tidak tulen. Alat dan bahan mempengaruhi bentuk mobail. Bagaimanapun apungan yang baik berkaitan dengan bahan yang ringan, tipis dan tahan lama. Cantuman komponen mobail dibuat secara pateri/ kimpalan, gam plastik, skrew, jahitan dan tanggam. Kemasan mobail boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti syelek, varnish, cat kilat atau emulsi. Peragaan mobail boleh dilakukan di tempat terbuka seperti di padang, tanah lapang, puncak gunung, puncak bangunan dan puncak pokok. Manakala peragaan di tempat tertutup mungkin dilakukan di dalam bangunan, dalam dewan, antara bangunan dan bilik darjah.

Adaptasi Ambient Fancy Futuristik Gergaji jig Kekangan Klise

Konstruktivisme Luluhawa Manual Monumen Plagiarism Ragum

88 X TOPIK 6 MOBAIL

Apakah yang dimaksudkan mobail kinetik? Bincangkan bagaimana mobail kinetik dihasilkan.

Kaji secara teliti reka bentuk mobail. Bagaimanakah reka bentuk ini dipengaruhi oleh faktor alam sekitar dan objek-objek ciptaan Tuhan?