You are on page 1of 11

2.

PROSES PEMBINAAN UJIAN


Sebelum saya membina ujian, JSU telah pun dilaksanakan kerana merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalansoalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang). Pembinaan Jsu Dalam pembinaan JSU, ia mempunyai empat langkah, iaitu (1) mengkaji sukatan pelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4) menentukan bilangan soalan. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam Rajah 6.1 berikut.

2. Menganalisis objektif pengajaran

1. Mengkaji sukatan pelajaran

Langkah Pembinaan JPU

3. Menentukan jenis soalan

4. Menentukan bilangan soalan


Rajah 1 Mengkaji Sukatan Pelajaran Mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Langkah Pembinaan JS

Menganalisis Objektif Pengajaran Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumatmaklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JPU dibina.

Menentukan Jenis Soalan Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.

Menentukan Bilangan Soalan Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Oleh itu, sebanyak 20 soalan akan dibina.

Pembinaan Item Beraneka Pilihan Item yang sering digunakan dalam ujian pencapaian di peringkat sekolah rendah ialah item beraneka pilihan. Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian iaitu stimulus, stem/badan soalan dan jawapan pilihan. Stimulus adalah bahagian item yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan. Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan. Jawapan Pilihan adalah bahagian item yang mengandungi jawapan pilihan, yang biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi. Jadual 1 Prinsip Penyediaan Item Berbentuk Beraneka Pilihan Prinsip Penerangan Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih 1 jawapan yang betul atau paling tepat/terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul. Item dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, 2 jelas dan tidak berbunga-bunga, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya. Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan 3 pilihan, tetapi dimasukkan dalam badan soalan. Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya 4 5 setiap jawapan yang diberikan adalah munasabah. Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak iaitu tidak mengikut sistem tertentu untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan yang betul. Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya 6 tidak memberi yang betul. petanda kepada pelajar tentang jawapan

Jawapan berbentuk Semua di atas atau Tiada satu pun di 7 atas sebagai jawapan pilihan perlu dikurangkan, supaya

pelajar tidak mudah memilih jawapan betul. Aras kesukaran setiap item perlu setara, supaya setiap item 8 mempunyai aras kesukaran yang sama. Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor 9 atau tahun, supaya wujud satu sistem susunan jawapan pilihan.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

10

Jadual Penentuan Ujian / Spesifikasi Ujian

Mata Pelajaran : SAINS

Tahun : 4

Unit :

MENYIASAT PENGETAHUAN

KEFAHAMAN

APLIKASI

ANALISIS

ALAM KEHIDUPAN

BAHAGIAN A

2 .0 Benda Hidup Menjalani Proses Hidup 1 2 2.1 Menganalisa proses - proses hidup manusia JUMLAH SOALAN 3 4 5 7 8 10 6 9 13 12 14 11 15 16 17 18 19 20

JUMLAH KESELURUHAN SOALAN

20

11

Soalan Ujian Nama :____________________ Kelas:___________

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.Di antaranya hanya terdapat satu pilihan jawapan yang betul.Pilih jawapan yang betul. 1. Berikut menunjukkan pergerakan udara ketika manusia menarik nafas Hidung Apakah X ? A B C D Salur Udara Perut Mulut Kepala X Peparu

2. Antara organ perkumuhan berikut, organ yang manakah mengumuhkan peluh sebagai bahan buangan ? A Ginjal B Peparu C Mulut D Kulit 3. Manusia menyedut gas X dan menghembus gas Y, Apakah gas X dan gas Y ?

Gas X A B C D Karbon dioksida Oksigen Karbon monoksida Nitrogen

Gas Y Oksigen Karbon dioksida Nitrogen Karbon monoksida

12

4. Antara berikut yang manakah benar tentang udara hembusan ? A Mengandungi lebih banyak oksigen B Mengandungi lebih banyak air C Mengandungi lebih banyak karbon dioksida D Mengandungi kandungan oksigen dan karbon dioksida yang sama banyak 5. Gambar menunjukkan organ ? .

A Peparu

B Ginjal

C Hidung

D Kulit

6. Antara berikut yang manakah benar tentang udara sedutan? A Mengandungi lebih banyak oksigen B Mengandungi lebih banyak wap air C Mengandungi lebih banyak karbon dioksida D Mengandungi kandungan oksigen dan karbon dioksida yang sama banyak

7. Merujuk gambar dibawah, pilih organ yang manakah berlabel A, B, C dan D mengkumuhkan karbon dioksida dan wap air?

13

8. Organ yang menghasilkan air kencing ialah A Peparu B Ginjal C Kulit D Jantung

9. Maklumat di bawah ialah fungsi satu proses hidup dalam manusia. Membantu mengawal kuantiti air dan garam mineral dalam badan.

Pilih jenis proses hidup itu ? A Pernafasan C Pembiakan B Perkumuhan D Bergerak balas terhadap rangsangan

10. Organ yang manakah merupakan organ yang mengeluarkan gas karbon dioksida?

14

11. Antara berikut yang manakah benar mengenai organ perkumuhan dan bahan buangannya? Organ Permukuhan I II Kulit Ginjal Bahan Buangan Peluh Air kencing Oksigen Najis

III Peparu IV Mulut

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

12. Apakah bahan yang manakah tidak dikumuhkan oleh ginjal A Wap penyahtinjaan B C Air Bahan mineral

D Urea

13. Antara berikut yang manakah tidak benar tentang proses pernafasan ? A Udara sedutan mengandungi lebih oksigen B Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada. C Udara hembusan mengandungi lebih karbon dioksida D Semasa kita menghembus nafas, peparu akan mengembang

15

14. Apakah yang akan berlaku jika manusia tidak bernafas? A Sedih B Berasa lapar C mati D sakit

15. Gambar yang manakah tidak menunjukkan gerak balas manusia terhadap rangsangan?

16. Urutan yang manakah menunjukkan aliran udara yang betul semasa seseorang menghembus nafas? A Peparu B Salur udara C Peparu D Hidung hidung peparu Salur Udara Salur udara salur udara hidung hidung peparu

16

17. Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang penghembusan nafas ? I Udara dihembus keluar dari peparu II Udara disedut masuk ke dada III Dada bergerak ke bawah IV Dada bergerak ke atas A I dan III B II dan IV C I dan IV D II dan III

18. Antara berikut, proses yang manakah membolehkan manusia menyingkirkan najis daripada badan A Pembiakan B Penyahtinjaan C Pernafasan D Perkumuhan

19. Manusia bergerak balas dengan segera apabila mereka I terpijak benda-benda tajam

II tersentuh benda panas III membaca buku IV menyanyi A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

20. Apakah hasil kumuh yang terkandung dalam peluh ? I Air II Urea III Garam Mineral IV Karbon dioksida

A I dan II sahaja B C I dan IV sahaja I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja 17