You are on page 1of 7

TEMA : Pelbagai Budaya Masyarakat Di Malaysia

( Orang Sikh )

Ahli-ahli Kumpulan : - Agustine Ashley


Benjamin Koh
Lee Guang Jin ( Penolong
Ketua.K )
Lim Kea Seng ( Ketua.K )
Lim Yew Chiang( Setiausaha )
Tam Wai Sern
Tan Beng Yau
Tingkatan : 3 Merah
Guru P.Sivik : Encik Ustaaz Abd Hakim Bin Md. Yusof

Penghargaan

S aya mengucapkan ucapan penghargaan saya kepada Guru Sivik


saya , Encik Ustaaz Abd Hakim Bin Md . Yusof kerana telah sudi
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan folio
Sivik . Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua
sekolah saya , Encik Ong Chong Wee yang telah memberikan
kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian folio ini selepas
waktu persekolahan . Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada ibu bapa yang saya hormati . Saya bersyukur kerana
mendapat kerjasama daripada ahli kumpulan saya , iaitu Augustine
Ashley , Benjamin Koh ,Lim Kea Seng , Lim Yew Chiang , Tam Wai
Sern Tan Beng Yau dan saya .

Sikhisme
Sikhisme (juga dikenali sebagai agama Sikh; bahasa Panjabi: ਿਿੱਖੀ, sikkhī, IPA: /ˈsɪkkʰiː/)
adalah sebuah agama monoteistik yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak dan sembilan
orang guru lain di Punjab, India pada abad ke-15. Agama Sikhisme adalah agama kelima terbesar
di dunia, dengan lebih daripada 23 juta penganut.
Sikhisme berasal daripada perkataan Sikh, yang datang daripada kata dasar śiṣya dalam bahasa
Sanskrit, yang bermakna "murid" atau "pelajar", atau śikṣa yang bermaksud "arahan".

Isi kandungan
• 1 Kepercayaan
• 2 Sejarah
• 3 Lima K
• 4 Guru-guru Sikhisme
• 5 Hari-hari keagamaan
• 6 Adat istiadat penganut Sikh
• 7 Bilangan penganut Sikh
• 8 Penyertaan
• 9 Nota kaki
• 10 Pautan luar

Kepercayaan
Kepercayaan utama orang Sikh adalah keyakinan dalam Waheguru - yang digambarkan
menggunakan simbol suci ēk ōaṅkār, iaitu Tuhan Universal. Sikhisme menggalakkan meditasi
yang berdisiplin di bawah nama dan mesej Tuhan, untuk memperoleh keselamatan. Agama ini
juga menggambarkan Tuhan melalui konsep yang tidak mengandungi antropomofisme
(pemberian sifat manusia kepada dewa-dewa). Tuhan juga kadang kala diinterpretasikan sebagai
Alam Semesta sendiri oleh orang Sikh.
Penganut agama Sikh dikehendaki mengikuti pengajaran sepuluh orang guru Sikh, bersama
dengan kitab suci yang bernama Guru Granth Sahib, yang bukan sahaja menggubal penulisan
enam daripada sepuluh guru Sikh tersebut, tetapi juga mengandungi karya-karya yang ditulis
oleh orang dari pelbagai latar belakang socio-ekonomik dan agama. Teks dalam Guru Granth
Sahib telah didekri oleh Gobind Singh, guru yang kesepuluh, sebagai guru Khalsa Panth yang
terakhir. Tradisi dan ajaran agama ini berkait rapat dengan sejarah, masyarakat dan budaya
Punjab. Kebanyakan orang Sikh tinggal di Punjab, dan sebelum penceraian India dan Pakistan,
jutaan orang Sikh tinggal di wilayah Punjab di Pakistan.

Sejarah
Agama Sikh bermula di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India. Pengasas
agama ini ialah Guru Nanak (1469-1539), Agama Sikh percaya kepada adanya satu Tuhan dan
dipanggil waheguru. Selepas beliau meninggal dunia, penggantinya juga diberi pangkat guru.
Sebanyak sepuluh guru telah mengambil alih tempat beliau dan secara perlahan-lahan.
Rangkaian ini berakhir pada tahun 1708 selepas kematian Gobind Singh yang tidak
meninggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil
Adi Granth. Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Gobind Singh juga telah
menubuhkan sebuah persatuan "Persaudaraan Khalsa Sikh" dan memulakan pemakaian seragam
untuk lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran "Lima K".

Guru-guru Sikhisme
Perkataan guru datang daripada perkataan bahasa Sanskrit gurū, yang bermaksud "pengajar" atau
"mentor". Tradisi dan falsafah Sikhisme telah dibentuk oleh sepuluh orang guru dari tahun 1499
sehingga 1708. Setiap guru menyokong dan menambah mesej yang diajar oleh guru sebelumnya,
menyebabkan pengasasan agama Sikhisme ini. Nanak adalah guru pertama, dan telah memilih
seorang pendidik sebagai guru seterusnya. Gobind Singh merupakan guru manusia yang terakhir.
Sebelum kematian beliau, Gobind Singh mengeluarkan dekri bahawa Guru Granth Sahib adalah
guru terakhir dan abadi bagi orang Sikh.
Tokoh suci Sikhisme
• Bhagat Kabir
• Bhagat Farid
• Bhagat Namdev
• Baba Budda (tokoh paling suci dalam Sikh)
• Baba Banda Singh Bahadur (menentang orang Islam di Punjab)
• Baba Deep Singh (Mempertahankan kuil emas)
Tokoh lain
• Bhai Vir Singh
• Bhai Kaan Singh Nabha

Hari-hari keagamaan
Agama Sikh bukan terhad kepada bangsa Punjabi sahaja. Malah sesiapa yang mampu membaca
dan memahami isi kandungan Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh boleh
menganut agama ini. Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanskar yang bermula dengan
lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau "brotherhood"
Khalsa. Selepas itu, mereka yang ingin memasuk agama ini harus meminum air "Amrit" sejenis
air madu yang digaul dengan Kirpan. Semasa digaul kelima-lima khalsa ini akan membaca lima
Banis yang suci iaitu
• Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
• Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak)
• Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji)
• Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
• Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas)
Air ini samalah seperti air baptisme dalam agama Kristian.
Pertamanya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang
memasuk agama ini. Kemudian air ini direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka.
Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.

Adat istiadat penganut Sikh


Adat istiadat bermula sejak kelahiran sehinggalah kematian penganut Sikh. Pemberian hadiah
merupakan amalan biasa untuk menyambut kelahiran bayi. Pemberian nama merupakan upacara
penting dan ia dikenali sebagai Naamkaran. Disini bayi yang baru lahir itu akan diberikan nama
selepas Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka
secara rambang. Bayi itu akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam mukasurat itu. Nama
akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi
lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur. Singh bermaksud "Singa" dan Kaur pula bermaksud
"Puteri".
Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan
melalui satu upacara - pemakaian serban. Upacara yang dipanggil Dastar Bandhni biasanya
dilakukan oleh para agama Sikh dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.
Bagi seorang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogami. Dalam
agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian
masih boleh dilakukan di mahkamah sivil.

Bilangan penganut Sikh


Terdapat 26 juta penganut Sikh. 75 % menetap di India. 60 % tinggal di negeri Punjab, India
iaitu 2/3 daripada penduduk negeri Punjab. Tempat lain ialah di of Haryana, Himachal Pradesh,
Jammu and Kashmir, Rajasthan, Uttar Pradesh, Uttaranchal, Maharashtra dan Delhi. Ramai
daripada mereka berhijrah ke Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat , Timur Tengah,
Afrika Timur, Asia Tenggara, Eropah Barat, Australia dan New Zealand.

Penyertaan
Penganut Sikh aktif dalam politik di pelbagai tempat di seluruh dunia terutama di India.
• Manmohan Singh - Perdana Menteri India.
• Tentera - ramai daripada mereka menyertai tentera dan polis di India dan di
seluruh dunia terutama zaman penjajahan Empayar British. Antaranya ialah
Jeneral Joginder Jaswant Singh.
• Tan Sri Dato' Seri Darshan Singh Gill - di Malaysia, beliau menjadi pemimpin
kaum Sikh.
• Karpal Singh - peguam dan pemimpin parti pembangkang DAP dalam
Parlimen Malaysia.
• Master Tara Singh
• Baldev Singh
• Sardul Singh Caveeshar
• Shaheed Bhagat Singh Sandhu
• Shaheed Udham Singh Jammu
• Pratap Singh Kairon
• Professor Piara Singh Gill
• Arjan Singh
• General Joginder Jaswant Singh
• Dr. Narinder Singh Kapany
• Harbhajan Singh
• Milkha Singh
• Shaheed Sant Jarnail Singh Bhindranwale
• Shaheed General Shabeg Singh

Lampiran

Upacara Sikh

Kuih Orang Sikh


Bendera Sikh