You are on page 1of 6

SULIT 3757/2

3757/2
Ekonomi
Asas
Kertas 2
Mei 2009
2 jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
NEGERI PAHANG

EKONOMI ASAS
KERTAS 2

Dua Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B

2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan di Bahagian B

3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan

4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan


ditunjukkan dalam kurungan

5. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah


dibenarkan

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

3757/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [ Lihat sebelah


SULIT
SULIT 2 3757/2
Bahagian A

[75 markah]

1 (a) Gambar 1 menunjukkan perbualan dua orang rakan kongsi berkaitan firma yang akan
ditubuhkan.

Aku pun tengah pening


ni, modal kitapun kecil. Apa keluaran yang nak
Kalau tidak, boleh kita kita nak pilih ye, nak
keluarkan kedua-dua keluarkan sos cili ke
sekali atau kicap?

Gambar 1

Jelaskan apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh firma yang bakal ditubuhkan oleh
mereka. [7 markah]

(b) Maklumat berikut adalah berkaitan dengan perniagaan Encik Haniffirdaus.

Encik Haniffirdaus bercadang untuk membuka


sebuah perniagaan menjual makanan segera. Sebagai
seorang pengurus, beliau menyewa sebuah lot kedai
dan menggaji 10 orang pekerja. Di samping itu
beliau juga telah berjaya mendapatkan kemudahan
pinjaman bank untuk dijadikan modal perniagaan.

Terangkan sumber-sumber ekonomi yang terlibat dalam perniagaan Encik Haniffirdaus.


[10 markah]

(c) Bezakan barang ekonomi dengan barang percuma. [8 markah]

3757/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 3 3757/2

Encik Ismadi telah membeli tanah seluas


3 hektar di kampungnya dan beliau telah
menanam 300 batang pokok kelapa di
atas tanah tersebut dengan menggunakan
teknik pertanian moden.

2 (a) Apakah masalah-masalah asas ekonomi yang telah dapat diselesaikan oleh Encik Ismadi?
[6 markah]

(b) Gambar 2 menunjukkan perbualan antara 3 orang rakan lama berlainan negara.

Tahniah Yusof,aku Terima kasih Chen.


dengar kau dah jadi Aku dengar di negara
usahawan berjaya. kau firma tidak bebas
Bertuahlah kau, negara bersaing. Bagaimana
kau beri kebebasan dengan negara kamu
sepenuhnya untuk firma Alif?
bersaing

Negara aku ada


persaingan tetapi
persaingan yang
sihat. Kerajaan
Alif akan memastikan
tiada golongan
Chen Yusof yang tertindas.

Gambar 2

(i) Berdasarkan Gambar 2 di atas, namakan sistem-sistem ekonomi yang diamalkan oleh
negara Encik Chen, Encik Yusof dan Encik Alif [ 3 markah ]

(ii) Bezakan tiga ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara Encik Yusof dan
Encik Chen. [ 6
markah ]

(iii) Huraikan dua ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara Encik Alif
[ 4 markah ]

(c) Bagaimanakah sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah asas :

(i) Apakah barang yang hendak dikeluarkan. [ 2 markah ]

(ii) Berapa barang hendak dikeluarkan [ 2 markah ]

3757/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 4 3757/2
(iii) Untuk siapa barang hendak dikeluarkan [ 2 markah ]
3 (a) Maklumat berikut merupakan senarai pendapatan dan perbelanjaan bagi Encik
Samy pada satu bulan tertentu.

RM RM
Pendapatan bulanan 2000
Bonus 250
Elaun 250
Sewa rumah 600
Ansuran kereta 600
Bil 120
Hospital 70
Makanan 500
Wang saku 250
Derma 60
Akhbar dan majalah 60
Lain-lain 160
KWSP 160
Cukai pendapatan 100

Berdasarkan maklumat di atas :

(i) Hitungkan pendapatan boleh guna individu Encik Samy dan terangkan keadaan
perbelanjaannya. [ 5 markah ]

(ii) Sediakan penyataan anggaran belanjawan Encik Samy yang terancang untuk bulan
seterusnya [ 5 Markah ]

(b) Terangkan kesan apabila perbelanjaan individu melebihi pendapatan .


[ 8 markah ]

( c) Mengapa seseorang individu perlu membuat tabungan [ 7markah ]

3757/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 5 3757/2

4 (a) “Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang individu adalah dari sumber produktif dan
sumber bukan produktif” . Jelaskan. [10 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan tabungan dan pelaburan.

Walaupun seseorang individu akan menerima pulangan melalui


tabungan dan pelaburan,tetapi dari sudut ekonomi pulangan tabungan
adalah berbeza dengan pulangan pelaburan.

(i) Terangkan jenis-jenis pelaburan. [ 5 markah ]

(ii) Bezakan pulangan dari tabungan dan pelaburan. [ 6 markah ]

(c ) Bezakan kereta dengan nasi. [ 4 markah ]

5 (a) Nyatakan peranan isi rumah dalam ekonomi. [ 2 markah ]

(b) Dengan menggunakan rajah keluk permintaan individu, terangkan hubungan antara
harga dengan kuantiti diminta. [ 8 markah ]

(c) Rajah di bawah menunjukkan peralihan keluk permintaan kek.


Harga (RM)

D0

D1

D0
D1

Kuantiti (unit)
0 200 400

Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan peralihan keluk tersebut. [12 markah]

(d) Jelaskan definisi permintaan. [ 3 markah ]


3757/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah
SULIT
SULIT 6 3757/2

BAHAGIAN B

[25 Markah]
Soalan ini wajib dijawab

6. Encik Jasme yang baru bersara pada awal tahun 2008 telah menerima wang ganjaran
sebanyak RM 150 000.00. Dengan wang ganjaran itu beliau bercadang untuk menjalankan
perniagaan perabot jati dan kedai runcit. Walau bagaimanapun disebabkan masalah ekonomi
yang dihadapinya beliau hanya boleh menumpukan kepada satu jenis perniagaan sahaja.

Setelah membuat pertimbangan dengan keadaan pasaran semasa, beliau telah memilih
untuk menjalankan perniagaan perabot jati. Dengan berbekalkan modal yang sedia ada Encik
Jasme telah menjalan perniagaannya dengan jayanya. Didalam negaranya Encik Jasme bebas
mengeluar dan memasarkan perabotnya tanpa campur tangan daripada pihak kerajaan.

Perniagaan Encik Jasme telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada


pengguna. Beliau bercadang untuk membesarkan lagi skala perniagaan dengan membuka
cawangan baru. Walau bagaimanapun beliau menghadapi masalah dalam mendapatkan
tambahan modal. Bagi menambahkan modal perniagaannya, beliau telah mendapatkan
pinjaman daripada saudara mara.

Perkembangan ekonomi masa kini yang semakin baik telah menyebabkan taraf hidup
dan pendapatan penduduk semakin meningkat dan seterusnya menggalakkan pengguna
meningkatkan perbelanjaan mereka. Ini menyebabkan permintaan ke atas perabot jati
meningkat secara mendadak. Situasi ini secara tidak langsung telah membantu perniagaan
Encik Jasme meningkatkan keuntungannya.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Encik Jasme. [ 6 markah ]

(b) (i) Nyatakan sistem ekonomi negara Encik Jasme. [ 1 markah ]

(ii) Terangkan 3 ciri sistem ekonomi di (b) (i) [ 6 markah ]

(c) (i) Adakah anda setuju dengan sumber pinjaman yang dibuat oleh Encik Jasme?
Berikan dua alasan. [ 3 markah ]

(ii) Terangkan dua sumber lain pinjaman yang boleh diperoleh oleh Encik Jasme.
[ 4 markah ]

(d) Terangkan tiga faktor lain yang menyebabkan peningkatan permintaan perabot jati.
[ 5 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT


3757/2 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah
SULIT