You are on page 1of 5

1

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 SEK MEN KEB CONVENT IPOH EKONOMI ASAS [TING 5] KERTAS 2 2 JAM

3757/2

Arahan: 1. Kertas ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan di Bahagian B. 3. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan. BAHAGIAN A Jawab mana-mana tiga soalan dalam bahagian ini. 1. (a) Maklumat berikut mengenai satu barang. Tidak boleh dikecualikan penggunaannya

Nyatakan jenis dan ciri barang tersebut? [5 markah] (b) Terangkan perbezaan penyelesaian masalah asas ekonomi di antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi campuran. [12 markah] (c) Maklumat berikut berkaitan dengan Cik Tatiana.

Cik Tatiana telah memenangi kejuaraan golf di peringkat antarabangsa. Pihak kerajaan berbesar hati memberi hadiah wang tunai RM30 000 dan pencen bulanan sebanyak RM2 000.

(i) (ii)

Nyatakan jenis pendapatan yang diterima oleh Cik Tatiana. [1 markah] Bagaimanakah Cik Tatiana dapat menggunakan ganjaran tersebut untuk menambahkan pendapatannya? [7 markah]

2. (a) (b)

Terangkan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam proses pengeluaran. [8 markah] Maklumat berikut berkaitan dengan masalah asas ekonomi bagi sebuah syarikat. Syarikat Power Rangers Sdn Bhd merancang untuk membina rumah kedai dua tingkat dengan menggunakan intensif buruh. Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh syarikat tersebut. [4 markah] Perbualan berikut tentang kerjaya dua orang sahabat. Shah Amir : Amir, aku bangga engkau menjadi petani moden yang berjaya. : Jika ada minat dan usaha yang berterusan, kita boleh berjaya. Engkau pun apa kurangnyaakauntan terkenal dan punya syarikat sendiri.

(c)

Selain minat, terangkan faktor-faktor lain yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan. [7 markah] (d) Berikut ialah tiga situasi yang berasingan. Terangkan kesan setiap situasi terhadap pasaran ayam. (i) Harga ikan meningkat [3 markah] (ii) Teknologi baru penternakan ayam [3 markah] 3. (a) Jadual 1 menunjukkan harga dan kuantiti diminta terhadap barang P, barang Q dan barang R. Harga (RM) 100 150 Kuantiti diminta (unit) Barang Q 20 10 Jadual 1 Berdasarkan Jadual 1, (i) (ii) Hitungkan keanjalan harga permintaan untuk barang P, Q dan R, jika harga berubah daripada RM100 kepada RM150. [6 markah] Terangkan strategi yang boleh diambil untuk memaksimumkan keuntungan bagi barang P dan R. [4 markah]

Barang P 20 15

Barang R 20 5

(b) Jadual 2 menunjukkan jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut bagi Syarikat Kelip-Kelip Dcor Sdn Bhd. Buruh (unit) 0 1 3 5 9 12 13 15 Jumlah Keluaran (unit) 0 30 100 220 (c) 598 598 562 Keluaran Purata (unit) 0 (a) 33.3 44 48.9 (e) 46 (g) Jadual 2 Lengkapkan Jadual 2. [4 markah] Keluaran Sut (unit) 30 (b) 60 (d) (f) 0 (h)

(c) Penawaran sesuatu barang hanya dipengaruhi oleh harga barang itu sendiri Bincangkan. [11 markah] 4. (a) Rajah 1 menunjukkan keluk keseimbangan pasaran . Harga (RM) 6 D S

4 3 S

D Kuantiti (unit) 0 55 60 Rajah 1 Huraikan keadaan pasaran pada tingkat harga berikut: (i) RM3 (ii) RM4 (iii) RM6 70 75 100

[3 markah] [3 markah] [3 markah]

(b) Maklumat berikut merujuk kepada situasi ekonomi sebuah negara.

Stok barangan berlebihan Kadar pengangguran meningkat

Huraikan empat cara bank pusat mengawal situasi ekonomi negara tersebut. [12 markah] (c) Jelaskan kemudahan overdraf yang disediakan oleh bank perdagangan. [4 markah] 5. (a) Huraikan tiga jenis simpanan yang disediakan oleh bank perdagangan. [9 markah] (b) Jelaskan fungsi wang yang berikut: (i) Alat simpanan nilai (ii) Alat ukuran nilai (iii) Alat bayaran tertunda [6 markah] (c) Jadual 3 menunjukkan peratus sumbangan sektor ekonomi kepada guna tenaga Malaysia dari tahun 1960 hingga tahun 2000. Peratus Sumbangan Sektor Ekonomi kepada Guna Tenaga Malaysia Sektor / Tahun 1960 1970 1980 1990 2000 Sektor utama 61.3 53.1 38.5 28.4 15.6 Sektor kedua 9.8 15.4 20.1 25.9 35.7 Sektor ketiga 28.9 31.5 39.5 45.7 48.7 [sumber: Laporan Ekonomi Malaysia, Pelbagai Keluaran] Jadual 3 Terangkan lima kesan daripada perubahan tersebut. [10 markah]

BAHAGIAN B [25 markah] Soalan ini wajib dijawab 6. Cik Ramona bekerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah berdekatan dengan tempat kediamannya. Beliau mendapat gaji RM1 000 sebulan. Dengan pendapatan yang kecil, beliau sentiasa memastikan, tabungan bulanannya di Bank Simpanan Nasional, sebanyak RM200, dapat dilakukannya. Untuk menambahkan pendapatannya, Cik Ramona telah menyewakan tanah pusaka neneknya seluas satu ekar, kepada pengusaha stesen minyak, sebanyak RM5 000 sebulan. Dua tahun kemudian, Cik Ramona berhasrat membuka kelas tadika dengan modal RM20 000. Beliau telah mengikuti kursus pengurusan tadika.

Beliau kemudian telah mengambil 3 orang pekerja dan sebagai permulaan, seramai 40 orang murid menyertai kelasnya. Cik Ramona menghantar pekerja nya berkursus, untuk meningkatkan kemahiran mereka. Setelah beroperasi selama setahun, salah seorang pekerjanya telah berhenti kerja kerana upah yang diberi oleh Cik Ramona, agak rendah. Pekerjanya telah beralih ke tadika lain yang menawarkan upah yang lebih menarik. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut: (a) Jelaskan tiga tujuan Cik Ramona menyimpan wang di Bank Simpanan Nasional. [6 markah] (b) Nyatakan dua kelebihan menabung di Bank Simpanan Nasional. [2 markah] (c) (i) Bagaimanakah kadar sewa tanah pusaka Cik Ramona ditentukan? [2 markah] (iii) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan tanah Cik Ramona. [5 markah] (d) Adakah anda bersetuju dengan keputusan Cik Ramona, membuka kelas tadikanya sendiri? Berikan dua alasan. [3 markah] (e) Terangkan bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh Cik Ramona. [4 markah] (f) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu diambil oleh Cik Ramona agar dapat menarik pekerja baru bekerja dengannya? [3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh:

Disemak oleh

Disahkan oleh:

. . (Kalifah Mastura Ayop) (En Yang Shahrin A Aziz) (Pn Tuan Rohaiza Tuan Lah) KP Ekonomi Asas GK Vokasional & Teknik

You might also like