You are on page 1of 18

1.

0 PENGENALAN

Perkembangan agama Islam yang bermula di Semenanjung Tanah Arab turut


mempengaruhi kehidupan beragama masyarakat di Alam Melayu.1 Secara umumnya,
terdapat pelbagai pendapat berbeza yang diberikan oleh para sarjana sama ada tokoh-
tokoh orientalis mahupun sarjana Islam mengenai tarikh dan cara kedatangan agama
Islam ke Alam Melayu.2 Antara beberapa teori kedatangan Islam ke Kepulauan
Melayu tersebut adalah pengaruh Islam itu datang dari lebih tiga kawasan iaitu Arab,
India, Iraq dan China.3 Walau bagaimanapun, pendapat mengenai kedatangan agama
Islam yang berasal dari Semenanjung Tanah Arab adalah tidak dapat dinafikan. Hal
ini demikian kerana kapal-kapal saudagar Arab telah tiba di Alam Melayu sebelum
kehadiran Islam lagi dan seterusnya aktiviti perdagangan dua hala ini semakin
bertambah kukuh setelah kedatangan Islam. Misalnya di Indonesia, sejak abad ke-7
lagi sudah wujud petempatan orang Arab di kawasan Sumatera dan kawasan
Nusantara ini merupakan kawasan terpenting dalam kegiatan perdagangan maritim
iaitu sebagai tempat persinggahan orang Arab-Parsi.4

Perkembangan agama Islam ini sememangnya secara tidak langsung telah


membantu perluasan agama Islam ke hampir segenap kawasan Alam Melayu
termasuklah Indonesia. Hasanu Simon berpendapat bahawa sememangnya masyarakat
Indonesia mempunyai sifat keagamaan yang amat tinggi. Kehidupan beragama
masyarakat Indonesia khususnya di Jawa sebelum kedatangan agama Hindu-Buddha
dan Islam adalah dengan menganuti animisme yang akhirnya turut mempengaruhi
pengetahuan dan kebudayaan mereka dalam menjalankan kehidupan beragama.5
Seterusnya, kemasukan agama Hindu yang dianggap lebih moden daripada animisme
telah diterima dengan baik oleh masyarakat Jawa. Agama Hindu ini dibawa masuk ke

1
Alam Melayu atau Gugusan Kepulauan Melayu terdiri daripada beberapa buah negera iaitu Indonesia,
Filipina, Brunei, Pattani dan Malaysia. Lihat Mahayudin Haji Yahaya, 2001. Islam di Alam Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 3.
2
Antara para sarjana tersebut adalah seperti J.P Moquette, Thomas Arnold, D.G.E Hall, S.Q Fatimi,
Hamka, dan Syed Muhammad Naquib al-Attas.
3
Ibid. hal. 6.
4
Abdul Rahman Abdullah, 2001. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Selepas
Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. hal. 219. Lihat juga Abdul
Rahman Hj. Abdullah, 1990. Pemikiran Umat Islam Di Nusantara: Sejarah Dan Perkembangannya
Hingga Abad Ke-19. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hal. 34.
5
Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa.
Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. xx.

1
Jawa oleh bangsa India yang datang pada abad ke-1 iaitu di bawah pimpinan Ajisaka.6
Manakala sekitar abad ke-4 pula, Tanah Jawa menerima kedatangan agama Buddha.
Selepas perkembangan ketiga-tiga agama ini, masyarakat di Jawa mula menerima
kehadiran agama Islam. Wali Sembilan ataupun lebih dikenali sebagai Wali Songo
merupakan perintis kepada penyebaran Islam secara meluas di Tanah Jawa.

2.0 WALI SONGO DAN ISLAMISASI DI TANAH JAWA

Proses islamisasi di Indonesia khususnya di Tanah Jawa merupakan hasil


dakwah dan perjuangan yang dilakukan oleh Wali Sembilan ataupun sebenarnya lebih
dikenali sebagai Wali Sanga atau Wali Songo.7 Menurut cerita rakyat dan pandangan
umum dalam sastera Jawa, sememangnya Islam telah tersebar di Jawa adalah hasil
kejayaan sembilan pendakwah yang bergabung dalam suatu dewan yang disebut Wali
Songo ini.8 Walau bagaimanapun, perlulah difahami bahawa agama Islam sebenarnya
telah masuk ke Jawa pada abad ke-8 Masihi lagi, tetapi disebabkan keutuhan
pegangan masyarakat Jawa terhadap tiga agama yang sedia ada, agama baru yang
dibawa oleh pendakwah dari Daulah Abbasiyah ini tidak berjaya menarik minat
masyarakat. Hal ini demikian kerana sehingga awal abad ke-15, agama Hindu,
Buddha dan animisme telah mampu memberi petunjuk dalam mengembangkan
masalah-masalah sosial, ekonomi, kebudayaan dan ilmu pengetahuan.

Menurut Hasanu Simon, pengaruh penyebaran agama Islam di Tanah Jawa ini
telah menjadi semakin meluas setelah Sultan Muhammad I dari Turki mengutuskan
satu pasukan dakwah Islam ketika rakyat dan penguasa Majapahit menghadapi
kemelut politik, ekonomi dan keamanan akibat daripada perang saudara iaitu Perang
9
Paregreg pada tahun 1401 hingga 1406. Pasakan dakwah di bawah pimpinan
Maulana Malik Ibrahim yang dianggotai seramai sembilan orang telah berjaya
menghidupkan kebekuan penyebaran Islam yang telah berlangsung selama 7 abad

6
Ibid. Sistem kasta yang membezakan tahap atau darjat manusia berdasarkan kepada ukuran
kebendaan yang terdapat dalam ajaran Hindu merupakan salah satu sebab ajaran tersebut diterima baik
oleh masyarakat Jawa. Sistem ini berubah setelah kedatangan Islam.
7
Widji Saksono, 1995. Mengislamkan Tanah Jawa: Telaah Atas Metode Dakwah Walisongo. Bandung:
Penerbit Mizan. hal. 200.
8
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di
Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 1.
9
Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa.
Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. xxii. Lihat juga Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar, 2001. Himpunan
Kisah Kekasih Allah: Ensiklopedia Para Wali. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. hal. 189.

2
sebelumnya.10 Alwi Shibab pula telah mengklasifikasikan peranan Wali Songo dalam
proses penyebaran Islam ini kepada dua tahap iaitu tahap pertama adalah kehadiran
Wali Songo yang berhasil memantapkan dan mempercepatkan proses islamisasi pada
abad pertama Hijriah tetapi kebanyakan dakwah pada tahap ini hanya terbatas pada
wilayah-wilayah tertentu sahaja. Hal ini demikian adalah kerana disebabkan
terbatasnya kemudahan-kemudahan untuk meluaskan dakwah ke wilayah lain.
Manakala tahap kedua pula adalah tahap islamisasi yang berlangsung pada abad ke-14
Masihi iaitu dengan kedatangan tokoh-tokoh asyraf dari keturunan Ali dan Fathimah
bint Rasulullah s.a.w.11 Dakwah Islam pada tahap kedua ini telah berkembang dengan
cepat dan sampai kepada kemuncak kegemilangannya sekitar abad ke-15 hingga ke-
17 Masihi hasil sumbangan para wali tersebut.

Secara terminologinya, perkataan Wali Songo ini merupakan kata majmuk


yang berasal daripada dua perkataan iaitu wali dan songo. Perkataan wali yang berasal
dari bahasa Arab merupakan singkatan dari Waliyullah yang membawa maksud
“orang yang mencintai dan dicintai Allah”. Manakala songo pula berasal dari bahasa
Jawa yang bermaksud sembilan.12 Selain itu, terdapat juga pendapat yang
dikemukakan oleh Prof. Kyai Haji Raden Mohamad Adnan iaitu perkataan songo
adalah perubahan dari perkataan sana, satu perkataan yang berasal dari tsana dalam
bahasa Arab dengan membawa maksud “yang terpuji”. Oleh itu, jika mengikut
pendapat ini istilah Wali Songo adalah bermaksud “wali-wali yang terpuji”. Walau
bagaimanapun, jika dilihat dari kedudukan angka sembilan yang dianggap sebagai
angka yang mempunyai nilai mistik dalam masyarakat Jawa, dapat membuktikan
bahawa yang dimaksudkan dengan songo adalah sembilan.13

Namun begitu, harus difahami bahawa wali yang menyebarkan agama Islam
di Jawa ini tidak hanya terdiri daripada sembilan orang. Hal ini demikian kerana Wali
Songo merupakan satu himpunan atau kesatuan para mubaligh yang menjalankan
aktiviti menyebarkan agama Islam kepada masyarakat.14 Hasanu Simon dalam

10
Ibid.
11
Alwi Shibab, 2001. Islam Sufistik. Bandung: Penerbit Mizan. hal. 20-21.
12
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di
Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 7.
13
Ibid.
14
Baidlowi Syamsuri, 1995. Kisah Wali Songo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa. Bandung:
Penerbit APOLLO. hal. 10.

3
penulisannya juga telah membahagikan Wali Songo ini kepada beberapa angkatan
iaitu dimulai dengan angkatan pertama sehingga kepada ketujuh. Selain itu,
keanggotaan bagi badan dakwah ini juga adalah tidak kekal iaitu apabila salah
seorang daripada anggota Wali Songo meninggal dunia, tempatnya akan digantikan
dengan wali yang lain agar jumlah dan namanya adalah tetap sembilan bersesuaian
dengan maksud Wali Songo. Misalnya, setelah Maulana Malik Ibrahim meninggal
dunia pada tahun 1419, maka pada tahun 1421, tempatnya digantikan oleh Ahmad Ali
Rahmatullah yang lebih dikenali sebagai Raden Rahmat.15

Organisasi dakwah Wali Songo merupakan suatu organisasi yang tersusun dan
mencerminkan suatu bentuk kerjasama yang baik di antara para pendakwah. Setiap
anggota dalam organisasi ini akan mempunyai tugas masing-masing demi menjamin
keutuhan kesatuan tersebut. Misalnya, Sunan Ampel bertindak sebagai guru ketua,
Sunan Giri sebagai jaksa kepala, Sunan Ngudung dan Sunan Kudus sebagai panglima,
Sunan Kalijaga sebagai diplomat.16 Organisasi dakwah yang sistematik dan tersusun
inilah yang telah membawa kepada pelbagai kemajuan dan sumbangan daripada para
wali ini di Indonesia khususnya di Jawa.

2.1 Tokoh-tokoh Wali Songo

Tokoh-tokoh Wali Songo yang terkenal adalah seramai sembilan orang iaitu
terdiri daripada Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang,
Sunan Drajat, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria dan Sunan Gunung Jati.17
Maulana Malik Ibrahim yang dianggap sebagai pelopor Wali Songo yang pertama
yang memperkenalkan Islam di Jawa. Beliau telah wafat pada 12 Rabiulawal tahun
882 Hijrah bersamaan 9 April 1419 Masihi dan dimakamkan di Gerisik, Surabaya.18
Manakala, Sunan Ampel yang dilahirkan kira-kira dalam tahun 1401 Masihi di
Champa yang juga digelar Raden Rahmat telah melahirkan ramai wali hasil
didikannya, antaranya adalah dua anak lelakinya iaitu Sunan Bonang dan Sunan

15
Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah
Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 56.
16
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di
Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 255.
17
R. Soekmono, 1973. Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia. Indonesia: Penerbitan Yayasan
Kanisius. hal. 51.
18
Abdul Halim Bashah, 1993. Walisongo dengan Perkembangan Islam di Nusantara. Selangor:
Pustaka Al-Hijaz. hal. 74.

4
Drajat, Sunan Giri, Sunan Kalijaga dan Raden Patah. Sunan Ampel telah wafat pada
tahun 1481 Masihi dan dimakamkan di Masjid Ampel, Surabaya.

Seterusnya, Sunan Giri yang dilahirkan di Balambangan juga terkenal dengan


pelbagai nama iaitu Jaka Samudra19 dan Prabu Satmata. Sunan Giri telah dihantar
untuk belajar di pesantren Sunan Ampel ketika berumur 12 tahun. Beliau juga
sebenarnya merupakan anak kepada Maulana Ishaq iaitu hasil perkahwinan dengan
puteri raja yang bernama Retna Dewi Kasiyan atau lebih dikenali sebagai Dewi Sekar
Dadu.20 Beliau telah meninggal dunia di Giri pada tahun 1506 Masihi. Tokoh Wali
Songo yang berikutnya adalah Raden Makhdum Ibrahim yang digelar Sunan
Bonang21 iaitu anak kepada Sunan Ampel merupakan anggota Wali Songo Angkatan
Keempat.22 Beliau juga telah mendapat gelaran Anyokrowati ketika menuntut di Pasai
bersama Sunan Giri. Sunan Bonang meninggal dunia pada tahun 1525 Masihi dan
dimakamkan di daerah Tuban.

Nama Sunan Drajat juga hanyalah nama gelaran seperti nama-nama sunan
yang sebelumnya seperti Sunan Ampel dan Sunan Giri. Sunan Drajat yang merupakan
anak bongsu kepada Sunan Ampel ini mempunyai pelbagai gelaran lain, antaranya
ialah Raden Qosim, Pangeran Syarifuddin, Syekh Masakeh dan Sunan Mayang Madu.
Walaupun beliau tidak terlalu terkenal seperti Sunan Giri dan Sunan Bonang, tetapi
jasa beliau di desa Drajat tetap harum dalam kalangan masyarakatnya. Sunan Kudus
pula merupakan anak kepada Sunan Ngudung atau dalam tradisi Cirebonan disebut
sebagai Sunan Undung, setelah berkahwin dengan anak Sunan Ampel yang bernama
Nyai Ageng Maloka.23 Nama sebenarnya ialah Raden Ja’far Shaadiq tetapi lebih
dikenali dengan nama Sunan Kudus setelah meninggal dunia.
Tokoh Wali Songo yang terkenal selain Sunan Giri adalah Sunan Kalijaga
yang semasa mudanya lebih dkenali sebagai Raden Mas Said atau Jaka Said.24 Beliau
19
Nama ini diberikan oleh ibu angkatnya iaitu Nyai Ageng Tandes yang merupakan seorang janda
kaya, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa nama ibu angkatnya adalah Nyai Gede Pinasih.
20
Baidlowi Syamsuri, 1995. Kisah Wali Songo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa. Bandung:
Penerbit APOLLO. hal. 34.
21
Nama Bonang itu merupakan sejenis alat muzik Jawa iaitu gending yang diperbuat daripada besi atau
kuningan yang bahagian tengahnya ditonjolkan ke atas. Ibid. hal. 77.
22
Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah
Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 224.
23
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di
Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 127-128.
24
Ibid. hal. 83. Menurut beberapa sumber, nama Raden Mas Said ini diberikan oleh Sunan Ampel
sedangkan nama sebelumnya adalah Raden Seco.

5
dilahirkan kira-kira sekitar tahun 1440 Masihi dalam keluarga Adipati Tuban
Tumenggong Wilotikto iaitu seorang pembesar Majapahit. Beliau yang merupakan
anak didik kepada Sunan Bonang telah menjadi anggota Wali Songo Angkatan
Keempat pada tahun 1463 Masihi bersama-sama Sunan Bonang, Sunan Giri, dan
Sunan Drajat.25 Sunan Muria pula nama sebenarnya adalah Raden Umar Said. Beliau
merupakan anggota Wali Songo Angkatan Keenam melalui sidang yang
diselenggarakan pada tahun 1468 Masihi.26 Beliau merupakan seorang yang suka
bergaul dengna rakyat jelata dan dalam melaksanakan dakwah Islam menggunakan
cara yang sama dengan ayahnya iaitu melalui kesenian. Wali Songo yang terakhir
ialah Syarif Hidayatullah atau lebih dikenali sebagai Sunan Gunung Jati. 27 Antara
gelaran lain yang diberikan kepada Sunan Gunung Jati ialah Syeikh Nuruddin
Ibrahim, Saiyid al-Kamil dan Ahmad Fatahillah. Beliau meninggal dunia pada tahun
1570 Masihi dan telah dimakamkan di Cirebon.

3.0 SUMBANGAN WALI SONGO

Sememangnya sumbangan Wali Songo dalam mengembangkan agama Islam


di Tanah Jawa tidak dapat dinafikan lagi. Mereka merupakan para wali yang banyak
berjasa memimpin pengembangan agama Islam di seluruh Pulau Jawa dan
menyebarkan ajaran tersebut ke kepulauan lain di Indonesia.28 Impak daripada jasa-
jasa mereka inilah masyarakat memberikan gelaran Islam yang mulia ini kepada
mereka. Hal ini turut diakui oleh Drs. R. Soekmono:
“…Walisongo atau sembilan waliyullah, diberi julukan sedemikian kerana mereka
dianggap sebagai penyiar-penyiar terpenting dari agama Islam, mereka dengan
sengaja giat sekali menyebarkan dan mengajarkan pokok-pokok agama Islam.”29

Sumbangan Wali Songo terhadap masyarakat di Tanah Jawa adalah meliputi


pelbagai aspek, antaranya adalah seperti politik dan ketenteraan, ekonomi, pendidikan
dan kesenian. Hal ini demikian kerana kesan daripada kepiawaian yang ditetapkan
oleh Sultan Muhammad I dalam membuat pemilihan terhadap keanggotaan pasukan
pertama yang membawa misi menyuburkan perkembangan Islam di Jawa. Anggota

25
Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah
Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 307.
26
Ibid. hal. 257.
27
Ibid. hal. 246. Lihat juga Abdul Halim Bashah, 1993. Walisongo dengan Perkembangan Islam di
Nusantara. Selangor: Pustaka Al-Hijaz. hal. 98.
28
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di
Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 230.
29
Ibid. hal. 231.

6
Wali Songo dipilih bukan hanya semata-mata ditumpukan kepada bidang agama
sahaja tetapi turut meliputi bidang pembangunan pertanian, ekonomi, ketenteraan,
pemerintahan dan ketenteraman masyarakat. Oleh itu, bukanlah suatu perkara yang
menghairankan apabila sumbangan mereka bukan sahaja dalam menyebarkan agama
Islam tetapi turut merangkumi sumbangan dalam bidang-bidang lain.

Sumbangan utama kebanyakan Wali Songo terhadap perkembangan agama


Islam di Jawa adalah dengan mendirikan banyak masjid dan surau di kawasan dakwah
masing-masing. Misalnya, ketika dalam perjalanan ke Ampel Denta, Sunan Ampel
telah singgah di Kuning dan membina masjid di kawasan tersebut yang dikenali
sebagai Masjid Rahmat.30 Manakala, Sunan Kudus pula telah mendirikan Masjid
Kudus yang dibina pada tahun 956 Hijrah bersamaan 1549 Masihi. Masjid lain yang
telah dibina oleh Wali Songo ialah Masjid Agung Demak seiring dengan penubuhan
Demak Bintara sebagai sebuah kerajaan Islam. Pembinaan masjid-masjid oleh Wali
Songo ini adalah sangat penting memandangkan masjid ini bukan sahaja menjadi
pusat penyebaran Islam oleh para wali tetapi turut berfungsi sebagai tempat untuk
membahaskan hal-hal mengenai politik, sosial dan keagamaan.31 Fungsi seperti inilah
yang secara tidak langsung membawa kepada sumbangan-sumbangan para wali dalam
bidang selain daripada hal keagamaan.

3.1 Politik dan ketenteraan


Bidang politik merupakan salah satu aspek terpenting dalam menjamin
keutuhan sesebuah pemerintahan dan sememangnya gerakan dalam mengembangkan
ajaran Islam di Indonesia ini secara jelas tidak dapat lari dari perkaitan dalam bidang
politik. Hal ini dapat dibuktikan daripada tindakan Sultan Muhammad I menghantar
pasukan dakwahnya ke Jawa ketika kerajaan Majapahit dilanda kemelut politik
sehingga berjaya menjadikan agama Islam sebagai agama dominan. Para wali ini juga
sememangnya mempunyai kecekapan politik yang tinggi dan memiliki pengetahuan
tentang hal-hal kenegaraan yang jelas kerana pada tahun 1518 Masihi, keseluruhan

30
Arman Arroisi, 1993. Sunan Ampel: Pengawal Ketuhanan Yang Maha Tunggal. Bandung: Penerbit
PT Remaja Rosdakarya. hal. 6.
31
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di
Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 295.

7
kerajaan Majapahit dapat dilumpuhkan tanpa mengorbankan banyak nyawa dan
memusnahkan sistem masyarakat.32

Selain itu, sumbangan Walisongo dalam bidang politik juga dapat dibuktikan
melalui penubuhan kerajaan Demak Bintara yang merupakan kerajaan Islam pertama
di Jawa.33 Kemunculan kerajaan Demak ini juga nantinya telah melahirkan
Kesultanan Pajang dan Mataram II.34 Kemunculan Demak sebagai sebuah kerajaan ini
direncanakan oleh Sunan Ampel dengan mendapat bantuan daripada wali-wali yang
lain iaitu Sunan Giri, Sunan Kalijaga dan Sunan Bonang, manakala Raden Fatah telah
dlantik menjadi Sultan Demak yang pertama. Kerajaan Demak Bintara ini menjadi
penting kerana melalui Demak, Wali Songo menyusun kekuatan dakwah dan
ketenteraannya sehingga dapat menakluki kerajaan-kerajaan Hindu di Jawa.35 Antara
kejayaan terpenting yang berjaya dicapai ialah menewaskan kerajaan Majapahit dan
seterusnya dijadikan sebagai sebuah daerah dalam kerajaan Islam Demak. Seterusnya,
setelah berjaya menakluki beberapa daerah lain, kerajaan Demak telah muncul
sebagai kuasa besar di Jawa.

Kejayaan kerajaan Demak Bintara mengalahkan kerajaan Majapahit ini pula


merupakan antara kejayaan yang disumbangkan oleh Sunan Kudus. Sunan Kudus
yang menjadi panglima perang menggantikan Sunan Ngudung telah berjaya
melaksanakan tugas tersebut dengan sebaiknya melalui strategi serangan yang
dilakukan dari tiga arah iaitu dari Surabaya, Tuban dan Madiun.36 Sumbangan dalam
bidang politik ini juga boleh dilihat melalui sumbangan daripada Sunan Giri. Hal ini
demikian kerana Sunan Giri merupakan antara pelopor terpenting kepada penubuhan
kerajaan Islam Demak. Selain itu, ketokohan beliau dalam bidang politik ini dapat
dibuktikan apabila beliau mendapat gelaran Sultan Fakih walaupun beliau bukanlah
seorang sultan atau raja.37 Beliau merupakan wali yang banyak memberikan bantuan
dalam urusan politik di Demak. Sumbangan terpenting beliau ialah setiap perlantikan

32
Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah
Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 140.
33
Abdullah Ishak. 1992. Islam di Tanah Melayu dan Brunei. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. hal. 167.
34
Ahmad Mansur Suryanegara, 1995. Menemukan Sejarah: Pergerakan Islamisasi Nusantara.
Bandung: Penerbit Mizan. hal. 106.
35
Ibid.
36
Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah
Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 244.
37
Arman Arroisi, 1992. Sunan Giri. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. hal. 14.

8
sultan perlulah mendapatkan persetujuan daripada Sunan Giri terlebih dahulu.38
Manakala, Sunan Gunung Jati turut memberikan sumbangan dalam bidang politik ini
apabila beliau telah memberikan petunjuk dan nasihat kepada Maulana Hasanudin
dalam usaha mendirikan kota Surosowan sebagai ibu kota kerajaan Banten.39

Manakala, antara sumbangan terpenting Wali Songo dalam bidang ketenteraan


ialah kejayaan Sunan Gunung Jati menentang penjajahan Portugis.40 Sunan Gunung
Jati telah berjaya membebaskan Jakarta dan daerah-daerah sekitarnya daripada
cengkaman kuasa Portugis pada tahun 1527 Masihi. Cita-cita Portugis untuk
menjadikan Jawa Barat (Sunda Kelapa) sebagai pengkalan tidak kesampaian apabila
Sunan Gunung Jati terlebih dahulu telah menakluki kawasan tersebut dan pelabuhan
di wilayah Pajajaran seperti Cirebon dan Banten. Kedua-dua kawasan ini merupakan
antara pelabuhan-pelabuhan Sunda yang mempunyai potensi besar dalam aspek
ekonomi terutamanya lada kerana terletak di kawasan yang strategik. Oleh itu,
penawanan kawasan ini secara tidak langsung membantu perkembangan ekonomi
Jawa.41 Jawa Barat yang telah berjaya ditawan ini kemudiannya ditukarkan nama
menjadi Jayakarta (Jakarta) yang bererti “Kota Kemenangan” bersesuaian dengan
gelaran Fatahillah42 yang diberikan kepada Sunan Gunung Jati oleh para alim ulama
di atas kejayaannya menumpaskan Portugis.43

3.2 Ekonomi
Sumbangan Wali Songo juga meliputi bidang ekonomi yang merupakan antara
bidang terpenting dalam pembangunan masyarakat. Sumbangan dalam bidang
ekonomi ini dapat dibuktikan melalui tindakan yang dilaksanakan oleh Maulana
Malik Ibrahim dalam usaha untuk menarik minat masyarakat Jawa terhadap ajaran
Islam. Beliau telah berusaha menyempurnakan kehidupan di Leran dengan sebaik-

38
Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto, 1992. Sejarah Nasional Indonesia III.
Jakarta: Balai Pustaka. hal. 246.
39
Ibid. hal. 216.
40
Abdul Rahman Abdullah, 2006. Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisonal. Kuala Lumpur:
Pustaka Haji Abdul Majid. hal. 97.
41
Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto, 1992. Sejarah Nasional Indonesia III.
Jakarta: Balai Pustaka. hal. 20-21.
42
Gelaran ini membawa maksud “Kemenangan Allah”. Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan
bahawa Fatahillah bukan Sunan Gunung Jati. Untuk keterangan lanjut, lihat Hasanu Simon, 2004.
Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka
Pelajar. hal. 254-257.
43
Abdul Halim Bashah, 1993. Walisongo dengan Perkembangan Islam di Nusantara. Selangor:
Pustaka Al-Hijaz. hal. 98.

9
baiknya iaitu dengan memelihara sawah dan kebun di kawasan tersebut secara cermat
dan baik dengan tujuan untuk meningkatkan minat pendudukan Leran terhadap
pendidikan Islam.44 Tindakan Maulana Malik Ibrahim ini boleh diklasifikasi sebagai
satu tindakan serampang dua mata yang bijak. Hal ini demikian kerana tindakan
tersebut dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dan
kemajuan ekonomi ini pula akan memudahkan beliau untuk menerapkan nilai-nilai
Islam dalam kehidupan seperti memberikan sedekah kepada fakir miskin.

Maulana Malik Ibrahim juga merupakan wali yang bertanggungjawab


memajukan kota Gresik kerana memperkenalkan sistem pengairan untuk pertanian.45
Hal ini demikian kerana pada ketika itu ekonomi masyarakat di Gresik telah musnah
akibat Perang Paregreg, tetapi hasil daripada jasa beliau ini telah berjaya memajukan
pertanian sawah di kawasan tersebut. Sunan Drajat melalui pemikiran beliau pula
telah memberikan sumbangan dalam membangunkan kesempurnaan alat
pengangkutan dan pembangunan perumahan. Manakala, Sunan Gunung Jati telah
memberikan idea mengenai pemindahan penduduk (migrasi), iaitu melalui
pembukaan hutan-hutan sebagai tempat kediaman dan pemanfaatan hasil bumi.46
Sunan Kalijaga turut tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan dalam bidang
ekonomi iaitu melalui karya-karyanya berkenaan pertanian seperti filsafat bajak dan
cangkul.47

Selain itu, penubuhan kerajaan Islam Demak juga telah membawa kepada
perkembangan ekonomi di Jawa. Raden Fatah dan pentadbirannya telah memberikan
sumbangan besar terhadap kemajuan pesat pelabuhan di Demak. Hal ini dapat
dibuktikan melalui terjemahan daripada gambaran Tomé Pires mengenai Demak:

“…Demak memiliki empat puluh jung (quoremta Jumcos) dan telah memperluas
kewibawaan sampai ke Palembang, Jambi, “pulau-pulau Menamby, dan sejumlah
besar pulau lain di depan Tanjung Pura”, iaitu Bangka dan Belitung. Waktu itu di
Demak terdapat tidak kurang daripada “delapan sampai sepuluh ribu rumah” (de oito

44
Arman Arroisi, 1994. Sunan Maulana Malik Ibrahim. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya.
hal. 8.
45
Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah
Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 167.
46
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di
Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 280.
47
Ibid. hal. 279.

10
atee dez mjll casâs) dan tanah sekelilingnya menghasilkan beras berlimpah-limpah,
yang sebagian diekspor ke Malaka.”48

Perkembangan pesat kerajaan Islam Demak ini telah berjaya menjana ekonomi di
Jawa memandangkan antara pelabuhan penting yang berada di bawah kekuasaan dan
pengaruhnya adalah Tuban, Separa, Sedayu, Kota Kembar, Jaratan dan Gresik.49
Aktiviti perdagangan yang maju sebelum dominasi Islam di Nusantara menjadi
bertambah maju dengan kewujudan Demak sebagai kuasa besar.

3.3 Sosial
Sumbangan dalam bidang sosial ini boleh diperlihatkan melalui kejayaan
penyebaran agama Islam di Jawa yang secara tidak langsung telah membawa
perubahan dalam sistem kemasyarakatan di Jawa. Hal ini demikian kerana sebelum
kedatangan Islam, sebahagian masyarakat di Jawa yang mengamalkan agama Hindu
telah mempunyai sistem kasta. Walau bagaimanapun, kedatangan Islam telah
membawa perubahan terhadap sistem sosial ini. Buktinya, ajaran Islam yang tidak
membezakan pangkat, keturunan, kekayaan mahupun kebangsaan seseorang telah
menjadikan Ampel Denta sebagai sebuah pusat pendidikan di Jawa yang boleh diikuti
oleh semua kalangan masyarakat.50 Sunan Ampel juga telah memberi sumbangan
dalam bidang sosial dengan berusaha memperbaiki moral masyarakat Jawa dengan
memperkenalkan larangan mo-limo atau emoh-limo yang masih terkenal sehingga
sekarang. Larangan ini adalah larangan daripada melakukan main (berjudi), minum
(minuman keras), maling (mencuri), madat (menghisap candu), dan madon
(berzina).51

Sunan Kalijaga merupakan antara wali yang telah memberikan sumbangan


dalam kemajuan sosial masyarakat di Jawa. Hal ini demikian kerana beliau telah
membantu mewujudkan satu hubungan dua hala yang baik di antara pemerintah dan
rakyat. Sumbangan ini adalah melalui istilah Sabdo Pandito Ratu yang diperkenalkan

48
Denys Lombard, 2005. Nusa Jawa: Silang Budaya (Bahagian 2: Jaringan Asia). Jakarta: Gramedia
Pustaka Utama. hal. 44.
49
Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto, 1992. Sejarah Nasional Indonesia III.
Jakarta: Balai Pustaka. hal. 35.
50
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di
Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 239.
51
Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah
Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 197.

11
oleh beliau.52 Istilah ini membawa maksud kebijaksanaan penguasa harus sejalan
dengan nasihat para ulama. Tindakan Sunan Kalijaga ini berjaya mewujudkan suatu
hubungan yang serasi antara pemerintah, ulama dan rakyat di Jawa. Tambahan pula,
hubungan antara ketiga-tiga pihak ini diperkukuhkan lagi apabila di seluruh Tanah
Jawa, berdekatan dengan istana atau kabupaten akan dibina masjid dan halaman yang
luas untuk memudahkan rakyat berkumpul bersama pemerintah dan ulama.53

Selain itu, sumbangan dalam merapatkan jurang antara pihak pemerintah dan
rakyat ini juga boleh dibuktikan apabila terdapatnya wali-wali yang berasal daripada
darah bangsawan atau raja. Contoh wali yang berdarah bangsawan adalah Sunan Giri,
Sunan Bonang, Sunan Kalijaga dan Sunan Gunung Jati.54 Wali-wali ini telah berjaya
menarik minat bangsawan-bangsawan Jawa yang lain untuk memeluk Islam, dan
seterusnya para bangsawan Muslim ini telah berusaha menyebarkan Islam bukan
sahaja di kota-kota pelabuhan tetapi turut meliputi kawasan pedalaman yang terdiri
daripada para petani dan pedagang.55 Misalnya, hasil dakwah Sunan Giri telah
melahirkan ramai ulama dan mubaligh dalam kalangan petani, nelayan dan pedagang.
Hal ini secara tidak langsung telah membantu meningkatkan taraf sosial masyarakat.

3.4 Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan


Sumbangan Wali Songo turut meliputi perkembangan bidang pendidikan dan
ilmu pengetahuan di Jawa. Sumbangan dalam bidang pendidikan ini dapat dibuktikan
melalui pembinaan pesantren yang banyak di pelbagai kawasan. Pesantren ini
merupakan sebuah lembaga pendidikan Islam yang unik di Indonesia. Perkembangan
lembaga pendidikan ini khususnya di Jawa mengalami masa selama berabad-abad.
Maulana Malik Ibrahim atau digelar Spiritual Father, dalam masyarakat santri Jawa
dipandang sebagai guru tradisi yang memperkenalkan pesantren di Tanah Jawa.56
Beliau telah mendirikan pesantren pertama di Gresik yang melahirkan mubaligh
Islam untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh Tanah Jawa. Sekiranya Maulana
Malik Ibrahim dianggap sebagai perintis kepada sistem pondok pesantren, Sunan
52
Arman Arroisi, 1994. Sunan Kalijaga: Berdakwah Dengan Seni. Bandung: Penerbit PT Remaja
Rosdakarya. hal. 23.
53
Ibid.
54
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di
Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 46.
55
Ibid. hal. 45.
56
K.H Saifuddin Zuhri, 1979. Sejarah Kebangkitan Islam dan Perkembangannya di Indonesia.
Bandung: al-Maarif Bandung. hal. 263.

12
Ampel pula merupakan wali yang dianggap paling berjaya dalam mendidik ulama dan
mengembangkan pesantren iaitu melalui pembinaan Ampel Denta.57

Selain itu, terdapat juga Wali Songo yang terlibat dalam memperkembangkan
ajaran ilmu tasawuf58 seperti Sunan Bonang dan Syekh Siti Jenar. Pemikiran Sunan
Bonang ini dapat dibuktikan melalui karyanya di dalam Suluk Sunan Bonang yang
dapat ditentukan kegiatan pemikiran tersebut adalah antara tahun 1475 hingga 1525.59
Manakala, Sunan Giri pula telah memperkenalkan pelbagai permainan yang bertujuan
untuk digunakan dalam mendidik kanak-kanak. Permainan yang berteraskan kepada
pelajaran ini adalah seperti Jelungan, Jamuran, Ilir-ilir, Gendi Gerit dan Gula
Ganti.60 Misalnya, Ilir-ilir merupakan lagu yang mengajarkan seseorang agar optimis
dalam melakukan amal kebaikan agar amal tersebut dapat diterima dan kesempatan
hidup haruslah dimanfaatkan dengan melakukan amal tersebut. Sunan Giri juga
merupakan wali telah mengarang ilmu Falak yang telah disesuaikan dengan prinsip-
prinsip ilmu Falak Islam dan pemikiran orang Jawa serta memperkenalkan
penggunaan kertas sebagai bahan tulis-menulis yang akhirnya membawa kepada
perkembangan ilmu dan budaya.61

3.5 Kesenian dan kebudayaan


Sumbangan dalam bidang kesenian dan kebudayaan oleh Wali Songo dapat
dibuktikan melalui strategi dan pendekatan dakwah yang digunakan oleh para wali
terutamanya para wali kumpulan abangan.62 Wali-wali yang dikelompokkan dalam
abangan adalah seperti Sunan Kalijaga, Sunan Bonang, Sunan Kudus dan Sunan
57
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di
Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 238-239.
58
Ilmu lanjutan daripada ilmu dasar dengan tujuan mengelakkan kekeliruan, salah pengertian dan salah
penggunaan. Orang yang salah mempelajari ilmu ini dapat berubah ingatan menjadi seperti gila.
Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa.
Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 496.
59
Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto, 1992. Sejarah Nasional Indonesia III.
Jakarta: Balai Pustaka. hal. 208.
60
Purwadi dan M.Hum, 2004. Dakwah Sunan Kalijaga: Penyebaran Agama Islam di Jawa Berbasis
Kultural. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 23. Lihat juga Solichin Salam, 1960. Sekitar Wali Sanga.
Jogjakarta: Menara Kudus. hal. 37-39.
61
Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di
Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 275-276.
62
Wali yang termasuk dalam kelompok abangan merupakan wali yang ingin memasukkan ajaran Islam
ke dalam tradisi dan kesenian orang Jawa. Manakala satu lagi kelompok dikenali sebagai kelompok
putihan iaitu merupakan kelompok wali yang amat menekankan ajaran Islam mengikut yang
sebenarnya tanpa mahu berkompromi dengan kesenian dan kebudayaan Jawa. Hasanu Simon, 2004.
Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka
Pelajar. hal. 135.

13
Muria. Sunan Kalijaga merupakan seorang wali yang menggunakan seni terutamanya
wayang sebagai salah satu strategi dakwahnya. Wayang merupakan salah satu warisan
bangsa Indonesia yang telah berkembang selama berabad-abad dan pada zaman
kerajaan Majapahit, seni wayang ini lebih dikenali dengan nama pementasan wayang
beber iaitu wayang yang bentuknya dibentangkan (dibeber).63 Walau bagaimanapun,
selepas kedatangan Islam berlaku perubahan terhadap bentuk asal seni wayang ini
bermula pada peristiwa perasmian Masjid Agung Demak.

Sunan Kalijaga telah mencadangkan agar wayang beber dipersembahkan


ketika majlis perasmian tersebut agar dapat bukan sahaja dapat menarik minat orang
Islam tetapi agar dapat mempengaruhi masyarakat yang beragama Hindu untuk
mengenali Islam. Walau bagaimanapun, Sunan Giri yang bertindak sebagai ketua Wali
Songo pada ketika itu telah membantah cadangan tersebut memandangkan beliau
berpendapat bahawa wayang yang bergambar manusia merupakan sesuatu yang
haram dalam syariat Islam. Bantahan daripada Sunan Giri inilah yang telah
menyebabkan Sunan Kalijaga membuat perubahan terhadap seni wayang ini agar
tidak melanggari hukum Islam tetapi dalam masa yang sama turut mengekalkan ciri-
ciri kesenian Jawa. Perubahan kepada bentuk yang mirip karikatur seperti yang ada
pada hari ini merupakan salah satu sumbangan terbesar Sunan Kalijaga dalam bidang
ini. Malahan, perubahan ini sebaliknya meningkatkan cita rasa dan nilai seni wayang
tersebut.

Manakala, Sunan Bonang pula merupakan wali yang telah menggunakan alat
muzik iaitu bonang. Hal ini demikian kerana kebanyakan masyarakat di Tuban amat
menggemari lagu-lagu gending gamelan, maka Sunan Bonang berdakwah
menggunakan kesenian rakyat tersebut. Kebijaksanaan beliau membunyikan alat
muzik tersebut dengan diiringi tembang-tembang yang berupa pantun-pantun
keagamaan telah berjaya mempengaruhi masyarakat Tuban untuk mempelajari lagu
tembang tersebut dan akhirnya mempelajari agama Islam.64 Salah satu tembang Sunan
Bonang yang terkenal sehingga sekarang adalah tembang yang selalu dilagukan oleh

63
Purwadi dan M.Hum, 2004. Dakwah Sunan Kalijaga: Penyebaran Agama Islam di Jawa Berbasis
Kultural. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 176.
64
Baidlowi Syamsuri, 1995. Kisah Wali Songo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa. Bandung:
Penerbit APOLLO. hal. 76.

14
Kyai Langgeng bertajuk Tombo Ati.65 Manakala, Sunan Drajat pula telah mencipta
tembang Pangkur dan mijil merupakan wali yang termasuk dalam kelompok putihan
walaupun berdakwah menggunakan Jawa seni. Oleh itu, penggunaan kesenian sebagai
salah satu cabang untuk berdakwah ini secara tidak langsung telah memberi
sumbangan dalam mengekalkan kesenian tradisi masyarakat Jawa.

Selain itu, kebudayaan Jawa juga kekal hasil sumbangan daripada beberapa
wali yang tidak menghapuskan kebudayaan Jawa yang mempunyai unsur Hindu. Hal
ini demikian kerana adat dan budaya yang menggunakan mantera-mantera tidak
dihapuskan tetapi sebaliknya digantikan dengan prinsip-prinsip Islam seperti
membaca al-Quran, tahlil dan doa-doa.66 Misalnya, dalam upacara berkabung, Sunan
Bonang menggantikan adat menyajikan makanan untuk arwah mendiang dengan
amalan bersedekah iaitu memberikan makanan kepada fakir miskin. Sunan Kalijaga
pula telah memberi sumbangan dalam bidang busana iaitu beliau telah merancang
model baju takwa yang akhirnya menjadi pakaian kebesaran suku Jawa dalam
pelbagai upacara rasmi.67

3.6 Kesusasteraan dan Bahasa


Sumbangan Wali Songo juga meliputi bidang kesusasteraan dan bahasa. Bukti
sumbangan dalam bidang bahasa ini adalah daripada Sunan Ampel yang telah
memperkenalkan huruf Pegon iaitu sejenis tulisan Arab berbahasa Jawa. Selain itu,
Sunan Ampel juga merupakan wali yang bertanggungjawab memperkenalkan
beberapa perkataan baru yang disesuaikan dengan masyarakat Jawa. Hal ini demikian
kerana beliau mempunyai kepekaan sosial yang tinggi dan untuk mempercepat
pemahaman masyarakat terhadap Islam, beberapa istilah yang bersesuaian telah
diperkenalkan. Antaranya ialah istilah sholat yang digantikan dengan sembahyang
iaitu merupakan istilah yang diambil dari kata sembah hyang agar lebih mudah
difahami oleh masyarakat yang sebelum menganut agama Hindu.68 Orang yang

65
Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah
Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 231.
66
Untuk keterangan lanjut lihat Koentjaraningrat, 1971. Manusia dan Kebudayaan di Indonesia.
Jakarta Penerbit Djambatan. hal. 346-350.
67
Arman Arroisi, 1994. Sunan Kalijaga: Berdakwah Dengan Seni. Bandung: Penerbit PT Remaja
Rosdakarya. hal. 18.
68
Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah
Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 197.

15
mengikuti pendidikan di pesantren pula disebut sebagai santri yang berasal dari kata
shastri iaitu perkataan yang bermaksud orang yang tahu buku suci agama Hindu.
Wali Songo turut memberikan sumbangan dalam bidang penulisan, misalnya
dalam naskhah Walisana terdapat beberapa penulisan hasil karya para wali ini.
Antaranya ialah Sejarah Negeri Pajajaran yang ditulis oleh Sunan Gunung Jati, hasil
karya Sunan Drajat iaitu kisah Joko Partoko dari Desa Nggadhingan iaitu ketika
zaman kerajaan Majapahit dan kisah Baru Klinthang dari Mbahrawa oleh Sunan
Kudus.69 Manakala sumbangan dalam bidang kesusasteraan pula adalah melalui hasil-
hasil karya sastera seperti dongeng dan kisah-kisah ulama, syair dan prosa-prosa
puisi. Misalnya, Sunan Bonang dalam usaha untuk menyebarkan Islam di kawasan
jawa Timur iaitu antara Lasem dan Rembang, telah mencipta dongeng dan kisah
ulama memandangkan masyarakat di kawasan tersebut menyukai cerita-cerita yang
berunsurkan kesaktian dan mistik.70

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Wali Songo sememangnya bukan sahaja berjaya dalam


menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa tetapi turut memberikan sumbangan dalam
bidang-bidang selain daripada keagamaan. Sumbangan Wali Songo dalam
kepelbagaian bidang ini sebenarnya mempunyai perkaitan dengan kepelbagaian
strategi dan pendekatan dakwah yang digunakan oleh mereka dalam
mengislamisasikan masyarakat Jawa. Kejayaan menyebarkan Islam di Jawa ini adalah
bergantung kepada pendekatan seperti al-hikmah yang digunakan oleh para wali
dalam berdakwah ini merupakan satu langkah bijaksana dalam usaha untuk mendekati
masyarakat Jawa.

5.0 BIBLIOGRAFI

Abdullah Ishak. 1992. Islam di Tanah Melayu dan Brunei. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.

Abdul Halim Bashah. 1993. Walisongo dengan Perkembangan Islam di Nusantara.


Selangor: Pustaka Al-Hijaz.

69
Ibid. hal. 69-70.
70
Arman Arroisi, 1993. Sunan Bonang: Pendekar Bersenjata Tembang. Bandung: Penerbit PT Remaja
Rosdakarya. hal. 10.

16
Abdul Rahman Hj. Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam Di Nusantara: Sejarah
Dan Perkembangannya Hingga Abad Ke-19. Selangor: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

_______________________. 2001. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum


dan Selepas Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.

_______________________. 2006. Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisonal.


Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Ahmad Mansur Suryanegara. 1995. Menemukan Sejarah: Pergerakan Islamisasi


Nusantara. Bandung: Penerbit Mizan.

Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar. 2001. Himpunan Kisah Kekasih Allah:


Ensiklopedia Para Wali. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Alwi Shibab. 2001. Islam Sufistik. Bandung: Penerbit Mizan.

Arman Arroisi. 1992. Sunan Giri. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya.

____________. 1993. Sunan Ampel: Pengawal Ketuhanan Yang Maha Tunggal.


Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya.

____________. 1993. Sunan Bonang: Pendekar Bersenjata Tembang. Bandung:


Penerbit PT Remaja Rosdakarya.

____________. 1994. Sunan Maulana Malik Ibrahim. Bandung: Penerbit PT Remaja


Rosdakarya.

Baidlowi Syamsuri. 1995. Kisah Wali Songo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa.
Bandung: Penerbit APOLLO.

Denys Lombard. 2005. Nusa Jawa: Silang Budaya (Bahagian 2: Jaringan Asia).
Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.

Hasanu Simon. 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam
Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

K.H Saifuddin Zuhri. 1979. Sejarah Kebangkitan Islam dan Perkembangannya di


Indonesia. Bandung: al-Maarif Bandung.

Koentjaraningrat. 1971. Manusia dan Kebudayaan di Indonesia. Jakarta Penerbit


Djambatan.

Mahayudin Haji Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto. 1992. Sejarah Nasional


Indonesia III. Jakarta: Balai Pustaka.

17
Purwadi dan M.Hum. 2004. Dakwah Sunan Kalijaga: Penyebaran Agama Islam di
Jawa Berbasis Kultural. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

R. Soekmono. 1973. Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia. Indonesia:


Penerbitan Yayasan Kanisius.

Ridin Sofwan. H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo


Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka
Pelajar.

Solichin Salam. 1960. Sekitar Wali Sanga. Jogjakarta: Menara Kudus.

Widji Saksono. 1995. Mengislamkan Tanah Jawa: Telaah Atas Metode Dakwah
Walisongo. Bandung: Penerbit Mizan.

18