Pemuliharaan Warisan Muzik Joget di Melaka Melalui Program Latihan Seni Budaya Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA

)

Oleh: Azhar Abdul Latiff1 M.A (Malay Studies) UM, B.Eng (Electrical-Electronic) UTM Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)

1.0 Pengenalan
Melaka merupakan sebuah negeri berbudaya yang kaya dengan seni persembahan seperti Dondang Sayang, Joget, Dabus, Nazam dan Rebana Keras. Muzik joget dan permainan Joget Lambak merupakan sebahagian daripada kesenian popular di negeri Melaka yang sering di mainkan di persembahan-persembahan pentas dan majlis-majlis sosial. Kini kesenian ini semakin dilupakan masyarakat Melaka dan menghadapi ancaman kepupusan. Menyedari hal ini Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) yang ditubuhkan sejak tahun 2001 telah memainkan peranan yang aktif mengatur program-program yang bertujuan memelihara dan memulihara kesenian tradisional khususnya permainan joget. Antara langkah yang diambil bagi tujuan ini ialah mewujudkan program latihan seni budaya untuk generasi muda di negeri Melaka. Selain daripada mewujudkan program latihan, ISMMA turut memainkan peranan mendokumentasi lagu-lagu joget melalui kaedah notasi. Melalui kaedah ini lagu-lagu joget digubah semula dalam bentuk skor muzik orkestra dan dipersembahkan di persembahanpersembahan pentas serta konsert ISMMA.

2.0 Latar Belakang Permainan Joget di Melaka

Menurut Tan Sooi Beng (2004 :82), teks Melayu iaitu Hikayat Hang Tuah yang bertarikh di antara kurun ke 17 ataupun 18 masihi ada menyebut tentang nyanyian pantun yang diiringi dengan alat-alat muzik seperti rebana, gong dan kecapi. Ensambel muzik ini memiliki

1

Penulis adalah jurulatih muzik di Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) dari tahun 2002-2008

1

persamaan dengan ensambel Ronggeng Asli2 yang menggunakan violin ( menggantikan kecapi) untuk memainkan melodi. Pengunaan violin dan arkodian bersama-sama dengan tambur (frame drum) menjadi kebiasaan dalam ensambel muzik Sepanyol dan Portugis, telah menguatkan pendapat bahawa ensambel Ronggeng terbentuk selepas pendudukan Portugis di Melaka.

Dari segi sejarah tarian joget pula, Anis Md Nor (2004 :46) telah menyatakan bahawa tarian joget dipercayai pertama kali dipersembahkan oleh orang Melayu di Melaka semasa zaman penjajahan Portugis. Ini kerana Joget di anggap sebagai tarian Branyo Portugis versi Melayu kerana persamaan yang wujud dalam struktur persembahan kedua-dua tarian berkenaan. Selain itu ada juga pendapat yang menyatakan bahawa joget ialah tarian baru yang dikoreograf pada kurun ke 16 semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka menerusi proses sinkretik tarian lama yang dikenali sebagai Tandak.

Walau daripada mana pun asal usul permainan Joget, dari segi struktur persembahan dan muziknya, muzik Joget jelas menunjukan terhasil daripada pertembungan elemen budaya Melayu dan Barat bersama-sama dengan India, Timur Tengah dan Cina.

Di Melaka, permainan Joget sering dimainkan di majlis-masjlis sosial seperti majlis perkahwinan bersama-sama dengan Dondang Sayang. Ensambel muziknya terdiri daripada 2 penyanyi/pemantun, 1 pemain violin, 1 pemain accordion, rebana, tambur dan gong.

3.0 Pemuliharaan Muzik Joget di Institut Seni Malaysia Melaka3

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971)4 Malaysia telah menggariskan tiga prinsip dalam menetapkan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan kebudayaan negara iaitu:
2 3

Lagu-lagu Ronggeng boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu asli, inang dan joget. Analisis dibuat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penulis sebagai Jurulatih Seni Budaya ISMMA

4

Dirujuk daripada http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=DasarNegara

2

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaanpersamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan - Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketigatiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

ISMMA5 pada awalnya ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nama Akademi Seni Melaka (ASM) pada tahun 1994. Aktiviti yang dijalankan pada masa itu ialah
5

Untuk lebih lanjut sila rujuk laman web: ismma.melaka.org.my

3

mengurus tadbir Kumpulan Kebudayaan Briged Seni dan menjalankan kursus kemahiran seni jangka pendek. Bermula 1996 ASM telah menjalankan program Diploma dalam bidang seni. Pada tahun 1997 nama ASM ditukar kepada Institut Teknologi Seni Malaysia (ITTSM) dan insitusi ini berperanan mengembangkan program Diploma yang menjurus ke arah teknologi seni. Bagi merealisasikan pembangunan yang seimbang nama ITTSM telah ditukar kepada Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) pada tahun 2001 dengan harapan dapat melahirkan warga seni Melaka yang mempunyai jati diri dalam pelbagai bidang yang diamalkan dengan penuh disiplin dan kesopanan. Bermula pada tahun 2001 ISMMA yang di pengerusikan oleh Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar telah mula memperluaskan aktiviti-aktiviti seni budaya yang dijalan meliputi, 1) persembahan, 2) latihan amali, 3) bengkel, 4) seminar, dan 5) penerbitan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Berpandukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971), ISMMA telah mengenalpasti beberapa kesenian tradisional negeri Melaka yang perlu dipelihara serta dipulihara dan salah satu daripadanya ialah permainan Joget. Semenjak ditubuhkan, ISMMA telah memainkan peranan yang aktif dalam memastikan permainan Joget ini tidak dilupakan melalui proses-proses yang melibatkan individu-individu dan kumpulan-kumpulan tertentu seperti 1) karyawan tamu, 2) jurulatih seni budaya, dan 3)pelajar-pelajar didikan ISMMA.( seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1)

Bagi memastikan kesenian Joget di Melaka tidak dilupakan, ISMMA telah melantik beberapa karyawan tamu yang terdiri daripada pengiat Dondang Sayang, muzik asli dan permainan Joget di negeri Melaka. Antara tokoh budayawan yang telah diangkat ISMMA sebagai karyawan tamu ialah En. Baharim Sharif 6 yang lebih dikenali sebagai Pak Baharim dan En. Mohammad Moh7 (Pak Mat Tabla)

Sebagai karyawan tamu, Pak Baharim sering dijadikan rujukkan oleh para jurulatih seni budaya di ISMMA di dalam mempelajari seni budaya tradisional negeri Melaka khususnya Dondang Sayang dan Joget. Selain daripada menjadi pakar rujuk, Pak Baharim turut menjadi jurulatih violin dan gendang untuk program latihan seni budaya ISMMA.

Pengalaman dan ilmu Pak Baharim di dalam permainan Joget telah dimanfaatkan oleh jurulatih ISMMA khususnya jurulatih muzik. Melalui tunjuk ajar yang diberikan oleh Pak Baharim, jurulatih ISMMA telah menyampaikan ilmu beliau kepada para pelajar program seni budaya ISMMA melalui latihan yang tersusun menggunakan nota muzik. Sejak penubuhannya ISMMA telah mengambil beberapa jurulatih muzik daripada dalam dan luar negara iaitu:
En. Baharim Sharif, Juara Dondang Sayang Kebangsaan 1985. Beliau telah menjadi karyawan tamu ISMMA semenjak tahun 2001. En. Mohammad Moh , seorang pemuzik yang pakar dalam permainan alat perkusi melayu dan tabla. Berpengalam dalam kumpulan Ghazal dan muzik asli Melayu.
7 6

4

1) Jurulatih biola - Rita Dewi (Banda Aceh), Yade Suraya (STSI Padang Panjang), Azhar, Izmer, Baharim Sharif dan Faizal Awang, dan 2) jurulatih orkestra dan gendang – Drs Andranova (STSI Padang Panjang), Muhammad Takari, Fadlin Djafar (Universitas Sumatera Utara), Zaini Abas, Mohammad Moh, Drs. Yoesbar Djailani (UiTM) dan En. Mat Sidek.

Gubahan lagu-lagu joget oleh jurulatih-jurulatih ISMMA telah diperindah lagi dengan gabungan komponen tarian yang dikoreograf oleh jurulatih-jurulatih ISMMA yang berpengalaman dan pakar dalam bidang tarian iaitu Rezal (Lhoksumawe Aceh), Dr. Nefi Imran (Universitas Negeri Padang), Tuan Haji Mohd Yasin dan Puan Noriah Ahmad. Dengan adanya jurulatih-jurulatih yang berpengalaman, ISMMA telah mewujudkan program latihan seni budaya dengan mengambil para pelajar terpilih daripada sekolahsekolah Menengah dan sekolah-sekolah Rendah di sekitar negeri Melaka. Pemilihan para pelajar dibuat oleh pihak sekolah yang terlibat dan untuk menjayakan program ini ISMMA telah mewujudkan kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan pihak sekolah. Latihan seni budaya yang diberikan oleh ISMMA terbahagi kepada beberapa siri latihan dan modul. Bermula dengan latihan asas dan disusuli dengan latihan lanjutan program latihan ini tidak terhad kepada kepada pembelajaran dalam kelas sahaja. Selain daripada menghadiri kelas muzik dan tarian, pelajar-pelajar ISMMA juga telah didedahkan dengan persembahan pentas, konsert, seminar-seminar seni budaya dan lawatan (dalam dan luar negara). Melalui program-program ini para pelajar ISMMA akan mendapat pendedahan luas dalam bidang seni budaya khususnya permainan joget yang terdapat di rantau nusantara. Dua langkah yang dilaksanakan oleh ISMMA bagi memastikan warisan budaya seperti permainan Joget terus kekal iaitu 1) mengaplikasikan Kerangka Model Latihan Seni Budaya dan 2) notasi lagu-lagu Joget.

3.1 Kerangka Model Latihan Seni Budaya

Menyedari kepentingan untuk mempertahankan kebudayaan tradisional tempatan seperti permainan Joget, ISMMA telah memainkan peranan dalam melatih generasi muda mempelajari permainan joget melalui program latihan yang dirangka khas. Program Latihan Seni Budaya ISMMA disusun secara kemas dan tersusun melibatkan aktiviti-aktiviti seperti latihan asas, latihan mingguan, latihan lanjutan, persembahan pentas, ujian penilaian dan konsert seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

5

Pengambilan para pelajar ISMMA bermula pada awal tahun penggal persekolahan iaitu bulan Januari dan program latihannya akan berlangsung selama setahun. Para pelajar sekolah di sekitar negeri Melaka akan dipilih oleh pihak sekolah untuk menyertai program Latihan Seni Budaya ISMMA dan mereka dikelaskan mengikut jenis kelas yang akan diikuti samaada 1) violin, 2) tarian, 3) gendang dan rebana dan 4) vokal. Pemilihan ini dibuat berdasarkan minat dan bakat yang ada pada para pelajar dan pelajar yang dipilih tidak semestinya memiliki latar belakang muzik mahupun tarian.

Para pelajar yang terpilih akan menghadiri latihan asas yang diadakan secara berpusat di Perkampungan Seni Budaya Muara Sungai Duyung. Latihan asas ini akan diadakan pada hujung minggu selama tiga hari bermula hari Jumaat dan berakhir pada hari Ahad. Dalam latihan asas ini , para pelajar akan didedahkan tentang asas muzik serta alat muzik yang dimainkan. Selain itu para pelajar juga akan diberi pengenalan mengenai kesenian tradisional negeri Melaka seperti Dondang Sayang dan permainan Joget.

Setelah tamat latihan asas, para pelajar akan diberi latihan mingguan yang diadakan setiap minggu di sekolah-sekolah. Jurulatih-jurulatih ISMMA akan ke sekolah-sekolah yang terlibat untuk melatih para pelajar yang telah menghadiri latihan asas di Perkampungan Seni Budaya Muara Sungai Duyung. Melalui cara ini kemahiran para pelajar menguasai lapangan seni budaya yang dipilih samaada muzik, tarian, gendang mahupun vokal akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Pada setiap cuti penggal persekolahan pula para pelajar akan dijemput untuk menghadiri siri latihan lanjutan di Perkampungan Seni Budaya Muara Sungai Duyung. Latihan ini akan diadakan selama 3 – 7 hari dan bersifat intensif. Para pelajar akan disediakan jadual latihan yang dibimbing oleh para jurulatih ISMMA mengikut jadual latihan yang padat. Diakhir latihan, para pelajar akan diberi ujian penilaian dan diharuskan membuat persembahan samaada secara solo mahu pun berkumpulan.

Sepanjang program latihan mingguan dan latihan lanjutan berlangsung, para pelajar ISMMA akan dilibatkan dengan program-program berbentuk seminar, persidangan seni budaya dan persembahan pentas. Selain itu para pelajar yang terpilih akan berpeluang mengikuti persembahan ISMMA di dalam dan luar negara khususnya di sekitar rantau nusantara. Permainan muzik Joget tidak pernah ketinggalan mengisi acara persembahan sepanjang ISMMA mengadakan persembahan di dalam dan luar negara.

Kemuncak kepada program latihan seni budaya ISMMA ialah Konsert Orkestra ISMMA. Konsert ini akan menggabungkan kesemua elemen kesenian tradisional negeri Melaka termasuk permainan Joget. Antara tetamu yang diundang untuk menghadiri konsert berkenaan ialah para pemimpin negeri Melaka seperti Tuan Yang Terutama Negeri Melaka,
6

Ketua Menteri, EXCO kerajaan dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan. Turut diundang ialah para ibubapa dan guru-guru yang banyak memberi sokongan sepanjang program dijalankan.

Para pelajar yang berjaya mengikuti keseluruhan program ISMMA akan diberi sijil pengiktirafan yang mengiktiraf para pelajar sebagai seniman muda.

3.2 Notasi Lagu-lagu Joget di Melaka

Selain daripada menerapkan latihan permainan Joget di dalam program latihan seni budaya, ISMMA turut memainkan peranan aktif dalam mendokumentasi lagu-lagu Joget di Melaka melalui proses notasi (Rajah 2). Antara lagu-lagu yang telah dijadikan skor ialah lagu-lagu seperti Serampang Laut, Joget Melaka, Joget Jambu Merah dan Dondang Sayang Joget.

Untuk tujuan ini, jurulatih ISMMA khususnya dalam bidang muzik akan mendapatkan informasi mengenai lagu-lagu Joget tradisional negeri Melaka daripada Karyawan Tamu ISMMA seperti Pak Baharim dan Pak Mat Tabla. Lagu-lagu yang dimainkan secara live oleh Pak Baharim dan Pak Mat Tabla akan dirakam dalam bentuk audio mahu pun video.

Daripada rakaman berkenaan, jurulatih ISMMA akan menggubah semula lagu –lagu joget dalam bentuk samaada gubahan orkestra mahu pun gubahan pancaragam tradisional dengan menggunaakan aplikasi MIDI8 dan notasi berkomputer. Antara perisian yang digunakan untuk proses ini ialah Cakewalk, Cubase, Encore dan Finale. Alatan yang digunakan untuk proses ini ialah komputer, keyboard/midi controller dan digital audio interface.

Hasil gubahan ialah skor muzik yang akan digunakan untuk program latihan seni budaya ISMMA. Gubahan yang dibuat mengambil kira 1) keupayaan tahap pelajar ISMMA, 2) kesesuaian rentak masa kini, dan 3) keaslian lagu yang digubah.

8

MIDI : Music Instrument Digital Interface (Antaramuka digital alat muzik).

7

4.0 Penutup

Dalam era globalisasi ini ISMMA secara tidak langsung memainkan peranannya dalam mempertahankan kesenian negeri Melaka seperti permainan Joget daripada dilupakan masyarakat. Dengan pendekatan Social Engineering melalui program latihan seni budaya untuk generasi muda, ISMMA telah pun melahirkan generasi muda yang menghayati seni budaya sendiri. Diharap generasi muda ini mampu mempertahankan kesenian-kesenian tradisional negeri Melaka seperti Dondang Sayang, Joget, Nazam, Dabus mahupun Rebana Keras daripada dilupakan pada masa akan datang.

Usaha ISMMA mendokumentasi lagu-lagu Joget dalam bentuk rakaman audio, video dan skor adalah sebagai satu langkah permulaan untuk memastikan warisan muzik joget di Melaka tidak hilang. Langkah ini harus diteruskan dengan lebih giat dan harus diperkemaskan lagi menggunakan pendekatan-pendekatan baru yang lebih berkesan dan lebih relevan.

Di akhir kertas kerja ini, penulis ingin membuat beberapa saranan bagi menyokong dan memperkembangkan usaha-usaha ISMMA dalam memelihara warisan muzik Joget di Melaka dan Nusantara iaitu:

1. Program Latihan Seni Budaya ISMMA harus diperkembangkan ke peringkat antarabangsa khususnya rantau nusantara melibatkan kerjasama luar, latihan bersama, pertukaran ilmu dan kajian bersama. 2. Mendapatkan sokongan bukan sahaja daripada pihak kerajaan , malah pihak swasta. 3. Penggiat seni khususnya kesenian tradisional harus mencari kaedah-kaedah baru mempopularkan kesenian tradisional seperti joget sebagai contoh menggunakan pendekatan digital dan ICT.

5.0 Rujukan
1. Anis Md Nor, 2004. “Malay Folk and Social Dances”, The Encyclopedia Of Malaysia, Archipelago Press, Singapore. 2. Dasar Kebudayaan Kebangsaan, 1971. Laman web Kementerian Penerangan Malaysia: http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=DasarNegara 3. Tan Sooi Beng, 2004. “Social Popular Music”, The Encyclopedia Of Malaysia, Archipelago Press, Singapore.
8

9

10

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful