You are on page 1of 39

AMALAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6 SEKOLAH RENDAH ZON TENGAH

1.0 Abstrak Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik untuk menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi dan memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata pelajaran ini bercorak amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri eletronik yang pesat berkembang di negara ini. Secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran kepada murid-murid agar peka terhadap perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan untuk melahirkan masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru berasaskan kepada sains dan teknologi. Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup yang bercorak kerja praktis dan amali, membolehkan murid-murid menggunakan alat tangan untuk membuat perkakas yang mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin mudah serta boleh merekacipta. Penguasaan kemahiran ini dapat membantu murid-murid mengatasi masalah dalam kehidupan harian yang banyak bergantung kepada kemajuan teknologi. Dengan penggunaan alatan tangan, satu aspek yang perlu diutamakan iaitu aspek keselamatan. Mengutamakan keselamatan semasa berada di bengkel ataupun semasa melakukan kerja perlu menjadi amalan bukan sahaja kepada murid Tahun 6 malah kepada sesiapa sahaja yang menggunakan bengkel Kemahiran Hidup.

1.2 Latar belakang masalah Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi

membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Hal ini akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada aspek keselamatannya. Untuk memastikan sekolah adalah institusi yang selamat bagi murid-murid menimba ilmu dan kemahiran, satu kajian mestilah dilakukan untuk mengetahui amalan pelajar dalam mengamalkan keselamatan di bengkel. Di samping itu, pihak Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah mestilah sentiasa mengemas kini kelemahan dalam pelaksanaan amalan keselamatan yang sedia ada. Kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1993), mendapati semua bengkel bengkel Kemahiran Hidup di sekolah rendah menggunakan pelbagai jenis alat-alat tangan dan mesin. Kemalangan yang melibatkan penggunaan alatan serta mesin akan dapat dicegah jika tahap amalan murid terhadap amalan keselamatan bengkel adalah pada tahap maksimum dan alatan diselenggara dengan sempurna dari masa ke semasa. Sejak kecil lagi kita telah diingatkan supaya menjaga keselamatan diri, orang lain dan objek yang berada di persekitaran kita. Pendidikan yang diterima dari kecil ini menimbulkan kesan yang mendalam dalam jiwa kita. Dengan itu, adakah kita sedar di manakah tahap pengetahuan murid-murid terhadap amalan keselamatan di dalam bengkel Kemahiran Hidup.

1.3 Pernyataan masalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan mahu melahirkan murid yang mahir dan memenuhi dari aspek jasmani, efektif, rohani, intelektual dan sosial. Generasi yang bakal memenuhi kehendak falsafah ini mampu mengubah masa hadapan ke arah negara yang lebih maju di masa akan datang. Berdasarkan latar belakang masalah di atas, kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti di manakah tahap pengetahuan dan amalan keselamatan bengkel yang diamalkan di kalangan murid tahun 6 di Sekolah Rendah Zon Tengah. Fokus kajian ini adalah bagi memastikan tahap amalan murid tahun 6 di Sekolah Rendah Zon Tengah berada pada aras yang sepatutnya ada pada umur 12 tahun. Kajian ini merangkumi tahap pengetahuan murid terhadap peraturan di dalam bengkel, kepatuhan murid terhadap peraturan di dalam bengkel, pelaksanaan penyelenggaraan peralatan di dalam bengkel sekolah dan aspek keselamatan yang perlu ada di dalam bengkel. Melalui kajian ini, dapatlah dilihat bagaimana tahap pengetahuan murid terhadap amalan keselamatan bengkel yang sudah diterapkan dalam kalangan murid Tahun 6 di Sekolah Rendah Zon Tengah.

iv. penyelenggaraan alatan dan ciri-ciri keselamatan bengkel yang perlu dipandang serius terutama di dalam bengkel.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah bagi melihat sejauh manakah tahap pengetahuan murid terhadap amalan keseamatan di dalam bengkel termasuklah peraturan. Mengetahui peraturan-peraturan yang telah digariskan di dalam bengkel kemahiran hidup. . amalan keselamatan. Mengutamakan amalan keselamatan yang telah diabaikan semasa berada di dalam bengkel. Menyedari kepentingan amalan keselamatan di dalam bengkel. terutama iii. vi. Segala amalan dan peraturan hendaklah diamal dan diketahui oleh seluruh murid tahun 6 supaya kemalangan dapat dielakkan terutama dalam mengendalikan alatan yang digunakan. Menyedari pentingnya kepatuhan terhadap peraturan dan arahan guru semasa di dalam bengkel. Melaksanakan penyelenggaraan peralatan bengkel semasa dan selepas digunakan. Objektif kajian ini adalah untuk : i. ii. Mengamalkan aspek keselamatan di dalam dan di luar bengkel semasa proses pembelajaran berlangsung. vii. Memastikan murid mengetahui dengan jelas aspek keselamatan di dalam bengkel kemahiran hidup sekolah.1. v.

iv. Pengetahuan murid terhadap peraturan dan keselamatan di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Bagaimanakah tahap pengetahuan murid terhadap pelaksanaan penyelenggaraan peralatan bengkel setelah digunakan. Dimanakah tahap kepatuhan murid terhadap peraturan dan arahan guru semasa di dalam bengkel. Apakah ciri-ciri amalan keselamatan yang diabaikan di dalam bengkel. . iii.1.5 Persoalan Kajian Asas kepada kajian ini adalah bertujuan bagi mengetahui segala aspek yang ingin dikaji antaranya adalah : i. Apakah Tahap amalan keselamatan murid terhadap peraturan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup. v. ii.

1. Membantu murid-murid mengenalpasti aspek keselamatan yang diabaikan oleh guru di dalam bengkel. Kajian ini juga diharapkan mampu membuka minda para guru dan murid-murid tentang pentingnya amalan keselamatan bengkel sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. ii. Diharapkan kajian ini diharapkan dapat : i. Mengenalpasti tahap kepatuhan murid di dalam bengkel. Melalui kajian ini juga. v. Menerapkan amalan-amalan yang boleh dilakukan di dalam bengkel dan di luar bengkel. murid-murid juga akan lebih menyedari berkenaan rutin yang perlu dilaksanakan serta yang tidak boleh dilakukan di dalam bengkel kemahiran hidup. iii. iv.6 Kepentingan kajian Kajian ini dilaksanakan agar dapat melihat sejauh manakah tahap penguasaan dan amalan murid terhadap aspek keselamatan bengkel di sekolah rendah khususnya tahun 6. Guru-guru juga dapat mengenalpasti tahap pengetahuan amalan keselamatan murid tanpa mereka sedari melalui kajian ini. Menyedari kepentingan amalan keselamatan semasa berada di dalam bengkel. Amalan keselamatan bengkel seharusnya berada di tahap teratas supaya bilangan kes kemalangan dapat diminimumkan dari masa ke semasa. vi. Meningkatkan pengetahuan murid secara teori berkenaan kepentingan peraturan yang digariskan di dalam bengkel kemahiran hidup. Mengetahui dengan lebih jelas kepentingan tahap amalan keselamatan murid semasa proses pembelajaran berlangsung. Peningkatan umur murid juga menjadi tunjang kepada kepentingan kajian ini oleh kerana murid sudah boleh berfikir secara kritis dalam mengendalikan alatan dan membezakan perkara yang merbahaya ataupun tidak. vii. Mengetahui penguasaan murid dalam aspek pelaksanaan penyelenggaraan peralatan bengkel. .

Dari pembacaan. Tuntasnya. wajarlah langkah-langkah keselamatan perlu diutamakan dan diberi perhatian. tahap pengetahuan murid terhadap amalan keselamatan. didapati para pelajar sering kali melakukan kesalahan semasa menjalankan amali. budaya kerja murid dan penyelengagaraan alatan di dalam bengkel perlu dilihat terlebih dahulu supaya penambahbaikan dalam pengajaran dapat dilakukan supaya kemalangan di dalam bengekel boleh dielakkan di samping memantapkan lagi ilmu pedagogi murid terhadap keselamatan bengkel. Oleh itu. Ini kerana banyak kes kemalangan yang dilaporkan berlaku semasa kerja-kerja amali dijalankan. Selain itu pelajar juga sering dilaporkan mendapat kemalangan apabila mengendalikan alatan dan bahan.1 Pengenalan Mata pelajaran kemahiran hidup yang dilaksanakan di sekolah menengah dan rendah di seluruh negara kebanyakkannya menjalankan kerja amali di bengkel. Sikap kurang peka pelajar terhadap peraturan bengkel juga merupakan faktor pertama yang mendorong berlakunya kemalangan di bengkel kemahiran hidup.0 KAJIAN LITERATURE 2. Amalan keselamatan perlu diamalkan oleh pelajar kerana kawasan bengkel merupakan kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kemalangan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengeluarkan buku Panduan Pengurusan dan Peraturan Makmal Sekolah (1997). Justeru itu. peraturan bengkel.2. .

Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 20 orang responden. kemahiran dan pengamalan berkaitan dengan keselamatan bengkel. peratusan dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) versi 13.0. Beberapa cadangan diberi untuk meningkatkan mutu keselamatan di kalangan pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali di masa akan datang. . Johor. Dapatan kajian menunjukkan pelajar dapat mengamalkan dengan baik langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel. Soal selidik digunakan sebagai instrument kajian yang diedarkan kepada 98 orang pelajar. Analisis kajian dibuat berdasarkan kekerapan.737. Tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan.2. Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.2 Kajian lepas Kajian yang dilaksanakan adalah sejajar dengan kajian yang telah dilakukan oleh Khairul Azhan Bin Mohd Zulpakar yang mengkaji berkenaan amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 3 aliran kemahiran hidup semasa melakukan kerja-kerja amali di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti. Instrumen kajian yang digunakan oleh beliau adalah melaui soal selidik.

.2 Lokasi Kajian Kajian ini dijalankan di kalangan murid tahun 6 sekolah Zon Tengah iaitu di Banting dan Sungai Pelek. soal selidik juga dapat menjamin kerahsiaan responden dan mampu memberi hasil yang memuaskan. Selangor. Kaedah soal selidik dapat mengumpul data dengan lebih tepat di samping dapat memilih skala yang dianggap lebih tepat. Sekolah ini dipilih berdasarkan kemudahan bengkel yang dilihat memuaskan dari segi kemudahan alatan dan persekitaran bengkel yang baik. Izham (2000). Selain itu.0 METADOLOGI KAJIAN 3. Secara tidak langsung. ia mampu memberi kesan kepada dapatan kajian di mana murid lebih ditekankan terhadap aspek keselamatan berdasarkan kemudahan yang lebih lengkap berbanding bengkel di sekolah lain.3. borang soal selidik telah digunakan bagi mengenalpasti di manakah tahap amalan keselamatan murid terhadap beberapa aspek. 3.1 Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini. Antara kelebihan borang soal selidik ialah responden boleh mengambil masa yang sesuai untuk menjawab soal selidik yang diterima dan ini akan memberikan maklumat dan tindak balas yang lebih baik. menyatakan bahawa „banyak penyelidikan boleh dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden.

Sepang. Hal ini bertujuan dapat memastikan tahap pengetahuan murid tahun 6 terhadap amalan keselamatan bengkel adalah baik dan diketahui di kalangan murid-murid tahun 6. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui amalan keselamatan bengkel di kalangan murid Tahun 6 selama mereka berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Selangor. Selangor. Jadi. . Pemilihan murid Tahun 6 dalam kajian ini adalah bertujuan mereka sentiasa berwaspada dan mengamalkan amalan keselamatan bengkel dengan baik sebelum menempuh kea lam persekolah yang lebih tinggi pada masa akan datang. Antara murid-murid yang terlibat dalam kajian ini adalah : 1. Selain itu. 45 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Olak Lempit.3 Sampelan dan populasi Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan am di kalangan murid-murid tahun 6 terhadap amalan aspek keselamatan semasa berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup di sekolah rendah Zon Tengah khususnya. 15 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong.3. 2. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam aspek amalan keselamatan bengkel di kalangan murid-murid tahun 6 di sekolah zon tengah. Kajian soal selidik ini melibatkan 60 orang murid Tahun 6 di mana latar belakang mereka tidak kurang bezanya iaitu dari kalangan murid yang tinggal di kampung sahaja. Pengalaman selama 2 tahun lebih iaitu pada tahun 4 dan 5 dapat diukur dalam kajian ini agar saya dapat melihat sejauh mana tahap pengetahuan dan amalan keselamatan di dalam bengkel Kemahiran Hidup di sekolah mereka. Banting. dapat dilihat juga keberkesanan proses penyampaian ilmu guru kepada murid-murid mereka terhadap kefahaman amalan keselamatan bengkel di sekolah zon tengah ini. latar pekerjaan penjaga atau ibu bapa responden beserta jantina responden yang banyak mempengaruhi kepada aspek yang diukur dalam kajian kali ini.

Responden hanya perlu menanda satu sahaja mengikut lima cadangan jawapan yang disediakan. Bahagian A : Soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat peribadi responden. Jacobs dan Razavieh. tidak setuju atau sangat tidak setuju terhadap setiap kenyataan yang mengukur penilaian.4 Instrumen Kajian Kajian ini telah menggunakan 2 set borang soal selidik iaitu bahagian A dan Bahagian B. Penggunaan borang kaji selidik adalah bertujuan bagi menjamin mutu kajian agar ianya lebih tepat dan mudah diukur. bangsa. Dalam kajian ini. Item-item yang terdapat di dalam bahagian ini adalah seperti jantina. 1985) telah mencadangkan penggunaaan satu set senarai kenyataan berbentuk positif dan negatif berhubung dengan sikap individu terhadap sesuatu institusi. nama sekolah. Segala soalan dan instrumen yang dibina adalah dikenalpasti bersesuaian dan diubah agar dapat memudahkan responden memahami apa yang ingin dinilai. menggunakan skala Likert lima mata. tidak pasti. umur. isu atau aktiviti. Antara skala yang diberikan seperti di bawah: 1 2 3 4 5 Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju . kekerapan menggunakan bengkel dan saiz bengkel sekolah.3. Bahagian B: Pada bahagian ini. Soal selidik lebih praktikal dan lebih berkesan kerana ianya bersesuaian untuk mengukur saiz populasi yang besar dan ukuran anggaran statistik akan lebih bertepatan dengan peratus yang dikehendaki. setuju. Likert dalam (Ary. Responden akan menunjukkan sama ada mereka sangat setuju.

BAB 4 : ANALISIS DATA 4. pendapatan sebulan ibu dan bapa. alamat. taraf pendidikan ibu dan bapa. . pekerjaan ibu dan bapa.1 Bahagian A 4. aspek yang telah dianalisis daripada responden adalah dari aspek umur. Kesemua aspek yang terdapat dalam borang A ini memberi kesan kepada hasil kajian yang telah dijalankan. kaedah pembelajaran Kemahiran Hidup. dan kekerapan menggunakan bengkel dalam seminggu.1 Demografi Responden Dalam bahagian A.1.

1.3 Carta bar di bawah menunjukkan takat peratus pekerjaan penjaga responden mengikut jenis pekerjaan yang dikaji.3 Pekerjaan bapa Jadual 4.1.4. Peratus pekerjaan penjaga responden 60 Peratus (%) 40 Penjawat swasta 20 0 Bapa (%) Ibu (%) Bapa (%) 48 22 30 Ibu (%) 58 28 14 Penjawat awam Bekerja sendiri Bekerja sendiri Penjawat awam Penjawat swasta .3 menunjukkan bilangan jenis pekerjaan penjaga iaitu ibu dan bapa responden. Pekerjaan Bekerja sendiri Penjawat Awam Penjawat Swasta Bapa 29 13 18 Ibu 35 17 8 Jadual 4.

4.7 Diploma 16.4 Phd 3.4 menunjukkan bilangan dari aspek taraf pendidikan penjaga responden iaitu ibu dan bapa.4 Taraf pendidikan penjaga responden Jadual 4.7 11. Taraf pendidikan Bapa Ibu 40 51 SPM Sijil kemahiran 4 0 10 7 3 2 2 Diploma Ijazah Phd Jadual 4.1. Peratus pekerjaan penjaga responden (%) 100 80 Peratus (%) 60 40 20 0 Bapa Ibu Bapa SPM 66.7 Ijazah 3 3.7 85 Sijil Kemahiran 6.1.4 Ibu .1.4 Carta bar di bawah menunjukkan peratus (%) pekerjaan penjaga responden iaitu ibu dan bapa.

5 Carta pai di bawah menunjukkan peratus pendapatan penjaga responden mengikut aras pendapatan yang ditetapkan. Peratus (%) pendapatan penjaga responden 7% 3% 28% RM 500 .4.RM 1000 25% RM 1000 .RM 2000 RM 2000 – RM 3000 RM 3000 – RM 4000 RM 4000 ke atas 37% .5 Pendapatan Ibu Bapa sebulan Pendapatan ibu dan bapa responden diambil dari RM 500 sehingga RM 4000 ke atas dalam 5 peringkat. Pendapatan RM 500 – RM 1000 RM 1000 – RM 2000 RM 2000 – RM 3000 RM 3000 – RM 4000 RM 4000 ke atas Bilangan 17 22 15 4 2 Jadual 4. Jadual di bawah menunjukkan bilangan sebenar pendapatan penjaga responden.1.1.

1.1. Berdasarkan jadual di bawah ternyata ketiga-ketiga kaedah yang lazim digunakan oleh guru di sekolah telah dilaksanakan ke atas responden.4.6 Carta bar di bawah menunjukkan peratus bagi kaedah yang digunakan guru ke atas responden dalam pembelajaran kemahiran hidup.6 menunjukkan bilangan sebenar kaedah yang telah dipilih oleh responden berdasarkan pengajaran yang pernah dilalui oleh responden sendiri.6 Kaedah pembelajaran kemahiran hidup Jadual 4.1. Kaedah Amali/Projek Teori Lawatan Demonstrasi Bilangan 60 60 60 Jadual 4. 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 Amali / Projek Teori Lawatan Demonstrasi Peratus (%) Kaedah .

7 Kekerapan menggunakan bengkel Kemahiran Hidup dalam seminggu.1.3 40 50 3 kali 5 60 70 80 4 kali dan keatas 3.4.1.7 Carta bar di bawah menunjukkan peratus (%) kekerapan murid menggunakan bengkel dalam seminggu.4 .3 10 20 30 2 kali 13. Kekerapan menggunakan bengkel Bilangan responden 1 kali 2 kali seminggu 3 kali seminggu 4 kali ke atas seminggu 47 8 3 2 Jadual 4. Jadual di bawh menunjukkan bilangan sebenar bagi kekerapan responden menggunakan bengkel Kemahiran Hidup dalam seminggu. 4 kali dan keatas 3 kali 2 kali 1 kali 0 Peratus 1 kali 78.

2 Soal Selidik Dalam menganalisis soal selidik.2 Bahagian B 4. sederhana dan tinggi. Markah Min 1.4.00 – 2.3. Setiap persoalan terdiri daripada item yang telah dibina oleh penyelidik dan responden perlu menanda satu pilihan untuk setiap satu item.66 Sederhana 3. Terdapat tiga aras yang dapat diketahui antaranya aras rendah.00 Tinggi . Data ini telah dimasukkan dalam software SPSS bagi mendapatkan min untuk mengetahui aras kesediaan.67 – 5.34 .33 Aras Rendah 2. Lima objektif kajian perlu dianalisis data supaya penyelidik dapat mengukur sama ada objektif tercapai ataupun sebaliknya. terdapat lima objektif yang perlu dianalisis supaya kajian ini lebih jelas dan dapat diukur secara deskriptif.

.92 juga menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.1 menunjukkan soalan-soalan yang dikemukan kepada responden dan telah dianalisis melalui min yang telah dikira. Item seterusnya ialah guru membuat pemantauan terhadap murid tentang peraturan dan amalan keselamatan bengkel mendapat min 3.03 menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.2.95 juga menunjukkan aras kesediaan yang tinggi. item seterusnya ialah mengenai panel peralatan dilabel dengan betul mencatat min sebanyak 4. Bagi item pertama iaitu carta senarai peraturan dan amalan keselamatan bengel yang disediakan di dalam bengkel mencatat min sebanyak 4.2. Manakala item yang ketiga mencatat min sebanyak 4.1 Analisis tahap pengetahuan murid terhadap peraturan dan keselamatan di dalam bengkel Kemahiran Hidup Jadual 4.33 yang menunjukkan aras kesediaan tinggi. Item seterusnya yang dikemukakan ialah alat-alat tangan disusun dengan kemas di tempat yang ditetapkan mendapat min sebanyak 4.57 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.1 dan rajah 4.12 juga menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.40 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.4. Item kedua pula ialah berkaitan guru menerangkan peraturan dan amalan keselamatan bengkel semasa di dalam bengkel mencatat min sebanyak 4. Persoalan seterusnya yang ditanya ialah adakah organisasi yang dilantik menjalankan tugas masing-masing mencatat min sebanyak 4.2. Selain itu.13 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi juga iaitu berkaitan murid mematuhi peraturan dan amalan keselamatan semasa berada di dalam bengkel. Item terakhir yang ditanya untuk bahagian ini ialah murid-murid membuka tingkap setiap kali menggunakan bengkel Kemahiran Hidup mencatat min sebanyak 3.

33 Aras Tinggi 60 4.57 Tinggi 60 60 3.13 Tinggi 60 60 60 4. Adakah guru membuat pemantauan terhadap murid tentang peraturan dan amalan keselamatan bengkel? 7. Adakah murid-murid membuka tingkap setiap kali menggunakan bengkel Kemahiran Hidup? Valid N (listwise) Responden 60 Min 4.95 Tinggi . Adakah alat-alat tangan disusun dengan kemas di tempat yang telah ditetapkan? 8. Adakah organisasi bengkel yang dilantik menjalankan tugas masingmasing? 5.03 3.Item 1. Adakah panel peralatan dilabel dengan betul? 6.12 4.92 Tinggi Tinggi Tinggi 60 4.40 Tinggi 60 4. Adakah murid mematuhi peraturan dan amalan keselamatan semasa berada di dalam bengkel? 4. Adakah carta senarai peraturan dan amalan keselamatan bengkel disediakan di dalam bengkel? 2. Adakah guru menerangkan peraturan dan amalan keselamatan bengkel semasa berada di dalam bengkel? 3.

2.Jadual 4.1. : Taburan responden terhadap tahap pengetahuan murid terhadap peraturan dan keselamatan di dalam bengkel Kemahiran Hidup .

463 60 4.1 4 3.33 .12 .684 60 4. Tidak memakai perhiasan seperti jam tangan semasa mengendalikan mesin 11.681 .3 4. Pastikan mesin dan alatan berada dalam keadaan yang baik sebelum digunakan 12. Memakai pakaian yang sesuai untuk mengendalikan mesin dan peralatan 10. Mengendalikan peralatan dan mesin mengikut prosedur yang ditetapkan 60 4. Membaca arahan penggunaan mesin sebelum menggunakan sesuatu mesin 13.827 .Bahagian B 4.7 BAHAGIAN B (Sejauh manakah tahap amalan keselamatan murid terhadap peraturan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup) S9 S10 S11 S12 S13 S14 S15 S16 Carta 4.93 Std.8 3.936 Variance .32 .986 60 4.2.1 N 9.17 .4 4.9 3.2 4.676 .877 . Deviation .993 .457 60 Mean 3.

Bagi item seterusnya iaitu murid menguji mesin sebelum digunakan mencatat min sebanyak 4.2.794 60 4.14.13 . Seterusnya ialah murid mengendalikan peralatan dan mesin mengikut prosedur yang ditetapkan serta murid menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar masing-masing mencatat min yang sama iaitu 4.17 dan 4. Menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar peralatan tersebut 15. .2 menunjukkan nilai min bagi setiap item soalan tahap amalan keselamatan murid terhadap peraturan keselamatan bengkel. Pastikan suis ditutup selepas menggunakan mesin Valid N (listwise) 60 4.2 Analisis tahap amalan keselamatan murid terhadap peraturan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Jadual 4.2.2.891 .33 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.795 60 3. Menguji mesin sebelum digunakan 16.95 .32 menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.463 60 4.2 dan rajah 4.681 .892 .93 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi. Item terakhir yang diajukan untuk bahagian ini ialah murid memastikan suis peralatan ditutup selepas digunakan mencatat min sebanyak 3.33 . Bagi item soalan pertama iaitu murid memakai pakaian yang sesuai untuk mengendalikan mesin dan peralatan mencatat min sebanyak 3.95 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.12 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi. Bagi item soalan ketiga dan keempat iaitu memastikan mesin dan alatan berada dalam keadaan yang baik sebelum digunakan dan murid membaca arahan penggunaan mesin sebelum menggunakan sesuatu mesin masing-masing mencatat min sebanyak 4.13 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi. Bagi item soalan kedua iaitu murid tidak memakai perhiasan seperti jam tangan semasa mengendalikan mesin mencatat min sebanyak 4.

811 .95 .5 BAHAGIAN C (Sejauh manakah kepatuhan murid terhadap peraturan dan arahan guru semasa di dalam bengkel) S18 S19 S20 S21 S22 S23 S24 Descriptive Statistics N 17.7 3.402 60 3. Deviation .27 .634 .9 3. Guru meminta murid supaya murid berpakaian kemas. kuku dan rambut yang pendek sebelum memasuki bengkel 19. Guru menegaskan supaya alatan tangan digunakan mengikut kegunaan yang betul 18.918 .3 S17 4.8 3.1 4 3.Bahagian D : Sejauh manakah kepatuhan murid terhadap peraturan dan arahan guru semasa di dalam bengkel.958 Variance .6 3.2 4. Guru memberi arahan supaya tidak bergurau senda semasa berada di dalam bengkel 60 4. 4.4 4.658 60 Mean 3.88 Std.

356 60 4. baju lengan pendek atau dilipat hingga ke paras siku demi keselamatan 22.939 60 4.20.000 60 3.596 . Murid perempuan yang memakai tudung perlu memasukkan tudung ke dalam apron semasa di dalam bengkel 23.616 60 . berkasut. Murid tidak boleh menyentuh apa-apa alatan tanpa sebarang arahan dan kebenaran dari guru 24.785 .969 .18 1.83 .32 . tangan hendaklah dicuci dengan sabun 21. Murid perlu memakai apron.977 .000 1.17 .955 60 4. Murid perlu mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan sepanjang masa Valid N (listwise) 60 3. Setelah selesai membuat aktiviti.90 .

32 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.27 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.3 dan rajah 4. Seterusnya ialah guru member arahan supaya tidak bergurau senda semasa berada di dalam bengkel mencatat min sebanyak 4. Seterunya ialah murid perlu memakai apron.2. baju lengan pendek atau berlipat hingga ke paras siku demi keselamatan mencatat min sebanyak 4. Bagi item soalan pertama iaitu guru menegaskan supaya alatan tangan digunakan mengikut kegunaan yang betul mencatat min sebanyak 3.2. berkasut.83 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.90 ialah murid perempuan yang memakai tudung perlu memasukkan tudung ke dalam apron semasa berada di dalam bengkel mencatat aras kesediaan yang tinggi. Bagi item seterusnya iaitu setelah selesai membuat aktiviti. Item seterusnya ialah murid tidak boleh menyentuh apa-apa alatan tanpa sebarang arahan dan kebenaran dari guru mencatat min sebanyak 4. . tangan hendaklah dicuci dengan sabun mencatat min sebanyak 3.88 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.17 menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.3 menunjukkan item soalan bagi tahap kepatuhan murid terhadap peraturan dan arahan guru semasa di dalam bengkel.95 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi. Item yang mendapat min sebanyak 3. Item kedua bagi bahagian ini ialah guru meminta murid supaya berpakaian kemas.18 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi. Item yang terakhir yang diuji dalam bahagian ini ialah murid perlu mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan sepanjang masa mencatat min sebanyak 4. kuku dan rambut yang pendek sebelum memasuki bengkel mencatat min sebanyak 3.Analisis tahap kepatuhan murid terhadap peraturan dan arahan guru semasa di dalam bengkel Merujuk kepada jadual 4.

6 3.Bahagian E 4. Simpan semula alatan di tempat asalnya dengan baik supaya memudahkan pengambilannya untuk kegunaan lain 60 4.8 3.974 .871 Variance .536 60 4.03 .732 . Deviation .23 Std.15 .4 S25 4.2 BAHAGIAN D (Adakah murid melaksanakan penyelenggaraan peralatan bengkel setelah digunakan? S26 S27 S28 S29 S30 S31 S32 S33 S34 Descriptive Statistics N 25. Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali selepas digunakan 26.948 60 Mean 4.4 3.2 4 3.758 . Tempat menyimpan alatan perlulah dilabel dengan nama alatan dan kuantiti supaya mudah diambil dan direkod jika berlaku kehilangan 27.

350 60 3.154 1.28.806 .85 1.02 1. Gosok dengan kertas las untuk membuang kesan karat 33.332 60 3.92 1.30 .162 1.101 60 3.17 . Buangkan habuk besi atau kotoran pada alatan dengan menggunakan berus 34.676 .457 60 4. Pemeriksaan perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan perkakas dan alatan tangan berada dalam keadaan baik dan dapat mencegah kehilangan 29. perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada guru dan direkodkan 30. 32. Perkakas dan alatan tangan yang telah digunakan perlulah disimpan di tempat yang khas dan selamat 31.104 1.32 . Jika terdapat perkakas atau alatan tangan yang hilang.766 .63 1.219 60 .049 1.650 60 4. Sapukan sedikit minyak untuk mengelakkan alatan berkarat. Basuh alatan dengan bahan pencuci dan keringkan alatan dengan kain Valid N (listwise) 60 4.586 60 4.

12 Tinggi 4 Pemeriksaan perlu dilakukan agar tidak berlaku kehilangan 3.22 Sederhana 5 Alatan yang hilang perlu dilaporkan kepada guru 3.4 dan jadual 4.2.78 Tinggi 3 Simpan alatan di tempat asal agar mudah diambil pada masa akan datang 4.2.4 menunjukkan item soalan yang diselidik untuk tahap pengetahuan murid terhadap pelaksanaan penyelenggaraan peralatan bengkel setelah digunakan.88 Tinggi . Bil 1 Soalan Alatan perlu dibersih dan dipulangkan selepas digunakan Nilai min 3. Item soalan pertama iaitu alatan perlu dibersih dan dipulangkan selepas digunakan mencatat min sebanyak 4.Analisis pengetahuan murid terhadap pelaksanaan penyelenggaraan peralatan bengkel setelah digunakan Merujuk kepada Rajah 4.58 Aras kesediaan Sederhana 2 Tempat simpanan alatan perlu dilabel dan direkod jika berlaku kehilangan 3.23 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.32 Sederhana 6 Peralatan yang digunakan perlu disimpan di tempat yang selamat 3.

27 Tinggi 9 Buang habuk karat pada alatan menggunakan berus 3.4: Taburan responden pengetahuan murid terhadap pelaksanaan penyelenggaraan peralatan bengkel setelah digunakan Pengetahuan murid terhadap pelaksanaan penyelenggaraan peralatan bengkel setelah digunakan .7 Sapukan minyak bagi mengelakkan karat 3.73 Sederhana 10 Basuh peralatan dengan sabun dan keringkan dengan kain 3.2.55 Sederhana 8 Gosok menggunakan kertas las bagi membuang karat 4.63 Sederhana Jadual 4.

27 Sapukan minyak bagi mengelakkan karat 3.22 Simpan alatan di tempat asal agar mudah diambil pada masa akan datang 4.88 Alatan yang hilang perlu dilaporkan kepada guru 3.5 2 2.58 4 4.Basuh peralatan dengan sabun dan keringkan dengan kain 3.63 Buang habuk karat pada alatan menggunakan berus 3.5 3.5 Rajah 4.5 Analisis ciri-ciri amalan keselamatan bengkel yang diabaikan .2.73 Gosok menggunakan kertas las bagi membuang karat 4.12 Tempat simpanan alatan perlu dilabel dan direkod jika berlaku kehilangan 3.2.5 1 1.5 3 3.55 Peralatan yang digunakan perlu disimpan di tempat yang selamat 3.32 Pemeriksaan perlu dilakukan agar tidak berlaku kehilangan 3.4 4.78 Alatan perlu dibersih dan dipulangkan selepas digunakan 0 Min 0.

2. item soalan guru menyediakan carta organisasi murid di dalam bengkel menunjukkan nilai bacaan min sebanyak 4.2.5 menunjukkan item soalan.37 maka aras kesediaan adalah sederhana.30 dengan aras kesediaan sederhana. Item soalan pertama iaitu peti pertolongan cemas terdapat di dalam bengkel menunjukkan nilai bacaan min sebanyak 3.5 dan jadual 4. Bil Soalan Nilai min Aras kesediaan .22 dengan aras kesediaan tinggi. Bagi item soalan ketiga iaitu guru memberi tunjuk cara sebelum menggunakan alatan dan mesin menunjukkan nilai min sebanyak 3. Seterusnya.Merujuk kepada Rajah 4.90 dengan aras kesediaan tinggi. Bagi item terakhir pula iaitu rak-rak dan almari dilabel dengan betul mencatakan nilai min 3.78 dengan aras kesediaan tinggi. Item seterusnya pula adalah peralatan diselenggara dari masa ke semasa menunjukkan bacaan min sebanayk 3.90 pula menunjukkan aras kesediaan adalah tinggi.93 dengan aras kesediaan tinggi. Bagi item soalan saiz bengkel sesuai dengan jumlah murid pula menunjukkan nilai bacaan min 3.90 dengan tahap kesediaan sederhana.50 juga menunjukkan aras kesediaan tinggi. nilai min dan aras kesediaan bagi item dalam ciri-ciri amalan keselamatan bengkel yang diabaikan. Terdapat pengcahayaan yang mencukupi di dalam bengkel pula menunjukkan nilai bacaan min sebanyak 4. Item kedua pula iaitu terdapat carta laluan kecemasan di dalam bengkel mencatatkan nilai min 3. Bagi item seterusnya iaitu guru mengingatkan pelajar untuk memakai but semasa amali dijalankan menunjukkan nilai min sebanyak 2.

5 : Taburan responden mengikut ciri-ciri amalan keselamatan bengkel yang diabaikan Ciri-ciri amalan keselamatan bengkel yang diabaikan .50 Tinggi 9 Rak-rak dan almari dilabel dengan betul 3.90 Tinggi 7 Terdapat pengcahayaan yang mencukupi di dalam bengkel 4.37 Sederhana 5 Guru mengingatkan pelajar untuk memakai but semasa amali dijalankan 2.90 Tinggi 2 Terdapat carta laluan kecemasan di dalam bengkel 3.93 Tinggi 4 Peralatan diselenggara dari masa ke semasa 3.2.78 Tinggi Jadual 4.90 Sederhana 6 Saiz bengkel sesuai dengan jumlah murid 3.30 Sederhana 3 Guru memberi tunjuk cara sebelum menggunakan alatan dan mesin 3.22 Tinggi 8 Guru menyediakan carta organisasi murid di dalam bengkel 4.1 Peti pertolongan cemas terdapat di dalam bengkel 3.

3 Peti pertolongan cemas terdapat di dalam bengkel 3.5 5 Rajah 4. PERBINCANGAN.78 Guru menyediakan carta organisasi murid di dalam bengkel 4.9 Guru mengingatkan pelajar untuk memakai but semasa amali dijalankan 2.5 BAB 5 : RUMUSAN.93 Terdapat carta laluan kecemasan di dalam bengkel 3.9 0 0.37 Guru memberi tunjuk cara sebelum menggunakan alatan dan mesin 3.22 Saiz bengkel sesuai dengan jumlah murid 3.9 Peralatan diselenggara dari masa ke semasa 3. PENAMBAHBAIKAN .5 2 2.5 3 3.5 4 4.Rak-rak dan almari dilabel dengan betul 3.5 Min 1 1.5 Terdapat pengcahayaan yang mencukupi di dalam bengkel 4.2.

Pada peringkat Tahun 6 ini.2 Perbincangan .88. Peranan dari aspek pedagogi dan peneguhan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya berlaku supaya murid akan lebih sedar apakah sebab dan akibat sekiranya mereka mengabaikan amalan keselamatan di dalam bengkel. murid seharusnya sudah mengetahui dengan lebih jelas apa yang boleh dibuat dan apakah perkara yang perlu dititikberatkan di dalam bengkel kemahiran hidup. Faktor yang mendorong kepada berlakunya kemalangan adalah berpunca daripada sikap murid itu sendiri terhadap perkara-perkara yang bersangkutan dengan keselamatan (Laney 1982). Masih terdapat murid yang kurang mengerti tentang kepentingan amalan keselamatan di dalam bengkel.1 Rumusan Amalan keselamatan bengkel merupakan tunjang kepada pengetahuan murid di dalam bengkel dalam mengendalikan alatan mahupun mesin mudah di sekolah rendah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa purata keseluruhan responden telah mengamalkan amalan keselamatan bengkel seperti yang telah dikaji berdasarkan persoalan kajian yang telah dijalankan. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan. setelah dapatan kajian dianalisis secara keseluruhan didapati bahawa tahap penguasan amalan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup di kalangan murid tahun 6 sekolah rendah zon tengah adalah berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan ialah 3. 5. Guru-guru juga harus memandang serius terhadap amalan keselamatan bengkel yang diamalkan murid supaya mereka lebih berhati-hati di dalam bengkel dan mampu mengelakkan kemalangan terutama sewaktu melakukan amali yang melibatkan alatan tajam dan mesin mudah. Walaubagaimana pun masih terdapat responden yang mempunyai tahap penguasaan amalan keselamatan bengkel kemahiran di kalangan murid tahun 6 sekolah rendah zon tengah.5.

Mereka sudah diperkenalkan dengan bengkel kemahiran hidup sejak tahun 4 lagi maka tahap penguasaan amalan keselamatan bengkel adalah tinggi berbanding tahun 5 dan 4. Tindakan yang perlu diambil guru pula adalah mereka seharusnya mengingatkan murid-murid terhadap amalan keselamatan bengkel dan memastikan sentiasa berada pada tahap maksimum. Kepekaan murid-murid juga perlulah dipandangg serius oleh pihak sekolah terutama guru bengkel dalam memastikan setiap aspek yang ditekankan berada pada tahap maksimum agar kadar kemalangan dapat diminimumkan.Amalan keselamatan bengkel kemahiran hidup bukanlah satu perkara asing lagi di kalangan murid tahun 6. 5. Guru hendaklah sentiasa memainkan peranan sebagai fasilitator dalam memastikan murid sentiasa berwaspada dan mengetahui garis panduan di dalam bengkel. Hal ini kerana murid-murid yang mematuhi peraturan lazimnya kurang mengalami masalah atau berlaku kemalangan semasa berada di dalam bengkel. Murid-murid seharusnya meningkatkan tahap amalan dan keselamatan bengkel agar setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh guru dipatuhi sepanjang masa. Justeru.3 Penambahbaikan Dalam setiap aspek kehidupan. tahap penguasaan amalan keselamatan bengkel murid perlu sentiasa dipantau agar setiap peraturan yang digariskan dapat dilaksanakan dan dipatuhi dengan baik dari masa ke semasa. bagi murid tahun 6. Beberapa penambahbaikan yang perlu ditingkatkan di kalangan murid tahun 6 berdasarkan graf yang dianalisis adalah : 1) Memastikan murid-murid sentiasa mematuhi peraturan yang telah digariskan di dalam bengkel kemahiran hidup. penambahbaikan dilakukan adalah berdasarkan data-data yang telah dianalisis. Tambahan pula. . tahap amalan keselamatan bengkel seharusnya sentiasa diperbaiki dan berada di tahap yang tinggi kerana mereka bakal mengharungi situasi yang lebih besar apabila berada di alam sekolah menengah nanti. penambahbaikan perlulah sentiasa ada agar setiap amalan akan lebih sempurna. Dalam kajian ini.

Selain itu. Manual penggunaan sangat penting agar mesin tidak rosak dan dapat dikendalikan dengan baik. pembersihan alatan juga dapat memastikan setiap alatan dapat digunakan dalam jangka masa yang lama dan mampu mengurangkan risiko kemalangan sekiranya alatan yang digunakan bersih.2) Murid seharusnya memastikan bahawa alatan yang dilabel di dalam bengkel adalah betul. Hal ini juga dapat menjadikan murid lebih bertanggungjawab dan memainkan peranan yang aktif di dalam bengkel. kemalangan dapat dielakkan secara tidak langsung kerana murid dapat mengendalikan mesin melalui manual penggunaan. Hal ini kerana murid sering kali keliru dalam pemilihan alatan dan boleh menyebabkan kemalangan semasa aktiviti dijalankan. Hal ini juga dapat mengelakkan murid dari terkena apa-apa jenis penyakit. murid juga dapat mempelajari bagaimana menyelenggara dan menjaga alatan dengan betul seperti meminyak dan membuang habuk dan karat. Terdapat pelbagai aspek yang perlu ditekankan anataranya membersih alatan selepas digunakan. 4) Penggunaan mesin semasa menjalankan aktiviti seringkali berlaku dalam amali di bengkel. Menampal kata-kata seperti basuh tangan menggunakan sabun di sinki dapat menjadikan amalan baik di kalangan murid selepas melakukan amali. 3) Peranan guru juga hendaklah perlu ada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. 7) Rekod setiap alatan juga perlu dilakukan bukan sahaja oleh guru malah murid itu sendiri. Tambahan pula. 6) Penyelenggaraan alatan juga harus diperbaiki berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan. Dalam pada masa yang sama. Guru juga seharusnya sentiasa mengingatkan murid agar membaca manual penggunaan terlebih dahulu dan bertanyakan sekiranya ada kurang jelas. 5) Kebersihan di dalam bengkel perlu di ambil perhatian di kalangan murid. Untuk setiap aktiviti. Hal ini kerana mereka sering mengabaikan kebersihan diri selepas melaksanakan aktiviti. Tambahan pula. segala rekod . guru seharusnya menetapkan pakaian yang sesuai semasa berada di dalam atau di luar bengkel. Pakaian di kalangan murid semasa berada di dalam bengkel perlu lebih ditekankan oleh kerana melibatkan pelbagai aktiviti psikomotor.

murid dapat mengetahui apakah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga di dalam bengkel. 8) Organisasi atau susun atur di dalam bengkel juga hendaklah disusun dengan baik agar setiap pergerakan murid mempunyai satu sistem yang teratur. Secara tidak langsung. Secara tidak langsung.keluar masuk dapat dilihat oleh guru dan mampu mengesan alatan atau bahan yang telah dipakai mahupun hilang. . pelan lantai atau pelan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran dan sebagainya. guru mampu menambah alatan yang berkurangan di dalam bengkel bagi memastikan pengajaran murid dapat dijalankan dengan baik. Contohnya.

Kefahaman Mengenai Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Automotif (SPMV) Sekolah Menengah Teknik Kajang. 2. Tahap Penguasaan Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. “Penyelidikan Pendidikan. Panduan Keselamatan Bengkel Sekolah. 6.RUJUKAN 1. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Selangor. Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mohd Majid Konting (1990). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yusof Bin Boon & Shamsul Bin Kamarudin (2003). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (1977). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. . 4. Mohammad Najib Abdul Ghafar (1999). 3.” Cetakan Pertama. Universiti Teknologi Malaysia. Dzulkifli bin Ujang (1999). 5. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.