1.

0

PENGENALAN Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Terdapat beberapa perkara yang dikaji dalam bidang morfologi. Antara bidang tersebut ialah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentukbentuk yang terhasil dari proses tersebut. Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob pula menyatakan morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata. Kata terbentuk daripada beberapa unit yang kecil.Unit tersebut dipanggil sebagai morfem.Morfem bermaksud unsur terkecil yang mengandungi

makna.Morfem ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.Sebagai contoh, morfem bebas merupakan bentuk yang dapat berdiri sendiri sebagai kata sempurna seperti kalah, budak, dunia dan sebagainya. Bagi morfem terikat pula, ia merupakan kata yang tidak boleh berdiri sendiri seperti me-, mem-, meny-, dan meng-. Morfem juga boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang bersifat abstrak.Ia bermaksud morfem tidak boleh didengar atau diujarkan. Morfem perlu ditukarkan ke dalam bentuk fizikal yang lebih konkrit. Bentuk yang dinamakan sebagai fizikal dipanggil sebagai morf.Morf mewakili morfem dalam sesuatu

bahasa.Seandainya terdapat beberapa unsur morf yang mewakili satu morfem, kumpulan morf ini dipanggil sebagai alamorf.Sebagai contoh, morfem meNmempunyai beberapa alamorf iaitu me-, men-, mem-, meny-, dan meng-.

Perbezaan alamorf ini terjadi bagi menyesuaikan bunyi-bunyi nasal dengan bunyi-bunyi awal kata dasar yang diimbuhkan dengan alamorf-alamorf tersebut.

baik. gambar rajah. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi . misalnya perkataan berkawan. „penyerapan‟. Cara membentuk dan mewujudkan perkataan dalam bahasa tersebut adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan yang terbentuk hasil daripada proses Ada pengimbuhan. Ada perkataan yang berbentuk tunggal. Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini dapat menerbitkan banyak perkataan. iaitu berdasarkan golongan kata atau kasusnya. iaitu melalui asal-usul bahasa Melayu itu sendiri. bahan-bahan. iaitu „menyerap‟. iaitu penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan. terjunam dan disarankan. perkataan “serap” apabila mengalami proses pembentukan kata dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu. iaitu jenis bahasa dan kebanyakan perkataannya terbentuk melalui proses pengimbuhan. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif. misalnya buku tulis. „serapan‟. „daya serap‟. Secara umumnya . sekolah dan panjat. „terserap‟. dan sebagainya. juga perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan. „menyerapkan‟. „menyerapi‟. iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu. „terserapkan‟. bukit-bukau dan bantu membantu.0 DEFINISI PROSES PEMBENTUKAN KATA PROSES PEMBENTUKAN KATA Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan perkataan dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu itu wujud melalui dua sumber.2. kertas kerja. misalnya perkataan satu. Sebagai contoh.

juruacara. sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. juruaudit. Kedua. tatacara. dan tatahias. perkataan yang dibentuk kemudian daripada itu melalui proses-proses tertentu. Contoh perkataan lain yang dibentuk melalui proses ini adalah seperti berikut:_ Prasangka – prasarana.Peleburan Fonem . Misalnya. juruhebah Lelabah – gegel. diciptakan pula bentuk-bentuk seperti tatatertib. perkataan tatabahasa memang telah sedia ada dan melalui proses analogi. jejari. Contohnya:JAIS – Jabatan Agama Islam Selangor IPBA – Institut Perguruan Bahasa – bahasa Antarabangsa IPG – Institu Pendidikan Guru UPSI – Universiti Sultan Idris b. antaranya seperti yang berikut:- a. rerambut c. Proses ini banyak berlaku dalam bahasa Melayu pada hari ini.itu.ang. Akronim Pembentukan kata melalui akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkannya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis tau dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. prauniversiti Jurunikah – juruwang. Analogi Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang telah seia ada yang telah digunakan sejak dahulu. prasekolah.

Misalnya. family dalam bahasa Inggeris bermakna „keluarga‟ tetapi perkataan i i telah diperluaskan maknanya menjadi „famili‟ yang bukan sahaja merujuk kepada manusia.Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan cara menggabungkan perkataan agar menjadi suku kata dengan fonem-fonem tertentu. surih juga membawa maksud „meniru atau melukis peta‟. e. perkataan surih pada asalnya bermaksud „bekas atau nkesan yang dilalui oleh sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang‟. malahan kepada haiwan juga. perkataan .Pemberian Makna khusus Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Proses ini berlaku salam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat . Misalnya. Peluasan Makna Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. f. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Ingggeris dan bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. meleburkan atau menggugurkan Misalnya perkataan „benda + alir‟ menjadi „ bendalir‟ terbentuk setelah satu fonem vokal / a / digugurkan. d.Peminjaman Kata Peminjaman kata melalui proses ini sangat lusa digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa yang lain. Melalui pemberian itu makna khusus.

Contohnya. Daripada . Contoh peminjaman kata daripada bahasa lain: element – elemen mengisteate – majistret diplomat – diplomat g. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu.perkataan atau istilah sedemikian. kata akar satu suku kata bu merujuk kepada benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda0benda tertentu yang berbentuk bulat seperti contoh yang berikut: bu + kit – bukit bu + lan – bulan bu + luh – buluh h. Penambahan Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Misalnya . perkataan dicipta berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau dikiaskan kepada sesuatu benda. Penciptaan Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini. perkataan „kiwi‟ merujuk kepada nama sejenis burung di New Zealand.

Sebaliknya . iaitu „panggilan bagi wanita bangsawan atau wani ta keturunan raja‟.perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut: tv – televisyen Dr. Misalnya.makna tersebut. perkataan. – Profesor . Penggemblengan Bernama – Baerita Nasional Malaysia Proton – Perusahaan Otomotif Negara j. Penyempitan Makna Pembentukan kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Malahan. perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus. – Doktor Prof. ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan. jika panggilan ini digunakan dalam urusan surat – menyurat rasmi. k.Penyingkatan Melalui proses penyingkatan ini. pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada lelaki yang patut dihormati. dicipta pula perkataan „mengiwi‟ yang bermaksud „perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas‟ i.

Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu. . Dalam struktur ayat. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. lengkung atau ikal seperti tali. golong. majmuk dan gandaan. dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza. kesemua perkataan ini tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap perkataan berbeza dari segi makna. Perkataan gelung merujuk kepada bendabenda yang berlingkar. terbitan. Sebagai contoh.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal. rotan dan rambut. bentuk perkataan gelung. Gulung pula membawa maksud benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat atau bulat panjang.

Proses Pembentukan Kata Pengimbuhan Akronim Pemajmukan Penggandaan . tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu iaitu proses pengimbuhan. penggandaan dan akronim.3. kata terbitan. kata majmuk. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata. pemajmukan. dan kata ganda. iaitu kata tunggal.

Jadual dibawah akan menerangkan pembentukan kata nama terbitan berawalan pen. Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. ke-…-an.-kan. apitan.contohnya. Terdapat empat jenis imbuhan. membentuk kata nama terbitan. maha-.dengan lebih terperinci. pe-. apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja. dan mempeR-…-kan yang membentuk kata kerja. iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. yang hadir sebelum kata dasar. yang hadir sesudah kata dasar.. . iaitu awalan. Imbuhan-imbuhan ini. meN-…-i. iaitu di awal dan akhir kata dasar. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan tertentu. pe-…an. ter. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-awalan meN-. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar. dan meN-…-kan. meN-…-kan. imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan. dan sisipan. juru-. -wan. dan tata. (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar. (ii) akhiran. beR-. Awalan-awalan peN-. iaitu kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. iaitu –an. Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan.serta akhiran –kan dan –i. dan (iv) sisipan. misalnya peN-…-an.dan di. yang hadir di celahan kata dasar. ke-. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama. akhiran. dan peR-…-an yang membentuk kata nama.3.1 PROSES PENGIMBUHAN Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan. dan sebagainya. -wati. peR-. beR-. Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu. dan kata adjektif.

Iaitu . Beli Fitnah Varnis Proses Pembeli Pemfitnah Pemvarnis Pemproses . Ragut Warna Main Peragut Pewarna Pemain  Imbuhan ini juga diletakkan Kunci Pengunci Pemegang didepan kata dasar yang bermula Pegang dengan huruf k. Tetapi huruf pertama kata dasar tersebut digugurkan dan digantikan dengan bentuk sengau yang sama daerah artkulasinya dengan huruf yang pertama.n. ny. f dan v serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. r dan w. p. dan s.m. ng.Bentuk awalan penKaedah pembentukan kata terbitan Contoh Kata dasar Kata Terbitan Pe-  Diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l. t.     ng = k m=p n=t ny = s Tampar Soal Penampar Penyoal Pem-  Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf b.

Gigit Hantar Khayal Olah Intip Penggigit Penghantar Pengkhayal Pengolah Pengintip Penge-  Awalan ini diimbuhkan pada kata dasar yang berekasuku kata. kh dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf k. penyabar Penyapu. pendapat . Pemikir Pemarah. Makna yang didukung awalan penOrang yang melakukan sesuatu. Orang yang suka akan sesuatu. Bom Cat Pengebom Pengecat Gong Teck Chong menyatakan setiap awalan pen. Pengelap. Penjudi.mendukung makna tertentu. Pengarah. Makna – makna tersebut ialah . Orang atau benda yang memiliki sifat kata dasar. Pemburu. pemabuk. huruf h. j. d. Pelontar Penunjuk. Makna abstrak Contoh Pembaca. Penyamun Pengawas. Penanak. Alat untuk melakukan sesuatu. Cedok Jemput Syarah Zina Pencedok Penjemput Pensyarah Penzina Peng-  Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal. g. Orang yang menjawat tugas.Pen-  Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf c. Pelakon Penzina. Ukuran hasil daripada melakukan sesuatu. Pemadam Pelaung. sy dan z serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s.

Kata dasar yang menerima imbuhan ini membawa pelbagai makna yang berbeza.yang telah dinyatakan. Antara awalan yang dimaksudkan ialah pe-. 2008). ke. Menunjukkan maksud kawasan atau bidang yang luas. Akhiran Kata Nama Akhiran –an adalah satu – satunya akhiran asli yang menbentuk kata nama dalam bahasa Melayu (Goh Teck Chong. terdapat beberapa awalan kata nama lain dalam Bahasa Melayu. Jadual dibawah akan menunjukkan makna yang didukung oleh kata dasar tersebut .. Maksud Hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Sesuatu yang banyak Contoh Ejekan = hasil ejekan Ulasan = hasil ulasan Darat = daratan Hamparan = hamparan Longgok = longgokan Timbun = timbunan Membawa maksud alat Acuan = alat untuk mengacu Usung = alat untuk mengusung Membawa maksud orang atau haiwan atau benda yang menjadi penderita kerja. Tempat melakukan sesuatu Ukuran atau kiraan Buru = buruan Tawan = tawanan Rampas = Rampasan Asinan = sesuatu yang masin Bulatan = sesuatu yang bulat Manisan = sesuatu yang manis Kurung = kurungan Mingguan = kiraan berdasarkan minggu .Selain awalan pen. Membawa maksud sesuatu yang mempunyai sifat yang terkandung pada kata dasar. per-.dan juru.

.. apitan kata nama pen-..-an.-an dan penge-.. Kilang Kata terbitan Pendalaman (proses mendalamkan) Pengilangan (perbuatan mengilang) . –an. –an membawa makna tertentu seperti yang boleh dilihat didalam jadual berikut...... men-. Seperti awalan kata nama.(membiayai) Men.Apitan Kata Nama Terdapat empat apitan kata nama iaitu..-an..(mendahulukan) Meng. pen-.-an.-an.. mem-.. –an... Kaedah pengabungan apitan ini serupa dengan kata awalan pen-.an dan ke-.(pendahuluan) Peng.. Apitan Kata Nama pen.(menguruskan) Menge..(pembiayaan) Pen.-an...(merundingkan) Mem. per-. pe-. Contoh Makna  Kata dasar Dalam Proses atau perbuatan mengerjakan maksu yang terkandung dalam kata dasar.. peng-.-an..(perundingan) Pem.(pengurusan) Penge... pen-.(pengesahan) Apitan pen. Contohnya dapat dilihat dalam jadual dibawah. menge.. Kata nama terbitan daripada apitan ini mempunyai kaitan dengan kata kerja yang menerima imbuhan awalan me-.dan meng-. Me..-an juga mempunyai lima cabang iaitu pe-. pem-.(mengesahkan) Pe..

Ini dapat dilihat dalam jadual dibawah. Contoh .) Peperangan (hal berperang) Apitan ini boleh bergabung dengan mana... –an Contoh Pedalaman (tempat yang kedudukannya jauh dari pantai.mana kata dasar. .Alam  Hasil perbuatan Tahu Pengalaman (sesuatu yang dialami) Pengetahuan (hasil yang diketahui) Darat  Tempat perbuatan Inap Pendaratan (tempat mendarat) Penginapan (tempat untuk menginap) Apitan Kata Nama pe. Peperangan. imbuhan apitan ini juga mendukung beberapa makna... peperiksaan. –an Kata nama terbitan yang terhasil daripada apitan ini agak terhad jumlahnya. Menunjukkan makna hal yang terkandung dalam kata dasar.. Maksud Tempat sesuatu dikerjakan atau tempat yang khusus. Seperti apitan kata nama yang lain. perkarangan dan petempatan merupakan antara contoh kata terbitan yang terhasil daripada imbuhan apitan ini.. Apitan Kat Nama per. Kata nama terbitan ini juga mempunyai kaitan dengan kata kerja yang berawalan ber-.

-er... Menurut beliau juga. Apitan ini mendukung beberapa makna. Apitan Kata Nama ke-. Antara makna tersebut ialah untuk menunjukkan hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar.kata terbitan bersisipan ini membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Sisipan Kata Nama Goay Teck Chong ada menyatakan bahawa bentuk sisipan yang membentuk kata nama ialah –el-..dan –em-. Apitan ini biasanya bergabung dengan kata dasar daripada kata nama.-an.Beralih Bekerja Belajar Peralihan Pekerjaan Pelajaran Apitan per-. –an membawa dua maksud iaitu untuk menunjukkan tempat dan untuk menunjukkan makna hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasar. kata kerja dan kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak. untuk menunjukkan tempat dan juga untuk menunjukkan hasil daripada sesuatu.. -elGembung Saput Gelembung Selaput -emGuntur Kuncup Gemuntur Kemuncup . Contohnya .

Ada dua cara kata nama majmuk dibentuk. Namun cara ini tidak mematuhi sistem sintaksis Bahasa Melayu.   endosentrik eksosentrik Endosentrik Kata nama majmuk yang terbentu melalui endosentrik ini terbentuk mengikut hukum sintaksis dalam bahasa Melayu. proses pemajmukan ialah penggabungan dua atau lebih perkataan bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan.2 PROSES PEMAJMUKAN Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar. Kata nama majmuk ini mengikut hukum D-M. Contoh kata nama majumuk yang terhasil mengikut bentuk ini ialah . Hal ini kerana. bentuk ini terhad pada kata nama majmuk yang dipinjam daripada . gambar rajah dan terima kasih. dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. misalnya: kapal terbang.-erCucuk Gigi Cerucuk Gerigi 3. dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Anakanda Ketua menteri Baja butir Padang ragut Menteri besar Rumah rehat Terdapat satu lagi bentuk kata nama majmuk yang terhasil mengikut cara endosentrik ini. iaitu . Hukum D – M ini bermaksud yang diterangkan mendahului yang menerangkan. Menurut Abdullah Hassan.

contohnya cantik-cantik dan mata-mata. .3 PROSES PENGGANDAAN Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. dan letak gandanya pada bahagian hadapan kata dasar. Misalnya. sama ada secara sepenuh. misalnya berturut-turut dan mencaricari atau bahagian kata dasar. dan berlaku hanya pada kata kerja dan kata adjektif tertentu. Contohnya . Contoh kata tersebut ialah .Penggandaan separa bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja. laki→lalaki→lelaki. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan. contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai. menjadikannya vocal e pepet. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata dasar. Kajibumi Kaji (kata kerja) Bumi (pelengkap) 3. separa atau berentak. dimana susunannya tidak mematuhi hukum DM.Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya.Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang kata dasar.bahasa asing. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Bumiputera Perdana menteri Kata nama majmuk yang terbentuk secara eksosentrik pula hanya berlaku kepada kata nama majmuk yang terbentuk daripada dua unsur ayat yang mempunyai rentetan kata kerja + objek atau pelengkap. tetapi hukum MD.

Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Kata nama majmuk yang dieja bercantum akan digandakan keseluruhannya. penggandaan kata nama tunggal dengan imbuhan –an. penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar untuk membentuk kata ganda. Penggandaan ini berlaku sama ada melalui pengulangan vokal. Penggandaan penuh kata nama majmuk pula dipengaruhi oleh bentuknya. kata dasar nama boleh terdiri daripada kata nama tunggal.   penggandaan kata nama tunggal tanpa imbuhan. berapitan. Penggandaan penuh Dalam penggandaan ini. contohnya kuih-muih. kata nama terbitan dan kata nama majmuk. penggandaan hanya akan berlaku pada bahagian awalnya sahaja. Penggandaan penuh kata nama tunggal terbahagi kepada dua iaitu. penggandaan separa dan penggandaan berentak. Contohnya perkataan jawatankuasa. seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan penuh kata nama terbitan pula terbentuk daripada kata nama yang berawalan. Dalam penggandaan berentak. Penggandaan Kata Nama Penggandaan kata nama ini melibatkan ketiga –tiga proses penggandaan. Manakala bagi kata nama majmuk yang dieja terpisah. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat tiga jenis penggandaan. apabila digandakan akan menjadi jawatankuasa – jawatankuasa. iaitu penggandaan penuh. berakhiran ataupun bersisipan. . melalui pengulangan konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-manda Menurut Goay Teck Chong. penggandaan separa ataupun penggandaan seretak. Sama ada penggandaan penuh. tungkus-lumus.

Makna Kata Nama Ganda Jadual ini akan menunjukkan maksud jenis – jenis kata nama ganda. apabila digandakan akan menjadi alat – alat tulis. Makna Penanda jamak Penanda nama haiwan Makna kesamaan atau keserupaan Penanda kepelbagaian jenis Penanda tidak tahu Contoh Kata Ganda Buku – buku. Penggandaan Separa Penggandaan separa terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong dalam kata nama dan kata kerja. kura – kura Orang = Orang – orang Kuih = Kuih –muih Mana = Mana . meja – meja Labi – labi.turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim.mana Kata Akronim Mengikut Tatabahasa Dewan. Penggandaan Berentak Penggandaan berentak terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong sebagai kata nama. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. .Sebagai contoh perkataan alat tulis.

Contohnya : ABIM UMNO Angkatan Belia Islam Malaysia United Malay National Organisation  Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya. Contohnya : tabika .kumpulan gitar rancak Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu.taman bimbingan kanak-kanak purata .kumpulan gitar rancak . keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.Contohnya : ABIM Bernama Kugiran .pukul rata kugiran . jika kata nama khas.  Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan. bergantung pada cara pembentukkannya.Berita Nasional Malaysia . jika bukan kata nama khas.Angkatan Belia Islam Malaysia .

 Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas. kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional .

0 ANALISIS RENCANA AKHBAR .4.

5.0 REFLEKSI .

0 RUJUKAN http://pgsrkent08.6.edublogs.org/2012/01/29/proses-pembentukan-kata/ .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful