You are on page 1of 4

SCE 3109 : Tenaga Dalam Kimia

Praktikal 6

Tujuan

: Untuk menentukan nilai pemalar Avogadro dengan menggunakan prosedur elektrolisis

Teori

: Hukum Elektrolisis Faraday - jisim bahan yang termendak pada elektrod berkorelasidengan kuantiti elektrik Q (arus masa) yang lalu menerusi larutan, dan dengan jisim molar bahan berkenaan.

Manakala nilai pemalar Avogadro

merupakan satu hukum dimana

gas-gas dengan isi padu yang sama, pada suhu dan tekanan yang sama, mempunyai bilangan zarah atau molekul yang sama. Bilangan molekul yang ada pada isi padu gas yang tertentu adalah bebas daripada saiz ataupun jisim molekul gas tersebut. Nilai teori bagi pemalar Avogadro merupakan 6.02 1023 : 1 mol dm-3 larutan kuprum(II) sulfat, 2 kepingan kuprum : Sel kering, bikar 250 cm3 , wayar penyambung dan klip buaya, ammeter,suis dan jam randik.

Bahan

Radas

Prosedur

1. Kepingan kuprum dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir kemuan ditimbang. 2. Bikar diisikan dengan 1 mol dm-3 larutan kuprum (II) sulfat sehingga separuh penuh. 3. Rajah telah disediakan seperti rajah 1, kemudian suis ditekan serta jam dimulakan. 4. Rheostat diubah bagi membenarkan jumlah arus yang kecil melaluinya.

5. Bacaan ammeter telah direkod. 6. Selepas 30 minit, arus elektrik diputuskan. 7. Sebarang perubahan pada terminal anod dan katod telah dicatat. 8. Kepingan kuprum dibasuh dan dikeringkan dengan mencelupnya ke dalam propanon.

Rajah 1: Elektrolisis bagi menentukan nilai pemalar Avogadro

Keputusan

: Berat kepingan kuprum (g) Sebelum 30 minit Selepas 30 minit 1.57 1.66 -0.08 +0.06 Perubahan Bacaan pada Ammeter (A) 0.1

Kepingan Sambungan kuprum pada terminal

A (anod) B (katod)

Negatif Positif

1.65 1.60

Perbincangan : 1. Sebelum menimbang kepingan kuprum, ianya harus dibersihkan

menggunakan kertas pasir. Hal ini bagi mengelakkan lapisan oksida pada kepingan tersebut mengganggu hasil tindakbalas yang berlaku. Ianya juga bagi mengelakkan kesilapan ketika membaca nilai jisim kuprum tersebut.

2. Nilai pemalar Avogadro akan bertambah sekiranya bekalan kuasa dibekalkan melebihi 30 minit. Hal ini akan menyebabkan lebih banyak zarah Cu dipindahkan melalui elektrolit dari anod ke katod. 3. Sekiranya elektrod tidak dibiarkan kering sepenuhnya, ianya bakal mengakibatkan kesalahan ketika bacaan jisim buat kali kedua diambil. Ianya juga menyebabkan ralat pada nilai Avogadro.

Soalan

1. Secara teori, pertambahan jisim dalam satu elektrod kuprum sepatutnya sama dengan pengurangan jisim pada satu lagi elektrod. Jelaskan mengapa terdapat sedikit perubahan kecil bagi kedua-dua nilai ini di dalam eksperimen yang telah dijalankan. Kepingan kuprum A telah berkurang sebanyak 0.04 g manakala kepingan kuprum B telah meningkat sebanyak 0.06 g. ketidaksamaan perubahan nilai bagi kedua-dua kepingan ini berlaku mungkin diakibatkan ralat ketika timbangan buat kali kedua dilakukan. Ianya mungkin juga berlaku kerana kepingan kuprum tidak dikeringkan secara sempurna sehingga lebih sebanyak 0.02 g serta terdapat gagguan angin daripada kipas yang dipasang. 2. Tuliskan persamaan tindak balas yang seimbang untuk tindak balas yang berlaku di anod dan katod. Anod Katod : 2H2O (ce) O2 (g) + 4H (ak) + 4e: Cu2+ (ak) + 2e- Cu (p)

3. Nyatakan

dan

terangkan

dua

cara

untuk

meningkatkan

ketepatan

keputusan yang diperoleh Pastikan perubahan kedua-dua jisim kepingan kuprum adalah sama. Ketepatan keputusan diperoleh sekiranya kepingan kuprum yang berfungsi sebagai katod dijadikan anod untuk sementara waktu.

4. Selain daripada mengukur nilai pemalar Avogadro, nyatakan dan jelaskan dua kegunaan proses elektrolisis dalam industri.

Proses menyalut kepingan logam dengan logam yang lain melalui elektrolisis disebut pengelektrosaduran.Tujuan pengelektrosaduran ialah untuk melindungi logam tersadur daripada kakisan dan menjadikannya lebih cantik. Dalam sel elektrolisis bagi pengelektrosaduran katod ialah bahan yang ingin disadur, anod ialah logam saduran dan elektrolit ialah larutan garam yang mengandungi ion-ion logam saduran.

Kesimpulan : Nilai pemalar Avogadro boleh diperoleh melalui proses elektrolisis. Nilainya pada anod ialah 8.915 x 1023 dan 5.95 x 1023 pada katod.

Rujukan

1.Pemalar Fizik . (2013, Mac 9). Retrieved from Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemalar_fizik 2.Toon, T. Y. (1998). Kimia Fizik STPM. Shah Alam : Kursus Sains Fajar Bakti. 3. TOON, T. Y. (2003). SUKSES KIMIA SPM. Petaling Jaya: PENERBITAN FAJAR BAKTI SDN. BHD.

You might also like