You are on page 1of 12

Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108)

1.0

Pengenalan Institusi-institusi pendidikan di Malaysia kini memerlukan perubahan yang

berterusan bagi mengekalkan dan meningkatkan prestasi serta keberkesanannya. Ia merupakan wawasan dan agenda penting yang termaktub dalam misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang memberi fokus kepada usaha membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti, bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk mengekal dan meningkatkan prestasi serta keberkesanan misi Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut, para guru dituntut untuk komitmen dalam usaha yang berterusan daripada kepemimpinan sekolah dan menjadi tonggak utama membentuk dan meningkatkan tahap murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah di peringkat sekolah. Perubahan dan keberkesanan pelaksanaan sistem pendidikan dalam sesebuah negara sering kali dikaitkan dengan kecemerlangan kepemimpinan dan kualiti guruguru dalam sesebuah sekolah (Kantrowitz & Wingert, 2000). Malah pembangunan dan kemajuan negara pada masa depan bergantung kepada sistem pendidikan, kepemimpinan sekolah, guru-guru dan rupa bentuk pelajar yang akan dihasilkan Oleh itu, perubahan yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan system pendidikan menuntut pemimpin sekolah dan guru lebih bersikap adaptif, bekerja secara efektif, sentiasa meningkatkan kemajuan sekolah, berfokus kepada kebajikan dan kemajuan pelajar dan berkongsi matlamat untuk memajukan sekolah dan meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia. Dalam hal ini, pengukuhan dan penyuburan perkembangan diri pemimpin yang stabil dari aspek psikologi bagi meningkatkan penglibatan kendiri yang optimum dalam kemahiran berinteraksi dengan guru-guru dan pelajar harus diutamakan (Mariani Md Nor, 2002).

12

Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108)

Malah Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyeru supaya kepemimpinan organisasi awam mementingkan aspek-aspek emosi dalam pengurusan organisasi seperti tidak bersikap emosional, memahami kehendak pelanggan, meneliti setiap aduan yang diterima dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik, cekap, pantas dan ikhlas bagi merealisasikan Misi Nasional yang menjadi teras Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) iaitu ke arah mempercepatkan kemajuan negara (Kementerian Penerangan Malaysia, 2006). Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kepemimpinan sekolah di Malaysia, berusaha merealisasikan hasrat tersebut. Sekolah berkesan menuntut komitmen, moral dan akhlak di kalangan semua warga pendidik iaitu pengurus-pemimpin, guru-guru, kakitangan sokongan dan pemimpin pelajar (Mariani Md Nor, 2002). Reformasi dalam sistem kepemimpinan sekolah penting untuk mencapai hasrat tersebut tanpa mengetepikan persoalan emosi. Sesungguhnya, kepemimpinan psikologi yang berkesan akan melahirkan sekolah berkesan (Mariani Md Nor, 2002). Pengajaran dan kepemimpinan di sekolah adalah merupakan proses atau aktiviti yang melibatkan emosi. Bentuk kepemimpinan yang diaplikasikan oleh pemimpin sekolah akan mendatangkan impak yang bersifat emosi seperti sokongan, moral, intergriti, keselamatan, menggalakan kerjasama, rangsangan intelektual, dorongan pembelajaran, rundingan dan perkongsian dalam membuat keputusan (Leithwood, Louis, Anderson, & Wahlstrom, 2004). Berdasarkan asas tersebut, persoalan emosi dilihat sebagai antara elemen utama proses reformasi kepemimpinan sekolah ke arah merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Antara lain, memperkasakan sekolah-sekolah kebangsaan yang merupakan Teras Strategik PIPP. Malah menurut Hargreaves (1997) sekiranya aspek emosi diketepikan dalam proses perubahan kepemimpinan sekolah, maka emosi dan perasaan akan dinyatakan melalui tingkah laku yang tidak sihat misalnya dengan cara memprotes terhadap usaha-usaha pemimpin dan juga penurunan dalam kualiti serta motivasi bekerja subordinat. Hal-hal yang sedemikian sudah tentu akan memberi kesan negatif kepada usaha KPM dalam merealisasikan PIPP di Malaysia. 12

Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108)

2.0

Konsep Asas Kepemimpinan Pemimpin sekolah adalah kumpulan yang penting dan bertanggungjawab dalam

memperkasakan sekolah-sekolah kebangsaan seperti mana yang dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Memperkasakan sekolah dalam konteks meningkatkan jumlah sekolah-sekolah berkesan yang diukur berdasarkan skima penarafan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM-Sekolah) yang merangkumi aspek hala tuju kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan program pendidikan dan kemenjadian murid (Jemaah Nazir Sekolah, 2004). Kejayaan pemimpin sekolah untuk memacu keberkesanan sesebuah sekolah seringkali dihubungkaitkan dengan kualiti kepemimpinan sekolah (Ishak Sin, 2002; Abd Karim, 1989). Namun begitu, sejauh mana pemimpin sekolah menghayati kualiti kepimpinan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah masing-masing masih menjadi persoalan Pemimpin sekolah yang mempunyai kualiti dalam kepimpinan, berpengaruh, sanggup berkorban untuk kepentingan organisasi, kreatif dalam kepimpinan, berinovasi, dan berkemahiran dalam komunikasi merupakan ciri penting dalam menjana kecemerlangan sekolah. Kepemimpinan dapat didefinisikan dari perkataan terbitan daripada pimpin. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin dan kepemimpinan pula dapat dirumuskan sebagai keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin (Kamus Dewan 1994). Pemimpin yang bagus ialah mereka yang berkeupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku atau orang bawahan seperti guru, staf dan pelajar. Mampu membentuk perubahan seperti dirancangkan. Hal ini juga melibatkan pengaruh dan kebolehan mengubah sikap dan tindakan dengan menggunakan pelbagai teknik (Koontz & Wilhrivh, 1992). Peranan sebagai pemimpin menguji kemampuan pengetua atau guru besar dalam membimbing warga sekolah dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sekolah yang pelbagai (Rahimah, 2004). Keadaan ini terjadi kerana setiap perlakuan pengetua atau guru besar yang 12

Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108)

melakukannya menjadi perhatian, bukan sahaja oleh warga sekolah malah ibu bapa dan masyarakat setempat (Fullan, 2001). Untuk memastikan peranan pemimpin itu berkesan, peranan ini mesti dimainkan dalam semua aktiviti pengurusan, khususnya aktiviti memupuk hubungan kerjasama dalam kalangan warga sekolah, mengawal penggunaan dan pengagihan sumber kewangan dan peralatan, serta membina iklim dan budaya sekolah yang selesa dan kondusif. Jika dilihat dalam aspek agama islam pula kepemimpinan adalah amanah ketuhanan yang merangkumi urusan duniawi-ukhrawi dengan dwi-peranan utama iaitu memelihara agama dan mengurus dunia. Islam menganggap kepimpinan adalah taklif atau bebanan tanggungjawab dan bukan satu tasyrif atau pun satu keistimewaan.. Pemimpin perlu dipimpin oleh ilmu, iman dan amal untuk menjadikan kepimpinannya sebagai alat yang aktif yang dapat merealisasikan tujuan yang hendak dicapai iaitu membela agama dan mengurus dunia. Lantaran itu, Islam menempatkan kepimpinan di tempat yang tinggi, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: " Makhluk yang paling dicintai Allah adalah imam yang adil, dan yang paling dibenci Allah adalah imam yang zalim" (HR:Ahmad). Konsep Kepemimpinan dalam Islam dapat dirumuskan dengan berteraskan konsep khalifah Allah S.W.T, yang dinyatakan dalam surah At-Tahrim ayat enam yang bermaksud setiap manusia adalah pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarganya serta ahli-ahli di bawa jagaannya . Dalam ayat ini, Allah S.W.T menjelaskan bahawa setiap manusia itu telah dilahirkan sebagai pemimpin dan memikul beban tanggungjawab tersendiri. Dalam konsep islam juga, kepemimpinan juga dihubungkan dengan tugas menegakkan amar ma`ruf nahi mungkar yang merangkumi semua perkara yang dituntut dan diharuskan oleh syarak iaitu meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak yang membawa manusia kepada kesejahteraan kehidupan sekali gus mencegah yang buruk, keji dan mungkar. Kepemimpinan dalam islam digerakkan oleh ilmu, iman dan amal soleh yang diterasi oleh keikhlasan dalam semua bentuk tindakan yang diambil, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial, politik, malahan dalam bidang memberi didikan juga. 12

Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108)

Oleh yang demikian tugas utama pemimpin menurut Islam bukanlah untuk mempengaruhi para pengikutnya sebagaimana diterangkan oleh pendapat Eropah, tetapi untuk menegakkan ummah dan melaksanakan sistem kehidupan kerana Allah menurut nilai-nilai Islam. Dengan kata lain sesuatu kepemimpinan itu meliputi pelbagai aspek sama ada dari aspek dunia mahupun akhirat. Seseorang pemimpin perlu memastikan arah tuju organisasinya, berkeupayaan untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme staf-staf mereka, menyelesaikan masalah yang dihadapi, kesanggupan menyokong dan membantu staf-staf, cuba mengenal pasti ketidakpuasan hati staf-staf yang tentunya akan menentukan corak kelakuan staf-staf di dalam organisasi. Kepimpinan tidak dapat diasingkan dengan subordinat atau orang bawahannya. Kepimpinan pengetua atau guru besar meliputi pelbagai aktiviti, perlakuan, kemahiran, sikap dan pengetahuan yang mencerminkan kebolehan dan kesediaan untuk mempengaruhi, menggerakkan, membimbing dan melatih individu subordinat dan komuniti ke arah mencapai matlamat sekolah. Kepimpinan guru lebih kepada proses menerapkan visi, misi, mengurus bilik darjah, kurikulum dan kokurikulum, sukan, dan kaunseling. Dalam konteks hari ini, kepimpinan pendidikan harus mampu menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Wawasan 2020, melahirkan pendidikan bertaraf dunia, malah menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal berteraskan perpaduan kaum yang berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang berhasrat untuk mencapai insan seimbang dari segi jasmani, emosi. Rohani dan intelek. .Secara ringkasnya ianya akan melahirkan bangsa taat setia, insan beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, memenuhi modal insan untuk negara dan memberi peluang untuk semua kanak-kanak dalam negara. FPK seperti yang termaktub dalam Ordinan Pendidikan 1957 bertujuan membentuk dan akan meningkatkan sosiobudaya, ekonomi, dan politik negara. Akhirnya kepimpinan pendidikan harus faham bahawa kepimpinan yang perlu 12

Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108)

ditonjolkan adalah untuk mencapai perpaduan kaum, melahirkan modal insan yang bertanggungjawab, progresif, berdisiplin dan berorientasi sains dan teknologi.Kepimpinan pendidikan yang meliputi pentadbir serta guru harus peka dan faham maksud yang cuba disampaikan oleh negara semasa mereka menjalankan tugas. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi menetapkan matlamat hala tuju sesuatu organisasi, mampu menyusun setiap tindakan yang akan dijalankan, mengarah dan menyelaras subordinat mereka serta mampu mengawal bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai. Tekanan dan hukuman yang diberikan oleh pemimpin hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang. Kepemimpinan yang berkesan juga haruslah membuka peluang kepada subordinat untuk mengemukakan idea-idea baru dalam sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja. Hal ini dapat menjadikan subordinat atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat dan berdedikasi

12

Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108)

3.0

Peranan Guru Besar Dalam Mewujudkan Situasi Kepemimpinan Yang Berkesan

Sekolah merupakan sebuah institusi secara formal yang berperanan besar ke arah pembangunan insan, masyarakat dan negara. Dalam erti kata lain, sekolah mempunyai pengaruh yang amat kuat dalam membentuk masyarakat ke arah kemajuan ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1974). Untuk tujuan itu, sesebuah sekolah mestilah mempunyai ciriciri positif dalam memainkan peranan ke arah penggerak generasi pelajar kepada kemajuan dan kecemerlangan. Cabaran utama dan kritikal yang dihadapi oleh sistem pendidikan kini ialah menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti untuk menghasilkan generasi cemerlang sejajar dengan kehendak dan aspirasi pembangunan negara. Untuk menangani cabaran ini, sekolah perlu beroperasi dengan berkesan. Di Malaysia masalah utama proses pengurusan dan pentadbiran di sesebuah sekolah adalah terhadap keupayaan seseorang pengetua memotivasikan staf-stafnya dan pelajar-pelajarnya. Ramai staf tidak puas hati dengan peranan yang mereka mainkan, kurang pengiktirafan, di samping bakat dan potensi yang dimilki tidak diberi perhatian. Staf-staf sentiasa cepat mengesan tingkah laku atau kelakuan seseorang pemimpin atau guru besar di dalam sesuatu organisasi. Mengikut Hussein (1993), peranan yang perlu dimainkan oleh guru besar itu meliputi tiga aspek iaitu sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin. Oleh itu seseorang guru besar perlu memastikan arah tuju organisasinya, staf-staf, berkeupayaan untuk meningkatkan yang dihadapi, perkembangan profesionalisme menyelesaikan masalah

kesanggupan menyokong dan membantu staf-staf, cuba mengenal pasti ketidakpuasan hati staf-staf yang tentunya akan menentukan corak kelakuan staf-staf di dalam organisasi.. Dalam mewujudkan sesuatu organisasi yang berkesan, seseorang guru besar haruslah pandai mewujudkan hubungan antara ahlinya bagi memperolehi kerjasama yang berkesan daripada guru-guru dan seluruh warga sekolah. Apabila hubungan guru 12

Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108)

besar dan guru berada dalam keadaan optimum, pihak guru akan berasa lebih mudah dalam menjalankan tugas serta meningkatkan tahap motivasi guru untuk mendidik anak muridnya. Komitmen kerja guru merupakan satu kesetiaan penerimaan terhadap matlamat
dan nilai sesebuah sekolah. Ini bermakna setiap guru perlu mempunyai kesediaan untuk menyumbangkan tenaga bagi pihak sekolah dan penerimaannya untuk kekal sebagai ahli atau pekerja dalam sekolah yang diwakilinya. Dalam mewujudkan hubungan yang

optimum ini, guru juga akan berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif semasa di dalam kelas. Hal ini dapat melahirkan keseronokan kepada muridmurid untuk belajar di dalam kelas yang kondusif bersama guru yang bersemangat dan inovatif. Hubungan yang mesra antara pihak pentadbir iaini guru besar dengan guru juga merupakan faktor-faktor kesefahaman dengan guru besar, sokongan dari guru besar, persekitaran kerja yang sihat dan hubungan baik dengan rakan sekerja. Oleh itu, hubungan interpersonal dengan guru besar dan rakan sejawat merupakan faktor motivasi yang tinggi di kalangan para guru. Guru besar dan pengetua perlu sedar bahawa merekalah yang menentukan budaya persekitaran dan kecemerlangan sekolah. Jika seseorang pemimpin diterima ahli, pemimpin akan berasa dirinya dihormati dan diinspirasikan untuk memimpin ahli ke tahap lebih berkesan. Keberkesan guru besar dalam membina hubungan ini dapat menjadikan mereka sebagai seorang yang professional dalam tugas serta mampu mewujudkan sesebuah organisasi yang mampu mencapai dasar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) justeru menyentuh aspek sahsiah dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan sesebuah sekolah juga, kepimpinan guru besar akan dijadikan aras oleh masyarakat setempat. Hal ini kerana kita tidak dapat lari daripada hakikat sosiobudaya sebenar bahawa ibubapa menaruhkan kepercayaan tinggi kepada sesebuah sekolah jika mereka menaruh kepercayaan yang tinggi kepada kepimpinan seseorang guru besar. Oleh sebab itu, guru besar perlu merancang dengan teliti struktur tugasan dalam organisasi di sekolah. Selain daripada menjaga hubungan antara guru besar dengan ahli subordinatnya, guru besar juga haruslah menitikberatkan aspek-aspek berkaitan dengan struktur tugasan

12

Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108)

seperti penyusunan serta pembahagian tugas, penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah, menghayati dan mengamalkan peraturan-peraturan atau arahan yang ditetapkan, penghasilan berkualiti dan budaya kerja cemerlang. Ini bersesuaian dengan Hussien (1993) yang berpandangan untuk menjadi guru besar yang mempunyai kepimpinan yang berkesan perlulah menyatakan matlamat sekolah dengan jelas kepada semua guru, staf sokongan, ibu bapa, masyarakat serta pelajar yang mempunyai kepentingan bersama. Sebagai pemimpin, guru besar perlu memastikan segala pembahagian tugasan dilakukan secara adil dan saksama tanpa ada rasa ketidakpuasan hati dari mana-mana pihak. Guru besar perlu memahami masalah yang dihadapi oleh guru-guru mereka dan perlu memikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan berhemah. Seterusnya ialah kedudukan kuasa yang ada pada seorang guru besar atau pengetua. Seorang guru besar mempunyai kuasa rasmi yang kuat untuk melantik, mendisiplin, menukar, dan menentukan naik pangkat seseorang guru. Disini menunjukkan, situasi menyokong proses kepimpinan. Kedudukan kuasa yang ada pada seseorang guru besar telah membantunya untuk meneruskan proses kepimpinan di sesebuah sekolah. Guru besar perlu bijak menggunakan kedudukan kuasa yang ada untuk mengawal guru-guru dengan baik dan seterusnya mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan dalam organisasi di sekolah. Seseorang pemimpin atau guru besar yang berkesan dalam konteks sekolah adalah seorang yang dapat memperoleh dan mengekalkan pencapaian pelajar. Ini bermakna bahawa pencapaian sesebuah sekolah mestilah memenuhi objektif. Peranan guru besar adalah menyediakan asas yang kukuh dan persekitaran yang kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu guru besar harus bijak memilih stail kepimpinan mereka bagi membuat perubahan. Menurut kajian Ishak ( 2001 ), kepimpinan transformasi dikatakan salah satu kepimpinan yang baik dan boleh mempengaruhi subordinat. Kepimpinan ini berusaha

12

Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108)

menjajarkan nilai dan norma organisasi, dan apabila perlu, menyedia dan melakukan perubahan dalaman dan luaran. Secara umumnya, kepimpinan transformasi dianggap oleh subordinat sebagai pemimpin yang boleh memberi kepuasan kepada mereka. Ini menyebabkan organisasi atau sekolah menunjukkan prestasi yang tinggi. Selain itu, subordinat kepimpinan transformasi dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh kerana bangga terhadap pemimpin dan organisasi mereka. Manakala secara amnya kepimpinan transformasi merupakan seorang pemimpin yang mempunyai sifat-sifat dan tingkah laku unggul, berupaya membangkitkan inspirasi orang bawahan, berkebolehan merangsang intelektual subordinat dan mempunyai sifatsifat bertimbang rasa. Pemimpin ini berupaya membangkit dan mengekalkan komitmen dan kepuasan subordinat.

12

Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108)

4.0

Rumusan Pengetua atau Guru Besar merupakan pemimpin utama yang diberi amanah

untuk mengerak dan memacu kejayaan sesebuah sekolah dengan sokongan padu dari semua pihak iaitu guru-guru , pelajar , Persatuan Ibubapa dan Guru serta komuniti setempat. Guru Besar adalah pengurus utama yang penting untuk mewujudkan sekolah berkesan. Pemimpin utama harus memiliki karisma , keperibadian , bakat , kemahiran dan kobolehan untuk memimpin , membimbing dan membawa semua warga sekolah ke arah satu matlamat iaitu kecemerlangan pendidikan. Pemimpin utama seharusnya mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi semua guru dan pelajar untuk melaksanakan program yang telah dirancang. Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti kepimpinan dari masa ke semasa. Belajar melalui pengalaman dan sentiasa bertukar pendapat dengan pemimpin utama yang lain dengan mewujudkan jaringan yang positif. Pemimpin utama mempunyai dua wajah yang sering dibawa kemana sahja mereka pergi. Wajah pertama ialah wajah wajah yang diberikan dan dianugerahkan oleh Allah wst kepada setiap hambanya. Wajah kedua ialah wajah tempat mereka diberikan tugas atau amanah iaitu sekolah yang ditadbirnya.Kedua-dua wajah ini sepatutnya seimbang.Keperibadian yang unggul dan mencontohi Nabi Muhammad saw sebagai model ikutan. Keperibadian yang unggul memudahkan mereka untuk mengerak dan mempengaruhi orang yang dipimpin serta mudah mendapatkan sokongan dan kepercayaan daripada mereka.Bakat adalah anugerah Allah swt kepada setiap hambanya dan kemahiran boleh diperoleh melalui pelbagai sumber khasnyanya dalam keadaan dunia tanpa sempadan pada masa kini. Guru-guru di sekolah berkesan terlibat secara aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.Unit Perkembangan Staf harus berfungsi dengan berkesan supaya guru-guru dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan. Program harus dirancang sejajar dengan keperluan guru semasa. Guru besar harus bertindak bijak menggunakan situasi iaitu tahap kepakaran dan kemahiran guru yang 12

Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108)

sedia ada. Guru besar harus berkeupayaan untuk mengerak dan motivasi guru supaya ke aras berprestasi tinggi. Gunakan pandangan dan idea guru dalam melaksanakan pengurusan sekolah supaya mereka merasi bahawa mereka dihargai dan diperlukan oleh pihak sekolah. Set guru yang baik , berkemahiran dan berkualiti merupakan aset penting kepada pihak sekolah. Kajian terhadap kekuatan dan kelemahan memudahkan pihak pengurus atasan membuat keputusan. Guru-guru seharusnya ditempatkan ditempat yang sesuai dengan kemahiran , pengalaman dan minat mereka oleh itu pengurus sekolah harus mengenali staf mereka secara mendalam.

12

You might also like