You are on page 1of 17

SEMINAR KECEMERLANGAN SPM 2012 PERDAGANGAN

TARIKH : JULAI 2012


ANJURAN: SMK MERU, KLANG

ANALISIS AGIHAN SOALAN KERTAS SATU MENGIKUT TOPIK


TAHU

THAR 2011

TOPIK Tingkatan 4 1. Asas kepada perdagangan 2. Unsur perdagangan 3. Perniagaan dalam negeri 4. Perniagaan antarabangsa 5. Industri kecil dan sederhana 6. Pemilikan perniagaan 7. Pelaburan Jumlah soalan Tingkatan 4 Tingkatan 5 1. Perbankan dan institusi kewangan lain 2. Insurans 3. Pengangkutan 4. Komunikasi 5. Pergudangan 6. Promosi 7. Peranan kerajaan dalam perniagaan 8. Konsumerisme Jumlah soalan tingkatan 5 JUMLAH SOALAN

N 2005 1 1 5 3 3 4 3 20 3 1 3 2 1 4 4 2 20 40

2006 3 1 4 5 2 3 4 22 3 3 4 0 1 3 1 3 18 40

2007 3 0 4 0 4 5 1 17 4 2 5 3 4 2 2 1 23 40

2008 3 0 5 2 2 2 3 17 5 5 1 2 3 1 2 4 23 40

2009 5 2 2 2 2 4 2 19 3 7 2 1 3 2 1 2 21 40

2010 6 2 4 5 3 3 1 24 1 5 2 1 2 2 1 2 16 40

ANALISIS AGIHAN SOALAN KERTAS DUA MENGIKUT TOPIK


TOPIK Tingkatan 4 TAHUN 2005 2006 2007 2008 2009 2010

THAR 2011

1. Asas kepada perdagangan 2. Unsur perdagangan 3. Perniagaan dalam negeri 4. Perniagaan antarabangsa 5. Industri kecil dan sederhana 6. Pemilikan perniagaan 7. Pelaburan Tingkatan 5 1. Perbankan dan institusi kewangan lain 2. Insurans 3. Pengangkutan 4. Komunikasi 5. Pergudangan 6. Promosi 7. Peranan kerajaan dalam perniagaan 8. Konsumerisme JUMLAH SOALAN

1(a) 1(b) 1(c),2(a,b) 2(c) 3(a,b) 3(c),4(a) 4(b)

1(a,b) 1(a,b) 1(a,b,c) 1 1 1(c) 1(d) 2(a) 1(c),2(a,b) 6(a),2(a,b) 2(a,b,c) 2(a,b,c) 2(b,c,d) 2(c),6(c) 6(e) 3(a,b),6(c) 3(a) 3(a),6(b,c) 2(d) 6(c,d) 3(c) 3(b) 6(a,b) 3(a,b) 2(b) 6(a) 3(c) 3(b) 3(c,d) 3(a) 4(a) 6(b),(c) 3(c)

5(a) 4(c) 6(a) 5(b) 6(b) 6(c) 5(c) 6 4(a,b) 4(c) 6(a,b) 5(a) 5(b,c) 6

3(b) 4(a) 4(b) 5(a) 5(b,c) 6(b) 5(d) 6

4(b,c) 6(b) 5(a) 6(d) 5(b,c) 5(d,e) 6

4(a,b,c)

4(a,b)

6(a) 4(c),6(e) 4(d) 4(d) 5(a),(b) 4(e) 5(c) 5(a),6(d) 5(b) 5(d),(e) 6(d) 6 5(c) 5(d,e) 6

Kata tugas dan contoh soalan I. Terangkan/Jelaskan Memerlukan pelajar menerangkan sesuatu atau memberi isi penting kemudian menghuraikannya. Contoh soalan 1. Terangkan sumbangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada Negara. [10 markah] THAR 2011 3

2. Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Roni.


Encik Roni ialah pemilik kilang Pineapple Canners, di Pekan Nenas Johor. Kilang tersebut didirikan atas sebidang tanah milik keluarga. Pekerja dikilangnya seramai 50 orang ditugaskan di bahagian lading dan pemprosesan. Beliau telah mendapat pinjaman bank untuk membeli lapan buah mesin baru di kilangnya bagi membesarkan perniagaannya.

Terangkan faktor pengeluaran yang terlibat dalam pengeluaran di kilang tersebut. [8 markah] 3. Terangkan tiga sumbangan usahawan kepada Negara. [6 markah]

4. Pernyataan I hingga pernyataan III merujuk kepada pengkhususan dalam pengeluaran. PERNYATAAN I - Kilang kasut menggunakan mesin secara intensif untuk pengeluaran secara besar-besaran. II - Hassan seorang doctor manakala adiknya seorang jurutera. III - Negeri Kedah dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi. Terangkan jenis pengkhususan dalam pernyataan I,II dan III.

II.

Huraikan Memberi penjelasan tentang pernyataan/gambar yang diberi. Menulis segala yang pelajar tahu tentang soalan yang ditanya supaya pembaca dapat memahami dengan jelas tentang perkara yang dihuraikan. Contoh soalan 1. Gambar 1 menunjukkan suatu aktiviti pengeluaran.

THAR 2011

Huraikan tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti itu.[9 markah] 2. Malaysia mengimport barang dari Negara luar untuk menampung kekurangan dalam Negara. Pada masa yang sama Malaysia juga mengeksport keluarannya ke negara lain. Huraikan faktor yang menyebabkan wujudnya perniagaan tersebut. [12 markah] 3. Huraikan tiga bantuan perniagaan yang diperlukan oleh peniaga untuk melancarkan aktiviti perniagaannya. [ 9 markah ]

III. Mengapakah Memerlukan pelajar memberikan sebab-sebab untuk menerangkan sesuatu. Contoh soalan 1. Perbualan berikut adalah antara Fariz dengan ayahnya, encik Kamarol.

En Kamarol : Ayah rasa elok kita menubuhkan pasar raya. Fariz : Eh, bukankah perniagaan pasar raya ni banyak masalah? THAR 2011 5

En Kamarol : Kalau kita menubuhkan pasar raya, ayah berasa yakin perniagaan kita lebih maju. Fariz : Sama saja ayah. Perniagaan runcit sedia ada ini pun maju juga. Berdasarkan perbualan itu, mengapakah Encik Kamarol begitu yakin hendak menubuhkan perniagaan pasar raya? [8 markah] 2. Pernyataan berikut berkaitan dengan seorang pengguna kad kredit.

Puan Rahmah ialah seorang perunding imej yang berjaya di Kuala Lumpur dan sering menghadiri persidangan di luar Negara. Beliau memilih menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran dala urusan harian. Mengapakah Puan Rahmah menggunakan kaedah pembayaran tersebut. [6 markah] 3. Maklumat berikut berkaitan Syarikat Kayu Mewah yang mengeluarkan perabot di Sungai Petani.

Modal Bilangan pekerja Jualan tahun 2004 Pasaran

: : : :

RM1.5 juta 120 orang tempatan RM20 juta Sekitar negeri Kedah

Mengapakah Syarikat Kayu Mewah diklasifikasikan sebagai Industri Kecil dan Sederhana (IKS)? [6 markah]

4. Encik Samsul seorang kontraktor binaan dan Cik Suria seorang guru adalah adik-beradik. Mereka telah membeli insurans endowmen bernilai RM100 000 daripada Syarikat Insurans Maju Jaya. Dialog di bawah merujuk kepada kekeliruan mereka apabila menerima polisi insurans daripada syarikat itu.

THAR 2011

Mengapakah premium yang perlu dibayar oleh Encik Samsul dan Cik Suria berbeza? [8 markah]

IV. Bagaimanakah Memerlukan penerangan tentang cara-cara melakukan sesuatu Contoh soalan 1. Encik Baskaran ialah pemilik Pasa Mini Baskaran di Seberang Prai, Pulau Pinang. Beliau menerima banyak rungutan daripada pelanggannya. Dialog berikut merujuk kepada sebahagian daripada rungutan pelanggan THAR 2011 7

yang diterimanya.

Jelaskan bagaimana Encik Baskaran dapat menyelesaikan masalah tersebut dari aspek berikut: i) Melayan pelanggan [5 markah] ii) Pengurusan stok [4 markah] 2.Bagaimanakah perbankan boleh membantu seseorang peniaga dalam melancarkan aktiviti perniagaannya?[7 markah] 3. Berikut adalah maklumat tentang Syarikat Ikan Segar Sendirian Berhad.
Syarikat Ikan Segar Sendirian Berhad ialah pemborong ikan di bandar Melaka. Selain membekal ikan kepada peruncit yang datang sendiri ke gudangnya, syarikat itu juga membekalkan ikan kepada restoran dan pasar raya di bandar Melaka dan Seremban.

Bagaimanakah pengangkutan membantu perniagaan syarikat tersebut?[7markah] THAR 2011 8

V. Perbezaan Memberi perbezaan di antara dua perkara. Setiap perbezaan perlu ditunjukkan dengan jelas. Pelajar boleh menjawab perbezaan sama ada dengan menggunakan jadual T atau jawab dalam bentuk esei atau perenggan dengan menggunakan kata hubung. Contoh soalan 1. Terangkan perbezaan antara kapal kargo dengan kapal kerentan. [10 markah] 2. Bezakan ciri syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad. [8 markah] VI. Hitungkan Meminta pelajar untuk membuat pengiraan dengan menunjukkan jalan kira yang jelas. Contoh soalan 1. Pada tahun 2003, Puan Firda telah membuat pelaburan dalam syarikat Alam Megah Berhad dan juga dalam saham amanah di Permodalan Saham Yakin Berhad. Berikut adalah saham yang dipegang oleh Puan Firda dalam tempoh setahun. 2 000 unit 9% syer keutamaan pada RM2 setiap satu. 2 000 unit syer biasa pada harga pasaran RM2.50 setiap satu. Nilai taranya RM0.50 setiap satu. 6000 unit saham amanah pada RM1 seunit. Syarikat Alam Megah Berhad mengisytiharkan dividen penuh ke atas syer keutamaan dan 15% ke atas syer biasa. Permodalan Saham yakin Berhad pula telah menetapkan untuk membayar dividen sebanyak 10% dan bonus 2% pada tahun tersebut. i) Hitungkan jumlah pendapatan daripada pelaburan yang diperoleh Puan Firda pada tahun itu. [9 markah] 2. Gambar berikut ialah iklan kamera video di sebuah kedai elektrik.

THAR 2011

Hitungkan i) jumlah faedah yang perlu dibayar untuk belian secara kredit. [2 markah] ii) kadar faedah setahun.[3 markah] VII. Berikan alasan/kemukakan alasan anda/ beri cadangan Pelajar dikehendaki memberi sebab-sebab yang munasabah berkaitan dengan soalan yang dikemukakan. Contoh soalan 1. Dialog berikut antara Lim dengan Fahmi. Lim Fahmi Lim : Wah, nampaknya hasil tangkapan awak semakin banyak. : Pada zahirnya begitulah Lim.Tapi hasil tangkapan ikan yang banyak pun menimbulkan masalah terutamanya kepada pengusaha kecil-kecilan seperti saya. : Kalau begitu saya cadangkan awak mendapatkan khidmat pemborong.

Berdasarkan dialog itu, tentukan jenis pemborong yang sesuai untuk membantu Fahmi menyelesaikan masalahnya dan berikan alasan anda. [5 markah]

2. Pengusaha Sinaran Siber Caf ingin menambah 30 unit komputer di premisnya. Beliau mempertimbangkan dua cara untuk mendapatkan computer tersebut iaitu pembelian melalui syarikat pajakan atau membeli secara tunai. Tentukan cara pembelian yang sesuai dipilih oleh pengusaha tersebut.Berikan alasan anda. [7 markah]

THAR 2011

10

3. Berikut adalah maklumat sebuah syarikat perniagaan. Bilangan pekerja Kenderaan Stok perniagaan Sewa bulanan kedai 3 orang Sebuah van untuk menghantar tempahan ubatan ke klinik di sekitar Sungai Petani Bernilai RM500 000 RM2 000

Cadangkan lima jenis polisi insurans yang sesuai diambil oleh syarikat tersebut untuk melindungi perniagaannya. [10 markah]

SOALAN BERASASKAN DOKUMEN SPM 2006

THAR 2011

11

SPM 2007

THAR 2011

12

SPM 2008

THAR 2011

13

SPM 2006 - BAHAGIAN B Encik Ghani ialah pembekal Syarikat Auto Engineering yang beroperasi di Kuala Lumpur. Syarikat ini membekalkan alat ganti kereta kepada individu, pengusaha bengkel kereta dan kedai-kedai alat ganti kereta di seluruh Malaysia. Encik Ghani THAR 2011 14

menerima pesanan daripada pelanggannya melalui telefon sahaja. Keadaan ini menimbulkan masalah kepadanya sehingga menjejaskan perjalanan perniagaan. Syarikat Auto Engineering menerima banyak pesanan alat ganti daripada pelanggan di luar Kuala Lumpur . Kedai-kedai alat ganti membuat pesanan dalam kuantiti yang besar. Pengusaha dan individu membuat tempahan dalam kuantiti yang kecil. Pesanan dalam kuantiti yang besar dihantar menggunakan pengangkutan syarikat. Pesanan dalam kuantiti yang kecil dihantar menggunakan perkhidmatan kurier. Sebelum ini, bekalan alat ganti kereta diperoleh dari negara Jerman. Baru-baru ini, Encik Ghani mendapati harga alat ganti dari negara China lebih murah. Beliau bercadang untuk membeli alat ganti dari negara China melalui ejen import di Malaysia. Manakala rakannya pula mencadangkan supaya beliau membeli alat ganti secara langsung dari negara Singapura. Beliau membuat keputusan membeli alat ganti negara China. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut: (a) i) Jelaskan masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut semasa menerima pesanan. [3 markah] ii) Syorkan dua jenis perkhidmatan telekomunikasi yang sesuai digunakan oleh Encik Ghani untuk melicinkan urusan perniagaannya. [2 markah] iii) Berikan tiga alasan bagi kedua-dua jenis perkhidmatan telekomunikasi yang disyorkan. [6 markah] (b) Jelaskan sebab perkhidmatan kurier digunakan dalam situasi ini. [7 markah]

(c) Mengapakah Encik Ghani memilih untuk mengimport alat ganti dari dari negara China dan bukan dari negara Singapura? [7 mar

2007
Syarikat Resepi Ibuku Sdn Bhd ialah sebuah syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terlibat dalam perusahaan pembuatan biskut madu di Klang, Selangor.Perusahaan ini telah ditubuhkan olah Encik Naim sejak tiga tahun lalu. Baru-baru ini beliau telah menerima laporan

THAR 2011

15

tentang prestasi jualan biskut madu daripada pegawai pemasaran syarikat. Prestasi jualan biskut madu telah mendapat permintaan yang tinggi di sekitar Lembah Klang tetapi sebaliknya prestasi jualan di negeri-negeri lain kurang memuaskan dan semakin merosot. Keadaan ini berlaku kerana syarikat menggunakan stategi pameran bergerak dan mengedarkan risalah kepada orang ramai. Kerap kali juga syarikat mengedarkan produk terus kepada pengguna sehingga terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi seperti kos tempat penyimpanan stok dan kos penghantaran. Hal ini merungsingkan fikiran Encik Naim kerana beliau juga kurang pengalaman dalam bidang promosi produk. Namun begitu, Encik Naim tidak berputus asa dan tetap meneruskan pengeluaran produk biskut madu untuk memenuhi permintaan pengguna di sekitar Lembah Klang. Beliau telah memohon pinjaman sebanyak RM250 000 daripada beberapa buah bank perdagangan untuk membeli unit ketuhar pembakar biskut bagi menabah pengeluaran. Permohonan beliau telah ditolak oleh pihak bank atas sebab tertentu. Tindakan bank ini amat mengecewakan Encik Naim. Beliau telah dinasihatkan oleh rakan-rakan niaganya untuk memohon pinjaman daripada agensi kerajaan tetapi Encik Namin tidak mempunyai maklumat lengkap tentang agensi kerajaan yang menawarkan kemudahan pinjaman tersebut. Menerusi bantuan rakan-rakan Encik Naim, Syarikat Resepi Ibuku Sdn Bhd telah menerima pesanan biskut madu daripada pengimport Singapura dan Indonesia bernilai RM180 000. Pesanan ini mesti dihantar kepada pengimport dalam tempoh 2 minggu. Walaupun tempoh masa penghantaraan tersebut amat singkat, namun rakan-rakannya mendesak beliau supaya tidak melepaskan peluang perniagaan ini. Mereka menegaskan kejayaan perniagaan Syarikat Resepi Ibuku Sdn Bhd lebih terjamin dangan mengadakan hubungan perniagaan tersebut. Sebenarnya Encuk Naim rasa gembira mandapat peluang tersebut, tetapi sebahagian ahli pengarah syarikat mendesak Encik Naim memberi tumpuan kepada pasaran tempatan sahaja.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut: (a) Cadangkan dua saluran agihan yang boleh Encik Naim gunakan untuk mengurangkan kos operasi memaksimumkan keuntungannya. [4 markah] (b) Terangkan tiga kaedah yang dapat membantu Encik Naim meningkatkan jualan produk syarikatnya di negeri-negeri lain. [6 markah] (c) Jelaskan tiga sebab permohonan pinjaman Encik Naim ditolak oleh pihak bank. [3 markah] (d) Terangkan tiga agensi kerajaan yang dapat membantu Encik Naim membeli ketuhar pembakar tersebut. [6 markah] (e) Jika anda adalah Encik Naim, adakah anda bersetuju menerima pesanan daripada pengimport Singapura dan Indonesia? Kemukakan alasan anda. [6 markah] SPM 2008
Encik Ali merupakan seorang pengusaha restoran yang berjaya di Kuala Tahan,Pahang. Beliau merancang untuk memepelbagaikan perniagaannya. Peluang ini terbuka apabila beliau mendapati sebuah rumah peranginan berhampiran iaitu Resort DPatin tidak

THAR 2011

16

mampu diuruskan oleh pengusaha asal kerana masalah modal dan pengurusan. Beliau membuat keputusan mengambil alih rumah peranginan berkenaan. Keputusan itu mandapt tentangan daripada keluarganya. Mereka bimbang Encik Ali akan mangalami kerugian disebabkan beliau hanya berpengalaman dalam mengusahakan restoran. Encik Ali tetap melaksanakan keputusannya. Encik Ali mengambil insurans liabiliti am dan insurans kebakaran untuk melindungi pelaburannya. Selepas beberapa bulan beroperasi, Encik Ali mendapati kutipan mingguannya terkurang sebanyak RM12 000. Setelah siasatan dilakukan didapati kekurangan tersebut akibat ketidakjujuran kerani akaunnya. Encik Ali telah menuntut rugi daripada syarikat insurans tetapi tuntutannya ditolak. Keadaan ini menyebabkan Encik Ali terkejut dan memohon penjelasan daripada syarikat insurans. Memandangkan lokasi Resort DPatin yang strategik di Kuala Tahan, Encik Ali telah dihubungi oleh pegawai daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk memohon kerjasama beliau menjadi tuan rumah ASEAN Oriental Food Festival sempena Tahun Melawat Malaysia 2008. Pada awalnya Encik Ali keberatan untuk mererima pelawaan ini. Namun setelah mandapat penerangan terperinci daripada pengawai tersebut beliau bersetuju untuk menjadi tuan rumah. Oleh itu, Encik Ali perlu mempertingkatkan kemudahan di rumah peranginannya termasuk kemudahaan sistem komunikasi. Penggunaan sistem komunikasi sedia ada iaitu telefon dan pos menyukarkan pelancong tempatan dan luar negara mendapatkan maklomat tentang Resort DPatin. Encik Ali telah meminta pengawai pemasaran Resort DPatin untuk memikirkan startegi bagi mempertingkatkan kemudahan sistem komunikasi.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut: a) Jelaskan tiga alasan Encik Ali berkeras untuk melaksanakan keputusannya. [3 markah] b) Mengapakah syarikat insurans menolak tuntutan ganti rugi Encik Ali? [4 markah] c) Terangkan kepentingan penganjuran ASEAN Oriental Food Festival kepada: a. Resort DPatin [6 markah] b. Negara Malaysia [6 markah] d) (i) Jika anda adalah pegawai pemasaran Resort DPatin, apakah jenis sistem komunikasi yang sesuai dicadangkan kepada Encik Ali? [1 markah] (ii) Bagaimanakah sistem komunikasi tersebut dapat membantu Resort DPatin? [5 markah]

THAR 2011

17