INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA (IPBA

)

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA.
PENYERTAAN PASUKAN-PASUKAN FUTSAL IPBA, DALAM, PERLAWANAN FUTSAL (OPEN) FRENSTER 12, ANJURAN KOLEJ KEDIAMAN 12, UNIVERSITI MALAYA.

1.0 TUJUAN 1.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan dari Pengarah IPBA, bagi 3 pasukan futsal IPBA (seperti dalam Lampiran 1) bertanding dalam Perlawanan Fustal (Open) Frenster 12 yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman 12, Universiti Malaya. 1.2 Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran IPBA untuk membayar yuran penyertaan bagi memasuki perlawanan tersebut. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Memantapkan pasukan futsal IPBA bagi menghadapi KAGUM Permainan pada bulan April 2008. 2.2 Menambah pengalaman dan keyakinan pemain apabila didedahkan dengan banyak perlawanan. 2.3 Memahami dan dapat mempraktikkan segala teknik permainan futsal yang dipelajari ketika latihan di IPBA. 2.4 Mengeratkan lagi semangat berpasukan dalam pasukan IPBA yang bertanding. 2.5 Mengeratkan hubungan pelajar-pelajar IPBA dari berbagai-bagai kursus yang menjadi wakil dalam setiap pasukan. 2.6 Menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara pelajar-pelajar IPBA dengan komuniti pelajar di Universiti Malaya. 2.7 Menyemarakkan lagi budaya bersukan dalam kalangan pelajar-pelajar IPBA.

3.0 MAKLUMAT PERLAWANAN Maklumat tentang perlawanan ini adalah seperti berikut: Nama Perlawanan :Futsal (Open) Frenster 12. Tarikh : 23 – 24 Februari 2008 Hari : Sabtu - Ahad Masa : 9.00pagi – 1.00ptg Tempat : Kolej Kediaman 12, Universiti Malaya. 4.0 PENYERTAAN Para peserta yang terlibat ialah dalam kalangan pelajar-pelajar IPBA yang terdiri dari pelajar yang berbagai jenis kursus. Terdapat 3 pasukan yang akan menjadi wakil IPBA iaitu seramai 27 orang pelajar, yang mana setiap pasukan mempunyai 9 orang ahli yang terdiri daripada 8 orang pemain dan seorang pengurus pasukan (seperti dalam Lampiran 1). 5.0 STRUKTUR JAWATANKUASA Struktur jawatankuasa bagi penyertaan perlawanan ini adalah terdiri dari ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang bertanggungjawab menyediakan pasukan-pasukan futsal tersebut yang dinaungi oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), IPBA (seperti dalam Lampiran 2)

6.0 JADUAL PERLAWANAN Segala jadual dan susun atur perlawanan adalah tertakluk kepada penganjur, iaitu pihak Kolej Kediaman 12, Universiti Malaya.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan bagi perlawanan ini adalah seperti dalam Lampiran 3.

8.0 PERTIMBANGAN Kami amat mengharapkan jasa baik dari pihak tuan sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan supaya permohonan kami ini dapat diluluskan, seterusnya mencerahkan lagi masa depan sukan di IPBA. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

8.0 PENUTUP Diharapkan kertas kerja Penyertaan Pasukan-Pasukan Futsal IPBA dalam Perlawanan Futsal (Open) Frenster 12 ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan dan seterusnya meluluskan penyertaan ini.

Disediakan oleh , ……………………….. (Taiebah Mohamad Sagir) Setiausaha Agung Kehormat, MPP IPBA

Disemak oleh , ..……………………… (Mohd Hanif b. Mohd Mahpot) Naib Yang Dipertua 1, MPP IPBA

Disokong oleh, ………………………….. (En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA.

Diluluskan oleh , ….…………………… (Dr. Mohd Sofi Bin Ali) Pengarah, Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur.

LAMPIRAN 2 STRUKTUR JAWATANKUASA, PENYERTAAN PASUKAN-PASUKAN FUTSAL IPBA, DALAM, PERLAWANAN FUTSAL (OPEN) FRENSTER 12, AJURAN KOLEJ KEDIAMAN 12, UNIVERSITI MALAYA.

PENAUNG Dr. Mohd. Sofi b. Ali (Pengarah IPBA)

En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar HEP, IPBA)

Majlis Perwakilan Pelajar IPBA (MPP IPBA)

Pasukan-Pasukan Futsal IPBA

LAMPIRAN 3 Anggaran perbelanjaan untuk penyertaan pasukan futsal IPBA dalam Perlawanan Futsal (Open) Frenster 12, Universiti Malaya.

Perkara Yuran penyertaan

Anggaran perbelanjaan Satu pasukan = RM100 3 pasukan = RM100 X 3 = RM300

-

Makanan dan minuman (2 hari)

RM100 RM400

JUMLAH KESELURUHAN

Pengesahan anggaran perbelanjaan. Disediakan oleh , ……………………….. … (Taiebah Mohamad Sagir) Setiausaha Agung Kehormat, MPP IPBA Disemak oleh , ..…………………… (Mohd Hanif b. Mohd Mahpot) Naib Yang Dipertua 1, MPP IPBA

Disokong oleh, ………………………….. (En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA.

Disahkan oleh,

…………………………… (Dr.Mohd Sofi Bin Ali) Pengarah, Ins. Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa

INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA

KERTAS KERJA
PENYERTAAN PASUKAN-PASUKAN FUTSAL IPBA, DALAM, “PERLAWANAN FUTSAL (OPEN) FRENSTER 12”, ANJURAN KOLEJ KEDIAMAN 12, UNIVERSITI MALAYA.

DISEDIAKAN OLEH:

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful