You are on page 1of 8

INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA

International Languages Teacher Training Institute

KERTAS KERJA
UNTUK MENGADAKAN
TEMURAMAH DAN TINJAUAN
DI PEJABAT
PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA
&
PERSEKUTUAN HOKI MALAYSIA
(23 & 24 Februari 2009)

Disediakan Oleh:
1
Kumpulan Tiga
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kajian Sosial)
Semester 5, Tahun 3.

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada
Pengarah IPBA, untuk mengadakan temuramah dan tinjauan ke Pejabat Persatuan Badminton
Malaysia (BAM) dan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM)

2.0 LATAR BELAKANG

Seperti yang telah direncana oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian
Pelajaran Malaysia, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) mempunyai mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sebagai elektif. Oleh itu, bagi semester
lima ini, kami perlu mempelajari komponen bagi mata pelajaran PJK iaitu Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJ3112).
Dalam komponen ini kami perlu mengadakan lawatan ke beberapa agensi sukan bagi
melihat dan memperolehi maklumat tentang pengurusan dan pentadbiran pendidikan
jasmani dan sukan yang dijalankan untuk sesuatu agensi sukan tersebut. Untuk itu
kumpulan kami iaitu kumpulan tiga seramai 5 orang telah memilih untuk melaksanakan
tugasan ini di Pejabat Persatuan Badminton Malaysia dan Persekutuan Hoki Malaysia.
Antara skop maklumat yang perlu kami dapatkan adalah berkenaan pentadbiran dan
perlembagaan persatuan, pengurusan yang merangkumi aspek seperti kepimpinan, sumber
kewangan, pengurusan stor, program pembangunan sukan yang dirancang, undang-
undang sukan, nilai dan etika serta membuat lawatan ringkas di sekitar kawasan
pentadbiran PHM dan BAM.
Oleh yang demikian, lawatan ni amat penting dalam memberi maklumat tentang
pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan secara holistik dan menjadikan
kami lebih berpengetahuan ketika menjadi guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di
sekolah kelak.

2
3.0 RASIONAL
Bagi melaksanakan tugasan ini kami telah membuat keputusan untuk membawa ahli
kumpulan kami sahaja iaitu seramai 5 orang. Hal ini kerana, ia akan memudahkan
pelaksanaan tugasan dan tidak menjadi bebanan kepada pihak PHM dan BAM untuk
mengadakan interaksi mereka bersama kami. Perkara ini juga telah dipersetujui oleh
pensyarah mata pelajaran kami iaitu Dr. Azita bin Amrin.

4.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN


4.1 Butiran mengenai Lawatan ke Pejabat BAM dan PHM

Tarikh cadangan:
i. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) : 23 Mac 2009
ii. Persatuan Hoki Malaysia (PHM) : 24 Mac 2009
Hari : Isnin & Selasa
Masa : 1.30 – 5.30 petang
Tempat:
i. Badminton Association of Malaysia (BAM)
Stadium Juara
Bukit Kiara Sports Complex
Jalan 1 / 70 D, Bukit Kiara
60000 Kuala Lumpur.
ii. Stadium Hoki Bukit Jalil
Bukit Jalil,
50714 Kuala Lumpur.
Jumlah pelajar: 5 orang

4.2 Bagi melancarkan program ini Ahli Jawatankuasa Pelaksana telah dibentuk seperti dalam
Lampiran 1
4.3 Program ini adalah di bawah pengawasan pensyarah mata pelajaran Pengurusan dan
Pentadbiran Jasmani dan Sukan, Dr. Azita bin Amrin.
4.4 Tentatif program telah disediakan seperti dalam Lampiran 3.
3
5.0 OBJEKTIF

5.1 Mengetahui tentang selok belok pentadbiran sukan di setiap agensi sukan tersebut
5.2 Menyediakan guru pelatih untuk lebih bersedia bagi mengendalikan pengurusan dan
pentabdiran pendidikan jasmani di sekolah kelak.
5.3 Mengalakkan aktiviti hands on agar guru pelatih dapat melihat sendiri aktiviti pengurusan
dan program sukan yang dilaksanakan
5.4 Membina hubungan yang baik antara komuniti IPBA dengan pihak-pihak luar.

6.0 CADANGAN

Antara perkara yang dicadangkan untuk program ini ialah:


5.1 Pegawai BAM dan PHM akan mengadakan sesi taklimat tentang pentadbiran dan pengurusan
sukan di tempat mereka.
5.2 Melihat program latihan sukan yang dijalankan.

7.0 IMPLIKASI

6.1 Meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam urusan pentadbiran sesebuah organisasi
6.2 Menimba pengalaman dalam usaha menyediakan bakal guru yang mahir dan berpengalaman
dalam mengendalikan sesebuah organisasi kelak.
6.3 Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih khususnya dalam aspek komunikasi
6.4 Mengalakkan aktiviti hands on agar guru pelatih berpeluang mengikuti dan mengumpul
pengalaman sepanjang berada di sana
6.5 Mengerat kerjasama dan meningkatkan hubungan institusi dengan pihak luar
6.6 Memantapkan nama IPBA sebagai institusi pendidikan guru yang berdaya saing

4
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Senarai bagi anggaran perbelanjaan adalah seperti dalam Lampiran 2.

8.0 KESIMPULAN

Aktiviti yang dirancang adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam melahirkan guru yang berketrampilan dan sentiasa mempunyai iltizam yang tinggi
dalam apa jua bidang. Diharap agar permohonan ini diluluskan dengan segera supaya
aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya.

Disediakan oleh ,

………………………..
(Mohd Nor Fadzli Bin Osman @ Abd Rahman)
Ketua Kumpulan 3.

Melalui,

…………………………..
(Dr. Azita b. Amrin)
Pensyarah Pengurusan & Pentadbiran PJ & Sukan,
Jabatan Kajian Sosial,
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

Disokong oleh,

……………………………
(Mohamad Kamar bin Bainudin)
Ketua Jabatan Kajian Sosial,
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

Diluluskan oleh ,

….……………………
5
(Dr. Mohd Sofi Bin Ali)
Pengarah,
Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa
Kuala Lumpur.

LAMPIRAN 1

STRUKTUR JAWATANKUASA PELAKSANA KUMPULAN 3,


TEMURAMAH DAN TINJAUAN KE PEJABAT BAM & PHM

Penasihat : Dr. Mohd Sofi Bin Ali

Penyelaras : Dr. Azita Bin Amrin

Ketua Kump. : Mohd Nor Fadzli Bin Osman @ Abd Rahman

Pen. Ketua Kump. : Mohd Taufik Bin Osman

Setiausaha : Taiebah Binti Mohd Sagir

Ahli Jawatankuasa:

Hadiah & Cenderamata : Shamsiah Binti Masnan

Pengangkutan : Ahmad Bin Jaafar

6
LAMPIRAN 2

Anggaran perbelanjaan untuk program temuramah dan tinjauan ke BAM & PHM.

Perkara Anggaran perbelanjaan

Hadiah & Cenderahati BAM:


- Hamper 1 cenderahati
- Cenderahati IPBA PHM: RM 50
1 cenderahati

- Pengangkutan RM 60

JUMLAH KESELURUHAN RM 110

7
LAMPIRAN 3

Tentatif lawatan ilmiah ke Pejabat Persatuan Badminton Malaysia dan Persekutuan Hoki
Malaysia.

Tarikh: 23 Mac 2009 - BAM

MASA PERKARA

1.30 ptg Guru pelatih bertolak dari IPBA


2.00 ptg Guru pelatih sampai ke Pejabat Persatuan
Badminton Malaysia
2.15 ptg Sesi taklimat oleh Pegawai BAM
3.00 ptg Melawat kawasan pejabat dan melihat
pelaksanaan pentadbiran BAM
4.00 ptg Ucapan penutup oleh wakil kumpulan
4.15 ptg Penyampaian cenderamata IPBA
4.30 ptg Guru pelatih pulang ke IPBA
5.00 ptg Guru pelatih sampai ke IPBA

Tarikh: 24 Mac 2009 – PHM

MASA PERKARA

1.30 ptg Guru pelatih bertolak dari IPBA


2.00 ptg Guru pelatih sampai ke Pejabat
Persekutuan Hoki Malaysia
2.15 ptg Sesi taklimat oleh Pegawai PHM
3.00 ptg Melawat kawasan pejabat dan melihat
pelaksanaan pentadbiran PHM
4.00 ptg Ucapan penutup oleh wakil kumpulan
4.15 ptg Penyampaian cenderamata IPBA
4.30 ptg Guru pelatih pulang ke IPBA
5.00 ptg Guru pelatih sampai ke IPBA