INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Kampus Bahasa Antarabangsa

KERTAS KERJA PENUBUHAN PUSAT KEGIATAN PELAJAR IPGM-Kampus Bahasa Antarabangsa

Disediakan oleh:

1

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA
1.0 LATAR BELAKANG Dalam usaha melahirkan bakal-bakal guru yang cemerlang dalam pelbagai bidang, adalah penting untuk mempunyai satu landasan ataupun platform untuk pelajar ini menjalankan pelbagai aktiviti di satu tempat yang khusus yang mana mereka dapat mengeratkan semangat perpaduan dan interaksi yang sihat antara pelajar. Oleh yang demikian, satu tempat untuk para pelajar ini menjalankan aktiviti perlu diwujudkan di kampus perguruan ini. Pusat Kegiatan Pelajar ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar IPBA di bawah pemantauan Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA. Semua aktiviti pelajar boleh diadakan di sini seperti mengadakan perbincangan berkumpulan, mendapatkan khidmat photostat ataupun membeli barangan keperluan asas, mengakses internet dan sebagainya. Selain itu, pusat kegiatan pelajar ini juga akan menjadi bilik gerakan rasmi bagi Majlis Perwakilan Pelajar untuk menjalankan mesyuarat dan merancang segala aktiviti untuk pelajar-pelajar IPGM - Kampus Bahasa Antarabangsa.

2.0 2.1

TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Ahli Majlis Pengurusan dan Pentadbiran Profesional mengenai cadangan menubuhkan pusat kegiatan pelajar di IPGM - Kampus Bahasa Antarabangsa. Memohon peruntukan daripada pihak pentadbiran IPBA untuk menampung kos bagi penyediaan segala kelengkapan dan keperluan dalam proses pembinaan Pusat Kegiatan Pelajar tersebut.

2.2

3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN 3.1 Tiada tempat belajar di Asrama Pantai Puri Perbincangan berkumpulan merupakan salah satu cara pembelajaran yang berkesan. Ketiadaan tempat belajar yang khusus di asrama menjadikan perbincangan kumpulan ini tidak dapat diadakan terutamanya perbincangan yang melibatkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dengan adanya pusat kegiatan pelajar ini, salah satu daripada kegiatan yang boleh diadakan ialah perbincangan dalam kumpulan. Hal ini kerana pusat kegiatan pelajar yang dicadangkan ini akan dilengkapi dengan tempat untuk para pelajar 2

menjalankan aktiviti ini. Selain itu, pelbagai aktiviti yang berbentuk akademik akan dikendalikan oleh Exco Akademik.

3.2 Ketiadaan koperasi di Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa Koperasi merupakan satu kedai yang mempunyai semua keperluan asas untuk para pelajar seperti perkhidmatan photostat, menjual alat tulis, pakaian sukan, keperluan asas harian seperti sabun, ubat gigi, makanan dan sebagainya. Disebabkan ketiadaan koperasi di IPBA, para pelajar terpaksa keluar dari kawasan IPBA untuk membeli keperluan mereka dan memerlukan kos yang tinggi iaitu tambang untuk mereka keluar ke bandar. Oleh yang demikian, dengan adanya kedai atau koperasi di dalam kawasan pusat kegiatan pelajar ini, para pelajar tidak perlu untuk keluar untuk mendapatkan keperluan mereka kerana barangan yang diperlukan terdapat di sini. Di samping itu, untuk menguruskan segala aktivit yang melibatkan koperasi akan diuruskan oleh Exco Keusahawanan dan Kerjaya. 3.3 Sebagai tempat penyampaian maklumat untuk pelajar Dengan adanya pusat kegiatan pelajar ini, segala maklumat boleh diletakkan di satu sudut khas dan sudut ini akan menjadi tumpuan para pelajar IPBA. Antara maklumat yang boleh ditampal di sini ialah makluman perhimpunan bulanan dan perhimpunan profesionalisma pelajar, keputusan peperiksaan untuk semua kelas, pengumunan khas dan sebagainya. Dengan adanya tempat ini secara tidak langsung akan menjadikan sistem penyampaian maklumat di IPBA akan berkesan dan pelajar akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Exco yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala maklumat yang berkenaan ialah Exco ICT dan Multimedia. 3.4 Bilik rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Di dalam pusat kegiatan pelajar ini juga akan terletaknya bilik rasmi Majlis Perwakilan Pelajar dan segala aktiviti MPP seperti mesyuarat mingguan dan bulanan akan diadakan disini. Selain itu, bilik ini juga akan menempatkan tempat untuk Yang Dipertua, Setiauasa Agung dan Exco-exco MPP. Bilik ini juga akan menjadi bilik kawalan untuk pusat kegiatan pelajar IPBA. 3.5 Tempat pelajar menjalankan indoor games Pusat kegiatan pelajar ini dicadangkan supaya mempunyai kemudahan-kemudahan untuk para pelajar bermain dan bersukan, seperti permainan ‘indoor’ (catur, congkak, ping-pong dan sebagainya lagi). Selain itu, kemudahan lain yang diperlukan di bawah organisasi ialah gymnasium, gelanggang badminton, gelanggang tenis, gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola jaring, meja ping pong dan sebagainya. 3

Segala kemudahan-kemudahan ini akan digunakan oleh pelajar IPBA pada waktu lapang seperti cuti hujung minggu dan pada waktu petang. Segala aktiviti di sini akan dikendalikan oleh Exco Sukan dan Rekreasi.

3.6 Tempat pengumpulan maklumat dan data pelajar IPBA Dalam pusat kegiatan pelajar ini, akan menempatkan ruangan khas untuk maklumatmaklumat pelajar yang pernah belajar di IPBA. Segala maklumat seperti organisasi MPP IPBA bagi setiap tahun, gambar semua YDP dan Exco, gambar-gambar penglibatan pelajar IPBA dalam semua kegiatan sama ada kegiatan dalaman IPBA ataupun kegiatan luar IPBA seperti KAGUM, BIG dan Pasukan Hoki IPBA. Segala maklumat ini akan dikendalikan oleh Setiausaha Seketeriat Alumni.

3.7 Tempat pelajar untuk mengakses internet Pusat kegiatan pelajar ini mempunyai kemudahan wireless dan pelajar IPBA akan mudah untuk mengakses internet bagi mendapatkan bahan-bahan untuk kegunaan pembelajaran mereka. Selain itu, kemudahan internet ini juga penting untuk pelajar IPBA berhuhung dengan rakan-rakan yang masih di luar negara dan dengan adanya kemudahan internet ini, hubungan silaturrahim yang sedia terjalin di IPBA tidak akan putus walaupun sudah ke luar negara

4.0 OBJEKTIF 4.1 Menyediakan satu medium untuk pelajar IPBA menjalankan aktiviti yang diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar di bawah pemantauan Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA. 4.2 Mengeratkan hubungan antara pelajar kampus ini tanpa mengira bangsa dan agama. 4.3 Menjadi tempat berkumpul bagi para pelajar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 4.4 Menjadi tempat untuk pelajar menyalurkan sebarang masalah dan aduan berkenaan kebajikan pelajar kepada Majlis Perwakilan Pelajar untuk dibawa kepada pihak yang sepatutnya mengikut prosedur yang betul. 4

5.0 CADANGAN 5.1 Tempat yang dicadangkan untuk dijadikan dan diwartakan sebagai pusat kegiatan pelajar IPBA adalah laluan pejalan kaki yang menghubungkan bangunan Dewan Kuliah A dan Dewan Kuliah B. 5.2 Kami juga mencadangkan beberapa kelengkapan dan peralatan yang perlu disediakan bagi memberi kemudahan kepada pelajar. Antaranya: 1) Meja bulat (meja mesyuarat) 2) Sofa 3) Televisyen 4) Kemudahan Akses Internet 5) Komputer 6) Meja 7) Alatan permainan dalaman “indoor games” (Sahibba, Congkak, Catur, dan sebagainya) 8) Fuss Ball Table 9) Papan Kenyataan 10) Karpet 11) Kabinet Rak 12) Almari Fail 13) Hall of Fame

6.0 IMPLIKASI 5

Melalui pembinaan Pusat Kegiatan Pelajar ini, pelajar akan mendapat pelbagai manfaat antaranya: 6.1 Pelajar dapat membina hubungan yang baik sesama mereka melalui interaksi dan komunikasi yang berlaku di sekitar mereka tanpa mengira perbezaan kursus dan peringkat umur. 6.2 Dapat mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti yang lebih ilmiah dan berfaedah. 6.3 Memudahkan pelajar untuk menyalurkan sebarang masalah dan aduan kepada Majlis Perwakilan Pelajar berkenaan hal-hal kebajikan mereka. 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan program ini adalah seperti dalam Lampiran 1.

8.0 KESIMPULAN Oleh yang demikian, kami memohon pihak tuan untuk mempertimbangkan permohonan pembinaan Pusat Kegiatan Pelajar bagi IPGM – Kampus Bahasa Antarabangsa agar ia dapat memberi banyak menfaat kepada pelajar kampus ini khususnya dan kepada seluruh warga IPGM – Kampus Bahasa Antarabangsa amnya.

Disediakan oleh , (Taiebah bt. Mohamad Sagir) Setiausaha Agung Kehormat, MPP IPBA Disokong oleh,

(Mohd. Tahir b. Kamaruzaman) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA. Diluluskan oleh,

(Dr.Mohd Sofi Bin Ali) Pengarah IPGM – Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. 6

LAMPIRAN 1

PERKARA

KOS PERBELANJAAN RM 400 RM 200 RM 400 Bergantung kepada server kampus yang telah sedia ada RM 2000 RM 500 RM 100 RM 200 RM 200 RM 500 RM 200 RM 200 RM 4900

1) Meja bulat (meja mesyuarat) 2) Sofa 3) Televisyen 4) Kemudahan Akses Internet 5) Komputer 6) Meja 7) Alatan permainan dalaman “indoor games” (Sahibba, Congkak, Catur, dan sebagainya) 8) Fuss Ball Table 9) Papan Kenyataan 10) Karpet 11) Kabinet Rak 12) Almari Fail
JUMLAH KESELURUHAN

7

Disediakan oleh, (Taiebah bt. Mohamad Sagir) Setiausaha Agung Kehormat, MPP. Disokong oleh,

(Mohd. Tahir b. Kamaruzaman) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA. Diluluskan oleh,

(Dr.Mohd Sofi Bin Ali) Pengarah IPGM – Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur.

8

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful