You are on page 1of 9

1.

0 PENDAHULUAN

Dewasa kini, pelbagai isu dan kekangan hebat yang dihadapi oleh guru-guru. Di dalam sistem pendidikan Malaysia, guru merupakan aset penting yang menjana modal insan negara. Bagi mengelakkan aset-aset dunia pendidikan ini terus dibelenggu isu-isu yang tidak berkesudahan, pelbagai usaha intervensi dijalankan oleh pelbagai pihak. Dengan ini, perbincangan di bawah tajuk isu-isu dan cabaran semasa guru akan membincangkan isuisu cabaran guru yang berkaitan dengan empat tonggak pendidikan UNESCO.

1.1 TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) ialah sebuah Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan di bawah cabang Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) yang telah ditubuhkan pada 1945 bagi mengukuhkan keamanan sejagat melalui nilai-nilai kemanusiaan dan solidariti intelektual. Dengan moto Building Peace in the minds of men and women, UNESCO menekankan empat toggak pendidikan dalam pembentukan pendidikan. Empat tonggak ini turut diguna pakai dalam pembinaan modul kurikulum KSSR. Empat tonggak tersebut ialah belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).Berikut merupakan pendeskripsian secara lebih terperinci tentang empat tonggak pendidikan UNESCO yang dipetik daripada UNESCO.org. Learning to know: Belajar untuk tahu: adalah dengan menyediakan alat-alat kognitif yang diperlukan untuk lebih memahami dunia dan masalah, dan untuk menyediakan asas yang sesuai dan mencukupi untuk pembelajaran masa depan. Belajar untuk tahu juga menekankan belajar bagaimana untuk belajar dengan memperkembang konsentrasi muridmurid, keupayaan mengingat dan keupayaan untuk berfikir (alat-alat kognitif). Sejak daripada kecil, kanak-kanak hendaklah belajar bagaimana untuk memberi perhatian ke atas objek atau ke atas subjek manusia. Proses meningkatkan penumpuan ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara dan dapat dibantu dengan penggunaan pelbagai peluang pembelajaran yang terdapat dalam kehidupan manusia secara natural seperti permainan, pengalaman berkerja, perjalanan kembara, aktiviti praktikal sains dan lain-lain lagi.

Learning to do: Belajar untuk bertindak / membuat: untuk menyediakan kemahiran yang akan membolehkan individu untuk mengambil bahagian secara berkesan dalam ekonomi global dan masyarakat. Kata kunci bagi toggak yang kedua ialah Kompetensi Kendiri. Murid-murid perlulah dilengkapi dengan ilmu praktikal bagi merebut peluang pekerjaan bagi meningkatkan ekonomi. Teknologi-teknologi baru menyebabkan ilmu-ilmu kendalian dan kemahiran-kemahiran yang baru pula harus dipelajari. Contohnya, kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal sepenuhnya sekarang ini telah digantikan dengan kerja-kerja yang memerlukan daya intelektual yang tinggi seperti kerja pengoperasian sistem, kendalian dan mesin-mesin dan penyelenggaraan mesin. Tambahan pula mesin-mesin tersebut semakin hari semakin pintar dek kerana capaian teknologi yang semakin meningkat, kerana itulah kemahiran diperlukan daripada semua peringkat. Learning to be: Belajar untuk menjadi: belajar untuk menyediakan kemahiran analitikal dan sosial diri bagi membolehkan individu untuk membangunkan potensi psiko-sosial secara menyeluruh. Perkembangan ini yang bermula sedari lahir dan bersambung sepanjang hidup manusia dipelajari berdasarkan pengalaman, kesedaran kendiri, dan perhubungan dengan individu lain. Jadi dalam latihan pembinaan personaliti, pendidikan yang dilaksanakan hendaklah satu proses yang dijalankan secara individu dan pada waktu yang sama adalah satu proses sosial yang interaktif. Dalam tonggak ini, UNESCO menekankan misi memanusiakan manusia. Learning to live together: Belajar untuk hidup bersama-sama: pembelajran dengan individu kepada nilai-nilai yang terkandung dalam hak asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi, persefahaman antara budaya dan hormat dan keamanan di semua peringkat masyarakat dan hubungan manusia untuk membolehkan individu dan masyarakat untuk hidup dalam aman dan harmoni. Sejajar dengan hasrat penubuhan UNESCO iaitu membina keamanan di dalam minda dan diri setiap individu sebelum membina keamanan dunia. Tonggak ini menjadi satu kemestian dengan kesedaran klimat dunia yang sedang meningkat dengan arus kemodenan di dalam pelbagai sektor menyebabkan persaingan wujud di mana-mana. Persaingan dan kemahuan untuk berjaya ini boleh berubah menjadi perperangan dan kematian nilai-nilai sebagai ahli masyarakat. Dengan harapan konflik ini dapat disurutkan dengan pendidikan yang sempurna berdasarkan tonggak belajar untuk hidup bersama-sama, nilai-nilai yang menjurus kepada tonggak ini dimasukkan ke dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah.

2.0 ISU DAN CABARAN

Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. (Rizuan Kamis, dipetik daripada Dewan Masyarakat Mei 2012) Antara isu dan cabaran yang di depani oleh guru-guru amnya dan guru-guru pendidikan khas khususnya ialah mengajar murid-murid dalam pelbagai jenis kaedah yang praktikal seperti yang telah termaktub di dalam tonggak pendidikan UNESCO yang pertama iaitu Learn to know. Dalam tonggak ini, para guru disarankan melatih alat-alat kognitif muridmurid melalui pelbagai peluang pembelajaran seperti permainan, pengalaman berkerja,

perjalanan kembara (journey) dan aktiviti praktikal sains. Dengan ini, sistem pendidikan di Malaysia berteraskan tonggak ini telah menjalankan kurikulum standard sekolah rendah (KSSR). Menurut Dr. Jeff Bloom di dalam artikel Is There Hope for Teachers & Curriculum pada medium laman sesawangnya schoolsteachersparents.wikidot.com menyimpulkan kurikulum ialah: A curriculum is a plan for learning (Taba, 1962). That statement doesnt convey much. I would like to ask, A plan for what kind of learning? Another one dated 1969 says, All the experiences a learner has under the guidance of the school. (Foshay, 1969). Using the word, all, is very dangerous. How can the school produce all the experiences of learning? And if they can produce all of them, does the school take responsibility for the quality of those experiences? Isu dan cabaran guru-guru pada hari ini ialah guru-guru diharapkan dapat memberi semua jenis pengalaman belajar dengan baik walaubagaimanapun, sistem prasarana di sekolah yang terhad tidak memungkinkan semua itu berlaku. Guru-guru terpaksa berebut kelas kosong dan ruang-ruang legar yang lain jika inginkan perubahan dalam Pengajaran dan Pembelajarannya (P&P). P&P yang sepatutnya berlaku di makmal komputer atau di bilik masak akhirnya berakhir dengan guru-guru terpaksa melaksanakannya di kelas. Jadi bagaimanakah pembelajaran secara menyeluruh dan melalui pelbagai pengalaman dapat

dilaksanakan oleh para guru yang akhirnya terpaksa memilih kembali kaedah pengajaran tradisional berdasarkan buku teks. Selain daripada itu, kekangan daripada bebanan kerja pengkeranian juga merupakan cabaran guru yang terbesar dewasa kini. Kerja-kerja guru sekarang ini bukan hanya mengajar tetapi diselangi pula dengan pelbagai tugas pengkeranian dan tugas rencam yang lain. Kurikulum KSSR yang diperkenalkan pada baru-baru ini dan telah dilaksanakan ke atas tahap 1 di semua sekolah-sekolah rendah di Malaysia menjadikan tugas pengkeranian guru bertambah dengan sistem pentaksiran Pentaksiran berasaskan Sekolah (PBS) yang memenatkan. Perlaksanaannya yang memerlukan guru mencipta pelbagai jenis evidens bagi instrument untuk Band 1 hingga Band 6 menambah bebanan kerja guru. Menyemak portal Aduan Rakyat Online, terdapat pelbagai aduan yang diadukan oleh para guru kepada pihak kementerian tentang Model Kurikulum baru KSSR dan pentaksiran PBS yang meminta kurikulum ini dikaji semula perlaksanaannya. PBS sememangnya adalah satu cubaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang tidak terlalu examination centered. Dalam sistem penilaian KSSR tiada sistem peperiksaan untuk menilai prestasi dan pencapaian murid. Sistem Peperiksaan ini telah diganti dengan sistem BAND bagi menilai pencapaian dan prestasi seseorang murid dan pelajar di sekolah. Secara ringkas, dahulunya gred ABC digunakan dalam KBSR untuk menentukan tahap pelajar. Tetapi dalam sistem KSSR gred ABC telah digantikan dengan sistem BAND. Guru-guru dihambat kekangan masa sehinggakan guru-guru terpaksa bangun pada waktu malam bagi memasukkan data murid di dalam talian. Kelemahannya adalah apabila guru tidak dapat mengawali isian data dan P&P kerana PBS haruslah seiring dengan huraian sukatan pada waktu itu. Hal ini menjadikan kerja-kerja guru yang lain tertangguh dan bertimbun-timbun gara-gara menyiapkan PBS mengikut kehendak lembaga peperiksaan. Murid-murid juga tidak dapat lari daripada pembelajaran dengan pensil dan kertas sahaja kerana sibuk menyiapkan evidens yag diberikan oleh guru-guru. Oleh itu, dengan kerja-kerja pengkeranian yang memuncak, adalah sukar bagi guru untuk mengimplementasikan pengajaran dengan pelbagai gaya pembelajaran seperti yang dicadangkan oleh tonggak UNESCO yang pertama itu. Terdapat juga kekangan dan cabaran guru dalam inovasi kurikulum. Guru-guru lama yang bukan berada pada zamannya lagi masih dikekalkan kerana pencen penjawat awam telah dinaikkan had umurnya kepada 60 tahun. Guru-guru ini kebanyakannya tidak banyak memberikan sumbangan yang produktif lagi. Guru-guru pada umur ini yang sepatutnya 4

menjalani kehidupan yang lebih tenang tetapi telah dibebankan dengan bebanan evolusi kurikulum. Hasil tinjauan di tiga buah sekolah praktikum memperlihatkan guru-guru lama ini mengalami kesukaran dalam melaksanakan KSSR dan PBS kerana masalah buta IT dan telah sebati dengan perlaksanaan KBSR. Oleh kerana guru-guru ini tidak dapat melakukan Key-in data dalam talian, maka guru-guru mudalah yang menjadi pak sanggup untuk melakukan tugas guru-guru lama tersebut. Hal ini menyumbang kepada lebihan bebanan kerja kepada guru muda dan rasa tidak selesa guru lama yang bakal membawa kepada masalah perhubungan pula. Dengan itu, Inovasi teknologi juga merupakan cabaran kepada guru-guru untuk sentiasa mengejar kemajuan peredaran teknologi seiring peredaran masa.

3.0 ANALISIS FAKTOR PENYUMBANG

Antara faktor-faktor penyumbang kepada isu-isu dan cabaran yang telah dibincangkan tadi ialah faktor prasarana sekolah yang terhad dan kurang menyokong kepada perkembangan aktiviti di luar kelas. Kebanyakan sekolah-sekolah di bandar dan luar bandar mempunyai masalah yang hampir serupa. Jika sekolah di luar bandar kurang mendapat prasarana kerana murid-muridnya yang sedikit, maka di bandar pula prasarananya tidak cukup kerana murid-murid yang terlalu ramai. Selain itu, prasarana terbaik hanya diberikan kepada beberapa buah sekolah elit sahaja. Menjadi kebijaksanaan pihak pentadbir pula untuk menentukan dan mencorakkan iklim dan prasarana sekolah agar bersesuaian dengan kurikulum yang ditawarkan. Selain daripada itu, masalah bebanan kerja guru yang terlampau banyak hasil daripada kerja-kerja pengkeranian juga merupakan cabaran kepada guru-guru. Antara faktor-faktor penyumbang kepada masalah ini ialah berkemungkinan datang daripada masalah kurikulum baru yang belum stabil dan masih dalam penambah baikan, pengurusan pentadbiran yang tidak cekap, atau guru-guru sendiri mempunyai maslaah tidak dapat menguruskan masa dengan baik. Maka faktor-faktor ini menjadi punca guru-guru terbeban dengan kerja-kerja selain mengajar. Akhir sekali, masalah buta IT menjadi kekangan dan cabaran buat guru-guru. Terdapat segelintir golongan guru-guru yang masih ketinggalan dalam bidang ilmu yang melibatkan kepakaran menggunakan perisian komputer atau membuat tugasan di dalam talian. Antara faktor-faktor penyumbang kepada permasalahan ini ialah kurangnya penyediaan infrastruktur kemudahan teknologi maklumat kepada sekolah. Selain daripada itu, kurangnya penekanan daripada pihak pentadbir sekolah menyebabkan guru-guru ini sambil lewa dan tidak serius dalam meningkatkan ilmu IT. Permasalahan ini juga hadir daripada guru sendiri yang lebih suka berada pada takuk lama, menggunakan kaedah tradisional dan tidak mahu menyusahkan diri berusaha belajar perkara baru.

4.0 CADANGAN PENAMBAH BAIKAN I would like to see the educational system take the view as set by Connelly and Clandinin, 1988 which states, Curriculum is often taken to mean a course of study. When we set our imaginations free from the narrow notion that a course of study is a series of textbooks or specific outline of topics to be covered and objectives to be attained, broader more meaningful notions emerge. A curriculum can become ones life course of action. It can mean the paths we have followed and the paths we intend to follow. In this broad sense, curriculum can be viewed as a persons life experience. That is a powerful statement to think that an educational curriculum can actually be part of and can actually mold a persons life experience. (Dr. Jeff Bloom, 2012) Cadangan penambah baikan bagi meningkatkan keberkesanan usaha daripada pelbagai pihak terutama pihak kerajaan dalam menangani isu ini ialah dengan membuat lebih banyak kajian tentang perlaksanaan KSSR dan PBS supaya lebih stabil dan dipermudahkan perlaksanaannya dengan kesahan yang lebih tinggi sebelum mengimplimentasikannya di sekolah-sekolah. Dengan cara ini, guru-guru tidak perlu kelam kabut dan menjadi bercelaru apabila sistem dirombak berkali-kali dengan taklimat yang berkali-kali dengan setiap kali perlaksanaan terdapat perubahan pada kaedah perlaksaannya. Selain itu dengan pihak kerajaan juga seharusnya mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan awam. Kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah dana yang besar untuk pembinaan modal insan, bagi menyediakan infrastruktur yang lengkap. Perlaksanaan cadangan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti pencapaian murid tetapi juga dapat meningkatkan pemerolehan ilmu daripada pelbagai sumber. Seterusnya kerajaan juga seharusnya menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang pendidikan dengan menyediakan insentif kepada para pengkaji dan mencari modul paling mutakhir dan efisien untuk kegunaan pendidikan di Malaysia. Selain itu, usaha pihak sekolah dalam menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah dengan menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran perkomputeran dan pengurusan masa. Dengan cara ini pihak pentadbir akan dilihat sebagai pentadbir yang lebih prihatin terhadap

nasib guru-guru dan memudahkan kerja-kerja guru dengan mempelbagaikan latihan kemahiran. Pihak pentadbir boleh menggunakan sesi Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk menjalankan kursus ini. Selain itu, pihak sekolah juga boleh membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam industri. Hal ini selain dapat meningkatkan mutu perkhidmatan guru, juga dapat mengajar guru mentadbir masa dengan baik sekaligus menjanjikan guru yang lebih produktif dalam mengajar murid-murid. Usaha daripada pihak guru sendiri untuk berubah dan tabah melangkah dalam era dunia lebih mencabar ini adalah sangat penting. Jika hanya diharapkan usaha pihak lain tanpa ada inisiatif daripada pihak individu guru sendiri, cabaran ini tidak dapat ditangani dengan sebaiknya. Memetik kalam Illahi pada surah Ar-Radu ayat 11 : Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka , membuktikan jika usaha tersebut tidak dijalankan oleh guru sendiri maka tiada yang boleh mengubahnya. .

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi.

Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan -peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini.

Profesion perguruan di zaman serba moden ini haruslah mampu untuk bersaing, menguasai dan mengabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan demi melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna untuk masa hadapan dan demi menghadapi dunia globalisasi serta menuju wawasan 2020. Guru-guru juga haris sedar bahawa perkhidmatan perguruan mempengaruhi negara dan rakyatnya, guru-guru mesti berusaha untuk mengekalkan semangat keguruan dalam diri mereka. Walauapapun halangan yang mendatang, guru-guru haruslah kuat bagi mendepani cabaran yang mendatang.

Tuntasnya tonggak pendidikan UNESCO merupakan satu cabaran yang besar dalam dunia pendidikan bagi para guru khasnya. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.