You are on page 1of 13

1.

0 Pengenalan

Sistem pendidkan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Sejak beberapa tahun yang lalu, kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) . Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. Perkara ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan. Di samping itu, KPM telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkah- langkah untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah dasar kurikulum yang baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada tahun 2011. Pada tahap satu iaitu murid darjah satu hingga darjah 3 telah didedahkan dengan teknologi maklumat dalam modul teras Sains dan Teknologi. Murid- murid diberi pendedahan awal tentang penggunaan teknologi maklumat.

Selain daripada itu, pengintegrasian teknologi maklumat diterapkan dalam semua mata pelajaran dalam elemen merentas kurikulum. Elemen merentas kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan

mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme. Elemen merentas

kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

Rajah 1 . Elemen perentasan kurikulum KSSR

Kesimpulannya, para pendidik haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran ICT supaya dapat dalam bilik darjah. diaplikasikan dalam proses pengajaran

2.0 Isu dan cabaran Setiap masalah yang berlaku atau dilaksanakan, terdapat isu semasa atau cabaran dalam pelaksaan program tersebut. Isu tersebut kecil atau besar bergantung kepada pelaksaan program sama ada melibatkan ramai pihak atau hanya melibatkan kumpulan sasaran tertentu. Begitu juga dengan kaedah pengintegrasian ICT dalam pengajaran di sekolah. Perkara ini berdasarkan pandangan Ely (1990), terdapat lapan faktor atau kondisi yang mempengaruhi penerimaan inovasi dalam pendidikan iaitu (i) Ketidakpuasan dengankeadaan semasa, (ii) Adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran, (iii) Sumber yang diperlukan boleh didapati, (iv) Masa yang diperlukan ada, (v) Wujudnya ganjaran dan insentif kepada para peserta, (vi) Penglibatan adalah diharap dan digalakkan, (vii) Komitmen daripada pihak yang terlibat, dan (viii)Wujudnya kepemimpinan. Ely menegaskan kewujudan kelapan-lapan kondisi ini penting bagi menjamin penerimaan dan keberkekalan sesuatu inovasi yang diperkenalkan dalam pendidikan. Oleh itu, persoalan yang timbul adalah mengapakah tahap pengintegrasian ICT dalam kalangan guru sekolah rendah masih kurang dilaksanakan? Apakah kekangan kekangan yang mungkin berlaku?

2.1 Kekangan pelaksanaan integrasi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Terdapat empat halangan yang membawa kepada rendahnya tahap pengintegrasian ICT di sekolah rendah. Antara puncanya adalah masalah menghabiskan silibus pelajaran, kurangnya kemahiran, terdapa jurang ICT dan digital serta kekurangan prasarana dan bahan sokongan.

2.1.1 Kekangan menghabiskan silibus pelajaran. Daripada pendapat beberapa orang guru dalam temubual yang dijalankan oleh Ting Kung Shiung dan Woo Yoke Ling, 2005, mereka berpendapat bahawa penggunaan ICT dalam teknik pengajaran mereka mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sesuatu silibus pelajaran. Bayangkan dalam sebuah kelas yang mana pelajarnya masih lagi baru dengan ICT, tidak mustahil masa pertama kelas mungkin dihabiskan dengan membantu pelajar-pelajar membiasakan diri dengan aplikasi komputer yang berkaitan dengan mata

pelajaran yang akan diajar. Jadi silibus bagi pelajaran tersebut akan tertangguh bagi sesi pada hari itu.

2.1.2 Kekurangan kemahiran dalam bidang ICT. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kognitif, kreativiti dan inovasi, reka cipa, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya (Ting Kung Shiung, 2005). Kekurangan kemahiran dalam penggunaan teknologi ini dapat diatasi sekiranya setiap individu yang terlibat sedar akan kepentingan menguasai kemahiran ICT ini dalam menyiapkan diri menghadapi cabaran dunia global. Inisiatif kerajaan mengagihkan notebook percuma kepada pelajar-pelajar sekolah menampakkan kesungguhan kerajaan untuk mengelakkan para pelajar ketinggalan dan kurang kemahiran IT.

2.1.3 Jurang ICT dan digital Ketidak seimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dari segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital Sebagai contoh, liputan jalur lebar atau internet bagi kawasan pedalaman agak lemah ataupun langsung tiada liputan berbanding dengan kawasan bandar yang boleh dikatakan liputan internetnya sangat tinggi Jadi, akan berlaku jurang dalam tahap penggunaan dan kemahiran internet kelompok penduduk yang berada di pedalaman dengan yang di bandar. Dalam satu kajian integrasi ICT dalam pendidikan di sekolah berasrama dalam daerah terpencil di Turki oleh Taner Alten dan Elif Bektas (2010) menyatakan walaupun guru yang mengajar begitu komited dalam penggunaan ICT, namun disebabkan kekangan lokasi mereka yang agak terpencil, menyukarkan prasarana teknologi lain dibangunkan berbanding dengan sekolah yang terletak di kawasan bandar.

2.1.4 Kekurangan prasana dan bahan sokongan Dana yang diperuntukkan untuk sesebuah sekolah membolehkan pihak pentadbiran sekolah menyediakan kelengakapan yang cukup untuk membantu para pelajar menigkatkan minat dalam penggunaan internet dan aplikasi teknolgi lain dalam pembelajaran dan pengajaran. Walaubagaimanapun, berdasarkan pemantauan daripada kumpulan program Smart School, kebanyakan makmal komputer sekolah tidak memiliki jumlah komputer yang mencukupi untuk tujuan pembelajaran dan ditambah pula dengan masalah yang berkaitan rangakain internet (LAN) menyebabkan para pelajar belum boleh mengaplikasikan teknolgi dalam pendidikan secara menyeluruh lagi.

Permasalahan

yang dinyatakan di atas mampu dikurangkan jika pelbagai pihak

yang terlibat sedar akan peranan masing-masing. Antara pihak yang harus memainkan peranan ini adalah seperti pihak kerajaan, pentadbiran sekolah, pendidik, pelajar dan juga masyarakat sekeliling.

3.0 Strategi Strategi Dalam Mengatasi Permasalahan Dalam Pengintegrasian ICT Di Sekolah.

3.1 Merealisasikan hasrat kerajaan Malaysia Pelbagai usaha serta langkah yang telah diambil oleh pihak KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006) untuk meningkatkan pengintegrasian ICT dalam P & P. Sejak tahun 1991 lagi, usaha yang giat telah dijalankan bagi memantapkan kemahiran ICT para guru melalui pelbagai kursus yang telah dijalankan oleh pihak KPM. Antaranya ialah kursus ICT kepada guru pelatih yang sedang dalam latihan seperti PengurusanTeknologi Maklumat dalam P & P, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer serta Multimedia dalam Pendidikan di samping beberapa kursus yang ditawarkan kepada guru-guru dalam perkhidmatan seperti Kursus Sijil Perguruan Khas dalam Teknologi Maklumat, Latihan Sekolah Bestari serta Kursus Kejurulatihan Komputer (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Selain latihan, penyediaan prasarana ICT juga menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Contohnya, penyediaanpelbagai kemudahan seperti makmal beserta

peralatan, kemudahan Internet , komputer dan LCD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Bagi menjayakan pengajaran menggunakan komputer dan internet di sekolah, pihak KPM hendaklah memastikan kelengkapan jaringan komputer dan internet di bilik guru memuaskan dan bersesuaian. Jaringan harus diperluaskan terutamaya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Perkara ini penting bagi merapatkan jurang perbezaan antara pelajar di bandar dan luar bandar. Selain daripada itu, negeri Terengganu merupakan negeri perintis yang

mengaplikasikan ICT dalam proses pembelajaran mereka. KPM telah menlancarkan program e-buku pada tahun 2009. Program ini menyediakan komputer riba kepada pelajar bagi menggantikan buku teks. Terbukti di sini, kerajaan Malaysia sentiasa menambahbaikan mutu pendidikan negara dengan mengaplikasikan inovasi dan teknologi dalam pengajaran sekarang. Dari masa ke masa, sistem pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan negara maju.

3.2 Memperkukuhkan peranan sekolah

Untuk memastikan hasrat negara mengintegrasikan ICT dalam sistem pendidikan menjelang wawasan 2020 mencapai kejayaan, pihak pentadbiran sekolah yang melibatkan semua kakitangan seharusnya menyiapkan diri dengan pengetahuan asas teknologi, aplikasi-aplikasiyang kerap digunakan, dan juga lain-lain perisian bagi melancarkan urusan pentadbiran sekolah seiring dengan kemajuan pembelajaran di sekolah. Pihak pentadbiran sekolah yang dikemudi oleh pengetua juga sepatutnya merangka atau menyediakan modul yang bersesuaian yang dapat memantau tahap kemajuan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas disamping menyediakan kursus-kursus atau seminar yang dapat membantu para guru mahupun kakitangan dalam menyiapkan diri dalam bidang teknolgi maklumat dan komunikasi.

Selain itu, proses perlaksanaan program berasaskan komputer di sekolah, guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad dan biasanya dilakukan dengan tergesagesa. Selain daripada itu, proses memahirkan guru untuk menjayakan program penggunaan teknologi memerlukan kos dan memakan masa yang panjang.

Kebanyakan daripada guru menghadiri kursus yang merupakan asas dalam penggunaan ICT seperti pengenalan komputer, Ms Excel dan Ms Powerpoint. Didapati kursus-kursus ICT yang disertai oleh guru-guru ini tidak dianjurkan khusus untuk memenuhi keperluan dalam pengajaran guru-guru Matematik. Apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah terdapat sebilangan guru yang tidak menerima sebarang kursus ICT sepanjang perkhidmatan mereka. Dapatan ini disokong oleh Cuban (1999) yang menyatakan bahawa guru gagal mengintegrasikan komputer di dalam bilik darjah kerana tidak mendapat latihan yang mencukupi di universiti dan kurangnya latihan yang khusus. Guru-guru mengakui bahawa komputer amat penting dalam meningkatkan kualiti hidup dan oleh itu harus dipelajari oleh semua orang. Namun kesedaran ini tidak pula diiringi dengan program latihan yang mencukupi kepada guru atau tenaga pengajar (Robiah dan Sakinah, 2003).

3.3 Memantapkan kaedah pengajaran guru Guru yang bertindak sebagai pendidik perlu menghindarkan rasa takut akan

teknologi dan perubahan yang berlaku sekarang terutama dalam bidang pendidikan. Tidak dinafikan perubahan yang berlaku ini agak membebankan para guru yang telah sekian lama mempraktikkan cara pengajaran tradisional. Seperti hasil kajian yang diperolehi oleh Taner Altun dan Elif Bektas, (2010), para guru sendiri menyuarakan pendapat mereka yang menyatakan mereka sudah biasa dengan cara yang lama. Merubah sesuatu yang lama kepada yang baru amat membebankan mereka. Mereka merasakan susah untuk menerima pembaharuan dalam teknologi ditambah pula dengan kurikulum sekolah yang agak padat dan mengehadkan penglibatan mereka dalam semua aktiviti. Namun, para guru harus bersikap positif dan menerima perubahan ini sedikit demi sedikit. Lambat laun, mereka akan menyedari yang integrasi ICT ini akan menjadikan rutin harian mereka menjadi senang dan lebih tersusun. Di samping itu, Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah

ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik,audio video dan animasi (Bayrei,Jered, Faishal & Azmi, 2008).

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Yahya Otman dan Roselan Baki(2007), terdapat kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Antaranya adalah masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan. Oleh yang demikian, guru haruslah berusaha menambahkan ilmu pengetahuan dalam kemahiran ICT agar kaedah pengajaran lebih interaktif dan efektif dengan pengintegrasian ICT.

3.4 Meningkatkan penglibatan pelajar Kelompok pelajar merupakan kelompok kedua selepas guru yang mendapat kesan secara langsung dalam perubahan sistem pembelajaran ini. Para pelajar seharusnya menerima perubahan ini sebagai sesuatu yang positif dan menganggap pembelajaran dengan menggunakan aplikasi teknologi akan lebih menarik dan mudah difahami. Dalam program Smart School, kelompok pelajarlah yang menjadi tumpuan bagi memastikan perubahan yang dilakukan negara ini mencapai kejayaan. Kemahiran ICT juga perlu dipelajari oleh semua golongan pelajar sama ada di luar bandar dan bandar. Mereka berhak untuk meneroka sepenuhnya apakah itu ICT. Fungsi ICT dalam merangsang minat serta pencapaian murid telah lama diperakui. Antaranya, ICT mampu meningkatkan motivasi murid (Mcalister et al, 2005), merangsang penerokaan pelbagai ilmu (Bovee et al, 2007), memudahkan pengurusan P & P (Godfrey, 2001) serta meningkatkan profesionalisme para guru (Loveless et al, 2006).

Untuk meningkatkan penglibatan pelajar, kaedah pembelajaran penerokaan

ICT

digunakan sebagai medium untuk: mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, Portal Maklumat dan sebagainya, serta mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal pelajar. Pendekatan ini ada hubungkait dengan pendekatan konstruktivisme yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis,penyelesaian masalah dan pengetahuan dibina melalui interaksi sosial. Anatara kebaikkan kaedah ini kepada pelajar adalah Memberi peluang kepada pelajar menentukan haluan dan kemajuan 8

pembelajaran. Di samping itu juga dapat mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran dan memberi peluang pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivsme,kecergasan pelbagai dan lain- lain.

3.5 Memperluaskan kerjasama semua pihak. Pihak luar yang terlibat dalam sistem pendidikan juga berkait rapat dalam memastikan pengintegrasian ICT di sekolah dapat dijalankan dengan baik. Perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Bayrei,Jered, Faishal & Azmi, (2008), menyatakan bahawa Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling releven untuk mendapat khdmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P & P menggunakan ICT. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah.Selain daripada itu, masyarakat sekeliling juga merupakan pemberi atau penyebar maklumat. Anngota masyarakat dapat menyebarkan informasi tentang isu- isu semasa melalui ICT.

Peranan ibubapa juga penting dalam menjayakan pengintegrasian ICT di sekolah. Kajian membuktikan sokongan ibubapa dalam pendidikan anak-anak mampu memberikan hasil yang terbaik bagi anak-anak mereka (Smart School Blueprint). Ibubapa seharusnya bersikap lebih terbuka dengan menyediakan kemudahan internet di rumah dan membimbing anak-anak dalam penggunaan internet yang betul. Kekangan penggunaan teknologi daripada ibubapa mungkin sedikit sebanyak mengehadkan perkembangan ilmu ICT dalam diri pelajar dan menyukarkan proses pembelajaran pada masa hadapan. Ibubapa juga harus diberi pendedahan kepada perubahan sistem pendidikan ini yang melibatkan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah. Mungkin ada di antara anak-anak mereka yang akan terlibat dalam program Smart School dan dari pendedahan tentang apa itu Smart School, mungkin ibubapa akan lebih faham tentang apa yang akan dilalui oleh anak-anak mereka dan seterusya memberikan sokongan yang padu supaya anak-anak mereka tidak merasa tertekan dengan perubahan pembelajaran di sekolah

4.0 PELAN TINDAKAN MEMPERKUKUHKAN PERANAN SEKOLAH PENGANJURAN SEMINAR @ BENGKEL YANG BERKALA

1)PERANCANGAN

Mesyuarat bersama- sama ahli panitia. Menghasilkan kertas kerja dan implikasi kewangan. Minta persetujuan guru besar atau pengetua Menghubungi pengawai yang mahir atau jurulatih utama Memaklumkan kepada pihak guru di sekolah. Membuat pengagihan guru dalam bentuk kumpulan.. Menyediakan bahan yang berkaitan

2)PELAKSANAAN

Memberi peneranagan ringkas sebelum bengkel bermula. Mengedarkan bahan atau perisian yang akan digunakan semasa bengkel. Memastikan bengkel ini berjalan secara kosisten iaitu sebulan sekali. Mengadakan ujian pencapaian di setiap akhir topik yang diajar. Mengedarkan borang keberkesanan bengkel kepada guru yang terlibat. Guru mengaplikasikan pengintegrasian teknologi yang dipelajari dalam proses pengajaran. Pihak pentadbiran memantau sejauh mana aplikasi yang diamalkan oleh guru.

3) APLIKASI (Pemerhatian)

4)Refleksi

Guru menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pengajaran menggunakan ICT. Panitia membuat penilaian sama ada bengkel yang dianjurkan mendatangkan impak yang positif atau negatif.

Rajah 2. Carta alir pelaksanaan Bengkel Berkala Kaedah Pengintegrasian ICT di sekolah.

10

Berpandukan Rajah 2, iaitu carta alir pelaksanaan Bengkel Berkala Pengintegrasian ICT di sekolah, terdapat empat langkah pelaksanaan. Perama adalah perancangan, diikuti dengan pelaksanaan, aplikasi iiatu pemerhatian dan refleksi perlaksanaan bengkel ini kepada warga sekolah. Bengkel ini diadakan dalam bentuk berkala agar, para pendidik dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran baru dengan kemahiran yang sedia ada. Perkara ini akan menjadikan guru lebih cekap dan mahir dalam mengaplikasikannya.

Pada peringkat perancangan, sebagai ketua panita Sains dan Teknologi Maklumat, guru haruslah merangka perancangan dengan teliti agar kelemahan yang berlaku tidak mendatangkan impak yang besar serta penganjuran bengkel efektif. Perkara yang pertama ,adalah mengadakan mesyuarat bersama ahli panitia yang lain untuk menjelaskan matlamat penganjuran bengkel ini. Seteah bersetuju, setiausaha menyediakan kertas kerja dan implikasi kewangan dengan terperinci. Setelah itu, kertas kerja tersebut dibawa berbincang dengan Guru Besar. Setelah persetujuan dibuat, guru yang terlibat harus menghubungi pengawai teknologi daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri untuk mendapatkan pengawai yang sesuai untuk meyebarkan pengetahuan dalam bengkel tersebut. Disebabkan bengkel ini dilaksanakan secara berkala, jadual pelaksanaan harus disediakan dan diserahkan kepada pengawai tersebut. Makluman kepada guru guru sekolah juga dibuat dan memberitahu kumpulan kumpulan guru. Bengkel ini dilaksanakan dalam bentuk kumpulan supaya terdapat kerjasama antara guru. Bahanbahan yang akan digunakan semasa bengkel juga perlu disediakan.

Pada peringkat pelaksanaan pula, guru yang terlibat harus memastikan komputer di makmal komputer dapat diguna dengan baik . Jaringan internet juga haruslah berfungsi dengan baik. Bahan yang disediakan juga diedarkan dan sekiranya terdapat perisian yang perlu dimasukkan, masukkan terlebih dahulu sebelum bengkel bermula. Penerangan ringkas harus diberikan oleh penyelaras bengkel supaya memudahkan guru. Penganjur juga harus memastikan yang bengkel ini dijalankan secara konsisten mengikut jadual yang ditetapkan. Pengawai yang menyampaikan bengkel juga harus mengadakan ujian pencapaian apabila selesai setiap topik utama yang disampaikan.

11

Pada aspek aplikasi pula, guru- guru dikhendaki mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari semasa proses pengajaran dalam bilik darjah. Pemantauan oleh pihak pentadbir juga akan dilakukan supaya bengkel ini berkesan dan mendatangkan impak yang baik kepada prestasi sekolah. Peringkat yang terakhir pula adalah refleksi. Guru harus membuat refleksi tentang kawdah pengajaran yang baru berbanding yang lama. Pihak penganjur juga harus menilai keberkesanan bengkel yang diadakan. Diharapkan pelan tindakan ini dapat membantu para guru di sekolah dalam mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran di sekolah.

5.0 Kesimpulan Pengaplikasian ICT semasa proses pengajaran di sekolah membuka peluang belajar kepada sesiapa sahaja walaupun tanpa sekolah atau guru. ICT telah mengubah sistem dan proses pembelajaran yang konvensional kepada suatu sistem yang lebih terbuka dan bebas. Melaui ICT juga, pelajar boleh belajar dengan cara jarak jauh dan ini menjadikan proses pembelajaran lebih terbuka dan bebas.

Selain daripada itu, harus diinngatkan, ICT bukan semata- mata suatu ilmu pengetahuan dan bukan juga alat, sebaliknya ialah proses, kaedah, dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan bahan itu mencapai kejayaan. Keberkesanan pengajaran guru juga bukan sahaja dapat mendorong pelajar memperolehi maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat dan mengaplikasikannya sehingga mendorong pembinaan tingkah laku yang baharu.

Konklusinya, pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran mendatangkan pelbagai implikasi yang positif kepada semua pihak terutamanya pelajar. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia harus menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan dengan mengaplikasikan kemudahan ICT yang disediakan dengan sebaik mungkin. Guru memikul tanggujawab utama dalam menjayakannya. Tanpa usaha yang ditunjukkan oleh para guru di Malaysia, implikasinya kepada negara tidak jelas dan mengambil masa bertahun- tahun untuk memastikan ia benar- benar berkesan. Bukan guru sahaja harus memainkan peranan, malahan semua pihak harus menggembleng tenaga dalam memastikan peranan dan kepentingan ICT tidak disia-siakan dan tidak berlaku pembaziran wang kerajaan.

12

RUJUKAN

Bayrei B. Asrin,Jered B. Yutui,Mohd. Nurul Faishal B. Ab. Ghani & Khairul Azmi B. Ibrahim (2008) Permasalahan yang Dihadapi dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat dalam Pengajaran Bahasa di Sekolah Rendah. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Perak Bovee, C., Voogt, J., & Meelisen, M. (2007). Computer attitudes of primary and secondary students in South Africa. Computers in Human Behavior, 23, 1762-1776. Cuban, L. (1993). Computers Meet Classroom: Classroom Wins. Teachers College Record, 95, 185210. Godfrey, C. (2001). Computers in school: Changing technologies. Australian Educational Computing, 16(2), 14-17. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010: PerancanganBersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan: Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Putrajaya. Loveless, A., Burton, J. & Turvey, K. (2006 ) Developing conceptual frameworks for creativity, ICTand teacher education. Thinking Skills and Creativity, 1, 3-13. Norsidah T. Mohamed, Rosnaini Mahmud & Mokhtar Dato Hj Nawawi (2012). Tahap Pengintegrasian ICT dan Kewujudan Kondisi Ely yang Menyokong Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia Bilangan 2 .5-13 Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad. (2003). Pembudayaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Di Kalangan Pelajar : Ke Arah mengurangkan Jurang Pendidikan Smart School project team. The Malaysian Smart School: An MSC flagship application. Conceptual blueprint. Smart School roadmap 2005-2020: An educational odyssey Taner Elteun & Elif Bektas (2010). Views of regional boarding school teachers about the use of ICT in education. Procedia social and behavioral science, 9, 462-267. Ting K. S. & Woo Y. L. (2005). Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah teknik dan vokasional: Sikap guru, peranan ICT dan kekangan/cabaran penggunaan ICT. Seminar pendidikan 2005 fakulti pendidikan, UTM, 15 Okt 2005. Yahya Othman & Roselan Baki. (2007). Aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa: Penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational Technology Convention, Johor Bahru, 183-297.

13