You are on page 1of 5

KRM3073 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

[PANDUAN KERJA KURSUS]


SEMESTER 1 2013_14

ARAHAN

1. 2. 3. 4.

Kursus KRM 3073 ini mengandungi tugasan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B sahaja. Jawab KESEMUA tugasan tersebut. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah ELearning melalui link yang tertentu dalam myguru3. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

KATEGORI TUGASAN PECAHAN TUGASAN ARAHAN MARKAH TARIKH AKHIR MENGHANTAR TUGASAN

BAHAGIAN A (ESEI) 40 markah

1. Bahagian ini mengandungi 2 (DUA) tugasan iaitu Tugasan 1 dan Tugasan 2.

TUGASAN 1: (Individu) Rancang suatu aktiviti pengajaran berasaskan teori konstruktivisme bagi setiap strategi penyelesaian yang tersenarai di bawah. Setiap aktiviti yang anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 30 minit. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Aktiviti ini adalah asli atau berdasarkan pengalaman anda sendiri.

20 markah

Minggu ke 9

Menggunakan model sebahagian keseluruhan. ii. Mengenal pasti pola.


i.

TUGASAN 2: (Individu) Cuba fikirkan situasi pendidikan yang berubah daripada KBSR sehingga terlaksananya KSSR. Bincangkan empat isu pendidikan yang timbul yang boleh membawa kepada terhasilnya KSSR tersebut. Seterusnya bincangkan bagaimana merealisasikan KSSR dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Perbincangan anda perlulah kritikal berasaskan fakta dan juga pendapat anda sendiri.

20 markah Minggu ke 6

BAHAGIAN B (E-FORUM) 20 marks dlm forum

Terdapat 5 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru3. Pelajar perlu menjawab setiap soalan forum yang diberikan. Kepada setiap soalan forum itu juga, pelajar perlu juga memberi kementar kepada manamana EMPAT (4) jawapan yang diberi oleh rakan pelajar yang lain. Jawapan dan komentar mestilah diselesakan dalam tempoh yang dinyatakan. Markah akan diberi kepada kualiti jawapan anda dan juga komentar yang anda beri terhadap jawapan yang diberi kepada rakan pelajar yang lain: Soalan forum 1: Bincangkan bagaimana teori perkembangan intelektual boleh diaplikasikan dalam pengajaran pembelajaran matematik. Soalan forum 2: Bincangkan kepentingan saling bergantung secara positif (Positive Interdependence) dalam kaedah pengajaran secara koperatif. Soalan forum 3: Dengan memilih satu ciri pelbagai kecergasan, jelaskan bagaimana ia dapat diaplikasikan dalam pengajaran kelas. Soalan forum 4: Bincangkan bagaimana kemahiran berfikir kritis dan kreatif dapat diimplementasikan dalam pengajaran kelas. Soalan forum 5: Membina pengetahuan boleh berlaku dalam dua proses, iaitu asimilasi dan akomodasi. Bincangkan bagaimana kedua-dua proses ini berlaku. JUMLAH MARKAH KERJA KURSUS MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR JUMLAH MARKAH KESELURUHAN

5x4 markah

60 40 100

Perhatian: Segala perkara yang berkaitan dengan tugasan adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

KERJA KURSUS A Menepati format penulisan folio, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan). Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan). Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & keslahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan). Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara. Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara. Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

A-

B+ B

B-

C+

SELAMAT BELAJAR DAN MENYELESAIKAN KERJA KURSUS

PERINGATAN!!!!!!!

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan. Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa. Berhubung dengan tutor E-Learning anda. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.