You are on page 1of 11

TEMA 1 PENDUDUK MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

Ciri Demografi Penduduk Ciri demografi penduduk ialah ciri kependudukan /gambaran kependudukan sesebuah negara yang ditunjukkan melalui graf piramid penduduk . Ciri demografi meliputi ciri kadar kelahiran, kadar kematian, nisbah jantina, kumpulan umur penduduk, nisbah tanggungan penduduk dan jangka hayat penduduk . Ciri demografi / piramid penduduk dapat menggambarkan tahap pembangunan penduduk dan juga tahap kesihatan dan pemodenan sesebuah negara. Kadar kelahiran dan kadar kematian dipengaruhi oleh taraf kesihatan, program perancangan keluarga, dasar kerajaan dan faktor sosial. Berdasarkan ciri kependudukan, dasar dan perancangan sosioekonomi dapat dikenalpasti dan laksanakan.

Peralihan Demografi Peralihan demografi adalah transisi atau perubahan kependudukan yang dialami oleh sesebuah negara dari dahulu hingga kini dan mungkin boleh diramalkan pada masa akan datang. Peralihan demografi boleh menggambarkan sejarah kependudukan yang telah sedang dan akan dialami oleh sesebuah negara itu. Ada tiga komponen penting yang terkandung dalam model peralihan demografi iaitu komponen kadar kelahiran, komponen kadar kematian dan juga komponen kadar pertumbuhan penduduk semula jadi.

Ciri Bagi Setiap Peringkat Peralihan Demografi.

TEMA 1 PENDUDUK MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

1. Peringkat 1/tahap awal/masyarakat pertanian Kadar kelahiran tinggi. Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh ketiadaan perancangan keluarga, keperluan kepada buruh manusia untuk sektor pertanian. Kadar kematian tinggi. Manakala kadar kematian tinggi disebabkan oleh taraf kesihatan yang rendah, ancaman wabak penyakit, kebuluran serta masalah peperangan Pertumbuhan semula jadi penduduk rendah . Berlaku naik-turun dalam pertumbuhan semula jadi penduduk sejajar dengan kenaikan dan penurunan dalam kadar kelahiran serta kadar kematian. Negara berada di tahap yang mundur. Masyarakat pertanian dan ketiadaan teknologi moden 2. Peringkat 2/tahap pertengahan/masyarakat industri Kadar kelahiran masih lagi tinggi tetapi semakin menurun. Kegagalan perancangan keluarga dan keperluan kepada tenaga buruh manusia masih lagi tinggi Kadar kematian semakin menurun. penurunan dalam kadar kematian pula berpunca daripada taraf kesihatan dan perubatan yang semakin baik, bekalan makanan yang mencukupi, keadaan politik yang stabil daripada peperangan Pertumbuhan semulajadi menurun. pertumbuhan semulajadi mulai menurun ekoran daripada penurunan dalam kadar kelahiran perkembangan industri dan teknologi yang pesat maka kebergantungan kepada buruh manusia semakin berkurangan, masyarakat lebih moden dan berpendidikan lebih tinggi , mula mementingkan kerjaya, kos hidup meningkat, amalan perancangan keluarga mulai berkesan, perkahwinan lewat dan lain-lain. Negara membangun/pembangunan pesat. 3. Peringkat akhir/tahap 3/masayrakat perindustrian penuh. Kadar kelahiran rendah. Kejayaan sepenuhnya program kawalan penduduk atau perancangan keluarga yang dilaksanakan berikutan daripada masyarakatnya yang berpendidikan tinggi, berkerjaya,

TEMA 1 PENDUDUK MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

mementingkan status quo, peningkatan taraf dan kesejahteraan hidup dan lain-lain Kadar kematian rendah. Taraf kesihatan dan perubatan moden bertambah maju serta berupaya meningkatkan jangka hayat penduduk. Pelbagai penyakit merbahaya berjaya dikawal dengan penemuan ubat dan vaksin baru. Pertumbuhan semulajadi penduduk menurun/ sifar / stabil / mantap. Kadar kematian bayi di peringkat awal juga di kawal kelahiran dan kadar kematian terus menurun hingga ke paras yang rendah Negara maju. Pembangunan ekonomi yang mantap dan berkembang maju. Sektor industri dan perkhidmatan mendominasi sepenuhnya pembangunan ekonomi negara. Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk yang tinggi, kadar pengganguran rendah. Pembangunan sumber alam secara optimun atau dijana sepenuhnya dengan adanya tahap teknologi yang tinggi

Rajah 1 di bawah menunjukkan Model Peralihan Demografi. Berdasarkan model demografi di atas,

Kenalpasti sebuah negara masa kini yang berada di tahap 1, 2, 3 dan 4. 1. Tahap 1 : Negara mundur: Kenya, Ethopia (Sudan), Angola, Swaziland, Afghannistan.

TEMA 1 PENDUDUK MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

2. Tahap 2 : Negara sedang membangun : Malaysia, Vietnam, Thailand, Kemboja, Filipina, Indonesia, Berunai, Brazil, Argentina, Uruguay, Paraguay dll 3. Tahap 3 : Negara perindustrian baru (NIC): Korea, Taiwan, Singapura, China, Australia, New Zealand dll 4. Tahap 4 : Negara maju: Jepun, Jerman, Perancis, USA, Kanada, Itali dan England.

Huraikan ciri kependudukan bagi setiap tahap dalam model peralihan demografi berkenaan. Peringkat 1: (Tahap awal: Negara Mundur ) Peringkat ini menunjukkan Kadar Kelahiran dan Kadar Kematian adalah tinggi yang menyebabkan kadar pertumbuhan semulajadi penduduk adalah rendah. Berlaku naik-turun dalam pertumbuhan semula jadi penduduk sejajar dengan kenaikan dan penurunan dalam kadar kelahiran serta kadar kematian. Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh ketiadaan perancangan keluarga, keperluan kepada buruh manusia untuk sektor pertanian. Manakala kadar kematian tinggi disebabkan oleh taraf kesihatan yang rendah, ancaman wabak penyakit, kebuluran serta masalah peperangan. Pada tempoh tersebut sesebuah negara itu berada di tahap yang mundur. Contoh Negara seperti Kenya, Ethopia (Sudan), Angola, dan Swaziland. 2) Peringkat 2: (Tahap Pertengahan Negara Sedang Membangun) Kadar kelahiran masih lagi tinggi manakala kadar kematian menurun dengan cepat. Ini menyebabkan peningkatan dalam kadar pertumbuhan semulajadi penduduk. Kadar kelahiran masih lagi tinggi disebabkan oleh kegagalan perancangan keluarga, amalan perkahwinan pada usia muda dan juga keperluan kepada tenaga buruh manusia masih lagi tinggi khususnya dalam sektor pertanian dan industri berintensif buruh.

TEMA 1 PENDUDUK MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

Manakala penurunan dalam kadar kematian pula berpunca daripada taraf kesihatan dan perubatan yang semakin baik, bekalan makanan yang mencukupi, keadaan politik yang stabil daripada peperangan dll. Contoh Negara Sedang Membangun seperti India, Pakistan, Bangladesh, Vietnam, Thailand, Kemboja, Filipina, Indonesia, Brazil, Argentina, Uruguay, Paraguay dll

3. Peringkat 3: Fasa Akhir Pertengahan (Negara Industri Baru/NIC) Pada peringkat ini kadar kelahiran dan kadar kematian merosot dengan ketara. Kadar kelahiran menurun disebabkan oleh perkembangan industri dan teknologi yang pesat maka kebergantungan kepada buruh manusia semakin berkurangan, masyarakat lebih moden dan berpendidikan lebih tinggi, mula mementingkan kerjaya, kos hidup meningkat, amalan perancangan keluarga mulai berkesan, perkahwinan lewat dan lain- lain. Manakala kadar kematian merosot disebabkan oleh peningkatan tinggi dalam tahap kesihatan penduduk. Kelompok negara membangun di peringkat ini ialah Negara Perindustrian Baru seperti Korea, Taiwan, Singapura, China, Australia, New Zealand dll Peringkat 4 : Fasa Akhir (Negara Maju) Di peringkat ini kadar kelahiran dan kadar kematian terus menurun hingga ke paras yang rendah dan kekal stabil Ini menyebabkan pertumbuhan semula jadi penduduk juga terus menurun menuju ke sifar (Zero population growth) atau mungkin pertumbuhan penduduk menjadi stabil dan mantap. Keadan ini disebabkan oleh taraf kesihatan dan perubatan moden bertambah maju serta berupaya meningkatkan jangka hayat penduduk. Pelbagai penyakit merbahaya yang boleh membawa kematian berjaya dikawal dengan penemuan ubat dan vaksin barn. Kadar kematian bayi di peringkat awal juga di kawal. Di samping itu kejayaan sepenuhnya program kawalan penduduk atau perancangan keluarga yang dilaksanakan berikutan daripada masyarakatnya yang

TEMA 1 PENDUDUK MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

berpendidikan tinggi, berkerjaya, mementingkan status quo, peningkatan taraf dan kesejahteraan hidup dan lain-lain. Peringkat ini dicerminkan oleh negara-negara maju seperti Jepun, Sweden, Britain dan lain-lain lagi yang mencapai tahap penduduk optima.

Jelaskan kaitan antara pertumbuhan penduduk dengan pembangunan sosio - ekonomi di sesebuah negara dalam konteks model peralihan demografi. Peringkat 1 (Kadar Kelahiran dan Kadar Kematian Tinggi) Tahap ini pembangunan Sosio-ekonomi negara adalah mundur, bergantung sepenuhnya kepada sektor pertanian berintensif buruh (masyarakat agraria) Pergantungan kepada teknologi tradisional sahaja, pembangunan sumber alam dan sumber manusia amat perlahan atau sumber alam tersimpan sebagai stok sumber sahaja. Dibelenggu dengan masalah kekurangan makanan/kebuluran, taraf kesihatan rendah, taraf pendidikan rendah atau kadar buta huruf tinggi di samping Masalah ketidakstabilan politik dan seringkali diancam perang saudara/pergolakan politik tempatan. Peringkat 2 : Kadar kelahiran masih lagi tinggi manakala kadar k e m a t i a n m e n u r u n dengan cepat. Pembangunan sektor ekonomi moden khususnya industri dan perkhidmatan mula berkembang maju dan tidak lagi semata-mata bergantung kepada sektor pertanian. Sumber - sumber alam dimajukan, kepelbagaian ekonomi dan peluang pekerjaan bertambah, pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk meningkat. Pembangunan sosial meningkat seperti taraf kesihatan penduduk bertambah baik, jangka hayat bertambah, kadar kematian menurun. Tahap pendidikan juga meningkat atau kadar buta huruf menurun di samping kepesatan pembangunan fizikal (kemudahan asas). Peringkat 3: Kadar kelahiran dan kadar kematian merosot dengan ketara. Negara sedang membangun menuju ke arah ciri-ciri negara industri yang maju. Struktur ekonomi jelas berubah dan sebahagian besarnya bergantung kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan.

TEMA 1 PENDUDUK MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

Produk eksport menguasai pasaran global Pembangunan teknologi yang pesat. Ekonomi kuarterner dan kuiner berkembang pesat dan pada masa kini negaranegara ini diwakili oleh negara - negara perindustrian baru (NIC) seperti Korea Selatan, Taiwan, China dan Singapura. Peringkat 4: Kadar kelahiran dan kadar kematian terus menurun hingga ke paras yang rendah dan kekal stabil. Pembangunan ekonomi negara yang mantap dan berkembang maju. Sektor industri dan perkhidmatan mendominasi sepenuhnya di samping produk sektor kuarterner dan kuiner. Negara maju menguasai pasaran global. Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk yang sangat tinggi, dengan adanya tahap teknologi yang tinggi. Tahap pembangunan sosial juga tinggi dan masyarakat berilmu serta bermaklumat khususnya menguasai ilmu teknologi maklumat ( Information Technology Communication/ICT) Gaya hidup masyarakat Kosmopolitan mementingkan gaya, mutu dan keunggulan Faktor Yang Mempengaruhi Peralihan Demografi Sesebuah Negara 1. Kadar kelahiran sesebuah negara. Jika kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah maka pertubuhan penduduk tinggi, Jika kadar kelahiran rendah dan kematian tinggi, maka pertumbuhan adalah rendah. Ditentukan oleh perancangan keluarga dan taraf kesihatan penduduk. 2. Tahap kesihatan dan kemajuan perubatan. Bidang perubatan akan mempengaruhi kadar kelahiran, kematian dan perancangan keluarga. Taraf kesihatan akan mempengaruhi jangka hayat, kelahiran, kematian dan pertumbuhan penduduk. 3. Tingkat teknologi. Teknologi moden akan mempengaruhi tingkat kemajuan ekonomi negara. Teknologi tinggi akan mempercepatkan perubahan kegiatan ekonomi dan sosial penduduk. Masyarakat cepat maju. 4. Tahap pendidikan. Pendidikan tinggi akan mempengaruhi corak demografi sesebuah negara.Pendidikan akan mempengaruhi corak kelahiran, jangka hayat, pertumbuhan penduduk sesebuah negara.

TEMA 1 PENDUDUK MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

5. Dasar kependudukan kerajaan. Dasar kerajaan sama ada mengawal dan menambah bilangan penduduk akan mempengaruhi corak demografi. Sebagai contoh, dasar saiz kerluarga kecil akan memperlahankan kelahiran. 6. Dasar pembangunan kerajaan. Dasar ekonomi sesebuah negara akan meningkatkan pendapatan perkapita, mengurangkan kemiskinan dan berupaya meningkatkan status hidup masyarakat. Masyarakat maju mengalami pemodenan yang cepat dalam bidang sosial. Ciri demografi penduduk negara sedang membangun 1. Keseluruhannya piramid progresif adalah berbentuk kon , iaitu puncaknya yang tajam/tirus dan dasar atau tapaknya yang lebar serta keadaan cerunnya yang cekung 2. Bilangan penduduk muda yang ramai hasil daripada kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah. 3. Jangka hayat penduduk yang masih rendah. Keadaan ini dibayangkan oleh puncak piramid yang tirus. 4. Nisbah tanggungan yang tinggi. Ciri ini ditunjukkan oleh cerunnya yang cekung. Bilangan golongan dewasa yang produktif daripada segi ekonomi adalah sedikit berbanding dengan golongan muda yang terpaksa ditanggung 5. Saiz keluarga juga adalah besar yang menyebabkan taraf hidup sesebuah keluarga masih rendah

Masalah sosio ekonomi yang dihadapi oleh negara membangun akibat ciri demografi sedemikian. 1. Pembangunan ekonomi masih lemah/mundur. Ekoran daripada ketidakseimbangan antara golongan dewasa yang produktif daripada segi ekonomi yang sedikit berbanding golongan muda yang tidak produktif yang ramai (nisbah tanggungan tinggi). Misalnya di Brazil mempunyai lebih daripada 60% penduduknya yang terpaksa ditanggung, di Pakistan pula

TEMA 1 PENDUDUK MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

hanya 35% sahaja penduduknya terdiri daripada golongan dewasa yang aktif daripada segi ekonomi. 2. Penduduk masih terbelenggu dengan kemiskinan yang tinggi . Sektor ekonomi moden khususnya perindustrian dan perkhidmatan sukar berkembang dengan pesat. Lebih daripada 60% ekonomi negara sedang membangun masih dikuasai oleh sektor pertanian yang berintensif buruh. 3. Pendapatan perkapita penduduk yang rendah. Pendapatan kecil terpaksa dibahagikan dengan saiz keluarga yang besar (nisbah tanggungan tinggi). Ini akan merendahkan taraf hidup penduduk. 4. Pasaran domestik yang lemah. Pasaran domestik yang lemah akibat kuasa beli penduduk yang rendah. 5. Perbelanjaan untuk keperluan asas menjadi besar . Penyediaan kemudahan kesihatan, pendidikan, kemudahan perumahan, perhubungan, pengangkutan dan sebagainya bagai menampung keperluan asasi penduduk muda yang ramai sedangkan kemampuan kewangan negara sedang membangun adalah terhad. 6. Kadar pengganguran tinggi. Peluang pekerjaan dalam sektor pertanian agak terhad. Sektor ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatan masih lemah perkembangannya. 7. Masalah sosial. Kadar buta huruf yang tinggi, taraf kesihatan yang rendah yang menyebabkan mudah merebaknya penyakit berbahaya seperti taun, denggi, malaria, AIDS, SARS dan lain-lain yang boleh membawa maut. Selain itu masalah peningkatan gejala sosial seperti jenayah, penyalahgunaan dadah dan lain-lain juga adalah tinggi. Ciri Demografi Penduduk Malaysia Pada Tahun 2000 1. Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah . Dibuktikan dengan saiz tapak piramid yang lebar. Kelompok 0 9 tahun paling ramai. Dikaitkan dengan taraf kesihatan yang bertambah baik mengawal penyakit di kalangan bayi dan ibu yang mengandung. Kemudahan kesihatan/bilangan doktor dan perubatan yang baik. Kadar mortaliti rendah dan kelahiran hidup tinggi. Amalan pemakanan berzat dan penjagaan bayi yang teratur.

TEMA 1 PENDUDUK MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

2. Nisbah jantina antara lelaki dan perempuan berbeza mengikut peringkat umur. Kumpulan umur muda dan dewasa (0 59) tahun lelaki lebih ramai berbanding wanita tetapi kumpulan umur tua (60 tahun dan ke atas wanita lebih ramai berbanding lelaki). Kadar kematian lelaki lebih tinggi apabila mencecah umur tua. Ini disebabkan oleh kesedaran penjagaan kesihatan dikalanganpenduduk lelaki lebih rendah berbanding wanita. Namun secara keseluruhannya nisbah jantina lelaki dan perempuan hampir seimbang. 3. Nisbah tanggungan masih tinggi tetapi tidak ketara . Kumpulan umur di bawah tanggungan (0 19 tahun masih lagi tinggi) berbanding dengan kumpulan umur dewasa yang produktif (20 hingga 59 tahun). Kumpulan umur di bawah tanggungan sebahagian besarnya berada di alam persekolahan. Namun begitu nisbah tanggungan ini tidaklah terlalu besar dan masih boleh ditanggung oleh kumpulan dewasa. Ini disebabkan oleh peningkatan kualiti hidup penduduk khususnya daripada segi pendapatan perkapita. 4. Jangka hayat meningkat. Puncak piramid semakin melebar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ini menunjukkan berlakunya proses penuaan penduduk (ageing population). Warga emas bertambah. Akibat peningkatan kualiti hidup penduduk Malaysia seperti penjagaan kesihatan dikalangan warga tua, kemudahan rawatan golongan tua bertambah, amalan pemakanan seimbang dll yang meningkatkan jangka hayat. Tetapi jangka hayat perempuan lebih tinggi berbanding lelaki kerana kesedaran kesihatan yang berbeza.

Merujuk Kepada Model Peralihan Demografi Di Atas, Jelaskan Corak Pertumbuhan Penduduk Bagi Setiap Peringkat. 1. Peringkat 1 Pertumbuhan penduduk adalah rendah - kadar lahir adalah tinggi, manakala kadar mati juga tinggi disebabkan oleh tiada amalan prancangan keluarga.kahwin awal dan taraf kesihatan rendah 2. Peringkat 2 Pertumbuhan penduduk meningkat tinggi pada tahap awal dan pertengahan, kemudian mula menurun pada tahap akhir - kadar lahir masih tinggi, manakala kadar kematian mulai menurun. Amalan perancangan keluarga sudahdipraktikkan tetapi masih kurang berjaya kerana faktor

TEMA 1 PENDUDUK MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

agama, pendidikan dan adat. Menurun pada tahap akhir kerana hampir memasuki peringkat negara maju. 3. Peringkat 3 - Pertumbuhan penduduk adalah menurun hingga hampir sifar kadar lahir adalah rendah, manakala kadar kematian terus menurun dengan drastik. Amalan perancangan keluarga yang berjaya masyarakat moden yang mahukan saiz keluarga yang kecii kerana kos hidup tinggi.

Ciri Penduduk Sebuah Negara Dalam Konteks Model Peralihan Demografi Negara Sedang Membangun 1. Kadar pertumbuhan meningkat kadar kelahiran semula jadi tinggi/meningkat kadar kematian semula jadi rendah /menurun, migrasi 2. Kadar kelahiran bilangan kanak-kanak meningkat kerana peningkatan perubatan, pemakanan seimbang, taraf sosioekonomi meningkat turut menyebabakan taraf kesihatan penduduk bertambah baik, halangan adat dan agama, kegagalan amalan perancangan keluarga 3. Kadar kematian menurun kerana teknologi perubatan meningkat, kawala penyakit berjangkit, kematian semasa bersalin berkurang, pertambahan sumber makanan 4. Jangka hayat semakin meningkat bilangan golongan tua semakin meningkat kematian berkurangan disebabkan teknik perubatan moden dan peningkatan dalam penjagaan kesihatan.