SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105

)

PENGENALAN SENI DALAM PENDIDIKAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni boleh didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang padu itu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Seni dalam Pendidikan meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual yang menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni visual di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

1

Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti dan sahsiahnya. Tanpa muzik bererti dunia pelajar adalah kosong. Seni Dalam Pendidikan juga memasukan muzik sebagai unsur atau elemen penting yang perlu digarap bersama dalam menzahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan. Pelajar sentiasa memberi respon kepada muzik dan berasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang sukar untuk dipisahkan. muzik juga merupakan budaya masyarakat.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) Selain itu. 2 . Asas muzik iaitu irama dan ton juga menjadi amalan pertuturan dan interaksi harian. Selain itu.

Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding. contengan rupa terkawal dan contengan rupa. kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. emosi. kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Akhir sekali adalah contengan rupa. contengan garisan terkawal. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. di dalam menyampaikan idea. contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Pada usia ini.0 TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri. di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon. teori yang boleh untuk dijadikan rujukan adalah teori artistik yang diasas oleh Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan seni kanak-kanak kepada tiga bahagian utama. di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya 3 . Sementara itu. kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal. penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) 1. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif. pensil serta bahan-bahan lain. Berdasarkan seni dalam pendidikan. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang.  Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) Pada peringkat ini. selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. perasaan.

Dalam sesetengah keadaan. seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain. kanakkanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Pada peringkat ini juga. simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan. kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. kereta.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. alat permainan dan sebagainya. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil. kemudian diikuti dengan keluarga terdekat seperti ibu bapa diikuti rakanrakan. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Sebagai contoh. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan. 4 . Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri. imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma. bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketua keluarga. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Pada peringkat ini. Umumnya.  Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) Daripada peringkat lukisan contengan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai. bunga.

mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik. penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat. lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu. figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat penambahan. Sebagai contoh. warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Sebagai contoh. Pada peringkat kedua pula. 5 .  Pra-Remaja (10-13 Tahun) Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini. Pada peringkat ini juga. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul. imej langit dikaitkan dengan warna biru. penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Pada peringkat ketiga simbolisma.

pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. memek muka. Teori perkembangan artistik menjelaskan bahawa penggunaan seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana ianya turut selari dengan perkembangan semulajadi kanak-kanak di mana setiap peringkat menjelaskan kebolehan seni yang sepatutnya dikuasai oleh kanak-kanak. 6 . Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Kemahiran yang dikuasai oleh kanak-kanak boleh dijadikan antara elemen yang ditekankan di dalam kelas. Setiap kebolehan di peringkat yang digariskan boleh dijadikan panduan kepada guru dalam merancang sesi pengajaran yang menarik dalam menyelit unsur-unsur seni di dalamnya. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Di dalam kehidupan seharian.

mereka akan menyedari kewujudan dan kegunaan setiap anggota badan yang berfungsi dalam kehidupan. dalam menghasilkan satu hasil kerja berseni memerlukan murid berfikir di luar kotak.0 KEPERLUAN SENI KEPADA KANAK-KANAK Penglibatan kanak-kanak di dalam seni di peringkat permulaan proses pembelajaran berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Melalui pengajaran seperti ini. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibakan seni memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor). Melalui koordinasi antara anggota badan murid. Sebagai contoh. Secara ringkasnya keperluan pengajaran seni kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek seperti berikut: (a) Aspek Kognitif Pengajaran aktiviti berseni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan murid yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat apa jua keputusan yang diperlukan. Selain itu. 7 . Ianya dapat melatih murid dari segi motor kasar dan motor halus. koordinasi tangan serta mata juga dapat dilatih.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) 2. Keperluan koordinasi antara anggota tubuh ini penting dalam membentuk perkembangan murid yang lebih positif yang melibatkan kemahiran lebih tinggi dan lebih penting di masa akan datang. murid dapat melatih minda mereka di samping memberi kesan dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul kelak. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya.

Aktiviti seperti ini memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormat- menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Melalui pengajaran seperti ini juga membantu murid untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan murid yang lain. Selain itu. produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. (e) Aspek Sosial dan Emosi Aktiviti seni memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. 8 . proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. berbanding dengan hasilan akhir. Murid akan menjadi lebih peka dengan apa yang ada di sekeliling mereka kerana pembinaan konsep sedang berlaku dan murid lebih teliti dengan apa yang terjadi.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Ia menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni. Aktiviti dan projek di dalam pengajaran melibatkan seni mengutamakan proses. aktiviti seperti ini menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam menghasilkan sesebuah karya yang berkualiti dan baik. (d) Aspek Persepsi Melalui akiviti yang melibatkan seni. Oleh yang demikian.

bereksperimen dan mengolah objek. kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif dan mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui aktiviti meneroka. penggunaan seni dalam pendidikan membolehkan murid mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif Seni menekankan unsur warna. Selaras dengan sains dan teknologi. Contohnya. dari segi muzik yang kita suka dan jenis muzik yang kita sedang dengar. warna dan ruang melalui penerokaan. ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Hal ini akan mendorong guru dan murid untuk lebih kreatif. Seni dalam pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama. Apabila kita mendengar lagu yang rancak rentaknya.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) 3. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita dalam apa keadaan sekalipun. Seni Dalam Pendidikan dapat menjadi medium dalam membentuk kebolehan bagi menangani perubahan-perubahan yang sedang berlaku dalam era kini. irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Unsur warna. Kanak-kanak akan meneroka warna. 9 . Muzik yang rancak dan bersemangat dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari dan memperolehi semangat dalam menjalankan apa sahaja yang diperlukan pada hari tersebut. irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Oleh itu.0 KEBERKESANAN PERKAITAN SENI DALAM PENDIDIKAN Mengikut Teori Konstruktivisme. muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Seni dalam pendidikan juga dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran pendidikan seni dan visual dengan mata pelajaran lain. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar. pengalaman dan ekspresi.

Pemilihan corak atau lukisan serta warna yang dipilih membolehkan guru meneka dan membuat perkaitan dengan emosi atau pencapaiannya pada hari tersebut. Hal ini demikian kerana. bukan setiap perkaitan tingkah laku boleh dilihat melalui penggunaan warna atau pemilihan muzik malah perlu dilihat kepada kesesuaian waktu. Seni menggalakkan pembelajaran seumur hidup terutamanya apabila murid begitu minat dengan apa yang diajarkan kepada mereka. Masalah-masalah yang timbul boleh menyebabkannya terbantut dalam menjalani perkembangan kognitif atau dari aspekaspek yang lain secara normal. Seni dapat memupuk displin diri. Murid tidak cenderung untuk berasa bosan dan output yang diterima adalah lebih baik kerana murid tidak tertekan menjalani proses pembelajaran. keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Melalui hasil kerja yang dilakukan. Seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap. guru mungkin dapat mengambil sebarang tindakan bagi membantu murid dalam masalah yang dihadapinya. Melalui pengintegrasian mata pelajaran seperti ini murid akan meneruskan pembelajaran secara sendiri berdasarkan kreativiti semulajadi.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) Melalui pembelajaran berkait dengan seni. jika berlakunya proses pembelajaran matematik dan mempunyai perkaitan dengan seni mampu mewujudkan suasana yang lebih aktif dan menyeronokkan. 10 . dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan murid untuk melukis serta bermain dengan warna. mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Sebagai contoh. Dengan suasana dan persekitaran yang sebegitu. ianya mampu mengembangkan lagi pengetahuan yang ada berkaitan dengan emosi atau tingkah laku yang ada pada seorang murid. Namun begitu. ianya mampu memberi peluang kepada murid meneroka dengan lebih luas dan mengembangkan lagi potensi yang ada pada murid. Integrasi antara mata pelajaran yang lain bersama-sama dengan kemahiran seni sebenarnya mampu melengkapkan penggunaan otak secara sepenuhnya. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah.

interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap seni reka seperti warna. imbangan dan komposisi. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. apresiasi seni visual serta menghargai nilai-nilai yang diperoleh melalui proses pembelajaran dengan baik. 1. Inin akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami denagn 11 . Antara kegiatan bidang ini:      Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) 4. bahan dan kegunaanya. kreativiti dan ekspresi diri. struktur. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat. Menggambar Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang. garisan. susunan dan kesannya.0 SENI DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:     Menggambar Membuat Corak dan Rekaan Membentuk dan Membuat Binaan Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif.

Kegiatan ini boelh dilakukan dalam pelbagai cara seperti penyataan.Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. kraf dan sebagainya. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan. nyanyian dan cerita. aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Membuat Corak dan Rekaan Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannay menjadi satu rekaan lain. corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan. peragaan dan lakonan. puisi. 2.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) apa yang dilakukan melalui gubahan. Corak terhasil tearipada pelbagai teknik dan cara. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang. lakonan. Antaranya melalui kegiatan seperti:                Corak tidak Terancang Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan Celupan Renjisan dan Percikan Corak Terancang Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan dan guntingan Resis Kolaj Kaligrafi Bidang ini membolehkan mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. 12 . corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu.

struktur. 13 . Berpandukan aspek tersebut murid ddapat memahami dengan lebih jelas bial mereka membentuk dan membina sesuatu model. kegiatan ini boleh dilkaukan dalm pelbagai cara seperti pernyataan.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) 3. aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. puisi. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:          Arca Timbul Asemblaj Mobail Stabail Model Diorama Boneka Topeng Origami Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan. lakonan. semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga memdedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan . alat dan teknik penghasilan. imbangan dan kestabilan. nyanyian dan cerita. ruang. Membentuk dan membuat binaan Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakna sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) 4. 14 . proses pembauatn serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan. alat dan bahan. puisi. Di sekolah rendah. nyanyian dan cerita. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi proses dan teknik membuat. Mengenal Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. motif. murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:          Alat domestik Alat permainan Perhiaan (ornamen) Batik tekat Ukiran Tenunan Anyaman Tembikar Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis tradisional dalam budaya tanah air. corak dan hiasan. lakonan.

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara. dan maksud dalam karya seni visual. dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Dalam pendidikan seni. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan.0 APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKAN Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan kerana keindahan dan kehalusannya. manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Seni yang diselitkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. seni pergerakan dan juga seni muzik. 15 . Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Dalam kehidupan kita seharian. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Seni juga sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. suara. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) 5. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual. kita semestinya akan menemui pelbagai irama. seni tarian dan seni lakonan. emosi. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan. Sebagai contoh bunyi tapak kaki. bunyi degupan jantung.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. pemikiran. bergerak ke kiri dan ke kanan. Selain itu. 16 . elemen yang ketiga dipenuhi. Menurut Kenneth M. Tanpa kehadiran muzik. Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung. serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Selain itu. secara tidak langsung. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka. ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan. melukis corak dan sebagainya. guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan dan pelajaran dengan menumpukan tertentu kepada dengan perkembangan pengetahuan peningkatan kemahiran menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi di mana dari situ merupakan antara satu medium dalam menyampaikan apa yang dirasakan oleh seseorang. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan tersebut. kreativiti. Kesimpulannya. kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. menari. Melalui cara ini.

Abdul Shukor Hashim et. Bhd. Meteor Sdn Bhd. 17 .Azhar. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.Hamaid. Mazlan Mohamad. Pendidikan Seni I. Kuala Lumpur.edu.html http://itukamibudakseni. (2004). Ibrahim Hassan.sabah. Md. Ibrahim. UPSI.SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3105) RUJUKAN Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual.com/2009/08/attention-num2.al (2011 ) Perkembangan Seni kanak-kanak. Tanjong Malim. Kreativiti: Konsep Teori dan Praktiks.blogspot. Kuala Lumpur : AG Grafik. (1997). Mazlan Mohamad. Amir Awang. Nasir Hj. Prinsip Pendidikan Seni. Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Selangor. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Kuala Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Teori-teori pembelajaran. ( 2003 ). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Pengurusan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.html Perkembangan Seni Kanak-kanak ( HBAE 1203) – Open University Malaysia Mohd.my/itma128/ Kreativiti& Estetika . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Fajar Bakti. (1986). ( 2002 ). ( 1996 ). http:// www. ( 2000 ).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful