You are on page 1of 18

TAJUK 15 PENERAPAN PEDAGOGI

Rujukan Modul Pembelajarn Kontekstual (Pusat Perkembangan Kurikulum) Modul Pembelajarn Konstrukstivsme (Pusat Perkembangan Kurikulum) Penerapan Unsur Pedagogi       Pembelajaran kontekstual dalam perniagaan dan keusahawanan Pembelajaran kontrukstivisme dalam perniagaan dan keusahawanan Pengajaran Masteri Learning Penyelesaian masalah Lawatan & kerja luar Pengajaran reflektif

PENGENALAN – Pengertian Pembelajaran Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan (1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robe rt M. Gagne (1970) dalam bukunya „The Condition of Learning‟ mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL  Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau

      Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama .Makmal. pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. berkongsi maklumat.  pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan. saling membantu dan maklum balas yang positif. belajar dalam kumpulan. fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN?    Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi. sosial. psikologi) Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal. (Kehidupan Harian. fizikal. Tempat Kerja) Mengikut teori pembelajaran kontekstual. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah. MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN? 16    Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial. makmal.  Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada Murid. tempat kerja atau kehidupan harian. sendiri. (Budaya. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. budaya. aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Bilik Darjah. Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.

Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada INDUSTRI  Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan  Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia. APAKAH BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Dalam proses pembelajaran secara kontekstual.Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada GURU  Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari  Experiencing (Mengalami): Belajar dalam konteks penerokaan. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika tertanggal  Applying (Mengaplikasi): Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.  Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut :  Relating(Menghubung kait): Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan.  Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri. . Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. penemuan dan reka cipta Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin.

4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan Dalam proses pembelajaran secara kontekstual. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait. IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME      Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil darIpada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah Pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut .Murid mempelajari teori dan konsep tuas. mengalami. Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama  Transfering (Memindahkan): Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada. Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. bekerjasama dan memindahkan. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m. mengaplikasi. Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain. murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. PEMBELJARAN KONTRUKSTIVISME APAKAH KONSTRUKTIVISME ? Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. memberi maklum balas dan berkomunikasi Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing . murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar  Cooperating (Bekerjasama): Belajar dalam konteks bekerjasama. objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk. Dalam proses ini.

Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. peranan murid dan guru akan berubah. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain. Peranan Murid  Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME          Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil Pembelajaran Menyokong pembelajaran secara koperatif Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar PERANAN MURID DAN GURU SERTA CABARAN DALAM KELAS KONSTRUKTIVIS Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas.    Peranan Guru . Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Terdapat beberapa perubahan dalam bilik darjah khususnya tentang peranan murid dan guru serta cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran secara onstruktivisme. kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.

Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu. Peranan guru ialah untuk menenentukan pelajaran yang perlu dikuasai. Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat. Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas.           Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. dan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama (Levine 1985:Bloom 1981). Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. Dalam proses pembelajaran masteri. 5. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. 3. . Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. menganalisis. Semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya:   ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan. guru mesti memastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran. 2. PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian. 1. 4. Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai. meramal. meneroka dan membuat hipotesis. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.

nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran. Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah pemulihan yang sesuai. kemahiran yang diajar. ii. Misalnya. Antara aspek penting yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk pelajaran.6. “Keller Plan” iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap -tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya. . 2. dalam suatu mata pelajaran. 3. Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar mengikut kadar mereka sendiri . 7. pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1. Pembelajaran berbantukan komputer. iii. Audio-tutorial. Murid belajar mengikut kadarnya sendiri. Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. antaranya: i.Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. iv. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan. kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran. Modul dan pakej pembelajaran. Ini bermakna. v. Di samping itu pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkatperingkat. objektif yang hendak dicapai. pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat. Terdapat empat elemen penting dalam pembelajaran masteri iaitu: Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan bagaimana ianya akan dinilai. Elemen-Elemen Penting Dalam Pembelajaran Masteri 1. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar. Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame) (“Programmed Instruction”). Berdasarkan pembelajaran masteri. pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir dikalangan pelajar.

Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran. Pembelajaran masteri mempunyai ciri seperti berikut: Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek yang lebih kecil. Bentuk penilaian boleh juga disediakan sama ada secara lisan atau bertulis. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan . Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesuatu tajuk atau topik. 3. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran masteri dilaksanakan berdasarkan empat langkah. Pelaksanaan tindakan susulan. Ini akan memudahkan mereka menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan. CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI 1. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Penentuan hasil pembelajaran. 3. 5. misalnya menggunakan lembaran kerja atau latihan. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai. 2. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan 4.4. 4. Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru apabil mereka telah berjaya menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam topik yang sedang dipelajari. 2. Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar memahami dan mencapainya. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%. Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai terlaksana atau sebaliknya. iaitu: 1. Walau bagaimanapun guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai 80%. guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

kumpulan besar. menarik dan menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum balas secara tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran. 8. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid. kaedah dan teknik dalam suatu pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. kumpulan kecil. Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya. dan . ii. Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian. sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu: i. iii. 7. berpasangan atau secara individu. Penilaian juga mestilah bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti. Pemilihan dan penggunaan strategi.pembelajaran yang sesuai secara kelas. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid. pendekatan. 6. langkah demi langkah. Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti pengayaan. berkesan. PENYELESAIAN MASALAH Proses Menyelesaikan Masalah Menurut George Polya (1957). Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih belum menguasai aras masteri yang telah ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai aras masteri.

Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa. et al. Pelajar juga perlu berbincang dan berkongsi maklumat dangan ahli kumpulan yang lain serta perlu mamastikan sama ada maklumat yang dikumpulkan mencukupi ataupun tidak. b) Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data Pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang diperolehi. Disamping itu. Pada peringkat ini. sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. (Widad Othman. carta aliran dan lain-lain. pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian dengan apa yang hendak diselesaikan. carta pai. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memilih alternatif penyelesaian masalah yang tepat. 2003). tindak balas pihak lain.iv. Kemudian. Jeffery. Selain itu. Pemilihan . kos masalah. Contohnya. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan. pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur masalah dan dibuat definisi. pelajar mampu mencari punca utama masalah tersebut. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik pengumpulan data. pelajar perlu membuat rumusan berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti sumber-sumber yang perlu digunakan untuk memperolehi maklumat yang benar. Tugas pelajar adalah untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. siapa dan bagaimana masalah itu berlaku. 2003) Terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah: a) Mengenalpasti Masalah Pada peringkat ini. R (2002). relevan dan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. carta pareto. bila. Masalah dianalisis daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah. gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect). lokasi berlaku masalah. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari punca masalah tersebut berlaku. pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari peringkat awal sehingga permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. perbandingan dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul Hamid. Menurut Kirby. pengalaman diri. Gary R. c) Membuat Keputusan Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. di mana. dan Goodpaster. pelajar boleh mengsahkan kesahihan maklumat yang diperolehi dan mampu mengenalpasti penyarah yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu. pelajar perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil.

Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan. e) Melaksanakan Keputusan Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas hanya terkandung dalam peringkat perancangan. 2003). 2005) bagi membantu guru menjalankan Pembelajaran Luar Bilik Darjah. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz. Selepas penentuan alternatif jalan penyelesaian. pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai. Pengertian. Kesan ini terdiri daripada kesan posivif dan negatif. Ini juga membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh mengembangkan atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih merupakan alternatif yang terbaik. Oleh itu. objektif dan tiga model Pembelajaran Luar Bilik Darjah yang melibatkan kerja lapangan dan lawatan dijelaskan dalam dokumen tersebut . Ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalk an “Four Pillars of Education: Learning to Know. et al (2002). LAWATAN DAN KERJA LUAR PENGENALAN Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk kontekstual. ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Learning to Live Together dan Learning to Be”. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Garis Panduan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu.penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan idea yang diperolehi berkualiti. pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan yang dipilih mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. faktor paling penting dalam penilaian adalah kesan kepada jalan penyelesaian. Ini kerana. pelajar perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sewajarnya. kaedah ini mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. membanding dan menjalankan percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid. Pada peringkat ini. Learning to Do. Untuk memastikan Pembelajaran Luar Bilik Darjah dilaksanakan dengan lebih berkesan. d) Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik Kini.

mengukuhkan apa yang telah dipelajari. PPD dan ibu bapa . 2005) memberi pengertian Pembelajaran Luar Bilik Darjah seperti berikut: “Pembelajaran luar bilik darjah adalah suatu program atau a ktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan. Menerapkan nilai-nilai murni. memproses dan menganalisis data dan maklumat. Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) (Lawatan terancang & berintergrasi ilmu) Sebelum Pembelajaran Luar Bilik Darjah    Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan. Mengembangkan kemahiran mengumpul. domain sikap dan domain kemahiran. sikap dan kemahiran) Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah. Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar. Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah.” OBJEKTIF Pembelajaran Luar Bilik Darjah boleh digunakan untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari. bermakna dan menyenorokkan Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual. MODEL Pembelajaran Luar Bilik Darjah Tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD: Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah. Antaranya ialah:       Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas. iaitu domain pengetahuan. Objektif-objektif Pembelajaran Luar Bilik Darjah merangkumi tiga domain pembelajaran. atau pun sebagai satu proses mempelajari sesuatu tajuk atau konsep.PENGERTIAN Garis Panduan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (Kementerian Pelajaran Malaysia. Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.

perakam audio dll) Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat Mengetahui dan memahami tanggung jawab diri dan kumpulan Memahami peraturan dan aturcara lawatan Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan Memahami keperluan-keperluan keselamatan Semasa Pembelajaran Luar Bilik Darjah        Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga Memberi bantuan bila diperlukan Mengalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat Membuat pemerhatian secara langsung Mengumpul dan merekod maklumat Mematuhi peraturan-peraturan lawatan Berkerjasama dalam kumpulan Selepas Pembelajaran Luar Bilik Darjah     Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid Membimbing murid membuat rumusan Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan & pengelolaan aktiviti). permit perjalanan dan dua orang pemandu. Menyusun maklumat yang dikumpul .                  Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi Membuat tempahan tempat dan pengangkutan Memastikan bas mempunysi insuran penumpang. Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang murid Membahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatan Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan. peraturan dan tanggung jawab masing-masing Membahagikan tugas & tanggung jawab kepada murid Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera.

Hal ini dibuktikan dengan kewujudan pelbagai kajian berkenaan pemikiran dan amalan refleksi yang dilaksanakan oleh para penyelidik pendidikan di seluruh dunia dari semasa ke semasa. Manakala dari segi definisi pula Dewey (1933) menyatakan individu yang mempraktikkan pemikiran refleksi akan sentiasa aktif dalam memikirkan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian. Proses refleksi yang berlaku sebelum. komited untuk mencari jalan penyelesaian.     Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain Menyediakan laporan Menghantar / membentang hasil / laporan Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada) PENGAJAARAN REFLEKTIF Pemikiran dan amalan refleksi terhasil daripada cetusan idea yang dikemukakan oleh Dewey (1933) dalam bukunya yang berjudul „How We Think”. afektif atau hubungan interpersonal khususnya selepas satu-satu tajuk  membuat rakaman video dan menilai aspek yang ingin diperbaiki sama ada selepas satu tajuk atau sesuatu program tamat . sanggup mengorbankan masa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat di atasi dan sentiasa menerima pandangan dari luar yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Konsep Refleksi Refleksi ialah satu proses seseorang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah dialaminya. termasuk memikirkan cara memperbaikki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan Kemahiran refleksi boleh diperolehi melalui pelbagai latihan:  menyediakan dairi/catatan selepas setiap pengajaran  menggunakan analisis kritikal insiden semasa pengajaran  menyediakan soalan tentang aspek yang ingin diperhati/dikaji dan menjawab persoalan tersebut selepas pengajaran  menggalakkan pemerhatian rakan sebaya dan berkongsi maklumat selepas pengajaran  menggunakan pandangan. semasa dan selepas berlakunya sesuatu pengalaman yang mencabar. menganalisis dan menilai kesannya. Walaupun gagasan idea ini sudah agak ketinggalan zaman namun penggunaannya dalam bidang perguruan tidak dapat dipisahkan. cadangan dan komen pelajar sama ada yang melibatkan aspek kognitif. wajarlah bagi seorang guru sentiasa merefleks terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan bagi memperbaiki prestasi pengajarannya khususnya bagi guru pelatih yang baru bertatih untuk mengajar dan apatah lagi proses pengajaran yang dilakukan di sekolah kawasan luar bandar.

Rekod ini boleh dilaksanakan secara penyediaan log pembelajaran. 6. pengalaman. hingga menjadi satu bentuk lingkaran bergelung secara terus menerus demi meningkatkan ilmu pengetahuan. Selepas tamat satu program Bagi membantu mengubah atau menambahbaik amalan pengajaran setiap apa yang dinilai perlu direkodkan. 4. 3. dan kemahiran pendidikan seseorang pendidik Peringkat-peringkat Pemikiran Reflektif Ciri pemikiran reflektif ialah melibatkan penyelesaian sesuatu masalah secara berperingkat seperti di bawah Masalah Proses Pemikiran reflektif bermula Membaca dan mentafsir maklumat Memahami masalah melalui pemikiran kognitif . Aktiviti reflektif ini boleh dilaksanakan secara berterusan dalam tiga peringkat: i.Menjadi pengamal reflektif (reflective practitioner) amatlah penting bagi seorang guru yang ingin menjadi pakar dalam tugas pengajaran. Kefahaman masalah Transformasi kepada rancangan Pelaksanaan rancangan Penilaian pelaksanaan Refleksi pelaksanaan Dapatan kefahaman baru Dapatan kefahaman baru ini seterusnya menjadi cetusan asas untuk transformasi baru dan tindakan-tindakan yang berikutnya. 5. Sepanjang masa aktiviti pengajaran berjalan ii. 2. Log/diari ini perlu mencatatkan perkara berikut:  Dapatan daripada refleksi kendiri  Perubahan yang diperlukan/dicadangkan  Perkara tertentu yang perlu diberi perhatian untuk memperbaiki pengajaran  Rancangan bagi memperbaiki pengajaran  Tindakan susulan yang patut dilaksanakan ProsesRefleksi Pedagogi Proses ini merangkumi enam peringkat 1. Selepas tamat satu modul/kursus/tajuk iii.

C.Menentu dan menyusun maklumat Memproses dan menganalisis data dengan pemikiran secara kritis Mencari Hubungan Mengingat kembali perhubungan pengalaman dengan penyelesaian masalah Mencadang Hipotesis Penggunaan pemikiran kritis dan kritif Membukti hipotesis Mencari pelbagai kemungkinan penyelesaian Menilai Penyelesaian Penggunaan pemikiran refleksi untuk membuat keputusan atau tindakan Guru yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal mengenai tujuan-tujuannya. Murid mengaplikasi prinsip tuas untuk mengangkat beban yang berat Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal. D. manipulatif atau interaktif untuk menjana idea dan pengetahuan baru. memantau amalan dan hasilan. B. . LATIHAN TAJUK 16 1. mempertimbangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap segala tindakannya. Manakah bukan contoh yang paling sesuai untuk menggambarkan pembelajaran secara kontekstual ? A.

. B. C. Cikgu Amin mengajar tajuk “Mengusahakan barang” bagi murid tahun enam. Pilih pembelajaran yang paling sesuai digabungkan semasa sesi lawatan berlangsung. Apakah strategi utama yang sesuai digunakan oleh Cikgu Amin untuk meningkatkan lagi pemikiran reflektif pelajarnya? A. D. guru permulaan dan guru berpengalaman kerana ia A. Cikgu Habibah melaksanakan simulasi jualan dan belian. A. B. Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kritis. Mengalami. Murid dikehendaki menjual barang-barang keperluan harian di sekolahnya secara berkumpulan. C. B.2. D. mempengaruhi faktor-faktor kemajuan murid seperti kemahiran mengajar guru dan iklim bilik darjah menggalakkan pembangunan profesional guru untuk meningkatkan mutu pendidikan berdasarkan bukti. Apakah elemen kontekstual yang terlibat dalam pengajaran tersebut di atas? A. teknik menganalisis dan mentafsir maklumat daripada data 3. Memindahkan Mengaplikasikan Menghubung kait 5. D. C. Pengajaran reflektif penting kepada guru pelatih. Bagi pengajaran topik „Pengurusan Jualan‟. Kaedah lawatan adalah satu cara yang berkesan untuk mewujudkan interaksi pelajar dengan persekitaran dan ia amat sesuai dengan subjek perniagaan dan keusahawanan. B. Membimbing pelajar menggunakan teknik penyelesaian masalah Membimbing pelajar menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah Membimbing pelajar menggunakan pemikiran metakognisi untuk menulis jurnal r eflektif. Kendiri dan pembelajaran masteri Penyelesaian masalah dan kendiri 4. Kendiri dan reflektif Kontekstual dan reflektif.

8. TAMA . Lawatan merupakan satu teknik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran . Bagaimanakah guru dapat mengaplikasaikan pembelajaran masteri di bilik darjah? (A) Melakukan simulasi jual beli di dalam kumpulan (B) (C) (D) Mengarahkan murid membuat kerja secara individu Menggalakan murid-murid menerokai pembelajaran menggunakan komputer Beralih kepada kemahiran baru setelah murid menguasai kemahiran yang diajar. pentaksiran dan merekod 6. perancangan. 7. Apakah kesan utama daripada pembelajaran Konstruktivisme? (A) (B) (C) (D) Guru berperanan sebagai fasilitator Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid Pembelajaran menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian murid Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut. Antara yang berikut manakah kebaikan lawatan? A. D. Lawatan dapat menjimatkan kos Lawatan dapat menyediakan suasana sebenar . B. Lawatan dapat menjimatkan masa dan tenaga Lawatan dapat mengurangkan risiko dan bahaya Aktiviti Kumpulan: Bincang kelebihan dan kekurangan setiap bentuk pengajaran dan pembelajaran yang diberi dalam konteks P&P perniagaan dan keusahawanan. C. pengajaran dan pengurusan kelas dan pemantauan. melihat pedagogi sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan penyelidikan untuk memajukan amalan dalam bilik darjah membangunkan standad pengetahuan dan kefahaman guru.C. D.