You are on page 1of 16

BAHASA MELAYU-KERTAS 2

(012/022)
(BAHAGIAN PENULISAN) UPSR

Disediakan oleh Cikgu Stevinc Ooi
Semoga Berjaya Dalam UPSR 2013

Tidak kurang daripada 40/50 patah perkataan.PENGENALAN BM 2 UPSR ~ FORMAT KERTAS PERKARA 1 2 Jenis Instrumen Jenis Item Ujian Subjektif Respons Terhad Respons Terbuka 5 Soalan Bahagian A.Tiada had Bahagian B .1 soalan (wajib) Bahagian B.Tidak kurang daripada 60/80 patah perkataan.3 soalan (pilih 1) Bahagian C-1 soalan (wajib) Bahagian A . Mencakupi semua bidang pembelajaran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Tahun 1-6 Bahan grafik FORMAT 3 Bilangan Soalan 4 Bilangan perkataan 5 Jumlah Markah 6 7 Tempoh Konstruk yang ditaksir Cakupan Konteks Stimulus 8 9 PENGENALAN BAHAGIAN A KERTAS 012 / 022 BAHASA MELAYU (PEMINDAHAN MAKLUMAT) Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik) Pengenalan . 60 markah  Bahagian A – 10 markah (15 Minit)  Bahagian B – 30 markah (40 Minit)  Bahagian C – 20 markah (20 Minit) 1 jam 15 minit Memindah maklumat Ujian Penulisan/Kemahiran Menulis/Membina Ulasan. Bahagian C .

. Bagi menjawab soalan ini. anda perlu melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang ada dalam gambar / ilustrasi. tanda baca dan pemilihan kata yang betul. .Perkara-perkara atau aktiviti yang terdapat atau yang dapat dilihat dengan jelas dalam .1.Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis.Susun ayat mengikut keutamaan isi.aktiviti yang ada pada gambar 2. .1 Teliti Bahan .Membina ayat tunggal atau ayat majmuk. 2.Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.4 Menyemak . .Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur.Tulis kata kerja & kata adjektif dalam gambar. sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara / keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi. 2.Bina lima ayat (nomborkan 1-5).Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja. .Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi. selain ejaan.2 Memahami / meneliti situasi atau keadaan .Kenal pasti tema / tajuk yang diberi .Boleh menamakan watak. .Bina ayat-ayat tentang maklumat tersurat.Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat.3 Struktur Ayat .Teliti gambar yang terdapat dalam soalan .Tulis aktiviti.Semak dengan membaca semula ayat. .Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada bahan grafik.Kenal pasti kata kerja & kata adjektif dalam gambar. 1. .2 Membina Ayat .Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit. 2. Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan.Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat.4 Menyemak Semula . .1 Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan .3 Menulis ayat yang lengkap .Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal / bersiri.Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan . . .0 Panduan Umum Menjawab Soalan 2.Baca soalan dan fahami arahannya. 1. .5 Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik . .Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif 2.Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan dengan bahan grafik 2.6 Isi Tersurat dan Isi Tersirat . . . dicadangkan langkah-langkah berikut: 1. .Membina ayat-ayat tersirat sebagai pelengkap atau ayat utama.Semak.Ayat yang ditulis hendaklah lengkap. (Kertas soalan). Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit. . . 1.Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan.Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit.

Gambar Carta / Data. Gambar berpusat Formular ayat: 1. Contoh Gambar Tunggal .bagi…....boleh digunakan untuk dimasak….boleh digunakan untuk diperbuat…. 2. BILA ~ waktu/masa/hari. DI MANA ~tempat aktiviti/situasi/cerita.boleh digunakan untuk dijadikan …. 4..Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar dikenali sebagai maklumat tersirat. APA ~ aktiviti/situasi cerita.yang …. 5. …. 2. ….. GAMBAR YANG DIBERIKAN DALAM BAHAGIAN A 1.. 4. 3. …. 5.boleh digunakan untuk menghasilkan …. 3. ….... BAGAIMANA ~ cara. …. Gambar Grafik / Rajah / Carta. KENAPA/MENGAPA ~sebab/kerana. . FORMULAR AYAT: SIAPA ~ subjek yang melakukan. Gambar Bersiri Gambar Tunggal / Berpusat Gambar Graf.boleh digunakan untuk menghasilkan ….gambar dikenali sebagai maklumat tersurat.

Contoh Gambar Bersiri .

.BAHAGIAN B *3 SOALAN KARANGAN DIKEMUKAKAN. PILIH 1 SOALAN SAHAJA.

Baca dan fahami kehendak atau pertanyaan soalan. Semakan. semak kosa kata. a. betulkan. BAHAGIAN C Nilai murni /pengajaran. Gariskan maklumat penting daripada pernyataan soalan 2. Tuliskan dalam 6 perenggan yang ditulis dengan penggunaan struktur ayat yang baik dan ada menggunakan penanda wacana yang sesuai. tulis dalam satu perenggan dengan menyatakan tentang nilai murni/pengajaran.Baca. ejaan. Menulis karangan lengkap berdasarkan kerangka yang dicatat. 4. Kemudian.panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.1.amalkan rangka karangan dalam 3 bahagian penting. 2. Mencatat nilai murni/pengajaran .Arahan soalan meminta anda menulis beberapa nilai murni/pengajaran(ikut kehendak soalan) berdasarkan petikan yang diberi. 3. 4. Merangka atau mencatat isi-isi penting karangan. Baca dan fahami kehendak arahan soalan . Pengenalan/pendahuluan b. gariskan seberapa banyak nilai murni/pengajaran yang terdapat dalam petikan. Berikut langkah-langkah untuk menjawab Bahagian C: 1. Menyemak -baca semula dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut struktur ayat yang betul. Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan. selain memastikan isi dan keterangan serta contoh diberi betul. pilih 5 sahaja nilai murni/pengajaran. imbuhan dan tanda baca. satu soalan sahaja dikemukakan. Jika ada kesalahan.Berdasarkan 5 nilai murni/pengajaran. Penutup 3. Menulis ayat lengkap .. Sewaktu membaca.sebab dan contohnya. Isi (memadai 4 isi) c.baca semula karangan yang telah siap. .

Kebebasan di sisi undang-undang 14. menyeluruh dan bersesuaian Tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga. 11.5 2. komuniti.1 Saksama 13. Keberanian 14. masyarakat Negara dan agama Gagah dan berani Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapid an bebas daripada kekotoran dan pencemaran Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh 12. 12. Menjaga kebersihan diri Menjaga kebersihan persekitaran Kebersihan mental .2 8.4 1.1 1.3 Nilai Murni Baik Hati Belas kasihan Bertimbang rasa Pemurah Saling memahami Saling bermaafan Berdikari Yakin pada diri sendiri Berhemah tinggi Bersopan-santun/ berbudi bahasa Mengakui kesilapan diri Ramah mesra Hormat.1 8. Mematuhi undang-undang setiap masa Menyayangi diri sendiri. nyawa binatang dengan ikhlas Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif. memberikan…) Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain. 5.menghormati Hormat dan taat kepada ibu bapa Hormat kepada kerajaan dan Negara Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum Patuh kepada undangundang Kasih sayang Sayang kepada alam sekitar Adil Penerangan/ Kata Kunci Membantu orang yang dalam kesusahan Bersimpati terhadap kesusahan orang lain Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain Memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan (menderma. bertanya khabar…) Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat Sedia bergaul mesra dengan semua orang Menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka. 6. 16. orang lain. 8. 4.2 Berani kerana benar 15. 17.1 Berani mencuba 14. Sanggup meminta maaf dan memaafkan Sanngup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain Percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba Tidak sombong/ rendah diri Berbudi bahasa dan beradad dalam pergaulan (mengucapkan terima kasih. 7.UPSR. 10. 8.3 1.BM (Bhg C) ~ Nilai-Nilai Murni Bil. berkongsi.2 1. sekolah. 1. 3. 1. Memulia dan patuh kepada mereka Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara Menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum 9.

sumbangan atau pemberian Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan 31.3 Peka/ memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha sosial dalam masyarakat/ menyelesaikannya prihatin 32.2 Berkorban untuk negara Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan Negara daripada diceroboh Analisis Soalan Ramalan 2013 . 19. Jujur Amanah Bercakap benar Ikhlas Rajin Dedikasi Bekerjasama Toleransi Perpaduaan/ Bersatupadu 27. 23.1 Kesederhaan dan perlakuaan yang sederhana 27. masyarakat.ansur. 26. 22. bertolak. Kesyukuran/ Bersyukur 29. Negara dan antarabangsa Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain Patuh dan menerima nasib atau takdir Penghargaan terhadap sesuatu jasa.2 Semangat kejiranan dengan jiran tetangga dan masyarakat Peka terhadap isu-isu 31. 21.1 Bermuafakat bagi kepentingan bersama Berbaik-baik.2 Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain 28. 24. Menghargai jasa/ mengenang budi/ membalas jasa 30. Semangat bermasyarakat Supaya hidup dalam keadaan yang harmoni Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan 31. 20. Semangat patriotik Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara 32.18.Soalan Bahagian A BAHAGIAN A [Masa yang dicadangkan: 15 minit] [10 markah] . tolong-menolong dan bekerjasama 31.1 Cintakan negara 32. 25. Rasional seseorang dalam pergaulannya Tidak tamak/ tidak mengambil harat benda orang lain Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan Berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela (bergotong-royong) Bertolak-ansur serta dapat mengelakkan berlakunya perselisihan Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga. Kesederhanaan 27.

.kata nama dan kata adjektif yang dicatatkan.Nyatakan 4 isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja.Catatkan kata kerja.Mencabut .Mengutip .Membuang .Mencangkul .Menyorong (Tersirat)  Punca Pendapatan / Rezeki menyara keluarga  Mengisi masa lapang . kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar.Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut.Tulis lima / empat ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar: Ramalan 1 : Aktiviti Berkebun . Format Jawapan : Aktiviti / Kata Kerja (Tersurat) .Nyatakan 2 atau 3 isi tersirat yang boleh gambarkan untuk dijadikan predikat (huraian) dalam ayat yang akan dibina. . .

.Ramalan 2: Pentingnya Kesihatan Tangan ** Gambar ehsan Wikipedia.Menyorong (Tersirat)  Punca Pendapatan / Rezeki menyara keluarga  Mengisi masa lapang .Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut.Catatkan kata kerja.Mencabut .Nyatakan isi tersirat yang boleh memperluas idea.Mengutip . .Mencangkul .org Teknik: . . Format Jawapan : Aktiviti / Kata Kerja (Tersurat) .Membuang .Membina lima ayat. kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar. .Nyatakan isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja atau nama dan kata adjektif yang dicatatkan.

Soalan Bahagian B BAHAGIAN B [Masa yang dicadangkan: 40 minit] [30 markah] .Analisis Soalan Ramalan 2013 .

27210 Merapoh.Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi : Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Kuala Lipis. 26 Januari 2011 . Pahang Darul Makmur. Taman Seri Merapoh. No. 74.

00 malam setiap hari. Akhir sekali. Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang.. saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru...00 malam hingga pukul 11..... Biasanya saya pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga. Ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran... Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar untuk difahami dan bertukar-tukar nota. Antara persediaan yang saya buat adalah dengan mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.. semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini.. Di samping itu... Sahabatmu. Semasa belajar di kelas pula. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih... Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya. Jika saya tidak faham akan sesuatu pelajaran semasa belajar di kelas..... saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Saya belajar dari pukul 8.Assalamualaikum... Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.... saya juga pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. saya akan segera bertanya guru supaya saya dapat mengikuti pelajaran itu sebaik mungkin. .. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Sahabatku. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti.... (Khairi bin Zaideen ) .

Rakan sekalian.mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf .Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Saya sebagai wakil murid.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.membaca dan mengira. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru .guru-guru dan rakan sekalian. Rakan-rakan sekalian. Guru ialah insan yang mendidik.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat. Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. terima kasih. Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi. Hadirin sekalian.Wahai para guru yang kami sayangi.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Oleh itu.kita mestilah menghormati guru. . Sekian .Guru Penolong Kanan.Contoh Karangan Ucapan : Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.

Hassan : Saya dimaklumkan bahawa kecemerlangan saudara di sekolah berterusan hingga ke peringkat UPSR.Analisis Soalan Ramalan 2013 .Soalan Bahagian C BAHAGIAN C [Masa yang dicadangkan: 20 minit] [20 markah] Hassan : Salam sejahtera. Apakah yang akan saudara lakukan sehingga saudara berjaya dalam bidang ini? Marwan : Sebenarnya bidang ini tidak begitu sukar. Kita perlu berusaha untuk mengetahui teknik-teknik belajar yang betul untuk mempelajarinya. Saya juga banyak membaca buku-buku berkaitan sains yang dapat membantu kehidupan manusia. Hassan : Bolehkah saudara beritahu mengapa saudara meminati bidang tersebut? Marwan : Saya bersyukur kerana semasa di sekolah. Siapakah yang mendorong saudara? Marwan : Ibu bapa dan keluarga saya yang menjadi pendorong utama atas kejayaan saya ini. Hassan : Saya ucapkan tahniah kerana saudara telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid. Bapa saya mengharapkan saya meneruskan cita-cita sebagai seorang ahli kimia. guru-guru yang mengajar saya telah mendorong saya sehingga saya tertarik hati dalam bidang tersebut. Selain itu. Mereka sering mengaitkan bidang ini dengan kehidupan manusia seharian. kita perlu membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan. Hassan : Kebanyakan murid kurang berminat dengan bidang ini. Contoh Jawapan Nilai-nilai Murni a) Berterima kasih / bersyukur b) Berjasa kepada manusia c) Bertekad untuk belajar d) Tahniah / Gembira atas kejayaan seseorang e) Dokongan / dorongan daripada ahli keluarga . Marwan : Saya bersyukur kepada Allah dan terharu dengan anugerah tersebut. Latihan dan ulang kaji juga perlu dilakukan dengan cekal. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mendidik saya. Marwan. Mereka sentiasa menggalakkan saya berusaha sehingga berjaya dengan cemerlang. Marwan : Salam sejahtera.