You are on page 1of 15

6.

KEWANGAN: MATEMATIK KEWANGAN Pengenalan Analisis tentang nilai masa wang perlu dibuat kerana penyediaannya membantu perniagaan membuat keputusan belajawan modal syarikat. Nilai bagi RM1 sekarang boleh menjadi lebih besar daripada nilai RM pada tahun-tahun akan datang kerana nilai wang mempunyai kecenderung untuk susut atau merosot mengikut masa. Dalam topik ini akan dibincangkan konsep dengan contoh-contoh bagi Nilai Masa Wang, Konsep kadar
faedah dan dividen, Konsep nilai masa depan (FV), Konsep nilai masa kini (PV), Aliran tunai anuiti, Konsep nilai masa depan anuiti (FVA), Konsep nilai masa kini anuiti (PVA), Nilai kini bagi perpetuiti, Aliran tunai tidak sama dan Pelunasan pinjaman.

Objektif Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat: 1. memahami konsep-konsep dalam nilai masa wang 2. mengira nilai masa wang 6.1. Nilai Masa Wang Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam analisis pelaburan ialah nilai masa wang. Ia membentuk asas celik kewangan dan menjadi asas untuk memahami penilaian dan pelaburan. Warren Buffett, salah seorang pelabur paling berjaya sehingga kini, amat mempercayai nilai masa wang, lebih gemar memilih untuk melaburkan semula wang yang dijana daripada perniagaan daripada menggunakannya untuk membayar dividen kepada pemegang saham syarikatnya. Dengan cara ini, wang itu terus berkembang. Begitu juga, nilai pelaburannya akan berganda mengikut masa, sama seperti bagaimana bakteria membiak, dan kesannya, pulangan akan datang meningkat lebih tinggi. Inilah yang dikatakan kuasa masa terhadap nilai wang. Apabila Buffett menerajui syarikat pelaburannya, Bershire Hathaway pada tahun 1964, nilai bukunya hanyalah $19.46 dan nilai intrinsiknya lebih rendah lagi. Hari ini, nilai bukunya bagi sesaham lebih daripada $20,000 manakala nilai intrinsiknya pula jauh lebih tinggi. Kadar pertumbuhan nilai buku sesaham dalam tempoh ini melebihi 25% yang terkompaun secara tahunan. Sesiapa yang membeli saham Bershire pada tahun 1964 menjadi kaya hari ini! 6.2. Konsep kadar faedah dan dividen Konsep kadar faedah: Faedah boleh dikatakan sebagai pulangan kepada wang yang dipinjamkan. Apabila kita meminjamkan wang kita kepada seseorang, kita menjangkakan wang yang dipulangkan balik akan berserta dengan lebihan. Kadar lebihan ini bergantung kepada tujuan penggunaan, risiko dan kadar inflasi. Secara ringkasnya lebihan (faedah) ini adalah sebagai ‘gantirugi’ kerana kita melupakan kesenangan penggunaan wang tersebut terhadap kita pada masa kini.

1

tidak sukar memahami mengapa satu pelaburan kecil yang dibuat pada hari ini. Contoh Jumlah prinsipal sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam akaun bank memperoleh faedah 8% setahun selama dua tahun. nilai masa depan RM100 pada akhir tahun pertama ialah RM108. Oleh itu. yang faedahnya akan hanya dibayar atas jumlah prinsipal sahaja. contohnya RM100 pada masa depan diperoleh melalui faedah terkompaun bagi satu tempoh masa. jika faedah terkompaun diaplikasikan. dan RM116 pada akhir tahun kedua Sekarang Tahun 1 Tahun 2 PV = RM100 RM100 + 8 = RM108 RM108 + 8 = RM116 Faedah terkompaun: Jumlah faedah yang diperoleh pada akhir dua tahun itu adalah sebanyak RM16. iaitu RM8 pada akhir tahun pertama dicampurkan RM8 pada penghujung tahun kedua. Faedah Ringkas: Jumlah faedah ke atas RM100 pada akhir tempoh dua tahun ialah sebanyak RM16.64 pada tahun kedua. Apabila bercakap mengenai faedah terkompaun. disebabkan kuasa faedah terkompaun dan masa.3. Perbezaan faedah bagi tahun kedua ialah disebabkan faedah 8% dikenakan ke atas prinsipal (RM100) dan faedah yang diperoleh pada tahun pertama (RM8).64. Sekarang Tahun 1 Tahun 2 PV = RM100 RM100 +1.64 iaitu RM8 pada akhir tahun pertama.08 = RM108 RM108 + 1. boleh menjadi satu pulangan yang banyak pada masa akan datang. Bezakan ini dengan faedah biasa.Konsep dividen: Adalah pengagihan sebahagian keuntungan perniagaan (syarikat sendirian berhad) kepada pemegang saham berdasarkan peratusan saham yang dimiliki 6. dicampurkan dengan RM8. Konsep nilai masa depan (FV) Nilai jumlah kini. Jumlah prinsipal ini ialah jumlah wang yang kemudiannya akan dibayar faedah. Pengiraan umum yang boleh digunakan untuk menentukan nilai masa depan sesuatu jumlah pada akhir suatu tempoh tertentu ialah: FVn = PV x (1 + r)ⁿ 2 . nilai masa depan bagi RM100 ialah RM116. yang dimaksudkan ialah jumlah yang diperoleh daripada deposit tertentu (faedah) menjadi sebahagian daripada jumlah prinsipal pada penghujung tempoh yang telah ditentukan.64 Berdasarkan senario ini. Oleh itu.08 = RM116.

Daripada contoh di atas.60 Langkah seterusnya ialah mencari bagaimana nilai masa depan pelaburan RM100 yang dibuat pada hari ini boleh ditingkatkan. persilangan dengan barisan (n = 2) ialah 1. kita mengira FV sebagai: FV = 100 x 1. untuk mendapatkan nilai masa depan bagi satu jumlah kini. n.Penunjuk. dalam contoh yang diberikan. nilai masa depan RM100 yang dimiliki itu akan meningkat lebih tinggi. n) = faktor faedah nilai masa depan.64. lihat kolum (8%). Oleh itu.64 Nilai masa depan RM100 sekiranya faedah terkompaun ialah sebanyak 10% untuk dua tahun: RM121 Walau bagaimanapun.1664 = RM116. PV = nilai kini. FVn = nilai masa depan. 3 . Melalui perolehan faedah yang dibayar dua kali setahun (setiap separuh tahun) atau tiga kali setahun (setiap suku tahun). n) Penunjuk. kita juga boleh mendapat pulangan yang tinggi jika faedahnya terkompaun lebih kerap daripada hanya sekali setahun (yang lazimnya dilakukan oleh institusi kewangan). FVIF (r%. Dengan menggunakan faktor ini. FVn = nilai masa depan PV = nilai kini. dan n = 2. r = kadar faedah.08)² = RM100 x 1.166 = RM116. nilai masa depan dikira seperti berikut: FV = RM100 x (1 + 0. kita perlu lebih dahulu menentukan faktor untuk FVIF (r%. r = 8%.166. katakanlah 10% setahun dan bukannya 8%. untuk kadar faedah. Cara paling ketara ialah berupaya untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih tinggi. Formula untuk itu ialah: FVn= PV x FVIF (r%. n). r% dan bilangan tempoh.   Nilai masa depan RM100 sekiranya faedah terkompaun ialah sebanyak 8% untuk dua tahun: RM116. Kita boleh juga menggunakan jadual faktor faedah nilai masa depan (FVIF) – lihat Jadual A-1 dalam Lampiran. Daripada jadual FVIF. dan n = tempoh dalam bilangan tahun.

24 117.16 116.64 Setiap Separuh Tahun 108.70 Perkaitan nilai masa depan (iaitu nilai pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza) boleh dilihat melalui carta yang berikut.17 (jika pengkompaunan dibuat setiap suku tahun). adalah sebanyak RM116.99 (jika pengkompaunan dibuat dua kali setahun) dan RM117. manakala bagi tempoh enam tahun.70.64 4 tahun RM136.Dengan kadar faedah 8% untuk dua tahun. Nilai masa depan RM100 pada kadar 8% .terkompaun pada kekerapan yang berbeza Akhir Tahun 1 >2 Tahunan 108. nilai masa depan RM100 ialah RM116. akan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi – untuk tempoh empat tahun.99 Setiap Suku Tahun 108. RM100 yang dikompaunkan pada kadar yang sama iaitu 8% tetapi untuk satu tempoh yang lebih panjang.00 116. Contohnya. Nilai masa depan RM100 pada kadar 8% .64 (di mana faedah dikompaunkan setiap tahun) – nilai masa depan RM100 pada akhir tempoh yang sama.17 Satu cara lagi bagaimana nilai masa depan wang RM100 boleh ditingkatkan ialah dengan menyimpan wang itu di bank bagi satu tempoh yang lebih lama (iaitu dengan melanjutkan tempoh.terkompaun untuk tempoh 2 tahun RM116. nilai masa depan ialah RM136. nilai masa depannya ialah RM158.00 6 tahun RM158. Perkaitan nilai masa depan FV bagi RM100 20% 15% 10% 5% Masa 4 . n dalam pengiraan ini).

6. kadar diskaun. Kita gunakan PV sebagai nilai kini. atau dengan kata lain. sebaliknya pendiskaunan menentukan nilai kini bagi satu jumlah masa depan. Proses ini ialah ciri utama dalam penilaian aset kewangan. selari dengan peningkatan kadar faedah. dalam menentukan nilai saham menggunakan analisis aliran tunai terdiskaun (DCF). FVn ringgit).06)² = RM100 5 . sekiranya anda boleh mendapat. daripada pelaburan anda? Untuk menjawabnya. Pada dasarnya. Pada kadar faedah yang sama (katakan. apakah jumlah paling banyak yang harus saya bayar bagi berpeluang menerima sejumlah wang (katakan.Daripada carta di atas. Proses mencari nilai kini disebut sebagai pendiskaunan. dan dengan menggunakan persamaan nilai masa depan. dengan andaian bahawa pembuat keputusan itu berpeluang memperoleh sesuatu kadar pulangan. pada kadar 5%) nilai masa depan RM100 meningkat sambil tempoh masa juga meningkat. nilai kini digunakan untuk menjawab soalan. pada masa depan (katakan. Konsep nilai masa kini (PV) Selalunya. ia merupakan jumlah yang perlu dilaburkan sekarang pada satu kadar faedah tertentu dalam satu tempoh tertentu bagi menyamai jumlah masa akan datang. dan sebenarnya adalah kebalikan bagi faedah pengkompaunan. yang tidak diketahui jumlahnya. elok jika dipastikan nilai masa kini (sekarang) bagi jumlah masa depan wang. Kadar pulangan ini biasanya disebut sebagai kadar faedah. r% atas wang tersebut. contoh ini boleh dikira seperti yang berikut: PV x (1. kita perlu menentukan berapa ringgit perlu dilaburkan pada kadar 6% hari ini (terkompaun sekali setahun) untuk mendapat RM100 dalam masa dua tahun. katakan 6%. kos modal atau kos melepas. Apakah jumlah paling banyak yang anda perlu bayar. kita dapat melihat yang berikut:   Nilai masa depan RM100 meningkat mengikut masa. dua tahun dari sekarang. “Jika saya boleh mendapatkan satu kadar pulangan tertentu. tempoh n dari hari ini)?” Pendiskaunan bukan mencari nilai masa depan ringgit kini yang dilaburkan pada kadar faedah tertentu. Contoh Anda berpeluang mendapat RM100. “Nilai kini” ialah nilai ringgit kini bagi satu jumlah masa depan. r%) bagi wang saya. kadar pulangan yang diperlukan. contohnya. (katakan.4.

33.05)². iaitu lebih tinggi berbanding bagi tempoh dua tahun (RM89). Dengan andaian kadar faedah tetap sama. PV bagi RM100 yang akan diterima dalam masa satu tahun dari sekarang ialah sebanyak RM94. RM100 dibahagi dengan 1. kita dapati jawapannya ialah RM89 (atau.06)¹. persamaan nilai kini boleh dinyatakan begini: PV = FVn / (1 + r)ⁿ Dan.Dengan menyusun semula persamaan bagi mendapatkan jumlah PV. nilai kini bagi satu jumlah masa depan boleh ditingkatkan. Ini boleh dikira dengan cara RM100 dibahagi dengan (1. maka nilai kini bagi RM100 yang akan diterima dalam masa dua tahun lagi ialah sebanyak RM90. jika kadar faedah yang digunakan ialah 5% (bukannya 6%). Dalam contoh di sini. Sekarang Tahun 1 Tahun 2 PV = RM89  FV2 = RM100 RM89 sekarang bersamaan dengan RM100. nilai kini dalam contoh ini dikira seperti di bawah: PV = RM100 / (1 + 0. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam contoh di atas. boleh ditingkatkan? Caranya: 1) Dengan menurunkan kadar faedah yang digunakan. jika kita boleh mendapat pulangan sebanyak 6% bagi tempoh dua tahun (terkompaun secara tahunan). (iaitu 6%). Oleh itu. 6 .06)² = RM89 Bagaimana nilai kini bagi sejumlah wang pada masa depan (FVn). nilai kini sebanyak RM100 yang akan diterima dua tahun dari sekarang dengan peluang mendapat faedah sebanyak 6% ialah bersamaan dengan RM89 pada hari ini. 2) Nilai kini RM100 yang akan diterima akan menjadi lebih tinggi jika tempohnya dipendekkan. kita boleh mendapatkan nilai kini dengan menyusun semula persamaan nilai masa depan. Ini dikira dengan cara RM100 dibahagi dengan (1.1236). untuk itu.70 dan bukannya RM89. Dengan kata lain. katakanlah RM100.

89 = RM89 7 . dikenali sebagai jadual faktor faedah nilai kini (PVIF) – lihat Jadual A-3 dalam Lampiran. Daripada jadual PVIF. dalam contoh di sini. 5%) nilai kini bagi RM100 menurun ketika tempoh masa meningkat. n). = nilai masa depan. dan n = 2. kita boleh melihat perkara berikut:   Nilai kini bagi RM100 turun mengikut masa. pertama sekali perlu dipastikan faktor bagi PVIF (r%. bagi kadar faedah. Jumlah nilai kini boleh dikira seperti berikut: PV = FVn x PVIF (r%. r% dan bilangan tempoh. = faktor faedah nilai kini.89. persilangan dengan barisan (n =2) ialah 0. Pada kadar faedah yang sama (katakan. Oleh itu. nilai kini bagi satu jumlah boleh juga ditentukan menggunakan jadual faktor. n) Penunjuk. lihat kolum (6%). sambil kadar faedah meningkat. Menggunakan faktor ini. Sama dengan pengiraan nilai masa depan. n) = nilai kini. r =6%. kita boleh mengira PV sebagai:  PV = 100 x 0. PV FVn PVIF (r%.Perkaitan nilai kini (iaitu pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza) boleh dilihat melalui carta yang berikut. n. Perkaitan nilai kini (pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza) PV bagi RM100 0% 5% 10% 15% 20% Masa Daripada carta di atas.

Selain itu.6. Contoh lain termasuklah pengiraan nilai masa depan simpanan yang dibuat dalam simpanan tetap. Sebagai contoh. Contohnya.08)¹ + RM100 = RM208 8 . Aliran tunai anuiti Anuiti Dalam bahagian sebelum ini. dalam memastikan jumlah deposit yang diperlukan untuk menghimpunkan satu jumlah masa depan yang diperlukan (simpanan sebagai persediaan bersara) – nilai masa depan anuiti. Dan. dengan mengambil kira kesan nilai masa wang? Jumlah sama (RM100) yang akan diterima bagi setiap tempoh dikenali sebagai anuiti. Konsep nilai masa depan anuiti (FVA) Contoh – nilai masa depan anuiti Nilai masa depan sesuatu anuiti (FVA) boleh juga ditentukan melalui pengkompaunan bayaran secara berasingan. kita telah melihat konsep nilai kini dan nilai masa depan. Contohnya ialah nilai masa depan bagi RM100yang akan diterima dalam tempoh dua tahun dari hari ini terkompaun pada kadar 8% atau nilai kini RM100 dalam masa dua tahun. bahawa kadar faedah ialah 8%. seperti pengkompaunan. iaitu aliran tunai yang sama dan berkala. sebahagian daripada pengaplikasian ini adalah yang selalu kita temui dalam kehidupan harian. bagaimana hendak menentukan nilai kini RM100 yang akan diterima pada akhir tahun pertama. nilai masa depan RM100 yang akan diterima pada penghujung tahun pertama dan RM100 yang akan diterima pada penghujung tahun kedua.6.5. penting juga melihat kepada situasi yang membabitkan lebih daripada jumlah tunggal. nilai masa depan anuiti boleh dikira seperti yang berikut: FVA = RM100 x (1. kerana ada banyak pengaplikasian yang menggunakan konsep ini dalam hal-hal kewangan. pendiskaunan dan anuiti. 6. atau dalam pengiraan pelunasan pinjaman bagi sewa beli rumah – nilai masa kini anuiti. Penting untuk memahami asas nilai masa wang. didiskaun pada 6%. boleh digambarkan seperti yang berikut: Dengan mengandaikan dalam contoh ini. contohnya. yang membabitkan satu jumlah tunggal. dan RM100 yang akan diterima pada akhir tahun kedua.

Konsep nilai masa kini anuiti (PVA) Contoh – nilai kini bagi anuiti 1 Nilai kini bagi sesuatu anuiti (PVA).33 9 . Nilai masa depan sesuatu anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut: FVA = PMT x FVIFA (r%. maka nilai kini aliran tunai boleh dikira seperti yang berikut: PVA = [RM100 / (1. lihat kolum (8%). Oleh itu. pertama sekali perlu ditentukan faktor bagi FVIFA (r%. jika kita mengandaikan bahawa kadar faedah ialah 6%.06)²] = RM94. Bayaran yang sepatutnya diberi pada awal tempoh dikenali sebagai anuiti awal tempoh.33 + 89. kita boleh menggunakan jadual anuiti faktor faedah nilai masa depan (FVIFA) – Jadual A-2 dalam Lampiran. Menggunakan faktor ini. = faktor faedah nilai masa depan anuiti. Daripada jadual FVIFA. n).Sebagai alternatif. = bayaran sama. r% dan bilangan tempoh.08. untuk menentukan nilai masa depan bagi anuiti di atas. n. dan n = 2. bagi kadar faedah. pada kadar faedah yang bersesuaian. boleh ditentukan melalui pendiskaunan jumlah secara berasingan. n) Penunjuk. r = 8%. dan RM100 yang akan diterima pada tahun kedua. n) = anuiti nilai masa depan. persilangan dengan barisan (n = 2) ialah 2.06)¹ ] + [ RM100 / (1. RM100 yang akan diterima pada akhir tahun pertama.0 = RM183. ¹Andaian bahawa bayaran dilakukan pada penghujung tempoh. Sekarang Tahun 1 Tahun 2 PVA RM100 RM100 Dalam contoh ini. dalam contoh di sini. kita boleh mengira FVA sebagai: FVA = 100 x 2. FVA PMT FVIFA (r%.7.08 = RM208 6.

Oleh itu. kita boleh mengira PVA seperti ini: PVA = 100 x 1. lihat kolum (6%). persilangan dengan barisan (n = 2) ialah 1.9. contohnya. Aliran tunai tidak sama 6.Bagi memudahkan pengiraan.3 Rumusan Penting untuk memahami asas nilai masa wang. dalam memastikan jumlah deposit yang diperlukan untuk menghimpunkan satu jumlah masa depan yang diperlukan (simpanan sebagai persediaan bersara) – nilai masa depan anuiti. dalam contoh di sini.8. Dan. Pelunasan pinjaman 10 .833 = RM183. Nilai kini bagi perpetuiti 6. r% dan = bilangan tempoh. Contoh lain termasuklah pengiraan nilai masa depan simpanan yang dibuat dalam simpanan tetap. = bayaran sama. dan n = 2. n). n) Penunjuk. atau dalam pengiraan pelunasan pinjaman bagi sewa beli rumah – nilai masa kini anuiti. r =6%. sebahagian daripada pengaplikasian ini adalah yang selalu kita temui dalam kehidupan harian. Daripada jadual PVIFA. Menggunakan faktor ini. faktor faedah nilai kini anuiti.833. n. Nilai kini anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut: PVA = PMT x PVIFA (r%. seperti pengkompaunan. 6. n) = nilai kini anuiti. kerana ada banyak pengaplikasian yang menggunakan konsep ini dalam hal-hal kewangan. pertama sekali perlu dipastikan faktor bagi PVIFA (r%. PVA PMT PVIFA (r%. kita boleh juga menggunakan jadual anuiti faktor faedah masa kini (PVIFA) – lihat Jadual A-4 dalam Lampiran. pendiskaunan dan anuiti. bagi kadar faedah.10.

K. Nilai masa depan bagi sesuatu pelaburan. Nilai jumlah kini pada masa depan. Forth Edition. Business Mathematics for UiTM. Matematik Kewangan.com/ http://hoileongchan.Nilai Masa Wang Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam menganalisis pelaburan ialah konsep nilai masa wang.com/2012/11/mathematical-tables. ditemui dengan pengaplikasian faedah kompaun (atau pengkompaunan) mengikut masa. Oxford Fajar.. Nilai kini ialah nilai masa kini ringgit bagi sesuatu jumlah masa depan..K Wee. http://kingofformulas. Lau.Ringkasan . boleh juga meningkatkan nilai masa depan bagi sesuatu jumlah.K Wee.html 11 . dan ditemui melalui proses yang dikenali sebagai pendiskaunan. contohnya setiap suku tahun dan bukannya setahun sekali. dan/atau 2) melabur bagi satu tempoh yang lebih lama. Y. Shah Alam.K. dikenali sebagai nilai masa depan. Rujukan: K. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nilai kini dan nilai masa depan bagi sesuatu anuiti boleh ditentukan menggunakan jadual faktor faedah masing-masing (PVIFA dan FVIFA).blogspot. Kuala Lumpur T.N Phang. boleh ditingkatkan dengan: 1) memperoleh kadar faedah lebih tinggi.2012. Pengkompaunan yang lebih kerap. 2001. 2) dan/atau memendekkan tempoh masa. Nilai kini bagi sesuatu jumlah masa depan boleh ditingkatkan melalui 1) merendahkan kadar faedah yang diperoleh. Anuiti ialah aliran tunai yang sama dan berkala. Konsep anuiti penting dalam celik kewangan kerana kita akan menemuinya ketika membuat simpanan persaraan. dan pelunasan pinjaman perumahan.

Lampiran Nilai masa depan menggunakan formula berikut: FVn= PV x FVIF (r%. n) 12 .

n) 13 .Nilai masa depan sesuatu anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut: FVA = PMT x FVIFA (r%.

Nilai kini boleh dikira menggunakan formula seperti berikut: PV = FVn x PVIF (r%. n) 14 .

Nilai kini anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut: PVA = PMT x PVIFA (r%. n) 15 .