You are on page 1of 8

Pengenalan Pada awalnya, saya tidak berhasrat untuk ke Pogram Peningkatan Sahsiah Diri kerana saya ingin menyertai

Pogram di Jeli, Kelantan atas permintaan En. Mohd Noor Bin Idris. Namun, setelah perbincangan bahawa pogram ini adalah wajib bagi semester satu, maka saya cekalkan hati untuk ke pogram ini yang mungkin amat berharga kerana ia dikendalikan oleh Dr. Aziz Shah seorang pensyarah kaunseling yang berwibawa. Sepanjang pogram ini dijalankan, banyak input yang saya peroleh khususnya dari segi pemantapan sahsiah untuk menjadi seorang guru kelak. Menjadi seorang guru sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah kerana guru adalah “Role Model” kepada para pelajar. Oleh itu, beberapa karisma perlu dibentuk dan ia dimulakan dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri terlebih dahulu dan diikuti dengan pelan tindakan yang realistik. Kekuatan diri Berdasarkan Modul Mengenali Personaliti Belajar Melalui Rahsia Tarikh Lahir hasil kajian Dr. Aziz Shah Mohd Arip, saya mendapati beberapa kajiannya adalah tepat dengan diri saya. Berdasarkan kiraan yang dibuat, saya adalah orang nombor 5 yang mempunyai personaliti seperti berikut:

Kekuatan Personaliti
Kepimpinan paling ideal Kesungguhan membuat kerja Suka cabaran Pengetahuan agama yang meluas Pelbagai kebolehan

Rajah 1: Kekuatan Personaliti Nombor 5 Mengikut Modul Belajar Melalui Rahsia Tarikh Lahir Pertama, kepimpinan paling ideal. Berdasarkan Modul kajian Dr. Aziz ini, saya mendapati ciri ini merupakan ciri yang semangnya ada dalam diri saya sejak dibangku sekolah. Sewaktu di sekolah menengah saya telah dilantik menjadi pengerusi tiga buah persatuan iaitu Persatuan Bahasa Arab, Kadet Polis dan Persatuan Catur. Menerusi penglibatan dalam kokurikulum ini saya rasakan watak kepimpinan sudah dibentuk dalam diri kerana kepimpinan itu bukanlah datang dari 1

kehendak diri semata-mata, tetapi dari penilaian suara majoriti yang menyokong. Watak ini sememangnya perlu ada dalam diri seseorang guru kerana gurulah yang akan memimpin para pelajar khususnya dalam membentuk sahsiah diri yang unggul. Daya kepimpinan guru ini akan mampu menarik minat anak murid untuk menjadikan kita sebagai “Role Model” tanpa paksaan. Kedua, kesungguhan dalam membuat sesuatu pekerjaan merupakan salah satu ciri yang mungkin tepat dalam watak orang nombor 5. Prinsip saya dalam membuat tugasan berdasarkan pepatah ‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.’ Begitulah prinsip yang saya pegang sejak di tingkatan 6. Pada waktu itu, saya memikirkan alang-alang mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) biarlah saya memperoleh semua A. oleh itu, saya kerahkan segala kudrat hingga belajar 7 jam sehari dan akhirnya saya mendapat 3A 1A- dalam STPM. Bagi saya sikap ini amat penting pada guru, kerana mendidik anak murid memerlukan kesungguhan yang tinggi. Ramai guru yang bersikap ‘acuh tak acuh’ dan akhirnya menyebabkan hanya segelintir murid yang berjaya dan selebihnya terus gagal dalam kehidupan khususnya dalam pelajaran. Ketiga, sikap suka cabaran. Saya sememangnya suka cabaran iaitu sanggup membuat sesuatu yang berisiko. Contoh paling tepat ialah sewaktu kursus ini dijalankan terdapat satu slot yang Dr. Aziz panggil untuk pelajar membaca sajak yang dikarang secara spontan. Saya memberanikan diri kehadapan membaca sajak yang saya karang bertajuk “Guru Ibarat Dian”. Mungkin ramai yang takut dan malu untuk tampil dihadapan ratusan pelajar yang lain tetapi saya bertekad bangkit menyampaikan sajak tersebut. Bagi saya sikap sanggup menerima cabaran ini adalah jiwa seorang guru. Dewasa ini, masalah sosial yang melanda sememangnya amat kritikal dengan pelbagai masalah berkaitan sahsiah pelajar seperti gangsterism, seks bebas, dadah dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi bagi menghadapi cabaran yang mendatang. Keempat, mempunyai pengetahuan dalam ilmu agama yang agak meluas. Saya mempunyai pengetahuan ilmu agama yang agak meluas kerana saya merupakan bekas belajar Sekolah Agama. Pengetahuan yang agak mendalam dalam bidang Al-Quran, Hadis, Fiqah, Usul Fiqh dan perundangan yang saya pelajari boleh saya jadikan panduan dalam mengajar anak murid kelak. Dalam islam, untuk mengenal personaliti manusia amat mudah iaitu dengan melihat hubungannya dengan Allah. Justeru, ilmu yang saya ada akan saya terapkan supaya para pelajar membina hubungan yang baik terlebih dahulu dengan Allah agar dapat membentuk sahsiah mereka.

2

Kelima, mempunyai pelbagai kebolehan. Sewaktu disekolah saya telah mengasah bakat dengan menyertai pelbagai pertandingan seperti olahraga, tilawah quran, debat, forum, kawad kaki dan banyak lagi. Dewasa ini, kepintaran akal bukanlah elemen yang dipandang semata-mata kerana sebagai bakal guru saya memerlukan nilai tambah untuk lebih menonjol dalam kalangan yang terbaik. Oleh itu, saya bercadang untuk menambah lebih banyak kemahiran dan kebolehan, supaya saya dapat menyalurkan pula kebolehan yang ada kepada para pelajar. Dengan kebolehan dan pengalaman ini juga akan membuatkan saya lebih yakin untuk berhadapan dengan para pelajar kelak. Kelemahan diri Berdasarkan Modul Mengenali Personaliti Belajar Melalui Rahsia Tarikh Lahir hasil kajian Dr. Aziz Shah Mohd Arip dan beberapa modul yang dijalankan sewaktu kursus ini dijalankan, saya dapati terdapat beberapa kelemahan ketara dalam diri saya. Antaranya ialah:

Mencari Arah Keras Hati

Kelemahan Diri

Sifat Amarah Pemikiran Negatif Tidak Berminat Menyertai Pogram

Rajah 2: Kelemahan Dalam Diri Pertama, mencari arah dalam hidup. Saya merasakan bahawa kelemahan yang dikemukakan dalam Modul Personaliti bagi orang nombor 5 ini amat tepat dengan diri saya. Saya sebenarnya masih keliru dengan personaliti yang harus saya bawa sama ada bersifat baik ataupun lebih kelihatan nakal. Dahulu saya bekas pelajar Sekolah Menengah Kenagsaan Agama (SMKA) dan berpindah ke sekolah biasa. Apabila berwatak baik rakan sering memanggil dengan gelaran “skema” atau “budak nerd”. Implikasinya saya cuba berpersonaliti nakal seperti mengubah gaya rambut dan tidak lagi bersongkok agar tidak mendapat gelaran yang tidak digemari. Namun, setelah di Universiti saya rasakan kadangkala personaliti ini sudah tidak relevan bagi bakal Kaunselor khususnya dan bagi cikgu amnya. Hal ini jelas menunjukkan saya masih berkonflik 3

dalam personaliti yang akan dibawa sekolah kelak yang mungkin mempengaruhi sahsiah para pelajar. Kedua, bersifat keras hati juga merupakan personaliti orang nombor 5. Saya bersifat agak keras hati kerana saya banyak mengikut kehendak sendiri berfokuskan matlamat yang saya tetapkan. Contohnya, sewaktu di sekolah saya enggan belajar subjek MUET secara serius dan hanya menumpukan pada subjek STPM walaupun ketika cikgu yang mengajar subjek MUET masuk ke kelas. Pada tanggapan saya, walaupun saya memperoleh keputusan yang terbaik dalam MUET ia tidak akan membantu untuk masuk ke Universiti jika STPM tidak cemerlang. Saya tetap dengan pendirian saya walaupun ditegur oleh guru MUET. Akhirnya, saya hanya mendapat Band 2 dan terpaksa mengambil kelas tambahan Bahasa Inggeris. Situasi ini jelas menujukkan sifat keras hati saya yang akhirnya memakan diri. Saya akan cuba memperbaiki sifat ini agar perkara demikian tidak berlaku kepada anak murid saya kelak. Ketiga, sifat amarah dalam diri. Menurut Aziz Shah (2010) setiap manusia ada mahkotanya, dimana perasaan di situlah mahkotanya. Dalam situsi ini saya sering gagal mengawal perasaan dalam diri yang menyebabkan timbul sifat amarah seperti marah, sindiran yang pedas dan sebagainya. Sifat ini perlu saya ubah kerana sifat guru yang sejati ialah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak muridnya. Pada saya, sifat ini perlu saya ubah sebelum menjadi guru di sekolah kerana sifat ini akan membuat hubungan dengan para pelajar akan menjadi renggang dan kurang mesra. Jika ini berlaku, maka sukar untuk mendalami perasaan dan masalah yang timbul dalam diri pelajar. Keempat, pemikiran negatif. Sifat pemikiran negatif ini sememangnya ada dalam diri saya seperti bersangka buruk, suka melabel dan sebagainya. Menurut Dr. Aziz Shah untuk menjadi guru yang sejati sifat ini perlu dibuang dalam diri kerana ia akan mempengaruhi tingkahlaku seseorang guru terhadap pelajarnya. Justeru, saya perlu membuang sikap ini kerana persepsi ini akan mempengaruhi layanan terhadap para pelajar khususnya bagi kelas-kelas yang dianggap bermasalah. Sebagai bakal seorang kaunselor juga saya seharusnya menerima seseorang pelajar tanpa syarat. Kelima, kurang minat menyertai pogram. Sejak akhir-akhir ini, saya kurang berminat menyertai pogram mungkin kerana saya rasakan ia kurang bermakna. Contohnya, saya kurang fokus ketika pogram ini dijalankan kerana saya rasakan pogram ini kurang mendatangkan kesan dalam diri saya. Sikap ini mungkin perlu saya ubah seawal yang mungkin kerana sebagai seorang 4

bakal kaunselor, saya akan berhadapan dengan pelbagai pogram yang perlu disertai dan dianjurkan. Saya merasakan inilah kelemahan saya yang paling ketara sejak saya mengambil kursus bimbingan dan kaunseling. Saya akan cuba pelbagai inisiatif untuk mengubah sikap ini supaya anak didik saya kelak tidak berkelakuan seperti apa yang saya lakukan. Pelan tindakan Setelah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri, saya telah memikirkan beberapa inisiatif yang perlu diambil dalam usaha mempertingkatkan lagi karisma sebagai seorang guru yang beretika. Antara pelan tindakan yang akan saya laksanakan ialah:

Perbaiki Kelemahan Meningkatkan Kekuatan Diri Cuba Menjadi Seorang Yang "Multiskill" Menghormati Orang Lain

Rajah 3 : Pelan Tindakan Dalam Menjadi Guru Yang Beretika Pertama, memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam kadar yang segera. Beberapa kelemahan diri yang dikenal pasti melalui pogram ini seperti mencari arah, sifat amarah dan pemikiran negatif perlu saya atasi segera agar ia tidak terbawa-bawa apabila saya menjadi seorang guru kelak. Perkara paling penting untuk saya ubah mulai sekarang ialah saya perlu membina ke arah personaliti yang lebih sesuai dengan diri saya dan juga sebagai seorang guru. Imej kendiri akan saya ubah sesuai dengan personaliti seorang guru khususnya sebagai seorang kaunselor. Dari segi pemakaian mungkin perlu diperkemaskan dan gaya rambut perlu lebih sesuai. Seterusnya, saya perlu sentiasa menanamkan sifat-sifat mahmudah agar dapat melawan sifat amarah yang sentiasa membara dalam diri. Selain itu, saya juga perlu menanamkan pemikiran yang positif melalui kaedah menjaga “State” . Dr. Aziz Shah menyarankan agar kita menjaga “State” setiap kali bangun pagi dengan memotivasikan diri melalui kata-kata seperti “hari ini saya bersemangat, fokus dan positif !” 5

Kedua, saya perlu menggilap lagi bakat dan kekuatan dalam diri. Antara kekuatan dalam diri yang dikenal pasti ialah kepimpinan yang ideal, kesungguhan dalam membuat kerja dan sukakan cabaran. Dalam bidang kepimpinan saya perlu lebih banyak belajar dengan orang yang lebih berpengalaman dalam usaha memantapkan lagi kewibawaan kepimpinan yang ada. Contohnya, menyertai persatuan yang ada seperti persatuan KASIH, menyertai pogram fasilitator dan mengahadiri lebih banyak kursus kepimpinan. Penyertaan aktiviti ini dilihat merupakan ramuan tambahan yang baik dalam menajamkan lagi bakat kepimpinan. Seterusnya, saya perlu mengekalkan kesungguhan yang ada dalam diri dan mengelakkan ia hanya bersifat seperti “Hangathangat tahi ayam”. Kunci utama untuk mengekalkan sifat ini adalah dengan membuat t ugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan lebih bersungguh-sungguh dengan mengikut kehendak sebenar pensyarah. Saya juga perlu lebih cekal sekiranya tugasan saya diminta diperbaiki walaupun berulang kali. Selain itu, saya perlu menyahut lebih banyak cabaran khususnya dalam menampilkan diri sebagai pemimpin. Oleh itu, saya akan memulakan watak keberanian ini melalui pembentangan yang lebih berkesan dalam kelas dengan memasukkan sebanyak mungkin sifat ‘humor’ dalam pembentangan agar dapat menarik perhataian orang mendengar. Unsur jenaka, tegas, sedih dan sebagainya perlu divariasikan lagi dalam sesuatu pembentangan. Ketiga, saya perlu manjadi seorang yang lebih ‘Multiskill’ kerana sebagai bakal guru khususnya kaunselor perlu kaya dengan pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang saya perlu perkayakan ialah cara pengurusan organisasi seperti membuat kertas kerja, prosedur pengurusan sesuatu pogram dan sebagainya. Kemahiran ini akan membuatkan saya lebih yakin untuk mengendalikan pogram di sekolah kelak dan dapat mengelakkan diri dari dipandang rendah oleh guru senior di sekolah. Seterusnya, meningkatkan ‘softskill’ yang lebih menarik dengan unsur-unsur jenaka, susunan koheran serta keseinambungan wancana yang digunakan agar lebih menarik perhatian orang yang mendengarnya. Saya perlu lebih banyak belajar kaedah ‘softskill’ pemimpin yang juga merupakan bekas guru seperti Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana orang ramai sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendengar kata-kata mereka bukan sahaja di negara ini bahkan diseluruh dunia. Keempat, saya perlu lebih menghormati orang lain. Sikap keras hati saya sering menyebabkan tindakan saya seolah-olah tidak menghormati pandangan dan cadangan orang lain. Oleh itu, saya perlu lebih bersikap terbuka dalam menerima teguran agar dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada samada dari segi tutur kata, gerak badan dan imej kendiri. Sekiranya

6

saya mampu menonjolkan nilai-nilai murni dalam diri, sudah pasti anak murid akan dapat mencontohi sikap sebegini dan secara tidak lansung akan dapat membentuk peribadi yang unggul. Penutup Kesimpulannya, melalui pogram peningkatan sahsiah diri ini sebenarnya mendatangkan seribu satu manfaat kepada diri saya dalam mengenali kekuatan dan kelemahan diri melalui modul-modul yang dijalankan khususnya Modul Mengenali Personaliti Pelajar Melalui Rahsia Tarikh Lahir. Beberapa pelan tindakan juga dapat dirancang supaya mampu menjadi guru yang lebih beretika dan bersahsiah unggul. Lampiran

Guru Ibarat Dian Guru, Kau ibarat dian, Yang membakar diri, Kau hirup keperitan dan kepayahan, Demi sinar anak didikmu. Guru, Kau hamparkan selaut kasih, Kau kuntumkan senyuman mesra, Walau hatimu pedih, Walau hatimu terluka, Demi menyinar dikala nestapa.

Sajak spontan yang saya karang dan deklamasikan ketika pogram

7

Gambar kami di awal pogram

Saya dan Hanizam

Gambar 20 orang satu kumpulan

Saya bangun untuk menyampaikan sajak

Gambar semua pelajar kaunseling di akhir pogram 8