You are on page 1of 19

OBJEKTIF

1. Mengusahakan tanaman sayur-sayuran (sawi). 2. Mempraktikkan kemahiran dalam tanaman sayur-sayuran (sawi). 3. Mempraktikkan kemahiran dalam bidang pengendalian lepas tuai tanaman, penyimpanan rekod ladang, dan pemasaran hasil. 4. Menghasilkan pelbagai produk dari hasil tanaman untuk tujuan pemasaran. 5. Mengaplikasikan teknologi yang efisien dalam penanaman sayuran sawi untuk tujuan komersil. 6. Mengamalkan pengurusan ladang yang cekap untuk mendapatkan hasil yang optimum. 7. Menyediakan rangcangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi dengan berkesan.

1

PENGENALAN
Pertanian (Inggeris: agriculture) (meliputi cucuk tanam, ternakan dan kebun buah-buahan) adalah pengeluaran bahan makanan, makanan ternakan, fiber, biofuel dan bahan lain melalui suatu sistem ternakan atau tanaman. Terjemahan bahasa Inggerisnya, agri dari bahasa Latin ager, bermakna "a field" (iaitu sebidang tanah), dan culture dari bahasa Latin cultura, bermakna "cultivation" iaitu tillage of the soil. Secara literal, pembacaan dalam bahasa Inggeris menjadikannya : tillage of the soil of a field. Dalam pengunaan moden, perkataan agriculture meliputi semua aktiviti penting bagi pengeluaran makanan/makanan ternakan/fiber, termasuk tatacara untuk menternak dan memproses ternakan. "Agriculture" juga merupakan singkatan bagi pelajaran kaedah pertanian—lebih dikenali sebagai sains pertanian (agricultural science). Sejarah pertanian merupakan elemen utama dalam sejarah manusia kerana tahap peningkatan pertanian menjadi satu faktor penting dalam perubahan sosioekonomi secara sejagat, termasuk peningkatan kekayaan dan ketenteraan yang jarang dilihat dalam budaya "hunter-gatherer" — di mana petani berupaya mengeluarkan makanan melebihi keperluan diri dan keluarganya, dan dengan itu sebahagian dari ahli puak/kaum/negeri/negara nya boleh melibatkan diri mereka dalam bidang lain daripada pertanian. Sayur-sayuran merupakan nama yang diberi kepada pokok-pokok atau bahagian-bahagian pokok yang dimakan oleh manusia, tetapi tidak termasuk dalam kategori buah-buahan, kekacang, herba, rempah atau bijirin.

Sawi merupakan sayuran daun dan dikenali sebagai sawi hijau atau sawi bakso. Jenis sayuran ini mempunyai bentuk seperti kailan, bezanya ialah tangkai daun panjang, daun tanaman lebar berwarna hijau tua, tidak berbulu dan rasanya agak pahit.

2

Sawi (bahasa Inggeris: Mustard Greens) atau nama saintifiknya Brassica juncea rugosa merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayursayuran dan ditanam sebagai makanan. Sawi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.

3

JENIS-JENIS SAWI YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
1. Sawi hijau / sawi bunga (Brassica campestris sp. parachinensis) Jenis yang paling popuar di kalangan penanam. Ia adalah tanaman semusim, berdaun tegak berwarna hijau tua berukuran lebih kurang 20-25 cm dan bunganya berwarna kuning. Batang atau petiole berbentuk kurus dan berwarna hijau. Ada sejenis lain yang dikenali oleh penanam tempatan sebagai sawi putih, mempunyai batang berwarna hijau muda yang lebih tahan kepada berlebihan air atau hujan. Sawi Hijau

2. Sawi putih Pak Choy (Brassica campestris sp. chinensis var juliennius) Daunya berwarna hijau jua dan urat daun berwarna putih. Bentuk hujung daun bulat dan berukuran 15-20 cm. Daun juga lebih tebal daripada sawi hijau. Batang atau petiole berwarna putih, besar dan compact di bahagian pangkal serta tirus di bahagian daun. Corak tumbuhan daun berbentuk lebih terbuka jika dibanding dengan sawi hijau. Sawi Putih

4

3. Sawi jepun Siow Pak Choi (Brassica campestris sp. chinensis) Dikenali sebagai sawi jepun kerana saiznya yang kecil (12-15 cm). Batang dan daunnya berwarna hijau muda. Batangnya juga prominent dan hujung daun bulat. Sawi Jepun compact di bahagian pangkal dan tirus di bahagian daun. Urat daun tidak

4. Sawi pahit (Brassica juncea var rugosa (Roxb.) Tse & Lee) Jenis ini tumbuh cepat dan mempunyai daun yang lebat dan melebihi 30 cm. Kultivar ini lebih besar dengan daun dan batangnya berwarna hijau muda. Rasanya pahit dan biasanya diproses untuk buat jeruk. Hasilnya diantara 22 - 30 tan / ha. dan boleh dikutip hasilnya selepas 35 hari selepas menanam. Sawi Pahit

PENANAMAN DAN PENJAGAAN SAYUR SAWI Penanaman Sayur Sawi Secara Organik
PENYEDIAAN TANAH Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20cm. Kemudian batas yang berukuran 1.2m lebar, 7.5m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.

5

PENANAMAN Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 1.5kg biji benih digunakan untuk sehektar. Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan denagn pasir halus atau tanah peroi dan di tabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan di buat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20cm antara baris (alur) dan 10cm antara pokok.

Penjagaan Sayur Sawi Organik
PEMBAJAAN Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:Kadar/Batas (7.5 x 1.2m) 6 kg 0.4 kg 0.5 0.4 kg Kadar/Hektar (650 batas) 4 tan 0.25 tan 0.25 tan

Pusingan 1 2 3

Masa sebelum menanam 2 minggu 3 minggu

Jenis Baja Baja organan NPK 15:15:15 NPK 15:15:15

PENGUTIPAN HASIL Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai. Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah. Hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga. Pengeluaran hasil adalah di antara 10-16 tan/ha dan hasil purata ialah 14 tan/ha.

6

PENGAIRAN Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan. KAWALAN RUMPAI Kawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pokok. Racun glifosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT Di antara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ialah: Jenis Serangga / Penyakit Ulat Ratus (Army Worm) ( Spodoptera litura) Kumbang Kutu ( Phyliotera sinuata Ateph) Ulat Pangkas (Cut Worm) ( Agrotis xpsilon) Ulat Plutela (Pluttel xylostella) Reput Lembut ( Erwina carotovora) Kawalan Sembur racun fenvalerate Sembur racun malathion Sembur racun fenvalerate Sembur racun Bacillus thuringiensis. Amalkan tanaman giliran. Rawat biji benih dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan saliran yang baik. Rawat biji benih dengan thiram. Cabut dan buang pokok yang berpenyakit.

Bintik Daun( Leaf spot) (Cercospora spp.) Reput Daun ( Leaf Rot) (Corticum solani)

7

Gambarajah Penanaman Sayur Sawi Secara Organik

Keadaan tanah sebelum diusahakan

Tanah mula dibajak

Tanah selepas dibajak pertama kali

Kapur ditabur selepas pembajakan pertama

Alat untuk menaik dan menutup batas serta memasang sistem pengairan

Batas yang telah ditutup dengan silver shine

8

Batas siap untuk ditanam

Rumah pam

Sawi yang telah siap ditanam

Menanam

Tanaman mulai megeluarkan hasil

Kawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pokok

Tanaman yang siap untuk dipasarakan

Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai

9

Penanaman Dan Penjagaan Sayur Sawi Secara Sistem Hidroponik
Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah. Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.

Gambarajah Hidrponik Kaedah Dutch Bucket

KAEDAH HIDROPONIK i) Sistem Pengaliran Nutrien Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut: i) Pam air untuk aknarium.

10

ii) Tempat tanaman (diperbuat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahanbahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal). iii) Tangki untuk larutan nutrien. iv) Tenaga elektrik. v) Pasu plastik kecil (jika perlu).

Rajah 1 : Sistem Pengaliran Nutrien

ii) Sistem Takung Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan: i) Takung tanaman. ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik). iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).

11

Rajah 2 : Sistem Takung

KAEDAH PENANAMAN Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:i) Cara Mengubah:
• • •

Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih) Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)

Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh

ii) Cara Semaian terus
• • • •

Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air

12

*Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman.

iii) Larutan Nutrien Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-

BAJA Ammonium nitrat

BERAT (g) UNSUR KEPEKATAN (bsj) 75 N 300 P 80 K 230 Ca 200 Mg 36 Fe 5 B 1.0 Mn 0.5 Cu 0.1

Kalium fosfat 40 Kalium nitrat 32 Kalsium klorida 55 Magnesium sulfat 18 Besi/Ferum (Fe-EDTA) 3.29 Boron 0.56 Manganous chloride 0.18 Kuprum sulfat 0.04

13

Zingkam sulfat 0.05 Ammonium molybate trace Baja komersil (Gred) Pertanian atau industri • Gred teknikal Mo trace Zn 0.1

Cara Penanaman Sayur Sawi Secara Sistem Hidroponik
Langkah Pertama Baja hidroponik yang dibekalkan dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga sebati. *Air paip atau tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik hendaklah yang telah lama tersimpan kerana ianya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan tetapi perlu mengambil air selepas pertengahan hujan lebat supaya tidak mengandungi bahan-bahan kotor. Langkah Kedua Sediakan 18 liter dan masukkan kedalam takung hidroponik. Ceduk 500 ml larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dengan cawan penyukat yang bersaiz 250 ml sebanyak 2 cawan dan campurkan kedalam takung hidroponik yang diisikan dengan 18 liter air. Kacau hingga sebati. Dan tutup takung dengan penutup takung yang disediakan. *Baki larutan baja yang telah dibancuh tadi hendaklah disimpan dalam bekas bertutup dan ia boleh digunakan untuk tanaman seterusnya. Jangan dedahkan kepada cahaya matahari. Langkah Ketiga Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan didalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih. Juntaikan benang tersebut melalui

14

lubang-lubang dinding bakul supaya menjadi sumbu agar ia dapat menyerap larutan baja hidroponik. Masukkan bakul media yang telah diisikan dengan benang pada setiap lubang penutup takung hidroponik. Pada permulaan menanam, bahagian bawah bakul yang ada sumbu benang perlu direndam dalam larutan baja hidroponik untuk membasahi media tanaman. Langkah Keempat Masukkan 2 atau 3 biji benih sayur-sayuran diatas benang dalam bakul media. Pastikan biji benih basah supaya boleh bercambah. *Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak ada percambahan, tukarkan dengan biji benih yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkan cuma sepokok atau 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan seterusnya. Langkah Kelima Letakkan set hidroponik ditempat yang sesuai seperti ditepi rumah,beranda,patio, porch dengan syarat mesti mendapat cahaya matahari yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari samada pagi atau petang. Elakkan daripada hujan terus masuk kedalam takung hidroponik.

Cara Penjagaan Penanaman Sayur Sawi Secara Sistem Hidroponik
1.Pastikan lubang bakul media ditutup untuk mengelakkan kemasukan nyamuk. 2.Selepas 3 minggu, tambahkan air (tanpa baja) ke dalam takung. Paras air mestilah tidak melebihi 1/2 daripada takung. 3.Oleh kerana jangkamasa matang berlainan, hanya satu jenis tanaman/benih bagi setiap takung. (Sawi - 4 minggu). 4.Biarkan tanaman anda sehingga 4 ke 5 minggu untuk dipungut hasilnya

15

mengikut jenis tanaman tanpa perlu menambahkan larutan baja dan menyiram. 5.Setelah dipungut hasil, basuh semula takung, penutup dan bakul media dan gantikan benang dan gunakan semula baki larutan baja yang disimpan dahulu untuk penanaman baru. 6.Jika larutan baja terlalu pekat, daun akan menjadi hijau tua, melengkung/kerinting, daun tebal dan rapuh. Jika larutan terlalu cair, pokok akan kerdil dan lambat besar, daun kuning nipis dan tidak melengkung.

RUMUSAN
Pertanian adalah satu perniagaan. Pertanian juga adalah sesuatu bidang yang luas. Di satu sudut, ia melibatkan petani kecil-kecilan yang bertani dalam kawasan kecil dan mengeluarkan produk untuk diri dan keluarga sendiri. Di sudut lain pula, ia melibatkan pertanian secara komersil dan intensif. Pertanian secara komersil ini melibatkan tanah yang luas atau ternakan yang besar jumlahnya, memerlukan bahan yang banyak (benih, racun, baja, pekerja dsn) dan tahap kejenteraan yang tinggi bagi mengurangkan penggunaan pekerja. Operasi tersebut selalunya berkait rapat dengan operasi untuk memaksimumkan keuntungan kewangan dari hasil jualan produk pengusaha tersebut. Ia seringkala melibatkan beberapa individu secara kumpulan, syarikat atau agensi kerajaan. Kelebihan Penanaman Sayur Sawi Secara Sistem Hidroponik 16

• •

Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman. Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya. Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula. Tidak perlu menyiram baja setiap hari. Hasil tanaman boleh di makan keseluruhanya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit. Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah. Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram. Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lainlain

• • •

Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

• • • •

Kelemahan Penanaman Sayur Sawi Secara Sistem Hidroponik
• • •

Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal. Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah. Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.

17

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

1. www.angelfire.com/biz/kazzhidroponik/laman3.html 2. pertanianmjg.perak.gov.my/panduan.htm 3. ms.wikipedia.org/wiki/Sawi 4. ms.wikipedia.org/wiki/Sayur 5. http://www.geocities.com/Athens/Troy/6007/apaituhidroponik.h tml 6. http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_pertanian/hidropo nik.htm 7. ms.wikipedia.org/wiki/Hidroponik 8. www.organikpro.com/files/Sawi-Panduan_Menanam.pdf

18

19