You are on page 1of 9

BAB I : ILMU DAN KEWAJIPAN

Pepatah mengatakan: “Sesiapa yang teguh, ia akan
berjaya. Sesiapa yang bersungguh-sungguh, ia akan
mendapat. Sesiapa yang menanam, kelak ia akan
menuai. Sesiapa yang bersabar, ia akan beruntung, dan
sesiapa yang kuat kemahuannya, ia akan mulia.”

Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan
kepada setiap manusia. Fitrah manusia dijadikan Allah
sebagai seorang yang mencinta ilmu pengetahuan.

Kelahiran manusia ke dunia, berbekalkan naluri
ingin mengetahui dan menambah maklumat. Fitrah ini
telah mendorong manusia untuk melangkah dan menuju
ke alam pengajian, bagi mendapat pengetahuan yang
lebih lengkap dan meluas.

Ilmu adalah asas kehidupan. Ilmu adalah antara
perkara keperluan utama manusia. Ia menjadi sebagai
petunjuk, pembantu, bekalan dan senjata untuk
melayari kehidupan di dunia. Lebih dari itu, ilmu
menjadi tonggak kehidupan yang harmoni. Juga sebagai
satu aset penting bagi manusia.

Golongan yang tidak berpengetahuan adalah
golongan rendah dan dihinakan oleh masyarakat.
Kehadiran mereka di dalam masyarakat, bagaikan
melukut di tepian gantang.

Insan dibezakan daripada haiwan kerana
dianugerahkan dengan akal. Ini memandang akal
digunakan untuk berfikir. Lanjutan daripada itu,
seseorang berusaha untuk mendapatkan maklumat dan
berbagai-bagai fakta yang disebut sebagai ilmu
pengetahuan.

6
Bahkan semata-mata dengan memiliki ilmu
pengetahuan, darjat atau kedudukan berbeza-beza.
Seseorang itu dimuliakan kerana ilmu yang dimilikinya.
Tanpa ilmu, kekayaan tidak memberi erti kepada
manusia. Ia diumpamakan seperti cincin, bertatah
permata berlian, tersarung pada jari seekor kera.

Oleh hal yang demikian Nabi Muhammad s.‘a.w
bersabda (bermaksud): “Bukankah dunia ini dilaknat.
Perkara di dalamnya dilaknat melainkan zikrullah dan
perkara yang seiring dengannya. Juga orang berilmu
atau orang yang belajar.” (Riwayat al-Tirmizi daripada
Abu Hurairah).

Kategori Ilmu Menurut Islam

Di dalam Islam, ilmu pengetahuan terbahagi kepada
dua. Pertama, ilmu Fardhu ‘Ain. Kedua, ilmu Fardhu
Kifayah. Keduanya adalah cabangan ilmu yang mesti
dimiliki oleh setiap orang Islam agar tercapai
kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kedua-dua hukum tersebut mencakupi semua
bidang ilmu pengetahuan sama ada yang berkaitan
dengan keagamaan seperti fekah, usuluddin dan
tasawuf, juga ilmu-ilmu keduniaan, seperti perubatan
(kedoktoran), matematik, sains dan sebagainya.

Bagi ilmu Fardhu ‘Ain di dalam agama, dapat
dilihat pada perkara-perkara asas yang
menyempurnakan ibadat yang difardhukan seperti
sembahyang, puasa dan lain-lain. Hukumnya termasuk di
dalam Fardhu ‘Ain kerana setiap muslim mesti beramal
dan mengerjakan ibadat tersebut.

7
Hal-hal yang selain daripada perkara asas atau
perbahasan hukuman yang lebih halus dan terperinci di
dalam ajaran agama termasuk dalam Fardhu Kifayah.
Yang mana sudah memadai bagi sesebuah masyarakat
dengan seorang sahaja yang mendalaminya.

Imam al-Syafi‘i menyebut tentang ilmu: Ilmu
terdapat dua bahagian, ilmu fekah bagi agama dan ilmu
perubatan bagi badan. Hal yang selain daripada kedua-
dua tersebut itu adalah sebagai perhiasan.

Kedua-duanya perlu dicapai tanpa diabaikan. Ini
kerana tanggungjawab setiap pelajar melepaskan diri
daripada belenggu kejahilan. Kepakaran dalam bidang
sains dan teknologi juga suatu kefardhuan di dalam
ajaran agama.

Kelebihan Menuntut Ilmu

Allah s.w.t. telah meninggikan kedudukan, pangkat
atau darjat bagi mereka yang berpengetahuan. Ini
sejajar dengan kehendak agama yang menekankan
tuntutan mencari ilmu sehinggakan mereka yang
memiliki ilmu pengetahuan diangkat beberapa darjat. Ia
adalah sebagai anugerah daripada Allah kerana
kegigihan mereka berusaha menuntut ilmu.

Firman Allah s.w.t. (bermaksud): “Allah s.w.t
mengangkat bagi mereka yang beriman dari kalangan
kamu, dan mereka yang dianugerahkan ilmu, beberapa
darjat (kedudukan).” (Surah al-Mujadalah, 58: 11).

Hanyasanya ilmu yang berguna mendorong
seseorang supaya mentakuti Allah s.w.t. Firman Allah
s.w.t.: (bermaksud): “Sesungguhnya yang takutkan Allah

8
s.w.t. itu dari kalangan hambaNya ialah orang yang
mempunyai ilmu.” (Surah al-Fathir, 35: 28).

Seseorang yang takut kepada Allah s.w.t adalah
orang yang bertaqwa. Orang yang paling bertaqwa pula
adalah orang yang paling mulia di sisi Allah. Firman
Allah s.w.t. (bermaksud): “Sesungguhnya semulia-mulia
kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu.” (Surah al-Hujurat, 49: 13).

Bahkan dibezakan pula antara insan yang
berpengetahuan dengan yang tidak berpengetahuan,
seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran:
“Katakanlah olehmu wahai Muhammad! Adakah sama
mereka yang mempunyai ilmu dan mereka yang tiada
mempunyai ilmu itu (tiada bersamaan orang yang
ilmu itu dengan orang yang jahil).” (Surah al-Zumar, 39:
9).

Orang yang memiliki ilmu pengetahuan, akan
menjadi seorang yang berguna kepada agama, diri
sendiri dan masyarakat. Bahkan jika seorang
menggunakan ilmu pengetahuan dengan sebaik
mungkin, kualiti dan produktiviti di dalam sesuatu
pekerjaannya akan lebih meningkat.

Dalam segala bidang kehidupan manusia
memerlukan ilmu. Ini sebagaimana dinukilkan riwayat
yang mengatakan: “Sesiapa mahukan dunia, mestilah
dengan ilmu. Sesiapa yang mahukan akhirat, mestilah
dengan ilmu. Dan sesiapa mahukan keduanya mestilah
dengan ilmu.”

Dalam hadith Rasulullah s.‘a.w. banyak
memperkatakan kelebihan orang yang berilmu.

9
Antaranya, ilmu yang menyampaikan kepada kejayaan
dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Anugerah ilmu yang diperolehi seseorang adalah
dengan rahmat Allah s.w.t dan menjadikannya sebagai
pewaris nabi-nabi. Para nabi tidak meninggalkan harta
bagi diwarisi, tetapi meninggalkan ilmu dan hukum
syariat untuk terus diamalkan di muka bumi ini. Ia
merupakan warisan yang paling berharga.

Sabda Nabi Muhammad s.‘a.w. (bermaksud): “Para
ulama’ adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan
dinar dan dirham (wang ringgit). Tetapi mereka
mewariskan ilmu. Sesiapa mengambilnya, ia telah
mendapat habuan yang menguntungkan.” (Riwayat al-
Tirmizi).

Seseorang ulama lebih diutamakan daripada semua
manusia. Ini memandangkan manfaat ilmu yang
mencurah-curah dan melimpah kepada insan lain. Ilmu
yang baik akan menjadi panduan setiap tempat dan
sepanjang zaman.

Nabi Muhammad s.‘a.w bersabda (bermaksud):
“Manusia yang paling mulia ialah orang yang beriman
dan berilmu. Jika ia diperlukan ia akan memberikan
manfaat. Jika ia tidak diperlukan, ia melakukan sesuatu
yang bermanfaat untuk dirinya sendiri.” (Riwayat al-
Baihaqi di dalam Syu‘ab al-Iman).

Ahli ilmu mendapat satu kedudukan yang istimewa
kerana kemuliaan ilmunya. Bahkan ahli ilmu agama akan
memberi syafaat di hari akhirat kelak.

Nabi Muhammad s.‘a.w. bersabda (bermaksud):
“Tiga pemberi syafaat pada hari Kiamat: Para nabi,

10
kemudian para ulama, dan kemudian para syuhada’.”
(Riwayat Ibn Majah).

Pelajar akan sentiasa mendapat limpahan rahmat
sepanjang masa pengajiannya. Sabda Nabi Muhammad s.
‘a.w. (bermaksud): “Para malaikat melabuhkan sayap-
sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana
menyukai perbuatan mereka.” (Riwayat Ahmad, Ibn
Hibban dan Hakim).

Ganjaran pahala menuntut ilmu adalah lebih besar
daripada pahala bersembahyang sunat. Ini kerana
belajar adalah ibadat yang paling mulia.

Nabi Muhammad s.‘a.w bersabda kepada Abu Zar
(bermaksud): “Wahai Abu Zar, jika kamu keluar pada
waktu pagi lalu kamu belajar satu ayat dari kitab Allah,
ia adalah lebih baik daripada kamu solat sunat seratus
rakaat. Jika kamu keluar pada waktu pagi lalu kamu
belajar satu bab daripada ilmu, sama ada ia diamalkan
ataupun tidak, ia adalah lebih baik daripada kamu
sembahyang sunat seratus rakaat.” (Riwayat Ibn Majah).

Penuntut ilmu mendapat jaminan rezeki dari Allah.
Ia sebagai satu kemurahan dari anugerah Allah, bagi
penuntut ilmu. Rezekinya sentiasa disediakan oleh Allah
s.w.t. Ini kerana Allah s.w.t. kasih kepada seseorang
yang menuntut ilmu, terutama yang berkaitan dengan
fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.

Ini dapat dilihat di dalam sepotong hadith, Nabi
Muhammad s.‘a.w. bersabda (bermaksud): “Sesiapa
yang menuntut ilmu, Allah telah menjamin rezeki
untuknya.” (Kanz al-‘Ummal).

11
Lebih dari itu, penuntut ilmu berada pada
kedudukan seiring dengan orang yang berjihad. Ibn
Qaiyim menerangkan di dalam kitab Miftah Dar al-
Sa‘adah: Di antara bentuk jihad ialah jihad memberikan
hujah dan keterangan. Inilah jihad para pewaris nabi. Ia
lebih bermanfaat daripada jihad dengan tangan dan
lisan. Firman Allah s.w.t. (bermaksud): “Dan kalau Kami
kehendaki, tentulah Kami utuskan dalam tiap-tiap
negeri, seorang Rasul pemberi amaran. Oleh itu,
janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut
kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan
hujjah-hujjah al-Quran menghadapi mereka dengan
perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.” (Surah
al-Furqan, 25: 51-52).

Sehubungan dengan itu, Allah s.w.t. berfirman
(bermaksud): “Wahai Nabi, berjihadlah menentang
orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan
bertindak keras terhadap mereka.” (Surah al-Taubah, 9:
73)

Hal ini menunjukkan bahawa sabilillah (jalan Allah)
bererti jihad, menuntut ilmu dan menyeru seluruh
makhluk kepada Allah s.w.t. dalam semua aspek
kehidupan sama ada duniawi mahu pun ukhrawi.

Suatu kewajipan kepada golongan pelajar,
mereka hendaklah menuntut ilmu untuk memakmurkan
muka bumi. Yang ia merupakan suatu tuntutan dalam
Islam terutamanya untuk menghadapi saingan golongan
kafir dan munafik yang sentiasa ingin umat Islam lemah
dalam segenap lapangan di muka bumi ini. Firman Allah
s.w.t. (bermaksud): “Dialah (Allah) yang menjadikan
kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu
memakmurkannya.” (Surah Hud, 11: 61).

12
Justeru dalam menuntut ilmu juga memerlukan
kesungguhan dan pengorbanan kerana ia juga adalah
perjuangan, demi maruah umat Islam dan
memartabatkan Islam!!!

Ikhlaskan Niat

Niat adalah asas yang sangat penting dalam sesuatu
perkara. Islam sangat menekan kedudukan niat dalam
setiap amalan, terutama dalam belajar.

Oleh kerana belajar adalah ibadat yang mulia,
perlulah diniatkan dengan penuh keikhlasan kepada
Allah s.w.t. agar ganjaran besar berupa pahala dapat
diperolehi.

Aturkan keikhlasan, dengan niat menuntut
keredhaan Allah. Ilmu dicari untuk berbakti kepada
agama, bangsa dan negara. Ilmu sebagai bekal bagi
mengemudikan bahtera kehidupan di dunia ini.

Niat yang ikhlas adalah penentu segala amalan,
terutamanya di dalam belajar. Niat adalah asas pertama
yang menjadi ukuran bagi kejayaan usaha di dalam
menuntut ilmu pengetahuan. Ini sebagaimana
dinyatakan di dalam hadith Rasulullah s.‘a.w.:
(bermaksud): “Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs
‘Umar bin al-Khattab r.‘a., aku mendengar Nabi s.‘a.w.
bersabda, ‘Sesungguhnya semua amalan perbuatan
adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan
niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan
RasulNya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya
menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang
berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk
dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan
hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

13
C:\Documents and Settings\Windows XP\Desktop\Formula Rabbani
Kecemerlangan Pelajar\buku\Behavior b0218

14