You are on page 1of 8

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK TEMPOH PELAKSANAAN : ROSHAMIZAH BT ROSPANDI : PISMP

SAINS AMBILAN JAN 2010 : SEKOLAH KEBANGSAAN KARAK : NAIK TARAF BILIK SAINS SK KARAK : 3 Julai 26 Julai 2013

OBJEKTIF

Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:

1. Memastikan P&P mata pelajaran sains lebih efektif. 2. Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik, kemahiran menjalankan penyiasatan dan penyelidikan sains serta kemahiran manipulatif. 3. Membolehkan eksperimen dijalankan dengan aktif, di tempat yang lebih sesuai. 4. Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan nilai-nilai sains dan nilai-nilai murni. 5. Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi memperkenalkan mata pelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah. 6. Menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan juga untuk menanam minat sains dalam kalangan murid. 7. Menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang sains.

STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Pada 2 Julai 2013, saya, rakan guru pelatih dan guru pembimbing telah membuat perbincangan tentang projek- projek yang boleh dijalankan sebagai projek berkumpulan untuk internship kali ini. Hasil keputusan perbincangan tersebut, guru pembimbing telah mencadangakan untuk membuat projek menaik taraf bilik sains di SK Karak. Bilik Sains di SK Karak berada dalam keadaan yang kurang selesa dan kurang kondusif.

2. Pada 3 Julai 2013, kami telah pergi melihat sendiri keadaan bilik sains tersebut. Kami mendapati bahawa keadaan bilik sains itu berhabuk, suram dan tidak kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu, kami mendapati bahawa peralatan sains tidak diselenggara dengan betul. Kami telah mencatatkan cadangan cadangan dan perkara yang perlu kami lakukan dalam menaik taraf bilik sains ini :

2.1 Membersihkan semua peralatan dan perabot dalam makmal sains. 2.2 Mengemas dan menyusun atur semula makmal sains. 2.3 Melabel peralatan sains.

3. Kemudian, kami telah membuat kertas cadangan projek menaik taraf bilik sains dan dihantar kepada guru pembimbing untuk disemak dan

ditandatangan.. Setelah kertas cadangan disokong oleh Ketua Panatia Sains yang merangkap guru pembimbing iaitu Encik Mohd Fadzil Bin Zakaria, ia terus dihantar sebelum diluluskan oleh Guru Besar iaitu Tn Hj Mansor Bin Hj Ridwan pada 4 Julai 2013.

4. Pada 8 Julai 2013, kami telah memulakan projek menaik taraf bilik sains. Kami telah membuat senarai kerja-kerja yang harus kami lakukannsepanjang proses menaik taraf ini. Projek kami bermula dengan menyusun semula alat alat di dalam bilik sains dan menyimpannya di tempat yang betul. Kami mendapati bahawaterdapat banyak alatan sains yang tidak digunakan dan tidak disimpan dan dilabel dengan betul . Kami juga telah mencatatkan nama bagi setiap alat alat yang ada di dalam bilik sains agar mudah untuk dilabelkan. Kami membuat label bagi setiap laci bagi memudahkan guru guru dan murid murid mencari alatan yang hendak mereka gunakan.

5. Prose mengemas alat-alat di dalam bilik sains ini mengambil masa selama 3 hari. Selain itu, terdapat alat alat yang rosak dan tidak boleh digunakan telah kami hapus kira. Kami juga mendapati bahawa kebanyakan alatan berada dalam keadaan yang berhabuk dan bersepah. Kami telah mengambil inisiatif untuk membasuh beberapa alatan yang agak berhabuk dan berdebu seperti glob dan bongkah.

6. Kemudian, kami telah menampal label-label yang telah dilaminate bagi setiap alatan. Pelabelan ini amat membantu dari segi pencarian alatan dan memastikan peralatan disimpan di tempat yang betul

7. Pada 11 Julai 2013, kami meneruskan projek ini dengan membuat carta organisasi Bilik Sains SK Karak. Carta ini akan ditampal pada papan kenyataan di hadapan bilik sains. Selain itu, kami juga menampal beberapa info sains yang menarik untuk menceriakan lagi bilik sains tersebut.

8. Kemudian, proses menaik taraf diteruskan lagi dengan memasang alas meja guru. Kami juga diminta untuk mencipta nama bagi setiap meja kumpulan. Hasil perbincangan, kami bersetuju untuk memberi nama bagi setiap kumpulan dengan nama-nama tokoh islam iaitu Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Hayyan, Al-Khawarizmi, Al-Farabi, Al->>>>>>. Kami juga meletakkan info mengenai tokoh tersebut di setiap meja kumpulan.

9. Terdapat sedikit kerosakan yang berlaku pada sinki di bilik sains. Kami mendapati bahawa paip sinki tersebut bocor dan mengakibatkan air bertakung di bawah sinki tersebut. Kami telah melaporkannya kepada guru pembimbing dan beliau mencadangkan agar kami meminta bantuan dari tukang kebun untuk membaiki masalah tersebut. Tukang kebun telah dating membaiki paip tersebut serta menyimen lantai di bawah sinki tersebut.

10. Akhir sekali, setelah kesemua perancangan kami telah siap, kami telah memintak tukang sapu mengemop serta menyapu lantai di bilik sains.

REFLEKSI: 1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI Kekuatan yang pertama ialah dapat meningkat penggunaan bilik sains dalam keadaan yang kondusif dan selamat. Projek naik taraf ini sangat penting dan perlu kerana keadaan bilik sains tersebut yang agak uzur dan tidak kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Projek ini membantu meningkatkan keselesaan guru dan murid dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kekuatan yang kedua ialah dapat meningkatkan kelancaran proses eksperimen dilakukan. Penyusunan dan pelabelan alat sains dengan betul dan teratur membantu guru dan murid menjalankan eksperimen dengan efektif. Semasa projek naik taraf ini dijalankan, kami telah menyusun serta melabel peralatan sains dengan betul. Kami juga telah dapat mengenalpasti bilangan kit kit eksperimen yang ada di dalam bilik sains. Hal ini membantu kelancaran guru dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan eksperimen. Kekuatan yang ketiga ialah dapat melahirkan guru sains yang peka terhadap keperluan bilik sains. Projek naik taraf ini membantu kami sebagai guru intership untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan bilik sains di sekolah. Pengalaman yang diperolehi amat berharga dalam menyiapkan diri kami semasa menjadi guru sains yang sebenar pada masa akan datang. 2) KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI Kelemahan yang pertama ialah pengekalan kebersihan dan keceriaan yang telah dilakukan. Setiap kelas mempunyai bilangan murid yang agak ramai. Setiap kali sesi P&P sains dijalankan, kerusi dan meja akan bersepah dan lantai menjadi kotor. Selain itu, alatan di dalam bilik sains juga akan bersepah selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kelemahan yang kedua ialah kekurangan sumber kewangan. Dari pemerhatian saya, masih banyak lagi perkara yang harus dibaiki di dalam bilik sains seperti pintu dan tingkap. Pintu dan tingkap bilik sains berada di dalam keadaan yang uzur di mana pintu tersebut diperbuat daripada kayu. Manakala terdapat banyak kaca tingkap yang telah pecah. Namun, akibat kekangana bajet, perkara ini tidak dapat dibaiki buat masa sekarang.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datang: Penambahbaikan yang pertama ialah membuat jadual bertugas di dalam bilk sains. Guru boleh mengadakan jadual bertugas yang melibatkan murid bagi menyapu sampah, membuang sampah dan lain lain lagi. Selain itu, guru yang menggunakan bilik sains juga haruslah bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan bilik sains selepas digunakan. Penambahbaikan yang kedua ialah memohon bajet kewangan daripada pihak PIBG, sekolah dan juga pihak luar. Sumber kewangan ini penting dalam memastikan bilik sains ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, selamat dan bersih bagi menjamin kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran.

GAMBAR SEBELUM PROJEK NAIK TARAF

SELEPAS PROJEK NAIK TARAF