PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR GRED N 17/2006 (KESETIAUSAHAAN

)
SOALAN SUBJEKTIF
A) SOALAN WAJIB Anda telah ditugaskan untuk mengambil minit mesyuarat bahagian yang akan diadakan. Jelaskan komponen-komponen yang terdapat di dalam satusatu minit mesyuarat. B) 1) SOALAN PILIHAN Anda banyak berurusan dengan dokumen-dokumen terperingkat. Apakah yang dimaksudkan dengan dokumen-dokumen terperingkat seperti berikut:i) ii) 2] Sulit Rahsia

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh jabatan dalam usaha memelihara rekod-rekod kerajaan dari sebarang kerosakan ialah dengan mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan rekod dari Jabatan Arkib Negara:i)

Nyatakan apa yang dimaksudkan dengan ‘ Rekod Kerajaan’ ii) Selain daripada mendapatkan nasihat Jabatan Arkib Negara, nyatakan usaha lain yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk memelihara rekod dalam jagaan mereka.

1

3)

Cik Zaini bertugas sebagai Setiausaha kepada Encik Farid, Pengurus Perumahan. Di antara tugas beliau ialah melayani panggilan telefon daripada orang ramai yang ingin berurusan dengan Encik Farid. Bagi memastikan urusan layanan telefon Cik Zaini itu berkualiti, huraikan amalan penting yang boleh beliau laksanakan.

4)

Perhubungan antara pegawai dan pekerja biasanya dilakukan melalui minit. Kertas-kertas minit di dalam fail disediakan bukan sahaja untuk merekodkan surat-surat yang masuk dan keluar, tetapi juga untuk menulis minitminit. Apakah perkara-perkara yang wajar diberi perhatian dalam penulisan minit?

5)

Pengedaran fail-fail jabatan perlu dilakukan secara teratur bagi mengelakkan fail daripada hilang. Huraikan secara ringkas kaedah pengedaran fail-fail jabatan di unit anda.

6)

Dokumen-dokumen terperingkat ‘Rahsia Besar’ dan ‘Rahsia’ tidak sekali-kali boleh dibawa pulang ke rumah oleh pegawaipegawai. i) ii) Dalam keadaan bagaimanakah peraturan ini boleh dikecualikan? Huraikan cara-cara memusnahkan dokumen terperingkat.

7)

Jelaskan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk menyemarakkan budaya kualiti di PKNS.

2

8)

Terdapat lima (5) bentuk sistem menunggu yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan urusan layanan perkhidmatan kaunter. Huraikan dua (2) daripada bentuk sistem menunggu yang anda ketahui.

9)

PKNS ingin melaksanakan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) iaitu pekerja digalakkan menyertai proses penambahbaikan sistem kerja bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti kerja. i) ii) Apakah yang dimaksudkan dengan KMK? Huraikan komponen-komponen yang terdapat di dalam struktur KMK.

10)

Anda telah menerima sebuah fail daripada ketua anda untuk disimpan. Walau bagaimanapun, ketua anda memerlukan fail tersebut semula untuk tindakan menjawab pada suatu tarikh yang akan datang. i) ii) Apakah kaedah bagi proses ini? Apakah strategi-strategi yang telah ditetapkan untuk melicinkan kaedah ini?

11)

Apakah yang anda faham dengan prinsip ‘Perlu Mengetahui’?

3

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful