TUGASAN 1

Pengenalan

Di Negara Malaysia kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India. Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa. Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing. Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa. Masyarakat Melayu mengutamakan amalan budi kerana amalan ini merupakan jati diri setiap orang Melayu dalam masyarakat Melayu. Bagi masyarakat Melayu, keperibadian dan pembentukan sahsiah diri atau jati diri amat penting untuk membina peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak, dan berbudi. Justeru, terdapat pelbagai egen yang membentuk struktur kemasyarakatan dalam masyarakat umat Islam dan orang Melayu. i. Keluarga o Merupakan

egen

sosialisasi

utama

dalam

masyarakat

untuk

menjalankan tanggungjawab yang amat berat o Keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai keperibadian yang luhur dan suci dan terhindar dari gejala-gejala yang tidak sihat

ii. Masyarakat o Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial o Kawalan sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyarakat dan lain-lain atau berbentuk sekunder seperti undangundang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah, polis dan sebagainya

iii. Kerajaan/Pemerintah o Kerajaan dan pemerintah merupakan egen pembentuk masyarakat yang bertamadun dan harmonis

o Kejayaan pemerintah dapat dinilai menerusi gaya kepimpinanyang diterajui oleh pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan bersih, cekap dan amanah

Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi. (Pemikir AprilJun2003: 6) Kedua-dua aspek ini juga menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Proses sosialisasi ialah proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarakat tersebut.(Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001: 187) Pembudayaaan pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai (budaya) masyarakat yang dianggotainya. (Tamadun Islam dan Tamdun Asia 2001: 187) Kedua-dua proses ini dijalankan dalam kitaran hidup seseorang individu, tetapi yang terpenting adalah pada masa seseorang itu masih kecil iaitu dari tahap kelahiran hingga ke tahap remaja. Proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertujuan mengekalkan

kesinambungan budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001 : 191192).

Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Masyarakat Cina memuja nenek moyang dan tian (langit) di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan bintang. Di samping itu ajaran seperti agama Buddha. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan.Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Cina Masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme. Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral. tanaman atau alam semula jadi. Kedua-dua tersebut penting untuk mencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat. Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan. Ianya telah wujud dalam masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM: 2002: 306307) . Bagi masyarakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi. Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. kemakmuran. Kebanyakannya tidak mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. kebahagiaan dan kekayaan.

Oleh sebab itu manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu: i. Suami dengan isteri iv. iaitu: i. Raja dengan menteri ii. Ayah dengan anak iii. Kawan dengan kawan Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai murni yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasasma tanpa mengira bangsa. Kewajaran (yi) iii. Perikemanusiaan (ren) ii. Abang dengan adik v.Falsafah Konfusianisme Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah. Kesusilaan (li) iv. keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius (551SM-479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects. Kearifan (zhi) Ajaran Konfusius Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai wulun. pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia. . terutama mengenai perikemanusiaan.

Ajaran Buddhisme Ajaran Buddhisme mementingkan kesederhanaan di mana asas pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. . Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan.

Apa yang dititikberatkan dalam masyarakat India ialah perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua golongan. Masyarakat India juga mengamalkan sistem bersama (joint family). ( Azhar Hj. Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makanan dan pakaian ahli keluarga. Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika. Md Ars dan Azharuddin Mohd Dali 2000 : 164 ). iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan. 359-360). keluarga merupakan unit asas dan terpenting. keluarga . Porullartha iaitu kekayaan. Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini. Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi. iv. Apa yang dimaksudkan dengan empat objektif mulia ini ialah: i. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal. Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma. ii. iii.Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakt India Masyarakat India kebanyakkan beragama Hindu. Mereka melakukan keIja amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 . Bagi masyarakat India. Sistem keluarga bersama juga mengalami kemorosotan kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran-cabaran semasa dan arus pemodenan terutama pengaruh daripada Barat menerusi media massa dan ICT. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda.

Ketiadaan penghayatan nilainilai murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif. Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakan entiti terbesar dalam negara kita iaitu Melayu.penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan dan dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari ini. 360). Cina dan India menyeru serta mengajak penganutnya agar berakhlak mulia. Natijahnya. agama Hindu menitk beratkan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya. . Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadapa makhluk yang lain sama ada manusia atau haiwan. Sekiranya sebaliknya mereka akan dilahirkan dengan darj at yang rendah. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 . Kerajaan telah berusaha dalam menangani permasalahan tersebut dan sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan percambahan minda agar masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Oleh sebab itu setiap warganegara Malaysia perlu mengbayati nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran agama masing-masing.Secara keseluruhannya. Proses ini berterusan sehingga individu dapat membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan. Sekiranya mereka mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai darjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran.

Misalnya seorang guru akan sedar dan tahu peranan dan tanggungjawab tentunya akan mengasuh dan menyayangi anak muridnya. Berikut ini beberapa definisi sosialisasi menurut para ahli. . nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat supaya terus kekal walaupun ahli-ahli masyarakatnya silih berganti. a. Sosialisasi dapat membantu mengekalkan idea-idea. Proses sosialisasi menjadikan seseorang tahu dan memahami bagaimana seseorang menjalankan hak-hak dan kewajiban berdasarkan peranan-peranan yang dimilikinya.sikap . sebagai berikut.Melalui sosialisasi kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.Seorang anak dan pelajar juga akan tekun belajar jika ia sedar bahawa itu adalah tanggungjawabnya dan harapan ibu bapanya.Jadi.TUGASAN 2 Pengenalan Sosialisasi merupakan proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai.kemahiran yang dipunyai oleh keluarga/ masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. PROSES SOSIALISASI Proses sosialisasi diawali dari lingkungan keluarga atau kelompok yang ada di sekitar kehidupannya.Sosialisasi dapat membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna. Koentjaraningrat Proses sosialisasi adalah proses belajar yang dialami individu sejak masa kanak-kanak sampai masa tuanya. sosialisasi menyedarkan seseorang tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Ia belajar pola-pola tindakan dalam interaksi dengan segala macam individu sekeliling yang mengembangkan aneka peran sosial yang ada dalam kehidupan sehari-hari.

b. sosialisasi primer (permulaan) PROSES SOSIALISASI sosialisasi semula (resosialisasi) sosialisasi sekunder (penyertaan) Rajah 1 : Proses Sosialisasi . Peter Berger Proses sosialisasi adalah suatu proses di mana seorang anak belajar menjadi seseorang anggota yang berprestasi dalam masyarakat. c. bagaimana cara hidup dan berfikir kelompoknya agar dia dapat berfungsi dalam kelompok. Charlotte Buhler Proses sosialisasi adalah proses yang membantu individu-individu belajar dan menyesuaikan diri.

media massa dan masyarakat. Sosialisasi semula ini berlaku akibat daripada perubahan secara drastik. psikomotor. remaja dan dewasa. mendadak. Ketiga. bencana . Misalnya berlaku akibat kemalangan. revolusi. sosialisasi primer (permulaan) iaitu proses ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. perubahan kepercayaan. Konsep kendiri sikap dan taakulan seseorang itu akan berubah dengan cepat akibat daripada situasi diatas. Kanak-kanak mempelajari konsep diri.Proses ini mungkin berlaku atau tidak berlaku pada seseorang. sosialisasi sekunder (penyertaan) iaitu berlaku pada peringkat kanak-kanak. Kedua.Proses sosialisasi berlaku dalam tiga jenis. radikal atau terpaksa yang dialami oleh seseorang. peperangan. penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarganya. berlaku perubahan dan penyesuaiaan akibat daripada interaksi dengan rakan sebaya sekolah. sosialisasi semula (resosialisasi). .ketagihan dadah dan perubahan politik. menerima konsep baru. Pada peringkat ini akan berlaku proses pengembangan konsep diri. Pertama.

Bagi tindakan sosial ini yang penting adalah kesesuaian tindakan dengan nilai-nilai dasar yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Berorientasikan Nilai Tindakan sosial yang berorientasikan nilai dilakukan dengan mengambil kira manfaat. sedangkan tujuan yang ingin dicapai tidak terlalu dipertimbangkan. Bersifat Rasional (Instrumental) Tindakan sosial yang bersifat rasional adalah tindakan sosial yang dilakukan dengan pertimbangan dan pilihan secara sedar (masuk akal). Contohnya membantu ibu bapa menjaga adik-adik selaku seorang anak sulung sewaktu ketiadaan ibu bapa. Tindakan tersebut kita lakukan kerana pandangan masyarakat yang menekankan kalau makan dan minum dengan tangan kanan lebih sopan daripada dengan tangan kiri. Tindakan ini menyangkut kriteria baik dan benar menurut penilaian masyarakat.PERKAITAN SOSIALISASI DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB Pada dasarnya proses sosialisasi dapat dibezakan menjadi empat jenis. Hal ini dapat dikaitkan melalui tindakan membantu ahli keluarga sebagai satu tanggungjawab seorang anak. Contohnya: tidak pernah mempersoalkan mengapa kita harus makan dan minum dengan tangan kanan. Keempat jenis proses sosialisasi itu dihuraikan seperti berikut. Hal ini bermaksud tindakan sosial itu sudah dipertimbangkan masak-masak tujuan dan cara yang digunakan untuk mencapai tujuan tersebut. .

cinta. Kegiatan tersebut dilakukan mengikuti kebiasaan yang telah turun-temurun. baik destinasi maupun caranya. gembira muncul begitu saja sebagai reaksi spontan terhadap situasi tertentu. Perasaan marah.Tradisional Tindakan sosial tradisional adalah tindakan sosial yang menggunakan pertimbangan keadaan kebisaaan yang telah berlaku dan ada dalam kalangan masyarakat. kerana pada dasarnya mengulang dari yang sudah dilakukan. Afektif Tindakan sosial afektif adalah tindakan social yang sebahagian besar tindakannya dikuasai oleh perasaan (afektif) ataupun emosi.seperti membantu jiran tetangga sewaktu persiapan majlis perkahwinan(rewang). Oleh kerana itu. tanpa melakukan pertimbangan yang matang. . tindakan ini cenderung dilakukan tanpa suatu rencana terlebih dahulu. Contohnya seorang ibu yang sayangkan anaknya sanggup masuk ke dalam rumah yang marak terbakar untuk menyelamatkan anaknya. Oleh sebab itu tindakan sosial itu boleh digolongkan menjadi tindakan yang tidak rasional. sedih. Contohnya: upacara-upacara adat yang berlaku di dalam kalangan orang melayu ynag masih menebal.

kegiatan ini telah berkembang menjadi sebuah sindiket jenayah terancang yang didalangi oleh kumpulan berpengaruh dari dalam dan luar negara. Sindiket itu juga licik mengelak segala peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa. Selepas itu. Harga sebuah mesin membuat cakera optik (CO) dikatakan bernilai hampir RM4 juta. 1994). ia termasuklah gubahan muzik. perisian dan sebagainya. hasil kerja intelektual atau berseni. masalah kegiatan haram ini telah berlaku sejak sekian lamanya. Hak cipta adalah sejenis harta intelektual dimana ia boleh wujud dalam berbagai-bagai karya kreatif. drama. Hal ini dibuktikan melalui modus operandi yang dijalankan oleh mereka yang agak terancang dan meluas serta tidak hanya terhad kepada pasaran tempatan sahaja. mereka membawa masuk peralatan tersebut secara berasingan (dismantle units) dan mengisytiharkan ia sebagai produk komputer. filem. Jika ditinjau dalam situasi yang berlaku di Malaysia ini. atau menghasilkan karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta itu. Secara amnya cetak rompak ataupun barang peniruan adalah merupakan barang yang dihasilkan semula dan serupa dengan barang asli (Gael & Christopher. apabila kerajaan membekukan pengimportan mesin membuat cakera optik (CO). rakaman audio. kegiatan cetak rompak pada mulanya bermula sebagai sebuah industri „belakang rumah‟ yang bermaksud aktiviti perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dan tersembunyi. beliau mengatakan bahawa masalah kegiatan cetak rompak ini sukar diatasi kerana ia melibatkan hubungan rangkaian jenayah terancang antarabangsa.TUGASAN 3 Isu cetak rompak di Malaysia bukanlah masalah baru di negara ini. cetak rompak ialah satu pencabulan hak cipta yang bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta tanpa izin. Jika ditinjau dari sudut pengertiannya. seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta. Menurut bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang pada ketika itu dijawat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. iaitu mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli. Sebagai contoh. Salah satu faktor utama yang menyebabkan masalah ini masih berleluasa di negara ini ialah harga produk atau barangan cetak rompak yang jauh lebih murah .

Penjualan cetak rompak ini biasanya dijalankan di tempat-tempat awam seperti pasar malam. Dengan adanya teknologi yang canggih ini. Jika dibandingkan dengan harga CD yang asli. pasar raya dan sebagainya. Hal ini kerana pengguna terdorong untuk membelinya kerana ia mudah didapati di samping harganya yang memang murah. Lazimnya barangan cetak rompak seperti VCD. Terdapat juga para peniaga barangan cetak rompak yang pandai memujuk para pengguna untuk membeli jualan cetak rompak mereka. Hal ini memudahkan lagi aktiviti jual beli diantara pengguna dengan wakil atau agen pengeluar cetak rompak ini. para pengguna dapat membeli tiga keping CD dengan hanya RM10. sebenarnya perkara inilah yang menyebabkan kegiatan cetak rompak masih terus terjadi ditambah lagi dengan sikap para pengguna yang mempunyai tahap kesedaran yang rendah mengenai hal-hal berkaitan harta intelek. Mesin pencetak CD dan VCD dimanfaatkan . Penjualan barangan cetak rompak di tempat-tempat terbuka menyebabkan masalah cetak rompak ini masih belum diatasi sepenuhnya. Teknologi yang canggih juga mendorong kepada penularan kegiatan ini dalam masyarakat di negara ini. apatah lagi golongan remaja ini mempunyai minat yang lebih tinggi untuk menikmati filem-filem sensasi mahupun muzik cita rasa golongan ini sehingga sanggup untuk membeli barangan cetak rompak tanpa perlu menghabiskan wang yang lebih untuk membeli barangan yang asli. Bagi pelajar yang belum lagi mempunyai pendapatan tetap mereka juga mampu membeli barangan cetak rompak. Apabila kos pengeluarannya murah. di kaki lima. Sebagai contohnya. pengguna perlu membayar dua kali ganda daripada harga tiga keping CD cetak rompak tersebut semata-mata hanya untuk membeli sekeping CD asli sahaja. Fenomena cetak rompak seperti ini dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk membelinya dengan murah. perisian komputer dan sebagainya dijual dengan harga yang lebih murah kerana mereka yang terlibat dalam pengeluaran barangan ini hanya memerlukan kos yang rendah dan tidak perlu membayar bayaran royalti kepada pengeluar asal barangan tersebut. pihak yang terlibat dalam barangan cetak rompak dapat menghasilkan produk tiruan yang serupa dengan produk yang asal. mengikut harga pasaran. CD. Apabila keadaan seperti ini berlaku maka ramailah yang akan bertindak untuk membeli barangan cetak rompak daripada membeli barangan yang asli. maka produk cetak rompak juga dapat dijual dengan harga yang murah.daripada barangan tulen.

Selain itu. kegiatan cetak rompak boleh membawa kesan negatif terhadap masyarakat. perisian-perisian program komputer tertentu dapat dicetak rompak dan seterusnya dijual kepada pengguna komputer yang memerlukan perisian tersebut dengan harga yang lebih murah. Berdasarkan kesemua faktor-faktor masalah cetak rompak tersebut menurut pandangan saya. Hal ini . implikasi daripada hal tersebut maka berlakulah pergaduhan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan membabitkan penglibatan kongsi gelap dan gengster. Selain itu juga. kegiatan cetak rompak ini juga boleh membawa kepada jenayah-jenayah lain. Dengan adanya teknologi komputer. Dengan wujudnya kegiatan ini maka video-video yang berunsur negatif seperti video lucah mudah didapati oleh para pelanggan. Para pelanggan khususnya remaja dan pelajar mudah terpengaruh dengan video seperti ini dan kesannya mereka mudah terlibat dengan kes-kes jenayah seksual dan maksiat seperti terlibat dengan kes rogol dan menjalankan hubungan seks luar nikah. semua situasi ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes-kes jenayah di negara ini. Sebagai contohnya pertelingkahan antara pengusaha cetak rompak yang berebut hak mengeluarkan barangan cetak rompak dan berebut kawasan penjualan barangan cetak rompak mereka. hal ini kerana video seperti ini dapat dicetak dengan mudah dan dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak melalui kaedah cetak rompak. dengan adanya alat telekomunikasi canggih seperti telefon mudah alih juga ia dapat membantu pengedar barangan cetak rompak ini daripada dikesan oleh pihak berkuasa. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa kesan daripada barangan cetak rompak ini boleh membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral masyarakat khususnya mereka yang terdiri daripada golongan remaja.sepenuhnya untuk mengeluarkan CD dan VCD cetak rompak. sekali gus menunjukkan bahawa negara ini dilabel sebagai sebuah negara yang tidak selamat. kawalan kendiri adalah merupakan faktor yang penting. Secara ringkasnya. Perkara tersebut dilakukan semata-mata hanya untuk mengurangkan pesaing mereka agar mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih. Dari segi sosial. Penyalahgunaan teknologi komputer juga dapat dilihat melalui pengunaan rangkaian internet yang dijadikan sebagai medium penyebaran produk cetak rompak. Sebagai contohnya pengguna tidak perlu membeli filem atau album artis yang asli di pasaran tetapi hanya perlu memuat turun benda-benda yang dicetak rompak tersebut daripada internet sahaja.

.adalah kerana jika seseorang individu itu mempunyai kawalan kendiri yang tinggi dia akan mampu menilai akibat tindakan yang akan dilakukannya sebelum melakukan sesuatu perkara sama ada perkara yang dilakukan tersebut membawa kepada kesan baik ataupun kesan buruk. Kawalan kendiri ini sebenarnya akan turut mempengaruhi secara langsung kesemua faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan mereka dengan masalah ini.

beliau dipaksa belajar menulis dengan ayahnya. Ayahnya juga selalu menyuruh Abdullah Munsyi menulis nama-nama orang yang dijumpainya di masjid. Setahun kemudian. beliau juga menguasai bahasa Tamil. Semasa beliau berumur enam tahun. Sanskrit dan Melayu Abdullah menghabiskan masa kanak-kanaknya di Melaka. Quran .TUGASAN 4 Rajah 2: Abdullah Munsyi Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi(1796-1854) berasal dari keturunan Arab dari Yaman. Bapanya menjadi marah kerana beliau tercicir dari rakan-rakan lain dan terus menghantar beliau ke Sekolah Kampung Pali (Kampung Pali Qoran School). Hindustani. Arab Saudi. ketika kebanyakan rakan-rakannya sudah fasih membaca Al-Quran. Walaupun beliau merupakan seorang guru agama dan guru bahasa Arab. Inggeris. beliau telah menghidap penyakit disentri. beliau masih lagi belum boleh menguasai kemahiran membaca Al-Quran. Beliau dilahirkan pada tahun 1797 di Melaka dan meninggal dunia pada bulan Oktober 1854 di Jedah. Semasa berada di sekolah tersebut. Ayahnya memang terkenal dengan watak yang tegas. Ia mula belajar menulis pada usia empat tahun dengan tulisan “cakar ayam”. Maka beliau pun meiru tulisan-tulisan bahasa arab dengan pen.

namun beliau tetap meneruskan tugas beliau. Walaupun sepanjang kehidupan dan perjuangan beliau dalam menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu. Beliau juga seorang yang gigih berusaha. sewaktu beliau kecil.kemudian kematian isterinya. Kecekapan beliau bertutur dan reputasi sebagai seorang guru telah melayakkan beliau diberi nama „Munsyi‟ oleh Tuan Raffles. Beliau tidak memilih sesiapa untuk menjadi muridnya. beliau tetap tidak berputus asa. Selain itu. Tidak kira apa juga bidang. Para tentera memanggilnya Munsyi yang bermaksud guru bahasa dan gelaran tersebut kekal hingga akhir hidupnya. kerjaya Abdullah bermula dengan menolong bapanya menyalin dokumendokumen penting. Abdullah munsyi merupakan seorang yang berjiwa besar. Namun ini tidak menghalang beliau untuk menimba ilmu. beliau sudah memperoleh wang sendiri hasil upahnya menyalin teks al-quran. beliau tidak memilih siapa dan dimana untuk beliau menuntut ilmu. Beliau mengajar bahasa Ibunda kepada askar-askar India dan British. Selain beliau juga seorang yang rajin mendalami ilmu. 4. Abdullah juga membantu orang-orang yang beragama Kristian untuk mentafsir dan mencetak sebahagian daripada kitab Injil (ke Bahasa Melayu) dan mentafsirkan cerita-cerita turun temurun Hindu. Abdullah munsyi juga merupakan seorang guru yang luas pengetahuannya. Tiga tahun kemudian beliau mula mengajar agama bagi sebahagian besar tentera muslim India yang ditempatkan dibenteng Melaka. Pada usianya menjangkau sebelas tahun.mengidah sejenis penyakit dan sentiasa sakit. Malahan untuk menimba ilmu juga .1 PENDAPAT TENTANG ABDULLAH MURSYI Pada pendapat saya.Ayahnya juga turut menyuruh Abdullah menyalin keseluruhan ayat Al-Quran dan menterjemahkan teks-teks Arab kepada Bahasa Melayu. Beliau juga pernah sakit sehingga terpaksa menjalani pembedahan. baginya semua ilmu itu haruslah dipelajari.Beliau bekerja sebagai seorang pentafsir dan jurutulis kepada Sir Stamford Raffles. . Sebagai contoh.

Kebanyakan daripada hasil karya beliau berkisarkan tentang kehidupan seharian masyarakat melayu setempat. Selain itu.menerusi karya-karya yang dihasilkan oleh beliau.Tidak kira penduduk setempat mahupun orang asing. Beliau . Hal ini demikian kerana beliau ingin menghasilkan sesuatu lain daripada yang lain. dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Negeri Jeddah (1854 – tidak tamat). Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura ke Kelantan (1838) . Banyak hasil karya yang beliau tinggalkan masih kekal hingga kini. Beliau juga menghasilkan karya berdasarkan pengamatannya terhadap sesuatu perkara.pada pandangan saya Abdullah Munsyi tidak berfikiran kolot dan berpegang teguh pada agama Islam dengan tidak mempercayai sesuatu yang tahyul melalui penghasilkan karya yang tidak terikat dengan corak penulisan lama seperti terdapatnya cerita mitos/donggeng. hikayat dan dongeng dalam kehidupan masyarakat Melayu. misteri. Antara karyakarya yang telah di hasilkan oleh beliau ialah Syair Singapura Terbakar (1830). Da‟wail Kulub (1838). Karya yang dihasilkan di olah dengan gaya bahasa yang tersendiri dan indah serta menggunakan kosa kata yang banyak mengungkap perkara-perkara yang baru akibat pertembungan budaya barat dan timur. Mungkin juga kerana corak penulisan tradisional tidak lagi sesuai digunakan dan sudah tiba masanya berlaku pembaharuan dalam sastera melayu dan penggunaan bahasa melayu. Ia jelas dapat dilihat kerana beliau. Pemikiran beliau sangat bernas dan mempuyai gaya pemikirannya yang tersendiri sehingga beliau dikenali sebagai “bapa kesusasteraan moden” oleh kebanyakan orang. Idea dan gaya penulisannya langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana penulis walhal pada ketika itu kebanyakan penulis hanya meulis tentang. Syair Kampung Gelam Terbakar (1847). Abdullah juga seorang yang berpandangan ke hadapan dan berani mencuba sesuatu yang baru. merupakan pengkarya melayu yang pertama yang tidak mengikut corak penulisan tradisional dan oleh kerana itu beliau telah di gelar Bapa Kesusasteraan Melayu moden. Beliau telah memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu pada zaman tersebut. alam ghaib dan ajaib. Beliau juga merasakan dengan menyelitkan unsur-unsur mitos atau alam ghaib tidak akan membantu perkembangan minda bahasa pembaca kerana perkara tersebut hanya mitos dan bukannya benar-benar berlaku dalam kehidupan.

Abdullah Munsyi melalui penulisannya cuba menyampaikan mesej yang membawa kita melihat dari sudut pandangan positif mengenai penjajah kerana tanpa mereka kita mungkin tidak akan maju. Selain itu. beliau cuba membawa penduduk tanah melayu supaya mereka lebih berfikiran jauh dan positif menerima sesuatu. Dalam Kisah Pelayaran Abdullah. ilmu itulah tangganya.” Abdullah Munsyi juga telah memberikan kritikan yang pedas di dalam penulisannya kepada golongan raja melayu dan golongan elit melayu di atas sikap golongan tersebut serta komen dan kritikan terhadap penjajah inggeris. dan bukan pada berfoya dan berleka makan candu dengan membuat rujukan kepada kitab Taj us Salatin. menjaga kebajikan rakyat. maka janganlah engkau takut membelanjakan dia sebab menuntut ilmu. yang meletakkan memerintah secara adil kepada pemegang kuasa. itu kerana dapat tiada segala hamba Allah dalam dunia ini semuanya mengkehendaki kebesaran. dapat dilihat kepentingan ilmu kepada Abdullah Munsyi. Melalui penulisannya. Dari falsafah beliau seperti dibawah. Keberanian beliau itu.berpendapat dengan menghasilkan buku berdasarkan pengalaman beliau dapat mengajar generasi-generasi zaman kini dan pembaca tentang sesuatu perkara yang dialami oleh beliau dan fahami maksud yang ingin di sampaikan oleh beliau. pembaca dapat pelajari perkataan-perkataan baru yang ditulis oleh beliau.pada pandangan saya telah di sifatkan sebagai fenomena baru dalam dunia penulisan melayu. beliau menegur penguasa feudal Melayu bahawa adalah menjadi tuntutan agama agar mereka memerintah dengan adil. . “ Jikalau sekiranya ada umur-umur seribu tahun sekalipun.pada pendapat dan pandangan saya. Kesimpulannya. Beliau berbuat sedemikian kerana ingin menyedarkan golongan tersebut yang perbuatan sebegitu tidak di terima oleh orang lain. Abdullah Munsyi merupakan sastera Melayu yang amat dikagumi kerana beliau berani dalam melakukan sesuatu dan menghasilkan sesuatu karya yang lain daripada yang lain serta seorang yang berfikiran jauh dan memandang sesuatu perkara dari sudut positif dan negatif .

.

Seperti kepentingan modal insan yang dilaksanakan kerajaan baru-baru ini. pengalaman dan ilmu pengetahuan. ekonomi dan moral menerusi karyanya didapati mendahului zaman. agama. berkata hujah Abdullah dalam pelbagai bidang seperti masyarakat. Selain sebagai pejuang bahasa lantaran minatnya dalam mengkaji struktur pelbagai bahasa. Abdullah juga seorang pemikir dan intelektual bangsa yang wujud pada zaman silam yang mana hujah kritis dan gagasannya banyak memberi panduan mengenai pelbagai aspek kehidupan. Abdullah Munsyi sudah menekankan mengenai pentingnya perkara itu seawal abad ke-18 lagi. hasil penulisan Abdullah sebaliknya berdasarkan pengamatan.” katanya yang juga pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (FSSK-UKM).2 SUMBANGAN ABDULLAH MUNSYI MENITI masa menuju kemodenan. Contohnya gagasan „Melayu Boleh‟ atau „Malaysia Boleh‟ bukanlah sesuatu baru tetapi sudah lama diutarakan Abdullah yang yakin orang Melayu boleh maju sekiranya mampu melakukan perubahan dan meninggalkan pola kehidupan lama dan usang. Abdullah Abdul Kadir atau digelar Abdullah Munsyi dinobatkan masyarakat terutama pengkaji sejarah sebagai „Bapa Kesusasteraan Melayu Moden‟ lantaran pemikiran dan karyanya ketika itu dianggap „menentang arus‟. Mengikut Dr Hanapi. Pengkaji Budaya Melayu. Tidak seperti kebanyakan karya Melayu lama ketika itu yang lebih kepada dongeng. Prof Madya Dr Hanapi Dollah.4. antara gagasan Abdullah pada abad ke-18 yang didapati masih kekal sehingga kini: . alam ghaib dan mistik. politik.

Beliau turut menolak kepercayaan terhadap pawang gajah yang kononnya memiliki kuasa mistik untuk menangkap haiwan itu. Dalam Hikayat Abdullah. kemodenan itu disesuaikan dengan acuannya sendiri yang masih mengekalkan kepentingan Islam dalam menguruskan kehidupan. Pada pandangan beliau. barulah pawang itu menangkapnya. ilmu adalah asas kehidupan dan penjana peradaban. Ilmu pengetahuan Pembentukan bangsa berilmu dan kepentingan menuntut ilmu menjadi gagasan yang ditimbulkan secara terus-menerus sama ada menerusi kisahnya atau tulisannya. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan pula menekankan betapa perlunya anak raja menuntut ilmu. Abdullah turut menunjukkan teladan menerusi usahanya dalam aspek ini. Adat dan kepercayaan Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutama kepercayaan karut marut dan bertentangan dengan Islam yang masih kuat dipegang masyarakat pada zamannya. memakai kasut dan berpakaian kuning. Antara adat usang yang dibidas Abdullah adalah beliau merasakan tidak munasabah apabila seseorang melalui kampung diraja. Bagaimanapun. . Sebaliknya beliau mendapati pawang itu mengepung gajah tanpa memberi makanan atau minum dan apabila haiwan itu lemah. ditekankan usaha dan cara mendapatkan ilmu dan kepentingannya.Pemodenan Gagasan kemodenan Abdullah bertitik tolak daripada pengalamannya yang melihat kemajuan yang dicapai Inggeris ketika itu. mereka dilarang berpayung. golongan diraja tidak dibolehkan berniaga selain perbuatan larangan yang kononnya akan mendatangkan kecelakaan jika dilakukan walaupun tidak berasas.

Beliau menyatakan kesilapan yang diamalkan sistem ekonomi tradisional pada negeri biasa dan negeri kolonial dalam pelayaran ke Kelantan. Keadilan Abdullah mempertikai konsep perbezaan taraf di dalam amalan sistem masyarakat Melayu ketika itu yang membolehkan kalangan kelas bangsawan berbuat apa saja kepada kelas bawahan. rakyat ibarat hamba kepada golongan bangsawan.Abdullah berpendapat punca kejumudan adat dan kepercayaan karut marut itu adalah kurangnya beriman seseorang itu terhadap Allah dan Rasul. Beliau menuntut kesamarataan dalam gagasannya seperti diamalkan masyarakat Inggeris malah gagasan itu tidak saja diluahkan menerusi tulisan tetapi secara lisan kepada raja Melayu. Abdullah terlebih dulu membicarakan hal ini lewat penulisannya yang antara lain membidas sikap lelaki malas sehingga menyebabkan tanggungjawab lelaki dan suami seperti diajar Islam dilakukan wanita. . Feminisme Lama sebelum golongan wanita memperjuangkan hak feminisme. Ekonomi Catatannya mengenai ekonomi jelas menerusi sejarah kehidupan diri dan keluarganya di Melaka yang sememangnya terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa ketika itu. beliau melihat banyak tanah yang tidak diusahakan serta penduduk yang menganggur dan berlakunya pembaziran faktor pengeluaran sumber dan buruh. Di Pahang misalnya.

Abdullah Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai „Abdullah Munsyi‟. beliau memaparkan persoalan feminisme lebih menarik dengan menyatakan wanita Melayu mendapat kebebasan tidak terhad untuk bergerak.3 NILAI-NILAI MURNI DAN KEGURUAN Sebagai seorang guru yang memiliki peribadi yang sangat mulia. Hal ini jelas kerana sepanjang hidup. Gigih belajar Cintakan ilmu Rajin & dedikasi NILAINILAI MURNI Rajah 3 : Nilai-nilai murni keguruan Keberanian Membesar sebagai manusia yang berpengetahuan dan cintakan ilmu. kemudian menjadi antara penduduk Melaka yang sangat dihormati dan dikagumi penjajah ketika itu iaitu Inggeris.Dalam masa sama. terdapat beberapa nilai-nilai murni dan nilai-nilai keguruan yang boleh dilihat dalam diri Abdullah Munsyi.bermula dari zaman kanak-kanak sehingga beliau lebih . 4. beliau sering menuntut ilmu dari pelbagai cara.

Kerajinan Abdullah Munsyi ini jelas ditunjukkannya sejak usianya baru setahun jagung lagi. ikatan.Antara adat usang yang dibidas Abdullah adalah beliau merasakan tidak munasabah apabila seseorang melalui kampung diraja. Daripada Abdullah jugalah kemudian penjajah Inggeris itu berguru mempelajari Bahasa Melayu. Selain dari itu. Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutama kepercayaan karut marut dan bertentangan dengan Islam yang masih kuat dipegang masyarakat pada masa itu. ada golongan intelek tempatan yang hebat. malah beliau juga rajin menuntut ilmu walaupun ketika itu pihak British telah menganggap beliau merupakan antara penduduk Tanah Melayu yang mempunyai banyak ilmu. Arab dan Inggeris. turut dipelajarinya bahasa Tamil. Dia tidak mengira siapa atau mana asal usul gurunya asalkan dia mendapat pengetahuan baru. Selain itu. Nyata sikap rajin dan dedikasi dalam tugas yang terserlah menerusi peribadi Abdullah tidak saja membuatkan Raffles menyenanginya tetapi turut membenihkan rasa hormat dan kagum di kalangan Inggeris terhadap anak watan itu. Paling digemarinya adalah bidang bahasa dan tanpa jemu dia meluaskan pengetahuan mengenai kata dari aspek simpulan. memakai kasut dan berpakaian kuning. sebagai seorang guru. Walaupun pada usia beliau yang sudah tua.Beliau menuntuk ilmu tidak kira siapa pun gurunya.Kehadiran Abdullah membuktikan kepada Inggeris bahawa dalam masyarakat Melaka yang dijajah mereka.matang dan mampu berdikari pada usia yang muda jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seusia dengannya. kuasa. Beliau turut menolak . golongan diraja tidak dibolehkan berniaga selain perbuatan larangan yang kononnya akan mendatangkan kecelakaan jika dilakukan walaupun tidak berasas. Kerajinan dan dedikasi beliau bukan sahaja dari segi mengajarkan ilmu. beliau sudah mula pandai mencari pendapatan sendiri dengan menjual layanglayang dan menulis semula naskhah Al-Quran. mereka dilarang berpayung. Abdullah Munsyi juga berani menegur masyarakat ketika itu yang rata-ratanya masih lagi mengamalkan kepercayaan karut dan mistik. Selain bahasa Melayu.beliau terus membuat penulisan untuk menambah ilmu.pada usia 27 tahun.beliau masih menuntut ilmu daripada orang asing. rangkai kata. Abdullah adalah seorang yang gigih belajar. Jelas menunjukkan beliau seorang yang dahagakan ilmu. tujuan dan ilmu bahasa. Sewaktu kecil.

barulah pawang itu menangkapnya. Sebagai seorang guru. „harimau mati meninggalkan belang. Abdullah berpendapat punca kejumudan adat dan kepercayaan karut marut itu adalah kurangnya beriman seseorang itu terhadap Allah dan Rasul.kepercayaan terhadap pawang gajah yang kononnya memiliki kuasa mistik untuk menangkap haiwan itu. Sikap dan amalan nilai murni tersebut akan melahirkan seorang guru yang berdedikasi dan juga padat dengan ilmu pengetahuan. . Sebaliknya beliau mendapati pawang itu mengepung gajah tanpa memberi makanan atau minum dan apabila haiwan itu lemah.manusia mati meninggalkan nama‟ ciri-ciri dan nilai murni keguruan yang terdapat pada Abdullah Mursyi patut dicontohi.yang bercita-cita untuk menjadi guru yang dikatakan bak pepatah.

Park House.TUGASAN 5 PUTERI DIANA MOTHER THERESA  Nama sebenarnya Diana Frances MountbattenWindsor. nee Lady Diana Spencer   Nama sebenar Agnes Gonxha Bojaxhiu Dilahirkan pada 26 Ogos 1910 di Skopje.  Anak bongsu kepada Edward Spencer dan Frnces Spencer  Dibaptiskan di Gereja St Mary Magdalene  Taat setia pada agamanya Christian Katolik . Sandringham England  Beliau adalah putri termuda dari 3 bersaudara kepada pasangan Nikollë and Drandafille Bojaxhiu. Macedonia LATAR BELAKANG/ KELUARGA  Dilahirkan pada 1 Julai 1961.

Darheeling (kaki gunung Himalaya. Seenoaks. berpindah ke Institut Alpin Videmanette di Switzerland dari West Heath Girl‟s School yang menitikberatkan pendidikan budaya dan menyediakan pelajarpelajarnya untuk aktiviti sosial. Menjadi biarawati pada usia 12 tahun Menyertai “Sisters of Loreto” pada usia 18 tahun.ketika berusia 16 tahun.   Bergelar guru Inggeris pada tahun 1929 Menyampaikan ajaran di perkampungan terpencil. . TARAF PERKAHWIN AN  Melangsungkan perkahwinan dengan putera Charles pada tahun 1981 Dikurniakan 2 orang putera iaitu putera William dan HArry  Tidak pernah berkahwin  Menerima pendidikannya di riddlesworth Hall di Norfolk dan di West Heath Girl‟s School. India)  Pelajar berprestasi rendah dan gagal dalam peperiksaan O-Level PENDIDIKAN  1977. Kent    Mempelajari bahasa Inggeris di Rathfarnham. Ireland.

 Menjadi guru di sebuah perkampungan kecil di India dan memberi pendidikan kepada penduduk yang tidak berkemampuan dan membantu masyarakat kampung tersebut.  Orang pertama yang dianggap berprofil tinggi.  Ke kawasan periuk api yang telah dihapuskan dengan beraninya bertujuan untuk berkempen dan menyedarkan penduduk dunia tentang bahayanya periuk api.  Mengasaskan pusat bantuan dalaqm mengendalikan rumah anak-anak yatim.  Membuat kelas tentang bahayanya periuk api dari rumah ke rumah.   Membela nasib golongan yang mengidap penyakit HIV AIDS Membina lebih 610 pusat pemulihan di 123 buah negara disamping mewujudkan pelbagai bentuk pusat bantuan golongan fakir miskin di seluruh dunia. . tetapi sengaja memegang mangsa penyakit HIV dengan menukarkan persepsi masyarakat dunia terhadap mangsa HIV dan membuat lawatan ke hospital. pusatpusat bantuan. pusatpusat kebajikan dan pusat pemulihan HIV dan AIDS di seluruh dunia. SUMBANGAN  Berkunjung ke Angola sebagai sukarelawan Palang Merah Antarabangsa (VIP) untuk melawat mangsa korban periuk api.  Gemar membuat kerja amal Pengaruh besar kepada menghalang penggunaan periuk api  Menjadi ibu ngkat kepada berjuta-juta penduduk miskin di India melalui usahanya dalam mengasaskan Pertubuhan Missionaries of Charity di Calcutta India 1950.

 Meninggal dunia pada 31 Ogos 1997 pada usia 36  meninggal dunia pada tanggal 5 September 1997 dalam usia 87 tahun KEMATIAN  tahun Terlibat dalam kemalangan.  kerana sakit jantung dan sakit tua. .

Sepanjang melaksanakan tugasan ini. Untuk memahami definisi sosialisasi dan proses sosialisasi yang terlibat. Untuk menghasilkan tugasan ini. Tugasan mengenai nilai-murni yang masih diamalkan dan pengaruh tingkah laku kita juga turut memerlukan pembacaan yang banyak daripada pelbagai rupa.NILAI MURNI JABATAN juga kerja kursus projek bagi melengkapkan tugasan semester enam ini sebelum menduduki peperiksaan akhir semester Tugasan kali ini berkaitan dengan isu-isu moral serta tokoh-tokoh moral tempatan dan antarabangsa. Contohnya mengenai proses sosialisasi. membantu saya untuk memahami sesuatu tugasan dan ilmu yang diterima secara tidak langsung. Walaupun mengalami pelbagai kesulitan untuk mencari maklumat.tugasan ini dapat dihasilakan juga dengan bantuan rakan sekelas. Dengan membuat rujukan secara tidak langsung saya dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan berkenaan dengan tigasan dan juga matapelajaran.REFKLEKSI Syukur kehadrat Tuhan kerana memberi saya kesihatan mental dan fizikal untuk menyiapkan tugasan ELM 3104 ISU. Kami terlebih dahulu diberi pendedahan dan tunjuk ajar dari pensyarah pembimbing. saya dapat memahami dan mengetahui pelbagai amalan nilai murni dalam masyarakat . berkenaan format penulisan/penghasilan tugaan ilmiah. saya perlu membuat pelbagai rujukan dan memahami maksud dan proses bagi menyiapkan soalan tugasan.ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI. Sebelum menghasilkan rancangan tugasan yang diberikan.saya perlu mencari bahan yang berkaitan dengan soalan tugasan. Melalui pembacaan daripada pelbagai sumber juga. Malahan melalui hasil bacaan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini.saya perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber. Tugasan kami kali ini memerlukan kami untuk memahami setiap isi pembelajaran dan menghasilkan tugasan berdasarkan pandangan sendiri.

Saya cuba untuk memahami proses tersebut dengan mencari maklumat namun masih kurang pasti akan . berdasarkan soalan-soalan yang diberikan. Bantuan dari pensyarah jga amat berharga dimana penerangan beliau berikan juga sedikit sebanyak telah menghilangkan rasa ragu-ragu yang bertapak dalam hati ekoran percanggahan pendapat dengan rakan-rakan sekelas.Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa. Tidak saya nafikan. untuk mengatasi percanggahan pendapat yang itmbul. Masalah seterusnya ialah sukar dalam pencarian maklumat yang berkaitan. saya semakin sukar untuk membuat perancangan masa dengan baik. beliau sememangnya merupakan salah satu pensyarah yang begitu menitikberatkan kualiti tugasan yang bakal dihasilkan.tugasan ini memerlukan banyak rujukan namun hasil tugasan perlu dihasilkan dan diolah sendiri mengikut dapatan dan pemahan individu. Kemudian. Sedikit sebanyak membuka mata dan menyedarkan saya bahawa penggunaan bahan cetak rompak memberi pelbagai keburukan kepada banyak pihak termasuk pengguna sendiri. Antara masalah utama saya adalah dari segi perancangan masa yang tidak begitu efisien. beliau sentiasa cuba sedaya upaya untuk memberikan panduan dan bimbingan sebaik yang mungkin. Sepanjang menghasilkan tugasan. cara yang paling ideal saya lakukan adalah dengan mengadakan kolaborasi dengan rakanrakan sendiri. dengan itu.saya dapat mengetahui pelbagai fakta dari segi angka dan faktor serta kesan kegiatan cetak rompak. Maka. saya kurang memahami terutama soalan kedua yang berkaitan dengan proses sosialisasi. Secara tidak langsung saya dapat mengenali dan memahami amalan nilai murni dalam kehidupan selain daripada bangsa Melayu. tugasan mengenai Abdullah Munsyi yang mencabar saya untuk membuat tugasan dimana. Kadangkala. saya berada dalam keadaan yang terlalu sibuk sehinggakan saya tidak dapat membuat pilihan untuk mengutamakan tugasan yang lebih penting. Oleh kerana penyerahan tugasan ini bertindih dengan tugasan yang lain. Menerusi tugasan mengenai cetak rompak. Hasil perbincangan saya bersama rakan sememangnya banyak membantu untuk memantapkan lagi tugasan yang saya laksanakan.

. melalui tugasan ini. Sekian.kesasihan maklumat tersebut terutama apabila mendapatkan maklumat melalui website. saya mampu mengatasi dengan baik dimana akhirnya tugasan saya dapat dilaksanakan dan siap dengan sempurna. Selain itu juga. banyak telah member tunjuk ajar kepada kami sebagai bakal guru terutamanya mengenai nilai murni keguruan yang patut dicontohi daripada Abdullah Munsyi yang akan kami aplikasikan sepanjang kami berpraktikum nanti dan sekali gus sepanjang perkhidmatan kami sebagai seorang guru. Malahan secara tidak langsung. ia mendidik kami sebagai guru untuk berusaha/ berikhtiar untuk menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis. Sekaligus. Maka dengan itu ugasan saya berjalan dengan lancar dan terurus dengan baik. Ilmu yang kami peroleh ini akan membantu kami untuk merancangan pengajaran yang lebih baik kelak. telah kami cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Pada masa akan datang saya perlu menyediakan jadual untuk menguruskan masa dan apa yang perlu dilakukan berdasarkan jam dan tarikh pada waktu itu. Kemudian soalan mengenai tokoh yang dikehendaki. terdapat beberapa maklumat yang tidak pasti dan kurang untuk mendapatkanya. Kebanyakkan menceritakan tentang kisah kehidupan mereka daripada sumbangan atau aktiviti yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut. Daripada masalah yang saya hadapi. Untuk mengelakkan masalah-masalah berikut terus belaku pada masa akan datang. saya dapat mempelajari daripada kesilapan sendiri lakukan sebelum ini dan juga saya dapat mematangkan diri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kesimpulannya walau apa jua kekangan ataupun masalah yang kami hadapi.saya perlu bijak menguruskan masa.

Cheras Utusan Sdn.%20ensiklopedia%20bebas. Yaacob Harun (1995). Bangi: UKM.htm file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/ Motivasi%20Pelajar%20%20Jenayah%20Cetak%20Rompak%20%20Punca..Cheras Edition Plus Sdn.Za‟ba dan proses Sosialisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia Abdulah Rahim Abdul Rashid (2009). Aziz dan Mohamed YusoffIsmail ed.Bhd.Kes VCD Cetak Rompak.htm file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/S EKALUNG%20BICARA%20SETITIS%20TINTA%20%20LAGENDA%20PUTERI%20DIANA.%20dan%20car a%20mengatasinya.htm file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/C etak%20rompak%20-%20Wikipedia%20Bahasa%20Melayu. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR).%20kesan. Modul Pendidikan Moral.htm .%20ensiklopedia%20bebas. Masyarakat. Budaya dan Perubahan. Pengajaran Dan Tingkah Laku Moral.BIBLIOGRAFI BUKU ILMIAH (2010). Bhd. Institut Pendidikan Guru. INTERNET ABDULLAH MUNSYI file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/A bdullah%20Abdul%20Kadir%20Munshi%20%20Wikipedia%20Bahasa%20Melayu. (2000M).Universiti Malaya. Nir Shah Putra (2008).htm file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/A bdullah%20Munsyi%20Pelopor%20Sastera%20Melayu%20Moden%20%20%20mimbar%20kata.Pendidikan Seksual Perspektif Kurikulum. Rahimah Abd.