You are on page 1of 3

Pengaruh rakan sebaya sering dianggap sebagai punca remaja terlbat dalam msalah sosial.

Berikan pendapat kamu. Sejak kebelakangan inif berita tentang remaja menimbulkan masalah so sial sering kedengaran. Hal ini diheboh-hebohkan melalui media massa tempatan. Sebenarnyaf masalah so sial yang membabitkan remaja berlaku di seluruh dunia. A.ntaranya seperti menyertai kongsi gelapf merokokf menghidu gamf ponteng sekolahf dan banyak lagi. Sehubungan ituf ada pihak yang menyalahkan pengaruh rakan sebaya sebagai punca utama yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini. Pad a sayaf selain pengaruh rakan sebayaf terdapat banyak lagi punca lain. Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah salah satu punca yang menyebabkan sesetengah remaja terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat. Saling mempengaruhi adalah sifat semula jadi manusia. Remaja yang dalam lingkungan belasan tahun pula kurang matang fikirannya. Mereka ini gemar terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh kumpulan rakan sebaya. Apabila ada antara rakan mereka mula belajar menghisap rokokf biasanya mereka juga akan mencuba perbuatan yang sama. Justeruf kita tidak harus menyalahkan pengaruh rakan sebaya secara seratus peratus. Sesetengah remaja yang menimbulkan masalah sosial terdiri daripada mereka yang menghadapi masalah keluarga. Ada di kalangan mereka yang ibu bapanya sudah bercerai. Begitu juga dengan mereka yang hidup dalam keluarga yang ibu bapanya terlalu sibuk dalam kerjayanya. Ibu bapa yang sedemikian tidak mempunyai masa untuk mengawasi gerak-geri anak-anak mereka. Ekoran daripada ituf besar kemungkinan anakanaknya akan bercermin di air keruh. Sifat sesetengah anggota masyarakat yang hanya mementingkan wang tetapi tidak mempedulikan hidup matinya orang lain patut dipersalahkan juga. Mereka yang dimaksudkan ini adalah seperti peniaga dadahf penjual rokokf tauke pus atpusat hiburan dan sebagainya. Dengan kata lainf sebagai orang dewasa mereka sanggup menjual dadahf ubat batukf dan rokok kepada remaja. Perbuatan yang tidak berperikemanusiaan inilah yang menyebabkan sesetengah remaja menimbulkan masalah sosial. Kita tidak patut menuding jari kepada mana-mana pihak bersabit dengan masalah sosial yang ditimbulkan oleh remaja. Remaja sendiri harus mempunyai kesedaran bahawa kegiatan yang buruk itu hanya akan merosakkan masa depan mereka sahaja. Orang dewasa yang matang fikirannya juga tidak patut terlibat dalam perniagaan yang membawa kesan buruk kepada remaja.

Kebanyakan orang berpendapat bahawa kesihatan itu lebih penting daripada harta benda. Nyatakan pendapat anda tentang hal ini. Harta benda memang penting dalam kehidupan seseorang individu. Orang kaya akan hidup selesa dan orang miskin pula serba kekurangan. Hakikatnya, jika badan kita tidak sihat, wang tidak akan membawa kebahagiaan kepada kita juga. Jika saya diberi pilihan, saya akan memilih "kesihatan" daripada harta benda yang banyak. Orang yang sentiasa sakit nescaya tidak dapat menikmati hidup yang bahagia. Dengan kata lain, apa gunanya jika kita mempunyai wang yang banyak tetapi tidak dapat menikmati makanan yang sedap? Apa gunanya jika kita memiliki rumah banglo dan katil yang mahal tetapi tidak dapat tidur dengan lena? Dan, apa gunanya kalau kita mampu membeli tiket kapal terbang ke luar negara tetapi tidak dapat berjalan ke tempat-tempat pelancongan? Ramai antara kita terlalu mementingkan hal-hal kebendaan tanpa mengendahkan gaya hidup yang sihat. Dalam kita sibuk mencari wang, kebanyakan antara kita leka akan kesihatan diri. Sebagai contoh, ada di kalangan kita terlalu sibuk sehingga kita tidak mempunyai masa rehat yang mencukupi. Tanpa rehat yang cukup sese orang itu akan sentiasa berasa tidak segar ataupun pening kepala. Keadaan seperti ini akan menyeksakan seseorang. Ada di kalangan manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal mencari wang tambahan atau mengumpul harta sehingga mereka kesuntukan masa untuk memasak. Akibatnya, mereka asyik makan makanan segera yang tidak seimbang khasiatnya. Tambahan pula, masa makan orang yang terlalu sibuk juga tidak terancang. Tabiat makan yang buruk ini akan menimbulkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan kesihatan diri seseorang itu. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa orang yang tidak sihat akan hidup dalam kesengsaraan dan tidak gembira. Jika manusia terlalu mementingkan kebendaan dengan mengumpul seberapa banyak harta yang boleh hinggakan kesihatan terjejas, dia akan sedar bahawa hart a yang bertimbun itu tidak ada erti lagi padanya kelak. Jadi, kita haruslah bersikap sederhana dalam soal mengumpul harta. Amalkanlah gay a hidup yang sihat seperti berehat dengan cukup, banyak bersenam, makan makanan yang seimbang dan jangan asyik memikirkan harta benda sahaja.

Semangat kejiranan adalah satu amalan mulia. Pada pendapat anda, bagaimanakah masyarakat di negara kita dapat mengamalkan semangat kejiranan. Jiran merupakan kelompok masyarakat yang tinggal di sekeliling kediaman kita. Perpaduan antara jiran atau lebih dikenali semangat kejiranan amatlah penting bagi mengekalkan persefahaman dan mengelakkan sebarang konflik daripada berlaku. Semangat kejiranan juga penting untuk mengekalkan keamanan setempat. Tambahan pulal penduduk di Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang memerlukan perpaduan. Terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk mengekalkan semangat kejiranan. Antaranya ialah mempelajari budayal adat resam, bahasa bangsa atau kaum lain merupakan salah satu amalan semangat kejiranan. Bertepatan dengan masyarakat negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk, memungkinkan kita bergaul serta mempelajari kebudayaan dan ad at resam kaum lain. Melalui cara ini juga dapat merapatkan ikatan silaturrahim antara kaum di Malaysia. Hasilnya perpaduan antara kaum akan terjalin dan tentunya membuahkan hasil yang berguna untuk negara. Telah menjadi adat berjiran, sekiranya terdapat jiran baru, kita mestilah berkenalan dengan mereka. Caranya ialah dengan bertanya khabar serta mengenali latar belakang mereka. Pergaulan seharian antara kelompok masyarakat setempat seperti mengadakan gotong-royong at au bertukar juadah dapat memupuk semangat kejiranan. Bak kata pepatah ljiran sepakat membawa berkat'. Selain mengenali latar belakang jiran tetangga, semangat kejiranan boleh disemai dengan cara saling berkunjung semasa musim perayaan. Setiap tahun negara kita menyambut tidak kurang daripada lima perayaan. Pada kesempatan ini, kita boleh berkunjung bukan sahaja ke rumah sanak-saudara, kita juga perlu berkunjung ke rumah jiran tetangga walaupun kita tidak menyambut perayaan tersebut. Perkara seperti ini sebenarnya telah menjadi budaya di kalangan masyarakat Malaysia dan patut diteruskan. Amalan murni seperti tolong-menolong, hormat-menghormati juga penting diamalkan dalam hidup berjiran. Kita perlu membantu jiran jika mereka mengalami sebarang masalah sama ada dari segi kewangan atau tenaga. Contohnya, semasa jiran kita balik ke kampung kita perlu mengawasi rumah atau kereta mereka. Amalan seperti ini dapat mengelakkan jenayah kecurian. Kesimpulannya, semangat kejiranan amatlah penting bagi menjamin keselamatan dan keamanan kawasan temp at tinggal kita. Dengan semangat ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu-padu dan bertoleransi dalam membangunkan negaia yang tercinta. Sejajar dengan ini, pembangunan negara dapat dikecapi oleh semua pihak tanpa mengira kaum atau bangsa.