MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL.

1 2009 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KLIAN PAUH, 34000 TAIPING Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran (Bilangan) Ahli Yang Hadir : 6 Jan 2009 : 1.50 petang : Bilik Guru. : En. Osman bin Hj Ibrahim :2 : 1. Pn. Toh Bok Lan – Ketua Bidang Kemanusiaan 2. En. Osman bin Ibrahim – Ketua Panitia Pend. Muzik. : Tiada : Pn. Toh Bok Lan(Ketua Bidang Kemanusiaan) AGENDA Ucapan Pengerusi
1.1En. Osman Ibrahim selaku ketua panitia mengucapkan terimakasih

Ahli Yang Tidak Hadir Hadir Bersama BIL. 1.

kepada Pn. Toh Bok Lan yang sudi datang ke mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik kali ke 1 tahun 2009. Walaupun Cuma seorang sahaja ahli Panitia Pendidikan Muzik namun mesyuarat panitia harus dijalankan seperti mana yang dikehendaki oleh pihak sekolah. 1.2Tujuan utama mesyuarat kali pertama ini diadakan adalah untuk merancang program-program dan aktiviti bagi memantapkan lagi keberkesanan P&P pendidikan muzik SMKKP. Makluman 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat En. Osman membentang minit mesyuarat Bil. 3/2008. Pn. Toh mencadangkan pengesahan dan disokong oleh En. Osman. Makluman 3. Perkara Berbangkit Tiada

4.

Perancangan Program Peningkatan Akedamik 2009. 4.1 En. Osman menerangkan program peningkatan akademik masih lagi akan diteruskan seperti tahun 2008 iaitu, Program Sampingan-5 hingga 10 minit asas teori sebelum p&p bermula, Program Utama-Bengkel Muzik (Asas permainan kompang, asas teori muzik dan muzik & kehidupan), manakala program sokongan seperti yang dirancang dalam program kokurikulum iaitu menghasilkan sebuah folio. 4.2 Kesemua program yang akan dijalankan akan disediakan plan operasi dan laporan seperti mana yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Tindakan : En. Osman

5.

Ujian dan penilaian. 5.1 Penilaian prestasi murid akan dilakukan seperti tahun-tahun lalu iaitu ujian amali dan pemahaman teori/apresiasi muzik. 5.2Bagi ujian amali ianya akan dijalankan sebelum ujian atau peperiksaan peringkat sekolah. Seperti biasa sejumlah empat kali ujian amali akan diadakan. Ujian amali akan lebihkepada ujian kemahiran nyanyian dan permainan alat. Tindakan: En. Osman

6

Hal-hal lain 6.1 Ketua Panitia perlu mengemaskini bilik muzik, fail panitia, programprogram peningkatan akademik dan pengajaran pembelajaran. 6.2 Bagi tahun 2009 ini semua pelajar muzik dikehendaki menyediakan dua buah buku tulis iaitu sebuah buku garis lurus saiz biasa dan sebuah buku baluk saiz A4.

9.

Penangguhan mesyuarat. -Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari Disediakan oleh: Disahkan oleh: ................................... (Pn. Toh Bok Lan) Guru Kanan Kemanusiaan

……………………………… (Osman b. Hj Ibrahim) Setiausaha, Panitia Pendidikan Muzik Tarikh: 6 Jan 2009

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful