Top i k

X

Diorama 

10

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini pelajar dapat: 1. 2. 3. memahami dan diorama dibentuk melalui gabungan catan yang bersifat dua dimensi dan objek tiga dimensi; memahami konsep diorama yang dibentuk dengan pemilihan tema dan subjek yang tertentu; diorama dibina melalui pemahaman

konstruktivisme

dan

kontekstual;

X PENGENALAN
Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Kontemporari ini objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama.

Catan besar berada di belakang sebagai latar belakang dan figura manusia sebagai pelaku atau pewatak kepada cerita yang diperihalkan .1: Bagaimana diorama bermula di Eropah dan Amerika Syarikat.TOPIK 10 DIORAMA W 121 Sejarah awal diorama bermula dengan catan besar yang digantung di dinding bangunan Figura manusia yang bersifat 3 D membentuk cerita di hadapannya Rajah 10.

1 Merujuk kepada alam sekitar tempat anda tinggal.122 X TOPIK 10 DIORAMA 10. Ragum .Pisau NT.playar pengapit 5. Gunting dawai/ zing . senaraikan bahanbahan yang boleh anda jadikan diorama.2.playar muncung . Apakah kekangan-kekangan yang mungkin anda tempohi dalam proses penghasilan diorama tersebut? . sesiku L.gergaji besi Rajah 10.1 Alatan 6.ragum meja 2. Pembaris keluli 3.1 CONTOH-CONTOH ASEMBLAJ 10.1.ragum apit . Tukul besi Tukul kayu Ganden kayu 7. Acuan untuk memodel 10.1 PENGGUNAAN ALATAN UNTUK MENGHASILKAN DIORAMA 4.2: Alatan untuk menghasilkan diorama AKTIVITI 10.1 Bagaimanakah faktor pensejarahan boleh dijadikan sebagai rujukan utama di dalam menjalankan aktiviti diorama di tempat anda dibesarkan atau tempat tinggal anda? LATIHAN 10.playar pemotong . Playar . Gerudi eletrik + Pelbagai jenis mata gerudi 1. gunting.

2 Senaraikan peralatan yang digunakan untuk membuat diorama dari gambar 1 hingga gambar 4 seperti yang terdapat di dalam gambar di atas? . PERALATAN MENGHASILKAN DIORAMA 3.1.2 Alatan Membuat Diorama 1. Rajah 10. 4.3: Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan diorama AKTIVITI 10. 2.TOPIK 10 DIORAMA W 123 10.

gam PVA Tali tangsi 3.5: Perspek dan plastik Rajah 10. Kepingan tembaga Kepingan timah. Dawai/gam UHU. tulang binatang 8. Bahan buangan dari ciptaan manusia 6. Tanah liat/ Plestersin/kepingan tembikar. pasir 9.6: Set memotong .4: Penggunaan bahan untuk menghasilkan diorama Rajah 10. 4. batu. Aluminium/ kepingan aluminium. loyang PENGGUNAAN BAHAN/ MEDIA UNTUK MENGHASILKAN DIORAMA 2. Kepingan plastik/ perspek/fiber glass 1.3 Bahan Menghasil Diorama 7.124 X TOPIK 10 DIORAMA 10. tulang ikan. Kertas tebal/ Straw board. Karangan laut.1. zing plywood Rajah 10. Cermin/ kepingan kaca 5.

Pisau kraf 15. Pelekat silikon 2. Alas emboss Rajah 10.7: Alat dan bahan menghasil diorama . Span 17. Alat pembentuk 5. Pelbagai jenis kertas warna 9. Gunting 16. Kertas cat air 7. Pembaris sudut 18. Jangka lukis 13. Berus lukisan 6. Alas pemotong 20. Akrilik 8.TOPIK 10 DIORAMA W 125 1. Berus gigi 10. Pembaris keluli 12. Pensel dan pemadam 14. Gam PVA 3. Pencungkil gigi 4. Kertas tekap 11. Kad polesterin 19.

Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama: 1. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama.4 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti.1. tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Menentukan Subjek dan Tema (a) Alam Semulajadi dan Persekitaran (b) Perasaan Dalaman. Khayalan dan Imaginasi Pelukis .126 X TOPIK 10 DIORAMA 10. Seterusnya pemilihan alat dan bahan.

Kaedah ini dianggap paling relevan dan berkesan sehingga kini dan belum digantikan dengan kaedah yang lain. Ciriciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak. mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan diorama. mudah pecah. Konsep artistik diorama ditampilkan melalui pemilihan objek yang real tetapi cantik dan . perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan.1 Muzium menampilkan diorama sebagai kaedah perkongsian maklumat dan ilmu kepada orang ramai. Menentukan Alat dan Media Setelah subjek dan tema di atas di pilih.TOPIK 10 DIORAMA W 127 (c) Aliran dan Tema Sejagat (d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian SEMAK KENDIRI 10. Mengapa? 2.

kad bod. pasir. cat emulsi. pasir laut. Subjek dan Tema Tajuk Diorama Alat dan Bahan Karangan laut. biji kacang. cat emulsi. Sketsa yang mantap dan hebat untuk dijadikan diorama. Model manusia. tanah. gam UHU.128 X TOPIK 10 DIORAMA dikecilkan atau dimodelkan pada kadaran atau nisbah gambar latar secara idealistik. model kapal angkasa. khayalan dan imaginasi pelukis Kehidupan di sebuah planet asing Plastersin. kad tebal. batu-batu kecil. . 3. gam. batubatu laut. plesterin. Alam semulajadi dan persekitaran Hidupan di dasar laut Perasaan dalaman. Tulang ikan. polesterin.pasir. platersin. Keperluan dan pengalaman hidup harian Memancing ikan di sebuah tasik yang permai Model orang memancing. plastersin. Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilkan.dawai. tangsi. pasir. Aliran dan tema sejagat Sabung ayam di kampung saya Model ayam jantan. gam. gam UHU. Membuat Thumbnail-print (Membuat Lakaran-lakaran Kecil) Apakah pentingnya thumbnail-print? • • • Gagasan-gasasan dan pengideaan melalui konsep trial and error. kaca.

Pelbagai jenis siput dan bertemakan hidupan laut Sketsa 2 Pelbagai jenis kupu-kupu dan bertemakan alam sekitar yang permai Sketsa 3 Pelbagai jenis daun dan bertemakan tumbuhtumbuhan .TOPIK 10 DIORAMA W 129 Sketsa 1.

Fikirkan aspek ruang. Ia mengambil kira bahan.130 X TOPIK 10 DIORAMA 4. . Membuat Karya/Diorama Buat kerangka dalam dan luar. 6. hal subjek dan latar hadapan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut. keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan.5 Proses Membentuk Diorama Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan diorama. tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari diorama yang akan dihasilkan nanti. fikirkanlah untuk memperkemaskan lagi reka bentuknya. • Bahan dan alatan. saiz mobail. Kriteria pemilihan ini dipilih kerana berkaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan berketrampilan. Memilih Salah Satu Lakaran yang Terbaik Sketsa 2 dipilih untuk pengembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama. 5. perkara-perkara yang berikut diambil pertimbangan.1. tema. SEMAK KENDIRI 10. Dalam konteks ini. Memperinci Lakaran Setelah memilih lakaran yang terbaik.2 Bagaimanakah diorama boleh dianggap sebagai bahan bantu mengajar pengajaran pembelajaran yang boleh merentasi mata-mata pelajaran yang lain di peringkat KBSR? LATIHAN 10.2 Apakah ciri-ciri diorama yang baik? Apakah pertimbanganpertimbangan yang perlu dibuat untuk menghasilkan diorama yang baik dan bermakna? 10. • Kesesuaian latar belakang. • Kos pembinaan/buatan • Masa yang diperlukan. alat.

latar belakang dan kotak diorama .TOPIK 10 DIORAMA W 131 Sketsa 1: Hal subjek ditentukan Sketsa 2: Hal subjek dilengkapi dengan latar belakang Sketsa 3: Hal subjek.

Diorama menampilkan tema dan tajuk secara realism. penguasaan unsur seni. prinsip seni dan strukur rekaan seni.2. Ia diolah dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik. .2 PERSEMBAHAN HASIL KERJA 10. Seterusnya hasilan ini mengambil kira kepada beberapa ciri yang berikut: 1.1 Ekspresi Diri Diorama yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan. Namun begitu.132 X TOPIK 10 DIORAMA Plywood Tali tangsi Latar belakang Hal subjek Pelengkap latar hadapan Sketsa 4: Diorama yang lengkap untuk peragaan 10. ekspresi dalaman pembuat diorama boleh menjadi sebahagian daripada cetusan tema dan tajuk. Bentuk Diorama Menepati Tema dan Tajuk • • • • Tema disampai dan dikongsi dengan tepat. Lazimnya isu-isu semasa dan isu dalam pembelajaran pembelajaran menjadi pilihan tema.

pemerhati akan membuat Pemerhati ada kemungkinan berasak-asak melihat diorama tersebut. Harmoni dan Kesatuan yang Menarik Imbangan Rentak Pergerakan Harmoni APLIKASI PRINSIP REKAAN DIORAMA Kesatuan Warna Kontra Rajah 10. Tujuannya jelas.8: Aplikasi prinsip rekaan diorama . Diorama juga perlu kukuh kerana pengamatan dan penilaian dengan teliti. Adunan rentak. Menarik. Mengaplikasi Prinsip-prinsip Rekaan seperti Rentak. 3. untuk penampilan karya yang simple tetapi menarik. Pergerakan. Pastikan ia Kuat. pertimbangan. keliutan dan ketahanan bahan perlu diambil Diorama perlu mempunyai jangka hayat yang panjang. 4. Tambahan pula kelainan alat dan bahan mempunyai cara atau teknik adunan yang berbeza mengikut kesesuaiannya. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang Membentuk Suatu Komposisi Gubahan yang Artistik • • Menyusun atur komposisi bahan penting untuk artistik bahan dan estetika diorama.TOPIK 10 DIORAMA W 133 2. Kukuh dan Selamat • • • • Soal kekuatan. • 5. sedondon dan saling lengkap melengkapi. Mudah diaplikasi. selari dengan tema dan tajuk. Kontra. Bahan Binaan Diorama Sesuai dengan Tujuan Hasilan • • • Ketahanan dan kesesuaian diorama yang akan dihasilkan. Warna. pergerakan dan kontra dan kesatuan perlu diteliti dan dinilai berkali-kali. dengan Baik. Imbangan.

. rancangkan pemilihan alat dan bahan yang berkaitan bertujuan untuk membuat penghasilan diorama mengikut pilihan yang terbaik. 10.9: Kemahiran-kemahiran dalam mengaplikasi alat dan bahan mobail . Bagi tujuan peragaan yang baik diorama kelihatan kemas dan teratur. tema dan hal benda (subject-matter). Suatu penampilan yang baru Inovasi atau improvisiasi yang positif Pemerhatian. kaedah menggantung. Pilih satu thumbnail-print yang baik.134 X TOPIK 10 DIORAMA 6. Penampilan reka bentuk baru dan bersifat futuristik. Fikirkan soal kemasan. 3. penelitian dan pro-aktif Cuba jaya yang tidak kenal erti putus asa. fikirkan kaedah. Asli. Kesesuaian dengan pemilihan bahan dan alat yang dikaitkan dengan tajuk. Bagi tujuan peragaan yang menarik. teknik dan tata aturan penggunaan alat dan bahan untuk penghasilan diorama.2. 4. Bahan dan Teknik Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada lima perkara yang berikut: 1. Daripada beberapa „thumbnail-print‰ yang dihasilkan. 2. Konsep ambient perlu dipetimbangkan k b ik Rajah 10. ruang peragaan dan latar perlu diteliti dan difahami.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat. 5. Jauhi plagiarism dan hasilan klise. Unik dan Berketrampilan • • • • • • • Melalui proses kreativiti yang tinggi.

3 Bagaimanakah keunikan dan ketrampilan diorama dapat diwujudkan? Bagi menghasilkan sebuah diorama di kawasan hutan bakau.10: Tata cara apresiasi diorama LATIHAN 10. Kesesuaian secara keseluruhan Rajah 10. bilakah apresiasi ini dijalankan? . Tajuk dan tema yang sesuai 2.TOPIK 10 DIORAMA W 135 LATIHAN 10.4 Mengapa perlunya apresiasi di dalam hasilan diorama? Di dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Pilihan reka bentuk dan aplikasi unsur seni yang sesuai 4. apakah pertimbangan-pertimbangan yang perlu dilakukan untuk memperoleh keunikan dan ketrampilan seperti di atas? 10.2 Apresiasi Diorama Apresiasi diorama dilakukan berpandukan empat perkara berikut: 1.Alat dan bahan yang sesuai dengan hasilan diorama APRESIASI DIORAMA 3.2.

Peragaan diorama di tempat tertutup. • • • . jahitan dan ikatan. cat kilat atau emulsi. alam sekitar dan sastera rakyat. Sifat objek telah melalui proses adaptasi ruang dan bentuk serta konsep ambient. cermin diaplikasikan di bahagian hadapan untuk menghindar daripada kerosakkan diorama. Kemasan diorama boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti syelek. • • • • Diorama mula mendapat perhatian umum dalam dunia seni pada abad ke sembilan belas. dicetak dan bahan semulajadi yang diperagakan semula. Komponen objek diorama dibuat secara pateri atau kimpalan. Diorama banyak mengesahkan mengenai sejarah. Untuk mengelakkan daripada gangguan sipemerhati terhadap objek-objek yang dipamer.5 Anggaran bentuk figura di latar hadapan perlu diimbangkan dengan catan besar sebagai latar belakang untuk penampilan diorama yang baik. gam plastik. Konsep diorama dikaitkan dengan catan yang besifat dua dimensi dan figura yang bersifat tiga dimensi.136 X TOPIK 10 DIORAMA LATIHAN 10. sains. dimodel. skrew. Diorama menggabungkan objek-objek yang berbagai: dibentuk. varnish. Bincangkan mengapa perkara ini perlu dilakukan dan nyatakan pertimbangan-pertimbangan yang perlu dilakukan.

hasilkan sebuah diorama dengan memperlihatkan spesis ikan dan karang di kawasan tersebut. Membentuk dan membuat binaan? Dengan mengambil tema dan tajuk hidupan di terumbu karang.TOPIK 10 DIORAMA W 137 Artistik Figura Fiksyen Idealistik Imaginasi Imej Kemasan Kontekstual Kontemporari Naratif Nukil Real Simple Mengapakah diorama diletakkan di dalam bidang ketiga sukatan pelajaran Pendidikan Seni KBSR. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful