You are on page 1of 2

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran dan Kelas 2. Nilai / Tajuk 3. Masa 4. Standard Pembelajaran : Pendidikan Moral, Tahun 4 Intan : Kasih sayang / Sayangi Jiran : 9.00-9.30 pagi (30 minit) : ( 7.1.1), (7.1.4)

5. Objektif Pembelajaran Penaakulan Perlakuan

: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

: Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 cara menyayangi jiran. : Menunjukkan sikap menyayangi jiran dengan cara mempelawa jiran sewaktu sambutan rumah terbuka (lakonan).

6. Pengetahuan sedia ada : Murid telah belajar tentang nilai kasih sayang dalam tahun 2.

7. Teknik : lakonan

8. Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran: Set induksi: i. Guru menunjukkan tayangan video contoh kelakuan jiran yang tidak baik/tidak patut dicontohi. ii. Guru bersoal jawab dengan murid. - Apakah yang dapat kamu perhatikan daripada tayangan video sebentar tadi? - Nyatakan sikap jiran yang dipaparkan melalui video itu?

Langkah 1: i. Guru menjana idea dengan meminta murid bercerita berdasarkan gambar-gambar / tayangan video. ii. Murid menjana idea dengan memberi pendapat tentang nilai kasih sayang dalam cerita tersebut dengan menggunakan thinking tool (Bubble Map). iii. Guru menjelaskan nilai kasih sayang berdasarkan Bubble Map yang telah dibuat oleh murid.

Langkah 2: i. Guru menunjukkan sekeping menjelaskan gambar tersebut. gambar situasi majlis rumah terbuka dan murid diminta

ii. Murid menyatakan sikap jiran berdasarkan gambar tersebut. Langkah 3: i. Dalam kumpulan, murid melakonkan situasi mempelawa jiran sewaktu sambutan rumah terbuka dengan menerapkan nilai kasih sayang. ii. Sumbangsaran perasaan murid berdasarkan lakonan yang telah dipersembahkan.

Penutup: Guru membuat kesimpulan dari hasil dapatan murid. 9. EMK: i. Kreativiti & inovasi menjana idea, sumbangsaran

10. Bahan Bantu Belajar: LCD, video, gambar, kertas A4 11. Penilaian p&p: i. Bahan hasilan Peta Buih (Bubble Map).

ii. Murid dapat menceritakan perasaan apabila mengamalkan kasih sayang terhadap jiran. 12. Refleksi (ditulis selepas PdP) i. 20 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan. ii. 2 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.