You are on page 1of 3

SEKOLAH WAWASAN Berdasarkan artikel yang bertajuk Sekolah wawasan : Sejauh manakah Ia Mampu Melahirkan Generasi Bersatu Padu

di Masa Akan Datang , konsep Sekolah Wawasan adalah untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan ruang bagi pertembungan etnik. Jika diimbas kembali sejarah 13 Mei 1969, peristiwa yang telah berlaku seharusnya menjadi pedoman khususnya kepada para pemimpin dan amnya kepada semua rakyat Malaysia dalam pengukuhan perpaduan negara. Antara objektif Sekolah Wawasan

diperkenalkan adalah untuk melahirkan anak bangsa yang mempunyai perasaan cinta yang begitu mendalam terhadap tanah air mereka dan dapat berinteraksi sejak awal lagi antara Melayu, Cina , India dan kaum lain agar mereka dapat memahami dan mempelajari budaya kaum lain agar generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya dapat direalisasikan. Untuk memastikan Sekolah Wawasan ini mencapai matlamatnya, satu sistem pendidikan yang jitu melalui perancangan , pangkajian , dan penyelidikan berterusan perlu dilakukan bagi menjamin mutu dan jumlah yang keluar daripada pelaksanaan sistem ini mengikut sasaran negara. Sekolah Wawasan merupakan salah satu langkah bagi mewujudkan semangat integrasi antara kaum bagi mengatasi masalah perkauman yang menebal akibat sistem pendidikan yang telah diperkenalkan penjajah Inggeris yang berniat agar penduduk Tanah Melayu berpecah belah. Menurut menteri pendidikan pada masa konsep Sekolah Wawasan ini diperkenalkan, Tan Sri Musa Mohamad, Sekolah Wawasan ini juga adalah gabungan ketiga-tiga sekolah

rendah , SRK ( Sekolah Rendah Kebangsaan), SRJKC (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina) dan SRKJT (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil) dalam satu kawasan. Para murid akan menggunakan kemudahan yang ada secara bersama tetapi setiap sekolah mepunyai bangunan dan pentadbiran mereka sendiri. Hal ini bertujuan membolehkan murid dari kaum yang berlainan dapat bergaul dan berinteraksi agar proses integrasi dan asimilasi berlaku secara sendiri dan semula jadi. Pelaksanaan Sekolah Wawasan masih lagi di peringkat percubaan. Dua buah sekolah yang mendapat liputan meluas ialah Sekolah Wawasan Lurah Bilut, Bentong, Pahang dan Sekolah Wawasan Teluk Sengat, Johor.

Antara kebaikan Sekolah Wawasan berdasarkan artikel ini ialah: 1. Para pentadbir, guru-guru dan kakitangan sokongan dari setiap sekolah berpeluang bertukar-tukar pendapat, pengalaman dan cadangan bagi kemajuan sekolah. 2. Warga setiap sekolah dapat mempraktikkan budaya saling menghormati, bertimbang rasa, tolong menolong sesama mereka. 3. Mengukuhkan semangat bekerjasama melalui penganjuran aktiviti bersamasama. 4. Memantapkan semangat dan amalan muhibah dalam kalangan murid-murid melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan. 5. Mewujudkan persaiangan yang sihat dari aspek akademik. 6. Mewujudkan perkongsian kemahiran pengajaran antara guru daripada setiap sekolah dan kemudahan peralatan pengajaran dan pembelajaran. 7. Memantapkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. 8. Mewujudkan masyarakat yang harmonis antara ahli masyarakat yang terdiri daripada ibu bapa yang sering bertemu di kawasan sekolah sewaktu mengambil atau menhantar anak mereka, atau pun semasa menjalankan aktiviti bersamasama seperti gotong royong.

Terdapat juga keburukan dalam Sekolah Wawasan ini. Antaranya ialah:

1. Terlalu ramai bilangan murid yang harus diawasi oleh pihak sekolah. 2. Pemusatan kepelbagaian budaya, agama, ras, sosial dan ekonomi boleh mengakibatkan berlaku sesuatu di luar jangkaan. 3. Meningkatkan tekanan kepada para guru untuk memenuhi peranan mereka dengan jumlah pelajar yang ramai.

Oleh itu, para pendidik diharap dapat menyiapkan diri dari segi mental dan kerohanian agar konsep Sekolah Wawasan tidak mengalami kegagalan dalam usaha melahirkan individu yang diingini oleh negara.

Walaubagaimanapun, hasrat murni kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan melalui konsep Sekolah Wawasan ini menerima tentangan daripada Dong Jiao Zhong. Dong Jiao Zhong ialah

gabungan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Persekutuan Guru-guru Sekolah Cina. Antara alasan penolakan mereka ialah:

Cina dan

1. Kekhuatiran akan kehilangan identiti SRJKC dan identiti orang Cina akan terhakis. 2. Semua pelajar Melayu, Cina dan India akan belajar dan membesar bersama ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Institusi Pengajian Tinggi(IPT). 3. Sukatan Pelajaran untuk SRJKC adalah berlatarbelangkan Malaysia dan semua rakyat termasuk orang Cina akan sentiasa setia dan taat kepada negara. 4. Kebimbangan sekiranya anak mereka terpengaruh dengan bahasa lain dan tidak cenderung berbahasa Cina menyebabkan bahasa itu pupus. 5. Pertembungan sewaktu menganjurkan sebarang aktiviti akan menimbulkan masalah kerana adalah sukar untuk membuat jadual aktiviti kerana jadual sekolah yang ketat. 6. Pendapat yang berbeza antara guru besar sekolah akan menimbulkan masalah untuk mereka bertolak ansur. Berbanding SRJKC, pentadbir SJKT lebih bersikap terbuka dan menerima baik dengan Sekolah Wawasan. Mantan Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad yang masih memegang jawatan sebagai Perdan Menteri pada ketika itu telah menyifatkan pendidik ekstremis Cina yang menolak konsep Sekolah Wawasan sebagai penentang proses menyatupadukan rakyat. Mereka hanya pandai mengkritik tetapi tidak menyumbang idea ataupun memberi ikhtiar. Kesimpulannya, bagi memastikan perancangan yang telah dirangka di atas kertas menjadi kenyataan, perancangan yang mendalam serta perbincangan di antara pelbagai pihak seperti NGO, badan-badan bukan kerajaan, pertubuhan pertubuhan, Suqiu, Dong Jiao Zhong dan lain-lain amat diperlukan .Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya memberi penjelasan yang jelas kepada masyarakat bagi mengelak salah faham yang berlanjutan. Semua pihak juga perlu berlapang dada menerima konsep ini kerana ia tidak dapat dicapai dalam tempoh yang singkat kerana usaha pembangunan negara terutamanya dalam bidang pendidikan masih belum menampakkan hasil yang membanggakan.

You might also like