You are on page 1of 11

Lampiran 1 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat) NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH : SITI

RUSMANI BINTI SAAD : 8 PISMP KS/PJ/BM 2 Ambilan Januari 2010 : SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA PENAMBAHBAIKAN PROJEK PENANAMAN

NAMA PROJEK/AKTIVITI :

POKOK TEMPOH PELAKSANAAN : 08 HINGGA 12 JULAI 2013

OBJEKTIF

1. Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri pelajar. 2. Mewujudkan tempat penanaman pokok yang kemas, cantik dan teratur. 3. Menambah bilangan tanaman pokok. 4. Memberi peluang kepada guru pelatih menunjukkan usaha pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan. 5. Memperkukuh hubungan kerjasama antara guru pelatih dengan pihak sekolah sebagai persediaan di alam pekerjaan yang sebenar.

Lampiran 1 STRATEGI PELAKSANAAN: a. Perancangan Penambahbaikan projek penanaman pokok dilaksanakan adalah untuk memastikan kawasan tanaman pokok kemas, cantik dan teratur dari segi landskap dan susun atur. Pelaksanaan projek ini dijalankan sepanjang tempoh empat minggu guru pelatih menjalani internship di Sekolah Kebangsaan Alma. Strategi pelaksanaannya adalah mengikut minggu, iaitu:

Bil.

Tarikh/Minggu

Aktiviti

1.

1-5 Julai 2013 (Minggu 1)

Perbincangan

bersama

Guru

Besar, Sekolah Kebangsaan Alma. Perbincangan Rosefarizan bersama selaku Puan

penyelaras

projek Sekolah Hijau.

2.

8-12 Julai 2013 (Minggu 2)

Membersihkan penanaman pokok. Mengemburkan tanah

kawasan

untuk

menanam pokok-pokok baru.

3.

15-19 Julai 2013 (Minggu 3)

Membersihkan

batas

untuk

penanaman pokok-pokok baru. Membuang pokok-pokok yang telah mati.

Lampiran 1

4.

22-25 Julai 2013 (Minggu 4)

Melabel nama pada setiap pokok. Membersihkan kawasan tanaman.

b. Sebelum pelaksanaan Sebelum projek ini dilaksanakan, kami telah membuat pembahagian tugas terlebih dahulu bagi memastikan segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar. Pembahagian tugas ini juga secara tidak langsung membolehkan setiap guru pelatih mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Jadual di bawah menunjukkan peranan dan tanggunggjawab setiap guru pelatih dalam melaksanakan projek ini.

BIL.

GURU PELATIH

BIDANG TUGAS

1.

Siti Rusmani Binti Saad

Pengerusi projek Memantau perjalanan projek Membuat perancangan projek Mengemas, mendekorasi sudut dan membersihkan, menceriakan

2.

Manisah Binti Muhamad Shukur

Setiausaha projek Membuat kertas kerja projek Jurugambar projek Mengemas, mendekorasi dan membersihkan, menceriakan dan dokumentasi

Lampiran 1 sudut

3.

Muhamad Rauf Fathi Bin Hamid Latif

Bendahari projek Mengutip, membuat projek menyimpan penyata dan

kewangan

Mengemas, mendekorasi sudut dan

membersihkan, menceriakan

REFLEKSI: 1. Kekuatan Projek/Aktiviti Program anugerah sekolah hijau merupakan program pengauditan alam sekitar yang telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai bersama penaja utamanya, iaitu Continental bagi sekolah-sekolah di Seberang Perai. Sekolah Kebangsaan Alma merupakan salah sebuah sekolah di Seberang Perai yang menyertai program Anugerah Sekolah Hijau ini. Salah satu kriteria yang perlu dilaksanakan oleh sekolah-sekolah yang menyertai anugerah ini ialah penghijauan. Oleh yang demikian, saya dan rakan-rakan seperjuangan telah memilih projek penghijauan ini sebagai salah satu projek internship kami memandangkan projek ini baru sahaja bermula. Pelaksanaan projek ini memakan masa selama empat minggu, iaitu bermula pada 07 Julai hingga 25 Julai 2013. Sepanjang perlaksanaan projek ini, kami telah berbincang dengan guru penyelaras projek ini, iaitu Puan Rosefarizan Bt Yusoff berkaitan kerja-kerja penambahbaikan yang perlu kami jalankan. Puan Rosefarizan merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab kerana beliau bermurah hati berkongsi maklumat serta tenaga bagi memastikan projek kami

Lampiran 1 berjalan dengan lancar. Ini merupakan salah satu kekuatan kami apabila mempunyai seorang guru senior yang sudi membimbing serta menyalurkan sumbangan tenaga untuk memudahkan lagi proses pelaksanaan projek ini.

Aktiviti menanam pokok merupakan salah satu cara untuk mengurangkan kadar karbon dioksida di udara. Aktiviti penanaman pokok ini turut disertai oleh murid pra pendidikan khas yang terdiri daripada enam orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki. Mereka didedahkan dengan aktiviti menyiram pokok bunga, memetik hasil tanaman seperti kacang bendi, sayur bayam dan terung seterusnya menjual hasil tanaman tersebut kepada guru-guru di dalam kawasan sekolah. Penglibatan murid-murid dengan aktiviti ini secara tidak langsung dapat memupuk minat menanam pokok dan rasa cinta akan alam sekitar dalam diri mereka. Kebelakangan ini kita telah merasa iklim suhu panas yang mencecah rekod, banjir di merata tempat di negara ini, kemarau, kebakaran dan jerebu. Para saintis iklim memberitahu peristiwa seperti ini adalah konsisten dengan penghangatan dunia. Dengan adanya aktiviti sebegini, murid-murid ini secara tidak langsung dapat melibatkan diri untuk menjadi salah seorang warganegara yang bertanggungjawab dalam menstabilkan suhu dunia agar manusia dapat hidup dengan harmoni dan sihat. Aktiviti sebegini juga dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah bahawa menghijaukan dan memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak dan bukannya tanggungjawab individuindividu tertentu sahaja.

Untuk memastikan projek ini berjaya dilaksanakan mengikut masa dan objektif yang ditetapkan, kami perlulah merancang dan melaksana tugas secara sistematik dan teratur. Setiap guru pelatih mempunyai peranan dan

tanggungjawab masing-masing bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Ternyata, kami mempunyai sifat kerjasama dan tanggungjawab yang tinggi sepanjang melaksanakan projek ini. Dengan adanya pembahagian tugas

Lampiran 1 yang sistematik dan adil secara tidak langsung membolehkan setiap tugasan berjaya dilaksanakan. Bagi pihak guru pelatih, penambahbaikan projek tanaman ini dapat dijadikan satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi guru sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini secara tidak langsung dapat memberi impak kepada guru pelatih terutamanya terhadap kemahiran mengurus dan memimpin.

2. Kelemahan Projek/Aktiviti Sepanjang pelaksanaan projek penambahbaikan ini, kami telah

menetapkan tugas masing-masing bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar. Oleh itu, kami memilih untuk menjalankan projek ini pada waktu pagi memandangkan waktu pagi bersesuaian untuk berkebun. Namun begitu, terdapat sedikit perselisihan faham ketika kerja-kerja penambahbaikan

dijalankan. Mungkin disebabkan kepenatan dengan pelbagai tuntutan sepanjang minggu ini, maka ada diantara kami yang tidak dapat mengawal emosi. Namun, masalah ini segera dapat diatasi apabila setiap daripada kami menyedari semangat berpasukan dapat mengatasi segala masalah. Oleh itu, ini merupakan pengajaran kepada diri saya sendiri agar sentiasa memberikan kerjasama terutamanya dalam satu pasukan.

Di samping itu, kelemahan sepanjang pelaksanaan projek ini juga ialah dari aspek masa. Tempoh masa untuk menyiapkan projek ini ialah sepanjang kami melaksanakan internship. Walaupun tempoh masa ini agak panjang, namun terdapat beberapa aspek yang masih belum sempurna. Seperti yang kita sedia maklum, internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan tugas sebenar guru permulaan. Setiap guru pelatih dikehendaki merancang dan melaksanakan tiga projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu, dalam tempoh

Lampiran 1 sebulan internship, setiap guru pelatih perlu menyiapkan tiga projek di mana setiap projek tersebut memerlukan komitmen, perhatian serta tenaga yang sepenuhnya. Justeru, saya dan rakan-rakan tidak berjaya melaksanakan beberapa perkara dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tambahan pula, semasa internship ini juga kami perlu mengumpul data untuk kajian tindakan secara tidak langsung turut membataskan perhatian kami terhadap projek ini.

Selain itu, kelemahan sepanjang pelaksanaan projek ini juga ialah dari aspek kekurangan dana untuk keperluan-keperluan penambahbaikan projek tanaman ini. Seperti yang kita sedia maklum, setiap guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru telah diberikan elaun oleh kerajaan pada setiap semester. Namun begitu, semasa pelaksanaan projek ini, elaun yang diperuntukkan oleh kerajaan masih belum kami perolehi. Oleh itu, ini membataskan kami untuk membeli barang-barang yang perlu digunakan sepanjang pelaksanaan projek ini. Kekurangan dana juga secara tidak langsung membantutkan usaha untuk membuat penambahbaikan terhadap projek tanaman ini. Dana ini diperlukan untuk pelbagai perkara, antaranya ialah untuk membeli benih tanaman yang berkualiti, alat-alat penanaman dan baja. Ini adalah untuk memastikan pokokpokok yang ditanam dapat hidup dengan subur dan membuahkan hasil.

Lampiran 1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Berdasarkan kelemahan-kelemahan sepanjang sebulan menjalankan projek ini, beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan bagi memastikan projek-projek yang akan datang tidak mengalami masalah yang sama. Antara cadangan penambahbaikan tersebut ialah dari aspek kesuntukan masa, guru pelatih haruslah membuat senarai semak tentang tugas-tugas yang perlu dilakukan dalam tempoh masa tertentu bagi memastikan setiap tugas dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dengan adanya senarai semak ini, guru pelatih dapat mengenal pasti antara tugas yang telah dilaksanakan dengan tugas yang belum dilaksanakan. Dengan itu, setiap tugasan yang perlu dilakukan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang telah dirancang.

Manakala, dari aspek kekurangan dana untuk projek penambahbaikan ini, saya dan rakan-rakan perlulah berusaha mendapatkan peruntukan ataupun dana daripada pihak sekolah untuk membeli peralatan-peralatan yang diperlukan untuk projek penambahbaikan ini seperti benih tanaman, baja tanaman dan alatan penanaman. Di samping itu, saya dan rakan-rakan perlulah menggunakan sumber yang sedia ada untuk menjimatkan kos seperti mendapatkan benih tanaman daripada guru-guru, menjual hasil tanaman kepada warga sekolah dan menggunakan barang yang boleh dikitar semula seperti botol untuk dijadikan tempat menyemai anak-anak pokok.

Lampiran 1 KESIMPULAN: Pelaksanaan projek ini meninggalkan kesan yang positif kepada kami semua. Bermula dari langkah pertama iaitu memilih tempat yang sesuai dan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk kerja-kerja penambahbaikan, semuanya dilakukan dengan mengambil pandangan daripada semua pihak. Di samping itu, saya dan rakan-rakan juga berpeluang melibatkan diri dalam projek Sekolah Hijau dan ini secara tidak langsung memberikan pengalaman baru kepada kami tentang kriteria-kriteria yang diperlukan untuk memenuhi elemen Sekolah Hijau. Segala pengalaman dan ilmu yang kami perolehi sepanjang menjalankan projek di sekolah ini akan kami aplikasikan pada masa akan datang. Kesimpulannya, setiap projek yang dijalankan secara umumnya akan mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Setiap kelemahan yang timbul adalah berpunca dari diri kami sendiri dan dengan itu kami perlulah membuat penambahbaikan untuk projek-projek yang seterusnya agar

kelemahan-kelemahan yang timbul semasa melaksanakan projek ini dapat diatasi. Oleh itu, saya berharap projek yang telah dijalankan ini akan memberi kebaikan kepada semua pihak dan diharap saya dan kawan-kawan dapat berusaha memperbaiki setiap kelemahan dan kecacatan yang ada bagi programprogram yang akan datang.

Lampiran 1 LAMPIRAN:

Kerja-kerja pembersihan kawasan penanaman pokok dan kerja-kerja menggembur tanah yang dijalankan pada waktu pagi.

Benih pokok bendi yang disumbangkan oleh Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Alma.

Lampiran 1

Antara hasil tanaman yang sempat kami perolehi sebelum berakhirnya pelaksanaan internship kami di Sekolah Kebangsaan Alma.