You are on page 1of 6

STU231 : ASAS-ASAS PSIKOLOGI |1

PENGENALAN

Psikologi merupakan perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita tanpa kita sedar ataupun sedar. Tugasan yang telah diberikan ini membolehkan kita mengenali diri sendiri serta keupayaan kita dengan lebih mendalam. Dengan cara mengaitkan teori atau konsep yang telah dibincangkan sebelum ini. Pelbagai bahan rujukan yang telah diperoleh untuk menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, pensyarah dan tutor telah banyak beri tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Pelbagai masalah dan konsep atau teori yang akan saya gunakan untuk tugasan ini. Saya akan menerangkan melalui pengalaman yang saya lalui dengan mengaplikasikan masalah dalam teori atau konsep yang telah saya pelajari.

STU231 : ASAS-ASAS PSIKOLOGI |2

PENYELESAIAN MASALAH MENGGUNAKAN TEORI ATAU KONSEP PSIKOLOGI

Masalah pertama yang saya pernah hadapi ialah sering lupa akan sesuatu perkara baru yang diingati. Sebagai contoh, emak meminta tolong pergi ke kedai membeli barangan untuk dimasak tanpa saya menulis senarai barangan yang perlu dibeli. Dalam masa yang sama, terserempak dengan kawan saya iaitu Hafyya dan mengajak saya untuk menemankannya pergi ke sekolah mengambil Sijil Tinggi Pengajian Malaysia (STPM) sebelum saya ke kedai. Hal ini menyebabkan saya lupa membeli barangan yang diperlukan oleh emak untuk memasak.

Melalui peristiwa ini saya telah menggunakan teori gangguan. Teori gangguan menyatakan bahawa kita lupa ingatan pada jangka masa pendek ataupun panjang disebabkan oleh bahan lain menganggu ingatan kita. Gangguan lupa berlaku apabila maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang adalah diganggu oleh maklumat baru, khasnya maklumat yang berkaitan tetapi fakta yang berlainan, dan perbezaan tempoh masa pembelajaran yang berlaku. Teori gangguan terbahagi kepada dua iaitu teori gangguan retroaktif dan teori gangguan proaktif. Teori gangguan retroaktif merupakan pembelajaran baru yang menganggu proses mendapatkan semula pembelajaran lama. Manakala, teori gangguan proaktif merupakan pembelajaran lama menganggu kebolehan mendapatkan semula ingatan. Teori gangguan yang saya alami ini ialah teori gangguan retroaktif. Untuk mengatasi masalah ini saya menggunakan konsep latih tubi dan ulangan. Misalnya, ketika saya mendapat arahan daripada emak untuk pergi kedai membeli barangan yang perlu dibeli. Saya telah membuat ulangan dengan menyebut beberapa kali barangan yang perlu di beli. Barangan yang perlu dibeli ialah seperti ikan, sayur, ayam, garam, dan bawang. Saya akan mengulangi barang-barang tersebut sebanyak tiga hingga lima kali ulangan. Dengan cara ini, apabila ada perkara lain yang mengganggu saya pada masa yang sama saya tidak mempunyai masalah untuk mengingati semula. Hal ini kerana saya telah melakukan latih tubi dan ulangan dengan mengulangi barangan tersebut beberapa kali. Maka, setiap kali apabila emak saya menyuruh beli barang di kedai saya akan mengulangi banyak kali barang-barang yang perlu dibeli.

STU231 : ASAS-ASAS PSIKOLOGI |3

Masalah di atas, saya boleh selesaikan dengan menggunakan konsep yang lain iaitu konsep ingatan ikonik. Konsep ingatan ikonik ialah melibatkan visual atau gambaran yang dipanggil sebagai ikon. Ingatan ikonik ialah tepat dan ikonik ini dalam bentuk fotografi tetapi disimpan untuk jangkamasa yang sangat singkat. Ingatan fotografi dipanggil sebagai imej eidetik. Ini melibatkan kebolehan menyimpan visual stimuli dalam tempoh yang panjang. Banyak kajian menunjukkan bahawa maklumat yang diterima oleh pengamatan ikonik dapat dipersembahkan dengan tepat tetapi akan beransur pudar jika tidak dialihkan kepada proses seterusnya. George Sperling (1960) telah menjalankan kajian dan memutusan bahawa tempoh ('duration') perakam deria ialah 0.05 saat (1/20saat) untuk menghafal empat huruf didalam tiga baris abjad. Setelah kajian dibuat didapati manusia tidak mampu menghafal 1/3 baris abjad tersebut dengan tepat dalam jangka masa diberikan. Melalui konsep ingatan ikonik ini saya cuba membayangkan imej barangan yang perlu dibeli di dalam minda saya. Saya akan sentiasa membayangkan imej barangan tersebut dengan jelas sehingga sampai ke kedai. Misalnya, di dalam perjalan pergi ke sekolah tersebut ternampak rumput di padang dan saya akan teringat sayur. Oleh itu, saya ingat akan pesanan emak supaya pergi membeli barangan yang perlu dimasak. Dalam perjalanan ke sekolah setiap imej yang ada didepan mata akan cuba saya menyamakan dengan imej barangan yang perlu dibeli. Dengan cara ini, membantu saya untuk membeli dan mengingati barangan yang perlu dibeli tersebut.

Selain itu, masalah kedua yang saya hadapi ialah mengalami ketakutan dalam keadaan yang gelap terutama ketika ingin tidur di waktu malam. Saya akan sentiasa membuka lampu apabila saya merasakan di dalam rumah atau bilik itu gelap. Di Universiti Sains Malaysia (USM) setiap desasiswa telah menetapkan setiap bilik hanya dua orang pelajar. Dengan ruang yang luas dan bilangan pelajar di dalam bilik hanya dua orang menyebabkan saya berasa takut terutama menjelang pada waktu malam. Di waktu malam saya akan sentiasa membuka lampu walaupun ketika tidur. Hal ini telah menyebabkan saya berasa serba salah dengan rakan sebilik saya kerana dia tidak biasa tidur dalam keadaan yang terang.

STU231 : ASAS-ASAS PSIKOLOGI |4

Masalah yang saya hadapi ini ialah Teori Pelaziman Klasikal Ketakutan. Bagi mengatasi masalah ini saya mengaplikasikan Konsep Disensatisasi Sistematik. Pendekatan konsep ini telah di buat oleh Wolpe. Konsep disensatisasi sistematik ialah mendedahkan seseorang itu kepada stimuli menakutkan secara sedikit demi sedikit dalam keadaan relaks. Dengan erti kata lain ialah pelaziman klasik respon-respon yang tidak dikehendaki dapat dihilangkan secara bertahap. Jadi konsep desensatisasi sistematik hakikatnya merupakan teknik menenangkan diri yang digunakan untuk menghapus tingkahlaku yang takut. Melalui konsep ini seseorang itu akan mula menjadi berani dengan keadaan yang ditakuti itu berkurangan sedikit demi sedikit. Sebagai contoh dalam bilik desasiswa saya terdapat dua lampu syiling kalimantang atau pendaflour. Di dalam bilik desasiswa terdapat dua lampu syiling kalimantang. Oleh itu, untuk mengurangkan rasa ketakutan pada tahap permulaannya, saya menutup satu lampu syiling. Apabila lama kelamaan saya menjadi berani sedikit, saya menutup kedua-dua lampu syiling tersebut dan memasang lampu meja sahaja ketika tidur. Keberanian mula meningkat dan saya memasang lampu meja juga tetapi dengan menutup sedikit lampu tersebut menggunakan surat khabar supaya cahaya lampu meja tersebut tidak menganggu rakan sebilik saya. Setelah beberapa bulan saya menjadi begitu berani dan saya menutup lampu syiling dan lampu meja apabila tidur. Di sini menunjukkan saya cuba mengurangkan rasa takut itu secara berperingkat-peringkat. Hal ini kerana dengan berperingkat mengurangkan ketakutan lebih berkesan daripada melakukan perubahan secara mendadak. Maka, dengan menggunakan konsep disensatitasi sistematik saya menjadi berani dan tidak takut akan gelap lagi. Rakan sebilik saya juga berasa selesa apabila dia tidur waktu malam.

Masalah di atas ini juga boleh diatasi dengan cara mengaplikasikan konsep pelaziman berlawanan. Konsep pelaziman berlawanan ialah memasangkan stimuli menenangkan dengan stimuli menakutkan untuk mengurangkan tindakbalas takut. Tujuan supaya rasa takut akan hilang jika kita melakukannya. Masalah saya di atas tersebut dapat diatasi dengan cara memasang surah-surah yang menenangkan jiwa atau lagu-lagu kegemaran saya. Dengan memasang lagu dan ayat-ayat Al-Quran tersebut saya akan berasa tenang dan tidak takut jika tidur dalam suasana yang gelap. Memasang ayat-ayat Al-Quran dan lagu merupakan stimuli yang menenangkan. Saya akan memakai earphone sebelum tidur untuk mendengar ayat-ayat Al-Quran dan lagu. Hal ini kerana lagu dan ayat-ayat Al-Quran tersebut

STU231 : ASAS-ASAS PSIKOLOGI |5

membuatkan saya berasa tenang. Jika rakan sebilik saya hendak menutup lampu untuk tidur, saya sudah tidak takut lagi. Jadi kami dapat tidur dalam keadaaan yang aman dan tenang. Saya cuba melawan perasaan takut tidur dalam gelap dengan menggunakan konsep tersebut. Ini juga terbukti berkesan kerana saya dapat melawan perasaan takut dalam keadaan gelap tersebut.

Seterusnya, masalah ketiga ialah saya sering lupa akan pelajaran yang telah saya pelajari. Hal ini telah memberi masalah kepada saya ketika menjawab peperiksaan. Diantara konsep yang bersesuaian dengan permasalahan saya ialah Konsep Ingatan Jangka Panjang. Saya menggunakan konsep ini dengan cara menggunakan psikologi ingatan iaitu organisasi heriaki. Sebagai contoh, saya mencipta organisasi heriaki dengan mencipta peta minda. Peta minda tersebut memudahkan saya untuk mengingati dengan menggunakan ayat ringkas serta warna-warna yang berlainan. Contoh peta minda yang saya buat adalah seperti di bawah:-

STU231 : ASAS-ASAS PSIKOLOGI |6

Dengan adanya konsep ini saya dapat menghasilkan peta minda. Peta minda ini

amat

membnatu dan memudahkan saya untuk menghafal dan memahami subjek yang telah dipelajari. Dimana saya dapat menerangkan tajuk tersebut dengan lebih mendalam dan terperinci. Dengan cara ini saya dapat menghafal kata kunci dan menghuraikan kata kunci tersebut dengan jelas. Dengan adanya penggunaan warna dapat merangsang minda saya untuk menjawab peperiksaan walaupun saya mengingati kata kunci tapi saya mendapat gambaran melalui warna-warna tersebut. Warna-warna yang saya gunakan mempunyai kaitan dengan kata kunci tersebut. Konsep ini banyak membantu saya sewaktu saya menjawab peperiksaan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap manusia pasti akan berhadapan dengan masalah. Masalah yang dialami setiap manusia itu adalah berbeza-beza. Tidak semua manusia dapat menyelesaikan masalah dengan mudah. Ada sesetengah manusia yang hilang pertimbangan apabila mengalami masalah. Hal ini kerana tidak tahu untuk menyelesaikan masalah secara tenang. Namun, saya yakin bahawa dalam masalah yang kita dihadapi pasti akan mempunyai jalan penyelesaian. Hanya mereka tidak mempunyai kesabaran sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

You might also like