TAKLIMAT PROGRAM NILAM

PENDAHULUAN
Taklimat Program Nilam telah diadakan pada hari yang sama dengan pelancaran Program Nilam iaitu pada tarikh 23.2.2009.. Sebelum diadakan majlis pelancaran Program Nilam, para pelajar terlebih dahulu diberi taklimat berkenaan dengan Program Nilam oleh Pn. Hajah Ruzaini Hj.Janah , selaku guru Nilam SMK Padang Midin. Melalui pendedahan ini para pelajar dapat mengetahui kewujudan Program Nilam dan seterusnya berminat untuk menyertai Program Nilam. Selain itu, guruguru BM dan BI diminta sentiasa memantau penglibatan pelajar dalam program Nilam dan seterusnya mengisi borang data nilam dengan lengkap. RASIONAL Rasional taklimat Program Nilam ini diadakan adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada para pelajar SMKPM mengenai Program Nilam yang diadakan di sekolah dan wajib disertai oleh semua pelajar. Pencapaian Program Nilam akan diisi dalam sijil berhenti para pelajar kelak. OBJEKTIF * Para pelajar akan mengetahui bahawa Program Nilam mesti disertai oleh semua pelajar bagi memenuhi keperluan sijil behenti para pelajar. * Menggalakkan para pelajar menyemai tabiat membaca. * Melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakan bahan bacaanmenjadikannya sebagai satu budaya dan menjadi ‘ role model’ kepada rakan-rakan sebaya yang lain

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful