You are on page 1of 25

PENILAIAN PERISIAN PPBK

TOPIK 9

TOPIK 9

PENILAIAN PERISIAN PPBK

PENGENALAN
Penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah menjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun penggunaan perlulah secara berfikrah dan terancang bagi menghasilkan impak yang postif. Aspek penilain dan pemilihan perisian merupakan perkara yang amat penting, dalam usaha menyediakan guru-guru yang dapat menggunakan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) secara berfikrah dan terancang

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menerangkan maksud penilaian perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK); 2. menerangkan maksud pemilihan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) untuk pengajaran dan pembelajaran; 3. menyatakan dan mencirikan fasa penilaian perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK); 4. menyatakan dan mencirikan fasa pemilihan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) untuk pengajaran dan pembelajaran; dan 5. membezakan penilaian dan pemilihan dalam perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

PETA MINDA

188

OUM

TOPIK 9

PENILAIAN PERISIAN PPBK

9.1

PENGENALAN PENILAIAN PERISIAN PPBK

Penilaian ialah satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik (Robiah Sidin 1992). Penilaian terhadap perisian perlulah sentiasa dilakukan kerana keberkesanan sesuatu perisian diketahui setelah penilaian dibuat. Terdapat dua jenis bentuk penilaian yang akan dibincangkan dalam topik ini iaitu: Penilaian pertama ialah penilaian pembanguan perisian, penilaian ini digunakan bagi menguji kelancaran perisian yang dibangunkan. Penilaian perlu untuk menjamin satu sistem perisian berjalan dengan lancar dan mencapai objektif. Penilaian yang kedua ialah pemilihan perisian, penilian ini dilakukan oleh tenaga pengajar dan pakar. Tujuan penilian ini ialah bagi melihat kesesuaian perisian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 9.1: Dua Jenis bentuk penilaian

Menurut Hamidah (1999), di Malaysia pelbagai pihak telah mencipta perisian pendidikan namun perisian-perisian yang dibina tidak menepati kehendak kurikulum kerana ianya lebih ke arah komersial. Menurut Shaifol (2003), salah satu faktor utama kegagalan guru-guru bestari menggunakan perisian pengajaran dan pebelajaran berbantukan komputer sebagai alat bahan bantu mengajar dan belajar secara optimum adalah disebabkan kelemahan teknik menggunakan perisian dan kegagalan menilai perisian. Menyedari hakikat ini, untuk membentuk proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian secara terancang dan berfikrah, guru mestilah dilatih teknik mengguna dan memilih perisian. Proses penilian dan pemilihan alat bantu mengajar dan belajar perlu dilakukan secara terperinci dan terancang bagi menjamin perisian yang dipilih dapat digunakan dan objektif serta sesuai dengan kehendak kurikulum dan mempunyai nilai murni.

OUM

189

PENILAIAN PERISIAN PPBK

TOPIK 9

9.1.1

Pemilihan Perisian

Sewaktu anda membuat keputusan memilih perisian yang ingin anda pelajari, apakah kriteria yang anda tetapkan? Bagaimanakah sesuatu penilaian tersebut dilakukan?

Pemilihan perisian adalah proses membuat pertimbangan bagi memastikan perisian yang hendak digunakan bersesuaian dengan kurikulum serta mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pendidik tidak seharusnya menjadi pengguna perisian yang pasif tetapi mereka perlu menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu para pendidik perlulah dilengkapkan dengan kemahiran memilihan perisian. Penilaian perisian haruslah menjadi tugas yang berterusan di kalangan pendidik. Tanggapan bahawa penggunaan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran akan memberi impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan tanggapan yang salah. Kesilapan guru dalam memilih perisian boleh menyebabkan empat perkara berikut: pembaziran masa dan tenaga, menghalang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dengan lebih produktif, menjurus kearah penyalahgunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, serta mengelirukan pelajar

9.1.2

Kaedah Penggunaan Perisian

Bagi menggunakan perisian untuk pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah mahir mengenal pasti dan memilih mod pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, guru seharusnya menentukan jenis mod pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu sebelum menggunakan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran. Rajah 9.1 di bawah menunjukkan pengkelasan perisian pendidikan . Dalam proses pengajaran menggunakan perisian, guru menggunakan komputer untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Guru hanya menayangkan perisian kepada pelajar dan pelajar melihat perisian yang ditayangkan oleh LCD atau televisyen, dengan menggunakan teknik ini, guru boleh melaksanakan pengajaran dengan menggunakan hanya satu set komputer dan satu alat tayangan. Pengajaran menggunakan teknik ini boleh dilakukan di dalam bilik darjah dan pelajar tidak memerlukan kemahiran teknologi yang tinggi. Proses pengajaran menggunakan perisian boleh dibahagikan kepada dua teknik iaitu; persembahan dan tunjuk cara. Dalam pengajaran yang menggunakan teknik persembahan, guru menggunakan perisian sebagai media untuk menyampaikan maklumat. Sementara dalam proses pengajaran
190

OUM

TOPIK 9

PENILAIAN PERISIAN PPBK

yang menggunakan kaedah tunjuk cara, guru menggunakan perisian komputer sebagai alat untuk membuat demonstrasi. Kaedah ini digunakan bagi menerangkan cara, tingkah laku, tugas, tindak balas atau eksperimen yang hendak dijalankan. Lazimnya demostrasi dilaksanakan disebabkan ekseperimen sebenarnya terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan.

Rajah 9.2 : Pengkelasan perisian pendidikan

Dalam proses pembelajaran menggunakan perisian, perisian dikawal dan digunakan oleh pelajar. Pelajar berinteraksi sepenuhnya dengan komputer. Proses pembelajaran menggunakan perisian ini membolehkan pelajar belajar dengan aktif dan dapat meneroka maklumat dengan penuh minat. Pengajaran menggunakan teknik ini membolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri dan belajar di luar waktu kelas. Pembelajaran menggunakan teknik ini memerlukan set komputer yang banyak dan kemahiran pelajar yang agak tinggi. Proses pembelajaran yang menggunakan perisian boleh dibahagikan kepada empat teknik iaitu tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah tutorial, kandungan pelajaran dalam perisian adalah berdasarkan kepada urutan yang telah ditetapkan oleh pembangun perisian. Urutan pembelajaran tutorial merangkumi penerangan, demonstrasi dan latihan atau latih tubi. Proses pembelajaran yang menggunakan kaedah penerokaan memerlukan pelajar menggunakan perisian sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat. Proses pembelajaran ini menggunakan perisian sebagai alat aplikasi (alat membantu murid melaksanakan tugas dalam pembelajaran) bukan sebagai mekanisma penyalur maklumat.

OUM

191

PENILAIAN PERISIAN PPBK

TOPIK 9

Dalam pembelajaran yang menggunakan kaedah komunikasi, perisian digunakan untuk berkomunikasi. Dengan kaedah ini, pelajar akan dapat berkomunikasi dan berbincang dengan rakan-rakan dan guru, biar pun mereka berada diluar kawasan sekolah.

Latihan 9.1
Nyatakan kesan negatif hasil daripada kesilapan guru dalam memilih perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)

9.2

PEMILIHAN PERISIAN YANG SESUAI

Semasa anda membuat keputusan memilih profesion guru sebagai kerjaya anda. Pasti terdapat beberapa kriteria pekerjaan seperti gaji yang baik, kemudahan-kemudahan sebagai kakitangan awam serta kepentingan yang memenuhi kehendak anda dan pasaran kerja ketika itu. Pastinya kita memilihnya berdasarkan kesan baik dan keburukannya. Berdasar pemilihan itu dapatkah anda kaitkan dengan keperluan memilih perisian komputer yang sesuai.

9.2.1

Keperluan Memilih Perisian

Dewasa ini, terlalu banyak syarikat atau orang perseorangan yang membangunkan perisian pendidikan tetapi kebanyakan perisian yang dibangunkan itu tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki, contohnya: Perisian yang dibina tidak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Perisian yang dibina tidak mengikut kurikulum pengajaran dan pembelajaran Perisian yang dibina tidak sesentif terhadap kebudayaan dan agama Penggunaan media yang tidak bersesuai dengan golongan sasaran Perisian yang dibina mengganggu tumpuan pengguna

9.2.3

Kriteria Pemilihan

Pihak guru perlu berhati-hati semasa memilih perisian. Berikut adalah tujuh kriteria yang perlu difikirkan oleh guru sebelum memilih perisian:

Rajah 9.3 : Tujuh kriteria pemilihan perisian 192

OUM

TOPIK 9

PENILAIAN PERISIAN PPBK

(a) Sumber & Literasi


Jadual 9.1 : Sumber dan Literasi 1 2 Kenal pasti penerbit perisian, tarikh perisian dan pastikan perisian ini diterbitkan oleh penerbit yang berkarisma dan berwibawa. Kenal pasti tenaga pakar yang membina perisian. Dalam menerbitkan perisian pendidikan, pakar dalam bidang pendidikan perlu ada bagi memastikan perisian tersebut dapat mengaplikasikan segala aspek pedagogi atau andragogi dengan baik. Kenal pasti pengedar yang mengedarkan perisian. Pengedar yang baik akan sentiasa memastikan barang yang diedar mempunyai kualiti yang tinggi. Buat perbincangan dengan rakan sejawat atau rakan-rakan yang pernah menggunakan perisian. Perbincangan dengan rakan sejawat tentang perisian yang hendak digunakan cukup penting bagi mengenal pasti kekurangan dan kelebihan perisian. Buat perbincangan dengan rakan-rakan yang pernah menggunakan perisian. Pengalaman mereka yang pernah menggunakan perisian ini boleh menjadi panduan yang baik dalam memilih perisian ini. Sekiranya perisian tersebut mempunyai manual. Pembangun perisian perlu membaca manual dengan teliti. Manual membolehkan pengguna menilai kesesuaian perisian dengan corak pengajaran yang hendak digunakan dalam kelas. Sekiranya terdapat perbincangan dalam majalah atau jurnal yang membincangkan tentang perisian terbaru, lakukan bacaan untuk menambahkan maklumat. Terdapat perisian yang diperkenalkan dalam persidangan, seminar dan pameran. Oleh itu guru seharusnya peka dengan maklumat terkini yang boleh didapati daripada program seumpama ini.

3 4

7 8

Sebagai contoh perisian Adobe Photoshop CS2 merupakan perisian yang telah dipertingkatkan kemampunanya. Perisian ini bukan sahaja digunakan secara meluas diindustri media cetak dan media massa, malah juga digunakan untuk tujuan pendidikan.

Rajah 9.4 : Perisian Adobe Photoshop CS2

OUM

193

PENILAIAN PERISIAN PPBK

TOPIK 9

(b) Tentukan Strategi P&P menggunakan perisian (i) Tentu dan pastikan strategi pedagogi yang digunakan oleh perisian seperti dalam rajah 9.4 di bawah:

Rajah 9.5 : Strategi P&P menggunakan perisian

(ii)

Tentukan tujuan atau objektif perisian

(iii) Kenal pasti pengetahuan sedia ada yang perlu ada pada pengguna perisian itu (c) Mesra Pengguna
Jadual 9.2 : Mesra Pengguna 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 194 Adakah arahan yang diberikan dalam perisian ini mudah difahami? Adakah corak interaktif dalam perisian ini sesuai dengan golongan sasaran? Adakah bahasa yang digunakan mudah untuk difahami dan dapat membantu pengguna? Adakah reka bentuk skrin dalam perisian ini menarik dan mudah digunakan? Adakah terdapat gangguan teknikal di sepanjang penggunaan perisian ini? Adakah perisian ini dapat menyeronokan pengguna? Adakah perisian ini dapat memberi motivasi kepada pengguna? Adakah manual penggunaan perisian ini mudah difahami? Adakah perisian ini banyak bercabang ke bahagian-bahagian yang berkaitan? Adakah ikon yang digunakan dalam perisian ini senang dikenal pasti fungsinya? Adakah ikon yang digunakan dalam perisian ini tersusun dan kemas? Adakah ikon yang digunakan dalam perisian ini mudah difahami? Adakah ikon perisian ini dalam bentuk piawai? Adakah interaktiviti dalam perisian ini sentiasa berpandu?

OUM

TOPIK 9

PENILAIAN PERISIAN PPBK

15 16 17 18 19 20 21

Adakah perisian ini membenarkan pengguna keluar daripada perisian pada bila-bila masa yang dikehendaki? Adakah aktiviti pembelajaran dalam perisian itu menarik minat pengguna? Adakah perisian ini boleh digunakan di mana-mana komputer? Adakah arahan dalam perisian ini jelas dan mudah? Adakah persembahan dalam perisian tidak memerlukan arahan fasilitator? Adakah maklumat yang terdapat di menu mencukupi? Adakah perisian ini mudah dikendalikan oleh pelajar walaupun baru pertama kali menggunakannya?

Pihak Open University Malaysia ada menyediakan perisian pembelajaran tambahan kepada para pelajarnya. Walau bagaimanapun perisian ini hanya berdasarkan kepada modul-modul tertentu sahaja yang diedarkan kepada semua pelajar-pelajar OUM diseluruh negara. Reka bentuk kandungan ini telah memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti jadual 9.2 di atas.

Rajah 9.6 : Ciri-ciri perisian yang mesra pengguna

(d) Kandungan (i) Adakah maklumat yang terdapat di dalam perisian ini tepat mengikut kurikulum? (ii) Adakah maklumat dalam perisian ini disusun dengan teratur ? (iii) Adakah masa penggunaan perisian ini mencukupi dengan masa yang diperuntukkan di dalam jadual ? (iv) Adakah contoh yang diberi dalam perisian mencukupi untuk pengguna memahami tajuk pembelajaran ? (v) Adakah contoh yang diberi dalam perisian ini realistik ? (vi) Adakah contoh yang diberikan dalam perisian ini bersesuaian dan bertepatan ? (vii) Adakah isi kandungan perisian ini ringkas dan mudah difahami ? (viii) Adakah pengguna lebih mudah memahami pembelajaran selepas menggunakan perisian ini ?

OUM

195

PENILAIAN PERISIAN PPBK

TOPIK 9

Rajah 9.7 : Contoh kandungan dalam perisian Adobe Photoshop

(e) Media (i) Adakah penggunaan klip video di dalam perisian ini banyak membantu pengguna memahami tajuk itu ? (ii) Adakah penggunaan teks dalam perisian ini jelas dan mudah dibaca ? (iii) Adakah warna yang digunakan dalam perisian ini sesuai dan berkesan ? (iv) Adakah kadar amplitiut audio yang digunakan berpatutan dan tidak mengganggu tumpuan pengguna? (v) Adakah penggunaan grafik yang digunakan dalam perisian ini dapat membantu pengguna memahami pembelajaran ?

(vi) Adakah penggunaan grafik yang digunakan dalam perisian ini menarik ? (vii) Adakah animasi yang digunakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran? (viii) Adakah animasi yang digunakan tidak menganggu tumpuan pengguna ? (ix) Adakah audio yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran?

Rajah 9.8 : Penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran 196

OUM

TOPIK 9

PENILAIAN PERISIAN PPBK

(f)

Proses pengajaran dan pembelajaran perisian (i) Adakah maklumat perisian berkaitkan dengan pengetahuan sebenar? (ii) Adakah objektif pengajaran perisian ini ditulis dengan jelas? (iii) Adakah pengguna boleh memilih mana-mana tajuk yang disukai dengan menggunakan perisian ini? (iv) Adakah terdapat rujukan serta pautan laman web dalam perisian ini? (v) Adakah ujian yang disediakan membantu pengguna memahami pembelajaran? (vi) Adakah set induksi yang digunakan menarik dan berkesan? (vii) Adakah skrin persembahan pengajaran memberi maklumat kepada pengguna? (viii) Adakah skrin persembahan pengajaran menarik? (ix) Adakah penyampaian pengajaran dan pembelajaran perisian ini menarik dan tersusun? (x) Adakah penyampaian pengajaran dan pembelajaran perisian ini sesuai dengan gaya pembelajaran pengguna?

(xi) Adakah perisian ini merangsang pengguna berfikir? (xii) Adakah perisian ini merangsang pengguna bertindak dengan aktif? (xiii) Adakah perisian ini menyediakan refleksi di akhir pembelajaran? (xiv) Adakah perisian ini mempunyai penutup yang baik dan berkesan? (xv) Adakah objektif perisian ini dapat dicapai dengan mudah ? (xvi) Adakah perisian ini berupaya meningkatkan pengalaman pengguna?

Rajah 9.9 : Contoh objektif pengajaran

OUM

197

PENILAIAN PERISIAN PPBK

TOPIK 9

(g) Kesuaian Pasarana (i) Keupayaan minumun komputer untuk menggunakan perisian (ii) Bilangan komputer yang boleh digunakan untuk menjalankan perisian (iii) Keluasan bilik tayangan yang bersesuaian dengan kejelasan media (iv) Jenis alatan tayangan (v) Keupayaan bilik komputer menampung bilangan pelajar (vi) Keupayaan bekalan elektrik jika semua komputer digunakan

Rajah 9.10 : Keupayaan minimun komputer

Latihan 9.2
Huraikan keperluan pemilihan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)?

9.3

PROSES PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN

Cuba anda nyatakan faktor penyebab mengapa kita sebagai pendidik, perlu memilih perisian yang sesuai, dalam menghasilkan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Computer (PPBK) serta apakah kesan sekiranya kita tidak memilihnya berhati-hati. Dalam membangunkan perisian, terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian sumatif dan formatif. Fasa penilaian ini melibatkan responden yang pelbagai dan biasanya menggunakan instrumen yang terdiri daripada soal selidik, senarai semak dan temu bual.
198

OUM

TOPIK 9

PENILAIAN PERISIAN PPBK

9.3.1

Penilaian Formatif

Penilaian formatif ialah penilaian yang dilaksanakan di sepanjang proses pembangunan perisian multimedia. Tujuan penilaian formatif dilakukan adalah untuk: (a) Menilai halangan yang terdapat dalam pembinaan aplikasi. (b) Menganalisis perubahan mengikut kehendak pengguna. (c) Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna dalam menggunakan aplikasi perisian. Penilaian formatif dilaksanakan bagi menjamin kualiti dan keperluan pengguna serta memastikan objektif pembelajaran tercapai. Penilaian formatif juga membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem yang sedang dibangunkan. Penilaian formatif perisian secara ringkasnya bertujuan untuk mendapatkan maklum balas untuk memperbaiki perisian yang sedang dibina. Oleh itu, penilaian formatif melibatkan masa yang panjang, kumpulan responden yang banyak dan alat pengujian yang pelbagai. Jadual 9.1 di bawah menunjukkan contoh alat pengujian dan responden yang terlibat dalam ujian formatif.
Jadual 9.1 : Contoh alat pengujian dan responden yang terlibat dalam ujian formatif

Rajah 9.11 : Pemerhatian penyelidik melalui senarai semak

OUM

199

PENILAIAN PERISIAN PPBK

TOPIK 9

9.3.2

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir proses membangunkan perisian.

Penilaian sumatif secara amnya bertujuan membantu pembangun perisian mengetahui sama ada perisian yang dibangunkan berjaya menepati keperluan yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, penilaian sumatif juga berfungsi sebagai titik rujukan yang menjamin sesebuah perisian yang dibangunkan menepati matlamat dan objektif. Penilaian sumatif dilakukan di penghujung proses pembangunan yang bertujuan untuk memberi penilaian secara keseluruhan. Penilaian sumatif membolehkan pengubahsuaian dilaksanakan pada versi yang akan datang. Penilaian sumatif dilakukan bagi memastikan perisian yang telah siap dibina mencapai matlamat dan objektif yang ingin dicapai oleh pembangun perisian. Penilaian sumatif melibatkan dua jenis penilaian iaitu pakar dan pengguna seperti dalam Jadual 9.2. Penilaian pakar bertujuan untuk memastikan perisian yang dibina memenuhi keperluan teknikal dan teori yang ditonjolkan. Penilaian pengguna bertujuan menentukan perisian yang digunakan memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran pelajar. Jadual di bawah menunjukkan contoh set penilaian sumatif.

Rajah 9.12 : Penilaian sumatif temubual pakar di akhir proses pembangunan Jadual 9.2 : Contoh Set Penilaian Sumatif Penilaian Sumatif Sumatif Sumatif Instrumen Soal selidik Soal selidik Temu bual Responden 20 orang peserta kursus 15 orang pensyarah kursus 3 Pakar Lampiran D E F

Latihan 9.3
Cuba anda difinisikan dan huraikan proses penilaian sumatif

200

OUM

TOPIK 9

PENILAIAN PERISIAN PPBK

RUMUSAN
Bab ini membincangkan cara menilai dan memilih perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Perbincangan menilai perisian ditumpukan dalam aspek untuk membangunkan perisian sementara memilih ditumpukan kepada cara memilih perisian untuk pengajaran dan pembelajaran. Dalam bab ini juga disertakan contoh instrument yang digunakan seperti soal selidik, senarai semak dan skrip temu bual.

GLOSARI
Teori Alat aplikasi Penilaian Konsep pembangnan dan prinsip yang menyumbang kepada pengetahuan alat membantu murid melaksanakan tugas dalam pembelajaran Merupakan domin teknologi, menentukan kesempurnaan perisian

Penilaian formatif penilaian yang dilaksanakan di sepanjang proses pembangunan perisian multimedia Penilaian sumatif penilaian yang dilakukan perisian. di akhir proses membangunkan

UJIAN 1
1. 2. 3. 4. Nyatakankan dua bentuk penilaian perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Huraikan keperluan memilih perisian? Huraikan serta perincikan kriteria proses pengajaran dan pembelajaran dalam pemilihan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Definisikan dan huraikan proses penilaian formatif.

UJIAN 2
1. 2. 3. Huraikan dan jelaskan kaedah penggunaan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraikan serta perincikan kriteria pemilihan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Nyatakan dua jenis penilaian dalam proses penilian pembangunan perisian.

OUM

201

PENILAIAN PERISIAN PPBK

TOPIK 9

RUJUKAN
Hamidah Baba. 1999. Pemikiran dan hala tuju pembangunan perisian kursus multimedia pendidikan interaktif. Kertas kerja Kursus Penilaian Grafik Adobe Photoshop. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuching, 6-10 September. Robiah Sidin. 1992. Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu tinjauan literature. Jurnal Pendidikan Guru 4(3): 248-259. Shaifol Bahary Sulaiman. 2003. Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah bestari. Prosiding Seminar Aliran Terkini Teknologi Maklumat dan Komunikasi, hlm 29-38.

202

OUM

TOPIK 9

PENILAIAN PERISIAN PPBK

LAMPIRAN A
Arahan: tandakan ( ) pada kotak yang disediakan serta berikan komen dengan jujur dan ikhlas

A.

KANDUNGAN

1. 2.

B.

HASIL PEMBELAJARAN

3.

4.

C.

MESRA PENGGUNA
5.

6.

7. 8. 9. 10. 11.

OUM

203

PENILAIAN PERISIAN PPBK

TOPIK 9

12.

13.

D.

CIRI-CIRI MULTIMEDIA
14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21.

E.

STRATEGI PEMBELAJARAN
22. 23.

24. 25.

204

OUM

TOPIK 9

PENILAIAN PERISIAN PPBK

LAMPIRAN B
TEMU BUAL PENSYARAH
Temu bual pensyarah kursus dibuat setelah mereka selesai menggunakan perisian yang dibangunkan. 1. Adakah kandungan perisian ini bersesuaian dengan Kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan 12 Minggu Sekolah Bestari (Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran )? Di harap tuan dapat memberi ulasan . Apakah komen tuan terhadap kelancaran program ini dari segi teknikal dan kandungan ? Pada pandangan tuan adakah perisian ini dapat membantu tuan memberi tumpuan terhadap pelajar-pelajar yang agak lemah? Apakah pandangan tuan tentang penggunaan menu yang mengunakan carta dalam perisian ini serta butang-butang arahan yang lain? Diharap tuan dapat memberikan ulasan tentang penggunaan arahan dalam perisian ini apakah ia mudah difahami atau sebaliknya ? Apakah pendapat tuan tentang pilihan yang diberikan kepada pengguna untuk memilih tajuk-tajuk yang sesuai untuk dipelajari. Perisian ini membenarkan pengguna membuat ulangan berkali-kali sehingga pengguna memahami tajuk ini. Apakah komen tuan? Apakah pendapat tuan mengenai latihan yang di berikan. Adakah latihan mempunyai kaitan dan memudahkan pelajar memahami tajuk ini ? Perisian ini cuba mengaplikasikan teori pembelajaran tingkah laku dan kognatif. Pada pendapat tuan, adakah perisian ini dapat mengaplikasikan kedua-dua teori pembelajaran ini ? Diharap tuan dapat memberi komen.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

10. Perisian ini cuba mengaplikasikan strategi pembelajaran anjal dan aktif. Pada pendapat tuan, adakah perisian ini dapat mengaplikasikan kedua-dua strategi pembelajaran ini ? Diharap tuan dapat memberi komen.

OUM

205

PENILAIAN PERISIAN PPBK

TOPIK 9

LAMPIRAN C
Instrumen ini membuat pemerhatian ketika peserta kursus sedang menggunakan perisian multimedia ini. Tujuannya untuk melihat reaksi peserta kursus semasa menggunakan perisian multimedia.

206

OUM

TOPIK 9

PENILAIAN PERISIAN PPBK

LAMPIRAN D
BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA TAJUK PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Arahan sila bulatkan jawapan anda mengikut skala di bawah jawab dengan jujur dan ikhlas Borang Penilaian 1. 2. 3. 4. 5. Sangat tidak setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

A.

KANDUNGAN

B.

HASIL PEMBELAJARAN

OUM

207

PENILAIAN PERISIAN PPBK

TOPIK 9

C.

MESRA PENGGUNA

D.

CIRI-CIRI MULTIMEDIA

208

OUM

TOPIK 9

PENILAIAN PERISIAN PPBK

LAMPIRAN E
BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA TAJUK PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Arahan: Sila bulatkan jawapan anda mengikut skala di bawah ini. Jawab dengan jujur dan ikhlas. Borang Penilaian 1. 2. 3. 4. 5. Sangat tidak setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

KANDUNGAN

OUM

209

PENILAIAN PERISIAN PPBK

TOPIK 9

HASIL PEMBELAJARAN

MESRA PENGGUNA

210

OUM

TOPIK 9

PENILAIAN PERISIAN PPBK

CIRI-CIRI MULTIMEDIA

OUM

211

PENILAIAN PERISIAN PPBK

TOPIK 9

LAMPIRAN F
TEMU BUAL DENGAN PAKAR
Temu bual pakar dibuat setelah mereka menggunakan perisian yang dibangunkan. 1 2 3 4 5 6 7 Apakah komen tuan mengenai perisian ini, dari segi kandungan kurikulum bagi memenuhi Kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan 12 Minggu Sekolah Bestari?. Diharap tuan dapat memberi ulasan tentang keupayaan perisian ini untuk memenuhi hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam topik ini. Disepanjang tuan menggunakan perisian ini, apakah pandangan tuan tentang keupayaan perisian ini dari segi memenuhi keperluan konsep mesra pengguna? Perisian multimedia terdiri daripada gabungan pelbagai media. Diharap tuan dapat memberi komen setiap media yang terdapat dalam perisian ini. Adakah pendapat tuan dengan keupayaan perisian ini mengaplikasikan teori pembelajaran tingkah laku dan teori pembelajaran kognatif? Apakah pandangan tuan tentang keupayaan perisian ini mengaplikasikan strategi pembelajaran anjal dan aktif? Setiap benda di dunia ini mempunyai kekuatan dan kelemahan. Diharap tuan dapat memberikan ulasan kelemahan perisian ini.

212

OUM