NO.

KUMPULAN NAMA PENSYARAH

: UPSI 05 : EN. AZALI B. RAHMAT

KERJA KURSUS CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM

NAMA PELAJAR: NORIS BINTI KASSIM NO. ID: D20102045539

PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK.

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU, 13700 PERAI, PULAU PINANG.

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2012

ANJURAN: JAWATANKUASA KOKURIKULUM SK JALAN BAHARU

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENDIDIKAN BADAN BERUNIFORM SEK KEB JALAN BAHARU, PERAI PULAU PINANG. ______________________________________________________________________

1.

TAJUK Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform, Peringkat Sekolah Jalan Baharu Perai, Pulau Pinang. Kebangsaan

2.

TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF 2.1 Tujuan

Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Tuan Guru Besar untuk mendapat kelulusan melaksanakan aktiviti Perkhemahan Badan Beruniform dan memohon peruntukkan kewangan daripada pihak sekolah. 2.2 Matlamat (i) Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta

mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke depan. (ii) Menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan bersistematik. (iii) Menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan alam sekitar dengan penerapan mata pelajaran, khususnya Kajian Tempatan, Sains, Agama Islam untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai alam.

2.3

Objektif (i) Mengetahui, memahami serta mempraktikkan teknik berkhemah yang betul merangkumi pemilihan tempat, pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek keselamatan diri. (ii) Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan Tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi penerapan aktiviti alam sekitar. (iii) Menanam sikap toleransi, kerjasama dan bermuafakat dalam segala perkara serta menghindarkan segala perasaan dengki, iri hati dan mementingkan diri sendiri.

3.

BUTIRAN PERKHEMAHAN 3.1 3.2 3.3 Tarikh 27 dan 28 Oktober 2012 Hari Sabtu dan Ahad ( 2 hari 1 malam ) Bilangan Peserta • • Semua peserta terdiri daripada murid Tahun 6 Bilangan peserta : Lelaki : 35 Perempuan Jumlah 3.4 : 35 : 70 orang

Tempat Perkhemahan Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, Perai Pulau Pinang.

4.

JAWATANKUASA 4.1 Jawatankuasa Pengelola: Unit Ko-Kurikulum Sek Kebangsaan Jalan Baharu, Perai Pulau Pinang. 4.2 Jawatankuasa Induk : Penasihat Pengerusi Penyelaras Kem Komandan Pen. Kem Komandan : Setiausaha Bendahari : Pn. Zaitun bt Yahaya : Pn. Faizah Hanum bt Abdullah : Pn. Noris bt Kassim : En. Nasir bin Ibrahim : En. Bohari bin Ishak : Pn Azizah bt Hashim : Pn Zainah bt Mohamed

4.3

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Urusetia Pengurus Peserta Tapak Perkhemahan Khemah & Peralatan Aktiviti Makan & Minum Kerohanian Keselamatan/ Kecemasan Siaraya & Dokumentasi Persembahan Hadiah & Cenderamata : En. Hisham bin Salleh : Ketua Unit-Unit Beruniform : En Sawira bin Osman : En Hasrul bin Ismail : En Ahmad Radhafizal bin Abd Manaf : Pn Norhayati bt Mamat : En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas : En Mohd Nur Azrul bin Ismail : En Mohd Hamedan bin Embong : Cik Hadibah bt Mohamad Darus : Pn Rohana bt Jusoh

4.4

Jawatankuasa Kecil :

JAWATANKUASA KETUA PERKHEMAHAN / KEM KOMANDAN : En. Nasir bin Ibrahim

BIDANG TUGAS  Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan kelancaran perkhemahan  Bertanggungjawab di atas disiplin peserta.  Mengeluarkan peraturan perkhemahan.  Menguatkuasakan peraturan perkhemahan

PEN KETUA PERKHEMAHAN / PEN. KEM KOMANDAN: En. Bohari bin Ishak

 Membantu sepenuhnya tanggungjawab dan tugas ketua perkhemahan.  Menjalankan tugas ketua perkhemahan semasa ketiadaannya.  Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan  Menyelaras perjalanan aktiviti dan pertandingan  Sentiasa menghebahkan maklumat terkini.  Mengambil pendaftaran peserta dan juga mencatat kehadiran guru bertugas  Membuat laporan setiap aktiviti yang dijalankan  Mengendalikan acara majlis penutup  Menyediakan kain rentang perkhemahan Menyediakan murid untuk menyertai Perkhemahan. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi setiap peserta unit masing-masing Menyediakan jadual guru bertugas unit Masing-masing. Memastikan penyediaan senarai semak peralatan yang perlu dibawa lebih awal

URUSETIA Pengerusi : En. Hisham bin Salleh AJK 1 En Rizalme b Sani 2. En Anas b Abu Bakar 3. Pn Amirah bt Desa 4. Cik Nurul Nadiah bt Mohd Razali 5. Pn Wahida bt Muhammad

PENGURUS PESERTA: Semua Ketua Unit Beruniform TKRS Pengakap PBSM Puteri Islam Tunas Puteri

   

TAPAK PERKHEMAHAN Pengerusi : En Sawira bin Osman AJK: 1. En Mohd Zubir b Samsuri 2. En Hairul b Hashim

 Menyediakan pelan tapak perkhemahan  Menyelaras pembahagian tempat tapak mengikut unit.  Menentukan bilik-bilik yang akan digunakan oleh perserta jika hari hujan.  Menentukan tandas/bilik air yang akan digunakan oleh peserta  Memastikan semua bilik/tempat yang digunakan sentiasa dalam keadaan bersih

KHEMAH & PERALATAN Pengerusi :

MAKANAN DAN MINUMAN Pengerusi : Pn Norhayati bt Mamat AJK: 1. Pn Zanariah bt Omar 2. Pn.Fatimah Wati bt Salleh 3. Pn Tn Syarifah Azura bt Abdullah

 Menyediakan makanan dan minuman yang bagi semua guru yang terlibat dan murid.  Menyediakan jadual serta menu masakan setiap hari perkhemahan.  Memastikan semua aktiviti memasak di kalangan peserta berjalan lancar.  Menguruskan segala perkara berkaitan makan dan minum disepanjang perkhemahan. 1  Menyediakan jadual bertugas imam mengikut waktu solat.  Memimpin bacaan Yasin.  Mengendalikan kuliah Maghrib dan Subuh.

KEROHANIAN Pengerusi : En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas AJK: 1. En Lukman bin Ismail 2. Pn Rohaiza bt Remli KESELAMATAN DAN KECEMASAN Pengerusi : En Mohd Nur Azrul bin Ismail AJK: 1. En Mohd Abd Hafizdiin b Ismail 2 Pn Noraziah bt Omar 3. Pengawal keselamatan sekolah

 Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala peralatan berada dalam keadaaan yang amat baik.  Menubuh unit kawalan.  Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti rawatan yang sempurna dan mencukupi.  Menyediakan jadual pengawasan dan kawalan keselamatan kawasan perkhemahan.

PERSEMBAHAN Pengerusi : Cik Hadibah bt Mohamad AJK: 1. Cik Nor Hashimah bt Mohd Razali 2 Cik Rahayu bt Said

 Menentukan jenis persembahan dan syarat-syaratnya.  Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti dijalankan  Melantik hakim-hakim persembahan dan menyediakan borang penghakiman, jika persembahan tersebut dijalankan secara pertandingan  Mengurus perjalanan aktiviti persembahan

ELEKTRIK, SIARAYA DAN DOKUMENTASI 1Pengerusi : 2En Mohd Hamedan bin Embong AJK: 1. En Ismail bin Awang Lah 2 Pekerja sekolah

3  Menyediakan kemudahan elektrik dan peralatan siaraya yang sempurna di seluruh tapak perkhemahan sepanjang tempoh kem diadakan  Mengemaskini peralatan yang telah digunakan dan disimpan pada tempat yang sesuai  Mengurus dan menyediakan peralatan siaraya untuk sebarang bentuk persembahan/aktiviti (jika diperlukan) 1  Menyediakan hadiah kepada peserta berdasarkan pertandingan yang dijalankan.  Menyediakan lain-lain hadiah dan cenderamata  Menguruskan majlis penyampaian hadiah

HADIAH DAN CENDERAMATA Pengerusi : Pn Rohana bt Jusoh AJK: 1. Pn Norliza bt Ismail@Chik 2 Pn Noraziah bt Manab

5. BIL 1

ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA Makan Minum Murid • • • • • • • • Makan Tengahari (Jumaat) Minum Petang (Jumaat) Makan Malam (Jumaat) Minum Malam (Jumaat) Sarapan (Sabtu) Minum Pagi (Sabtu) Makan T/Hari (Sabtu) Minum Petang (Sabtu)         RM3.00 x 70 orang = RM210.00 RM1.00 x 70 orang = RM 70.00 RM3.00 x 70 orang = RM210.00 RM1.00 x 70 orang = RM 70.00 RM1.00 x 70 orang = RM 70.00 RM1.00 x 70 orang = RM 70.00 RM3.00 x 70 orang = RM210.00 RM1.00 x 70 orang = RM 70.00 BUTIRAN JUMLAH

RM980.00

2

Hadiah • Tempat Pertama • Tempat Kedua • Tempat Ketiga Peralatan

 RM20.00 x 5 = RM100.00  RM15.00 x 5 = RM 75.00  RM10.00 x 5 = RM 50.00

` RM225.00

3

• • •

Bahan api Tali Racun serangga

RM100.00

4

Kecemasan

Ubat-ubatan JUMLAH BESAR

RM100.00 RM1405.00

(RM : SATU RIBU EMPAT RATUS LIMA SAHAJA)

6.

TENTATIF PROGRAM

MASA /HARI 5.30 PAGI 8.00 PAGI 8.30 PAGI 10.00 PAGI 10.30 PAGI 12.30 THARI 2.30 PETANG 4.00 PETANG 5.00 PETANG 6.30 PETANG 9.00 MALAM 10.30 MALAM 11.00 MALAM

HARI PERTAMA SABTU 27 OKTOBER 2012

HARI KEDUA AHAD 28 OKTOBER 2012 Bangun, Siap Diri , Solat Subuh Sarapan Pagi

• Pendaftaran Peserta • Mendirikan Khemah • Taklimat Umum

Aktiviti 5: • Pertandingan memasak

Minum Pagi Aktiviti 1 : Aktiviti 6 : • Penyediaan Gejet & • Pemeriksaan Khemah Anyaman Daun kelapa Rehat, Makan Tengahari dan Rehat, Makan Tengahari, Solat Zohor Solat Zohor Aktiviti 2 : Aktiviti 7 : • Pertandingan Kawad • Persembahan Kebudayaan Solat Asar/Minum Petang Aktiviti 3: Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah • Sukaneka Mandi, Makan Malam BERSURAI Solat Maghrid & Isyak Aktiviti 4: • Kembara Malam Minum Malam Tidur

7.

JADUAL TINDAKAN

HARI PERTAMA : SABTU ( 27 OKTOBER 2012 ) MASA 8.30 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 12.30 thari 2.30 petang 4.00 petang 5.00 petang 6.30 petang 9.00 malam 10.30 malam 11.00 malam Masa 5.30 pagi 8.00 pagi 8.30 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 12.30 t/hari 2.30 petang 4.00 petang 5.00petang 6.00 petang 8. PENUTUP Adalah diharapkan agar perkhemahan yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Jua diharapkan agar ianya mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan dan semua guru agar semua objektif dan matlamatnya tercapai. AKTIVITI Pendaftaran Mendirikan khemah Taklimat umum Minum pagi Aktiviti 1 : Penyediaan Gejet dan Anyaman Daun Kelapa Makan Tengahari , Solat Zohor Aktiviti 2 : Pertandingan Kawad Kaki Solat Asar Aktiviti 3 : Sukaneka Makan Malam, Solat Maghrib & Bacaan Yasin Aktiviti 4 : Kembara Malam Minum malam Tidur Aktiviti Siap diri, Solat & Kuliah Subuh Sarapan Pagi Aktiviti 5 : Pertandingan Memasak Minum pagi Aktiviti 6 : Pemeriksaan Khemah Makan Tengahari , Solat Zohor Aktiviti 7 : Persembahan Kebudayaan Solat Asar Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah TINDAKAN Urusetia Ketua & Guru Unit Kem Komandan JK Makanan/Minuman JK Aktiviti JK Makanan & JK Kerohanian JK Aktiviti JK Kerohanian JK Aktiviti JK Makanan & JK Kerohanian JK Aktiviti JK Makanan Urusetia & JK Keselamatan Tindakan JK Kerohanian JK Makanan JK Aktiviti JK Makanan JK Pertandingan JK Makanan, Kerohanian Keselamatan JK Persembahan & Siaraya

HARI KEDUA : AHAD ( 28 OKTOBER 2012 )

JK Kerohanian Urusetia & JK Hadiah& Semua Guru BERSURAI

Disediakan oleh:

PN NORIS BINTI KASSIM Penyelaras Perkhemahan Unit Beruniform Sek Keb Jalan Baharu, 13700 Perai, Pulau Pinang.

Disemak oleh;

PN REVATHI A/P KURUSAMY PILLAY Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sek Keb Jalan Baharu, 13700 Perai, Pulau Pinang.

2.(b)

Refleksi Pelaksanaan Perkhemahan Pendidikan Luar 2.1 Laporan Aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar

LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012 Tarikh Tempat : : 27 Oktober 2012 hingga 28 Oktober 2012 Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, Perai, Pulau Pinang.

Laporan Hari Pertama : 27 Oktober 2012 (Sabtu) Pada jam 8.30 pagi seramai 70 orang peserta telah mendaftar untuk menjalani program ini. Setelah selesai proses pendaftaran, para peserta dibekalkan dengan khemah dan peralatan-peralatan yang berkaitan. Pada jam 9.00pagi, aktiviti mendirikan khemah dimulakan. Sejam kemudian, semua khemah siap didirikan. Pada jam 10.00 pagi, satu sesi taklimat umum untuk para peserta telah berikan oleh Kem Komandan. Para peserta dimaklumkan tentang peraturan yang mesti dipatuhi sepanjang program. Para peserta seterusnya diberikan minum pagi pada jam 10.30 pagi . jam 11.00 pagi. Aktiviti tersebut ialah

Aktiviti pertama bermula pada jam

penyediaan gejet dan juga membuat anyaman menggunakan daun kelapa untuk dijadikan hiasan khemah masing-masing. Semua peserta mengambil bahagian dengan semangat kerjasama yang cukup tinggi. Peserta berhenti tepat jam 12.30 tengah hari untuk makan di khemah pusat yang disediakan dan Zohor di surau sekolah. solat

Program disambung semula pada jam 2.30 petang untuk aktiviti kedua, iaitu Pertandingan Kawad Kaki . Aktiviti ini telah dijalankan di perkarangan sekolah dan dikendalikan dengan begitu baik oleh Jawatankuasa Aktiviti . Pertandingan kawad telah tamat pada jam 4.00 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat Asar. Pada jam 5.00 petang, aktiviti ketiga telah dijalankan. Mengikut perancangan awal, slot ini adalah aktiviti ’Jungke Tracking’. Namun begitu, atas faktor keselamatan peserta, ianya terpaksa ditukar kepada aktiviti sukeneka kerana cuaca tidak mengizinkan. Hujan turun agak lebat dengan tiupan angin yang agak kencang. Aktiviti sukaneka telah dijalankan di dewan sekolah dan oleh Ketua Aktiviti En Ahmad Radhafizal dengan dibantu tiga dikendalikan pembantunya Aktiviti ditamatkan pada jam 6.00 petang untuk memberi ruang kepada peserta mandi. Jam 6.30 petang peserta diberikan makan malam dan bersedia untuk solat Maghrib, bacaan Surah Yasin serta solat oleh Ustaz Wan Isyak berjemaah di dewan Pauzi selaku Ketua sekolah yang dipimpin Ahmad

Jawatankuasa Kerohanian. Jam 9.00 malam, semua peserta menyertai aktiviti keempat iaitu Kembara Malam. Peserta dilepaskan berjalan secara berpasangan dengan dibekalkan sebatng lilin. Semua peserta dikehendaki melalui laluan yang gelap dan sunyi untuk menguji kekuatan semangat mereka. Aktiviti tamat jam 10.30 malam dan peserta diberikan minum malam. Selepas itu, semua peserta balik ke khemah masing-masing untuk berehat dan tidur. Jawatankuasa Keselamatan telah mengambil alih tugas untuk memastikan keselamatan semua peserta dalam keadaan yang terkawal.

Laporan Hari Kedua : 28 Oktober 2012 (Ahad) Aktiviti bermula pada jam 5.30 pagi . Para peserta bangun dan mandi untuk solat Subuh dan kuliah Subuh. Solat dan kuliah telah dipimpin oleh Ustaz Abd Hafizdin. Seterusnya semua peserta berkumpul di padang untuk senaman pagi dan dikendalikan oleh En Kamal selaku Ketua Jawatankuasa Riadah.. Jam 8.00 pagi semua peserta bersarapan. Tepat jam 8.30 pagi aktiviti kelima dijalankan iaitu pertandingan memasak. Peserta dikehendaki menyediakan jemput-jemput pisang. Pada jam 10.00 pagi, peserta berhenti rehat dan diberi minum. Tepat jam 10.30 pagi, satu pemeriksaan khemah-khemah peserta telah dilakukan. Pada ketika ini, sebahagian peserta melakukan latihan untuk aktiviti persembahan. Jam 12.30 tengahari, peserta makan tengahari. Selepas itu, pada jam 1.30 petang, peserta ke surau untuk solat solat Asar. Jam 4.30 petang, Zohor. Selepas itu, persembahan diturunkan dan tapak kebudayaan diadakan. Jam 4.00 petang, peserta diberi minum dan menunaikan khemah-khemah pekhemahan dibersihkan. Pada jam 5.30 petang, majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah diadakan. Majlis telah disempurnakan oleh Pn. Zaitun bt Yahaya, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu. Selesai majlis penutup, semua peserta telah di arah berkumpul dan bersalaman dengan para peserta dan guru-guru bertugas sebelum mereka pulang . Program tamat tepat pada jam 6.00 petang setelah semua peserta pulang ke rumah masing-masing.

2.2

Kekuatan dan Kekurangan Program

Kekuatan: Kejayaan pelaksanaan program perkhemahan Unit Beruniform kali ini amat bergantung kepada elemen seperti berikut : 1 2 i) Peserta Program

Kesemua peserta program adalah pelajar dari Tahun 6 dan kebanyakkan daripada mereka ini adalah pelajar yang sememangnya mempunyai karisma dan keterampilan yang tersendiri. Oleh yang demikian tidak ada masalah disiplin yang berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua mereka taat dan ikut perintah yang diberikan. 3ii) Kem Komandan / Pen. Kem Komandan

4Pemilihan Kem Komandan dan juga Pen. Kem Komandan yang berpengalaman dan berkarisma serta bijak mengurus perjalanan program, seseorang Kem Komandan perlu memiliki ketegasan dalam memberi arahan dan mudah menerima teguran daripada para fasilitator dan juga para urusetia. Kem Komandan juga perlu percaya kepada kebolehan semua pegawai di bawah pentadbirannya dan tidak sesekali menjatuhkan air muka pegawai di bawahnya di hadapan peserta. 5 6iii) Urusetia yang berpengalaman 7Perjalanan program tidak mungkin berjaya tanpa sumbangan bakti daripada urusetia yang mahir dan berpengalaman. Urusetia yang baik dapat menjalankan tugas dengan cemerlang bersama-sama. Kem Komandan dan semua pengerusi dan ahli jawatankuasa kerja

iv)

Kemudahan prasarana yang lengkap program dijalankan sememangnya Ini semua lengkap dengan semua asas terutamanya padang tapak khemah yang luas, punca air dapat membantu melancarkan

Tempat kemudahan

dan elektrik, tempat beriadah. perjalanan program. 1 2 v)

Hubungan baik pihak dan Pengerusi JKKR, RELA dan Polis.

Kerjasama dan hubungan yang baik antara pihak pengurusan JKKR, RELA dan pihak polis telah banyak membantu melicinkan perjalan program terutamanya dalam aspek keselamatan peserta program, terutamanya pada waktu malam. Pihak RELA dan polis telah bergilir-gilir melakukan rondaan di sekitar kawasan perkhemahan.

3 4

vi)

Peruntukan program yang mencukupi

Tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi program seperti ini tidak dapat dijayakan dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semua perkara yang hendak dijayakan memerlukan kos yang mencukupi. Oleh yang demikian, kejayaan program kali ini juga banyak bergantung kepada peruntukkan

Kekurangan: Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti adalah seperti berikut : i) Khemah rosak

Beberapa buah khemah peserta yang telah siap dipasang didapati bocor. Di samping itu, terdapat khemah yang peralatannya tidak lengkap. Ianya terpaksa digantikan semula dengan khemah lain. Ini telah menimbulkan masalah dan merugikan masa peserta. 1 2 3 ii) Kemudahan rawatan kecemasan Walaupun ada urusetia bahagian ini namun terdapat kekurangan pegawai. Bagi kes-kes kecemasan, pihak Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke hospital. Diharapkan agar pada program yang akan datang urusetia bahagian ini perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung. 4 5 6 iii) Makan dan minum pegawai tidak mencukupi Pegawai yang lewat tiba untuk sarapan pagi , makan tengah hari dan makan malam tidak dapat makan dan terpaksa makan di luar. Hal ini berlaku kerana pihak Jawatankuasa Makanan hanya menghidangkan makanan mengikut jumlah guru yang ada di meja makan ketika itu dan tidak menyediakan makanan seperti mana jumlah yang ditempah. 7 8v) Tandas dan bilik air yang jauh 1 Para peserta terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk ke bilik air dan tandas kerana ianya terletak agak jauh dari tapak perkhemahan. Ini sebenarnya telah mengganggu program-program lain. Apa yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan ini dapat diambil tindakan untuk diatasi agar program yang bakal dilaksanakan pada tahun berikutnya dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Disediakan oleh , (EN. NASIR BIN IBRAHIM) Kem Komandan Perkhemahan Unit Beruniform 2012 Sek Keb Jalan Baharu, Perai, Pulau Pinang. 31 OKTOBER 2012

2.3

Cadangan penambahbaikan dikenalpasti dalam

Berdasarkan beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah

pelaksanaan program perkhemahan unit beruniform, dikemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan program berkenaan pada masa akan datang. Cadangan : i) Pemeriksaan khemah

Beberapa hari sebelum program dijalankan, pihak Jawatankuasa Khemah perlu membuat pemeriksaan ke atas semua khemah yang akan digunakan. Ini adalah bagi mengenaplasti khemah yang rosak dan tidak sesuai digunakan.

9ii)

Kemudahan rawatan kecemasan

Dalam hal berkaitan rawatan dan kecemasan, dicadangkan agar sekurangkurangnya seorang pegawai/pembantu kesihatan yang bertauliah berada di tapak perkhemahan dalam satu-satu masa. Ini bertujuan memberikan pertolongan bantu mula dan bantuan segera sekiranya berlaku sebarang masalah. Maka tidak perlulah Kem Komandan menghantar peserta terus ke hospital/klinik. Selain itu, diharapkan pada program yang akan datang urusetia bahagian ini sepanjang masa program ini berlangsung. perlu ada

iii) Bilik

Bilik air dan tandas air dan tandas sementara perlu disediakan berhampiran kawasan

perkhemahan untuk mengelakkan peserta mengambil masa terlalu lama untuk ke bilik air dan tandas yang agak jauh. Ianya akan dapat menjimatkan masa dan melicinkan serta melancarkan perjalanan program.

MINIT MESYUARAT PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU, PERAI TAHUN 2012 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 26 September 2012 (Rabu) : 1.45 petang : Bilik Mesyuarat SK Jalan Baharu : Tidak hadir :
En Azuan bin Shafie Pn Azniza bt Daud Pn Maznah bt Omar En Mohd Zubir b Samsuri En Hairul b Hashim Pn Amirah bt Desa

En. Nasir bin Ibrahim En. Bohari bin Ishak Pn Azizah bt Hashim Pn Zainah bt Mohamed En. Hisham bin Salleh En. Sawira bin Osman En. Hasrul bin Ismail En. Ahmad Radhafizal bin Abd Manaf Pn Norhayati bt Mamat En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas En Mohd Nur Azrul bin Ismail En Mohd Hamedan bin Embong Cik Hadibah bt Mohamad Darus Pn Rohana bt Jusoh En Rizalme b Sani En Anas b Abu Bakar En Ahmad b Rosli En Mohd Nur Azrul bin Ismail En Mohd Abd Hafizdin b Ismail En Adib bin Musa Pn Noriada bt Abd Rahman Pn Suria bt Mohamed Pn Mazuini bt Zulkifli Cik Nurul Nadiah bt Mohd Razali Pn Wahida bt Muhammad

Turut hadir

:

Pn. Faizah Hanum bt Abdullah (PK 1) En. Nasir bin Ibrahim (PK HEM) Pn. Revathi A/P Kurusamy Pillay (PK KK) Pn. Noris bt Kassim (Penyelaras)

1. Ucapan Pengerusi 1.1 1.2 1.3 Pengerusi memulakan dengan ucapan “selamat sejahtera dan selamat datang” kepada semua ahli jawatankuasa unit beruniform. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran yang sangat memuaskan. Pengerusi menyatakan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan perkhemahan unit beruniform yang akan diadakan. Tindakan: Makluman

2. Perbincangan Pelaksanaan Kertas Kerja Perkhemahan 2.1 Setiausaha unit beruniform menyatakan bahawa dalam kertas kerja yang akan dibuat, mestilah mengandungi maklumat-maklumat penting seperti tajuk, aktiviti yang akan dijalankan, keselamatan, kos perbelanjaan, cadangan tarikh, tempoh pelaksanaan program, lokasi yang strategik untuk perkhemahan, kumpulan sasaran, makanan dan senarai AJK pelaksanaan program. Tindakan: Makluman

3. Perbincangan Tentang Perkhemahan Tahunan 3.1. Tempat, Tarikh, Bilangan Hari dan Kumpulan yang terlibat 3.1.1 En. Nasir mencadangkan lokasi perkhemahan diadakan di Padang SK Jalan Baharu, Perai. Tindakan: Pengerusi. 3.1.2 Pn. Wahidah pula mencadangkan bahawa lokasi perkhemahan diadakan di Lata Sedim, Kulim. Tindakan: Pengerusi.

3.1.3 Rundingan membincangkan dan sebulat suara memilih Padang SK Jalan Baharu, Perai sebagai lokasi perkhemahan. Tindakan: Makluman. 3.1.4 Ahmad Radhafizal mencadangkan tarikh pada 27 Oktober 2012 dan 28 Oktober 2012 ini bagi perkhemahan unit beruniform. Tindakan: Pengerusi 3.1.5 Cik. Nurul Nadiah mencadangkan kumpulan yang terlibat bagi perkhemahan ini ialah ahli-ahli unit beruniform yang berada dalam tahun 6 supaya mereka didedahkan dengan satu pengalaman dan ilmu tentang perkhemahan dan sebagai program terakhir kepada mereka berada di sekolah rendah. Tindakan: Makluman 3.2. Pelantikan AJK pelaksanaan 3.2.1 Pengerusi mencadangkan AJK pelaksanaan perkhemahan kepada beberapa unit iaitu : • • • • • • • • • • • AJK tapak perkhemahan AJK makanan dan minuman AJK keselamatan dan kecemasan AJK sukan dan riadah AJK kerohanian AJK urusetia AJK hadiah dan cenderamata AJK kewangan AJK elektrik, siaraya dan dokumentasi AJK persembahan AJK pengurus peserta

Tindakan: Makluman

4. Perbincangan mengenai perbelanjaan 4.1 Perbelanjaan / keperluan program : 4.1.1 Makanan : • • • • • • • • Makan Tengahari (Jumaat) Minum Petang (Jumaat) Makan Malam (Jumaat) Minum Malam (Jumaat) Sarapan (Sabtu) Minum Pagi (Sabtu) Makan T/Hari (Sabtu) Minum Petang (Sabtu)

Tindakan : Makluman 4.1.2 Peralatan untuk perkhemahan :  Khemah (10 buah)  Tali  Lampu picit (6 unit)  Kompas (6 unit)  Komputer riba , LCD dan skrin putih  Peti kecemasan (2 kotak)

 Kain putih 5 meter  Cat jenis pelaka (merah, biru, kuning) Tindakan : Makluman

4.1.3 Penghargaan : • Cenderamata diberikan kepada guru besar dan guru-guru pengiring. • Hadiah kepada kumpulan para peserta yang menang dalam pertandingan yang dianjurkan. Tindakan : Makluman 4.2 Keselamatan : 4.2.1 Setiap murid akan dilindungi oleh insurans berkelompok. Keselamatan setiap murid juga akan dijaga oleh guru pengiring. Tindakan : Makluman

5. Aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan semasa perkhemahan bersepadu 5.1 Antara aktiviti yang telah dibincangkan dan ingin dilaksanakan. • • • • • • • • Penyediaan Gejet & Anyaman Daun kelapa Pertandingan Kawad Senaman pagi Sukaneka Kembara Malam Pertandingan Memasak Pemeriksaan Khemah Persembahan Kebudayaan Tindakan : Makluman 5.2 Majlis perasmian 5.2.1 Program Perkhemahan Unit Beruniform ini akan dirasmikan oleh Puan Zaitun bt Yahaya, Guru Besar SK Jalan Bharu, Perai. Tindakan : Makluman

6. Hal-hal lain 6.1 Ucapan Pengerusi 6.1.1 Pengerusi ingin membuat mesyuarat kecil dengan semua ahli jawatankuasa pelaksanaan pada 4 Oktober 2012 untuk memastikan segala yang dirancang berjalan dengan jayanya. Tindakan : Makluman 6.1.2 Pengerusi berharap segala yang dirancang akan berjaya dengan baik dan berharap kerjasama dari semua pihak bagi memastikan perancangan projek ini akan berjaya. Tindakan : Makluman 6.1.3 Wakil bendahari menyatakan bahawa baju t-shirt berharga RM21.00 bagi baju yang berlengan panjang dan RM20.00 bagi yang berlengan pendek untuk semua peserta program. Bayaran baju ini termasuk dengan bayaran yuran keseluruhan individu perkhemahan ini. Tindakan : Makluman 7. Penutup 7.1 Ucapan Penutup Pengerusi 7.1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi kerjasama dalam melaksanakan projek perkhemahan ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang. Disediakan oleh, ………………………….. (Noris binti Kassim) Penyelaras Unit Beruniform, Sek. Keb. Jalan Baharu, 13700 Perai, Disahkan oleh, ………………………………. (Zaitun binti Yahaya) Guru Besar Sekolah Keb. Jalan Baharu, 13700 Perai,

Pulau Pinang.

Pulau Pinang. TEKS PENGERUSI MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN TARIKH : 28 OKTOBER 2012 TEMPAT : PADANG SK JALAN BAHARU, PERAI

BIL

ACARA Apabila Perasmi tiba

TEKS UCAPAN Mengumumkan ketibaan Pn. Zaitun bt Yahaya, Guru Besar Sekolah Kebangsan Jalan Baharu, Perai. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berbahagia, Pn. Zaitun bt Yahaya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu. Yang dihormati, En. Nasir bin Ibrahim Kem Komandan Perkhemahan Unit Beruniform. Yang dihormati, En. Bohari bin Ishak Penolong Kem Komandan. Yang Berusaha, para urusetia Perkhemahan unit Beruniform. Fasililator-fasililator Perkhemahan, Perkhemahan, para peserta

CATATAN

1.

Protokol majlis

Apabila VIP bersedia

Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. 2. Menyatakan kesyukuran Sirih berlipat siri pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam Perasmian Program Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah.

3.

Bacaan doa

Para hadirin yang mulia, Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar majlis mendapat keberkatan

Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan sukacitanya dijemput Al-Fadhil ustaz Hasrul untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Setelah selesai bacaan doa........... Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil ustaz atas bacaan doa sebentar tadi.

4.

Ucapan alu-aluan oleh wakil peserta.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya mempersilakan adik Wan Zairul bin Wan Ahmad, wakil peserta perkhemahan untuk memberi ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. (pause) Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

5.

Ucapan oleh perasmi

Sidang dewan yang mulia, Kini tibalah waktu yang dinantikan iaitu ucapan Perasmian Penutupan Program Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan Pn. Zaitun bt Yahaya, Guru Besar Sek. Keb. Jalan Baharu untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan penutupan rasmi Program Perkhemahan Unit Beruniform. Dengan penuh takzimnya dipersilakan. Setelah selesai ucapan ...

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian yang berusaha Pn Zaitun bt Yahaya, Guru Besar SK Jalan Baharu, atas ucapan dan kesudian beliau menutup rasmi program Perkhemahan Unit Beruniform itu tadi

6.

Nyanyian lagu rasmi

Lagu- Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis pada hari ini telah sampai ke penghujungnya. Merdu bertingkah alunan suara, Kadang tak sedar tersilap kata, Andai terlanjur patah bicara, Serendah hati kemaafan dipinta. -Sekian, saya wabilahi............ akhiri majlis dengan lafaz suci

7.

Dengan bismillah kita mulai , Alhamdulillah wassala tanabi, Dengan takdir Illahi Rabbi, Selesailah sudah upacara merasmi. Songket biru tampak berseri, Tenunan indah buat arjuna, Tersilap bicara harap maafi, Ketemu lagi, di lain acara Majlis mengumumkan Yang Berbahagia Pn. Zaitun bt Yahaya meninggalkan majlis. Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabillah.....wassalamualaikum w.b.t.

8.

Contoh Peraturan-Peraturan Keselamatan Perkemahan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenalmengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program. Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali . Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia. Tidak dibenarkan perkhemahan. membeli makanan dan minuman dari luar semasa

10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan. Aktiviti penggunaan air dan api penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan. perlu dijalankan di bawah

18.

Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.

19. 20.

Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

Lampiran 1 Contoh Surat Pemberitahuan Tentang Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2003. Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, 13700 Perai. Pulau Pinang. Kepada Semua Ibu Bapa/Penjaga Pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu. Tuan / Puan, Pemberitahuan Tentang Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2012. Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk 2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform sepertimana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Tajuk Tarikh Masa Tempat Sasaran : Perkhemahan Sekolah 2012. Unit Beruniform Peringkat Rujukan Tuan: Rujukan Kami: Tarikh :

SKJB/05/PPS/2012(11) 20 September 2012

: 27 Hingga 28 Oktober 2012. : 8.00pg hingga 4.30ptg. : Kawasan Padang SK Jalan Baharu. : Pelajar Tahun 6, SKJB.

Penyertaan : 70 pelajar dan 45 guru.

Sekian untuk makluman tuan, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ............................................. ( PN ZAITUN BT YAHAYA ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu. s.k 1. 2. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

Lampiran 2 Contoh Surat Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Kapada Guru Besar Setiausaha, Jawatankuasa Pelaksana, PPS/10/SU/2012(12) Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform, Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, 13700 Perai, Pulau Pinang. Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2012. Sukacita perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan perkhemahan tersebut pada ketetapan berikut : 2.1 2.2 2.3 2.4 Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 27 hingga 28 Oktober 2012. Sabtu hingga Ahad. 8.00 pg – 4.30 ptg. Kawasan Padang SK Jalan Baharu. Rujukan Tuan: RujukanKami: Tarikh :20 September 2012

3. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan perkhemahan untuk makluman dan tindakan tuan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ................................. ( REVATHI A/P KURUSAMY PILLAY ) Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, Merangkap Setiausaha, Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Unit Beruniform. s.k. 1, 2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah Fail Perkhemahan

Lampiran 3 Contoh Surat Kelulusan Daripada Guru Besar Bagi Mengadakan Perkhemahan Peringkat Sekolah Setiausaha, Jawatankuasa Pelaksana, PPS/10/SU/2012(12) Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform, Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu. Setiausaha, Jawatankuasa Pelaksana, Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform, Peringkat Sekolah 2012, Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, 13700 Perai, Pulau Pinang. Tuan, Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform, Peringkat Sekolah 2012. Sukacitanya perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk 2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedia maklum dan tiada halangan untuk tuan mengadakan perkhemahan tahunan tersebut selagi perkaraperkara tersebut di bawah dipatuhi : 2.1 2.2 2.3 2.4 Tiada unsur-unsur paksaan. Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga murid. Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kebajikan pelajar diutamakan Segala kutipan kewangan telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaksana dan persetujuan Ibu Bapa/Penjaga. Rujukan Tuan: RujukanKami: Tarikh :25 September 2012

Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ........................................... ( ZAITUN BT YAHAYA ) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu. s.k. 1. 2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah Fail Perkhemahan

Lampiran 4 Contoh Surat Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga Nama dan Alamat Ibu Bapa/Penjaga --------------------------------------------------------------------------------------------------No.Telefon: ..................................... Tarikh :

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, 13700 Perai. Pulau Pinang. Tuan / Puan, Kebenaran Untuk Menyertai Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2012 Saya …………………………………………………………….. No K/P……………………… Ibu / Bapa / Penjaga kepada …………………………………………………………………… Tahun …………………………. memberi kebenaran kepada anak/anak jagaan saya mengambil bahagian dalam perkhemahan tersebut di atas. Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak SK Bandar Jalan Baharu, Perai akan mengambil langkah-langkah keselamatan namun demikian saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa kehilangan harta, kemalangan, kecacatan anggota atau sebarang kecederaan lain terhadap anak/anak jagaan saya yang berlaku sepanjang perkhemahan tersebut. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah/pengelola/wakilnya memberi rawatan kecemasan atau pertolongan perubatan kepada anak/anak jagaan saya jika didapati perlu. Sekian, terima kasih. Pengakuan dibuat oleh: …………………… Tandatangan Nama: No. K/Pengenalan: Tarikh: Saksi: ……………………………………….. Tandatangan Nama: No. K/Pengenalan: Tarikh:

Lampiran 5 Contoh Surat Memohon Khidmat Hakim Pertandingan Sekolah Kebangsan Bandar Baru Uda 2, Jalan Padi Mahsuri, SKJB/5/PPS/2012(15) 13700 Perai, Pulau Pinang. Rujukan Tuan: RujukanKami Tarikh : 12 Oktober 2012 :

Ketua Polis Daerah Seberang Perai, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Polis Diraja Malaysia, Pulau Pinang. Tuan, Permohonan Khidmat Hakim Pertandingan Kawat Kaki Sempena Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2012. Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan Pertandingan Kawat Kaki sebagai satu aktiviti dalam Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2012 3. Oleh yang demikian bagi menjayakan Pertandingan Kawat Kaki tersebut dipohon jasa baik tuan untuk memberikan pegawai-pegawai berikut pelepasan dari tugas dari pejabat tuan untuk bertugas sebagai hakim dalam pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut: 3.1 Tarikh : 27 Oktober 2012 3.2 Masa : Mulai 3.30 petang 3.3 Tempat : Padang Kawat SK Jalan Bharu, Perai. 4. 5. Anggota-anggota yang dicadangkan adalah L/Kpl 1047873 Abu Bakar bin Abu Talib dan Kpl 572137 Abd Khalib bin Abd Hamid Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ........................................... ( ZAITUN BT YAHAYA ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu. s.k 1. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai. 2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 3. Fail Perkhemahan

Lampiran J1 Contoh Surat Perlantikan Dalaman Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, SKJB/5/PPS/2012(20) 81200 13700 Perai, Pulau Pinang. En. Ahmad Radhafizal, Guru Penasihat Pasukan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, 13700 Perai, Pulau Pinang. Tuan / Puan, Surat Pelantikan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2012 Sukacita perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan. Sehubungan itu tuan/puan dengan ini dilantik sebagai __________________________ ____________________________________________________dalam Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2012 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh Masa Tempat : : : 27 hingga 28 Oktober 2012. 8.00 pagi hingga 4.30 petang Kawasan Padang Jalan Baharu, Perai. Rujukan Tuan: RujukanKami: Tarikh : 20 Oktober 2012

Bersama ini dilampirkan panduan tugas untuk makluman serta tindakan tuan 4. Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ........................................... ( ZAITUN BT YAHAYA ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu. s.k. 1. 2. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.