Dinamika Dan Kemahiran Kelompok

Modul : Asertif

Pengenalan Sifat ketegasan diri atau tingkah laku asertif bukanlah merupakan suatu sifat semulajadi yang sedia terdapat pada diri seseorang individu. Sebaliknya, sifat ini merupakan suatu keupayaan dan kemahiran yang boleh dipelajari serta dibina melalui latihan asertif. Perkataan asertif ialah asal dari perkataan Inggeris iaitu “assertive” yang bermaksud melahirkan pendapat dengan tegas. Menurut Bandura (1977), sifat ketegasan diri membolehkan seseorang berpuas hati dengan tingkah lakunya dan masyarakat akan menghormatinya. Manakala mengikut Martin dan Pear (1978) tingkah laku asertif merupakan sesuatu perlakuan bagi individu melahirkan perasaan serta keperluannya kepada orang lain dengan lebih jelas. Menurut Allan (1989) dan Zuker (1989), tingkah laku asertif memungkinkan seseorang individu melakukan sesuatu perlakuan mengikut cara yang paling disukai. Ia juga mengemukakan sesuatu secara sendiri tanpa sebarang kerisauan dan melahirkan perasaan kejujuran dengan selesa. Selain daripada itu, Martin dan Pear (1978), Devito (1980) dan Huczynski (1983) mengatakan tingkah laku asertif sebagai suatu pengharapan tinggi seseorang dalam perundingan dengan orang lain dan mengharapkan tindak balas yang sewajarnya tanpa menyakiti perasaan.Tingkah laku asertif juga boleh membantu seseorang menghilangkan rasa malu, sedih dan selain itu juga tingkah laku asertif melibatkan kemampuan seseorang menyatakan perasaannya kepada orang lain sama ada berbentuk positif atau negatif dengan cara yang sesuai di samping menghormati hak-hak orang lain. Secara umumnya tingkah laku asertif dimaksudkan sebagai kebolehan seseorang menggunakan hak-hak sebenar terhadap dirinya dengan sebaik mungkin dan tanpa mengganggu hak-hak orang lain malah menghormatinya. Mengikut Norton dan Warnick (1976), Galassi dan Galassi (1977), terdapat empat ciri-ciri tingkah laku tingkah laku asertif yang perlu dihormati dalam komunikasi iaitu bersikap terbuka, tidak cemas, tidak menimbulkan perbalahan dan tidak menakutkan.

1

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok

Modul : Asertif

Nama Aktiviti A. 1. 2. 3.
i. ii.

Aktiviti 1 Masa Alat Objektif :

: Pohon Mengenal Diri : 15 minit : 1) Kertas kosong A4 (Lampiran 1) 2) Pensil

Saling mengenali sifat sebenar perilaku ahli kelompok Menggalakkan ahli kelompok untuk menyatakan perasaan mereka sendiri secara terbuka dengan menggunakan hak-hak sebenar yang ada pada setiap individu. Ahli dapat menerima sifat negatif yang ada padanya dan pada keseluruhan ahli bagi membuat penyesuaian. Mewujudkan perasaan dan suasana selesa di kalangan ahli. Langkah-langkah : Fasilatator akan mengedarkan kertas A4 kosong untuk semua ahli. Ahli diberi masa tiga minit untuk melukis pokok bagi menggambarkan tentang diri mereka iaitu dua sifat negatif dan dua sifat positif.

iii.

iv.

4.
i. ii.

Ahli dikehendaki menunjukkan gambar pohon tersebut sambil membaca semula membaca apa yang ditulis. 5.
i. ii. iii.

Perbincangan : Apa yang anda rasa apabila menyatakan sifat negatif anda? Apa yang ahli lain rasa apabila mendengar pengakuan dari ahli tersebut? Jika ada perasaan yang tidak selesa, bagaimana untuk anda mengatasinya? Falsafah : Meluahkan perasaan sendiri tanpa menyinggung perasaan orang lain. Menyatakan pandangan tanpa menghina dan menjatuhkan orang lain walaupun pendapatnya bertentang.

6.
i. ii.

2

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok

Modul : Asertif

B. 1. 2.

Aktiviti 2 : The Last Generation Masa : 20 minit Alat : 1) Pen 2) Belon 3) Kertas Undian Kumpulan (Lampiran 2)

3.
i.

Objektif : Melihat kepintaran di kalangan ahli kelompok dan bagaimana mereka menghadapi situasi yang mencemaskan. Menggalakkan ahli meluahkan perasaan dan pendapat masing-masing tanpa menyinggung perasaan orang lain..

ii.

Dapat menggunakan perkataan yang sesuai bagi mengemukakan permohonan yang mudah seperti cara yang digunakan untuk meminta rakan mereka bersetuju untuk dihantar ke planet lain. 4.
i. ii.

Langkah-langkah : Ahli dipecahkan kepada 2 kumpulan mengikut undian iaitu Kumpulan 1 & 2. Ahli diberi masa tiga minit untuk memilih dua orang dari satu kumpulan untuk menyelamatkan generasi terakhir di bumi. Mereka ini akan dipindahkan ke satu planet lain.

Apabila ahli telah mengenalpasti individu yang terpilih mereka dikehendaki mengikat tangan ahli tersebut dengan belon menandakan mereka telah bersetuju untuk dihantar ke planet tersebut. 5.
i. ii.

Perbincangan : Apa yang anda rasa apabila dipilih untuk dipindahkan ke planet lain? Jika anda rasa tidak gembira atau kurang bersetuju dengan cadangan rakan anda, bagaimana cara untuk anda meluahkan perasaan tersebut tanpa menyinggung perasaan kawan yang lain.

3

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok

Modul : Asertif

Kenapa anda memilih rakan anda? Kenapa anda sendiri tidak menawarkan diri untuk ke sana?
iii.

Apakah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Falsafah : Hargai diri sendiri dengan bersikap yakin dan tegas dalam membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh orang lain.. Dapat menolak sesuatu permintaan secara diplomasi tanpa memberi alasan yang negatif.

6.
i.

ii.

4

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok

Modul : Asertif

C. Aktiviti 3 : Rushing To The Bus 1. 2. 3.
i. ii.

Masa : 25 minit Alat : Keratan Arahan (Lampiran 3)

Objektif : Melihat sejauh mana ahli patuh kepada disiplin yang ditetapkan. Menyelami perasaan sebenar ahli apabila diperlakukan dengan sifat yang tidak disukainya (agresif).

Ahli kelompok dapat membezakan di antara sifat asertif, pasif dan agresif. 4.
i. ii.

Langkah-langkah : Ahli diberi keratan arahan (seperti di lampiran). 3 orang ahli masing-masing akan diberi keratan (A) dan (D), masing-masing akan diberi keratan (B) dan (C). 2 orang ahli

Ahli diberi masa selama tiga minit untuk membuat aksi seperti yang tercatat di dalam kertas arahan. 5. i.
ii.

Perbincangan : Apa perasaan anda apabila diperlakukan sedemikian? Apa perasaan anda apabila melakonkan aksi agresif?

Apa yang anda pelajari daripada aksi tadi? Apakah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah? 6.
i. ii.

Falsafah : Dapat membezakan antara sikap asertif dengan agresif dan pasif. Berempati dengan apa yang dirasai oleh ahli lain.

Mempraktikkan sikap asertif, percaya dan berkeyakinan terhadap diri sendiri.

5

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok

Modul : Asertif

Penutup Melalui latihan asertif seseorang individu akan melakukan tingkah laku asertif dan berasa selesa dengan tingkah laku tersebut tanpa mengganggu hak-hak orang lain. Menurut Wolpe (1969), sifat ketegasan diri sebagai kebolehan menunjukkan kemesraan, kasih sayang dan lain-lain perasaan yang bukan bersifat kecemasan. Melalui latihan asertif ini juga, ahli dilatih beberapa kemahiran seperti mendengar, mengemukakan permohonan yang mudah, dapat menolak sesuatu permintaan secara asertif, melahirkan perasaan marah, gembira atau sedih, mewujudkan kemahiran berkompromi melalui perundingan dan melakukan sesuatu perubahan tingkah laku yang proaktif. Dengan kata lain ahli dapat melahirkan perasaan dalam suasana yang terbuka dan harmonis. Justeru itu, pembinaan tingkah laku asertif adalah wajar diterapkan kepada ahli kelompok yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi agar mereka dapat bertindak dengan asertif dalam menghadapi pelbagai masalah dan isu. Seseorang yang bertindak asertif :  Dapat menyatakan pandangannya tanpa menghina orang lain walaupun pandangannya bertentangan dengan pandangan orang lain.

Menolak permintaan orang lain secara diplomasi tanpa memberi alasan yang negatif.

 Menolak atau menjauhi diri daripada pengaruh negatif. Tindakan asertif berlainan daripada tindakan agresif atau pasif:  Seseorang yang bertindak agresif bermaksud memaksa orang lain bersetuju dengannya atau mengikut kehendaknya. Tindakan seperti ini mengancam orang lain.

Seseorang yang bertindak pasif atau pengikut tidak sanggup atau tidak mampu memberi pendapat atau memperkatakan kehendaknya atau dapat meluahkan perasaannya. Akibatnya dia hanya akan mengikut kehendak orang lain walaupun dia sendiri ingin membuat keputusan lain.

6

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok

Modul : Asertif

“Berkatalah Benar Biarpun Pahit”

7

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok

Modul : Asertif

Bibliografi
1.

Barbara F.Okun. 2002 Effective Helping, Interviewing and Councelling Techniques, Canada

2.

http://www.webcastmy.com.my/unimasresearchgateway

8