You are on page 1of 12

SOALAN 2 (ESEI) PENGENALAN Teori-teori perkembangan moral perlu dikuasai oleh guru moral.

Pengetahuan ini memungkinkan guru memahami secara mendalam peringkat-peringkat perkembangan manusia khususnya di peringkat kanak-kanak dan remaja.Seseorang guru akan dapat berperanan sebagai agen sosialisasi denga lebiih berkesan kerana ilmu dan kemahiran yang hendak disampaikan perlu disesuaikan dengan peringkat-peringkat kematnagn fizikal ,emosi dan kognitif yang sesuai.Semua orang mempunyai potensi masing-masing.Sebagai guru,kita perlu mengesan potensi kanak-kanak dan remaja untuk mencapai tahap perkembangan pembelajaran yang optimum.Menguasai ciri-ciri perkembangan moral mengikut teori-teori tertentu menyebabkan perancangan program pendidikan moral menjadi lebih bermakna.Hal ini kerana pemilihan isi dan kaedah pengajaran ,penggunaan bahan serta pemberian tugasan kepada murid-murid dan pelajar selaras dengan prinsip pengajaran dan pembelajaran. Konsep perkembangan moral merujuk kepada pemahaman manusia tentang benar atau salah ,atau cara kita melakukan penilaian tentang apakah sesuatu perkara itu benar atau salah dari segi sudut pemikiran ,tingkahlaku dan perasaan.Dari segi teori pula ,kita dapati perkembangan moral kanak-kanak banayak bergantung kepada

ganjaran,hadiah,hukuman dan desakan.Tindakan moral pada peringkat awal kanak-kanak berlaku kerana pengaruh dan desakan faktor luaran.Apabila perkembangan fizikal dan mental berlaku,perkembangan moral beransur-ansur beralih kepada kesedaran diri atau faktor dalam individu itu sendiri.Kajian teori perkembagan moral dapat memberi kita rumusan mudah iaitu pada peringkat awal kanak-kanak punca tindakan moral mereka adalah dari pengaruh luaran seperti ganjaran,hukuman dan desakan.Contohnya

berkelakuan baik kerana ada ganjaran dandiberi pujian.Manakala pada peringkat kanakkanak dan awal remaja,punca tindakan moralnya ialah dari faktor dalaman atau kesedaran diri sendiri.Contoh,menolong ibu bapa membersihkan rumah kerana tahu nilai kebersihan dan kesedaran membantu ibu bapa. Konsep perkembangan moral mestilah meliputi perkembangan ketiga-tiga aspek dibawah yang saling berkaitan (Abd Rahman,2002:38),iaitu pertama pemikiran moral (Menghargai atau taakulan tentanga apa yang benar atau salah).Kedua,Perasaan moral (Menghargai dan ingin melakukan perkara yang baik) dan yang ketiga Tingkah laku moral (melakukan ti8ndakan yang benar ,baik dan betul).Jika dilihat dari segi

psikologi,perkembangan manusia sejak lahir hingga usia tua,perkembangan manusia

30

meliputi aspek fiziikal,mental,psikomotor,emosi,moral,personality,nilai dan sikap (Suppiah N.,Ramlah dan Abdul Aziz,2008:4). Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu faktor baka dan persekitaran .Faktor baka adalah faktor pewarisan daripada kedua ibu bap seperti cirri-ciri fizikal ,jantina ,sahsiah,kecerdasan dan penyakit.Sementara itu,faktor ibu bapa,sistempendidikan ,rakan sebaya ,media massa dan bahan bacaan .Sebenarnya semua faktor tersebut akan mempengaruhi perkembangan moral kanak-kanak dan remaja.Walau bagaimanapun,faktor keluarga pendidikan dan persekitaran lebih utama dalam mempengaruhi perkembangan moral.Sejauhmana interaksi dan keterlibatan kanak-kanak terhadap faktor persekitaran,ini akan menentukan tahap perkembangan moral mereka.Inteaksi dan pendedahan positif yang dialami ini akan mewujudkan perubahan dan peningkatan moral yang baik serta begitulah sebaliknya. Justeru,untuk memperoleh pengetahuan tentang perkembangan moral seseorang,ia perlu menganalisis beberapa teori.Namun disini saya akan menerangka secara terperinci mengenai teori perkembangan moral Kognitif Piaget dengan teori perkembangan social bandura dan akan diterangkan juga tentang bandingbeza antara dua teori tersebut. LATAR BELAKANG DAN TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF PIAGET Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget ialah Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.

Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."

Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola 31

perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanakkanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.Jean Piaget (1896-1980) menyusun teori

perkembangan moralnya yang dikenal sebagai teori struktural-kognitif. Teori ini melihat perkembangan moral sebagai suatu hasil interaksi antara pelaksana aturan, pengikut atau pembuatnya secara individual dengan kerangka jalinan aturan yang bersangkutan yang menunjukkan esensi moralitas itu. Fokus teori ini ada pada sikap, perasaan (afeksi), serta kognisi dari individu terhadap perangkat aturan yang bersangkutan (Kurtines, 1992: 513). Pendekatan ini bertujuan utk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yg berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kpd prinsip moral yg sejagat.Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilema moral sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya. Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe utk seseorang berfikir tentang beberapa alternative dalam dilemma tersebut. Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut.Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan moral . Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid. Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan/ pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral & perlakuan moral diberikan penekanan yg setara. LATAR BELAKANG DAN TEORI PERKEMBANGAN MORAL BANDURA Teori Perkembangna Moral Sosial Bandura, Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember 1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan disana. Semasa di Universiti of British Columbia, beliau menaiki bas awal kerana terpaksa berebut dengan pelajar jurusan lain 32

memandangkan kelas pengenalan psikologii adalah satu-satunya kelas yang paling awal diadakan di universiti tersebut. Kemudian, beliau melanjutkn pelajaran ke Universiti Iowa dan di sini beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologii pembelajaran yang terkenal pada ketika itu. Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi1. Dia memperoleh gelaran Master didalam bidang psikologii pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program kedoktorannya dalam bidang psikologii klinik pada tahun 1952. Setahun setelah lulus, ia bekerja di Standford University. Beliau banyak terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia dan tertarik pada nilai eksperimen. Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran, pemahaman dan evaluasi. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan kanak-kanak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya2. Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan pembelajaran peniruan (observational learning), dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity). Menurut Bandura proses mengamati dan meniru perilaku dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar. Bandura (1977) menyatakan bahawa "Learning would be exceedingly laborious, not to mention hazardous, if people had to rely solely on the effects of their own action to inform them what to do. Fortunately, most human behaviour is learned observationally through modelling: from observing others one form an idea of her

33

new behaviour are performed, and on later occasion this coded information serves as a guide for action". Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan. Kondisi lingkungan sekitar individu sangat berpengaruh pada pola belajar sosial jenis ini. Contohnya, seorang yang hidupnya dan dibesarkan di dalam lingkungan judi, maka dia cenderung untuk memilih bermain judi, atau sebaliknya menganggap bahawa judi itu adalah tidak baik. PERBEZAAN TEORI JEAN PIAGET DAN ALBERT BANDURA Kedua-dua teori tersebut mempunyai teori-teori yang tersendiri dan

berbeza.Walaupun kedua-dua teori ini membincangkan tentang teori kognitif kanakkanak,Namun teori mereka ini masih mempunyai perbezaan-perbezaan dan pendapat masing-masing. Terdapat beberapa perbezaan yang dapat dikaitkan antara dua teori ini antaranya ialah konsep yang diguna pakai, gaya berfikir, dan ciri-ciri dalam teori-teori ini. dalam karangan seterusnya akan menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan teori dua tokoh besar ini. DARI SEGI KONSEP Dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ini, jean Piaget ini lebih menekankan pada proses-proses yang dipanggil proses mencapai keseimbangan. Menurut beliau, kanakkanak perlu melalui proses-proses tersebut dalam memastikan perkembangan mereka tidak terbantut. Terdapat empat proses yang diperkenalkan oleh Jean Piaget antaranya ialah skema, adaptasi, asimilasi, dan akomodasi. Dalam mencapai dan menjalani proses tersebut, pengalaman setiap kanak-kanak merupakan item penting kerana pengalaman itulah yang akan membentuk satu sistem yang dipangil skema. Menurut Piaget juga, proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil sebagai Organisasi. Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan sesuatu masalah atau situasi yang memerlukan penyelesaian. Misalnya kanak-kanak yang membina skema bahawa setiap yang bertayar empat adalah kereta. Dengan itu apabila mereka melihat bas, mereka juga akan mengganggap bas itu adalah kereta. Apabila diterangkan hal sebenar, kanak-kanak tersebut boleh mengalami kekeliruan dan akan mencuba membina skema baru dalam otaknya. Proses perubahan skema lama kepada baru ini dipanggil proses adaptasi yang mana ia berkait dengan proses asimilasi dan proses akomodasi.

34

Asimilasi berlaku apabila kanak-kanak tersebut cuba untuk memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman-pengalaman dengan skema yang telah sedia ada. Mereka ini akan memadankan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada. Manakala akomodasi ini pula merupakan proses yang berlaku apabila kanakkanak tersebut dapat menukarkan skema yang lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya mengaplikasikan skema baru tersebut. Dengan proses-proses ini akan memberi keseimbangan dalam diri kanak-kanak tersebut dalam meningkatkan proses perkembangan mereka. Berbeza dengan Bandura yang mana beliau tidak mempunyai proses-proses Seperti yang dikatakan oleh Piaget di atas sebaliknya beliau lebih menekankan bahawa pembelajaran kanka-kanak berlaku dengan cara memerhati orang lain melakukan sesuatu ,iaitu memerhati gerak balas yang ditonjolkan.Bandura telah memperkembangkan konsep pelaziman klasik dan operan yang memntingkan perkaitan antara ransangan dan gerak balas (R-G),iaitu pembelajaran melalui peniruan.Bandura mendapati banyak perlakuan manusia dipelajari melalui contoh,teladan,meniru gaya dan penggunaan bahasa. Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif) dan persekitaran. Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau telah mengemukakan teori pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit sockeroodalam video. Setelah menonton video kanak-kanak ini diarah bermain di bilik permainan dan terdapat patung seperti yang ditayangkan dalam video. Setelah kanak-kanak tersebut melihat patung tersebut, mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam video (Ramlah Jantan & Mahani Razali 2004). Berdasarkan teori ini terdapat beberapa cara peniruan iaitu meniru secara langsung. Contohnya guru membuat demostrasi cara membuat kapal terbang kertas meniru secara langsung. Seterusnya proses peniruan dan pelajar

melalui sekatlakuan dan

taksekatlaku. Contohnya kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak merupakan taksekatlakuan di padang. Keadaan sebaliknya jika kanak-kanak bersorak di dalam kelas semasa guru mengajar, semestinya guru akan memarahi dan memberi tahu perlakuan yang dilakukan tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut, jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut. Proses peniruan yang seterusnya ialah elisitasi. Proses ini timbul apabila seseorang melihat perubahan pada orang lain. Contohnya seorang kanan-kanak melihat rakannya melukis bunga dan timbul keinginan dalam diri kanak-kanak tersebut untuk melukis bunga. Oleh itu, peniruan berlaku 35

apabila kanak-kanak tersebut melihat rakanya melukis bunga (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004). Perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut pandangan pemikir islam yang terkenal pada abad ke-14 iaitu Ibnu Khaldun perkembangan kanak-kanak hendaklah diasuh dari perkara yang mudah kepada perkara yang lebih susah iaitu mengikut peringkatperingkat dan kanak-kanak hendaklah diberikan dengan contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera. Menrut Ibnu Khaldun, kanak-kanak hendaklah diajar atau dibentuk dengan lemah lembut dan bukanya dengan kekerasan. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh dibebankan dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan mereka. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak mahu belajar dan mencerca pengajaran yang disampaikan (Nadira Anis Syarina Hamidi,Nur Fatiha Azam & Nur Hazwani Hamzah 2009). Bagi pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu membuat empat unsur utama dalam peniruan iaitu pertama,tumpuan (Attention).Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Sosial Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku. Kedua,penyimpanan ('Retention').Subjek yang memerhati harus mengekod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini. Ketiga,penghasilan ('Reproduction').Setelah mengetahui atau mempelajarai

sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. Contohnya, memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan. Keempat,motivasi.Motivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura kerana ia adalah penggerak individu untuk terus melakukan sesuatu.

36

Antara cirri-ciri teori pemodelan Bandura ialah unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai dan lain-lain.Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif. PERBEZAAN PERINGKAT ANTARA TEORI PIAGET DAN BANDURA. Terdapat beberapa peringkat dalam perkembangan kognitif Jean Piaget antaranya ialah tahap sensorimotor yang berlaku pada awal kelahiran kanak-kanak sehingga berusia dua tahun. Peringkat ini merupakan situasi yang baru bagi kanak-kanak dalam perkembangan kognitif mereka yang mana mereka menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Skema-skema yang terbentuk adalah hasil interaksi fizikal bayi dan persekitarannya. Misalnya perbuatan mengenggam tangan, bayi akan mengenggam apabila diberi sesuatu objek pada tangannya untuk proses pengecaman tekstur permukaan objek yang ada pada tangannya dan proses ini akan meningkatkan maklumat bayi terhadap objek melalui pengalamannya yang pernah memegang objek tersebut. Peringkat sensori motor juga merupakan peringkat yang mana kanak-kanak akan melakukan imitasi iaitu proses peniruan terhadap tingkah laku yang dilihat atau diperhatikan. Misalnya mereka akan meniru perlakuan orang sekelilingnya yang melambai tangan. Aktiviti ini adalah pada umur kanak-kanak sekitar 1 hingga 4 bulan. Pada umur 4 hingga 8 bulan pula, kemahiran kanak-kanak untuk duduk dan mencapai semakin meningkat. Mereka juga akan memanipulasikan objek yang ada di sekitarnya. Walau bagaimanapun, mereka masih lagi terikat pada tingkah laku yang telah diulang sendiri bukan kemahiran yang baru. Tahap ini bermula dari awal kelahiran hingga 2 tahun. Tahap yang kedua pula dikenali sebagai tahap praoperasi yang mana kanak-kanak berusia dari umur 2 hingga 7 tahun. Kanak-kanak yang berada pada tahap ini mula menggunakan symbol dalam permainan misalnya seperti mengandaikan sudu sebagai kereta apabila ditolak ke lantai. Hal ini menunjukkan kualiti pemikiran mereka ini masih di tahap yang rendah berbanding orang dewasa. Piaget juga mengatakan proses kanak-kanak akan menjadi sempurna dengan beberapa asas yang berlaku seperti kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira dan melalui latihan yang diulang itu menjadi satu rangkaian tingkah laku yang kukuh dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema yang stabil. Bukan itu sahaja, Piaget juga mengataan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. 37

Sementara ingatan pula mengenai satu proses pembinaan dan pengumpulan peristiwa lalu dan bayangan pula bermaksud satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik (daripada pandangan dan pendengaran) yang dikumpulkan di bahagian mental. Terdapat dua bahagian dalam tahap ini iaitu tahap pro-konseptual dan tahap pra-operasi yang mana pada tahap-tahap ini, kanak-kanak masih tidak dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama kerana mereka tidak dapat penerangan yang ada dalam pemikiran mereka. Tahap yang seterusnya ialah operasi konkrit iaitu berlaku pada umur kanak-kanak 7 tahun hingga 11 tahun. Mereka akan mula ingin mengetahui tentang sesuatu yang menarik minat mereka. Semangat inkuiri ini seterusnya akan berkembang menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Mereka juga akan mula bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan memasuki zaman persekolahan. Peringkat yang terakhir ialah tahap operasi formal yang berlaku pada usia 11 tahun keatas yang mana pada masa ini kanak-kanak mempunyai kebolehan dalam memikirkan beberapa pertimbangan bagi sesuatu masalah dan dapat berfikir secara abstrak. Justeru itu, mereka dapat menyelesaikan masalah kompleks yang melibatkan operasi abstrak. Hal ini berbeza dengan teori Bandura yang mana beliau tidak menekankan tahaptahap yang dikatakan dalam teori Piaget di atas. Beliau lebih banyak menekankan aspek peniruan dan permodelan. Jenis-jenis peniruan ialah pertama peniruan langsung.Pembelajaranan langsung dikembangkan berdasarkan teori pembelajaran sosial dari Albert Bandura. Pembelajaranan langsung adalah model pembelajaranan yang dirancang untuk mengajarkan pengetahuan deklaratif dan pengetahuan prosedural yang diajarkan setahap demi setahap. Ciri khas pembelajaranan ini adalah adanya modeling, iaitu suatu fasa di mana seseorang memodelkan atau mencontohkan sesuatu melalui demonstrasi bagaimana suatu keterampilan itu dilakukan.Meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui proses perhatian. Contoh: meniru gaya penyanyi yang disanjungi. Kedua,peniruan tak langsung.Peniruan adalah melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung.Contohnya meniru watak yang dibaca dalam buku, memerhati seorang guru mengajar rakannya. Ketiga,peniruan gabungan .Peniruan jenis ini adalah dengan cara menggabung tingkah laku yang berlainan iaitu peniruan langsung dan tidak langsung.Contohnya pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna daripada buku yang dibacanya. menyusun

38

Keempat,peniruan sekat laluan.Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja.Contohnya tiru fesyen pakaian di TV, tapi tidak boleh dipakai di sekolah. Kelima,peniruan tak sekat laluan.Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi.Contohnya, pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya. Perkara lain yang harus diperhatikan bahawa faktor model atau teladan mempunyai prinsip-prinsip iaitu tingkat tertinggi belajar dari pengamatan diperoleh dengan cara mengorganisasikan sejak awal dan mengulangi perilaku secara simbolik kemudian melakukannya. Proses mengingat akan lebih baik dengan cara mengkod perilaku yang ditiru kedalam kata-kata, tanda atau gambar dari pada hanya penglihatan sederhana (hanya melihat saja). Sebagai contoh belajar gerakan tari dari pelatih memerlukankan pengamatan dari berbagai sudut yang dibantu cermin dan seterusnya ditiru oleh pelajar pada masa yang sama. Kemudian proses meniru akan lebih efisien jika gerakan tadi juga didukung dengan penayangan video, gambar atau kaedah yang ditulis dalam buku panduan. Prinsip seterusnya,individu lebih menyukai perilaku yang ditiru jika sesuai dengan nilai yang dimilikinya. Prinsip yang terakhir pula,individu akan menyukai perilaku yang ditiru jika model tersebut disukai dan dihargai serta perilakunya mempunyai nilai yang bermanfaat. Teori belajar sosial dari Bandura ini merupakan gabungan antara teori belajar behavioristik dengan penguatan dan psikologii kognitif, dengan prinsip modifikasi tingkah laku. Proses belajar masih berpusat pada penguatan, hanya terjadi secara langsung dalam berinteraksi dengan lingkungannya. Sebagai contoh penerapan teori belajar sosial dalam iklan television. Iklan selalunya menampilkan bintang-bintang yang popular dan disukai masyarakat, hal ini untuk mendorong konsumen agar membeli sabun supaya mempunyai kulit seperti para "bintang". Teori belajar dari Bandura ini tampaknya memang boleh berlaku umumnya dalam semua langkah pendidikan sosial, komunikasi, informasi dan latihan, namun kerana keadaannya yang umum tadi maka sulit dilakskkanak-kanak-kkanak-kanakan dalam sekolah-sekolah formal, sehingga kaedah belajar sosial dari Bandura ini agak sulit dilakukan. Hanya dalam situasi sosial dan kemasyarakatan sahaja banyak terjadinya pembelajaran sosial. IMPLIKASI ANTARA TEORI PIAGET DAN BANDURA

39

Dalam perbandingan di antara dua teori ini mendapati pelopor kedua-dua teori ini iaitu Jean Piaget dan Bandura ini mempunyai matlamat dan fungsi teori yang sama iaitu mereka ini cuba untuk menjelaskan pada generasi selepas mereka berkenaan dengan perkembangan kognitif menurut pandangan masing-masing.Bagi teori perkembangan moral kognitif piaget beliau lebih menitikberatkan perancangan pengajaran berpusatkanpelajar dengan mengambil kirakeupayaan pelajar.Guru juga hendaklah mengenalpasti ZPD pelajar melalui penyediaan beberapaaktiviti yang berkaitan.Guru perlu memilih pelajar yang lebih berkemahiran untuk mengajar pelajar yang belum menguasai.Guru hendaklah menyediakan banyak contoh dan bahan sumber yang boleh membantu pelajar.Guru juga hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar.Berbeza dengan implikasi bagi

Bandura,dimana penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar.Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat menirudengan cepat.Hasilan guru juga hendaklah bermutu tinggi.Guru boleh

menggunakanrakan sebaya yang cemerlang sebagai model.Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi. KELEBIHAN ANTARA TEORI PIAGET DAN BANDURA Jean Piaget lebih dikenali dengan teori perkembangan intelektual yang

menyeluruh,yang mencerminkan adanyakekuatan antara fungsi biologi dan psikologi.Beliau berpenadpat bahawa kanak-kanak mampu meneroka dan membina pengetahuan sendiri.Manakala bedasarkan teori Bandura lebih lengkap dibandingkan teori pembelajaran sebelumnya kerana teori lebih menekankan bahawa lingkungan dan kelakuan seseorang dihubungkan melalui sistem kognitif orang tersebut.Bandura memandang tingkah laku manusia bukan semata-mata kerana refleksi atas stimulus,melainkan juga akibat reaksi yang timbul akibat interaksi antara lingkungan dengan skema kognitif manusia itu sendiri. KELEMAHAN ANTARA TEORI PIAGET DAN BANDURA Namun teori-teori ini juga mempunyai kelemahannya iaitu teori Piaget memandang rendah keupayaan kanak-kanak yang lebih luas.Manakala Bandura,tidak dapat member gambaran keseluruhan perkembangan.

KESIMPULAN Apa yang dapat disimpulkan ialah perbezaan antara kedua-dua teori ini hanyalah pada konsep dan peringkat-peringkat dalam teori masing-masing. Teori yang mereka perkenalkan ini adalah berdasarkan dengan kajian-kajian dan hasil daripada penelitian 40

mereka sendiri. Piaget terkenal dengan konsep yang terdiri daripada skema, adaptasi, asimilasi, dan akomodasi. Bukan itu sahaja, peringkat-peringkat yang diperkenalkan oleh beliau juga turut dijadikan garis panduan bagi pengkaji pada masa kini. Begitu juga dengan Bandura yang terkenal dengan konsep pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan. Dalam membahaskan perbezaan antara dua teori ini, terdapat beberapa perkara yang juga turut juga dijelaskan namun tidaklah secara menyeluruh. Namun begitu tidak dapat dinafikan lagi bahawa mereka juga telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada dunia psikologi dan juga dalam bidang pembelajaran kerana dengan teori-teori inilah yang dapat menolong para pendidik dalam memahami dan mendapat gambaran awal tentang tingkah laku atau kognitif kanak-kanak pada masa kini.

PENUTUP Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, bidang psikologi pada masa kini sangat penting untuk mencapai objektif yang betul dalam kehidupan kita sama ada dari aspek pembelajaran atau dari aspek pengaplikasian dalam bidang kerjaya masing-masing. Kebiasaanya bidang psikologi ini banyak dikaitkan dengan proses pembelajaran dalam profession perguruan. Sesuai dengan arus permodenan hari ini, kanak-kanak pada masa kini juga semakin bijak dalam aspek kognitif dan behavior, untuk itu guru-guru perlu bijak dalam mengawasi atau mengawal sesuatu yang melibatkan kanak-kanak ini. terdapat banyak lagi teori-teori yang boleh dikaji atau dipraktikal secara khusus dalam menangani isu kanak-kanak yang bermasalah atau untuk mengenalpasti permasalahan pelajar dalam pembelajaran. Namun begitu teori-teori dalam psikologi Islam juga harus diterapkan bagi menyeimbangkan lagi pembelajaran tersebut. Selaku pengajar, aspek atau nilai-nilai Islam tidak boleh ditinggalkan kerana iai merupakan item yang penting untuk menguatkan rohani kita dalam pembelajaran akan datang.

41

You might also like