1 2 3 RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

PEMARKAHAN TUGASAN 1 TUGASAN 2 E FORUM JUMLAH

KOD & NAMUS

QKJ3013 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

TAJUK TUGASAN 1. Aplikasi kemahiran merancang pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi muridmurid berkeperluan khas yang terpilih di sekolah-sekolah atau pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti.

KUMPULAN UPSI 02

DISEDIAKAN OLEH NAMA NITO ANAK TONY NO. ID D20112055167 NO. TELEFON 014-5841002

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK OMAR BIN MD. SALLEH

TARIKH SERAH: 8 NOVEMBER 2013

PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Encik Omar bin Md. Salleh kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN Halaman

1.0

Pendahuluan

1

2.0

Topik 2.1 2.2 Subtopik-Rancangan Pelajaran Harian Subtopik-Rasional Dan Kesesuaian Rancangan Pelajaran 3 6

3.0

Topik-Dokumentasi Bahan

8

4.0

Topik-Perbincangan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran

13

5.0

Penutup

15

RUJUKAN

16

LAMPIRAN

Pendahuluan Pendidikan Jasmani adalah satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di negara kita. Walaupun mata pelajaran pendidikan jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia namun subjek ini nyata signifikan kerana merupakan satusatunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh mata pelajaran-mata pelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Tambahan lagi, selain daripada menjadi bidang ilmu itu sendiri, subjek ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat. Dalam konteks kaitan antara pendidikan jasmani dengan pendidikan formal, pendidikan jasmani adalah penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam masyarakat (de Vries, 1995). Pendidikan formal ialah proses di mana masyarakat melalui sekolah, universiti dan lain-lain institusi pengajian menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkumpul daripada satu generasi ke satu generasi. Sekolah adalah salah satu institusi pengajian formal. Subjek pendidikan jasmani di sekolah pula dirangkumkan ke dalam kurikulum persekolahan. Pendidikan jasmani adalah satu bentuk pendidikan formal (de Vries, 1995). Malah, pendidikan jasmani dilihat sebagai subjek yang lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tidak ada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal. Aspek-aspek yang dinyatakan adalah amat penting bagi golongan berkeperluan khas kerana sebahagian pelajar mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang kurang sempurna. Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Masalah kecacatan fizikal tidak dapat dipulihkan dengan rawatan perubatan sahaja tetapi pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang boleh mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998). Oleh yang demikain, pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar khas yang dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu yang 1

dilaksanakan di sekolah-sekolah di negara kita. Aktiviti jasmani suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masa kini. Malah jika dilihat daripada skop yang lebih luas, pendidikan jasmani suaian untuk golongan khas adalah lebih kritikal daripada golongan normal.Di Malaysia tidak banyak tempat yang disediakan sesuai bagi memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah namun golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas bagi melibatkan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna. Misalnya terdapat di kalangan pelajar yang mengalami otot-otot yang kurang sempurna tidak boleh melakukan pergerakan seperti pelajar biasa. Begitu juga pelajar yang mengalami masalah deria tidak dapat bergerak sebebas dan sepantas pelajar biasa. Ini akan menyebabkan mereka merasa rendah diri dan tersisih. Aktiviti pendidikan jasmani yang bersesuaian perlu disediakan bagi melatih dan melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum dalam menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Selain daripada itu, aktiviti pendidikan jasmani suaian juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi terhadap golongan istimewa ini.

2

Rancangan Pelajaran Harian Nama Guru Tarikh Masa : Nito Anak Tony : 11 September 2013 : 0820 hingga 0940

Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani Suaian Darjah Tajuk : Dua Bilangan Murid: 8 orang Umur Purata: Lapan Tahun

: 1.1: Mari Bergerak : a. Murid-murid biasa berjalan semasa menuju ke tempat tertentu sama ada di rumah atau di sekolah. b. Murid-murid biasa berlari sewaktu pergi dan balik apabila melakukan aktiviti dengan cepat. c. Murid-murid biasa menggerakkan tangan, kaki dan anggota badan yang lain apabila melakukan sesuatu aktiviti.

Pengetahuan Sedia Ada

Objektif Pelajaran

: i. Murid dapat berjalan mengikut laluan dengan seimbang berpandukan arahan guru. ii. Murid dapat berlari mengikut arah dengan laju mengikut panduan daripada guru. iii. Murid dapat menggerakkan tangan, kaki dan tubuh badan yang lain dengan serentak.

Penerapan Nilai

: i. Hormat ii. Rajin iii. Kerjasama

Sumber Pengajaran-Pembelajaran

: i. Buku Teks ii. Peralatan iii. Padang atau gelanggang 3

Perkembangan Pelajaran Set Induksi ( 10 Minit )

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Aktiviti Murid Aktiviti Guru 1.Mengehadkan kawasan aktiviti. 2.Mengetuai aktiviti senaman pemanasan badan.

Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran Guru

Pendahuluan dan memanaskan badan.

1.Membuat latihan bebas. 2.Melakukan senaman pemanasan badan.

Perkembangan Langkah I ( 20 Minit )

Larian bebas.

1.Berlari seperti burung di dalam gelanggang. 2.Berlari seperti kapal terbang di dalam gelanggang.

1.Menunjukkan contoh larian. 2.Memberi isyarat mula dan berhenti.

Gelanggang/Padang

Langkah II ( 20 Minit )

Lari berganti-ganti.

1.Melakukan larian

1.Demonstrasi larian

Wisel Baton Kon

berganti-ganti pada jarak berganti-ganti dan dekat. 2.Berlumba mengikut kumpulan masingmasing. 4 memegang baton. 2.Membahagikan murid kepada kumpulan dan memberi isyarat mula.

Langkah III ( 20 Minit )

Permainan kecil. 1.Permainan “Perigi Racun” 2.Permainan “Main Kejar-kejar”

1.Berpegangan tangan membentuk bulatan dan menarik antara satu sama lain. 2.Mengelak daripada terjatuh dalam bulatan atau „perigi‟. 3.Bermain kejar-kejar antara satu sama lain.

1.Memberi arahan kepada murid membentuk bulatan dan menarik rakannya. 2.Mengawasi semua murid melibatkan diri dalam permainan. 3.Memastikan semua murid melibatkan diri. 1.Mengarahkan murid berkumpul, lari setempat, menarik dan menghembuskan nafas.

Gelung rotan

Penutup Pelajaran ( 10 Minit )

Larian setempat

1.Berkumpul mengikut kumpulan, lari setempat, menarik dan menghembuskan nafas.

Wisel Gelanggang/Padang Guru

Refleksi: i. Pelajar dapat menggerakkan tangan, kaki dan anggota badan yang lain semasa melakukan aktiviti.

5

Rasional bagi setiap aktiviti yang terkandung dalam sesi pengajaran yang dirancang. 1. Aktiviti pendahuluan dan pemanasan badan: i. Menggalakkan murid-murid menggunakan masa secara berfaedah sambil menunggu pelajaran sebenarnya dimulakan oleh guru. ii. Memberi kesan kepada murid- murid seperti melonggarkan sendi-sendi, menggerakkan otot-otot utama, merangsangkan kordinasi otot saraf dan menambahkan ketangkasan. 2. Aktiviti larian bebas: i. Membuat pergerakan menurut isyarat guru seperti mula, berhenti dan tukar pergerakan. ii. Menjalani latihan yang sama di bawah arahan dan pengawasan seorang guru. 3. Aktiviti lari berganti-ganti: i. Murid-murid hendaklah dalam keadaan sedia menyambut dan berlari. ii. Mata hendaklah memandang kepada baton yang akan diberikan kepadanya. iii. Murid-murid mempraktikkan aktiviti setelah satu tunjuk cara atau penerangan ringkas daripada guru. 4. Aktiviti permainan kecil: i. Murid-murid dalam bulatan, menarik antara satu sama lain dan mengelak daripada terjatuh atau ditangkap oleh rakan. ii. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan dan menjalankan aktiviti. iii. Memberi latihan dalam pelbagai kegiatan, memperkukuhkan lagi kemahiran asas dan menggalakkan perkembangan sifat-sifat sosial yang positif. 5. Aktiviti larian setempat: i. Memastikan bahawa murid-murid tenang kembali dan bersedia untuk balik ke kelas secara teratur. 6

Kesesuaian rancangan pelajaran menggunakan murid berkeperluan khas. 1. Aktiviti pemanasan badan: i. Murid berkeperluan khas dapat melakukan senaman regangan bermula dari bahagian kepala hingga kaki. 2. Aktiviti larian bebas: i. Murid berkeperluan khas bergerak atau berlari bebas dengan panduan atau tanpa panduan daripada guru. ii. Mereka boleh berlari secara bebas sama ada ke kiri atau kanan, ke depan dan belakang. 3. Aktiviti larian berganti-ganti: i. Murid berkeperluan khas dapat melakukan kedudukan sedia sebelum memulakan larian. ii. Mereka mampu berlari dan memegang baton dengan baik. iii. Mereka boleh membuat pertukaran baton dengan cara yang betul. 4. Aktiviti permainan kecil: i. Murid berkeperluan khas boleh membentuk bulatan. ii. Mereka dapat membuat kumpulan sendiri apabila diarahkan oleh guru. iii. Mereka boleh memberi kerjasama semasa menjayakan aktiviti di dalam kumpulan. 5. Aktiviti larian setempat: i. Murid berkeperluan khas mampu beratur semula mengikut barisan dan kembali ke kelas sendiri.

7

Dokumentasi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 1. Aktiviti pendahuluan dan pemanasan badan.

8

2. Aktiviti larian bebas: a. Berlari seperti burung.

b. Berlari seperti kapal terbang.

9

3. Aktiviti lari berganti-ganti.

10

4. Aktiviti permainan kecil: a. Permainan “Perigi Beracun”.

b. Permainan “Main Kejar-kejar”.

11

5. Aktiviti penutup: a. Larian setempat.

b. Menarik dan menghembus nafas.

12

Perbincangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 1. Kekuatan pelajaran yang dirancang: a. menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh matapelajaran-matapelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. b. menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid. c. mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat. d. penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam masyarakat. e. pendidikan jasmani suaian dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain. f. aspek psikomotor dan fizikal adalah amat penting kepada golongan berkeperluan khas kerana sebahagian pelajar mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna. g. membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi. h. pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar khas yang dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu. i. melatih dan melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. j. menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini. k. membantu mengurangkan atau mengendurkan ketengangan yang dialami. l. merangkumi kesihatan psikologikal, termasuk pembentukan kognitif, sosial, afektif dan moral mereka yang mengikuti program ini. m. memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasa seronok dan berguna. n. meningkatkan konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence). 13

2. Kelemahan pelajaran yang dirancang: a. kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan. b. jumlah pelajar yang terlalu ramai untuk pengajaran yang kondusif. c. peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas. d. pelajar khas yang dipinggirkan oleh pelajar normal. e. cuaca yang panas dan tidak kondusif kepada pelajar khas. f. masalah fizikal bagi pelajar-pelajar khas. g. kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas. h. tingkah laku pelajar khas kerana terdapat mereka yang agresif. i. masalah komunikasi antara guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal. 3. Pelaksanaan program pendidikan jasmani suaian. Dalam melaksanakan program Pendidikan Jasmani Suaian guru juga perlu memilih pendekatan yang bersesuaian bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani Suaian ini menggunakan 2 pendekatan yang utama iaitu: a) pendekatan kategori dan b) pendekatan tanpa kategori . Pendekatan kategori melibatkan perlaksanaan program adalah berdasarkan pengkelasan keupayaan spesifik individu dalam populasi khas. Pendekatan kategori ini khusus dikelaskan kepada keupayaan spesifik yang sama. Jenis kategori yang digunakan ialah: (i) (ii) (iii) Ketidakupayaan Sensori Ketidakupayaan Intergrasi Ketidakupayaan Motor Pendekatan tanpa kategori lebih kepada tahap keupayaan motor dan pengkhususannya. Pendekatan ini lebih bersifat umum dan ini membolehkan interaksi yang lebih 14

luas. Pendekatan ini juga dianggap berkesan di dalam bidang pendidikan kerana dapat menghindarkan tanggapan yang negatif terhadap golongan kurang upaya. Penutup Pendidikan jasmani suaian terancang untuk golongan khas tidak kurang penting seperti juga golongan normal. Faedahnya tidak terhad kepada kesihatan fizikal tetapi juga merangkumi kesihatan psikologikal termasuk pembentukan kognitif, sosial, afektif dan moral mereka yang mengikuti program ini. Kesempatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasa seronok dan berguna. Sebagai tambahan, apabila seseorang pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence) (Hvozdovic, 2003). Keterangan ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Jansma dan French (1994) yang merujuk pendidikan jasmani suaian sebagai “modifikasi aktiviti fizikal tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang untuk mengambil bahagian secara selamat, berjaya, dan mendapat kepuasan” (Jansma dan French, 1994).

15

Rujukan Nani Menon, (2005). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Bentong, Pahang. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Teng Boon Tong, (1995). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Teng Boon Tong, (1985). Pendidikan Jasmani Di Sekolah Rendah. Petaling Jaya: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Teo Teik Lee dan Aziz Omar, (1984). Permainan-permainan Kecil dan Istilah Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd. http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdf http://www.perlaksanaan

16