You are on page 1of 19

KERTAS KERJA AKTIVITI

Tajuk Aktiviti PILIHANRAYA KAMPUS PMU SESI DISEMBER 2013

Tarikh 18 DISEMBER 2013 (RABU)

Tempat POLITEKNIK MUKAH SARAWAK Anjuran JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR, POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

1.0

TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Politeknik Mukah Sarawak untuk mengadakan Pilihanraya Kampus Politeknik Mukah Sarawak Tahun 2014. PENGENALAN Pilihanraya Kampus (PRK) di peringkat KPT bagi universiti-universiti di Malaysia sememangnya telah lama dijalankan. Sementara itu, politeknik-politeknik Malaysia pula mempunyai kaedah masing-masing untuk membuat pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Walaubagaimanapun kaedah pemilihan yang dijalankan, ia masih menepati peraturan dan kaedah-kaedah di dalam Akta 174. Seiring dengan kehendak semasa, pemilihan melalui pengundian dan pengiraan undi dicadangkan untuk dilaksanakan bagi memastikan perwakilan pelajar adalah terdiri dari kalangan yang benar-benar terpilih oleh pelajar dan mendapat sokongan secara majoriti. Oleh yang demikian, dicadangkan sistem pilihanraya terbuka dilaksanakan dengan acuan politeknik sendiri sesuai dengan sistem demokrasi kampus. Walau bagaimanapun kawalan dan penelitian sebelum, semasa dan selepas pilihanraya perlu dititikberatkan agar pilihanraya yang berlaku adalah bersih dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pihak yang diberi tanggungjawab mengendalikan pilihanraya kampus ini dinamakan sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Kampus.

2.0

3.0

KOD PROGRAM H02: Kepimpinan OBJEKTIF Melantik Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mukah Sarawak Bagi Sesi 2014. Memberi peluang kepada pelajar memilih wakil mereka melalui system demokrasi yang adil dan berkesan.

4.0 4.1 4.2

4.3

Melahirkan para pelajar yang matang dan faham akan keperluan dan kepentingan kepimpinan di kalangan pelajar.

5.0

TARIKH & TEMPOH PELAKSANAAN 18 Disember 2013 (Rabu) Tempoh: 1 hari

6.0

TEMPAT Politeknik Mukah Sarawak

7.0 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6

Konsep Pilihanraya Kampus Berasaskan kepada penamaan calon, pengundian dan penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pengundian dilaksanakan untuk memilih beberapa orang calon sahaja (ditetapkan) di kalangan calon-calon yang menawarkan diri di setiap jabatan. Calon-calon yang berjaya menjadi calon pilihanraya boleh berkempen di dalam majlis yang disediakan oleh jabatan di dalam tempoh kempen tersebut. Poster calon akan digantung sebagai iklan memaklumkan pencalonan kepada warga jabatan/kampus. Pengundian secara manual/kertas undi akan dilaksanakan. Calon-calon yang menang akan menubuhkan jawatankuasa MPP PMU.

8.0

CARTA ALIR PROSES PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) LAMPIRAN 1

9.0

AGIHAN KERUSI PILIHANRAYA LAMPIRAN 2

10.0 10.1

SYARAT-SYARAT PILIHANRAYA KAMPUS CALON i. Merupakan pelajar yang sah berdaftar sebagai pelajar sepenuh masa PMU. ii. Pelajar pernah menduduki peperiksaan pertama dan lulus pada peperiksaan tersebut. iii. Bukan pelajar kursus secara sambilan (KKS). iv. Pelajar semester 1 yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di mana-mana politeknik tidak dibenarkan menjadi calon. v. Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) tidak kurang daripada 3.0. vi. Tidak pernah mengulang semester. vii. Pelajar tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib. viii. Mendapat pengesahan/ sokongan/ saksi dari mana-mana pegawai jabatan politeknik. ix. Mana-mana calon yang pernah menjadi Exco MPP pada tahun-tahun sebelumnya tetapi gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik dinasihatkan tidak bertanding. x. Menjadi calon, menyususn strategi pilihanraya dan juga berkempen merupakan hak calon secara individu. Tiada kumpulan-kumpulan tertentu dan penglibatan pihak ketiga (pihak luar) adalah dilarang dan membolehkan pencalonan calon berkenaan dibatalkan. xi. Membayar deposit/ jaminan kebersihan sebanyak RM20 seorang. Deposit ini akan dipulangkan selepas pilihanraya setelah JPK berpuashati dengan semua poster calon yang bertanding dibersihkan oleh semua calon yang bertanding. xii. Syarat-syarat menjadi calon di atas adalah terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif kecuali perkara i. dan ii.

10.2

PROSEDUR PENAMAAN CALON i. Seseorang pelajar hanya layak menjadi calon bagi satu kerusi yang dipertandingkan sahaja. ii. Seseorang calon untuk sesuatu kerusi jabatan mestilah terdiri daripada pelajar di jabatan itu sahaja. iii. Tiap-tiap calon mestilah mempunyai seorang pencadang dan seorang penyokong. iv. Seseorang pelajar hanya dibenarkan mencadang atau menyokong seorang calon sahaja. v. Seseorang calon bagi sesuatu kerusi tidak layak menjadi pencadang atau menyokong calon lain yang bertanding dalam pemilihan pelajar. vi. Semua penamaan calon hendaklah dibuat dengan menggunkan Borang Penamaan Calon (Borang 1.0 – Lihat Lampiran 3), yang boleh didapati di Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP). vii. Borang penamaan calon yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Pusat Penamaan Calon pada hari penamaan calon. viii. Semua calon dan pencadang/ penyokong-penyokong masing-masing hendaklah hadir semasa hari penamaan calon. ix. Percanggahan maklumat yang dikemukakan dalam borang penamaan calon boleh menyebabkan pencalonan itu tidak sah dan seseorang calon itu ditolak dari bertanding dalam Pemilihan. x. Pada hari penamaan calon berlangsung pada masa yang ditetapkan. Dalam tempoh tersebut, mana-mana calon yang ingin menarik diri mestilah mengisi borang Penarikan Pencalonan (borang 2.0 – Lihat Lampiran 4). xi. Borang Pengisytiharan Calon (borang 4.0 – Lampiran 5) yang mempunyai senarai nama calon yang layak bertanding akan dipamerkan untuk pengetahuan umum di Pusat Penamaan Calon pada masa yang ditetapkan. Sebarang bantahan berhubung dengan penamaan calon hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan Pencalonan (borang 3.0 – Lampiran 6) kepada Pengurus Pilihanraya dalam tempoh tersebut. xii. Sekiranya selepas penamaan calon ditutup didapati jumlah calon bagi sesuatu jabatan yang tertentu itu sama dengan jumlah kerusi-kerusi yang dipertandingkan, Pengurus Pilihanraya akan mengisytiharkan calon-calon yang menang tanpa bertanding dan mengisi borang pengisytiharan menang tanpa bertanding (borang 4.0 – Lampiran 5). xiii. Sekiranya jumlah calon melebihi jumlah kerusi yang dipertandingkan bagi sesebuah jabatan tertentu itu, Pengurus Pilihanraya akan mengumumkan pilihanraya akan dijalankan. xiv. Sekiranya bilangan calon kurang daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan, Pengurus Pilihanraya akan mengisytiharkan calon-calon berkenaan menang tanpa bertanding dan Pengurus Pilihanraya akan menyerahkan urusan perlantikan kepada Ketua Eksekutif bagi Kerusi Umum dan Ketua Jabatan bagi Kerusi Jabatan.

10.3

PENGUNDIAN i. Setiap pelajar berdaftar sepenuh masa wajib menunaikan tanggungjawab mengundi pada hari mengundi. Kegagalan pelajar mengundi tanpa alas an munasabah boleh dikenakan tindakan setimpal. ii. Setiap pelajar hanya boleh memilih dan mengundi jumlah kuota kerusi MPP bagi jabatan masing-masing sahaja daripada senarai calon yang bertanding. iii. Pengundian hanya akan dilakukan sekali sahaja bagi setiap seorang pelajar.

iv. v.

Pelajar hanya akan member undi kepada calon daripada jabatan akademiknya sahaja. Pengiraan undi dijalankan secara manual.

10.4

TINDAKAN SEKIRANYA SITUASI BERIKUT BERLAKU:i. Jika calon yang bertanding seramai kuota kerusi jabatan  Pilihanraya kampus bagi jabatan berkenaan tidak akan diteruskan. Calon dianggap menang tanpa bertanding.

ii.

Jika calon yang bertanding kurang dari kuota jabatan  Pilihanraya kampus tidak perlu diteruskan.  Ketua Jabatan Akademik dan HEPP berhak melantik mana-mana pelajar jabatan untuk memenuhi kuota jabatan.

iii.

Jika tiada calon  Pilihanraya kampus di jabatan berkenaan tidak akan diteruskan dan jabatan perlu menamakan pelajar jabatan yang layak untuk mengisi kuota. Pelajar yang dicalonkan tidak boleh memegang jawatan utama dalam MPP kecuali dengan kebenaran Pengarah.  Program kesedaran tentang pilihanraya.

iv.

Jika bilangan calon terlalu ramai  Ketua jabatan boleh menggunakan apa jua budibicara untuk membuat sebarang keputusan mengenainya.  Pada dasarnya pencalonan tersebut perlu diterima dan pilihanraya kampus perlu diteruskan.

10.5

KEMPEN i. Pengenalan Aktiviti berkempen adalah merupakan aktiviti rutin yang berlaku dalam mana-mana pilihanraya termasuklah pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Malaysia. Untuk memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancer satu Pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihanraya (PasKem) ditubuhkan. ii. Keanggotaan PasKem diketuai oleh AJK Kempen yang dilantik melalui Jawatankuasa Pilihanraya Kampus (JPK). PasKem diketuai oleh Pegawai Disiplin Politeknik (PDP) yang dianggotai oleh Pegawai-pegawai Disiplin Jabatan (PDJ) dan mana-mana pegawai yang dilantik oleh JPK. Peranan utama pasukan ini adalah mengawalselia semua aktiviti berkempen sepanjang pilihanraya kampus berlangsung.

iii.

Tempoh Kuasa Tempoh kuasa bagi PasKem adalah bermula daripada pengumuman pembubaran Majlis PErwakilan Pelajar yang lepas sehingga tamatnya tempoh pilihanraya.

iv.

Fungsi dan Tanggungjawab Di antara tanggungjawab Paskem ialah:  Menguatkuasakan semua peraturan kempen.  Memantau keseluruhan aktiviti ketika kempen.  Mengambil tindakan terhadap sebarang salahlaku yang mengakibatkan peraturan kempen gagal dipatuhi.  Mengawasi keselamatan kempen secara keseluruhan.

v.

Kaedah Berkempen Kaedah berkempen tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan berkempen. Politeknik mengamalkan sesi berkempen yang terbahagi kepada dua, iaitu: a. Kempen Diri (Sudut Pidato/Pengucapan Awam)  Sesi perjumpaan untuk memperkenalkan semua calon yang bertanding.  Calon dibenarkan berucap di khalayak ramai mengikut peraturan yang ditetapkan oleh PasKem.  Calon-calon diberi peluang berucap selewat-lewatnya jam 11.00 malam.

b. Kempen Poster  Poster dicetak dan dikeluarkan oleh JHEPP/JPK mengikut warna jabatan. Jabatan Kejuruteraan Awam (Kuning), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (Merah), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (Biru), Jabatan Perdagangan (Hijau), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Ungu). Bilangan poster akan dicetak untuk setiap calon yang layak adalah sebanyak 50 keping sahaja atau mengikut peruntukan yang diluluskan. Calon boleh menambah bilangan poster dengan syarat sama dengan poster yang dibenarkan.  Calon-calon akan dibekalkan dengan poster berkempen oleh PasKem.  Calon-calon dibenarkan menambah jumlah poster dengan perbelanjaan sendiri.  Calon-calon dibenarkan mengedar risalah kempen dengan kebenaran PasKem.  Calon-calon dan wakilnya dilarang membuat kecaman-kecaman peribadi terhadap orang perseorangan.  Calon boleh menggangtung poster di mana-mana sahaja kawasan politeknik yang dibenarkan oleh PasKem dengan syarat tidak mengganggu ketenteraman awam dan lalulintas.  Calon hendaklah memastikan semua poster diturunkan dan dibersihkan dalam tempoh 72 jam selepas keputusan diumumkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wang deposit/jaminan kebersihan tidak akan dikembalikan. Wang tersebut akan diberikan kepada pihak lain yang diupah untuk menurunkan semua poster berkenaan tidak dipulangkan.

c. Peraturan Kempen Tempoh berkempen  Dicadangkan selama 5 hari termasuk hari cuti selepas penamaan calon.  Calon-calon dan wakilnya dilarang membuat kecaman peribadi terhadap individu perseorangan. Tidak menyentuh isu-isu sensitive yang boleh mengancam keselamatan Negara.  Bahan kempen hendaklah mendapat kebenaran PasKem.  Poster hanya boleh digantung sahaja dimana-mana kawasan kampus. 10.6 PENGIRAAN UNDI i. Pengiraan undi dibuat secara manual. ii. Keputusan akan dicetak dan disemak secara manual bagi menentukan kesahihan keputusan. KEPUTUSAN i. Keputusan akan diumumkan oleh Pengerusi JPK sebaik sahaja keputusan disahkan. ii. Calon yang terpilih akan dihantar ke Kolokium/Kursus Kepimpinan JPP untuk membentuk jawatankuasa/kabinet MPP PMU. iii. Keputusan adalah muktamad sebaik sahaja disahkan oleh Pengarah/Pengerusi JPK. Tiada bantahan atau cabaran selepas itu. PERUNTUKAN i. Poster sebanyak 50 keping bagi setiap calon yang bertanding dikeluarkan oleh JHEPP/JPK. ii. Lain-lain perbelanjaan sekiranya perlu. iii. Sijil penghargaan/ sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada semua calon yang bertanding.

10.7

11.0

POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
ANGGARAN PERBELANJAAN PILIHANRAYA KAMPUS PMU SESI DISEMBER 2013
Sumber Kew Keterangan PERUNTUKAN / HASIL TAP MPP JumlahPeruntukan / Hasil Tiada Peruntukan diperlukan PERBELANJAAN Makanan RM5.00 x 30 orang x 2 hari Mineral Water RM13.00 x 10 kotak 130.00 30.23% 300.00 69.77% 430.00 430.00 100% Jumlah % Perbelanjaan

Jumlah Perbelanjaan

430.00

100%

12.0

ORGANISASI JPK LIHAT LAMPIRAN 6 LAIN-LAIN BERKAITAN LIHAT LAMPIRAN 7 KESIMPULAN/PENUTUP Perubahan demi perubahan yang merujuk kepada penambahbaikan sistem pelantikan barisan kepimpinan pelajar adalah perlu bagi memastikan pergerakan pelajar PMU lebih mantap dan boleh dibanggakan oleh semua pihak. Pilihanraya kampus ini akan dikawal dan diadun dengan sebaik mungkin mengikut acuan PMU. Pengaruh politik kepartian akan cuba dielakkan bagi memastikan ketulenan pilihanraya yang berlaku. Sekaligus menggambarkan kematangan pelajar di dalam arus kepimpinan mereka.

13.0

14.0

Lampiran 1 Carta Alir Proses Pilihanraya Kampus (PRK)

PENGARAH
PENURUNAN KUASA

TIMB. PENGARAH AKADEMIK

TIMB. PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK PENGURUS PR KAMPUS

JHEPP

MPP

 Mengeluarkan notis kekosongan  Penamaan Calon  Penetapan Tarikh (Borang 2)

PILIHANRAYA

JADUAL PERTAMA PERATURAN PILIHANRAYA POLITEKNIK 2013 BORANG 1

WRIT PILIHANRAYA OLEH TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK

Kepada Pengurus Pilihanraya Politeknik Mukah Sarawak Tahun 2014 Bahawasanya diumumkan suatu pilihanraya akan diadakan bagi kerusi umum dan jabatan bagi tahun 2014. Jawatankuasa Pilihan Raya hendaklah membuat pilihanraya dalam tempoh 30 hari selepas Writ ini dikeluarkan. Dengan ini diumumkan bahawa tarikh penamaan calon ditetapkan pada 10 Disember 2013 dan tarikh pengundian pada 18 Disember 2013 (Jika ada pertandingan). Maka, oleh yang demikian Jawatankuasa Pilihanraya hendaklah mengadakan pilihanraya mengikut kaedah dan peraturan yang sedang berkuatkuasa dan hendaklah menghantar laporan pilihanraya kepada pihak kami dalam tempoh empat belas (14) hari dari keputusan pilihanraya dan tanpa kelengahan. Bertarikh pada …………………………. 2013

Dengan Arahan Pengarah.

…………………………………………………………………………. TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK

AKTA 174 – AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (Tatatertib) 1976 PERATURAN-PERATURAN PILIHANRAYA (PERJALANAN PILIHANRAYA)

BORANG 2

NOTIS UNTUK MEMILIH AHLI PERWAKILAN PELAJAR (MPP) POLITEKNIK MUKAH SARAWAK BAGI TAHUN 2014 BAGI KERUSI UMUM DAN BIRO

Setelah Ketua Eksekutif Politeknik mengeluarkan suatu Writ kepada Jawatankuasa Pilihan Raya Politeknik untuk pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi Pilihan Raya Tahun 2014, maka ditetapkan jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah seperti berikut: a. Kerusi Umum b. Kerusi Biro : Tujuh (7) kerusi : Dua Puluh Satu (21) kerusi

Penamaan calon akan diadakan pada 10 Disember 2013 Jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi di Dewan Kuliah Utama bagi menjalankan proses penamaan calon. 2. Setiap calon hendaklah hadir bersama dengan seorang pencadang dan seorang penyokong serta melengkapkan borang pencalonan. 3. Kertas pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada petugas pilihanraya pada hari penamaan calon sebelum jam 10.00 pagi hari tersebut. 4. jika calon yang dinamakan hanya menepati kerusi yang dipertandingkan maka calon itu hendaklah serta merta mengisytiharkan sebagai dipilih bagi Majlis Perwakilan Pelajar untuk kerusi tersebut. Walau bagaimanapun jika bilangan calon melebihi dari jumlah kerusi yang diperuntukkan maka Jawatankuasa Pilihanraya Politeknik akan mengadakan pengundian pada 18 Disember 2013.

……………………………………………………………………. Pegawai Pengurus Pilihanraya Kampus (JPK)

Lampiran 2 Kerusi Yang Dipertandingkan

YANG DIPERTUA

NAIB YANG DIPERTUA I

NAIB YANG DIPERTUA II

SETIAUSAHA

BENDAHARI

PENOLONG SETIAUSAHA

PENOLONG BENDAHARI

BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL

BIRO SERANTA DAN PERHUBUNGAN / PENERBITAN

BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN

BIRO KEROHANIAN DAN MORAL

BIRO KAMSIS

BIRO JABATAN

BIRO PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

BIRO PERPADUAN DAN INTEGRASI

Bilangan Kerusi Umum adalah sebanyak (7) kerusi, seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Yang Dipertua (1 kerusi) Naib Yang Dipertua (2 kerusi) Setiausaha (1 kerusi) Penolong Setiausaha (1 kerusi) Bendahari (1 kerusi) Penolong Bendahari (1 kerusi)

Bilangan Kerusi Biro yang dipertandingkan adalah sebanyak dua puluh satu (21) kerusi, seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Biro Kebajikan dan sosial (2 kerusi) Biro Seranta dan Perhubungan/Penerbitan (2 kerusi) Biro Sukan dan Kebudayaan (2 kerusi) Biro Kerohanian dan Moral (1 kerusi – Pengerusi J/K Pusat Islam dan 1 kerusi melalui pilihanraya) Biro Perpaduan (2 kerusi) Biro Kamsis (1 kerusi lantikan terus – Pengerusi J/K Kamsis dan 1 kerusi melalui pilihanraya) Biro Jabatan (2 wakil bagi setiap jabatan) Biro Pembimbing Rakan Sebaya (1 kerusi lantikan terus – Pengerusi PRSP dan 1 kerusi melalui pilihanraya)

Bilangan kerusi biro yang dipertandingkan di setiap jabatan adalah mengikut kuota yang telah ditetapkan iaitu: Bil. 1 2 3 4 5 Jabatan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Kejuruteraan Awam Jabatan Kejuruteraan Elektrik Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Jabatan Perdagangan Jumlah Kerusi Bilangan Kerusi Yang Dipertandingkan 4 4 4 4 5 21

14.1

Disediakan Oleh Nama Jawatan No Telefon Tarikh : : : :

14.2

Semakan Oleh JHEPP Ulasan ………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… Nama Jawatan Cop Tarikh : : : :

14.3

Semakan Unit Kewangan Ulasan ………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… Nama Jawatan Cop Tarikh : : : :

14.4

Semakan dan Sokongan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Ulasan ………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… DISOKONG / TIDAK DISOKONG* Nama Jawatan Cop Tarikh : : : :

14.6

Kebenaran dan kelulusan Pengarah Ulasan ………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN* Nama Jawatan Cop Tarikh : : : :

LAMPIRAN 1

Tentatif Program (Sabtu)
6.00 Pagi 9.30 Pagi Berangkat dari Politeknik Mukah Tiba di Rumah Seri Kenangan Taklimat oleh Pengetua Seri Kenangan 10.00 Pagi 11.00 Pagi Khidmat Masyarakat di Rumah Seri Kenangan Ramah Mesra Bersama Penghuni Rumah Seri Kenangan

12 .00 Tengahari Berangkat ke Bandar Sibu/ Makan Tengahari 3.00 petang Berangkat Balik ke Politeknik Mukah

LAMPIRAN 2 JAWATANKUASA PELAKSANA Jawatan Penaung Penasihat Kelab Pegawai Pengiring Pengarah Program Penolong Pengarah Program Setiausaha JK Makanan Nama Tn. Hj. Abd Aziz Bin Talib Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Azrol Bin Adenan Pegawai Psikologi Woo Chiat Sing Pegawai Psikologi Mohammad Raimy Bin Sazali @ Razali Chong Yung Kong Bong Pui Ying Laling Chan Melissa Chew Kim Chu Nur Fazilah Aris Ivan Jong Shi Li Nur Syafiah Binti Roslan Mohammad Farasyazwan Bin A. Laili Mohd Aizat Bin Abd salam Husriani Binti Sabarudin Rommy Lau Bik Hing Brandon Preslley Libau Alfonso Deborah Sipai Kulay Priesheilla Sebi anak Magi Amylia Anak Mamat Christa Sua Siran Anak Mark Raymond Anak Pieus Valeney Bong Herr San Muhd Syazwi Syafiq Bin Muhammad Norung No KP No Telefon

940617-15-5097 940808-12-6790 940126-13-5454 930918-13-6587 941006-13-5614 940826-12-5038 940707-13-5719 940221-12-6214 930525-12-5587 931221-12-5881 940705-12-5352 950129-13-6523 940417-13-6131 950421-13-5026 950218-13-6808 950224-13-5182 940314-13-5304 950528-13-6061 941208-13-5882 940616-12-6075

JK Multimedia

JK Logistik

JK Kerohanian dan Kebajikan

LAMPIRAN 4 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN

POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
ANGGARAN PERBELANJAAN PILIHANRAYA KAMPUS PMU SESI DISEMBER 2013
Sumber Kew Keterangan PERUNTUKAN / HASIL TAP MPP 430.00 Jumlah % Perbelanjaan

JumlahPeruntukan / Hasil Tiada Peruntukan diperlukan PERBELANJAAN Makanan RM5.00 x 30 orang x 2 hari Mineral Water RM13.00 x 10 kotak

430.00

100%

300.00

69.77%

130.00

30.23%

Jumlah Perbelanjaan

430.00

100%