1.

0
1.1

KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK- KANAK
konsep

Setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma. Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’. Ia juga cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Atan Long (1980), turut menyatakan perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Tetapi, sifat perubahan ini tidak dapat diukur, malahan jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Menurut Paul Eggan dan Don Kauchak pula, mereka berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Selain itu, Slavin (1997) berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Menurut Karl E. Garisson pula, perkembangan jasmani dan pembelajaran merupakan satu tindakan yang saling berkaitan. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 1

1.2

Prinsip-Prinsip Perkembangan Kanak- Kanak Di dalam prinsip perkembangan kanak- kanak, terdapat beberapa prinsip yang

boleh kita ketahui. Menurut buku perkembangan kanak- kanak oleh penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi dan penulis Mok Soon Sang, proses perkembangan kanak- kanak berlaku mengikut arah tertentu mengikut aturan dan dapat diramalkan seperti dari arah kepala ke kaki (cephalocaudal), mengikut struktur dan fungsi (kepala dahulu sebelum badan dan kaki). Arah tengah ke tepi (proximodistal), dari tengah menghala ke tepi badan (tangan gerak dahulu baru gerak tangan dan jari). Untuk melihat perkembangan kognitif dan bahasa mereka, ia bermula daripada perkembangan konkrit kepada abstrak. Prinsip kedua ialah proses perkembangan mengikut susunan dan serupa bagi semua ahli. Sebagai contoh, ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Pada kebiasaannya bayi akan berdiri dahulu sebelum berjalan. Proses perkembangan bayi sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Dalam prinsip ketiga, proses perkembangan kanak- kanak berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus. Otot- otot besar akan berkembang dahulu berbanding otot yang kecil. Seterusnya, prinsip keempat menyatakan bahawa perkembangan kanak- kanak berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku berterusan daripada lahir kepada mati. Kemahiran yang dimiliki kanak- kanak akan bertambah dan sentiasa menerima kemahiran yang baru mengikut peringkat. Selain itu, perkembangan kanak- kanak berlaku mengikut kepantasan yang berbeza walaupun corak dan aturan perkembangan mereka sama. Tidak semua kanakkanak mencapai tahap perkembangan yang sama. Perkembangan yang lambat akan mengganggu perkembangan yang lain sebagai contoh sesetengah kanak- kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan tetapi ada juga kanak- kanak yang boleh berjalan pada umur 18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak- kanak tersebut. Prinsip perkembangan seterunya berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan. Ini bermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 2

Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.

2.0

Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan
Terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak- kanak iaitu baka

dan persekitaran. Baka atau keturunan diperoleh daripada ciri- ciri perwarisan yang dibawa daripada ibu bapa kepada anak- anak mereka. Oleh kerana itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang pintar akan melahirkan anak yang juga pintar. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain amat dipengaruhi oleh baka yang diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak mereka. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga boleh mempengaruhi kemampuan mental dan fizikal kita sama ada pandai atau tidak pandai. Faktor baka atau keturunan dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga kelahiran lagi. Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA. Sifat baka ibu bapa dibawa oleh gen- gen masing- masing di dalam bahan DNA dan RNA tersebut. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Dalam proses persenyawaan, percantuman sel sperma dan sel ovum akan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing- masing. Setelah proses pertukaran kromosom berlaku, ciri- ciri baka tersendiri akan terbentuk dan akan diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan. Setiap pasangan kromosom mempunyai gen- gen yang mengandungi cetakan trait dan ciri- ciri kebakaan daripada ibubapa. Rajah 1 merupakan proses persenyawaan yang akan menjadikan baka sebagai faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak- kanak. Seperti yang telah difahami, baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, kadar perkembangan setiap individu tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Ini dibuktikan EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 3

melalui kajian ahli-ahli psikologi seperti Arnold Gesell bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Bukan itu sahaja, kini faktor baka juga dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Gen ialah penentu utama dalam perwarisan. Ia terletak di lokus tertentu di kromosom (sejenis benda seni berbentuk panjang) dalam nukleus sel sperma dan sel ovum. Kajian menunjukkan DNA dan RNA yang terdapat dalam kromosom membawa gengen yang mengandungi sifat- sifat baka. Ciri- ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi dapat dipengaruhi oleh faktor genetik. Kajian membuktikan bahawa ciri- ciri fizikal luaran seperti warna rambut dan organ deria adalah diwarisi oleh gen- gen ibu bapa. Berdasarkan kajian, baka ibu bapa juga mewarisi emosi dalam diri anak- anak mereka. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak- kanak seterusnya kepada perkembangan personaliti mereka.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 4

Rajah 1 : Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom Melalui hasil carian internet di saya laman mendapati web sistem

http://peoplelearn.homestead.com/psycholearnPiaget.html,

kelenjar yang menghasilkan hormon dinamakan sistem endoktrin. Contohnya, kelenjar tiroid, tituitri dan adrenal. Hasil penelitian di lapangan indoktrinologi (kelenjar buntu) dalam buku perkembangan kanak- kanak oleh Mok Soon Sang pula menunjukkan adanya peranan penting dari sementara kelenjar-kelenjar buntu ini dalam pertumbuhan jasmani dan rohani dan jelas pengaruhnya terhadap perkembangan anak di peringkat prenatal dan posnatal. Terdapat lapan kelenjar utama yang dinyatakan iaitu pituari, pinel, tiroid, taimus, adrenal, pankreas, ovari dan testis. Untuk pengetahuan, sistem kelenjar akan menghasilkan hormon yang begitu penting dalam menguruskan kelancaran fungsi pembiakan, perkembangan, tumbesaran EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 5

dan tingkah laku manusia untuk berinteraksi dengan persekitaran. Perubahan di setiap perkembangan banyak mempengaruhi perubahan hormon manusia. Terutama sekali pada kanak- kanak yang masih dalam proses perkembangan tumbesaran yang sihat. Perkembangan tumbesaran kanak- kanak akan terbantut jika keadaan hormon tidak stabil. Penghasilan hormon akan melicinkan proses perkembangan badan dan sistem di dalam badan. Ia akan disalurkan melalui peredaran darah dan terus ke organ yang lain. Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak- kanak iaitu faktor persekitaran. Ia merujuk kepada pengalaman luar individu tersebut seperti pengalaman sebelum dan selepas lahir. Dalam peringkat prenatal (sebelum lahir), ia bermula dari zigot, hasil persenyawaan sperma dan ovum selama kira- kira 9 bulan. Kadangkala, lebih daripada satu telur akan dihasilkan oleh seorang wanita dalam persenyawaan dan akan menhasilkan anak kembar. Pengalaman sebelum lahir juga merangkumi gaya hidup ibu; adakah ibunya merokok semasa hamil, usia, keadaan emosi ibu. Suasana kesihatan dan kejiwaan ibu sangat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak dalam rahimnya. Ibu sebaiknya sentiasa mewujudkan komunikasi dengan anak sejak di dalam kandungan lagi. Apabila memasuki bulan keenam dan ketujuh waktu kehamilan, bayi sudah boleh mendengar suara-suara seperti degup jantung ibu, suara usus dan paruparu, begitu juga dengan suara lain di luar rahim. Anak di dalam kandungan akan lebih mengenali suara ibunya apabila ibunya sentiasa menepuk-nepuk perutnya sambil membisikkan kata manis. Hal ini akan menggoreskan memori di otak anak. Oleh itu, ibu sebaiknya membiasakan diri memperdengarkan bacaan kitab suci al- Quran kepada anak di dalam kandungan. Bacaan ayat al- Quran daripada ibu adalah yang paling jelas sekali dan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Faktor posnatal (selepas kelahiran) melibatkan kesihatan, bayi, baka, dan khasiat yang diterimanya sebelum dan selepas kelahiran. Semua ini dikatakan mempengaruhi perkembangan kanak- kanak. Mengikut rujukan buku perkembangan kanak- kanak melalui penulis Haliza Hamzah, Joy N, Samuel dan Rafidah Kastawi, apabila kesihatan bayi EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 6

selepas lahir dijaga, ini akan mempercepatkan pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah ketika bayi berumur antara enam hingga lapan bulan. Seterusnya, khasiat yang diberikan seperti susu ibu amat baik dalam mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut. Pada tahap ini, perkembangan motor yang merangkumi kemahiran- kemahiran kordinasi otot telah mula meningkat. Antara kemahiran motor yang disebut ialah memegang, menyedut, menghisap, duduk, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya. Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor perkembangan kanak- kanak. Perbezaaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanakkanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna. Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanakkanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak- kanak. Pemakanan yang diambil kanak- kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika makan dan minum. Penyusuan susu ibu adalah lebih baik kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Ketika sudah mencecah umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat aktif.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 7

7.0

Data dan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
Profil Murid dan Data MODEL KANAK-KANAK TAHAP 1 (2 TAHUN HINGGA 7 TAHUN) Nama Umur Kelas MURID 1 : Mohd Ammar Bin Rostam : 7 tahun : 1 Intan MURID 2 Nama : Siti Zubaidah Binti Hairol Umur : 7 tahun Kelas : 1 Mutiara Ukuran Fizikal Berat : 25.5 kg Tinggi : 123 cm Tangan : 43.8 cm Pinggang-kaki : 74.3 Perimeter kepala : 54 cm Ukur lilit pinggang : 64 cm Warna mata : Hitam Warna kulit : Kuning langsat Perkembangan Fizikal (data berdasarkan ujikaji yang dijalankan bersama perkembangan kognitif) Boleh menulis nama dan mengenal huruf tetapi tidak kemas. Tulisan sangat kecil. Pandai mengira dan mengenal nombor. Boleh bertutur dengan bijak dan baik. Struktur badan yang gempal. EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 8

Ukuran Fizikal Berat : 20.3 kg Tinggi : 122.5 cm Tangan : 43 cm Pinggang-kaki : 71.7 cm Perimeter kepala : 51.4 cm Ukur lilit pinggang : 59 cm Warna mata : Hitam

Warna kulit : Putih Perkembangan Fizikal (data berdasarkan ujikaji yang dijalankan bersama perkembangan kognitif) Boleh menulis huruf tetapi masih tidak pandai menulis nama sendiri. Boleh mengenal dan menulis nombor tetapi tidak kemas. Sentiasa aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Boleh bertutur dengan baik. Struktur badan yang kurus dan kecil.

MODEL KANAK-KANAK TAHAP 2 (7 TAHUN HINGGA 11 TAHUN) Nama Umur Kelas MURID 1 : Muhammad Imran Hakimi Bin Chairul : 9 tahun : 3 Intan Ukuran Fizikal Ukuran Fizikal Berat : 25 kg Tinggi :127.5 cm Tangan : 45 cm Pinggang-kaki : 76.8 cm Perimeter kepala : 49 cm Ukur lilit pinggang : 56.5 cm Warna mata : Coklat Berat : 24 kg Tinggi :125 cm Tangan : 43.8 cm Pinggang-kaki : 79.3 cm Perimeter kepala : 54 cm Ukur lilit pinggang : 56.5 cm Warna mata : hitam Warna Kulit : Coklat cerah Perkembangan Fizikal Perkembangan Fizikal (data berdasarkan ujikaji yang dijalankan bersama perkembangan kognitif) Boleh menulis nama dengan baik dan kemas tetapi tulisannya kecil. Berbadan kurus dan tinggi. Pertumbuhan gigi kekal bermula. Boleh bertutur dengan baik. Pandai menguruskan diri dari segi pakaian, pemakaian kasut dan rambut. (data berdasarkan ujikaji yang dijalankan bersama perkembangan kognitif) Badan yang kecil dan kurus Boleh menulis nama dengan kemas. Ketinggiannya lebih rendah daripada Imran. Setiap pergerakannya cekap dan teratur. Pandai menguruskan diri dari segi pakaian, kebersihan diri dan personaliti. MURID 2 Nama : Nur Najwa Khairina Binti Khairi Umur : 9 tahun Kelas : 3 Intan

Warna kulit : Coklat gelap

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 9

MODEL KANAK-KANAK TAHAP 3 (11 TAHUN KE ATAS) MURID 1 Nama : Muhd. Faiz Bin Faizal Umur : 12 tahun Kelas : 6 Intan Ukuran Fizikal Berat : 45 kg Tinggi :144 cm Tangan : 49 cm Pinggang-kaki : 92 cm Perimeter kepala : 54 cm Ukur lilit pinggang : 79.3 cm Warna mata : Hitam MURID 2 Nama : Farah Najwa Binti Ismail Umur : 12 tahun Kelas : 6 Intan Ukuran Fizikal Berat : 52 kg Tinggi :150 cm Tangan : 55.2 cm Pinggang-kaki : 89.5 cm Perimeter kepala : 59 cm Ukur lilit pinggang : 79.3 cm Warna mata : Hitam

Warna Kulit : Sawo matang Perkembangan Fizikal (data berdasarkan ujikaji yang dijalankan bersama perkembangan kognitif) Perkembangan lebih bercorak penambahbaikan kemahiran psikomotor yang telah sedia ada. Ketinggian lebih cepat bertambah. Menjadi lebih kurus. Kelihatan lebih kuat, cepat dan fokus kepada aktiviti yang dijalankan. Tulisan lebih kemas. Cenderung kepada permainan lasak.

Warna Kulit : Coklat Perkembangan Fizikal (data berdasarkan ujikaji yang dijalankan bersama perkembangan kognitif) Tulisan semakin cantik dan kemas. Boleh bertutur seperti orang dewasa. Berat badan yang seimbang dengan tinggi. Pandai menjaga ketrampilan diri dan mempunyai personaliti yang menarik. Pergerakan yang cekap dan mempunyai susuk badan yang agak berisi.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 10

7.1 JADUAL PURATA PERKEMBANGAN FIZIKAL TAHAP 1 TINGGI (INCI) 122.8 PANJANG TANGAN (INCI) 43.4 PINGGANG - KAKI (INCI) 73 UKUR LILIT PINGGANG (INCI) 61.5 PERIMETER KEPALA(INCI) 52.7 BERAT (KG) 22.9

140 120 100 80 60 40 20 0 T INGGI PANJANG T ANGAN PINGGANGK I AK UK LILIT UR PINGGANG PE IME E R TR K PALA E BR E AT T AP 1 AH

JADUAL PURATA PERKEMBANGAN FIZIKAL TAHAP 2 TINGGI (INCI) 126.3 PANJANG TANGAN (INCI) 44.4 PINGGANG - KAKI (INCI) 78.1 UKUR LILIT PINGGANG (INCI) 56.5 PERIMETER KEPALA(INCI) 51.5 BERAT (KG) 24.5

140 120 100 80 60 40 20 0 TINGGI P ANJANG TANGAN P INGGANGKAKI UKUR L IT IL P INGGANG P ERIMETER KEP A AL BERAT TAHAP2

JADUAL PURATA PERKEMBANGAN FIZIKAL TAHAP 3 EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 11

TINGGI (INCI) 147

PANJANG TANGAN (INCI) 52.1

PINGGANG - KAKI (INCI) 90.8

UKUR LILIT PINGGANG (INCI) 79.3

PERIMETER KEPALA(INCI) 56.5

BERAT (KG) 48.5

160 140 120 100 80 60 40 20 0 TINGGI P ANJANG TANGAN P INGGANGKAKI UKUR L IT IL P INGGANG P ERIMETER KEP A AL BERAT

TAHAP3

Jadual perkembangan fizikal kanak- kanak Perkembangan fizikal Tinggi Panjang tangan Pinggang- kaki Ukur lilit pinggang Perimeter kepala Tahap 1 (2 hingga 7 tahun)/ inci 122.8 43.4 73 61.5 52.7 Tahap 2 (7 hingga 11 tahun)/ inci 126.3 44.4 78.1 56.5 51.5 Tahap 3 (11 tahun ke atas)/ inci 147 52.1 90.8 79.3 56.5

Jadual berat kanak- kanak pada setiap peringkat Perkembangan fizikal Berat Tahap 1 (2 hingga 7 tahun)/ kg 22.9 Tahap 2 (7 hingga 11 Tahap 3 (11 tahun ke tahun)/ kg 24.5 atas)/ kg 48.5

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 12

PUR ATA F IK K AK K AK IZ AL AN - AN
INC I 160 140 120 100 TAH 1 AP 80 TAH 2 AP 60 TAH 3 AP 40 20 0

TINGGI

TANGAN

PINGGANG

K EPAL A

PINGGANGK I AK

PUR ATA B AT K AK K AK ER AN - AN
kg 50 40 30 20 10 0 BE RAT
TAH 1 AP TAH 2 AP TAH 3 AP

Model kanak- kanak yang ditunjukkan di atas merupakan kajian ke atas 3 peringkat umur perkembangan fizikal kanak- kanak. Pada tahap 1, kanak- kanak yang berumur EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 13

antara 2 hingga 7 tahun mempunyai kadar pertumbuhan dan perkembangan yang stabil dan tidak begitu pesat. Melalui profil dan data fizikal Ammar dan Siti, dapat dilihat bahawa perkembangan Siti lebih cepat berbanding Ammar. Siti juga sudah pandai menulis nama sendiri walaupun kurang kemas, berbanding Ammar, dia belum boleh menulis nama sendiri. Kadar perkembangan ini mungkin disebabkan latar belakang keluarga dan faktor genetik mereka. Di tahap 2 pula, kanak- kanak yang berumur antara 7 tahun hingga 11 tahun akan lebih mahir dalam kemahiran psikomotor yang telah mereka sedia ada. Perkembangan fizikal Imran dan Najwa juga dilihat berbeza. Berdasarkan graf, fizikal mereka pada tahap ini semakin meningkat berbanding tahap 1. Pengaruh baka dan persekitaran amat member kesan terhadap perkembangan mereka. Di tahap 3 pula, mereka yang berumur antara 11 tahun ke atas akan mengalami kadar pertumbuhan dan perkembangan yang cepat dan pesat. Berdasarkan penulis buku Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, mereka menyatakan perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Berdasarkan graf, penyataan tersebut adalah benar kerana perkembangan fizikal pada tahap 3 dilihat begitu cepat dan pesat sekali. Mereka juga telah mula mencapai tahap kematangan yang sesuai dengan peringkat umur. Menurut teori Arnold Gesell, baka dan kematangan adalah faktor penting dalam menentukan perkembangan kanak-kanak. Perkembangan mereka adalah unik antara satu sama lain dan tempoh 5 tahun pertama merupakan perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal,mental,emosi dan sosial. Mengikut teori perkembangan Robert Havighurst pula, perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga juga amat mempengaruhi personaliti mereka. Kesimpulannya, berdasarkan data dan graf berkaitan perkembangan fizikal kanakkanak, peringkat- peringkat perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza bagi setiap individu. Ibu bapa dan guru- guru perlu member perhatian terhadap setiap perkembangan kanak- kanak kerana setiap perubahan itu akan mempengaruhi kebolehan dan minat mereka dalam pembelajaran di sekolah.

8.0

Perkembangan Kognitif Kanak- Kanak
8.1 JENIS ”PIAGET’S CONSERVATION TASKS” YANG DIJALANKAN EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 14

8.1.1

NOMBOR/ BILANGAN

Gambar 1

Gambar 2

2 baris kereta api pada Rajah 1 ditunjukkan kepada kanak- kanak. Kemudian, salah satu baris kereta api tadi dijarakkkan susunan seperti Rajah 2. Pertanyaan : Adakah bilangan duit syiling di dalam setiap baris pada Rajah 2 adalah sama? 8.1.2 PANJANG

Gambar 3

Gambar 4

2 batang straw disusun dalam dua baris seperti di Rajah 3. Kemudian, salah satu batang straw tadi digerakkan ke kanan seperti Rajah 4. Pertanyaan : Adakah panjang straw di kedua- dua baris adalah sama?

8.1.3 KUANTITI CECAIR EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 15

Gambar 5

Gambar 6

Dua buah gelas disediakan dan diisikan air yang sama kuantiti seperti di Rajah 5. Kemudian, air di dalam salah satu gelas dituang ke dalam sebuah bekas seperti di dalam Rajah 6. Pertanyaan : Adakah kuantiti air di dalam gelas dan di dalam bekas sama pada Gambar 6? 8.1.4 ISIPADU AIR

Gambar 7

Gambar 8

Dua buah gelas disediakan dan diisi air yang sama kuantiti. Beberapa ketul batu diletakkan di dalam kedua- dua gelas tersebut seperti di Rajah 7. Kemudian, batu- batu dikeluarkan dari salah satu gelas yang ada seperti di Rajah 8. Pertanyaan : Adakah isipadu di kedua- dua gelas adalah sama pada Gambar 8?

4.2 Hasil kajian ”PIAGET’S CONSERVATION TASKS” YANG DIJALANKAN EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 16

PERINGKAT PERINGKAT PRA OPERASI 1. Mohd. Ammar B. Rostam 2. Siti Zubaidah Bt Hairol

DAPATAN UJIAN 4.1.1 Ammar : baris yang dipanjangkan mempunyai lebih kereta api daripada baris di atasnya. Siti : kedua- dua baris mempunyai bilangan kereta api yang sama.

RUMUSAN UJIAN 4.1.1 Ammar lebih tertumpu pada keadaan fizikal (panjang baris) kereta api daripada konsep yang lebih abstrak (nombor/ bilangan) dan Siti dapat melakukan transformasi mengingat semula iaitu membalikkan proses kepada asal.

UJIAN 4.1.2 Ammar dan Siti :Keduadua batang straw adalah sama panjang.

UJIAN 4.1.2 Kedua- dua murid ini dapat mengingat semula secara mental bentuk asal batang straw yang sama panjang sebelum salah satunya digerakkan ke

UJIAN 4.1.3 Ammar dan Siti : kuantiti air di dalam bekas lebih banyak daripada air di dalam gelas.

kanan. UJIAN 4.1.3 Kedua- dua murid tidak dapat menguasai konsep prinsip keterbalikan. Menganggap air yang dituang ke dalam bekas sebagai air yang baru, bukan daripada air gelas yang asal.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 17

UJIAN 4.1.4 Ammar dan Siti : isipadu air di dalam kedua- dua gelas tidak sama. UJIAN 4.1.4 Mereka lebih melihat keadaan fizikal air di dalam gelas dan membanding antara dua gelas tersebut apabila PERINGKAT OPERASI KONKRIT 1. Muhammad Imran Hakimi Bin Chairul 2. Nur Najwa Khairina Bt Mohd Khairi UJIAN 4.1.2 Imran dan Najwa : kedua- dua batang straw adalah sama panjang. UJIAN 4.1.3 Imran dan Najwa : kuantiti air di dalam bekas adalah sama banyak dengan kuantiti air dalam gelas. UJIAN 4.1.4 Imran dan Najwa : isipadu air di kedua- dua gelas masih sama. UJIAN 4.1.4 Mereka sudah berjaya mencapai satu pemikiran logik tetapi masih terikat EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 18 UJIAN 4.1.1 Imran dan Najwa : bilangan kereta api sama di antara keduadua baris. batu- batu dikeluarkan. UJIAN 4.1.1 Mereka tidak melihat pemanjangan baris sebagai baris baru dan faham konsep yang lebih abstrak(nombor/ bilangan). UJIAN 4.1.2 Mereka tahu dan faham bahawa tiada perubahan bentuk straw daripada bentuk straw yang asal. UJIAN 4.1.3 Mereka dapat berfikir logik bahawa tiada pertambahan air dan pengurangan air dilakukan.

dengan situasi fizikal air di dalam gelas. PERINGKAT OPERASI FORMAL 1. Muhd Faiz B Faizal 2. Farah Najwa Bt Ismail UJIAN 4.1.1 Faiz dan Farah : keduadua baris kereta api adalah sama banyak. UJIAN 4.1.2 Faiz dan Farah : keduadua batang straw adalah sama panjang. UJIAN 4.1.3 Faiz dan Farah : kandungan air di dalam bekas adalah sama banyak dengan kandungan air di dalam gelas. UJIAN 4.1.4 Faiz dan Farah : isipadu dalam kedua- dua gelas adalah sama banyak. UJIAN 4.1.1 Mereka dapat melakukan proses balik semula secara mental iaitu membalikkan proses kepada asal. UJIAN 4.1.2 Mereka dapat berfikir secara abstrak dan sistematik tentang keduadua batang straw. UJIAN 4.1.3 Mereka dapat berfikir logik bahawa apabila air dalam bekas dituang semula ke dalam gelas asal ia akan memberi paras yang sama semula. UJIAN 4.1.4 Mereka dapat menguasai kemahiran membuat hipotesis dan berfikir dengan sistematik tentang isipadu air di dalam gelas. Berdasarkan kajian ”Piaget’s Conservation Tasks” yang dijalankan, hasil dapatan menunjukkan perubahan- perubahan dalam perkembangan kognitif dari tahap 1, 2 dan 3 mengikut teori Jean Piaget. Bagi kesemua ujian yang dijalankan, kanak- kanak di tahap 1 belum mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul seperti mana EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 19

yang dinyatakan oleh Piaget. Tetapi pada tahap 2, mereka sudah mampu berfikir logik dengan member jawapan yang munasabah. Menurut Piaget, kanak- kanak pada tahap 2 sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan. Seterusnya, pada tahap 3 pula, mereka telah menjawab kesemua ujian dengan sistematik. Menurut Piaget, kanak- kanak pada tahap 3 sudah mampu berfikiran formal seperti berfikir secara abstrak, sistematik dan boleh membuat hipotesis. 9.0 TEORI PERKEMBANGAN EMOSI (ERIK ERIKSON) TAHAP PERTAMA PERINGKAT UMUR HURAIAN KONFLIK 0 – 18 bulan Bayi perlu mendapat Pembentukan kasih sayang dan perasaan percaya kepercayaan daripada lawan tidak percaya penjaganya.Jika tidak,ketidakpercayaa KEDUA 18 bulan – 3 tahun n akan timbul. Perkembangan fizikal Tahap bermula pada tahap lawan ini. Jika berjaya dan sangsi mendapat sokongan ia akan rasa KETIGA 3 tahun – 6 tahun menimbulkan percaya pada Tahap inisiatif lawan rasa rendah diri autonomi rasa malu/

keupayaan diri. Kanak-kanak di tahap ini cuba untuk berdikari dan melakukan sesuatu dengan sendiri. Jika gagal boleh membawa kepada perasaan bersalah.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 20

KEEMPAT

6 tahun – 12 tahun

Penguasaan kanakkanak dalam kemahiran tertentu di alam persekolahan. Jika gagal akan membawa rasa rendah diri. Golongan remaja yang mencari identiti dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial. Hubungan intim mula dibentuk yang menuju ke alam perkahwinan dan membina kerjaya. Jika gagal, akan membawa perasaan terasing dan tersisih. Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Jika gagal akan membawa rasa pentingkan diri. Berjaya dalam karier dan keluarga. Jika gagal, boleh membawa kesedihan dan kekecewaan.

Tahap industri lawan kekeliruan peranan

KELIMA

12 tahun – 20 tahun

Tahap identiti lawan kekeliruan peranan

KEENAM

20 tahun – 40 tahun

Tahap diri

intimasi

lawan pengasingan

KETUJUH

40 tahun – 60 tahun

Tahap

generativiti

lawan stagnasi

KELAPAN

60 tahun – 80 tahun

Tahap integriti ego lawan putus asa

PERKEMBANGAN EMOSI (DATA DAN PERKEMBANGAN) EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 21

UMUR & NAMA/ GAMBAR MURID Mohd Ammar Bin Rostam TARIKH LAHIR 7 tahun 13.04.2002

EMOSI YANG SERING DIPERLIHATKAN Periang, mudah mesra, peramah

TAHAP SOSIO EMOSI ERIK ERIKSON Semasa ujian Tahap 4 : kompleks rendah diri fizikal dan kognitif Ammar bersungguhsungguh untuk menyelesaikan soalan yang diberi walaupun pada mulanya beliau agak kurang yakin untuk member jawapan. Beliau mudah memberi kerjasama dan aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Ammar berasa gembira mendapat gulagula yang saya berikan setelah tugasan selesai dijalankan. Beliau mengucapkan terima kasih dan Kerajinan lawan dijalankan, ULASAN

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 22

bersalam selepas saya menyiapkan tugasan padanya. Ketika ujian fizikal Siti Zubaidah Bt Hairol 7 tahun 27.08.2002 Pemalu, kurang mesra Tahap 4 : kompleks rendah diri dan kognitif berasa malu apabila ditanyakan soalan berkaitan aktiviti dan tentang dirinya. Walaubagaimana pun, beliau tetap memberikan kerjasama. Siti kelihatan agak takut dan kurang yakin untuk menjawab setiap soalan yang diberikan. Setelah selesai tugasan saya, Siti bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada saya kerana memberikan gulagula kepadanya. Ketika ujian fizikal EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 23 Kerajinan lawan dijalankan, Siti

Muhammad Imran Hakim Bin Khairul

9 tahun 13.05.2000

Pendiam, kurang mesra, pemalu

Tahap 4 : kompleks rendah diri

dan kognitif agak takut dan kurang bersungguhsungguh menyelesaikan soalan dan agak takut untuk mengeluarkan pendapat. Walaubagaimana pun, beliau tetap memberikan kerjasama yang baik. Lama kelamaan, Imran berasa selesa dengan keadaan dan mesra dengan saya. Setelah selesai ujian dijalankan, beliau bersalam sambil tersenyum sahaja. Ketika ujian fizikal

Kerajinan lawan dijalankan,Imran

Nur Najwa Khairina Bt Mohd

9 tahun 22.03.2000

Peramah, gembira, Tahap 4 : mudah mesra,

dan kognitif

Kerajinan lawan dijalankan,Najwa

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 24

Khairi

tenang, periang

kompleks rendah diri

begitu teruja untuk menyelesaikan setiap aktiviti yang dijalankan. Beliau memberikan kerjasama yang baik dan bijak mengeluarkan pendapat. Beliau mengucapkan terima kasih dengan gula-gula yang saya berikan dan bersalam selepas saya menyiapkan tugasan padanya. Ketika ujian fizikal

Muhd Faiz Bin Faizal 12 tahun 14.06.1997 Gembira, tenang, pemalu Tahap 5 : Identiti lawan kekeliruan identiti

dan kognitif dijalankan,Faiz merasa malu tetapi mempunyai sikap ingin tahu tentang aktiviti yang dijalankan. Beliau memberikan kerjasama yang

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 25

baik. Beliau juga memberikan respons yang baik ketika ditanya berkaitan aktiviti yang dijalankan. Ketika ujian fizikal Farah Najwa Bt Ismail 12 tahun 16.09.1997 Pemalu, tenang, gembira Tahap 5 : Identiti lawan kekeliruan identiti dan kognitif dijalankan,Farah kurang bersungguhsungguh untuk menyertai aktiviti dan ujian yang dijalankan. Tetapi, beliau mudah memberikan kerjasama. Farah memberikan respon yang baik ketika menjawab soalan yang diberi. 10.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Faktor baka dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, emosi, intelek dan sosial di antara satu EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 26

sama lain. Sebagai guru, kita perlu faham bahawa di dalam bilik darjah kita mempunyai murid- murid yang unik dan berbeza seperti mana ujian fizikal dan kognitif yang telah dijalankan, hasil dapatan menunjukkan setiap peringkat mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Menurut Piaget (1970), beliau melihat peranan persekitaran sebagai penyumbang penyuburan bagi perkembangan otak kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak yang aktif ialah kanak-kanak yang belajar. Sebagai guru, elakkan daripada membanding antara murid- murid yang lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Strategi dan pendekatan yang sesuai perlu dilakukan oleh guru pada setiap peringkat umur seperti aktiviti berkumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya. Dalam melaksanakan pengajaran-pembelajaran, murid- murid terutamanya yang berumur 2 hingga 6 tahun perlu dibantu oleh guru tetapi hanya setakat mana yang perlu sahaja kerana bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan mereka kepada guru dan ini menimbulkan rasa kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Guru juga perlu melibatkan murid- murid dalam aktiviti permainan dan latihanlatihan seperti berlari, melompat untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap terutama pada kanak- kanak yang berumur 7 hingga 11 tahun. Di samping itu, guru perlu sensitif dan memberi perhatian kepada perubahanperubahan yang dialami murid- murid pada setiap peringkat perkembangan mereka sebagai contoh pada peringkat awal remaja (11 tahun ke atas), perubahan saiz dan bentuk badan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh. Berdasarkan laman web www.scribd.com/reader/related/2673642, jika terdapat ramai murid di dalam kelas, sudah pasti perhatian tidak dapat diberikan terhadap setiap murid sepenuhnya. Oleh itu, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini, murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah perlu melibatkan diri sepenuhnya dan peluang perlu diberi kepada mereka untuk memberikan pendapat dan berbincang bagaimana membuat pilihan yang tepat. Implikasi daripada dapatan/ hasil kajian

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 27

Jika dilihat semula pada data dan perkembangan fizikal kanak- kanak pada tahap 1, kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak- kanak perempuan pada peringkat itu lebih cepat daripada kadar perkembangan kanak- kanak lelaki. Kebolehan psikomotor dalam diri mereka berubah mengikut aturan sebagai contoh, mereka telah mempelajari bagaimana cara memegang pensel dengan betul sebelum pandai menulis nama mereka sendiri. Kadar perubahan dan kebolehan psikomotor ini dipengaruhi oleh genetik. Fizikal Ammar dan Siti adalah stabil dan sesuai dengan umur mereka. Manakala di tahap 2 pula, kanak- kanak yang berumur antara 7 hingga 11 tahun mempunyai ketinggian yang berbeza antara lelaki dengan perempuan. Seperti di dalam data perkembangan fizikal, ketinggian Imran melebihi ketinggian Khairina. Kadar pertumbuhan mereka stabil kerana pertumbuhan gigi kekal mereka telah bermula dan gigi susu juga telah diganti. Selain itu, mereka sudah boleh bergantung pada diri sendiri untuk menguruskan diri tanpa bantuan orang lain. Teori Piaget menyatakan perkembangan kanak- kanak perempuan lebih cepat berbanding kanak- kanak lelaki, tetapi keputusan yang saya perolehi adalah berbeza pada tahap ini. Ia bermakna, jika fizikal Khairina kurang berkembang dengan stabil pasti ia membawa implikasi pada dirinya. Saiz badannya yang kecil akan menyukarkannya melakukan aktiviti permainan bersama kawan- kawan. Pada tahap 3 pula, perubahan fizikal berlaku pada kanak- kanak yang berumur antara 11 tahun ke atas(awal remaja). Berdasarkan hasil dapatan, kajian menunjukkan bahawa kanak- kanak perempuan seperti Farah mengalami perubahan fizikal lebih awal berbanding kanak- kanak lelaki seperti Faiz. Penyataan ini tidak dapat disangkal lagi kerana menurut Piaget sendiri lazimnya perubahan fizikal mereka seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan sudah mula ke arah dewasa dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan pesat. Bentuk badan Farah juga mula menunjukkan sifat kewanitaan dan Faiz pula mula melalui perubahan suara. Tubuhnya yang tegap membuktikan Faiz lebih kuat secara fizikal berbanding dengan Farah. 11.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 28

Kajian pakar-pakar pendidik menyatakan bahawa kanak-kanak sebenarnya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan. Seperti yang diketahui, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Tidak kiralah pada peringkat pra operasi, peringkat operasi konkrit atau peringkat operasi formal, kesemuanya mempunyai perbezaan kognitif. Oleh yang demikian, guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit yang dapat meningkatkan perkembangan kognitif mereka. Pengalaman pembelajaran yang pelbagai boleh disediakan guru agar dapat melatih murid- murid supaya lebih berfikir dan mengingat pengalaman yang mereka lalui. Piaget juga berpendapat perubahan dari satu peringkat ke peringkat seterusnya menyebabkan kanak-kanak akan mencapai tahap kematangan yang sesuai. Hal ini disebabkan kanak-kanak telah terdedah dengan pelbagai jenis pengalaman yang relevan. Guru perlu sentiasa menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit pada setiap peringkat umur kanak- kanak terutama sekali pada peringkat pra operasi apabila mereka mempelajari kemahiran baru. Segala arahan dan pembentangan haruslah tersusun dan ringkas supaya mereka mudah menerima dan faham apa yang guru kehendaki sebagaimana yang dilakukan pada ujian Piaget di atas. Aplikasikan segala pengalaman yang dilalui murid- murid sebagai contoh dalam pengajaran-pembelajaran di dalam kelas. Melalui ujian seperti yang telah dijalankan, Piaget juga menyatakan supaya guru perlu memberi peluang kepada pelajar berumur 7 hingga 11 tahun untuk memanipulasi dan menguji objek- objek yang diajar. Soalan- soalan berbentuk penyelesaian masalah perlu diperkenalkan supaya mereka lebih berfikiran logik dan analitik. Guru juga perlu mengemukakan konsep yang luas kepada kanak- kanak di peringkat operasi formal supaya mereka tidak terikat dengan fakta- fakta sahaja. Apabila perkembangan peringkat murid- murid semakin meningkat, guru perlu memberi peluang kepada mereka untuk menyelesaikan masalah. Implikasi daripada dapatan/ hasil kajian EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 29

Berdasarkan data dan perkembangan hasil kajian kognitif pada peringkat pra operasi, Ammar dan Siti sudah boleh menggunakan skema- skema fizikal yang mudah seperti ujian yang telah dilaksanakan. Tetapi mereka masih belum mampu mencapai tahap pemikiran yang abstrak dan logik. Ammar dan Siti masih tidak dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul bagi sesetengah ujian yang dijalankan. Mereka memahami persekitaran melalui perspektif sendiri yang disebut egosentrik. Pada peringkat operasi konkrit pula, Imran dan Khairina berkebolehan berfikir secara logik dalam menjawab segala ujian yang dijalankan. Walaubagaimanapun, pemikiran mereka masih terikat dengan situasi fizikal yang konkrit. Saya perlu menerangkan kepada mereka tentang sebab musabab setiap masalah yang dibuat. Imran dan Khairina juga sudah boleh memahami proses transformasi, keterbalikan dan menaakul sesuatu perkara atau kejadian. Dalam peringkat operasi formal pula, Faiz dan Farah dapat menyelesaikan setiap ujian dengan mudah kerana mereka sudah menguasai ciri- ciri pemikiran formal seperti berfikir secara abstrak, sistematik dan dapat membuat hipotesis dengan tepat. Mereka sudah boleh memberikan pendapat, idea dan pemikiran sendiri terhadap ujian yang dijalankan. Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas ketiga- tiga peringkat umur dengan teori yang dinyatakan oleh Piaget adalah sama. Ini bermakna teori perkembangan kognitif akan berubah secara menyeluruh mengikut tahap peringkat umur dan akhirnya mencapai kematangan individu itu sendiri. Di dalam laman web http://teoripiaget.blogspot.com/, Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. 12.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 30

Berdasarkan ujian fizikal dan kognitif yang telah saya jalankan, sebagai seorang guru kita perlulah peka terhadap perubahan emosi yang dipamerkan oleh murid-murid di sekolah. Bagi mengatasi emosi murid-murid pada tahap 4 yang bercirikan kerajinan lawan rasa rendah diri(6 hingga 12 tahun), guru perlu memberikan banyak aktiviti mencabar yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan murid-murid. Apabila mereka berjaya melakukan setiap aktiviti tersebut, guru perlu memberikan pujian dan penghargaan walaupun usaha yang dilakukan mereka kecil tetapi ia amat bermakna buat mereka. Penghargaan dan pujian tidak semestinya diberikan melalui kata-kata tetapi boleh juga dilakukan dalam bentuk bertulis.Selain itu, murid- murid perlulah sentiasa diberi peluang untuk berkongsi kejayaan di atas usaha yang mereka lakukan. Guru perlu sentiasa tahu bagaimana untuk berkongsi kejayaan. Guru boleh memberi peluang kepada murid-murid untuk membentangkan hasil usaha yang telah dihasilkan mereka. Selain itu, guru hendaklah menggalakkan murid-murid supaya bersaing dengan keupayaan diri mereka terutama sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi tahap 5 yang bercirikan identiti lawan kekeliruan identiti (12 hingga 18 tahun) adalah berbeza jika dibandingkan dengan tahap 4. Di peringkat ini, saya sebagai bakal guru perlu memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka kebolahan diri sendiri supaya mereka lebih mengenal dan mengetahui keupayaan diri mereka. Murid- murid juga perlu mencuba pelbagai aktiviti yang sesuai dengan minat masing-masing di samping dapat mendedahkan pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam diri mereka. Melalui aktiviti dan ujian yang telah dijalankan ke atas beberapa orang murid pada tahap 5, saya mendapati bahawa guru perlu mengadakan ceramah dan motivasi dengan menjemput personaliti-personaliti yang berjaya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang hamper serupa dengan murid- murid. Hasilnya, mereka akan mencontohi dan mengikut jejak langkah personaliti jemputan tersebut dan ini akan menimbulkan rasa percaya pada keupayaan diri sendiri. Guru juga perlu mendedahkan kemahiran berkomunikasi dan mendengar supaya dapat mewujudkan perhubungan sosial yang baik dengan orang lain. 13.0RUMUSAN/ CADANGAN

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 31

Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan kanak- kanak akan melalui proses yang berterusan sepanjang hayat. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dengan pembelajaran. Semua kanak-kanak akan mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama tetapi corak perkembangan mereka yang berbeza- beza. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Untuk membantu setiap perkembangan berikut supaya sentiasa stabil dan meningkat mengikut aturan, pelbagai cara dan faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan itu. Seperti faktor baka dan persekitaran yang telah dibincangkan, keduaduanya amat penting dalam membentuk fizikal dan mental kanak- kanak yang baik. Oleh itu, peranan ibu bapa dalam mendidik dan melatih anak- anak mereka untuk menjalani gaya hidup yang sihat amat dititikberatkan. Dewasa ini, banyak keperluan dari segi intelek, jasmani, rohani, sosial dan emosi perlu diterapkan dalam diri kanak- kanak. Justeru itu, ibu bapa dan guru dilihat sebagai individu perlu memberikan peluang kepada anak- anak mereka untuk meningkatkan perkembangan kendiri agar mereka mempunyai kemahiran yang lebih tentang menguruskan diri sendiri. Komunikasi antara ibu bapa dan anak- anak harus terjalin agar anak- anak lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain pula. Selain itu, di setiap kawasan perumahan juga perlu diadakan aktiviti mingguan bagi kanak- kanak. Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka untuk bergaul dengan rakan sebaya, mengamalkan gaya hidup yang sihat, sekaligus dapat melatih komunikasi yang berkesan antara mereka dengan rakan- rakan yang lain. Dengan cara ini, kanak- kanak akan mempelajari bagaimana untuk bersosial dengan betul dan sihat. Aktiviti yang dilakukan oleh kanak- kanak juga perlu mendapat pengawasan daripada ibu bapa. Ia

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 32

bukan bererti mengongkong tetapi sebagai ibu bapa, mereka harus mengambil berat tentang anak- anak mereka. Bukan itu sahaja, langkah lain yang boleh dilakukan untuk membantu perkembangan kanak- kanak ialah guru haruslah peka dengan kebolehan dan minat murid- murid. Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid dapat membantu guru mengetahui kebolehan dan minat mereka. Dengan cara ini, kendiri positif dapat ditingkatkan dalam diri murid. Apabila mereka menyedari keupayaan diri mereka, maka keyakinan diri akan meningkat. Ini membolehkan mereka menjalin persahabatan dengan individu di persekitarannya, berinteraksi dengan baik, gaya percakapan, cara bertindak dan tingkah laku yang baik. Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam membentuk perkembangan kanak- kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil dan sempurna.

BIBLIOGRAFI EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 33

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi. (2008), Perkembangan Kanakkanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2009), Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2007), Perkembangan Kanak- Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. http://teoripiaget.blogspot.com/ http://teoripiaget.blogspot.com/2007/03/isu-isu-berkaitan-piaget.html http://mechanism.ucsd.edu/~bill/teaching/philpsych/piaget.pdf www.scribd.com/reader/related/2673642

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 34

LAMPIRAN
(video ujian ”Piaget’s Conservation Tasks” terdapat di helaian terakhir lampiran)

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 35

Gambar 1 : ukuran fizikal dijalankan pada peringkat operasi konkrit

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 36

Gambar 2 : ukuran fizikal yang dijalankan pada peringkat operasi formal

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 37

Gambar 3 : ujian perkembangan kognitif pada peringkat pra operasi

Gambar 4 : ujian kognitif dilakukan pada peringkat pra operasi juga

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 38

BIODATA MURID Mohd. Ammar B. Rostam  7 tahun  Kelas 1 Intan  13.04.2002  Hospital Daerah Kluang  Pekerjaan bapa : Peladang estet  Pekerjaan ibu : Surirumah  Pekerjaan ibu Siti Zubaidah Bt Hairol  7 tahun  Kelas 1 Intan  27.08.2002  Hospital Daerah Kluang  Pekerjaan bapa : Tukang kebun : Peladang

 Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang Renggam, Kluang, Johor.

 Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang Renggam, Kluang, Johor

Muhammad Imran Hakimi Bin Chairul  9 tahun  13.05.2000  Hospital Sultanah Aminah, JB  Pekerjaan bapa : Guru  Pekerjaan ibu : Ustazah

Nur Najwa Khairina Bt Mohd Khairi  9 tahun  22.03.2000  Hospital Daerah Kluang  Pekerjaan bapa : Pekerja estet  Pekerjaan ibu : Pekerja estet

 Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang Renggam, Kluang, Johor Muhd Faiz B Faizal  12 tahun  14.06.1997

 Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang Renggam, Kluang, Johor Farah Najwa Bt Ismail  12 tahun  16.09.1997  Hospital Daerah

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 39

 Hospital Daerah Kluang  Pekerjaan bapa : Peladang  Pekerjaan ibu : Pekerja Kilang  Pekerjaan ibu

Kluang  Pekerjaan bapa : Peladang : Pekerja Kilang

 Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang Renggam, Kluang, Johor

 Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang Renggam, Kluang, Johor

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 40

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful