You are on page 1of 11

Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

Mohd Zaaba Haji Ismail (zabb02@yahoo.com) Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Jalan Kuala Ketil 08000 Sungai Petani, Kedah

Tel: 04-4218621/2

Faks: 04-4218582

Zurida Haji Ismail (zue_ismail@yahoo.com) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang

Kata kunci: isu-isu alam sekitar, guru pelatih, pendidikan lestari Pengurusan pengajaran: Kurikulum dan pedagogi Abstrak Pembangunan lestari kini merupakan tema yang sangat diutamakan dan menjadi sebahagian daripada matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan (PIPP 2001-2010). Pendidikan dilihat sebagai suatu elemen penting dalam membantu negara bagi mencapai hasrat dalam pembangunan lestari. UNESCO: Agenda 21 (1992), Bab 36 turut menjelaskan peranan pendidik dan pendidikan dalam membantu perkembangan pembangunan lestari dan usaha meningkatkan keupayaan manusia dalam menangani isu-isu persekitaran dan pembangunan. Pemanasan global dan perubahan iklim adalah antara isu alam sekitar yang seharusnya ditangani guru melalui pendidikan. Kertas kerja ini akan membentangkan dapatan daripada suatu tinjauan yang bertujuan untuk meninjau pengetahuan tentang isu-isu alam sekitar termasuk pemanasan global dan perubahan iklim. Tinjauan melibatkan bakal-bakal guru sains/kimia yang sedang mengikuti kursus pendidikan guru praperkhidmatan. Dua isu ini memang hangat diperkatakan namun menurut Royal Chemical Society tidak diberi penekanan yang sewajarnya dalam kurikulum maupun buku teks. Keperihatinan guru dan bakal guru adalah penting bagi memastikan PIPP yang dirancang terlaksana dengan jayanya. Pengenalan Sejak akhir-akhir ini masalah-masalah alam sekitar telah menjadi semakin rumit dan kompleks. Masalah-masalah seperti penipisan lapisan ozon, pemusnahan hutan, kepupusan biodiversiti, peluasan kawasan gurun, pemanasan global dan perubahan iklim dunia menunjukkan wujudnya interaksi yang kompleks antara manusia dan persekitarannya. Saintis dan pencinta alam pada dasarnya telah bersetuju bahawa asas

kepada kebanyakan isu dan masalah ini adalah sikap tidak bertanggungjawab manusia sendiri terhadap alam sekitar (Ramsey, 1993). Krisis-krisis ekologi yang berterusan dan semakin meruncing dewasa ini mendorong banyak pihak terutamanya dalam kalangan ahli-ahli sains alam sekitar dan pencintapencinta alam mendesak agar dilakukan sesuatu bagi mengubah nilai, konsep dan sikap terhadap alam sekitar di kalangan warga masyarakat (Naess, 1990). Pendidikan dilihat sebagai salah satu cara untuk mendorong perubahan sikap ini. Justeru, adalah penting pendidikan diorientasi semula ke arah pembangunan lestari untuk menjadikan penghuninya lebih memahami tempat di mana mereka tinggal, memberi keyakinan untuk mereka meneruskan kehidupan, mengetahui peranan yang perlu dimainkan dalam menghadapi masalah yang kompleks dan rencam yang mengancam kehidupan pada masa kini dan akan datang.... (McKeown, 2002: halaman 1). Pembangunan alam sekitar yang lestari merupakan sebahagian daripada elemen dalam matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2001-2010. Pendidikan pembangunan lestari dan pendidikan alam sekitar boleh dianggap sebagai satu set gagasan pengetahuan yang melibatkan perubahan tingkah laku dan amalan konstruktif dalam satu persekitaran. Pelaksanaan pendidikan lestari di institusi pendidikan, kurikulum dan pedagogi melalui Pendidikan Alam Sekitar merupakan suatu usaha yang mencabar. Ia memerlukan kesepaduan dalam penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk mengubah kehidupan manusia ke arah kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Justeru, guru-guru bukan sahaja perlu menguasai isi kandungan mata pelajaran khusus yang diajar, tetapi juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang alam sekitar serta konsep-konsep asas yang mendasari sesuatu isu alam sekitar. Namun, kajian-kajian sebelum ini mendapati tahap pengetahuan, kesedaran dan sikap terhadap alam sekitar dalam kalangan guru-guru pelatih maktab, guru-guru sekolah dan pelajar-pelajar sekolah masih di aras rendah ke sederhana (Quah, 1980; Chin, 1994; dan Ng, 1996). Chin (1994) mendapati tahap pengetahuan guru-guru pelatih maktab perguruan adalah sederhana sahaja. Guru-guru yang kurang pengetahuan tentang alam sekitar mungkin tidak berkeyakinan mengintegrasikannya dalam mata pelajaran lain yang

diajar. Alasan ini sering diberi oleh guru-guru untuk tidak mengintegrasikan konsepkonsep Pendidikan Alam Sekitar dalam mata pelajaran yang diajar (Patil, 2005). Malah pembelajaran alam sekitar dari aspek sainsnya adalah agak sukar dipelajari tanpa penguasaan pengetahuan asas yang baik dalaml semua bidang yang terlibat (Ahmad Badri, 1987). Guru-guru pelatih bakal menjadi guru di sekolah suatu hari nanti. Pengetahuan dan sikap di peringkat maktab sedikit sebanyak boleh dijadikan kayu pengukur kejayaan program Pendidikan Alam Sekitar ini di peringkat sekolah. Seperti yang dicadangkan oleh Hungerford dan Volk (1990), guru-guru pelatih yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik tentang alam sekitar boleh menjayakan program Pendidikan Alam Sekitar. Sebagai bakal-bakal guru yang akan mendidik generasi akan datang pengetahuan dan sikap yang baik terhadap alam sekitar di kalangan pelajar-pelajar ini adalah kritikal. Shulman (1986) turut menyokong pernyataan ini dengan mencadangkan bahawa pengetahuan isi kandungan guru dalam sesuatu bidang merupakan kriteria yang amat penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran mata pelajaran tersebut. Guru-guru pelatih ini akan menjadi contoh serta bertanggungjawab menerapkan pengetahuan dan sikap yang positif kepada pelajar-pelajar mereka nanti. Generasi muda yang masih di bangku sekolah ini pula adalah pelapis kepada pemimpin serta penggubal dasar dan polisi negara. Mereka juga adalah bakal , saintis, pengguna, pengundi, dan pembayar cukai. Di tangan merekalah nanti masa hadapan alam sekitar dunia ini akan dicorakkan. Jadi, amatlah penting ditinjau sama ada guru-guru pelatih ini, yang bakal menjadi guru suatu hari nanti mempunyai pengetahuan dan sikap yang sesuai dengan keperluan dan objektif Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia. Ini akan membantu perancangan dan langkah selanjutnya untuk memantapkan lagi Pendidikan Alam Sekitar di negara ini selaras dengan kehendak konsep “pendidikan untuk pembangunan yang lestari” yang dicadangkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dalam Sidang Kemuncak Dunia untuk Pembangunan Lestari 2002.

Tujuan Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengetahuan guru-guru pelatih tentang isu-isu alam sekitar semasa seperti perubahan iklim dan pencemaran. Walaupun perkara-perkara ini tidak diajar secara langsung dalam kuliah namun isu-isu ini sering dibicarakan dalam media cetak dan elektronik. Justeru, pengetahuan tentang isu alam sekitar, khasnya tentang pemanasan global dan perubahan iklim ini bukan suatu perkara yang sukar diperolehi bagi seseorang yang prihatin tentang kejadian di sekelilingnya. Metodologi Kajian ini merupakan suatu kajian tinjuan untuk mengetahui pengetahuan dan kepekaan guru-guru pelatih tentang isu-isu alam sekitar. Kajian melibatkan seramai 183 orang guru pelatih berkhususan dalam subjek kimia sebagai major atau minor (Jadual1) dan berdaftar dalam kursus Chemistry Teaching Methods. Data dikumpul melalui soal selidik yang mengandungi item-item berkaitan perubahan iklim, pemanasan global dan juga pencemaran. Soal selidik ditadbirkan pada awal semester semasa kuliah. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan SPSS versi 11.5 dengan mengira kekerapan respons bagi setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik. Jadual 1 Ciri-ciri responden
Ciri-ciri responden
160 140 120 100 80 60 40 20 0 Fizik Kimia Biologi Matematik Lelaki Perempuan 14 73 51 157

45 26

Rajah 1: Ciri-ciri responden

Dapatan dan perbincangan Rajah 1 menunjukkan taburan respons bagi soalan berkaitan isu-isu atau masalah alam sekitar. Data menunjukkan kumpulan guru pelatih ini berpendapat keadaan alam sekitar berada keadaan amat tidak baik (56%). Pemanasan global dianggap sebagai masalah utama yang dihadapi sekarang diikuti dengan masalah pencemaran air dan penipisan lapisan ozon.

Masalah alam sekitar
Masalah lain Hujan asid Kepupusan spesis Kehilangan lapisan ozon Sampah dan bahan buangan Pencemaran udara Pencemaran air Pemanasan global 0 20 40 60 80 Kekerapan 100 120 140 3 5 11 27 25 22 33 152 160

Rajah 1: Masalah alam sekitar Pada keseluruhannya kumpulan guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini mempunyai pengetahuan yang baik tentang pemanasan global. Mereka berpendapat suhu muka bumi sedang meningkat dan peningkatan suhu ini membawa ke arah pemanasan global yang sudah terbukti berlaku dan bukan lagi suatu cerita rekaan para saintis (Rajah 2). Masalah pemanasan global dianggap akan menjadi semakin serious di masa akan datang.

Pemanasan global
global suhumuka bumi Kefahaman

Agak baik

122

Pemanasan Pemanasan Peningkatan

Baik

52

Setuju

147

Berlaku

163

Terbukti 0 20 40 60 80 100 120 140 160

168 180

Kekerapan

Rajah 2: Pemanasan global Rajah 3 menunjukkan taburan respons bagi item-item berkaitan perubahan iklim. Ratarata guru pelatih berpendapat perubahan iklim sudah berlaku dan merupakan ancaman besar bagi penduduk muka bumi. Masalah ini turut memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia. Mereka berpendapat perubahan iklim ini adalah disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri yang menghasilkan bahan-bahan yang mencemar alam sekitar termasuk membebaskan gas rumah hijau. Pembebasan gas rumah hijua ini turut meningkatkan suhu permukaan bumi.

Perubahan iklim
200 180 160 140 120 100 80 60 40 20 0

174

153

175

152

178

159 165 165 82 85

Tidak setuju

penggunaan Kurangkan

Tidak pasti

Tidak pasti

Tidak pasti

mencukupi

Memenuhi

Kurangkan

Bangunan

ancaman

eletrik Naikkan

terdekat Jangka

berlaku Masa

Setuju

Sudah

Besar

Kecil

tuntutan Tidak

0 Bukan

Gas rumah

2

2 berlaku

2

penggunaan

hayat saya Tidak akan

6

6

hijau Naikkan tarif

17

11

22

9

Perubahan iklim Punca_aktiviti manusia

Ancaman

Tindakan kerajaan

Langkah-langkah

Rajah 3: Perubahan iklim

cukai

Mereka berpendapat bahawa pihak kerajaan tidak mengambil langkah yang secukupnya bagi membendung atau mengatasi masalah perubahan iklim ini. Begitu juga dengan pihak media yang dianggap tidak memberi liputan yang sewajarnya terhadap masalah pemanasan global dan perubahan iklim (43%). Kajian-kajian komunikasi menunjukkan bahawa kualiti dan gaya pelaporan berita mempengaruhi secara signifikan kefahaman dan persepsi pembaca tentang pemanasan global dan perubahan iklim (Corbett and Durfee, 2004).

Pandangan tentang kitar semula
19 Memerlukan banyak usaha Tak tahu bahan sesuai untuk kitar semula Menyelesaikan masalah negara 9 Contoh yang baik Sepatutnya dilakukan 1 Melindungi alam sekitar 0 6 50 100 Kekerapan 150 6 36 28 101 155 177 174 200 143 42 33 108 125 161 159 145 175 Berkecuali Setuju Tak setuju

47 64 71 17 41 21 30

Rajah 4: Pandangan tentang kitar semula Antara langkah yang disarankan diambil oleh pihak kerajaan ialah: • • Menghasilkan kenderaan yang kurang mengguna gasolin Membina peralatan yang jimat tenaga, tidak banyak mengguna banyak tenaga elektrik

• • • •

Membina bangunan-bangunan dan pejabat-pejabat baru yang tidak memerlukan banyak tenaga untuk menyejukkannya Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau Menaikkan tarif elektik bagi mengurangkan penggunaan tenaga berkenaan Menaikkan cukai gasolin bagi mengurangkan penggunaan kenderaan.

Pun begitu, pelestarian alam sekitar tidak dapat dicapai melalui instrumen perundangan dan kaedah saintifik semata-mata. Ia memerlukan dokongan falsafah, budaya, dan agama untuk memastikan masyarakat lebih sedar, prihatin dan bertanggungjawab melestarikan alam sekitar kita (Zaini Ujang, 2006). Keperihatinan tentang masalah yang melanda alam sekitar telah membuatkan hampir 61% daripada mereka untuk mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan penggunaan dan pembaziran tenaga manakala 32% lagi bercadang untuk berbuat demikian. Antara langkah yang diambil ialah mengitar semula bahan-bahan yang diguna seperti bahan plastik, keras dan kaca (61%). Kumpulan guru pelatih ini berpendapat langkah mengitar semula bahan buangan suatu aktiviti yang patut dilaksanakan kerana: • • • • • • • • Membantu melindungi alam sekitar Mengurangkan tempat pelupusan sampah Memberi contoh kepada orang lain Membantu dalam mengatasi masalah alam sekitar negara Mengurangkan sampah dan sumber dapatan sampingan Menjadi satu program komuniti dengan menggembelingkan semua tenaga ahli Tidak memerlukan banyak usaha,dan Sesuai dengan gaya hidup dan rutin harian.

Namun, bagi menjayakan program ini perlu diperbanyakkan pusat kitar semula atau bekas kitar semula bagi memudahkan pengguna. Pendidikan merupakan unsur penting untuk membuka minda masyarakat supaya lebih celik alam sekitar. Bagi melahirkan masyarakat yang lebih mencintai alam sekitar

pendidikan yang sewajarnya haruslah diberi kepada mereka. Pendidikan yang dimaksudkan bukan sahaja harus melibatkan pendedahan maklumat dan konsep-konsep alam sekitar sahaja tetapi perlu juga mengambil kira unsur-unsur afektif seperti nilai dan sikap. Pendidikan akademik yang tinggi tidak menjamin terhasilnya warga masyarakat yang cinta alam sekitar tanpa dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai. Ini kerana masalah-masalah alam sekitar selain dari bersifat saintifik, sebenarnya adalah juga masalah sosial yang memerlukan komponen nilai dan sikap ini untuk mengatasinya. Satu faktor yang mengkin menjadi penghalang dalam pendidikan tentang pemanasan global dan perubahan iklim ialah keyakinan guru dalam bidang ini. Perubahan iklim adalah suatu topik yang agak mencabar untuk diajar dan belajar. Dengan terdapatnya kemajuan yang pesat dalam bidang sains perubahan iklim, maka adalah penting bagi pendidik untuk mendapat bahan-bahan mengajar terkini dan relevan untuk menyampaikan konsep-konsep asas dengan cara yang boleh merangsang minat murid. Walaupun agak mencabar untuk mengajar, kekompleksian topik perubahan iklim memberi ruang untuk perkembangan pemikiran aras tinggi dalam menganalisis isu-isu daripada sudut inter dan multi-disiplin. Kurikulum dan kaedah pengajaran perlulah memberi lebih penekanan kepada aktivitiaktiviti yang berasaskan penyelesaian masalah. Pelajar-pelajar harus diberi peluang untuk membuat penilaian dan mengambil tindakan yang sesuai dalam menyelesaikan isu yang benar-benar wujud di alam sekitar kita. Ini selaras dengan saranan UNESCO iaitu Pendidikan Alam Sekitar seharusnya berbentuk “tentang alam sekitar, di dalam alam sekitar dan daripada alam sekitar”. UNESCO: Agenda 21 Bab 36 menjelaskan tentang peranan pendidik dalam usaha meningkatkan keupayaan manusia untuk menangani isu-isu tentang persekitran dan pembangunan. Untuk tujuan itu adalah perlu bakal-bakal guru mempunyai pengetahuan yang cukup tentang alam sekitar, juga memegang nilai dan memiliki sikap yang sewajarnya. Bagi melahirkan guru-guru yang sebegini, pendidikan guru harus berupaya membekalkan guru dengan pengetahuan konsep dan maklumat tentang alam sekitar yang

cukup agar boleh dijadikan dasar untuk mengembalikan semula keseimbangan alam sekitar yang telah kita ganggu. Lebih penting lagi, pendidikan guru perlu dirancang agar dapat menghasilkan guru yang mampu membentuk minda generasi akan datang. Mereka ini adalah aset penting untuk pembangunan lestari. Kesimpulan Pengetahuan isu-isu alam sekitar selalunya tidak diperolehi dari satu kurikulum yang formal. Sebaliknya orang ramai biasanya memperolehi pengetahuan ini melalu mediamedia massa seperti surat khabar, radio, televisyen, majalah dan lain-lain (NEETF,1999). Pun begitu, dapatan kajian menunjukkan guru-guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini bukan sahaja peka akan masalah berkaitan alam sekitar terutama tentang pemanasan global dan perubahan iklim malah turut berasa bimbang akan impak perubahan yang berlaku dalam alam sekitar terhadap kehidupan mereka dan generasi akan datang. Bakalbakal guru ini boleh menjadi satu usaha permulaan ke arah menghasilkan warga masyarakat yang boleh menyumbang kepada pelestarian alam sekitar. Hal ini adalah penting kerana menurut Nordhaus dan Shellenberger, pengarang buku The Death of Environmentalism (2004) pergerakan hijau (green movement) masih gagal mencapai kemajuan sebenar dalam isu alam sekitar yang paling penting pada masa kini: perubahan iklim. Rujukan Ahmad Badri Mohamad (1987). Dilema alam sekitar. Dalam Ahmad Badri Mohamad (Ed.). Perspektif persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Chin, P.C. (1994). Pengetahuan dan sikap guru-guru pelatih terhadap isu-isu alam sekitar dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Tesis sarjana pendidikan. Tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Corbett, J.B. & J.L. Durfee (2004). Testing public (un)certainty of science: media representations of global warming, Science Communication, 26, pp. 129–151 Hungerford, H. & Volk, T.L. (1990). Changing learner behavior through environmental education. Journal of Environmental Education, 21:8-21. McKeown, R. (2002). The education for sustainable development toolkit. http://www.esdtookot/org. (Dicapai pada 15/9/08).

Naess, A. (1990). Deep Ecology and Conservation Biology. dari Laman web: http://www.Iclark.edu/jay_/Value. Dicapai 16 November, 2005, Ng Tiak Sui. (1996). Satu kajian tentang pengetahuan dan kesedaran pelajar-pelajar dan guru-guru Geografi tentang isu-isu alam sekitar dan persepsi tentang Pendidikan Alam Sekitar. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Nordhaus, E. & Shellenberger, M. (2004). The death of environmentalism. http://www.thebreakthrough.org/images/Death_of_Environmentalism.pdf Dicapai pada 10/10/08. Patil, A. (2005). Environmental education as a mandatory component in the teacher education curriculum. http://www.gseis.ucla.edu/heri/archives/022.htm (Dicapai pada 10/08/08). Quah Soon Cheng. (1988). A survey of the perceptions and knowledge of teacher trainees towards the environmental issues and environmental education. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia , Penang. Shulman, L. S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15, 4 – 14. Zaini Ujang. (2006, 29 Mac). Pakar alam sekitar tempatan belum ditauliah. Berita Harian. p. 12.