You are on page 1of 13

Teknik susun umpan

TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan. TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan. Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut.

1

Cara pintal umpan
CARA memasukkan umpan pada mata kail ada kalanya memainkan peranan untuk memastikan umpan tidak mudah terlucut dibawa arus ataupun tidak mudah terkeluar apabila diragut mangsa. CARA memasukkan umpan pada mata kail ada kalanya memainkan peranan untuk memastikan umpan tidak mudah terlucut dibawa arus ataupun tidak mudah terkeluar apabila diragut mangsa. Oleh itu, cara memasukkan umpan juga perlu dilakukan dengan teknik yang sesuai termasuk memintal seperti bahagian sotong yang dipotong ataupun cacing, ruat, perumpun sarang ataupun ulat lundu.

2

Simpulan untuk umpan lembut
Penggunaan isi ikan ada kalanya menyukarkan kerana ia mudah terburai terutama ketika dibaling ataupun dibawa arus. Oleh itu, simpulan yang sesuai diperlukan bagi mengelakkan umpan habis begitu saja. Penggunaan isi ikan ada kalanya menyukarkan kerana ia mudah terburai terutama ketika dibaling ataupun dibawa arus. Oleh itu, simpulan yang sesuai diperlukan bagi mengelakkan umpan habis begitu saja. 1 - Ambil isi ikan yang biasa digunakan tetapi perlu dibuang kulit bagi membolehkan baunya menjadi tarikan untuk menjinakkan mangsa dan kemudian masukkan mata kail ke isi ikan berkenaan. 2 - Kemudian lilit tali tangsi yang nipis pada hampir keseluruhan umpan tadi. 3 - Putus tali terakhir melilit umpan tadi tetapi jangan sesekali membuat sebarang simpulan.

3

Simpulan Bulatan Tuna
SIMPULAN ini sesuai digunakan untuk mengikat umpan sama ada hirisan sotong ataupun keratan ikan dalam keadaan air yang berarus tidak kira di laut ataupun sungai. SIMPULAN ini sesuai digunakan untuk mengikat umpan sama ada hirisan sotong ataupun keratan ikan dalam keadaan air yang berarus tidak kira di laut ataupun sungai. 1. Umpan yang dipotong dimasukkan menerusi mata kail namun kaedah ini ada keburukan sekiranya menggunakan umpan yang lembut kerana ia berkemungkinan akan dimakan ikan yang tidak dikehendaki ataupun bersaiz lebih kecil. 2. Bagaimanapun, umpan akan lebih selamat jika dimasukkan menerusi tali pancing terutama pada tahap air yang lebih dalam. 3. Kemudian lipat umpan dan sekali lagi masukkan mata kail menerusinya untuk memastikan keberkesanan mata kail. 4. Bahagian lebihan umpan mampu menjadi daya penarik apabila ia bergerak dibawa arus. 5. Sekali lagi masukkan mata kail menerusi bahagian terakhir untuk memastikan mata kail terkeluar dari umpan. 6. Ambil sepotong lagi umpan dan lipat kemudian masukkan menerusi mata kail. 7. Tolak bahagian umpan yang terlipat untuk memastikan mata terkeluar dan mengenakan mangsa dengan baik.

4

SIMPULAN ini sesuai digunakan untuk mengikat tali pancing layang (fly fishing) bagi memastikan ikatan kemas.

Simpulan Turle
SIMPULAN ini sesuai digunakan untuk mengikat tali pancing layang (fly fishing) bagi memastikan ikatan kemas. 1. Mulakan ikatan dengan mengikat umpan ‘fly’ dengan tali pancing di bahagian pangkal mata kail dan lilit beberapa kali. 2. Kemudian masukkan bahagian hujung tali ke dalam lubang mata kalil ke arah tali pancing utama. 3. Buat satu gelung pada tali utama dan lilit pada tepi gelung. 4. Ulang lilitan sama pada gegelung tadi. 5. Kemudian simpulkan gegelung tadi tanpa menarik dengan kuat. 6. Ikat bahagian hujung tali pancing dan matikan ikatan pada lubang mata kail.

5

SIMPULAN ini sesuai untuk pancing layang kerana ia akan memudahkan pergerakan mata kail.

Ikatan Lefty's Loop
SIMPULAN ini sesuai untuk pancing layang kerana ia akan memudahkan pergerakan mata kail. Ia mudah untuk dilakukan malah tidak mudah putus ataupun terlucut. SIMPULAN ini sesuai untuk pancing layang kerana ia akan memudahkan pergerakan mata kail. Ia mudah untuk dilakukan malah tidak mudah putus ataupun terlucut. 1. Masukkan tali ke lubang mata kail dan lakukan gegelung pada perambut dan masukkan hujung tali ke dalam gegelung. 2. Lilit sebahagian daripada perambut antara tiga hingga lima lilitan. 3. Tarik tali dari bahagian atas untuk memperkemaskan ikatan serta menjamin kekuatan ikatan.

6

Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncan’s Loop untuk memudahkan ikatan ketika pancing layang (fly fishing) dilakukan.

Simpulan Duncan’s Loop
Peter Hayes,

mencadangkan simpulan Duncan’s Loop untuk memudahkan ikatan ketika memancing cara layangan. ADAKALANYA jenis tali pancing yang sama boleh mengelirukan terutama untuk membezakan manakala ia lebih merumitkan apabila membabitkan memancing layang. Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncan’s Loop untuk memudahkan ikatan ketika memancing cara layangan. 1. Masukkan tali pancing utama pada lubang mata kail dan buat satu gegelung. 2. Ambil bahagian hujung tali pancing dan kemudian masukkan ke dalam gegelung dan lilit pada tali utama. 3. Ulang lilitan sehingga empat atau lima kali. 4. Matikan simpulan dengan mengambil bahagian hujung dan dimasukkan dalam gegelung. 5. Kemudian kemaskan ikatan mengikut saiz yang diperlukan.

7

SIMPULAN ini sesuai untuk mengikat tali yang bersaiz lebih tebal atau menyambung dua tali.

Simpulan Wind On Dacron Leader
SIMPULAN ini sesuai untuk mengikat tali yang bersaiz lebih tebal atau menyambung dua tali. Caranya: SIMPULAN ini sesuai untuk mengikat tali yang bersaiz lebih tebal atau menyambung dua tali. Caranya: 1. Tajamkan bahagian depan tali pancing yang bersaiz besar tetapi jangan melakukannya sehingga terlalu tajam. 2. Licinkan bahagian yang kesat dengan menggunakan kertas pasir. 3. Masukkan bahagian yang tajam ke dalam salur dacron. 4. Rapikan saluran dacron supaya ia melekat dengan baik. 5. Kemudian potong bahagian dacron yang berlebihan. 6. Gunakan tali pancing yang bersaiz lebih licin serta lilitkan pada hujung dacron. 7. Lakukan lilitan dengan kemas serta lilitkan beberapa kali di bahagian hujung dacron. 8. Simpulkan ikatan itu dengan kemas supaya ia tidak mudah terlucut. 9. Ikatkan simpulan dengan ketat serta gunakan gam yang sesuai untuk menutup dacron.

8

SIMPULAN ini terbukti begitu kukuh untuk menyambung dua tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza dengan perambut tanpa terlerai siap dengan seutas tiub.

Ikatan Shock Tippet & Leader Knot
SIMPULAN ini terbukti begitu kukuh untuk menyambung dua tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza dengan perambut tanpa terlerai siap dengan seutas tiub. SIMPULAN ini terbukti begitu kukuh untuk menyambung dua tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza dengan perambut tanpa terlerai siap dengan seutas tiub. 1. Buat satu gelung utama dengan beberapa lilitan didalamnya. 2. Kemudian bentukkan gelung tali menjadi angka 8. 3. Masukkan perambut yang agak tebal di bahagian gelung angka 8 di tengah lilitan. 4. Ketatkan dua sambungan di bahagian tengah angka 8. 5. Masukkan tiub, lilitkan beberapa di bahagian tengah hingga ke atas. 6. Kemudian tarik dan ketatkan sambungan tadi ke arah berlawanan untuk mengukuhkan ikatan. 7. Kemaskan lilitan dengan mengetatkan lilitan sambil masukan tali mono atau tali perambut ke dalam tiub. 8. Tarik keluar tiub yang di bawah lilitan. 9. Tindihkan dua ikatan tadi dengan kemas tanpa menariknya terlalu ketat. 10. Kemaskan sambungan dengan memotong lebihan tali di hujung bahagian.

9

SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk menyambung tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza.

Simpulan Slim Beauty
SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk menyambung tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza. SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk menyambung tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza. 1. Buat satu gelung utama diikuti gelung beselang daripada tali yang lebih nipis. 2. Kemudian bentukkan gelung tali menjadi angka 8. 3. Masukkan perambut yang agak tebal di bahagian gelung angka 8 di tengah lilitan. 4. Lakukan lilitan empat kali atau lebih keatas tali perambut yang akan disambung. 5. Kemaskan lilitan kedua-dua tali mono yang akan disambung. 6. Kemudian tarik dan ketatkan sambungan tadi ke arah berlawanan untuk mengukuhkan ikatan.

10

SIMPULAN ini sesuai untuk digunakan menyambung dua tali pancing mono yang memiliki ketebalan berbeza.

Simpulan Blood Knot
SIMPULAN ini sesuai untuk digunakan menyambung dua tali pancing mono yang memiliki ketebalan berbeza. 1. Lakukan satu gelung bertindih dengan menggunkan tali yang lebih nipis dan kemudian lilit pada tali yang lebih tebal. 2. Lilit tali yang lebih tebal dengan tali yang lebih nipis 3. Masukkan bahagian hujung tali yang tebal ke bahagian tengah lilitan selepas melakukan empat hingga lima lilitan. 4. Lakukan sekali lagi lilitan hingga enam lilitan dan masukkan bahagian tengah dengan menggunakan tali yang lebih nipis. 5. Tamatkan simpulan dengan menggunakan tali yang lebih tebal dengan dengan menarik dua bahagian berbeza. 6. Kemudian tarik perlahan-lahan ikan ke arah berbeza untuk mengukuhkan ikatan.

11

Simpulan ini sesuai untuk menyambung dua tali saiz yang sama ataupun berbeza .

Simpulan Opposed Nail
IKATAN ini sesuai untuk menyambung dua tali saiz yang sama ataupun berbeza. 1. Tali yang akan digunakan perlu diletakkan tanda antara A dan B. Buat satu gegelung seperti di dalam rajah untuk memulakan ikatan manakala letakkan tiub pada bahagian tengah simpulan. 2. Mulakan lilitan untuk bahagian A dan B menerusi B, A dan tiub sehingga 10 lilitan dan kemudian masukkan bahagian hujung tali A ke dalam tiub. 3.Tarik tiub keluar dan tutup bahagian gegelung tali dengan perlahan tetapi jangan tarik ikatan. 4. Letakkan tiub selari dengan bahagian dengan tali A dan sambungkan tali B dan mulakan lilitan pada tiub bahagian tali A dan B. 5. Lakukan sehingga 10 lilitan dan keluaran tiub dari bahagian tengah ikatan. Tutupkan ikatan dengan perlahan. 6. Simpulkan lilitan dengan ketat dan tarik dua bahagian manakala licinkan bahagian terlebih menggunakan pemotong kuku.

12

Reverse Twist Blood Knot
SIMPULAN ini sesuai untuk menyambung dua tali dan mampu memikul beban yang berat serta tidak mudah terlucut. 1. Lilitkan dua jenis tali pancing yang berbeza. 2. Lilit sehingga empat lilitan dan kemudian buat lilitan yang sama secara menyongsang. 3. Ulang untuk membuat lilitan sehingga empat lilitan dan sulam di bahagian tengah. 4. Ulang lilitan yang sama. 5. Sulam ikatan di bahagian tengah dan tarik. 6. Tarik kedua-dua bahagian dari arah berlainan untuk memperkemaskan ikatan.

13